Tuesday, May 19, 2009

PeKOMIKON

PESTA BUKU ANTARABANGSA
ANUGERAH PeKOMIK 2009
26 JAMADILAWAL 1430H - 21 MEI 2009

Korang pegi ke ke Pesta Buku Antarabangsa bulan lalu? Entah. Gua pergi pada hari kedua berlangsungnya Pesta Buku bersama encik Padi. Kali ni susun letak gerai macam beterabur. Hampir semua ruang kat PWTC digunakan sebagai gerai jualan. Huru hara gua tengok. Tak kisah la asal jualan laku dah!

Cerita pasal Pesta Buku ni dah basi. Tak ada orang nak amik tau lagi dah. Cerita purba ketinggalan zaman! Tak kisah la, gua masukkan gak pasal baru bekesempatan nak masukkan cerita ni. Suasana dalam dewan gerai pameran dan jualan produk Karangkraf. Berasak-asak dengan orang.

Gua dan Padi betugas untuk melukis dan menandatangan majalah atau apa-apa majalah kuaran Karangkraf yang dibeli oleh pembeli. Kitorang sampai lewat sket. Ni Padi punya pasal la ni. HEH! Tak kisah la, janji sampai. Gua ingat nak promot dan jual sekali buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR, tapi diorang kata dah abis stok! Sedang cetak , blum siap lagi. Emm… Sedang lepak-lepak, muncul la plak encik kartunis Jambang dengan sobat pena beliau. Pesta Buku juga menjadi tempat pertemuan dengan sobat-sobat kartunis dari majalah humor yang lain seperti encik Jamb ( belah kiri tu ). Petang ni gak gua betemu dengan sobat-sobat dari majalah UJANG dan APO? dan lepak minum bersama sambil hina menghina! Ini la kesempatan yang ada dan mengingat kenangan lalu masa bersama…. Ah! Layan Aku Hidup Dalam Blues Untuk Aku Ke la plak!

Gua datang lagi ke Pesta Buku pada 25 April 2009 ( Sabtu ) memenuhi jemputan dari PeKOMIK dalam acara ANUGERAH PeKOMIK 2009 yang kali pertama diadakan di negara kita. Banyak anugerah seni yang dibuat sebagai pengiktirafan dan penghargaan pada pengiat seni tahahair tapi tidak pada pengiat seni yang digelar KARTUNIS, ILUSTRATOR atau PELUKIS KOMIK. Kami seakan bukan pengiat seni dan tidak menyumbang apa-apa pada negara! Kerana itu mungkin kami dilayan begini! Kalo perlu, kami cari kamu untuk lukis itu ini. Bayar murah dan nama tak dikreditkan sebagai ilustrator dalam buku/majalah. Itu saja dan get lost! Anugerah ini merupakan usaha sendiri dari PeKOMIK. Gua datang bersama encik Padi dan sampai masa acara dah nak mula dah. Ni Padi punya pasal la ni. HEH!

Dalam ANUGERAH PeAKOMIK 2009 ni, Padi, Bendi, Niezam dan gua dari majalah G3 dicalonkan dalam beberapa ketagori yang dipertandingkan. Pasal tu la kitorang datang walau lambat. HEH! Sebahagian dari karya-karya yang dipertanding dan dipamerkan untuk dilihat oleh peserta dan jemputan.

Selain dapat betemu dengan sobat-sobat, kat sini gak gua bekesempatan betemu dengan kartunis/karyawan oldskool hebat tahanair, encik Jaafar Taib ( kanan sekali ) dan Profesor Dr. Muliyadi yang dihormati. Mereka merupakan antara panel hakim professional yang menghakimi pennyertaan dalam ANUGERAH PeKOMIK 2009. Kesempatan betemu dengan Profesor Muliyadi ni gua nyatakan hasrat hati yang sangat-sangat memerlukan bantuan dan sumbangan idea darinya untuk buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR volume 11 gua nanti. Terima kasih prof atas persetujuan. Seronok dapat betemu dengan karyawan dan pemikir hebat ni.

Yang ni plak bersama Dato' Lat yang lewat sket. Terasa kecik bila duduk sebaris dengan karyawan hebat tanahair ni. Terasa jauhnya jurang ILMU, pengetahuan, pencapaian dan segalanya. Tapi ini pengalaman hebat bila bepeluang boleh duduk sebaris dengan mereka. Sempat gak mengucapkan tahniah pada Dato' Lat atas anugerah yang diterima dari UPSI baru-baru ni. Gua caya lu Dato'!

Suasana persiapan sebelum bermulanya acara. Masing-masing tesengeh-sengeh tak tau kenapa.

Ucapan alu-aluan dari Presiden PeKOMIK, saudara Azhar Abdullah.

Dato’ Lat merupakan antara tetamu terhormat dan salah seorang hakim dalam ANUGERAH PeKOMIK 2009 sedang memberikan ucapan beliau. Dalam ucapan, Dato ‘ Lat berkata “ kita mesti mempunyai jati diri sendiri dalam menghasilkan karya. Kita mesti percaya dengan apa yang kita ada!” Ucapan yang ringkas dari seorang yang bepengalaman luas dan kerap kali keluar melihat dunia luar. Orang yang tahu apa yang dunia luar mahu dan minta dari karyawan Malaysia. Karya yang benar-benar bersifat Malaysia. Itu yang orang luar sana nak tengok. Terima kasih Dato’ atas ucapan dan peringatan.

