Wednesday, July 01, 2009

ANGGUR DAN GUA KELAM 2

SAHABAT ZOOM! MALAYSIA
BAHAGIAN KEDUA DARI EMPAT BAHAGIAN
14 REJAB 1430H - 07 JULAI 2009

Negeri Perlis Indera Kayangan hanya seluas 810 kilometer persegi saja. Tak besar manapun. Kata Abang Ron, jalan raya terpanjang kat Perlis ni ialah sejauh 60 km saja. Hampir 30% muka buminya adalah dari landskap gua batu kapur. Hati merasa sangat teruja bila disepanjang pejalanan mata dihidangkan dengan pemandangan sawah padi. Mengasyikkan. Kena plak setiap masa Abang Ron tidak jemu untuk memberitahu itu ini mengenai sesuatu tempat. Kebanyakan kita beranggapan tiada yang menarik di negeri Perlis. Hanya sebagai laluan transit untuk ke Thailand atau ke Langkawi. Itu saja. Setelah pergi,meneroka dan merasai sendiri , baru gua tahu apa yang hebat di Perlis.

Setelah menghabiskan masa yang agak lama di Taman Rimba Herba, rombongan kitorang trus ke distinasi seterusnya yang lebih mengujakan! Betul. Tak tipu! Semua teruja dan tak sabar-sabar pasal tak pecaya dengan apa yang diceritakan. Nak tengok sendiri baru percaya! Kitorang dibawa ke ladang anggur yang hanya lebih kurang 1.2 kilometer dari Taman Rimba Herba. Sedikit penerangan dari pegawai petugas mengenai ladang anggur. Jangan cakap banyak, mana anggurnye?

Pegawai petugas tupun tak cakap banyak. Beliau tau kitorang tak nak tengok buah anggur. Pas tu kitorangpun trus dibawak ke ladang anggur. Yeahh! Ni la ladang anggur yang kitorang teruja dan gedik sesangat nak tengok tu. Amik kau! Ladang anggur yang tak ada buah anggur! Uuu..uuu... Apa la punyer malang nasib. Datang masa buah anggur blum bebuah lagi. Tak kisah la. Biarpun tak ada buah, gua tetap tesengeh-sengeh menahan sedih begambo dengan pokok anggur. Uuu...

“Kat depan kita ni adalah Banjaran Nakawan. Ia tebentuk dari batu kapur”. Kata Abang Ron tesengeh-sengeh memberi penerangan untuk menghiburkan hati kitorang masa perjalanan dari ladang anggur ( belah kanan ) yang tak ada buah tadi tu. Banjaran ni merupakan sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Terdapat banyak gua-gua batu kapur semulajadi dan buatan manusia untuk melombong bijih timah kat situ.

Nah! Tu dia pokok dan buah anggur yang nak sangat ditengok tu! YEAHOOOO! Amacam, percaya? Tak percaya? Lantak korang la. Gua percaya kerana inilah kebenaran dan kejayaan projek tanaman anggur kat Perlis yang tidak diketahui ramai rakyat BolehLand. Kata negara kita ada ladang anggur oii! Jangan tak caye. Gua dah tengok dah rasa sendiri buah anggur tanpa bijik buatan Malaysia. Lagi sekali jangan tak caye! Ladang yang tak ada buah anggur tadi tu baru dituai. Pasal tu la tak ada buah. Yang ni buahnye tunggu masa jer nak dituai. Rezeki kitorang dapat merasa buah anggur!

Semua tesengeh-sengeh seronok tak ingat bila dapat tengok buah anggur tejuntai-juntai. Satu pengalaman hebat! Apa lagi, guapun tesengeh-sengeh la amik gambo. Nyeh! Nyehh! Bukan gua sorang, semua tesengeh-sengeh amik gambo dengan buah anggur. Sket info pasal ladang anggur ni. Ladang ni hanya seluas 0.4 hektar pada awal pembukaannya dan kemudian membesar jadi 10 hektar kat tempat yang dinamakan Bukit Bintang Dua. Ia adalah atas usaha Jabatan Pertanian Negeri Perlis dan ‘ternakan’ anggur ni mula diusahakan pada tahun 2005. Hingga sekarang tedapat lebih dari 11,000 batang pokok anggur kat ladang ni.


