Sunday, October 28, 2007

PAMERAN KARTUN

PAMERAN KARTUN ASIA KE SEBELAS
17 SYAWAL 1428HIJRAH 29 OKTOBER 2007

Gua dapat SMS dari brader Tazidi pada 10 Syawal 1428Hijrah ( 23 Okt 2007 ) yang lalu mengenai majlis Perasmian Pameran Kartun Asia Kali Ke 11 kat Perpustakaan Kuala Lumpur. Gua dijemput ke majlis yang diadakan pada setiap tahun ni. Tahun lepas kat Perpustakaan Negara, tahun ni diorang buat kat Perpustakaan Kuala Lumpur plak. Korang tahu kat mana libry ni, korang penah pergi, masuk dan pinjam buku kat sini? Gupun ni la kali pertama sampai ke Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Tak tau la plak Bandaraya Kuala Lumpur ada perpustakaan beliau sendri. Yang gua tau Perpustakaan Negara dan perpustakaan kat sekolah masa gua sekolah rendah/menengah dulu jer. Lagi satu perpustakaan bergerak. HEH! Sori la Perpustakaan Kuala Lumpur, tak sedar, tahu, perasan akan kewujudan encik di tengah bandaraya….hehehe...


BUKAN LA ENCIK!
Pagi tu pada 13 Syawal 1428H ( 25 Okt 2007 - Rabu ) encik Padi, Aguri dan gua berangkat pergi dengan menggunakan kenderaan syarikat yang dipandu laju oleh encik Padi ke tempat yang dituju dengan penuh keyakinan 100%! Sampai jer ke Perpustakaan Negara, dengan konfidentnya gua bertanya dengan senyuman manis di bibir pada pengawas perpustakaan. “ Assalamualaikum encik. Tumpang tanye sket. Majlis perasmian kartun asia tu kat mana ya? “ Bukan kat sini la encik, kat Perpustakaan Kuala Lumpur, kat Datarna Merdeka
sana, sini ialah Perpustakaan Negara! Tak reti baca ker? Kueng! Kueng! Kuengg! Kuenggg!


SEKALI SILAP DAA..
Gua dah cakap kat lu Padi, bukan kat sini! Bukan kat sini. Tapi lu liar! Lu percaya gak cakap gua. Ni la jadinye! EEEEEE… Camno la gua bleh silap tengok SMS yang dikirim. Aduuu laaa… Sekali silap tempat daa.. Nak cover malu punyer pasal, guapun menyamar la jadi pelancong asing kononnye. Buat-buat la amik gambo ni sebagai bukti dan tanda kenang-kenangan bila gua balik kampung gua nanti. Buleh la den belagak kek oghang kampung den kek Negori Semilan suna haa… Ontah la jang. Lantak kek kau la!

MANTAP!
Untuk memantapkan lagi lakonan cover malu ni, gua buat-buat eksyen jumpe kawan lama iaitu encik Padi kat tangga Perpustakaan Negara ni. " Eh, kalo tak silap, lu ni kartunis Oren kan? " tanya gua pada Padi. " Eh, u ni.. sampai hati kata i slim cam kartunis Oren! " Mula-mula malu-malu nak betegur sapa dan bertanyakan no hp dan email, tapi lepas tu trus mesra! Mantap sungguh lakonan kitorang ni.


MURNI
Lakonan ditruskan dengan adegan/scence yang kelihatan lebih manja dan mesra kat tangga perpustakaan antara gua dengan Padi. Tanpa skrip dan arahan, Padi menunjuk/menayangkan gelang yang baru dibeli untuk menambahkan keayuan beliau semasa beratur untuk mengambil agihan daging korban di Hari Raya Haji/Korban/Aidil Adha yang bakal menjelang tiba tak lama lagi pada gua. Jelas kemersraan yang telus dan murni antara kami! HEH!


AKHIRNYE
Ini la bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur yang kita cari-cari tu Padi. Apa la lu pegi ke Perpustakaan Negara plak! Tak ada akal tul! Akhirnye bejaya gak kita sampai ke sini! Perpustakaan ni betul-betul bersebelahan dengan Dataran Merdeka, kat belakang skren TV besar yang gagal berfungsi masa pelancaran roket Soyuz yang membawa Cosmonut negara kita ke ISS sari dua nak raye hari tu. Memalukan sungguh! Panggil orang ramai datang tengok countdown pelancaran roket kat dataran biar happening la kononnye, tapi HAMPEH! Itu la teknologi canggih yang kita ada kat dataran!

TAK BOLEH NAK CILOK
Sebenarnye melilau gak mencari bangunan perpustakaan ni, lagi kalut masa cari jalan masuk. Kalo dari Jalan Tunku Abdul Rahman dan lalu kat depan bangunan Sultan Abdul Samad, korang tak bleh masuk/belok/cilok ke kanan kat trafic light berhampiran tiang bendera tetinggi yang dibangga-banggakan tu. Korang kena buat satu round about kat depan Masjid Negara, baru bleh cilok masuk ke bangunan yang menempatkan perpustakaan, arkib dan ape ntah lagi namanye. Sampai jer acara dah berlangsung lama. Mungkin nak abis dah. Gua trus ambik gambo kat bawah banner ni seblum masuk ke dalam bangunan dan ke tempat majlis.


SYABAS DAN TAHNIAH!
Memang benar apa yang gua syak wasangka, majlis memang dah nak abis. Masa masuk, Datuk Bandar telahpun berkata “ cakap banyak tak guna, gua rasmikan pameran ni!” Ni lu punyer pasal la ni Padi. Yang lu dengar dan ikut dengan setia segala arahan gua pegi ker Perpustakaan Negara tadi buat apa? Kan dah abis majlis baru kita sampai! Tapi dengan cool as ice, encik Padi membidas gua balik “ memang gua sengaja buat kita sampai ngam-ngam majlis abis ni, pasal bukannye best nak dengar segala macam ucapan blablablaa tu. Kan bagus cam ni, sampai-sampai jer majlis dah abis, tinggal majlis MAKAN-MAKAN jer yang blum start lagi!” Tegas beliau sambil menjeling beehun yang terhidang. Syabas encik Padi! Syabas! Gua benar-benar bangga dengan tindakan lu ni. Syabas! Masa Datuk Bandar, kartunis Tazidi dan mereka-mereka yang lain melawat pameran, gua diugut oleh staff perpustakaan untuk bergambar dengan diorang!

JANGAN INGAT
Tak sempurna rasanye kunjungan ni kalo tak begambo kat pentas perasmian. Gua dan Padi merampas tempat duduk Datuk Bandar dan amik gambo dengan seronoknye rasa dihati pasal lepas ni bleh makan! HEH! Padi memang sengaja tak sarapan pagi ni pasal nak belasah abis-abisan tanpa memperdulikan orang lain! Bagus tu Padi. Jangan ingat kat orang lain!


MESEJ
Ni plak dengan bunting Pameran Kartun Negara-Negara Asia kali ke 11 ni. Tengok tu, pameran ni akan bergerak dan dipamerkan di banyak tempat untuk memberi peluang pada orang ramai sama ada peminat kartun atau tidak untuk melihat gaya lukisan, pemikiran, kekuatan mesej dan cara penyampaian kartunis-kartunis Asia dari China, India, Indonesia, Jepun, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan termasuk dari negara kita. Bleh la pegi tengok. Tupun kalo korang nak. Kalo tak nak sudah!


