
Sunday, August 31, 2008
RAMADHAN 1429 HIJRAH

Tuesday, August 26, 2008
UITM
AKHIRNYA AKU BERJAYA GAK…
BENGKEL SEHARI BERSAMA KARTUNIS
27 SYAABAN 1429 H - 29 OGOS 2008
 
  Assalamualaikum. Apa khabar murid-murrid semua? Maaf pasal lambat sampai. Bukan salah gua. Tapi salah Aguri. Beliau kata beliau terer pasal semua jalan dan kat mana fakulti itu dan ini kat UITM ni. Lagi satu salah AJK program. Hari tu diorang datang jumpe gua kat Karangkraf tapi tak bagipun peta cane nak ke fakulti korang ni. Mana la gua tahu UITM ni dan makin membiak bangunannya. Lagipun gua tak penah belajar kat sini. Maklum la kena reject! Uuuuu…. Jadi bukan salah gua! Harharhar!
 
  Mulanya gua elok ikat rambut. Ya la kena la hormat peraturan kat fakulti ni. Takkan la nak lepaskan rambut gua yang cantik ni. Uhuk! Bila gua buka soalan pada semua dalam sesi suai kenal, ada yang nakal tanya “ cane brader jaga rambut?”. Huih! Mencabar soalan ni! Untuk menjawap soalan tu terpaksa la gua buka ikatan rambut gua untuk tatapan semua. Lihat rambut kuuuu… rampingkan? HEH! Gua tak berapa kisah sangat pasal penjagaan rambut. Gua tak pegi saloon, hapa ker. Jaga cam tu jer. Rambut kalo dah cantik, buat cane pun cantik. HEH! Jangan mare aaa…
 
  Untuk pengetahuan semua, selian dari impian gua nak jadi seorang kartunis, menyimpan rambut panjang lepas habis sekolah adalah satu matlamat utama yang perlu gua dilaksanakan. Bukan gua sorang yang menyimpan impian ni. Hampir semua kawan-kawan kampung gua mempunyai kepala hotak bejambul yang sama. Semua nak simpan rambut panjang bila habis sekolah. Gua lebih ke arah fesyen rambut Heavy Metal. Kengkawan gua plak kebanyakannya lebih   tepengaruh dengan fesyen hippies. Rambut panjang cakar belah tengah, baju kurta dan jeans butcut menyapu tanah. Love, peace. NO WAR! Band Uriah Heep adalah rujukan diorang. Kengkawan gua ramai dari aliran hippies. Sebagai tribute pada mereka, gua cipta karakter BLACK dalam kisah/siri SLASH yang gua buat. Begitulah kisahnya. “Oi! Sapa yang berani tanye tadi tu hah?”  Dia brader! Dia ni hah! Oo0... encik yang bertanya tadi ya"
 
  Ayuh kita mulakan pekongsian ilmu hitam kita! HEH! Seperti biasa gua bekongsi maklumat bermula dari perkara asas untuk melukis kartun. Gua adalah kartunis tegar yang masih setia dengan cara manual. Gua bekongsi maklumat mengenai  melukis kartun cara manual dengan semua dalam bengkel ni. Bukan cara digital. Jangan ingat perkara asas ni tak penting untuk diketahui, difahami dan dilakukan. Kerana sikap tak ambil tak kisah la ramai yang gagal, kena reject! Jadi sila ambil perhatian dan ingat betul-betul ya murid-murid semua.
 
  Kali ni pihak penganjur menyediakan hadiah berupa dua hamper setinggi hampir satu meter untuk dibagi pada peserta dalam bengkel ni. Ni dah kira bagus. Gua diminta buat apa-apa peraduan, acara sarkas atau apa saja deraan untuk melayakkan dua orang peserta mendapat hamper yang disediakan. Setelah penat memberi penerangan dan cerita itu ini, tiba la masanya untuk diorang melukis. Namanya bengkel bersama kartunis. Kena lukis kartun la ya. Asyik dengan gua membebel je. Mesti boring. Ayuh, murid-murid semua. Mulakan mencipta dan melukis. Tengok hamper tu sebagai penaik semangat!
 
