Sunday, October 15, 2006

FATAL GIZZ FOR MY FRAGGIN' BLOG !!!

Enjoy... you bastiches' !

LOBO THE MAIN MAN!

Sekitar tahun 1993 dulu kalo gua tak silap, seorang kawan memperkenalkan komik LOBO pada gua. HOLY FRAGAROLY FEETAL GIZZ! Kali petama gua tengok trus tangkap cintan tak ingat dengan katekter LOBO THE MAIN MAN. Kena plak masa tu encik SIMON BISLEY yang lukis... FRAGGG! Memang kena sangat dengan taste gua! Sejak tu gua jadi peminat dan pengikut setia komik LOBO. Tiap-tiap bulan gua bajet sekitar RM150.00 untuk komik. Selain LOBO, gua gak beli komik BATMAN, SUPERMAN, ROBIN, HELLBOY, PITT, 2000AD. Kadang-kadang tu entah komik mengarut apa-apa ntah yang gua rembat beli! Yang penting komik!

FRAGGGG!

Inilah dia rupa karekter LOBO yang gua suka tak ingat tu. Seorang BOUNTY HUNTER yang rakus dan pasti menyelesaikan setiap assingmentnya sama ada buruannya itu hidup atau mati untuk dibawa menuntut hadiah! Ada beberapa komik gua tengok LOBO membelasah SUPERMAN. Tu yang gua sukeee sangat tu! Sekejab je gua terer tak ingat meniru karekter LOBO ni. HAR! HAR! HARR! Selain komik dari US dan Britain, gua gak mengikuti komik dari Hong Kong. Ma Weng Sing adalah pelukis komik yang gua ikuti komik beliau. Masa ni gua bekeja kat majalah GILA_GILA setelah meninggalkan majalah GELIHATI. Kat GILA_GILA ada majalah FANTASI yang suatu ketika menjadi wadah terhebat untuk karyawan tanahair berkarya. Sayangnya masa gua kat Creative Enterprise yang menerbitkan majalah FANTASI, ia tidak lagi seperti dulu dan berada di saat-saat akhirnya. Sayang sekali. Guapun teringin melihat karya gua disiarkan dalam majalah grafik terhebat tanahair tu, so guapun dengan rakusnye menyiapkan sebuah cerita dan mengantarnya pada FANTASI, tapi editornya encik Azmi Black Fire telah mereject karya gua tu! ARGHHH! THE DARK KNIGHT

BATMAN salah satu karekter komik yang gua suka. Kenapa gua suka kat beliau? Kerana beliau TIDAK mempunyai SUPERPOWER! Kebijaksanaan, ketangkasan dan kelicikan beliau dalam menewaskan lawan-lawan yang kuat nak mampus, licik atau psiko menjadikan beliau ikon hero yang hebat dalam komik. SHADOW OF THE BAT

Gua tak ingat sejak bila gua suka dan minat kat BATMAN ni. Filem pertama beliau pada tahun 1989 menjadi penyebab yang kuat pada ramai peminat/fanatik beliau trus mengkagumi beliau, termasuk gua. Sejak bila gua mula beli komik BATMAN ni pun gua tak ingat. Lemah minda la katakan! Selalu gak bila boring tak tau nak buat/lukis apa, gua akan melukis BATMAN. Satu lagi yang best pasal BATMAN ni ialah beliau selalu mempekotak-katikkan SUPERMAN. Tu yang best! HAW! HAW!HAW!

MAN OF STEEL

SUPERMAN... gua tak la berapa suka/minat kat karekter loser ni. HAW!HAW! Tapi setiap filem SUPERMAN gua tengok.Tak ada la apa yang hebat sangat dengan karekter alien yang tak ada tanahair sendri ni. Sekiranya beliau tak punya SUPERPOWER, guapun nak membuli dan memperkotak-katikkan beliau seperti menarik ke bawah seluar dalam merah beliau tu dan ambik gambo. HYUK! HYUK! HYUK! Tak pun gua masukkan je KRYPTONITE dalam seluar dalam merah beliau tu. HAR! HAR! Apapun BOY SCOUT MAMA BOY ni memang mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Beliau membuktikan bahawa manusia ( walaupun beliau adalah alien ) boleh terbang walaupun hanya di layar perak! AH! AH! UNDERWARE! Nanti gua cite lagi pasal karekter2 komik yang gua suka. ENJOY

Thursday, October 05, 2006

Rezeki di Bulan Ramadhan


SALAM PUASA SEMUA.
Makan itu sangat penting dalam acara berbuka. Dan ini adalah bukti besar beserta lauk-pauk yang berunsur 'perkambingan'.
BISMILLAH.