NGAAAP! Geram tul tengok buah anggur ni. Tak sabo nak menelannye! Kali petama sampai ke negeri Perlis, gua dihidangkan dengan buah-buah anggur tanpa bijik yang masak ranum! Siapa sangka, temasuk gua, kita ada perusahaan tanaman anggur sendiri rupanya walaupun hanya untuk pasaran dalam negeri Perlis sahaja. Kalo korang nak rasa anggur Malaysia, sila datang ke negeri Perlis ya. Tak jual kat tempat lain. Bepeluang mengikut program Sahabat ZOOM! Malaysia anjuran Tourism Malaysia ni la baru gua tahu adanya’ternakan’ anggur kat Perlis. NGAPP!

Sapa boleh tahan tengok buah anggur yang bejuntai masak ranum ni? Ini adalah anggur dari jenis Black Opal yang tak ada biji. Boleh kunyah, meletup dalam mulut dan telan trus. Ada beberapa gambo masa makan anggur tapi gua tak sanggup nak tampal pasal rakus sangat melahap buah anggur. HEH!

Biasa kita tengok kat filem, tv atau majalah ladang anggur dan buahnye yang ranum benjuntai kat dahan. Semua tu menjadi kenyataan kat negeri Perlis. Rasa tak nak blah dari ladang anggur ni. Nak menikmati pengalaman yang mustahil untuk dirasai selama ni puas-puas walau tedapat banyak baja asli yang beselerak kat pangkal pokok iaitu tahi lembu! Gua nak posing gak. Jangan tak caye, gua bukan berada kat ladang anggur di Sepanyol atau Perancis. Kat Perlis aa…

Tak sangka pergi melawat ladang anggur dan makan buah anggur segar pada hari pertama kat Perlis ni. Tak percaya tapi gua dah belasah beratus bijik anggur! Tak pecaya apa lagi? HEH! Perjalanan diteruskan ke lokasi seterusnya. Mana ye? Mana lagi kalo tidak ke ladang ‘ternakan’ mangga Harumanis yang tersohor kat Perlis malah seluruh BolehLand. Penah makan buah mengga Harumanis? Melawat ke ladang mangga Harumanis bemakna boleh makan mangga Harumanis la. HEH!

Seperti anggur tadi, Harumanis gak membuatkan kitorang teliur dan tak sabo-sabo nak menikmatinya. Ladang ni tak jauh dari Taman Rimba Herba dan ladang anggur. Sedikit penerangan diberi oleh pegawai betugas mengenai projek mangga Harumanis dan segala yang bekaitan. Ladang ni mengeluarkan antara 300 hingga 500 tan buah setahun dan telah diusahakan sejak dari tahun 1984 dengan keluasan 38 hektar pada fasa pertama pembukaannya. Pada tahun 1998, fasa kedua dibuka dengan tambahan keluasan 26.6 hektar lagi. Masa taklimat diberi, kami dihidangkan mangga Harumanis dengan pulut dan jus mangga Harumanis. PERGHH! Nikmatnye! Lagi sekali untuk kali petama, gua menikmati mangga Harumanis dengan pulut. Muahhh! Yummy! Yummy!

Negeri Perlis memang tekenal dengan mangga Harum Manisnya yang diusahakan secara besar-besaran dan dipasarkan ke seluruh negara. Ini juga merupakan satu lagi produk pelancongan menarik kat Perlis untuk dikunjungi. Hanya sekitar 10 kilometer dari Bandar Kangar. Boleh amik gambo kat pokok mangga Harumanis, tengok proses pengasingan kualiti buah, pembungkusan, makan dan beli buah Harumanis. Untuk makluman sobat semua, mangga Harumanis hanya boleh dinikmati setahun sekali bemula dari bulan Mac hingga Jun.

Ianya adalah buah bermusim. Tidak seperti buah-buahan tempatan yang lain yang tak tentu arah dah musimnye sekarang ni. Seperti buah durian yang sepanjang tahun ada. Harumanis tidak begitu, kena tunggu setahun sekali! Ni tempat nak beli buah Harumanis. Ada macam-macam gred kat sini. Boleh beli ikut suka dan kemampuan.