JANGAN DITANGGUHKAN LAGI
Ni la acara sebenar yang ditunggu oleh Padi dan gua sekali. Lihat kemanisan senyuman dan keikhlasan yang terpancar di wajah kami.HEH! Ahhh! Cakap banyak pun tak guna. Ayuh Padi! Biar gua baca doa makan. Lu aminkan jer. Bismillahiramanirahim. Allahumabariklana…


SILA! SILA!
Ingatkan gua dengan Padi termasuk Aguri saja yang akan menghabiskan beehun tu. Rupanya kena share dengan beberapa orang sahabat iaitu saudara Ridzwan dari NST ( kiri ), saudara Zuan dari Art Square ( dua dari kiri ) dan saudara Anwar dari Galeri Shah Alam. Kat majlis-majlis cam ni la biasanya dapat berjumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan dari syarikat penerbitan lain. Betambah kawan, betambah network! Sila.. sila.. tambah lagi jangan malu-malu. Ni bukan rumah orang lainnn…. Memang penganjur menyediakan makanan ni untuk dimakan. Lagipun pihak penganjur/tuan rumah akan merasa gumbira dan seronok bila makanan yang sediakan habis licin dimakan oleh tetamu seperti yang kita buat ni Padi! Hehehe…

YANG MANA SATU?
Baiekk punyer makan, kena serbu plak oleh pelajar-pelajar sekolah yang nakal dan liar. Tepaksa behenti makan ( akan bersambung kemudian… ) melayan diorang. Yang ni pelajar dari Sekolah Kebangsaan Menengah Sri Putri kat PWTC tu. Err... mana satu ni. Sekolah Menengah Kebangsaan ker atau Kebangsaan Menengah Sekolah atau Menengah Sekolah Kebangsaan? Entah la… bila dah nama die Sri Putri, maknanye sekolah pelajar pompuan la. Pasal tu la hanya gua dan Padi jer lelaki kacak kat dalam gambo ni. HEH!


TERBUKA MINDA
Yang bediri kiri sekali tu ialah sorang lagi lelaki iaitu encik Anwar dari Japan Foundation yang merupakan penaja dan penganjur utama acara tahunan Pemerana Kartun Negara-Negara Asia ni. Banyak sungguh jasa berliau terhadap perkembangan industri kartun tanahair walaupun beliau hanya terer lukis kartun lidi! Kelihatan encik Anwar teruja dan merasa sangat kagum melihat keprofesionalan gua melayan adik-adik manisss ni. Bagus gak pihak penganjur dan pihak perpustakaan menjemput pelajar-pelajar sekolah yang berhampiran untuk datang ke majlis/acara cam ni. Biar terbuka minda yang lemah terhadap kerjaya sebagai seorang kartunis atau pelukis!

SAMBUNG BALIK
Setelah habis melayan pelajar-pelajar skolah tadi tu, kitorang sambung balik layan makan ( yang tertangguh tadi ). HEH! Setelah Padi menambah lebih dari tiga kali dan gua terpaksa mengikut untuk menemankan beliau makan, masa untuk melawat kartun/karya yang dipamerankan plak. Ni gua ambik gambo dengan salah satu dari kartun/karya saudara Tazidi yang mewakili Malaysia pada tahun ini. Korang bleh datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur ni kalo nak tengok karya-karya beliau yang lain.


Sebagai bukti gua pernah datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan ke pameran ni, gua tidak membiarkan buku pelawat ni tebiar kosong tanpa diconteng! HI! I’M GAYOUR, U’RE NOT! 13 SYAWAL 1428HIJRAH – 25 OKT 2006. Ini yang gua tulis. Jangan hanya tandatangan, belasah buat apa yang patut kat buku pelawat yang disediakan. Orang pasti akan behenti, tersengih dan mungkin merasa teruja bila melihat kreativiti kita. Pihak yang menyediakan buku ni tak akan kata apa atau menghalang! Gua sebagai seorang kartunis tidak hanya menandatangan saja, pasti nak melukis kartun sekali. Pegi ke perpustakaan ni kalo nak tengok apa yang gua lukis!


MERAYAU
Salah satu sudut yang menarik perhatian gua untuk bergambar kat dewan/ruang pameran kartun ni. Terus ambik gambar. Kononnye sedang menunggu monorail la tu. Boleh blah! Teringat masa gua kat kampung dulu. Masa Hari Raya. Gua and the gang memang suka merayau ke bandar masa hari raya. Kalo ingat balik memang mengong dan tak ada akal tul perbuatan gua/kitorang merayau kat bandar masa hari raya. Patutnye pegi jalan raya ke rumah saudara mara. Nak enjoy punyer pasal! Yang gua nak cerita ialah kisah masa tunggu bas dari kampung gua nak ke bandar dengan bas. Bukan naik keretapi aa… Masa tu bas yang lalu semua penuh sendat cam ikan sadin! Ramai tul orang pergi ke Bandar! Aduu… la! Tensen tul! Tahan bas mesti tak berhenti!


TAHAN
Hampir semua bas yang ditahan tak berhenti sejak dari pukul 11 pagi tadi. Ni dah pukul satu petang dah ni! Aduu laa… Tak bleh jadi ni! Kitorang mencari akal cam no nak menipu dreber bas tu supaya berhenti bila ditahan walaupun bas dah sendat! Emmm… cam no yo? Maka dapat la satu idea yang hebat iaitu dengan menyorok. Yeah, MENYOROK dalam semak! Cam no plak tu jang oii? Masa tu gua and the gang memang ramai nak ke bandar. Kata la 13 orang. Sebelas orang lagi akan menyorok kat semak yang berhampiran dengan tempat tunggu bas tu. Tak kira la kat belakang pokok getah ker, pokok mempelas ker, balik busut jantan ker, belakang lembu ker… apa jer asalkan bleh menyorok. Hanya dua orang jer yang duduk/bediri tunggu kat bus stop dan tahan bas bila bas sampai. Memang berkesan dan berjaya menipu dreber bas yang menyangka hanya dua orang jer nak naik. Biak beliau berhenti jer, semua yang menyorok serbu keluar! Yeahoooo! Aksi berani luar biasa hebat dan liar gua menahan monorail ni sebagai mengenang kisah lama. Kalo la gua bleh tahan bas cam Superman masa tu… Eh, silap! Bukan cam Boy Scout tapi macam LOBO The Main Man. Gua tumbuk depan bas tu bagi melambung, mesti berhenti punyer! HAR FRAGIN HARR!


SEHELAI
Dengan sorang sobat yang juga seorang kartunis, karikaturis dan pensyarah kat MMU iaitu saudara Sireh yang sampai lagi la lambat dari kitorang! Punyer la lambat beliau sampai, sampai habis beehun dimakan oleh Padi! Beliau tak dapat merasa walau sehelai beehun. Tak ada akal punyer Padi! Beliau hanya sempat makan beberapa hirisan buah belimbing jer. Nasib lu la Sireh! Harharhar!


AGRESIF!
Inilah dia encik Padi yang tak berapa larat nak jalan melihat pameran yang tak la banyak mana. Tu la, kalo makan tu tak ingat dunia. Gua lain… agresif! HEH! Ni kitorang begambo kat ruang legar pameran dengan sebahagian dari karya yang dipamerkan. Korang datang sendri kalo nak tengok. Kat belakang Dataran Merdeka jer. Dataran Merdeka bleh pegi dengan awek atau tengok konset, takkan la Perpustakaan Kuala Lumpur tak bleh pegi? Bleh blah la!

NYIBUK
Saudara Tazidi sedang ditemuramah oleh Aguri ( wartawan G3 ) untuk dimasukkan dalam ruanagan JEJAK KARTUNIS dalam majalah G3. Gua menyibuk dan menyampuk mana yang patut. Nak tau apa yang diborakkan, dapatkan G3 kuaran bulan Disember nanti ya.

TERIMA KASIH
Sebagai rasa/tanda hormat dan menghargai beliau sebagai antara kartunis terawal tanahair, gua tak melepaskan peluang untuk mendapatkan lukisan kartun dan tandatangan beliau. Terima kasih pada semua kartunis awal yang begitu gigih berkarya dan meneruskan usaha kartunis-kartunis yang terdahulu.

TAK KENALPUN!
Ni dia kartunis Tazidi kalau korang nak tau. Pada peminat kartun dan majalah humor tanahair di awal 80an dahulu mesti tahu dan penah membaca karya-karya beliau dalam majalah Gila-Gila bersama dengan kartunis hebat yang lain seperti Zainal Buang Hussein, Jaafar Taib, Don, Kerengge, Nan, Allahyarham Rejabhad dan ramai lagi termasuk Kartekana, Yuzal, POE,YO dan KutilYoYo di majalah Gelihati. Pada generasi alaf baru… siapa tu hah? Tak penah dengarpun nama kartunis ni, tak kenal pun!