  
 
  Masa ni la ramai yang menyesal, kesal, silap dan segala macam rasa lagi bila mendapat tugasan untuk mencipta dan melukis karakter kartun sendiri seperti awek ni. Tak tau apa nak buat, apa nak lukis walaupun telah dibincang, didedah dan dibongkar perkara-perkara yang boleh dijadi/digunakan untuk karakter kartun. Tapi masih ramai yang masih konfius, hilang akal dan tak tahu apa nak buat. Alasannya mudah jer… tak tahu nak lukis! Menung lagi baik.
 
  Kalo tak ada karekter kartun sendiri cane nak jadi kartunis? Kalo hanya terer meniru karakter kartun/komik dari Jepun, 
 
  Gua selalu kata, cipta dan lukis la karakter kartun sendiri. Biar la buruk, huduh dan tak cantik tapi asli. Tak tiru atau ambik orang lain punyer. Ini lebih baik dan bermaruah. Sekiranya kita rajin membuat latihan dan kenal karakter yang kita cipta, karakter kartun huduh tu akan jadi cantik dan pastinya menarik! Tapi berapa ramai yang boleh besabar alam proses ‘mengenal’ karakter kartun ni? Semua nak cepat glamer! Gua tak la kata tak boleh langsung meniru. Pada mula gua nak melukis dulu, gua memang seorang peniru tegar tak ingat. Semua karakter superhero komik gua tiru tanpa rasa kesal! Meniru adalah cara paling mudah menaikkan semangat untuk melukis dan sebagai latihan. Rasa cam best, cam terer habih melukis! Tapi semua tu gua lakukan sebagai jalan mudah untuk belajar dan memahirkan diri melukis tubuh badan manusia. Selain dari mendapat sedikit ilmu dan kemahiran melukis tubuh badan, gua gak mencelok ilmu cane nak lukis/buat perspektif, latarbelakang dan segala macam lagi yang boleh dicelok. Tapi bila lukis kartun untuk dihantar ke majalah, gua menjadi diri gua yang sebenar!
 
  Masa untuk semua student menyiapkan tugasan mencipta dan melukis karakter kartun memasing tak lama. Sengaja gua tak bagi lama. Hanya 
 
  Peserta belah petang. Tak beganjak atau kurang. Semua semangat untuk meneruskan bengkel. Syabas!
 
  Sorang sobat gue saudara Karna ( baju coklat tu ) dari 
 
  Belah petang ni, bengkel diteruskan oleh saudara Aguri ( wartawan majalah G3 ) yang bekongsi maklumat mengenai asas ANIMASI. Paling best dapat tengok animasi tahap oldskool “Kerbau dengan Buaya “ dan beberapa teknik animasi yang jarang atau tak penah kita dengar seperti teknik rotoskoping. Penah dengar teknik ni dalam meghasilkan animasi? Yang belajar atau sebagai animator tahu la. Banyak lagi maklumat yang bekaitan dengan perkara asas animasi disampaikan. Maklumat yang superb. Ini semua memerlukan ilmu untuk menguasainya wahai murid-murid.
 
  Melihat hasil karya diorang, ramai yang tidak bersedia dan ada yang bersedia untuk menunjuk kebolehan. Bagus! Memilih karya yang bagus bukanlah susah sangat. Sama dengan mereject! Dalam soal mereject, gua memang tidak ada belas kasihan dan rasa menyesal dengan apa yang telah gua lakukan! Gua adalah jenis tak ada hati perut pasal soal kualiti. Gua akan reject mana karya yang patut direject. Kerana itu gua dibenci oleh ramai pelukis baru masa gua jadi Ketua Kartunis yang menjaga, menerima dan menapis kartun-kartun yang dihantar ke majalah Ujang pada zaman kegemilangan dulu. Mereka memang silap besar kerana menghasilkan karya yang main-main, hancur dan tahap tong sampah dan dengan beraninya menghantar pada gua . Memang silap besar la! Kerana itu gua sangat dibenci! Tak kisah la gua dibenci asalkan setiap karya-karya yang diterima, dibeli dan disiarkan dalam majalah Ujang masa tu berkualiti. “ Ha, ni sapa punyer ni? Ya Allah buruknye!”
 