Anugerah pertama pada petang ni adalah ketagori KARTUN SATU MUKA TERBAIK yang diumum dan disampaikan hadiahnye oleh encik Apai ( editor G3 ). Gua dicalonkan dalam ketagori ni tapi telah dimenangi oleh kartun yang telah mempersonakan jutaan rakyat BolehLand lebih dari 25 tahun iaitu ATUK yang dicipta dan dilukis oleh kartunis UJANG. Ramai orang membesar bersama kartun ATUK. Kami penah berjuang bersama beberapa tahun sejak pemulaan majalah UJANG. Kini semua menjadi pengalaman dan kenangan indah bekerja bersama saudara UJANG yang dihormati. Tahniah dan syabas! Ingat nak jumpa bertanye khabar dan begambo dengan saudara Ujang, tapi beliau ilang ke mana ntah!

Ini merupakan anugerah kali pertama diadakan untuk menghargai pelukis komik dan kartunis tanahair semenjak merdeka. Ini menjadi sejarah dalam industri komik dan kartun negara. Ramai yang tak tahu pasal anugerah ni pasal orang lebih tahu anugerah yang menghargai penyanyi dan pelakun. Lebih glamer, lebih promosi, lebih besar tajaan, lebih besar hadiah dan lebih mendapat perhatian dan sokongan dari rakyat BolehLand . Bukan tu saja, gomen turut menyokong! Tapi kami tidak dilayan begitu. Who the hell are you? Apa sumbangan lu pada agama, bangsa dan ekonomi negara? Lagipun promosi untuk anugerah ni tak besar dan meluas. Sapa nak tahu?

Hari ini gua dapat melihat dan betemu dengan the one and only living legend, pelukis komik, ilustrasi dan potret wanita pertama negara, puan NORA.

Beliau datang memenuhi jemputan sebagai tetamu terhormat untuk menerima penghargaan khas anugerah BERUS EMAS PeKOMIK yang disampaikan oleh Dato’ Lat. Sungguh mengharukan hati bila beliau diminta memberi sedikit ucapan; “ Saya benar-benar ingin melihat karya-karya berunsur agama dibuat oleh pelukis muda hari ini. Itu merupakan sumbangan dan amal ibadah kita”, kata beliau dengan penuh harapan walau baru gua sedari yang beliau telah hilang penglihatan kerana penyakit kencing manis. Walau tidak boleh melihat lagi, beliau tetap menyatakan hasrat untuk ‘melihat’ karya-karya berunsur agama dibuat. Subhanallah! Gua kagum, gua teruja dengan semangat nenek yang berdiri lemah di hadapan gua ni.

Augerah kemuncak dalam Anugerah PeKOMIK pada tahun 2009 ni adalah anugerah PELUKIS KOMIK TERBAIK. Saudara Jaafar Taib dijemput untuk mengumum dan menyampaikan anugerah pada pemenang dalam Anugerah PeKOMIK 2009 yang dimenangi oleh saudara AZHAR ABDULLAH melalui komik LIGA PENDEKARnya. Tahniah! Saudara Azhar bukan membolot satu tapi EMPAT anugerah! Boleh tengok keputusan penuh kat bawah.

Beliau tak masukpun dalam program, tapi bila beliau datang, beliau telah dipaksa untuk naik ke pentas dan melakukan sesuatu. Ini la saudara Imuda yang hadir memberi sokongan dan membuat persembahan tahap hancur sehancur hancurnye pada petang tu. Beliau menghancurkan sebuah lagu blues hentam keromo mengenai anugerah PeKOMIK. Dalam berhibur, beliau turut mengingatkan mengenai tanggungjawap sebagai seorang karyawan dan tanggungjawap sebagai seorang insan. Hancur! Menang hancus persembahan tangkap muat Budin ni. Walau hancus, tetap menghiburkan.

Bersama Prof. Dr. Muliyadi Mahamood. Untuk makluman semua, Prof. merupakan satu-satunya anak Melayu yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengajian Kartun ( Ph.D in Cartoon Studies ) dari Universiti of Kent, Canterbury, England pada tahun 1997 dan Ijazah Sarjana Sejarah Seni ( MA in History of Art ) dari Ohio Universiti, Athens, USA. Sejarah kartun tanahair semua dalam pengetahuan beliau. Kerana itu gua sangat menghormati beliau. Gua ingin menjadi berILMUseperti beliau. Dengan ILMU gua boleh membantu siapa yang memerlukannya. Masalahnya, masih banyak yang gua tak tahu pasal ILMU kartun. Gua mesti mendampingi orang-orang seperti prof. ni kalo nak menjadi berILMU.

