Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDIL FIRI

SALAM AIDIL FITRI
28 ramadhan 1430 hijrah - 18 sept 2009

Rasulullah S.A.W. telah bersabda,
"celakalah bagi orang yang memasuki ramadhan tapi tidak mendapat keampunan dari Allah setelah berakhirnya Ramadhan!"

moga kita tidak termasuk dalam golongan yang celaka ini. moga Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita. Kerahmatan, keampunan dan pelepasan dari azab api neraka yang kita harapkan dari Allah.

selamat tinggal wahai Ramadhan. moga dipanjangkan usia dalam iman dan dapat betemu kembali dengan mu di tahun hadapan. InsyAllah.

selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Aidil Fitri pada semua sahabat blogger yang dikasihi. moga sihat, selamat dan berbahagia di aidil fitri. maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap gua pada semua.

lagi satu, selain mengucapkan selamat hari raya, gua gak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua pasal bersusah payah menempah/membeli baju raya, kuih raya, langsir raya, kerusi raya, kasut raya, rambut raya, kereta raya dan segala macam lagi temasuk berasak-asak kat lebuhraya dan jalan raya nak balik kampung kerana nak meraikan aidil fitri. oh, terharunya gua!

kenapa plak?

kerana gua dilahirkan pada pagi hari raya aidil fitri. jadi kira korang susah-susah menyambut ulangtahun kelahiran gua gak la di hari raya ni. jangan marah. HEH!

Wednesday, September 09, 2009

TAMPANNYA BUDI

TAMPANNYA BUDI

23 RAMADHAN 1430 HIJRAH – 13 SEPT 2009


Tahun 2007 yang lalu gua mendapat jemputan dari Institut Alam dan Temadun Melayu (ATMA ), Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendaftar sebagai ahli dalam Pengkalan Data Digital Seni Lukis dan Pelukis Melayu.. Tanpa memikirkan keburukannya gua trus mendaftar sebagai ahli. Sekarang gua adalah salah sorang dari ahli dalam pengkalan data ni ya. Selain gua, encik Padi gak adalah salah sorang ahli gak. Tu pun setelah gua paksa beliau masuk! Setelah menjadi ahli, pihak ATMA menjemput gua sekali lagi untuk menyertai pameran yang dinamakan “TAMPANNYA BUDI” ( The Beauty of Malay Intellect ). Gua pandang Padi dan beliau menjeling gua bila masing-masing mendapat jemputan ni. Emmm… pada kami ini adalah cabaran! Kami memang selalu cabar-mencabar dalam perkara begini. “ Alaa… lu mesti tak berani nak masuk la Padi!”


Syarat utama dalam pameran ni adalah setiap lukisan mesti bepandukan pada mana-mana pantun, puisi, gurindam, perumpamaan, seloka, peribahasa, simpulan bahasa, syair, pepatah, lagu atau syair yang menceritakan pasal kehidupan, budaya, pakaian, tarian, permainan, ukiran, gubahan, binaan, ekonomi atau adat orang Melayu. Tengok jer lukisan dah tau dah, itu la salah satu dari adat orang Melayu. Ia umpama sebuah ‘bacaan’ yang divisualkan. Gua buat bepandukan dari pantun. Senang. HEH! Setelah jumpa pantun yang gua kehendaki, guapun trus melakar sehingga siap dan berjaya menyiapkan sebelum deathline hari perasmian pameran pada hari Jumaat bersamaan 30 Syaaban 1430H – 21 Ogos 2009 yang lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad ( Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana ) di Balai Seni Lukis Negara.


*Untuk makluman, pameran TAMPANNYA BUDI ni berakar umbi dalam projek penyelidikan yang besar berjudul “Budaya Visual Melayu” yang telah dilaksanakan semenjak 2006 oleh pihak ATMA UKM, Bangi. Salah satu syarat masa majlis perasmian pameran ni adalah mesti bepakain pejabat. “ Apa hal plak ni?” tegas gua pada diri gua bila dapat kad jemputan. Bukankan ini pameran mengenai orang Melayu. Kenapa tidak dialu-alukan semua peserta dan tetamu memakai pakaian tradisional Melayu? Gua tak peduli dengan peraturan itu, gua datang dengan pakaian baju Melayu! Selamat datang ke dewan pameran TAMPANNYA BUDI.