  Seperti biasa gua akan memanggil siapa yang karyanya terpilih untuk menerang dan mempertahankan hasil ciptaannya seperti encik ni. Sapa ntah nama beliau. Ingat! Kita mesti bertanggungjawap dengan hasil karya kita. Tak kira la sama ada cantik atau buruk.
 
  Sama seperti encik ni. Karyanya tak la bagus mana. Tapi ada kretiviti dalam karyanya. Itu yang dikehendaki. Jangan hilang atau tak ada langsung apa-apa yang boleh dibanggakan yang boleh dikongsi bersama kawan-kawan. Sama gak dengan peralatan  untuk melukis. 
 
  Yang ni la satu-satunya awek manis yang tepilih karyanya. Nak ragging lebih-lebihpun tak sampai hati. Uuuuu…uuuu. Bila gua tanya beliau asyik kata “Huduh! Huduhh!!” Yeah! Memang lukisan cik ni huduh, buruk! Tapi pasal yang lain lukis lagi huduh, lukisan cik la terpilih. Harharhar! Apapun beliau adalah pemenang hamper yang disediakan. Bleh la sarapan pagi esok dengan honey star yang ada dalam hamper tu ya. HEH! Tahniah!
 
  Setelah tamatnya sesi animasi, mengutuk karya-karya yang dihasilkan dan pemilihan pemenang. Bengkel ditruskan dengan pengkosian maklumat yang lain mengenai kerjaya sebagai seorang kartunis. 
 
    Kali ni tugasan diorang ialah melukis karikatur gua. Yeah, kaikatur gua! Ni la masanya untuk diorang ‘membelasah’ gua ikut sukati. Setelah bejam-jam gua membelasah diorang, gua bagi peluang plak untuk diorang membelasah gua melalui lukisan karkatur. Lukis jangan tak lukis! Lagi buruk lagi bagus. Mereka memang beseronok buat karikatur gua. Memang kita kena berseronok masa melukis. Enjoy! Enjoyyy!
 
  Memang betul diorang seronok sungguh dapat tugasan ni. Tengok la tu. Masing-masing bukannya melukis tapi posing kontrol ayu, inter frame dan jadi prop setiap kali nampak kamera. Entah la…
 
