Sunday, June 25, 2017

SALAM EID UL FITR
01 SYAWAL 1438H - 2017


As salam
" moga Allah menerima amalku dan amal kalian "

selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Eid ul Fitr pada sahabat semua. moga sihat, bahagia dan gumbira meraikannya bersama keluarga, saudara mara dan sahabat.

moga kita mendapat RAHMAT, KEAMPUNAN dan PELEPASAN DARI SEKSA API NERAKA dari Allah setelah berakhirnya ramadan. moga kita diberi kesihatan yang baik dan panjang umur dalam iman untuk bertemu dengan ramadan akan datang, in shaa Allah, amin

senyum sentiasa

maaf zahir dan batin

gayour
01 syawal 1438H


Sunday, June 11, 2017

RAMADAN KAREEM II


RAMADAN KAREEM 1438H
17 RAMADAN 1438H - 12 JUN 2017


As salam.
Alhamdulillah... kita berada di pertengahan fasa kedua ramadan iaitu KEAMPUNAN setelah melepasi fasa RAHMAT. Perbanyakan doa mohon keampunan dari Allah atas banyaknya dosa yang telah kita lakukan.

 Moga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang berpeluang mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini tapi rugi dan celaka kerana tidak mendapat keampunan dari Allah setelah berakhirnya ramadan.


selamat menyambut Nuzul Al-Quran

''sungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran
 itu pada malam yang berkat
 ( Kami berbuat demikian ) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran
 ( jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab )''

ad-Dukhan:3

senyum sentiasa

17 Ramadan 1438H