*Di bawah projek besar tersebut terselitnya projek Pengkalan Data Digital Seni Lukis dan Pelukis Melayu yang bertujuan untuk menyediakan satu senarai selengkap mungkin nama-nama pelukis dan biodata pelukis sekali temasuk juga karya-karya utama pelukis dengan kupasan dari sudut sejarah dan estetika. Ni dia gua tesengeh-sengeh dengan karya masterpiece gua. Satu-satunya karya berukuran besar begini yang gua buat. Seratus peratus menggunakan cat air. Azab gak membuatnya tapi sangat seronok!


*Projek Budaya Visual Melayu ni merupakan projek printis kerana belum pernah lagi usaha begini dilakukan sebelum ni. Biasak la, seni lukis ni biasa/selalu diabaikan oleh sesiapa saja temasuk pemerintah kerana sibuk memberi penekanan/perhatian belebihan pada kajian tekstual cetak mengenai Alam Melayu melalui bentuk buku, hikayat, akhbar dan lain-lain. Pasal tu la kefahaman mengenai “teks” secara automatic dikaitkan dengan bahan cetak. Pelawat petama yang sudi berhenti dan melihat karya gua. Oh, terharunya! Uuu…uuuu..


Ni la karya gua kat pameran ni. Bertemakan pantun seni silat. Tak payah sakit otak pikir nak buat apa. Sebut je silat, itu la seni bela diri orang Melayu dan rumpun Nusantara. Bila melihat persembahan/permaian silat di majlis kawen terutamanya. Bila dua pendekar tua masuk gelanggang/depan pengantin, sorang akan kata ,"jangan rapat! jangan rapat!". Sorang lagi plak akan berkata, " hiyahh! rapat! rapattt!". Bila nak lawannya kalo dua-dua cakap cam tu sampai ke sudah? HEH!

*Kalo nak dikira, setiap karya seni visual juga merupakan “teks” yang boleh dibaca, ditafsir dan dikupas oleh sesiapa saja sama ada pakar atau tidak melalui pandangan memasing. Takkan nak kutuk, hina, kritik atau mencacipun tak tau? Kan orang kita sangat terer dalam bab kutuk mengutuk ni. Sekali tengok dah nampak kesalahan. Punya la hebat! Kefahaman untuk mengutuk ni dah cukup baik walaupun ia perbuatan yang tak baik. HEH! Dewan pameran TAMPANNYA BUDI ni besar dan luas. Masa ni memasing sedang menunggu Tun Mahathir yang sedang melawat/melihat pameran sampai ke bahagian karya memasing. Pasal tu bahagian tempat karya gua dipamerkan ni tak berapa ramai pelawat lagi.


*Satu persoalan. “Apakah para pelukis boleh membaca, mentafsir dan mengupas sesebuah pantun, gurindam,perumpamaan atau syair dan menterjemahkannya ke atas kertas atau kanvas dalam bentuk imej visual dengan menggunakan pelbahai medium seperti arkilik atau cat air?" Sekiranya boleh, apakah penjelmaan visual itu dapat diterima sebagai satu “bacaan” mengenai pantun sebagai sebahagain dari Sastera Melayu Tradisional?” Macam-macam pendapat akan disuarakan mengenai perkara ni sekiranya seni visual diterima sebagai salah satu bahan sastera Melayu kerana kita mempunyai bejuta pengkritik dan pengutuk tegar! HEH! Sebagai seorang kartunis dan ilustrator, menjelmakan sesebuah cerpen, artikal ke bentuk ilustrasi kartun/visual adalah sebahagian dari tugasan. Ini memang kerja gua. Konsep lukisan dalam pameran ni memang tidak menjadi masalah! Pengunjung mula memenuhi ruang pameran ni kerana Tun dah makin dekat.