Kata-kata Dato’ Lat dalam ucapan beliau tadi sangat menyeronokkan hati gua. Kita mesti punya jati diri sebagai orang Melayu dan orang Malaysia dalam berkarya. Kita mesti percaya dengan apa yang kita ada. Kerana jati diri itu la Dato’ Lat berjaya. Karya-karya beliau benar-benar bersifat Malaysia yang sebenar. Melihat karya Dato’Lat seperti melihat keseluruhan kehidupan masyarakat majmuk Malaysia. Hebat dan mengkagumkan! Masyarakat luar nak tengok benda-benda cam ni la. Asli, jujur, telus dan bertanggungjawap. Lama tak jumpa Dato’ Lat, dapat jumpe mesti la nak merakamkan kenangan bersama. Orang selalu kata/tanye gua, “ brader Gayour, boleh amik gambar?”. Kali ni gua plak yang tanye cam tu kat Dato’ Lat. Heee…

Moga nenek Nora tabah dan sabar dengan dugaan yang menimpa. Apa yang telah nenek buat dan sumbangkan pada industri komik dan kartun tanahair merupakan suatu jasa yang sangat besar dan tidak dapat dibalas. Hanya anugerah sebagai penghargaan yang langsung tidak bererti apa-apa bebanding dengan sumbangan dan pengorbanan. Segala jasa nenek hanya dapat diingat dan ucapan terima kasih. Moga nenek diberi kekuatan untuk melakukan amal ibadah dalam menghabiskan sisa hidup. Bebahagia la nenek di dunia akhirat didoakan. Terima kasih atas sumbangan.

Dah nak balik baru ingat nak tulis buku kehadiran. Leceh tul! Tahniah pada PeKOMIK atas usaha yang dilakukan sehingga berjayanya anugerah PeKOMIK 2009 yang pertama ni. Memang ada kelemahan itu ini, tapi siapa peduli? Yang penting program bejalan dengan lancar dan matlamat tercapai. Harap lepas ni mana-mana pihak yang patut terlibat dan membantu dari segi sumbangan ( terutamanya ), tajaan dan promosi akan tampil membantu. Pada semua pengkarya ( kartun dan komik ) tanahair, harap anugerah ni menjadi pemangkin untuk lebih angersif berkarya. Mungkin tahun depan akan tercalon. Bukan saja agresif tapi menghasilkan karya yang ASLI, bermutu, berdaya saing, bertaraf dunia dan bertanggungjawap. Kita mesti bersama menjaga, menaik dan mengangkat kerjaya kita sebagai seorang pelukis komik, ilustator atau kartunis. Selamat berkarya pada semua.

Pemenangnya-pemenannya adalah…

01. Kartun Satu Muka Terbaik: Atuk - Ujang
02. Siri Komik Kartun Terbaik: Juganah/Asalan - Kromosom/Dna
03. Komik SuratKhabar Terbaik: Seladang Tunggal - Zoy
04. Penerbit Terbaik: Gempak Starz
05. Lukisan Kulit Muka Terbaik: Liga Pendekar - Aadi Salman
06. Ilustrator manual/digital Terbaik: Puppeter
07. Warnaan Terbaik: Siew
08. Kemasan Ink Terbaik: Baba Chuah
09. Majalah Komik Terbaik: Popcorn
10. Penulis Terbaik: Liga Pendekar - Azhar Abdullah
11. Siri Mini Komik Terbaik: Akademi Armageddon, Utopia - Slaium
12. Komik Baru Terbaik: Liga Pendekar - Azhar Abdullah
13. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik: Azhar Abdullah
14. Anugerah Berus Emas PeKOMIK: Nora Abdullah
15. Komik Terbaik: Liga Pendekar - Azhar Abdullah

Lagi sekali TAHNIAH pada semua yang menang dan pada team PeKOMIK kerana menganjurkan anugerah ni. Jumpa lagi di tahun depan dangan penganjuran, penyertaan, tajaan, hadiah dan sambutan yang lebih hebat!


Monday, May 11, 2009

DYNAMIC

DYNAMICS WEEK…
KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR
17 JAMADILAWALK 1430H - 12 MEI 2009

Untuk kali kedua, team kitorang dijemput sekali lagi oleh Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan Pahang Darul Makmur pada 19 dan 20 Rabiulakhir 1439 H - 15 dan 16 April 2009 yang lalu sebagai penceramah dalam bidang Multimedia Kreatif ( Pengiklanan ) pada pelajar tahun akhir temasuk pelajar tahun satu dan dua sempena minggu DYNAMICS WEEK WITH ADVERTISING INDUSTRY PRACTITIONERS. Campur sekali! Tak kisah la, janji akhirnye gua bejaya gak masuk ke kolej. HEH! Kali ni kitorang pergi memenuhi jemputan seramai empat orang iaitu Apai, Padi, Niezam dan gua. Program kali ni berlangsung aelama dua hari. Tepaksa tido kat Kuantan selama dua malam la kitorang berhampiran dengan Teluk Chempedak yang tak berapa best tu. HEH!

Sampai jer ke Kuantan, kitorang trus ke kolej betemu pensyarah cik Suriawati dan saudara Yong bebincang pasal program dan pengisiannya. Ada beberapa perubahan dan penambahan dalam pengisian setiap segmen kitorang kali ni. Harap bekesan dan menyeronokkan. Habih bebincang dan belasah kuih kaswi, kitorang dibawak oleh encik Yong ke bilik editing tempat beliau melepaskan tensen dan perasaan. HEH! Selain untuk editing, bilik kebal ni merjadi bilik karaoke rupenye. Patut la happening! Gua dipaksa oleh encik Yong untuk… yeah! Belasah selagu dua. Mana beliau tau suara gua merdu? HEH! Ni la akibatnye bila memaksa gua. Tengok la encik Yong ( kanan sekali ) yang mula tetekan mendengar suara gua. HarHarHar! Rasakan!