AKHIRNYE
Peluang sampai ke sini bukan senang kalo tak ada event cam ni. Kesempatan yang ada gua gunakan untuk bergambo kat tiang bendera tertinggi di asia. Betul aa.. tertinggi kat asia. Lama sangat dah gua pendam rasa nak begambo kat Dataran Merdeka, dengan bunga-bunga yang cantik dan tiang tertinggi ni! Tiap kali lalu kat sini tengok pelancung jer posing maut amik gambo. Mana bleh jadi. Guapun nak gak! Alhamdulillah akhirnya dengan ikhtiar tegar encik Padi yang menyarap seperti sedang skodeng ayam betelur, beliau mengambil gambo gua yang kononnye sedang layan Aku Hidup Dalam Blues Untuk Aku kat bawah tiang tertinggi ni. Yehaa! Jangan jeles aa... hehee...

SELAMAT DATANG
Ini adalah antara jalan masuk ke perpustakaan. Korang mesti tak penah ambik gambo kat jalan ni
kan. Kalo adapun mesti kat tangga pokok bunga, kat bawah tiang tetinggi dan belatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samadkan. Gua dah ambik dah. jangan jeles aa… HEH! So kalo korang sampai ke Dataran Merdeka, sila la ke Perpustakaan Kuala Lumpur yang betul-betul kat belakang skren besar yang tak berfungsi hari tu. Bleh tengok buku, baca atau pinjam buku. Tempat yang menarik. Selain perpustakaan, ada gak Pustaka Peringatan Kuala Lumpur, dan entah apa lagi ntah. Korang pergi la sendri!

Friday, October 19, 2007

THE GREAT MISCONCEPTION...

SHOOTING STAR
10 SYAWAL 1428HIJRAH - 22 OKTOBER 2007

Selain dari berpeluang kacau bubur lambok, gua gak rupenye berpeluang jadi Film Star
( ye ker? ) tanpa diduga, tanpa disangka pada 28 Ramadhan 1428 Hijrah/10 Okt 2007 yang lalu betempat kat Karangkraf ni, telah berlaku penggambaran satu rancangan kanak-kanak yang bertajuk ' KRAYON ' usahasama antara RTM dan MediCorp dengan gua sekali yang akan ditayangkan kat RTM 1 setiap Ahad mulai bulan Januari tahun depan bermula pada pukul 11.05 pagi ( tak tau la kalo ada perubahan plak nanti… ) Gua adalah STAR dalam rancangan kanak-kanak ni. Mula-mula gua ingatkan belakon untuk filem, rupenye untuk rancangan kanak-kanak… uuuuu…uuuuu…. Ah! Tak kisah la, janji belakon! HEH!

HEROIN
Ni la dua pelakon HEROIN dalam rancangan KRAYON tu yang bermati-matian berebutkan gua. Sabar dik sabar.. jangan gaduh-gaduh! HEH! Nampak jer diorang tu comel dan innocent, sebenarnye GANAS! Sori. gua tak ingat nama kedua anak yang comel ni. Lemah minda tul!

TEGAR
Encik kameraman sedang mengadjust sudut yang baiekkk seblum memulakan penggambaran kat department Illustrasi. Alamak! Lupa plak nak cakap pasal penggambaran ni. Dalam rancangan/episod KRAYON kali ni, dua kanak-kanak comel tu datang ke studio kitorang kononnye nak tau pasal cara melukis/mewarna kartun cara MANUAL. Siapa lagi yang masih tegar setia meneruskan, menggunakan, mempraktikkan, memperjuangkan dan mengamalkan ilmu melukis kartun cara MANUAL kat dept Illustrasi ni selain dari gua!

PENTING
Kerana ketegaran gua tu la gua dipilih sebagai HERO dalam episod kali ni. HEH! Bagus gak! Biar semua anak-anak yang menonton siri ni nanti tahu akan kepentingan menguasai ilmu melukis/mewarna secara MANUAL. Inilah perkara ASAS yang paling PENTING untuk diketahui dan dikuasai untuk menjadi seorang kartunis/pelukis yang hebat dan beriman! Yeah! Pas tu nak belajar mewarna/melukis menggunakan komputer/digitalpun tak ada masalah.

SEDUT
Dalam penggambaran ni, kedua heroin dibawa melawat ke seluruh dept Illustrasi, bekenalan dengan semua pakcik-pakcik yang ada dan diperkenalkan dengan cara baru melukis dan mewarna iaitu menggunakan komputer/digital seperti yang ditunjukkan oleh pakcik Padi tu. “ Ini cara baru yang orang gunakan sekarang adik manisss. Orang tak buat lagi cara purba cam yang pakcik Gayour tu buat! Tu primitif ketinggalan zaman! “ tegas Padi dengan niat ingin mengorat heroin cerita ni. Bedebah sungguh pakcik Padi ni! Tetekan tul gua, gua yang ajar pakcik Padi ni melukis/mewarna menggunakan photoshop, tapi skang ni beliau plak yang lebih-lebih terer dari gua! Siap kondem gua sekali kat depan awek-awek cun ni! Skang ni kalo gua nak mewarna dengan photoshop, gua tepaksa tanya kat anak murid gua ni balik pasal ilmu gua dah habis beliau sedut.
Nak wat cane?

SERONOK
Ini ialah bahagian yang paling PENTING seperti yang gua cakap tadi. Gua menunjukkan cara melakar, melukis dan mewarna secara MANUAL pada kedua heroin yang jelas lebih teruja dengan cara PRIMITIF dan PURBA ni bebanding cara digital yang ditujukkkan oleh pakcik Padi tadi. HEH! Baru kedua heroin ni tau akan kehebatan MANUAL! Kalo tak ada ideapun tak apa, lakar saja apa yang telintas kat kepala hotak dan berseronoklah melakukannya! Seperti yang adik buat kat sekolah, abangpun buat cara yang sama, melukis menggunakan tangan sejak dari sekolah dulu hingga la ke hari ini. Rajin-rajin buat latihan melukis. Percayalah dengan kebolehan tangan yang dianugerahkan oleh Allah ni. Guna, jaga dan sayangilah beliau sebaiknya.

PELIK
Gua teringat satu kata-kata dari seorang tokoh yang hebat pada zaman dahulu. Tak ingat dan lupa langsung siapakan nama beliau. Satu hari beliau telah dijemput oleh Sultan/Raja/Menteri/Pembesar/ADUN/Haji Bakhil/Orang Kaya Ali Baba Bujang Lapuk/Ismet Ulam Raja/Siddiq Sigaraga Saudagar Barang-Barang Purba ( mana satu ntah… lemah tul! ) dalam satu majlis makan-makan. Tokoh hebat ni diraikan untuk makan bersama dengan Sultan dan pembesar-pembesar yang lain. Semasa nak makan, beliau meletakkan sudu dan garfu di sisi pinggan dan makan dengan menggunakan tangan/jari beliau. Sultan/Raja/Pembesar/Orang Kaya Kassim Baba Bujang Lapok merasa sangat pelik melihat pelakuan tokoh tersebut dan lantas bertanya….


KONGSI
Penggambaran tidak berlangsung lama. Kejab jer. Maklum la hero dan heroinnye adalah pelakon pro walaupun sedang berpuasa. Tak buat salah langsung. PERFECT TEN! HEH! Sebenarnya ada banyak yang ingin gua beri dan kongsi pada semua adik-adik dan orang-orang tua yang akan melihat rancangan ni nanti mengenai kepentingan untuk MEMPELAJARI, MEMAHAMI, MENGUASAI dan MENGAMALKAN semua ilmu melukis dan mewarna cara MANUAL ni. Biar semua tahu akan kepentingannya. Tak apalah, ini bukan rancangan gua. Gua hanya dipinjam sekejab saja untuk memenuhi segmen yang telah dirancang/disusun dalam KRAYON ni. Takkan nak lebih-lebih plak. Syukur la. Dapat sketpun tak apa. Kalo korang nak tengok lakunan kaku, lemah, tak bermaya, tak ada feel ( maklum la puasee.. ) pelakon-pelakon badut yang lain cam Padi dan lakonan hebat gua yang penuh emosi dan perasaan dalam siri yang memfokuskan kanak-kanak pra sekolah dalam lingkungan umur antara 3 hingga 6 tahun ni nanti, pandai-pandai korang la cane nak tengok ya. Heee…

“…. Kenapa Tuan makan dengan tangan. Kenapa tidak menggunakan sudu dan garfu yang disediakan?” Tokoh hebat tersenyum dan berkata “ saya lebih percaya dengan kebersihan tangan saya!”