*Pameran TAMPANNAY BUDI ni tercetus dari persoalan tersebut. Besar la harapan agar setiap karya yang dihasilkan oleh pelukis Melayu dalam pameran ini menjadi “teks” yang terhasil dari “bacaan” para pengkarya terhadap himpunan sastera Lisan Melayu Tradisional. Tapi kalo orang tak faham, tetap tak faham gak seperti gua yang tak memahami karya abstrak. Sakit hati gua melihatnya! Tak tau apasal. Apa yang orang tahu, faham dan tahu nak buat adalah…. kutuk, kritik dan hina! Masa tesengeh-sengeh menunggu, gua ditegur oleh sorang mamat. Gua toleh, hey, brader Imuda rupanya! Beliau datang sebagai sokongan walau tidak menyumbangkan karya dalam pameran ni. Begambo bersama dengan peminat beliau.


Ini merupakan pemeran bersejarah kerana buat julung-julung kali kegiatan dan pameran seperti ini diadakan semenjak merdeka! Patut ker gua merasa bangga dan kembang lobang idung tak memasal kerana karya gua merupakan salah satu dalam pameran bersejarah ini? HNS! HNSH!HNSHH! Lama dah gua mengidam nak karya gua dipamerkan kat Balai Seni Lukis Negara. Ya la asyik tengok karya orang jer. Nak gak merasa pengalaman tesengeh-sengeh bila karya dipamerkan di tempat yang tak semua orang bepeluang dapat peluang ni. Sykur alhamdulillah, akhirnya bejaya gak walau hanya satu karya. Dapat menyertai sudah cukup baik, nak jadi sejarah ke hapa ke itu soal lain. Sedang tesengeh-sengeh, sekali lagi sorang brader menyapa gua. What the… gua toleh, dan tu dia encik Osman Tikus yang menyapa gua rupanya. Siapa Osman Tikus? Begambo bersama encik Pyan Habib dan isteri. Dah gemuk berisi Osman Tikus. HEH! Ramai karyawan hebat tanahair datang sebagai sokongan dalam pameran TAMPANNYA BUDI ni


**Sastera Klasik Melayu terbahagi kepada dua, iaitu, prosa dan puisi. Persamaan kedua-duanya adalah menggunakana bahasa yang indah-indah, halus dan tertib. Apabila dibaca ianya menjadi merdu dan berirama dan menjadi lebih lunak bila dinyanyikan. Dari sini la kepintaran, kebijaksanaan, kekuatan dan KETAMPANAN BUDINYA terserah. Prosa dan puisi pada awalnya adalah dalam bentuk lisan. Kemudian dirakam menjadi tulisanJawi dan mula tesebar ke seluruh Alam Melayu. Kedua prosa dan puisi ini mempunyai kualiti bahasa yang tinggi dan indah, samada bebentuk lisan atau tulisan. Keindahan bahasa ini senantiasa dikekalkan dan menjadikannya suatu warisan budaya berintelek tinggi yang sangat dihargai dan dimegahkan oleh bangsa Melayu. Pelawat kedua yang sudi melihat karya gua. Uuu…uuuuu…


**Puisi Klasik Melayu mengandungi pelbagai bentuk. Antara yang kita kenal dan paling popular ialah pantun, syair, gurindam, dan seloka. Semuanya mempunyai personality tersendiri yang dapat dikenalpasti melalui penggunaan bahasa. Khususnya dalam pemilihan dan penyusunan kata-kata sehingga terhasilnya puisi atau pantun yang indah. Tu di dia mai dah! Tun Mahathir sampai ke karya gua digantung. Sedang menerangkan sket mengenai lukisan dan pantun yang gua pilih. “Pantun pasai orang besilat Tun” tegas gua pada beliau.


Pantun. Gua memilih pantun kehebatan pendekar Melayu di gelanggang dan menghadapi musuh dan menjelmakannya dalam lukisan. Itu karya yang gua hasilkan dalam pameran ni. Pantun memang dekat sangat dengan kita orang Melayu.


Kalau anda memakan limau

Jangan memakan di dalam dangau

Padi memang benafsu harimau

Hari-hari beliau mau


HEH!