Lagu yang gua keraokekan bukan la lagu metal tapi sengaja gua metalkan! Baru brutal dan boleh banging! HEH! Kekesalan encik Yong makin memucak masa ni. Tu la,ofer gua lagi. Kan dah nyesal! Tak sangka plak kali ni bleh karaoke. Apasal tahun lepas masa jemput kitorang tak bagitau adanya aktiviti melepaskan tensen ni? Bukan apa, saja seronok-seronok. Lepas gak penat pejalanan jauh.

Ni dia encik Yong selaku pensyarah dan toke karaoke Kolej Komuniti Paya Besar. HEH! Tetap metal walau didedahkan beliau hanya layan lagu Jamal Abdillah masa melepaskan tensen berkeraoke. WE ROCK!

Tak cukup selagu, gua sambung dengan lagu mendayu yang lain. Showmanship mesti gempak. Baru ganas dan digeruni musuh! HEH! Masa ni Padi, Apai, Niezam dan pensyarah-pensyarah yang lain sedang menjerit-jerit hesteria nak kuar dari bilik kebal ni setelah mendengar kemerduan suara gua. Tapi dihalang oleh toke karaoke yang mula teruja dengan suara dan showmanship akrobatik ala David Lee Roth gua. Thank you very much and good night! Har fragin har!

Habih berkeroke tanpa memberi peluang pada member lain temasukpensyarah-pensyarah, kitorang dibawa ke rumah penginapan di kat tengah bandar Kuantan. Penginapan yang selesa. Dekat dengan Pantai Teluk Chempedak. Tak kisah la tu, janji ada tempat tido! Malam tu kitorang dibelanja dinner kat bandar Kuantan gak. Semua oder makanan barat. Sekali-kali tukar selera. Tak cukup steak tambah lagi dengan sate. Urkkk! Alhamdulillah. Terima kasih.

Hari pertama kitorang sampai awal setelah siap breakfast kat rumah tumpangan. Alhamdulillah, perjalanan dari Kuantan ke kolej bejalan selesa tanpa gangguan traffic jam. Tu yang sampai awal. Cam biasa pihak kolej menyediakan sarapan untuk kitorang. Makan lagi. Masa yang teluang gua gunakan untuk begambar kat kaunter pertanyaan pengurusan Kolej Komuniti Paya Besar. Gua memang suka amik gambo kat tempat cam ni. Kena plak ada nama kolej tu. Kalo orang Tanya betul ker lu pegi kolej tu. Malas nak layan, gambo ni sebagai jawapan.

Sarapan untuk kali kedua. Bab ni encik padi memang tak tolak atau malu-malu. Sama gak dengan encik Niezam tu. Nampak jer beliau kurus cekeding tapi nafsu makan beliau mengalahkan gagak! "Kena makan banyak pasal ada banyak makanan. Lagipun kena banyak tenaga untuk bersyarah nanti. Jangan biarkan kita pengsan pasal tak cukup power di hadapan pelajar-pelajar yang cun-cun! ", ujar encik Padi sambil disokong oleh encik Niezam.

Gua plak mengmbil kesempatan melihat sana dan sini. Kitorang sarapan kat dalam bilik mesyuarat utama Kolej Komuniti Paya Besar. Hebat segala kemudahan yang ada dalam bilik ni. Tu yang gua teruja nak begambo. Nampak tak tu PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT. Kita memang wajib belajar selagi nyawa dikandung badan. Ni masa untuk kitorang memberi, mengajar dan bekongsi ilmu yang dipinjam Allah pada semua pelajar/peserta program. Diorang datang ke sini untuk belajar, kitorang dijemput untuk menyampaikan ILMU. Ini la sedikit sumbangan. Moga ada kebaikan. InsyAllah. "Oii, Padi! Jangan abihkan karipap tu oii!"

Setelah pensyarah membuat sedikit ucapan ringkas mengenai perjalanan dan pengisisn program, acara diserahkan pada kitorang. Terima kasih. Asslamualaikum. Apa khabar semua? Betemu lagi dengan izih Alllah. Peserta dalam program kali ni becampur antara pelajar tahun akhir, tahun satu dan dua. Pelajar tahun akhir dah jumpa kitorang tahun lepas. Pasal tu la pengisian kali ni kitorang buat beberapa perubahan agar tak membosankan. Terutama pada pelajar tahun akhir. harap semua enjoy kali ni. Segmen pertama belah pagi ni seperti biasa gua yang mulakan. Asas melukis. Topik yang bosan tapi kena tahu!. Ayuh semua kita melukis!