    Memang diorang belasah gua habis-habisan dalam tugasan ni. Semua menunjukkan bakat luarbiasa memasing melukis karikatur gua. Dapat bola tanggung la katakan. Aduu la! Tak apa la. Ni yang gua nak. Beseronok masa bekarya. Kita kena cari, reka, cipta, buat atau adakan sebab/punca untuk kita merasa selesa dan seronok untuk/masa melukis. Memang gua sengaja bagi diorang lukis karikatur gua. Gua tau diorang seronok. Encik ni menghasilkan karikatur gua yang menarik. Bukan saja menarik tapi kreatif. Ini yang kita kena buat murid-murid semua.
Encik yang ni bejaya menewaskan kawan-kawan yang lain dalam menghasilkan karikatur gua. Bukan kerana cantik atau sama rupa karikatur tu dengan rupa gua tapi kerana teknik dan kreativiti beliau mengahsilkannya. Katikatur adalah salah satu cabang dari kartun yang sangat menyeronokkan untuk dicuba. Kita boleh beseronok semahunya masa melukis karikatur. Besarkan bahagian tu, kembangkan yang ini, panjangkan dagunya, lebarkan telinganya blablablaa….
 Kalo dah masuk ke acara penyampaian hadiah pada pemenang maknanya dah nak habih bengkel la. Ni dia pemenang dalam tugasan mencipta dan melukis karakter kartun sendiri pada sesi belah pagi tadi. Sapa ya nama cik ni. Lupa la plak. Tahniah dan syabas! Best la breakfast dengan honey star. Heee..
Kalo dah masuk ke acara penyampaian hadiah pada pemenang maknanya dah nak habih bengkel la. Ni dia pemenang dalam tugasan mencipta dan melukis karakter kartun sendiri pada sesi belah pagi tadi. Sapa ya nama cik ni. Lupa la plak. Tahniah dan syabas! Best la breakfast dengan honey star. Heee.. Yang ni plak ialah pemenang utama dalam tugasan melukis karikatur gua. Beliau adalah student dari kursus Art & Design. Patut la boleh menang! Sebenarnya kalo gua tau beliau dari AD, memang gua tak bagi beliau menang. Teringat kisah lama gua gagal masuk AD! HEH! Bukan la. Beliau bagus sket dari kawan-kawan yang lain dan beliau patut menang! Syabas dan tahniah! Encik kelihatan lemah. Elok la makan honey star tu ya. Biar nampak tegap sket. HEH!
Yang ni plak ialah pemenang utama dalam tugasan melukis karikatur gua. Beliau adalah student dari kursus Art & Design. Patut la boleh menang! Sebenarnya kalo gua tau beliau dari AD, memang gua tak bagi beliau menang. Teringat kisah lama gua gagal masuk AD! HEH! Bukan la. Beliau bagus sket dari kawan-kawan yang lain dan beliau patut menang! Syabas dan tahniah! Encik kelihatan lemah. Elok la makan honey star tu ya. Biar nampak tegap sket. HEH! 
  Program dah abih oii! Boleh la blah! Ni la sebahagian dari AJK program yang manis-manisss. Semua pakai baju t hijau pucuk pisang kelihatan lega, tesengeh tak ingat dan senang hati kerana program bejalan dengan baik dan berjaya. Best la korang. Program dah abih!
 
  
 
  
Gua bukan saja digunakan untuk ambik gambo oleh awek-awek, tapi gak oleh si jantan gagah perkasa. “ Buat sign jari cam ni brader. Ni sign geng gelap kitorang kat UITM! Nakot punyer pasal, gua ikut jer la. " Brader kalo pindah nak angkat barang-barang/kotak, boleh la kontek kitorang. Geng bawah tanah kitorang menyediakan perkhidmatan mengangkat kotak, sapu sampah, potong rumput, cat tiang pagar, basuh pinggan, tampal tayar, urut patah tulang, teseliuh dan macam-macam perkhidmatan lagi temasuk khidmat menyiapkan kerja sekolah yang tak siap ". HEH! Macam-macam diorang ni. Layan jer la.
 
  Gua ada bawak sket buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR dan ada yang sudi membeli. Terima kasih daun keladi. Selamat belajar, faham dan menjadi seorang yang berILMU pasal kartun. Tak jadi kartunispun tak apa asalkan jadi seseorang yang berILMU. Mungkin suatu masa nanti, ILMU yang ada itu dapat membantu orang lain. Sekiranya nak jadi kartunis… TAHNIAH! Selamat datang diucapkan!
 
  
Awek ni seingat gua adalah orang pertama yang meminta gua lukiskan karikatur beliau kat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR yang beliau beli ni. Tengok la sengeh beliau tu. Heehee… terima kasih.
Dua orang AJK yang ketinggalan masa begambo ramai-ramai tadi. Awek-awek ni datang interview gua pagi semalam ( Jumaat ) untuk dimasukkan dalam majalah projek akhir diorang. Apa ya nama majalah tu, PENGLIPUR LARA, MENU SKRIP…ntah la. Lemah minda sungguh! Diorang adalah dari unit editorial majalah merangkap wartawan yang ditugaskan mencari berita/bahan untuk disumbatkan dalam majalah diorang tu. Tu yang datang interview gua tu. Moga dapat markah lebih dan berjaya dengan majalah tu. Jangan lupa bagi gua senaskah nanti ya. Orait!
Kalo gua berjaya masuk ITM dulu, gua hanya dapat masuk ke INSTITUT jer.
Tapi hari ini gua dapat masuk ke UNIVERSITI.
Harharhar! Alhamdulillah… 
AKHIRNYA GUA BERJAYA GAK MASUK UNIVERSITI! 
YEAHOOOOOO!
BUDAK SEKOLAH
BUDAK SEKOLAH DAN BUKU MELUKIS
KARTUN CARA GAYOUR 
25 SYAABAN 1429 H -27 OGOS 2008
 