**Pantun pada awalnya adalah bebentuk lisan. Tak diketahui siapa pencipta dan bila dicipta. Pantun bukan pantun jika tidak dilafazkan untuk menyampaikan sesuatu, seperti emosi, kiasan, pesanan dan pengajaran. Pantun sentiasa hidup kerana rangkap-rangkap pantun adalah direka dengan spontan apabila ianya dicipta oleh masyarakat Melayu ketika dalam majlis berbalas pantun, meminang, dua pendekar mula nak betikam dan sebagainya. Temasuk gak pantun ingatan supaya surat dibalas seperti:


Pecah kaca pecah gelas

Kalo tak nak pecah kepala harap balas!


Besama Tun Mahathir sebagai kenangan.


Tak tau nak buat apa setelah Tun blah untuk melihat karya orang lain plak. Amik gambo la apa lagi! Kualiti gambo dalam entri ni sangat hancus kerana mintak tolong orang yang tak punya sedikit kemahiran dan "hati" nak amik gambo. Kenapa kebanyakan orang tidak merasakan perlu bersungguh dan betul-betul masa mengambil gambar? Gegar sana, gegar sini. Tu blum jari masuk dalam frame gambo. Aduuu.... Semua main tekan jer tanpa melihat kesesuaian latarbelakang, pose, cahaya, keutamaan dan bahagian yang perlu dimasukkan atau tidak. Gua bukan la sorang juru photo profesional, tapi gua akan berhati-hati , betenang dan memastikan gambar itu "cantik" setelah dirakam. Bukan main belasah jer! Susah mintak tolong orang ni! Tapi bersyukur la dari tak ada langsung!

**Seperti pantun, Syair juga mempunyai keindahan dari segi bahasa, perlambangan dan pengisian dalam penciptaannya. Syair tebentuk berdasarkan binaan susunan kata-kata dan kepengarangan. Ini adalah perbezaan antara syair dengan pantun. Pantun boleh dikarang atau diucapkan oleh sesiapa, pada bila-bila masa dan di mana saja. Tidak dengan syair. Ia ada pengarangnya, ada jalan cerita, ada mesej yang hendak disampaikan dan ada unsur akal budi yang jelas. Dari segi bentuk dan binaan kata-kata indah, syair tidak mempunyai dua baris pembayang maksud dan dua baris maksud seperti pantun. Syair mengandungi rangkap empat baris, atau lebih yang bebunyi sama setiap hujung baris. Dalam pantun, setiap rangkap empat barisnya boleh berdiri dengan sendiri, tetapi dalam setiap rangkap syair hanyalah sebahagian daripada puluhan atau ratusan rangkap yang membentuk sesebuah syair. Sila hayati Syair Siti Zubaidah Perang Cina ni sebagai contoh;


Seratus butir dulang bertatah

Berisi kuih yang indah-indah

Bermacam-macam halwa juadah

Sekelian ini lengkaplah sudah


Dihadirkan peraduan semuanya emas

Serta bantal bertapak emas

Tempat air bertampuk antelas

Sirih disisi di dalam gelas


Salah satu karya yang dipamerkan. Ni hasil karya sahabat Pyan Habib yang bertajuk “ Seloka Pak Kaduk”.


**Persamaan antara Gurindam dengan pantun dan syair adalah dari susunan kata-kata indah yang berirama. Bezanya, gurindam mempunyai rangkap dua baris, atau dua kerat. Sedangkan pantun dan syair mempunyai rangkap empat baris. Pada setiap hjung rangkap pertama dan kedua gurindam mempunyai irama dan hujung yang sama seperti syair. Biasanya pada kerat pertama mengemukakan persoalan dan jawapan pada rangkap kedua.

Mari lihat contoh Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji.


Apabila banyak berkata-kata

Di situlah jalan masuk dusta


Apabila banyak belebih-lebihan suka

Itulah tanda hampir duka


Tujuan gurindam dicipta adalah jelas, iaitu, untuk mengajar dari segi agama dan akhlak

Gua mencari-cari mana karya encik Padi. Beliau kata beliau telah menghantar karya untuk pameran ni. Tapi rupanya palsu semata. Eeeee… tensennya gua dengan beliau! Rupanya beliau tak buatpun lukisan untuk pameran ni! Dah la tak hantar karya, datang lambat plak tu. Balai Seni Lukis dah nak tutup dah baru beliau sampai. EEEEE….apapun beliau tepegun kagum tak pecaya bila melihat karya gua ni. HEH!