SHOOTING STAR ( album STRAIGHT SHOOTER -1975 ) adalah sebuah lagu hebat dari band SUPERGROUP ROCK 70an iaitu BAD COMPANY yang mengisahkan kejayaan seorang ROCK STAR bernama Johnny yang akhirnya membunuh diri. Sama seperti kisah Jonathan Steel yang juga seorang ROCK STAR yang lebih tragis kisahnya melalui lagu THE GREAT MISCONCEPTION OF ME ( ALBUM THE CRIMSON IDOL - 1992 ) dari kumpulan W.A.S.P. yang membunuh diri dengan menggantung diri menggunakan tali gitar di atas pentas. Korang yang mendengar semua jenis muzik mesti tahu dan penah dengar lagu nikan. HEH!


"... Johnny died one night, died in his bed, bottle of whiskey,
sleeping tablets by his head.
Johnny's life passed him by like a warm summer day,
if you listen to the wind you can hear him play

Oh oh oh... Don't you know that you are a shooting star,
dont't you know, yeah, don't you know,
don't you know that you are a shooting star... ''
SHOOTING STAR

''...Jonathan to all
Living in the limelight little did I know
I was dying in the shadows and the mirror was my soul
It was all I ever wanted, everything I dreamed
But the dream became my nightmare and no-one could hear me scream
With these six-strings, I make a noose
To take my life, it's time to choose
The headlines read of my suicide, of my suicide

Jonathan to all
No love, to shelter me, only love
Love set me free
No love, to shelter me, only love
Love set me free..."
THE GREAT MISCONCEPTION OF ME

THE ULTIMATE ROCK N' ROLL SUICIDE!

Thursday, October 18, 2007

BADAR AL KUBRA PART 2

BADAR AL KUBRA - PART 2 OF 4
07 SYAWAL 1428HIJRAH 19 OKTOBER 2007

Kita ikuti sambungan bahagian kedua kisah PERANG BADAR yang dilupakan, tak tahu, tak ingat, hilang dalam ingatan, lemah minda dan segala macam lagi sebab dan alasan bagaimana perang ini boleh terjadi dalam 17 Ramadhan pada tahun 2 Hijrah. Begini kisahnye wahai semua sahabat....

Di antara cerita/khabar yang menceritakan mengenai peperangan ini ialah Rasulullah S.A.W. telah mendapat berita bahawa Abu Sufyan ibn Harb sedang dalam perjalanan kembali dari Syam ( Syria ) bersama kafilah Quraisy yang besar dengan membawa harta-harta dan barang-barang dagangan kaum Quraisy untuk pulang ke Makkah. Ketika itu suasana peperangan sedang berlaku di antara kaum Muslimin dan musyrikin Quraisy. Pihak musyrikin Quraisy tidak henti-henti melancarkan serangan ke atas orang-orang Islam dan sering menghalang, mengganggu dan menyulitkan urusan dakwah Islam. Mereka telah membelanjakan harta-harta mereka dan segala yang mereka miliki sama ada tenaga dan senjata untuk memerangi Islam dan melemahkan kekuatan umat Islam sehinggalah pahlawan mereka sampai ke sempadan-sempadan Madinah dan padang-padang gembalaan orang Islam.

Abu Sufyan merupaka seorang musyrikin yang paling kuat menentang dan memusuhi Rasulullah S.A.W. dan Islam. Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar akan berita kepulangan rombongan Abu Sufyan ke Makkah dari Syam dan beliau menjadi ketua pada rombongan perdagangan tersebut, dengan segera Baginda S.A.W. menghimpunkan satu pasukan tentera yang cukup kuat bertujuan untuk menyekat/menghalang sebuah kafilah perdagangan. Seruan Rasulullah S.A.W itu bukan bertujuan untuk melancarkan peperangan!

Apabila berita mengenai rancangan/tujuan Rasulullah S.A.W. tersebut sampai ke pengetahuan Abu Sufyan, beliau lantas menghantar utusan ke Makkah untuk mendapatkan pertolongan dari orang-orang Quraisy untuk mendapatkan perlindungan dan mempertahankan rombongan perdagangan yang diketuainya dari sekatan/serangan orang-orang Islam yang sedang menuju ke arahnya.

Apabila utusan untuk mendapatkan bantuan itu sampai ke Makkah, merekapun bersungguh dan segera pergi dengan sebuah psukan tentera yang sangat besar, kuat dan lengkap bersenjata tanpa seorangpun pembesar Quraisy yang terkecuali menyertainya. Kabilah-kabilah Arab yang berada di Makkah yang memang membenci dan memusuhi Rasulullah S.A.W. dan Islam bersatu hati dan bergabung tenaga tanpa tinggal seorangpun dari suku-suku kaum Quraisy di Makkah melainkan sedikit sahaja. Ini merupakan masa dan peluang yang terbaik untuk mereka menghapuskan Rasulullah S.A.W., menganyang umat Islam dan melenyapkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. sekali gus! Meraka pergi dengan semangat yang berkobar-kobar , penuh dengan kebencian, kemarahan dan dendam kesumat!

Rasullulah S.A.W. telah keluar mengetuai angkatan tentera Islam dengan kekuatan seramai 313 orang untuk menghadapi tentera kafir musyrikin yang mempunyai kekuatan lebih dari 1000 orang yang lengkap bersenjata, kuda dan unta. Sedangkan tentera Islam hanya mempunyai dua ekor kuda dan tujuh puluh ekor unta yang ditunggangi secara bergilir-gilir oleh dua atau tiga orang dalam sesuatu masa. Masa ni tidak ada perbezaan taraf di antara tentera-tentera Islam yang keluar ke medan Badar sama ada dari golongan kaya, miskin, tentera atau panglima tentera. Turut bersama Rasulullah S.A.W. ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A. dan Saidina Umar Al Khattab R.A. dan sahabat-sahabat besar yang lain. Baginda S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saidina Mus’ab ibn Umair R.A., manakala bendera kaum Muhajirin diserahkan kepapa Saidina Ali ibn Abi Talib untuk memegangnya dan bendera kaum Ansar pula dipegang oleh Saidina Sa’ad ibn Mu’az R.A.

Apabila Abu Sufyan mendengar bahawa kaum Muslimin telah keluar untuk menghalangnya, maka secara senyap-senyap dia telah menukar haluan dengan mengambil jalan persisiran pantai untuk mengelakkan dari bertembung dengan tentera Muslimin. Setelah merasakan bahawa rombongan yang diketuainya telah berjaya melepaskan diri dan barang dagangannya terselamat, diapun lantas menulis sepucuk surat kepada pasukan kaum Quraisy yang berbunyi
“ Kembalilah kelian kerana sesungguhnya kelian keluar hanyalah untuk
manyelamatkan kafilah-kafilah dagangan kelian.”
Setelah mendapat surat tersebut, pada mulanya mereka bersetuju untuk kembali pulang. Akan tetapi Abu Jahal enggan pulang melainkan setelah berperang. Ketika itu tentera Quraisy adalah lebih dari 1000 orang bilangannya dari berbagai kaum dan kabilah yang terdiri dari panglima-panglima perang, pembesar-pembesar, ketua-ketua kabilah, tentera berkuda yang lengkap bersenjata dan para pahlawan yang gagah dan kuat. Abu Jahal merasakan adalah rugi/sia-sia untuk berundur pulang kerana pada masa itu mereka adalah cukup kuat untuk menghancurkan umat Islam!
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;

“ Lihatlah, sesungguhnya Makkah telah datang dengan seluruh kekuatanya.”

Pada malam sebelum berlakunya peperangan Badar ini, Allah telah menurunkan hujan yang sangat lebat yang menyukarkan tentera kaum musyrikin dan menghalang/membantutkan kemaraan mereka. Sedangkan pada kaum Muslimin, hujan itu merupakan rahmat yang menguntungkan kerana mereka berada di tanah yang keras berpasir. Ini menyebabkan pergerakan dan langkah kaki mereka lebih kuat, mantap dan hati mereka menjadi makin berani dan bersemangat!
Allah berfirman yang bermaksud;

“ Dan ( ingatlah ketika ) Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian ( kamu di medan perjuangan ).” Al Anfaal:11

BERSAMBUNG…. peperangan tercetus pada bahagian KETIGA nanti.