  Walau tanpa diprovoke, murid-murid ini membeli buku gua kerana menyedari akan kepentingan untuk belajar, berILMU dan menjadi terer melukis kartun. Syabas murid-murid semua! Syabas! Murid-murid ni adalah dari Program J'Qaf kat sekolah diorang yang datang melawat pada 17 Syaaban 1429H- 19 Ogos 2008 yang lalu.
 
  
 Mereka inilah masa depan dunia kartun tanahair. Sekiranya segala panduan dan ilmu serba sedikit yang diperolehi dari buku gua ni membuatkan murid-murid lelaki ini menjadi seorang kartunis sepuluh atau lima belas tahun lagi, itu bukan kerana gua atau buku gua ni tapi kerana diri mereka sendiri! Itu adalah usaha mereka sendiri. Murid-murid tidak perlu datang berjumpa dengan gua dan berkata " Kerana pak cik dan buku yang pak cik buat la saya jadi seorang kartunis yang berjaya pada hari ini ". Tahniah!
Mereka inilah masa depan dunia kartun tanahair. Sekiranya segala panduan dan ilmu serba sedikit yang diperolehi dari buku gua ni membuatkan murid-murid lelaki ini menjadi seorang kartunis sepuluh atau lima belas tahun lagi, itu bukan kerana gua atau buku gua ni tapi kerana diri mereka sendiri! Itu adalah usaha mereka sendiri. Murid-murid tidak perlu datang berjumpa dengan gua dan berkata " Kerana pak cik dan buku yang pak cik buat la saya jadi seorang kartunis yang berjaya pada hari ini ". Tahniah!  Selamat datang ke dunia kartun wahai murid-murid semua. Siapkanlah diri dengan sebanyaknya ILMU untuk menghadapi segala cabaran. Berusaha la dengan bersungguh-sungguh. Bukan saja dalam usaha untuk menjadi mahir melukis kartun tapi dalam setiap apa yang dilakukan! Bersabar, berusaha dan bertawakal. Jadilah seorang anak dan kartunis yang berILMU, bertanggungjawab, bersemangat kuat dan berIMAN! Terima kasih murid-murid semua!
Selamat datang ke dunia kartun wahai murid-murid semua. Siapkanlah diri dengan sebanyaknya ILMU untuk menghadapi segala cabaran. Berusaha la dengan bersungguh-sungguh. Bukan saja dalam usaha untuk menjadi mahir melukis kartun tapi dalam setiap apa yang dilakukan! Bersabar, berusaha dan bertawakal. Jadilah seorang anak dan kartunis yang berILMU, bertanggungjawab, bersemangat kuat dan berIMAN! Terima kasih murid-murid semua!
Mungkin cukup dengan kata-kata " terima kasih pak cik Gayour " 
Itu dah cukup membahagiakan.
Thursday, August 21, 2008
UPSI DAN...
UPSI DAN BUKU MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
20 SYAABAN 1429H - 22 OG0S 2008
 Setelah dibawa melawat hampir ke seluruh ceruk Karangkraf dan Ultimate Print, Toko Buku merupakan tempat lawatan terakhir untuk diorang shooping semua produk Karangkraf sebelum blah balik ke UPSI. Semua suka...
Setelah dibawa melawat hampir ke seluruh ceruk Karangkraf dan Ultimate Print, Toko Buku merupakan tempat lawatan terakhir untuk diorang shooping semua produk Karangkraf sebelum blah balik ke UPSI. Semua suka... Tak sia-sia datang melawat ke Karangkraf. Tak heran sangat dapat melawat ke kilang pecetakan dan tengok mesin printing yang besar bagak tu.