Setelah makan Harumanis dengan pulut dan membeli sekotak sorang mangga Harumanis dengan harga istimewa, sesi lawatan untuk pagi ni berakhir kat ladang Harumanis. Masa untuk ke penginapan cap ayam kitaorang. Belengas dah badan. ARGHHH! Dapat mandi best ni! Seblum boleh mandi dan golek-golek kat katil, pegi makannnnn tengahari dulu! Yeahh! Memang kebulur dah ni walau dah makan anggur dan mangga harumanis. Nak nasik gak baru makan namanye. HEH! Ni dia menu tengahari selera kampung kitorang.

Sepanjang perjalanan ke tempat makan yang telah ditempah, gua leka menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau dan bukit-bukit dari Tyrannosaurus Rex. Pemandangan yang mengasyikkan walau perut dah berapakali sms, laparrrr….Banjaran Nakawan tersergam hebat sebagai pemisah dua negara. Kitorang dibawa ke tempat makan yang sangat popular di kalangan orang tempatan iaitu Restoran Anjung Keli. Penuh orang masa kitorang sampai. Restoran yang dibina kat tengah sawah padi. Sebelah meja makan kitorang anak padi yang baru ditanam. Angin sawah betiup kencang. AHH.. nyamannye! Hidangan ikan keli bakar dan beberapa lauk yang tak penah gua makan dah siap terhidang untuk dibelasah! Lazatnye makan dengan tiupan angin sawah walau rambut mengerbang masuk mulut! Uuu..uuuu… Terima kasih atas rezeki yang Kau berikan kepada kami ini wahai tuhanku. Amin.

Habih makan, trus ke penginapan kat tepi laut. Syoknye dapat tengok laut walau masa tu laut surut sayup mata memandang. Weeee…. Trus masuk ke bilik dan mandi. Pas dah segar, golek-golek jab sementara menunggu pukul 3.30 petang untuk aktiviti seterusnye.. Bestnye dapat golek-golek. Aktiviti pada petang ni lebih mencabar dan menarik! 3.45 petang Tyrannosaurus Rex membawa kitorang ke Pekan Kaki Bukit di Banjaran Nakawan untuk meneroka gua buatan iaitu Gua Kelam 2 yang telah dikenali oleh rakyat BolehLand sebagai salah satu produk pelancongan terkenal negeri Perlis.

Mungkin ramai sahabat yang telah sampai dan masuk ke dalam Gua Kelam 2. kali ni giliran gua plak untuk merasai pengalaman hebat ni. Untuk kali pertama gua akan masuk ke dalam gua buatan manusia melombong bijih timah puluhan tahun yang lalu . Gua Kelam 2 merupakan salah satu dari gua-gua yang terdapat kat Hutan Simpan Kekal Wang Mu yang telah dilombong untuk mendapatkan bijih timah sejak sekian lama. Sekarang ni gua ni telah ditutup dan menjadi produk pelancongan. Suatu yang tidak pernah difikirkan oleh pelombong-pelombong bijih timah yang berusaha bagai nak giler menggali dan mengeluarkan bijih timah pada masa dahulu menjadi tempat pelancongan.
Kitorang dipecahkan pada dua kumpulan untuk masuk ke dalam Gua Kelam 2. Kumpulan pertama seramai 15 orang dari wakil Tourism Malaysia dan medai masuk dulu. Tak sabo nak masuk ni! Sementara nunggu giliran, posing apa yang patut. Ni kat depat pintu masuk utama ke tempat kereta api yang membawa masuk ke dalam gua. Lengang tak ada orang atau pelawatpun masa kitorang kat sini. Mana semua orang pergi? Selain untuk masuk ke dalam Gua Kelam 2, pengunjung yang datang kat sini boleh mandi kat jeram yang berhampiran. Ramai pengunjung yang datang untuk mandi, bekelah atau rilek sengeh-sengeh melihat gelagat monyet, kera dan ungka tangan putih yang menghiburkan!