Tuesday, October 09, 2007

BUBUR LAMBUK

BUBUR LAMBUK
27 RAMADHAN 1428 HIJRAH - 09 OKTOBER 2007

Tak disangaka tak diduga tapi ni la yang telah berlaku pada gua dan beberapa sahabat team illustrasi/g3 pada 22 Ramadhan 1428 Hijrah – 04 Okt 2007 ( Khamis ) yang lalu. Satu program yang dinamakan Memasak dan Mengedarkan Bubur Lambuk Ramadhan 1428 Hijrah telah diadakan di Garden CafĂ© Karangkraf Sdn.Bhd. sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di Tol Batu Tiga, Shah Alam. Kitorangpun pegi la nak amik gambo, jadi tukang kacau dan tukang ceduk BUBUR LAMBUK beb! Jangan tak caye…

ACTION
Sebenarnya kitorang pegi nak ambik gambo jer. Ya la selama ni kitorang memang digunakan oleh peminat untuk ambik gambo. Jadi kali ni kitorang plak nak menggunakan periuk dan bubur lambuk dalam periuk untuk ambik gambo dengan kitorang! Biar beliau rase plak
! Heee… Lihat la aksi rakus A’an, gua, Niezam dan Padi bila dapat peluang action mengacau bubur lambuk sambil diperhatikan oleh Jamb yang tak dapat mengacau.

JANGAN TAK TAU
Ini adalah Program Memasak dan Mengedarkan Bubur Lambuk Ramadhan 1428 Hijrah anjuran bersama Majlis Belia Selangor Daerah Petaling Jaya, akhbar Sinar Harian dan Kempen Keselamatan Jalan Raya. Lebih kurang 1000 bubur lambuk telah disediakan untuk diberi kepada pengg
una jalanraya kat Tol Batu Tiga, Shah Alam pada petang ni sebagai juadah bebuke puase. Pada korang yang dapat bubur lambuk pada petang tu jangan tak tau, gua and the gang antara yang menyumbangkan tenaga ( walau sket ) dalam penyediaan bubur lambuk ni. Heee… Tengok aksi rakus gua tu, tak cukup satu, dua pengacau gua gunakan untuk ambik gambo. Heh! Alaa.. apa sangat la kan?

CEDUK
Masa kitorang sampai untuk ambik gambo tu kebanyakan bubur lambok dah siap ( ada berape periuk gua tak ingat… biasa la lemah minda ). Yang gua and the gang kacau tu jer yang blum masak lagi. Tapi inilah sumbangan tenaga sebenar yang gua maksudkan – menyeduk bubur lam
buk ke dalam food contener, kengkawan yang lain menutup dan menyusun ke dalam plastik untuk dibawa ke Tol Batu Tiga. Jamb tu bukan baca doa makan tau, tapi baca doa selamat agar kitorang selamat masa menjalankan kerja ni. Panas tak ingat bubur lambuk ni tau. Kalo kena tangan bleh melecur!


LENGUH
Nampak cam senang jer kerje nikan? Sebenarnya bila dah buat baru tau azab ker tak azab. Terutama gua yang menceduk. Aduuu la lenguhnye rase bahu! Rase nak tecabut! Makin lama makin berat plak bubur yang diceduk! Apa taknye, seperiuk tu gua ceduk sensorang! Mula-mula sebelah tangan, pas tu guna dua belah tangan menceduk bubur tu. ARGHHH! Tapi tak pe… gua ikhlas membuatnye walau lenguh bahu. A’an ( kanan ) menjerit macam tukul besi jatuh kene ibu jari bila bubur lambuk yang gua ceduk ke dalam food contener tu menitik sket ke tangan dia! Kecoh la lu! Ngede-ngade!

KEBAL!
Brader kat belah kanan tu adalah encik Chef tuka
ng masak bubur lambuk dari Jalan Kebun, Kelang. “ Minggu lepas surau tempat saya buat program buka puase dengan anak-anak yatim Institut Taufik Islami, Jalan Kebun brader “ tegas gua pada brader tu. Beliau sengeh jer. Mula-mula beliau yang menceduk bubur lambuk tu tapi kitorang rampas pasal tak mencabar langsung kerje mengacau bubur lambuk yang blum masak tadi tu. Sekali tu setitis bubur lambuk menitik kat tangan brader tu, tapi beliau cooollll dan sengeh jer. Tak mengadoi atau menjerit cam A’an. “ Err… sori brader. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin brader“ ujar gua. Beliau sengeh jer. “ Tak sakit langsung “ tegas beliau dengan tegasnye. Tapi jelas kelihatan air mata menitis di matanya! Pas tu Jamb nampak brader tu mengesat air mata beliau kat belakang tembok tu. Harhar! Kebal konon!

NAKOT
A’an memyembunyikan tangan beliau kerana nakot sangat kena titikan bubur lambuk lagi walau semangat berkobar-kobar nak membant
u. “ Sakit siot!” tegas beliau. Alaa… sudah la lu A’an! Kena sket dah mengadoi, cam hape ntah! Tengok brader tadi tu, menitiskan air mata trus! Harharhar!

MURNI
Bubur lambuk masih banyak lagi. Nampak tak tu. Macam tak luak-luka lagi dari periuk tu. Tapi masa ni gua dah mula rase lenguh! Tak telintas nak tukar dengan kawan yang lain
( lemah minda sungguh! ) kerana gua rasa seronok sangat kerana gua melakukannya dengan penuh jujur, telus, jiwa murni, ikhlas dan kerana Allah! Pasal tu la tak ingat lain dah. Tu la tadi gatal ‘ rampas ‘ tugas brader tu. Haa sekarang… rasai lu!

TEJEBAK
Yang ni plak ialah dua orang tag team yang dah terjebak dan tak bleh mengelat nak lari dari tugasan yang niat diorang nak ambik gambo jer sebenarnye..Apai dan Niezam bersatu hati mengacau bubur lambuk yang blum masak! Jelas terpancar keikhlasan di wajah mereka. Harharhar! Nampak barisan periuk bubur lambuk yang dah masak tu? Dua peruk bubur lambuk dikhaskan untuk staff Karangkraf mengambilnye sebagai juadah buke puase. Yang lain adalah untuk… sila baca kat atas ye. Ponek den nak nulih eh balik.

ILMU KEBAL
Makin lama makin surut bubur lambuk yang gua ceduk. Brader chef tukang masak kembali membantu setelah selesai mengesat air mata dan cover tak ada apa-apa yang berlaku. Heee…Encik Jamb yang dari tadi hanya melihat, komplin, kutuk, kritik mula membantu setelah A’an menarik diri! Blah la lu A’an! Mana kala encik Padi pula cuba membodek brader tu memberi/mengajar beliau sket ilmu kebal yang dimiliki. “ Jangan la kedekut tangkai jering brader. Takkan la brader nak kebal sorang jer. Adik ( ya, Padi membahasakan diri beliau ‘adik’ ) pun nak gak rasa cane jadi orang kebal. Adakah kebal seperti kereta kebal yang bleh melanggar pondok atau reban ayam tanpa mencederakan diri” tegas Padi dengan penuh senyuman manis beliau.

Blumpun kitorang habis mengisi semua food contener, staff Karangkraf mula keluar menyerbu untuk mengambil bubur lambuk. Tetiba keadaan menjadi tidak terkawal. CHAOS! ANARCHY! HAVOK! RAMPAGE! HURU HARA! HARA HURU! ARGHHH! Padi yang telah menguasai ilmu kebal tahap tertinggi lantas menyelamatkan diri beliau sendri tanpa memperdulikan bubur lambuk, kawan-kawan dan tok guru beliau yang sekali lagi kelihatan mengesat air mata kerana tak sempat nak lari kerana telah dikepung oleh staff Karangkraf! Semua menjerit “ BUBUR LAMBUK! BUBUR LAMBUK! Mana bubur lambuk kami seperti yang telah dijanjikan? Manaaaaa!” Keadaan menjadi makin havoc bila makin ramai yang datang membawa food contener memasing kerana tak puas hati dengan saiz food contener yang disediakan “ Besar ni, sekali telan habis!” Tiba-tiba semua tergamam dan keadaan menjadi senyap sunyi seketika, kalo jarum jatuh masa ni bleh dengar dengan clear – huh! Rupenye encik Padi returns dengan pakaian superhero ‘ Lelaki Belalang – Penebas Jenayah “ untuk menyelamatkan keadaan dengan ilmu kebal yang baru beliau kuasai. Tapi rupe-rupenye HAMPEH sungguh! Palsu semata-mata. Beliau berpakaian begitu kerana nakot tekena titikan bubur lambuk kerana beliau turut sama berebut-rebut untuk mendapatkan bubur lambuk! “ Mana bleh jadi! Penat gua nolong tadi. Gua mesti rampas hak gua!” tegas beliau! EEEEE… astaqfirullahalazim… apa la yang gua mengarut dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Heheeee… Sori la ek. Esoknye ramai yang kesal kerana hanya dapat satu sorang jer. “ Sedap nak mampus!” tegas diorang. Tu la hikmahnye kalo ikhlas membantu. Heee...