Hampir semua maklumat, panduan, teknik, tips dan entah apa ke benda lagi pasal melukis yang gua tahu gua sampaikan pada peserta. Bukan hanya membebel dan teori tapi dengan praktikal dan tayangan video sebagai bantuan. Kemudahan IT yang ada hari ni perlu dipergunakan semaksima yang boleh sebagai alat bantuan agar mudah faham dan tidak membosankan. Rasa tak cukup masa. Leceh tul! Tiba giliran encik Padi merampas segmen gua. Eeee… tensen tul la encik Padi ni! Blah la Padi! Kami bekongsi maklumat mengenai topik melukis dengan pelajar. Encik Padi tambah mana yang tetinggal. Gua cakap cam ni, encik Padi akan bangkang! Adoiii… jahanam majlis!

Sebahagian dari peserta/pelajar yang dapat masuk dalam gambo. Semangat sungguh diorang ni. Bukan saja semangat tapi bedisplin. Menepati masa. Kelas blum mula lagi, diorang dah bekumpul menunggu kat pintu masuk dewan kuliah. Hebat!

Kami dijemput untuk bekongsi ILMU dengan semua peserta. Kami dijemput untuk bekongsi cerita dan pengalaman sebagai orang yang sedang terlibat dalam industri penerbitan. Apa yang mereka mahu dengar adalah kebenaran dalam industri. Senang dan susah temasuk segala cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Ini adalah persediaan pada semua peserta ( tahun akhir terutamanya ) bila keluar dan memasuki industri sebenar. Selamat dating ke dunia sebenar yang tiada belas! Jangan takut untuk menghadapinya.

Hari kedua seperti semalam kitorang sampai awal gak. Hebat tul! Lupa lak nak bagi tau, malam tadi kitorang dinner kat Tanjung Lumpur. Ala… sekolah yang gempak dengan kes hesteria tu. kat situ la. Pas makan, kitorang pegi ke Teluk Chempedak, ingat nak jalan-jalan tepi pantai amik angin. Hampeh! Padi pusing ke mana ntah cari parking! Balik tidooo lagi baik! Segmen pertama belah pagi ni gua sambung pasal melukis. Banyak benda yang perlu diketahui pasal melukis ni. Memang tak cukup masa kalo nak ikutkan. Leceh tul! Sila rajin-rajin buat latihan melukis ya murid-murid semua!

Petang ni giliran Encik Niezam plak. Semalam beliau dapat menyelit sket jer. hari ni baru segmen beliau. Encik Niezam becakap pasal topik grafik, advertising dan ilustrasi. Banyak benda nak disampaikan dalam topik encik Niezam ni. Kena plak beliau bepengalaman dalam bidang grafik dan advertising. Macam-macam cerita yang ‘mengerikan’ pasal advertising beliau dedahkan. Bukan nak menakutkan tapi itu la kebenaran dalam industri pengiklanan. Memang tak cukup masa encik Niezam nak menerangkan semua. Tak apa la. Mana yang boleh, sempat dan difahami oleh peserta. Itu yang penting. Harap mereka faham dan bersedia menghadapi kebenaran bila keluar dan bekerja nanti. Encik Niezam turut menerangkan pasal ilustrasi, konsep dalam sesuatu ilustrasi dan teknik-teknik yang beliau amalkan dalam menghasilkan ilustrasi. Menarik!

Belah petang, encik Padi meneruskan pengisian dengan topik karikatur. Suatu yang menarik pada semua peserta dan pada gua sekali. Guapun nak tahu dan nak belajar gak pasal karikatur ni. Kita boleh jumpa kat mana-mana ramai pelukis karikatur sekarang nikan? Itu adalah satu kerjaya yang menarik dan lumayan. Untuk menjadi seorang karikaturis yang hebat , kita mesti berILMU pasal karikatur. Bukan main hentam lukis karikatur ikut suka. Ini menjahanam dan merosakkan scence karikatur pada masyarakat. Siapa saja rasa boleh buat karikatur padahal dia tak layak langsung! Gua cukup tak puas hati melihat keadaan ni! Encik Padi memang terer dan pakar dalam bab ni. Mari kita ambik manfaat darinya. Bukan senang nak tahu dan belajar pasal ILMU karikatur ni. Sila tumpukan perhatian.

Encik Padi ( dan kami semua ) turut menggunakan kemudahan IT dalam menyampaikan maklumat dan berhibur agar tidak membosankan. Maklum la dah petang. Selain menunjukkan demonstrasi teknik dan rahsia melukis karikatur, encik Padi turut membuat demo melukis secara live karikatur sorang peserta menggunakan komputer. Yeah! Melukis menggunakan komputer, tidak melukis atas kertas. Semua peserta dan pensyarah dapat menyaksikan secara langsung proses bermula dari melakar, inking dan mewarna yang ditayangkan di skrin sehingga siap. Itu la kehebatan teknologi dan begitu la mudahnya encik Padi melukis dan menyiapkan sebuah karikatur secara live. Semua kehebatan encik Padi itu memerlukan ILMU dan pengalaman. Ia tidak datang begolek tanpa pengorbanan! Sekarang semua dah dapat ILMU, tips dan maklumat pasal karikatur. Tepuk dada tanya selera!

Encik Apai mengisi segmen dengan penerangan mengenai kerjaya dan segala yang bekaitan. Bersedia la walau di mana korang akan berkhidmat. Masalah dan cabarannya adalah sama. Semua memerlukan kesabaran dan ILMU untuk menghadapi dan menyelesaikannya.