**Seloka, dari segi bentuk boleh dianggap sebagai puisi klasik yang mempunyai ‘gaya bebas’ kerana jumlah barisnya tidak ditentukan. Ikut suka pengarang la! Sesetengah pihak menganggap seloka sebagai ‘puisi bebas’ yang biasa digunakan untuk bergurau sambil memberi nasihat, ingatan atau memang bertujuan untuk bergurau semata-mata. Dari segi bentuk kata-kata, setiap barisan dalam seloka adalah ayat lengkap. Keunikan seloka terletak dalam cara setiap ayat lengkap seloka itu dibina dan disusun untuk mengekalkan ciri puitis sekali gus menyimpulkan mesej dengan ringkas, padat dan mengesankan. Seloka Pak Kaduk di bawah sebagai contoh;


Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang


Ramai jemputan dan pelawat yang datang pada hari perasmian ni temasuk pelajar-pelajar dari UITM, Shah Alam dari kursus Art and Design ni. Biasak la diorang datang untuk melihat karya-karya yang dipamerkan, mencari idea, mendapat idea dan temasuk mencilok idea untuk projek-projek diorang untuk lulus.


Banyak lagi fakta dan maklumat menarik pasal pantun, syair, gurindam blablablaaa… ni. Cari la sendiri ya. Tak larat nak tulis kat sini. Ini la sebahagian dari kehebatan ciptaan orang Melayu yang masih ada dan boleh dibanggakan. Keindahan, ketinggian dan kehalusan bahasanya yang mempersonakan Itupun kalo nak rasa bangga sebagai orang Melayu. Kalo tak, tak payah la susah-susah mencari, mengkaji, memahami, menjaga, mengembang dan menyayanginya. Apa hal plak nak bepantun-pantun. Ni zaman moden la! Generasi sekarang menjadikan pantun senagai bahan lawak saja dengan bahasa yang huru hara. Contoh seperti pantun dua kerat ni;


pen merah pen biru

i luv you


Selamat datang ke pameran TAMPANNYA BUDI di Balai Seni Lukis Negara pada semua sahabat yang sudi. Pameran telah bermula dari 12 Ogos hingga 04 Oktober 2009 di Galeri 3A & 3B. Sebanyak 163 buah karya dari 127 pelukis dipamerkan dalam pameran ni. Semua karya bertemakan pantun, gurindam, syair, peribahasa, seloka dan sebagainya yang mengambarkan bangsa/orang Melayu. Ada masa lagi kalo nak pegi tengok. Selain pameran TAMPANNYA BUDI, ada beberapa pameran lain yang belangsung di Balai Seni Lukis Negara. Pada siapa yang nak tengok karya gua, sila la datang. Tapi kalo tak tengokpun tak apa. Tak la hebat mana. Cuma sebagai orang Melayu yang dianugerahkan sedikit kelebihan boleh melukis, ini sedikit sumbangan gua untuk kemajuan seni lukis bangsa Melayu. Teserah la, kalo nak pegi, pegi. Kalo tak nak pegi, sudah. Ada banyak lagi benda lain nak dibuatkan? Ni peluang baik untuk mengkritik, kutuk, hina, caci, keji, jijik, muntah darah, pelekeh, pertikai… HEH!


* sebahagian artikel dicilok dari tulisan Prof. Madya Salmah Abu Mansor

Felo Penyelidik Kanan

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

( prof ni yang jemput gua join ATMA dan pameran . tq prof! )

** baiekkk punye cilok dari tulisan Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin

Pengarah Pengasas

Institut Kajian Etnik (KITA)

Universiti Kebangsaan Malaysia


Jika diberi kelapangan masa, gua akan dedahkan THE MAKING OF karya gua untuk pameran ni kat GALERI GAYOUR. Tak tau la bila. Ntah la…