Tak sia-sia datang melawat ke Karangkraf. Tak heran sangat dapat melawat ke kilang pecetakan dan tengok mesin printing yang besar bagak tu. 
  Ingat dah, diorang datang melawat pada hari Rabu, 04 Syaaban 1429 H - 06 Ogos 2008 yang lalu.
Sunday, August 17, 2008
TERIMA KASIH CIKGU
CIKGU DAN BUKU MELUKIS 
KARTUN CARA GAYOUR
16 SYAABAN 1429H - 18 OGOS 2008
 "Cikgu beli ni sebagai hadiah pada diri cikgu sendiri. Nak belajar lukis kartun. Dulu masa kecik-kecik, mak cikgu tak bagi cikgu lukis kartun. Ni nak balas dendam la ni". Syabas cikgu! Syabas!
"Cikgu beli ni sebagai hadiah pada diri cikgu sendiri. Nak belajar lukis kartun. Dulu masa kecik-kecik, mak cikgu tak bagi cikgu lukis kartun. Ni nak balas dendam la ni". Syabas cikgu! Syabas! " Ni untuk anak lelaki cikgu tu. Beliau memang suka lukis kartun. Harap buku ni dapat membantu anak cikgu menjadi seorang kartunis yang lebih hebat mengalahkan Dato' Lat dan saudara Gayour sendiri", tegas cikgu ni. Syabas cikgu! Syabas!
" Ni untuk anak lelaki cikgu tu. Beliau memang suka lukis kartun. Harap buku ni dapat membantu anak cikgu menjadi seorang kartunis yang lebih hebat mengalahkan Dato' Lat dan saudara Gayour sendiri", tegas cikgu ni. Syabas cikgu! Syabas! "Harap buku ni boleh membantu cikgu menjadi teter melukis kartun dengan baik, cantik dan berkualiti! Cikgu nak lawan sorang kawan cikgu  tu. Belagak nak mampus! Mentang-mentang la beliau terer lukis kartun dari kitorang. Belagak tak ingat. Kali ni biar beliau tau siapa cikgu!" Syabas cikgu! Syabass! Lawan jangan tak lawan. Biar beliau tahu siapa cikgu sebenarnya. Muahmuahmuahhhhh!
"Harap buku ni boleh membantu cikgu menjadi teter melukis kartun dengan baik, cantik dan berkualiti! Cikgu nak lawan sorang kawan cikgu  tu. Belagak nak mampus! Mentang-mentang la beliau terer lukis kartun dari kitorang. Belagak tak ingat. Kali ni biar beliau tau siapa cikgu!" Syabas cikgu! Syabass! Lawan jangan tak lawan. Biar beliau tahu siapa cikgu sebenarnya. Muahmuahmuahhhhh! " Kalo cikgu boring merait buku murid-murid, boleh la cikgu lepaskan tensen lukis kartun. Tengok murid-murid conteng buku dengan kartun entah apa-apa  ntah, tetekan gak! Kalo cantik tak apa. Ni hancur! Harap buku ni boleh menjadikan cikgu terer sket. Tak terer banyakpun tak apa, janji lepas ni selain dari periksa dan komen latihan yang diorang buat, cikgu gak bleh komen lukisan-lukisan kartun yang diorang conteng kat buku latihan diorang. Biar diorang plak rasa tensen!" Syabas dan syabas cikgu!
" Kalo cikgu boring merait buku murid-murid, boleh la cikgu lepaskan tensen lukis kartun. Tengok murid-murid conteng buku dengan kartun entah apa-apa  ntah, tetekan gak! Kalo cantik tak apa. Ni hancur! Harap buku ni boleh menjadikan cikgu terer sket. Tak terer banyakpun tak apa, janji lepas ni selain dari periksa dan komen latihan yang diorang buat, cikgu gak bleh komen lukisan-lukisan kartun yang diorang conteng kat buku latihan diorang. Biar diorang plak rasa tensen!" Syabas dan syabas cikgu! "Sama cam cikgu kat atas. Cikgu beli buku ni pasal nak belajar cara yang betul lukis kartun. Selain untuk diri sendiri bleh gak komen dan kutuk kartun-kartun yang murid-murid lukis kat buku latihan mereka. Memang tensen tengok kartun yang mereka lukis. Kalo cantik tak apa la jugak. Sedap gak tengok. Ni buruk ya amat!" Harharhar!