Semalam kitorang ada bagi tugasan pada semua peserta. Tugasan yang perlu diselesaikan dalam kumpulan. Tugasan ni tak la senang sangat. Susah gak. Sengaja bagi susah sket. Petang ni adalah masa untuk beberapa kumpulan yang terpilih membuat pembentangan mengenai tugasan yang diberi. Kumpulan petama kuar dan membentangkan tugasan diorang di hadapan juri ( kitorang la ) dan pensyarah diorang. Hancus kumpulan ni. Apa-apa ntah! Tegagap-gagap!

Kumpulan pelajar pompuan ni paling ramai. Mereka cuba ( tapi tidak sedayanya ) menyakinkan para juri mengenai t-shirt ciptaan diorang. Yeah! Tugasan semua peserta adalah mencipta satu rekaan t-shirt persatuan kat kolej diorang. Buat la apa-apa persatuanpun. Kitorang nak tengok apa yang korang boleh buat. Kenapa tak warnakan t-shirt tu? Kumpulan ni ramai tapi kurang kerjasama dalam pembentangan. Sengeh-sengeh malu tak memasal!

Ini adalah kumpulan paling kreatif sekali antara kumpulan yang lain. Mereka begitu bersungguh dalam membentang dan menerangkan mengenai konsep t-shirt ciptaan mereka. Diorang turut mencipta logo, maskot dan penerangan mengenai hala tuju persatuan mereka. Mereka tidak membuat pembentangan dengan memegang sehelai kertas A4 t-shirt ciptaan mereka seperti kumpulan yang lain. Mereka menampalkan t-shirt ciptaan mereka di atas mounting board dan mewarnakan sekali dengan warna yang menarik perhatian! Ini la yang dikehendaki walau masih ada beberapa kelemahan.Tapi lebih baik dari kumpulan yang lain. Tak cukup dengan persiapan pembentangan yang baik, diorang turut mencipta lagu tema persatuan dan menyanyikannya sekali! Hebat!

Kumpulan ni sepatutnya dipilih sebagai pembentang terbaik kerana kuar dengan sehelai t-shirt yang siap dicetak! Tak sangka mereka bersungguh dan berupaya melakukannya! Tapi sayangnya diorang terlalu ‘melampau’ dengan t-shirt ciptaan mereka. Gua bekerut dahi melihatnye. Ia sungguh tidak sesuai dicetak dan dipakai. Jelas ia keluar dari tugasan iaitu mencipta satu t-shirt untuk persatuan, tapi kumpulan ni mencetak sehelai t-shirt sebagai sokongan pada satu kumpulan muzik luar negara yang becakap mengenai perjuangan, kebebasan, kemerdekaan dan agenda tetentu yang tidak sesuai di negara kita. Ketua kumpulan ni jelas dengan pemikirannya yang sangat ‘melampau’ masa membentang dan menerangkan sokongannya pada kumpulan itu. Beliau bermatian mempertahankan kumpulan itu, perjuangan dan agenda kumpulan. Ini satu kesilapan besar sebagai pelajar!

Gua masih tekedu dengan kumpulan yang agak ‘melampau’ pembentangannya tadi. Kenapa diorang jadi cam tu. Kenapa perlu ‘melampau’ dalam menyatakan pendirian? Kumpulan tu perlu diberi perhatian serius oleh pihak kolej. Mereka perlu diperbetulkan. Itu pandangan gua. Di akhir majlis, kitorang bergilir memberi komen mengenai pembentangan dan harapan dari program ini. Acara tamat seperti yang dirancang walau masih banyak yang perlu dikongsi terutama pada pelajar tahun akhir yang akan menamatkan pengajian meraka. Besar la harapan agar apa yang kitorang sampaikan ada kebaikan dan manfaatnya. Beratur untuk mengambil hadiah.

Setelah selesainya acara, masa untuk menandatangani dan melukis buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR yang diorang beli. Gua ada baweak sket. Semalam dan hari ni, gua turut menggunakan buku gua ni sebagai bahan bantuan dan promot sekali pada yang beminat. Alhamdulillah, ramai yang beminat dan membeli temasuk pensyarah. Terima kasih. Sila tengok dan ambik segala manfaat darinya.

Selain bekongsi pengalaman dan ILMU yang sedikit, kami turut bekongsi ILMU nilai-nilai mulia yang boleh diamalkan dalam kehidupan dengan pelajar-pelajar dalam program ni. Tujuh sifat mulia yang boleh memberi kejayaan dalam bidang atau kerjaya yang kita lakukan sekiranya kita benar-benar mengamalkannya disamping melakukan segala amalan dan kewajipan kita sebagai seorang Islam. Tak kira sebagai pelajar, pekerja atau seorang insan. Ada banyak lagi sifat-sifat mulia, tapi sekiranya dapat mengamalkan tujuh sifat mulia ini dah kira hebat! Selamat berusaha dan berjaya!