Monday, October 08, 2007

SOALAN MAUT!

TERTEKAN
27 RAMADHAN 1428HIJRAH - 09 OKTOBER 2007

Wahai sahabat semua... bersedialah untuk merasa TERTEKAN tak ingat bila/semasa jalan raye ke rumah saudara mara, jiran atau member sekampung di Hari Raya Aidil Fitri ni nanti. TERTEKAN apa hal plak. Pasal kena bagi duit raya ker? Bukannnn… Tapi nak ikutkan itupun tetekan gak! Heee...
Yang gua maksudkan ialah TERTEKAN dengan SOALAN-SOALAN yang tiap tahun itu la soalan wajib yang kita dengar dan terpaksa dijawap dengan senyuman tak ikhlas. Ada banyak lagi soalan sebenarnya, tapi inilah antara soalan TERTEKAN paling popular tahap maut nak mampuih yang membuatkan kita cemuih tak ingat dan rasa nak lari sambil menjerit ARGHHHHHHHHHHH!!

Soalan TERTEKAN dan cemuih tersebut adalah

Pada yang dah berkeluarga;
- Ini anak kau ya? Eh! Eh! Besar dah budak ni yee… dulu kecik jer! ( ya la, kalo kecik tak besar-besar, korang komplin gak )
- Ni siapa nama ni?
- Berapa umur. Dah sekolah ke blum. Sekolah kat mane. Darjah berape?
- Peksa hari tu dapat nombor berape?
- Alaaa! Comelnye dia pakai baju kurung/kebarung/kebaya/gaun. Beli kat mana baju ni? Cantiknyeee…
- Whoa! Hensemnye dia pakai Baju Melayu. Siap samping, songkok lagi! Ikut bapak dia la nikan?
- Ni pakai cantik-cantik ni nak pergi mana ni?
- Nak duit raya tak? Kalo nak, mari salam dengan Mak Ngah dulu…
- Banyak dapat duit raye? Mari Mak Su tolong kirakan.
- Ni duit banyak-banyak ni nak buat apa nanti ni?
- Tinggal sini dengan atuk/nenek/Pak Long/Mak Long/Mak Uda/Pak Usu la ye… Bleh sekolah dengan Ani tu. Ada gak kawan si Ani tu.
- Berapa anak dah?
- Bila sampai?
- Pukul berapa betolak tadi?
- Jalan okey ke?
- Berapa hari cuti?
- Balik naik apa?
- Banyak buat kuih?
- Kau tak raya kat Kedah/Pahang/Sarawak/Melaka/Kelantan/Sabah/Negeri Sembilan/Penang/Perak/Terenggangu/Perlis/Selangor/Johor/Singapura/Brunei rumah mertua kau ker tahun ni?
- Hiuh! Jalan jam giler kat highway aa… kat T.V. ada tunjuk.
- Ada eksiden ker?
- Kau tinggal kat mana kat Key Ell sana?
- Kek sano cam no, hujan ko paneh?
- Kerje kat mana. Tak jauh ker berulang hari-hari?
- Jem teruk aa hari-hari. Gua tengok T.V. Huihhh! Giler punyer jem kat Jalan Tengku Abdul Rahman, Chow Kit, kat Masjid India…
- Bila nak balik Key Ell?
- Bila start kerje?

Pada yang bujang plak;
- Uikz! Kau dah gemuk sekarang ya. Apa kau makan aa?
- Humang hai perut ekau. Ni perut ke tempayan ni?
- Waa… cantik kereta, bila beli?
- Waa..! Betambah cantik la kau sekarang ya. Apa rahsia? Mesti ada apa-apa ni… hehehe…
- Aku dengar kau dah betunang. Betul ke. Orang mana. Hensem/cun ker?
- Berapa lama betunang. Bila nak langsungnye?
- Kau ni bila lagi nak kawen ni Mat/Siti? Kawan-kawan kau semua dah beranak pinak dah!
- Oi! Lu bila nak kawen daa? Awek punye la besepah kat Key Ell tu, sorangpun lu tak dapat nak ngorat. Apa la lu?

So cam no, korang penah tak ditanye soalan-soalan cam ni? Mesti penahkan. HEH! So ini la SOALAN BOCOR - ANTARA SOALAN-SOALAN MAUT sebagai persediaan raya nanti. Selamat menjawap dan meresa TERTEKAN tak ingat di hari raya! Nasib korang la! HARHARHARHAR!

Sunday, October 07, 2007

BUKA PUASA DUA

BUKA PUASA 2
26 RAMADHAN 1428 HIJRAH
08 OKTOBER 2007

Seperti tahun-tahun lepas, kitorang akan buat majlis bukak puase beramai-ramai kat luar. Tahun lepas kitorang join dengan team eBaca dan KLIK! Tapi kali ni team G3 saje buat sendiri pasal diorang ada program memasing. Tak kisah la janji kitorang punye majlis makan-makan berjaya dengan suksesnye kat restoran Big Plate pada 20 Ramadhan 1428H - 02 Oktober 2007 minggu lepas. Tahun 2005 dulu team G3 penah bukak puase kat sini. Tahun ni kami kembali. Nak tukar selera makan western food plak! HEH! So chekitdaut babeh!

KAMBING LAGI
Gua memang suke makan daging kambing. Orang kata bleh kene darah tinggi la,
kencing manis la, jantung belubang la, gestrik, pening la, gout la dan segala macam lagi. Tapi alhamdulillah, gua diberi kesihatan yang baik bleh menikmati kelazatan daging kambing… jadi steak kambing menjadi pilihan tegar gua tanpa kompromi untuk buka puase hari ni. Maklum la bukak puase kat restoran western food. Segelas air suam dan beberapa hirisan buah-buahan impot termasuk agar-agar untuk pusingan pertama HEH! Buah kurma yang menjadi sunnah Rasulullah S.A.W. untuk berbuka tidak disediakan plak. Leceh tul la!

BARU RASA
Ini adalah rombongan nampak terer tapi sesat sampai ke USJ semasa mencari tempat ni. Teruk sangat aibnye tu Padi! Walau bagaimanapun, encik Padi dan encik Amang jugak bernafsu rakus pada steak kambing seperti gua. “ Ni baru rase ni, blum makan betul-betul lagi ” tegas encik Padi sambil menjeling makanan yang lain. Tengok pipi Padipun dah tau berapa banyak steak yang beliau bleh simpan kat dalam pipi tu. Heee... Lantak kat lu la Padi. “ Lu makan la takat mana lu larat! “ ujar gua pada beliau.

LANTAK LA
Ini la Team Illustrasi/G3 yang dapat join pada hari tu. Ada dua tiga orang tak dapat join. Semua dah mengambil makanan memasing tanpa rasa kesal dengan pilihan yang telah dibuat dan menunggu saat jer untuk mengap makanan yang telah terhidang!. Encik Mazlan ( yang berlikau kat kiri sekali tu ) amik nasi sebagai pembuka puase beliau. “ Apa ni Lan, makan la bende lain dulu. Pas tu nanti baru la makan nasi “ tegas gua. Tapi beliau tak layan. Tetap nak makan nasi gak. Lantak lu la! Tekak memasing.

PRESTASI BURUK!
Ni la keadaan meja lepas ( Maghrib ) habis round pertama dan terakhir setelah masing-masing membelasah steak kambing, ikan bakar, ayam bakar, nasi campur, spageti, sate ayam, agar-agar, kek, buah, air sirap bandung dan ais krim! Ya ada ais krim. Semua dah kenyang tak ingat. Tapi Padi kelihatan tak berapa puas hati dengan prestasi nafsu serakah beliau pada kali ni walaupun nampak sukar nak bernafas! Tengok tu beliau sedang berfikir nak belasah apa plak lagi pas
ni atau apa nak jadi plak pas ni?