"Sama cam cikgu kat atas. Cikgu beli buku ni pasal nak belajar cara yang betul lukis kartun. Selain untuk diri sendiri bleh gak komen dan kutuk kartun-kartun yang murid-murid lukis kat buku latihan mereka. Memang tensen tengok kartun yang mereka lukis. Kalo cantik tak apa la jugak. Sedap gak tengok. Ni buruk ya amat!" Harharhar!  "Cikgu tensen tul dengan anak-anak cikgu yang suke menconteng dinding rumah dengan kartun Naruto, Shin Chan, Doremon. Eeeee....! Tak tau nak buat came dah. Bebuih mulut bagi last warning yang petama kat diorang. Hmphh... diorang buat  gak! Buku ni cikgu nak bagi kat anak-anak cikgu. Harap diorang boleh belajar dan melukis kartun dengan betul. Lepas ni kalo mereka melukis karakter-karakter dalam cerita Naruto kat dinding rumah, mereka boleh melukis dengan cantik!"  Gua caya lu!
  "Cikgu tensen tul dengan anak-anak cikgu yang suke menconteng dinding rumah dengan kartun Naruto, Shin Chan, Doremon. Eeeee....! Tak tau nak buat came dah. Bebuih mulut bagi last warning yang petama kat diorang. Hmphh... diorang buat  gak! Buku ni cikgu nak bagi kat anak-anak cikgu. Harap diorang boleh belajar dan melukis kartun dengan betul. Lepas ni kalo mereka melukis karakter-karakter dalam cerita Naruto kat dinding rumah, mereka boleh melukis dengan cantik!"  Gua caya lu! "Lama dah cikgu cari buku cam ni. Terima kasih banyak-banyak la pada encik Gayour kerana buat buku ni. Bukan apa, cikgu ada sorang kawan masa kat kampung dulu. Dia pandai melukis kartun. Buku ni cikgu nak hadiahkan pada beliau pasal cita-cita beliau nak jadi kartunis. Tak tau la beliau masih nak jadi kartunis atau tidak. Tak kisah la tu".
"Lama dah cikgu cari buku cam ni. Terima kasih banyak-banyak la pada encik Gayour kerana buat buku ni. Bukan apa, cikgu ada sorang kawan masa kat kampung dulu. Dia pandai melukis kartun. Buku ni cikgu nak hadiahkan pada beliau pasal cita-cita beliau nak jadi kartunis. Tak tau la beliau masih nak jadi kartunis atau tidak. Tak kisah la tu". "Cikgu beli buku ni pasal nak jual balik. Beli kat sini dapat harga murah. Ada diskaun. Boleh la dapat untung sket kalo jual kat luar!" Bijak! Bijakkk! Syabas cikgu!
"Cikgu beli buku ni pasal nak jual balik. Beli kat sini dapat harga murah. Ada diskaun. Boleh la dapat untung sket kalo jual kat luar!" Bijak! Bijakkk! Syabas cikgu! "Dulu cikgu ada sorang awek. Beliau suka lukis kartun. Tapi kasih sayang kami tak panjang. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kartun beliau disiarkan dalam buku tahunan sekolah, beliau trus berubah dan lupa daratan! Cikgu telah beliau singkirkan hanya kerana cikgu tak terer lukis kartun. Hampeh tul! Ni beli buku ni pasal nak belajar lukis kartun. Harap boleh ngorat balik awek lama cikgu tu". Moga berjaya wahai cikgu!