Begambar bersama pensyarah yang berusaha merancang dan memastikan kelancaran dan kejayaan program. Terima kasih atas jemputan. Harap maaf atas kekurangan dan salah silap sepanjang program. Panjang umur dan sekiranya dijemput kita jumpa lagi. InsyAllah. Lepas minum petang, kitorang trus berangkat pulang mengikut jalan lama, tidak menggunakan hiway. Padi punye idea. Best gak ikut jalan lama walau jalan sempit dan jauh. Singgah makan malam kat Temerloh pekena ikan patin tempoyak yang glamer dan hebat sangat katanye tu. Padi punyer idea! Gua rasa masa paling sesuai makan gulai masak tempoyak ni masa makan tengahari. Baru kuar peluh jantan dan kembang lubang idung. Baru terasa kehebatannya! Entah la. Masing-masing punyer anak tekak! Hampir two minutes to midnight sampai ke rumah. Alhamdulillah selamat menjalankan tanggungjawap dan selamat sampai….

pendidikan sepanjang hayat

Friday, May 08, 2009

GALERI

GALERI

Asslamualaikum wahai sahabat blogers semua. Untuk makluman, blog GALERI gua dahpun gua masukkan entri yang pertama sejak dilancarkan pada zaman purba yang lalu. Sila la singgah. Dulu masa tak masuk apa-apa korang sibuk singgah dan tanye bila nak masuk bahan daaa? Dah masukpun.

terima kasih

HEH!

Tuesday, April 21, 2009

DIALOG PNM

DIALOG PENULIS
26 RABIULAKHIR 1430H - 22 APRIL 2009

Bulan lepas ( 15 Rabiulawal 1430 Hijrah - 12 Mac 2009 Khamis ), gua mendapat jemputan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyertai sesi dialog Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia bersama penulis di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak. “Apa hal plak diorang jemput gua ni. Gua bukan penulis”. Tegas gua pada diri sendiri. Gua lupa, selain sebagai seorang kartunis, rupanye gua gak adalah seorang penulis! Gua dah buat buku MELUKIS
KARTUN CARA GAYOUR. Heh!

Nak tak nak gua pegi gak ke majlis ni. Orang dah jemput, kena la pegi. Nak tau gak apa yang akan dibincangkan. Ni kira pengalaman pertama gua join dalam sesi cam ni sejak begelar penulis secara rasminya. Sejak buku gua diterbitkan. Cam biasa gua sampai lewat. Macam-macam alasan boleh direka sebab lewat. Heh! Gua sampai, majlis dah mula. Tak kisah la. Janji gua sampai dan memenuhi jemputan. Begini lebih kurang pengisian dan perjalanan sesi dialog...

Ada tiga objektif utama sesi dialog antara Ketua Pengarah dengan
penulis ni diadakan.

Yang pertama –
Memberi penerangan mengenai Kepentingan Akta Penyerahan bahan Perpustakaan 1987 ( Akta 331 ) dan perana Pusat Penyerahan Terbitan Negara,perpustakaan Negara Malaysia. Pusat Penyerahan ni bertanggungjawapsepenuhnya terhadap penguatkuasaan akta tersebut dalam usaha membina Koleksi Negara iaitu koleksi bahan yang diterima bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 ( Akta 331 ).

Objektif yang kedua
Menggalakkan penulisan dan penerbitan karya tempatan melalui peruntukan Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Tempatan.

Objektif ketiga
Menjana idea dan pandangan dalam memaju dan mempelbagaikan karya terbitan di dalam industri pembukuan Negara.

Untuk makluman semua sobat, Akta Penyerahan ni mewajibkan penerbit menyerahkan bahan yang diterbitkan dalam negara kepada Perpustakaan Negara Malaysia melalui Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Bahan-bahan yang diterima itu akan dijadikan sebagai Koleksi Negara ( buku gua dah jadi Koleksi Negara rupenye ) yang dapat mencerminkan warisan interlek, kesusasteraan, kebudayaan serta ilmu dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul. Konsep penyerahan secara undang-undang telah diamalkan sejak dahulu lagi melalui Straits Settlements Book Ordinance 1886, FMS Book Enactment ( F.M.S. cap 90 ) 1916, Preservation of Books Ordinance 1950 dan Akta pemeliharaan Buku 1966. Jadi mana-mana sobat yang dah ada buku/diterbitkan, elok la hantar ke Perpustakaan Negara. Simpan sendiripun tak guna. Elok jadikan Koleksi Negara.

Objektif Akta Penyerahan

Ni gua share sket pasal Objektif Penyerahan.
Akta ni mula berkuatkuasa sejak 15 April198 zaman purba yang lalu yang bertujuan untuk:
-menyediakan bagi pemuliharaan dan pengunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia
-Mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
-Menyelenggarakan rekod-rekod statistic bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.

Yang ni plak pasal Definisi – Bahan Perpustakaan

Bahan Perpustakan meliputi bahan bercetak seperti buku, terbitan bersiri
( majalah, jurnal, buletin, surat khabar ), peta, carta, poster,
risalah dan sebagainya. Manakala bahan tidak bercetak termasuk filem sinematograf, microform, piring hitam, rakaman video dan audio, media elektronik ( perisian computer, CD-ROM ) dan media lain yang mengandungi maklumat. Ada banyak lagi maklumat pasal Akta Penyerahan Bahan ni. Tak larat nak tulis. Korang kena cari sendiri la. Tak kan nak senang jer. Heh!