JANGAN LUPA
Gua cuba menasihati dan mengingatkan encik Padi supaya ingat kat kengkawan ( iaitu gua ) sekali kalo beliau nak pegi ambik steak kambing lagi. Amik lebih sket Padi. Heh! Memang besar hikmahnye bila kita makan berjemaah ni. Bila ramai-ramai ( kena plak dengan awek ) kita pasti akan merasa segan atau malu nak makan lebih-lebih atau banyak dari kebiasaan. Kontrol la kononnye! Tapi kalo makan sensorang, pasti habis
licin kita kerjakan! Kucingpun tak merasa nak makan tulang/sisa makanan! Rakus sungguh!

SAYANGI LA DIRI BELIAU
Akhirnya beliau membatalkan niat murni beliau nak amik steak kambing bila A’an menyuapkan air tea O pada beliau setelah mendengar cerita Jamb pasal penyakit gout yang dideritai oleh orang kampung beliau ( Jamb ) kalo makan daging kambing banyak sangat! Dengar tu Padi… jangan ikut nafsu sangat. Kesihatan tu kena jaga gak! Jelas terpancar keikhlasan di wajah A'an yang menyuapkan air tea O dan jelas kelihatan keinsafan dan keceriaan di wajah encik Padi untuk menyedutnya! Mesra sungguh!

BERSAMA SELAMANYA 1
Jamb dan Bella ( merah saga ) kelihatan sungguh mesra dan gembira sekali semenjak kat opis, seblum bukak puase sampai la orang nak tutup kedai. Tak tau apasal kedua pakcik ni begitu mesra sekali sejak bulan Ramadhan ni. Ke mana pergi mesti bersama. Bagus la korang dah jadi kawan baik. Harap bekekalan. Sorang orang Tok Kenali, sorang orang Tok Gajah. Kena sangat dah tu. Didoakan moga berbahagia. Hehehee…

BERSAMA SELAMANYA 2
Memang besepah-sepah diorang ni duduk bila dah kenyang. Tadi encik Lan ( grafik G3 ) tu kat mana ntah, tetiba ada kat belah si Faiz plak ( tengah- digital colorist ) dan Aguri
( wartawan/penulis kreatif ) dengan gaya layan bluesnye kat belah kanan tu yang juga merupakan member sekepala Faiz memakai jeket wind breaker dari pagi sampai la balik rumah tak bukak-bukak! Tak kira la air cond kat opis rosak ker, lambat on ker, diorang bedua ni tetap tak akan bukak jeket! Korang tengok la tu, jeket yang diorang pakai tu sejak mula pakai dari rumah pagi tadi sampai la balik ke rumah nanti baru diorang bukak ! Lantak korang la!

ARGHHHH!
Emmmm…slrup!slrup! yummyummy! Tadi diorang belasah ais krim, skang giliran gua plak. Dalam perjalanan pulang, gua batuk tak ingat sampai nak kuar semua organ kat dada gua! ARGHHHH! Tu la akibatnye kalo rakus sangat makan semua bende temasuk ais krim yang tersangat la lazatnye tapi tersangat la mengazabkan ni!

BADAR AL KUBRA PART 1

BADAR AL KUBRA – PART 1 OF 4
26 RAMADHAN 1428 HIJRAH
08 OKTOBER 2007

PERANG BADAR

Hari tu masa majlis buka puase dengan anak-anak yatim dari Institut Taufik Islami, Jalan Kebun, Kelang, Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin telah mengingatkan pada satu peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan dalam sejarah pekembangan Islam. Dulu masa sekolah dalam matapelajaran Agama Islam ada la belajar pasal Perang Badar, Perang Uhud secara ringkas. Memang tak ingat dah betapa penting dan besarnya peristiwa ini pada kita orang Islam. Belajar pasal nak lulus peksa! Seronok dan teruja la rasa di hati nak menyampaikan plak apa yang telah disampaikan pada petang seblum buka puase tu pada semua sahabat yang dikasihi mengenai peristiwa
BADAR AL KUBRA ni.

Allah berfirman yang bermaksud;

“ Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangann Badar, sedang kamu berkeadaan lemah ( kerana kamu sikit bilangannya dan kekurangan alat perang ). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur ( akan kemenangan itu ). ( Ingatlah wahai Muhammad ) ketika kamu berkata kepada orang-orang yang beriman ( untuk menguatkan semangat mereka ): “ Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?” Bahkan ( mencukupi dalam masa itu ) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka ( musuh ) datang menyerang kamu dengan serta merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu dan supatya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan ( ingatlah bahawa ) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Kememangan Badar itu ) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka ( dengan kekalahan ) supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.”

Aali Imran: 123-127

Begini serba ringkas kisah yang sangat penting ini wahai sahabat semua…

Pada hari JUMAAT bersamaan 17 RAMADHAN, TAHUN 2 HIJRAH selepas peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah berlakunya PERPERANGAN BADAR AL KUBRA ini. Peristiwa atau peperanagan ini merupakan satu perperangan yang SANGAT PENTING untuk menentukan masa depan umat Islam dan agama Islam keseluruhannya di atas muka bumi ini. Sama ada umat Islam dan agama Islam akan hidup subur bekembang atau terhapus! Semuanya BERGANTUNG pada keputusan dari perperangan ini wahai semua sahabat yang dikasihi. Gua kerut dahi mendengarnya. Tak kisah langsung selama ini. Perang Badar? Emm... tentera Islam menang walaupun jumlahnye sket. Itu jer yang gua ingat.

Semua peristiwa yang berlaku seperti Futuhaat ( Pembukaan Negara-Negara Islam ), kemenangan-kemenangan yang dicapai dalam peperangan, negara dan kerajaan yang berjaya ditegakkan selepas itu semuanya benar-benar terhutang budi dengan kemenangan gilang gemilang yang diperolehi di medan Badar. Rupanya begitu besar, penting dan hebat sekali kesan Perang Badar ni dalam perkembangan Islam. Oleh kerana itulah Allah telah menamakan perperangan ini dengan Yaum al Furqan yang bermaksud Hari Pemisahan di Antara Hak dan Batil.
Allah berfirman yang bermaksud;

“ Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami ( Muhammad ) di hari al Furqan ( Hari Pemisah ), iaitu di hari bertemunya dua pasukan tentera ( Islam dan kafir di medan Perang Badar ).“

Al Anfaal:41

Korang tau tak punca atau sebab berlakunya Peperangan Badar ini wahai sahabat? Alamak! Apa ye? Tak tauu! Tak ingatt! ARGHHH! Don’t worry, guapun tak tau. Hehee..

Kalo nak tau, sila ikuti sambungannya dalam rancangan akan datang ya….

Thursday, October 04, 2007

BUKA PUASA SATU

BUKA PUASA 1
23 RAMADHAN 1428 HIJRAH
05 OKTOBER 2007

Sabtu minggu lepas, iaitu pada hari NUZUL QURAN ( disepakati oleh semua ulama’ hari turunnya Al-Quran ) bersamaan 17 Ramadhan 1428 Hijrah - 29 Sept 2007, sekali lagi surau tempat gua, Surau Nurul Islah menganjurkan satu lagi program di bulan Ramadhan ni iaitu majlis berbuka puase dengan Anak-anak Yatim, Pelajar Tahfiz dan Saudara Baru dari Institut Taufik Islami, Jalan Kebun, Kelang, Selangor Darul Eshan. Apa lagi, gua tepikir ( tak lemah minda ) nak amik majalah dari syarikat dan bagi pada anak-anak yatim ni. Sahabat dan kariah menyumbangkan duit dan bende-bende lain, so gua rase diorang ni mesti suke baca majalah g3.