"Dulu cikgu ada sorang awek. Beliau suka lukis kartun. Tapi kasih sayang kami tak panjang. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kartun beliau disiarkan dalam buku tahunan sekolah, beliau trus berubah dan lupa daratan! Cikgu telah beliau singkirkan hanya kerana cikgu tak terer lukis kartun. Hampeh tul! Ni beli buku ni pasal nak belajar lukis kartun. Harap boleh ngorat balik awek lama cikgu tu". Moga berjaya wahai cikgu! " Ni kawan cikgu yang kirim ni. Bukan untuk diri sendiri. Kawan cikgu tu tak dapat ikut sama pasal mak beliau tak benarkan". Aik! Dah jadi cikgupun mak tak bagi ikut rombongan? " Tu la pasal. Tak faham dengan emak beliau. Tak pe la, boleh jual mahal sket kat beliau nanti!" Hehee... peace!
" Ni kawan cikgu yang kirim ni. Bukan untuk diri sendiri. Kawan cikgu tu tak dapat ikut sama pasal mak beliau tak benarkan". Aik! Dah jadi cikgupun mak tak bagi ikut rombongan? " Tu la pasal. Tak faham dengan emak beliau. Tak pe la, boleh jual mahal sket kat beliau nanti!" Hehee... peace! "Cikgu beli ni pasal nak buat promosi kat kawan-kawan kat sekolah dan orang kampung. Ingat bulan puasa ni cikgu nak jual kad raya dan buku ni kat pasar Ramadhan". Syabas cikgu. Moga untung banyak dan beraya sakan di hari raya nanti nuu...
"Cikgu beli ni pasal nak buat promosi kat kawan-kawan kat sekolah dan orang kampung. Ingat bulan puasa ni cikgu nak jual kad raya dan buku ni kat pasar Ramadhan". Syabas cikgu. Moga untung banyak dan beraya sakan di hari raya nanti nuu... " Tak lama lagi nak raya. Cikgu ingat nak bisnes jual kad ucapan hari raya dalam bulan puasa  nanti. Cikgu nak buat kad gambo kartun. Cikgu nak lukis sendiri. Ni yang beli buku lukis kartun ni. Sempat lagi nak belajar kot. Sapa-sapa nak tempah kad raya gambo kartun boleh la tempah kat cikgu nanti ya. Harga boleh runding". Heheheee...
" Tak lama lagi nak raya. Cikgu ingat nak bisnes jual kad ucapan hari raya dalam bulan puasa  nanti. Cikgu nak buat kad gambo kartun. Cikgu nak lukis sendiri. Ni yang beli buku lukis kartun ni. Sempat lagi nak belajar kot. Sapa-sapa nak tempah kad raya gambo kartun boleh la tempah kat cikgu nanti ya. Harga boleh runding". Heheheee... 
  " Sebagai persediaan untuk mengkritik kartun murid-murid cikgu. Diorang tu belagak nak mampus! Kalo lukis kartun sendiri tak apa la jugak, tapi tiru karkater kartun dari Jepun, Hong Kong dan Amerika. Tak ada jati diri langsung! Pas tu belagak tak memasal. Tu yang cikgu hangin musing satu badan. Pas ni siap la diorang cikgu kritik tanpa belas!" Bagi diorang cukup-cukup cikgu. Biar diorang rasa! Harharhar!
Mereka membeli buku gua bukan saja sebagai bantuan mengajar tapi juga sebagai hadiah pada anak-anak mereka. Ini sedikit sumbangan gua pada siapa yang berminat untuk belajar, berilmu dan mungkin menjadi seorang kartunis…
Selamat trus mengajar dan terima kasih cikgu!
 
 