Dalam sesi dialog ni gak, Ketua Pengarah turut menerangkan akan kepentingan dan kegunaan kod International Standard Book Number ( ISBN ) seperti yang ada kat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Nampak tak nombor kod ISBN kat tu? Begitu gak dengan International Standard Serial Number atau ISSN barcode yang terdiri dari lapan nombor kat belakang buku. Ni semua mempunyai peranan, tujuan dan sebab kenapa perlu ada dan dicetak pada buku yang diterbitkan. Korang kena cari lagi maklumat pasalISBN, ISSN dan juga pasal PDP. Tak lengkap yang gua bagi ni.

Selepas selesai sesi penerangan dari Ketua Pengarah mengenai Akta Penyerahan Bahan, tiba la ke sesi penerangan yang ditunggu-tunggu oleh semua penulis yang hadir iaitu pasal Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Penulis Tempatan. Untuk makluman semua sobat, setiap tahun Perpustakaan Negara mempunyai dana khas untuk membeli terus buku-buku yang dibuat oleh penulis. Pembelian terus dari penulis, bukan dari penerbit. Peruntukan dari dua hingga empat juta ringgit setahun untuk membeli terus buku-buku dari penulis. Apa yang perlu penulis lakukan adalah membuat pemohonan dengan menghantar senaskah buku untuk dinilai oleh panel penilai perpustakaan. Hantar la berapapun buku yang ada/dibuat. Sekiranya ada empat buku, hantar semua. Mungkin semuanya akan dibeli dengan nilai hampir RM25,000 setiap buku! Kayo pakcik! Perpustakaan akan membeli dengan jumlah yang besar untuk setiap buku yang diluluskan oleh panel penilai. Oi, encik Serunai Faqir! Lu kena hantar novel MANTERA HITAM lu untuk dinilai oi!

Masa sesi dialog, hampir semua penulis membangkit, memperkata dan mempersoalkan mengenai dana ni. Berebut-rebut nak tanya. Ada yang cakap
mengarut entah apa-apa. Karut la diorang ni. Guapun nak tanye, tapi tengok semua berebut-rebut dan rakus bertanye…kebanyakan semua tahap oldskool plak, tak payah la. Bagi diorang jer meluahkan perasaan. Sabo jer la. Pada semua sobat yang telah ada buku, sedang pulun buat buku atau akan buat buku sendiri di masa akan datang, sila hantar buku korang untuk dinilai ke;

Perpustakaan Negara Malaysia,

Pusat Penyerahan Terbitan Negara,
Aras 19, Menara TH Selborn,
153, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur
03 2687 4232/4233/4236/4237
faks -03 26817235

Ada rezeki, buku korang akan dibeli. Dana ni untuk semua rakyat BolehLand yang ada buku sendiri sahaja! Jangan lepaskan peluang dan bagi peluang pada penulis lain saja rembat/rebut/bolot dana ni. Bila orang lain rebut peluang, korang bising. Komplin sana sini! Blah la! Ni hak kita semua!

Pastikan karya/buku korang tu best cam makanan yang disediakan untuk kitorang setelah selesainya sesi dialog. Yummyummy! Jangan la ikut orang. Orang buat novel kisah cintan cintun, pegolakan rumah tangga, skandal dato itu, datin ini, korangpun ikut gak buat tema yang sama. Boring! Jangan la. Ada banyak lagi tema, bahan yang boleh dibuat. Asyik asyik cinta, cinta! Menurut pihak perpustakaan, ada banyak lagi bahan bacaan atau maklumat yang kurang dan diperlukan seperti buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Ilmiah tapi tidak la terlalu tinggi. Sederhana. Boleh diterima, difahami dan dilakukan oleh semua golongan pembaca. Boleh kira berapa buku ( buatan anak Melayu,Malaysia ) seperti gua tu kat negara kita. Kebanyakan impot! Buku/bahan cam tu yang diperlukan oleh perpustakaan dan semua rakyat BolehLand. Novel cintan cintun dah terlalu banyak. Penuh dah stor perpustakan!

Makqan time! Yeahoooo! Masa ni gua sempat menyantuni sorang penulis oldskool. Pesara guru yang telah menghasilkan beberapa novel dari pengalaman beliau. Seronok dapat besembang dengan oldskool ni. Moga pakcik sihat dan trus dapat menghasilkan novel yang bermanafaat pada generasi muda seperti gua. Beliau bercerita sket mengenai novel beliau. Hebatnye pengalaman yang telah dilalui. Moga diberkati dan dirahmati Allah. Lebih kurang cam tu la sesi perjumpaan dan dialog dengan Tuan Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Yang Berbahagia Encik Raslin Abu Bakar. Sila lawati laman web perustakaan Negara Malaysia untuk mengetahui lebih lagi mengenai akta, dana pembelian dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Susah la sket. Jangan nak senang jer. Ni dia alamatnye.

http://www.pnm.my
pptn@pnm.my

kalo nak tau pasal ISBN, ISSN dan PDP, boleh emel jer.

issn@pnm.my
isbn@pnm.my
pdp@pnm.my

Pertemuan yang menarik. Moga ada manfaat untuk semua sobat.