KURMA LA…
Acara masak-memasak dan persiapan untuk majlis ni dibuat pada sebelah petang dalam pukul tiga kat Surau Nurul Islah. Memang kebiasaan kalo ada majlis cam ni kitorang gotong-royong masak. Alaa... cam surau/masjid kat tempat korang gak. Tapi sekali sekali ada gak panggil catering yang buat kambing panggang dan masak kuzi. Kemas-kemas surau memang hari-hari buat, jadi tak ada masalah. Dah bersih dah. Petang ni kitorang masak! Yeahoooooo! Semangat gua datang nak potong bawang, halia, kentang… tapi sampai-sampai jer kena bungkus buah kurma la plak! Buah kurmapun buah kurma la.
Anak-anak yatim punye pasal, kalo chinta apa-apapun bleh aje!


MONGUL
Menu masakan utama kali ni tidak dibuat oleh chef kitorang iaitu encik Lamin, tapi oleh seorang sobat yang mengofer diri membawa sobat beliau seorang tukang masak berpengalaman dari Pakistan. Beliau mencadangkan menu masakan daging kambing/biri-biri dari Pakistan sebagai menu/lauk utama dalam majlis petang ni. Tak kisah. Gua belasah jer! Best gak dapat rase masakan daging kambing/biri-biri yang lain dari yang biase kita rasa. Menu ni dinamakan GULAI KAWAH MONGUL! Apa namapun tak kisah, janji lazat! Ni la rupe daging biri-biri yang baru dimasak. Nampak tak kepala biri-biri tu?


LEPAK
Sebahagian dari dari AJK sedang lepak sambil bergossip pasal tak ada kerje nak buat. Terutama encik chef utama kitorang, encik Lamin ( kiri ). Selalunye part masak-memasak ni beliau yang buat. Sibuk tak ingat! Arah sana arah sini. Tapi kali ni beliau duduk lepak pasal tugas beliau telah ' dirampas ' oleh tukang masak impot dari Pakistan! Betul. Chef kali ni ialah seorang chef yang berpengalaman lebih 15 tahun! Tu yang buat encik Lamin tetekan tak ingat tu! Sabo je la.


SIBUK
Keadaan mula sibuk masa nak dekat Asar bila makanan-makanan lain yang dioder mula sampai. Selain masak lauk dan nasi, makanan tambahan lain turut dioder. AJK mula buat-buat sibuk melihat dan menghidu makanan-makanan yang baru sampai.

KUIH
Yang ni plak segala macam kuih muih yang dioder sebagai juadah buke puase dengan anak-anak yatim petang ni. Sebelah gua tu ialah AJK dan Ketua Pemuda Surau Nurul Islah, encik Fendi. Kelihatan kat belakang Tuan Haji Raman sedang mengusyar Bendahari surau supaya merasa sket kuih yang baru sampai.


OTAI
Ni la Tuan Haji Abdul Rahman yang masih berjiwa remaja walaupun beliau dah tahap otai. Beliau memaksa gua begambo dengan beliau dan memberi pose liar ni.. Entah laa…


KACAU
Gulai Kawah Mongul dah masak dah. Dia punyer aroma bau memang tak bleh tahan! Guapun apa lagi, amik pengacau dan eksyen amik gambo la. Apa lagi yang boleh dibuat selain amik gambo? Heh!


LAZAT
Ni la rupe daging/gulai kawah Mongul yang dah masak. Dia punye aroma… pergh! Tak sabo nak makan. Tak sama langsung dengan aroma masakan kawah cara kita yang biasa. Memang Mongul habis wa cakap lu! Kalo bau dah lazat, rase mesti la lazat. Nanti masa buke pause baru tau lazat ke tak masakan dari chef Pakistan ni. Kali ni gua rasa betul-betul teruja nak makan lauk daging biri-biri Mongul ni! ARGHHHH!


TAZKIRAH
Gua sampai surau dalam pukul enam, rombongan Anak-anak Yatim dah selamat sampai. Sementara menunggu waktu berbuke dan bleh makan gulai kawah Mongul , Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki* sedang memberikan sedikit tazkirah/peringatan ringkas mengenai satu peristiwa besar yang berlaku pada Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabat terawal yang memeluk Islam iaitu peristiwa PERANG BADAR yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Gua betul-betul lupa, lemah minda tak ingat langsung bila berlakunye! Lupa sesungguh-sungguhnye. Yang gua ingat ialah Bazar Ramadhan, solat sunat Tarawikh, buka puasa, niat puasa, tahu sumbat... Peristiwa besar dalam sejarah perkembangan Islam ni gua tak ingat! Teruk tul perangai!

* Tuan Guru memberi kuliah pengajian setiap minggu kat surau Nurul Islah.


BERSILA
Semua jamaah/kariah kelihatan sungguh girang gumbira menadah tangan
mengaminkan doa yang dibaca oleh Tuan Guru sebelum bebuke puase dengan
khyusuk dan semangatnye. Kami semua makan bersila atas tikar. Best betul bebuke puase ramai-ramai cam ni. Walau sempit dan berasak-asak. Tu yang best tu!


SELESA
Tetamu kehormat kami bebuka puase di tempat yang khas untuk mereka. Yang ni adalah Anak-anak Yatim lelaki. Sepatutnye kitorang join sekali dengan Anak-anak Yatim, Mualaf dan Tahfiz ni masa bebuke, baru bebuke puase bersama Anak-anak Yatim namanye. Boleh bertanye khabar. Tapi tak pe la, biar mereka selesa. Makan adik, makan!


Yang ni plak Anak-anak Yatim pompuan makan kat meja sebelah lelaki. Semua malu-malu.

BELASAH!
Lepas solat Maghrib, sambung makan lagi. Tadi masa buke puase gua belasah sket jer gulai kawah Mongul tu, tapi kali ni gua belasah betul-betul. Harharhar! Tak de bagi chance punyer! Memang lazat tak ingat! Gua banyak ratah jer gulai tu. Tak makan yang lain. Sedap tul! Lazat sungguh! Puas hati gua. Dari siang tadi bedendam dengan gulai ni. Heheehe…

BALIK
Selesai solat sunat Tarawikh lapan rakaat, rombongan Anak-anak Yatimpun nak balik. Kelihatan Tuan Haji Raman ( kiri ) dan Tuan Imam Abdul Mutalib sedang bersiap-siap untuk bagi sumbangan majalah yang gua bawak tu dan menghantar anak-anak yatim ke bas.

SENYUM LA SKET
Tuan Haji Zainal ( ex pengerusi pertama Surau Nurul Islah ) sedang menyerahkan sumbangan majalah dari Karangkraf pada Anak-anak Yatim dari Institut Taufik Islami Jalan Kebun seblum berangkat pulang. Tadi sebelum Isyak masa gua sedang baeikkkk membelasah gulai kawah Mongul, acara penyerahan sedikit sumbangan yang dikumpul dari ahli Kariah telah disampaikan pada Pengetua rumah/sekolah ni kat dalam surau. Gua tak dapat nak join amik gambo pasal sedang sibuk berebut lauk gulai kawah Mongul dengan kengkawan yang memang kaki daging kambing. Kena plak kali ni menu masakan yang lain, lazat plak tu! Memang tak bangun. Heh! Terima kasih pada pihak Institut Taufik Islami, Jalan Kebun kerana sudi menerima pelawaan kami berbuka puase bersama kat surau kami. Moga betambah kerahmatan Allah pada kami penduduk Putra Heights. Biasenye dalam bulan Ramadhan ni hampir semua rumah/sekolah anak yatim HABIS DITEMPAH dan dibawa berbuke oleh penaja kat hotel atau restoran yang mewah, panggil reporter/photographer dan penyanyi untuk menghiburkan ( kononnye ) anak-anak yatim yang sedang berbuke puase pada waktu solat Maghrib! Pas tu ada acara penyerahan duit raye dan hadiah pada anak-anak yatim, bebaris ramai-ramai, amik gambo dan kemuncaknya plak acara penyerahan raplika cek sebesar daun pintu. Besoknye masuk suratkabo. Persatuan ini, persatuan itu menyumbangkan sedikit derma/sumbangan pada sekolah/rumah Anak Yatim. Hebat! Majlis kitorang ni tak buat cam tu, buat kat surau jer. Tak ada raplik cek besar pintu! InsyAllah , Ramadhan akan datang atau mungkin tak perlu tunggu Ramadhan untuk menjemput, merai dan menjamu Anak-anak Yatim di surau kami yang seadanya ni lagi! Sabar la wahai semua yang kehilangan tempat untuk bermanja, mengadu dan berkasih sayang…sabar dan senyumlah...