Masa untuk masuk ke Gua Kelam 2. YEAHOOOO! Masa untuk masuk dan merasai pengalaman yang selama ni hanya gua dengar dari yang pernah masuk ke dalam gua. Macam-macam rasa dan perasaan beserabut dalam kepala hotak gua seblum di bawa masuk oleh pemandu kitorang. “ Buatnye runtuh gua tu". Salah satu kerisauan yang biasa kat kebanyakan kepala hotak orang. Ah, lantak la! kalo nak fakir yang bukan-bukan, nak buat apa tak boleh. “ Buatnye ada gas beracun, habih mati kitorang. Buatnye ada makhluk ganas dan buruk yang menangkap dan menjadikan kitorang tebusan. Buatnye tanah dalam gua tu runtuh dan membawa kitorang jatuh jauh ke dasar bumi seperti filem ” Journey To The Center of The Earth”. Jumpa dinosaur, burung api, monyet terbang, itu ini… eeee… Buatnye… kalo la… buatnye…. Blablabla…

Buat-buat hepi masa kereta api mula nak gerak masuk ke dalam gua. Dalam hati, hanya tuhan yang tahu. Nak sangat rasa pengalaman masuk gua, kena la hadapi semua ni. "Jangan nakot, kalo lu nakot guapun nakot". Kata kawan kat belakang gua.

Pengalaman hebat bermula dengan menaiki keretapi old skool seperti dalam filem Indiana Jones melebihi 300 meter ke dalam gua dengan memakai helmet keselamatan seperti pekerja lombong. Memang mendebarkan. Biasa lalu kat hiway yang ada terowong, tapi yang ni masuk ke dalam gua! Untuk makluman semua, Gua Kelam 2 merupakan pemegang rekod sistem gua terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sepanjang 3.8km yang hanya boleh dimasuki dengan kereta api vintaj.

Sampai ke tengah gua, kereta api akan berhenti dan bermula la pengalaman hebat yang sebenar di dalam Gua Kelam 2 iaitu merasai pengalaman berada di dalam gua dan menikmati pemandangan di dalam gua. WHOAA! Ia suatu pengalamanan yang menakjubkan walaupun sebenarnya tak la menarikpun manapun sekiranya tidak ‘diindahkan’ oleh lampu. Ianya gelap gelita tiada apa yang menarik. Dengan adanya lampu-lampu yang berwarna warni, ia menghilangkan perasaan takut, gelabah, risau dan cemas.

Kali pertama gua bepeluang melihat dan menikmati pemandangan formasi batu kapur yang pelbagai rupa, bentuk, warna dan tekstur dalam gua. Lebih mengkagumkan dengan cahaya lampu yang berwarna warni. Ini la sebahagian dari pemandangan dalam Gua Kelam 2 dari tempat kereta api berhenti. Masuk naik kereta pai. Bila sampai ke dalam, kena jalan kaki. Dalamnya dingin, suram, samar dan penuh tanda tanya. Banyak jin dalam gua ni. HEH! Hati-hati mendongak melihat dalam lubang-lubang, nakot tepacul bapak jin!

Semua lubang gua nak tengok dan intai. Mana tau jumpe emas walau ini bukan gua lombong emas! Takpun jumpe seketul bijih timah atau keris sakti. HEH! Masuk ke gua ni seperti masuk ke dunia asing. Tak tahu apa yang ada kat depan dan akan kita temui. Penuh misteri. Ini la yang menarik pasal gua. Gelap dan misteri.

Ada beberapa ruang yang luas kat dalam gua ni. Ada yang ketinggian lebih dari 20 meter dan 15 meter lebar. Dalam gua ni tak terasa tiupan angin. Tenang, sunyi, senyap…. Boleh la main badminton. HEH! Cam no la pelombong-pelombong dulu buat kerje ya. Mesti azab tak ingat mengali, mengorek dan mengangkat tanah-tanah dibawa ke luar. Pelombong-pelombong ni adalah orang-orang yang kuat dan berani!

Gua mencari mana Abang Ron yang bersama kumpulan pertama tadi. Ada beberapa pertanyaan gua nak tanye beliau ni. Sementara blum jumpa Abang Ron, mendongak melihat apa yang ada. Mana tau ada makhluk asing sedang sengayut kat bumbung gua cam kelawar. Tak adapun. Buat sakit tengkuk jer!

Bersama dua awekz wartawan malajah LIBUR, sambil posing amik gambo kat salah satu ruang/dewan besar kat Gua Kelam 2 ni.

“ Untuk makluman semua, kerja mengali gua ni bemula dari bahagian atas tu ya”, tegas Abang Ron pada semua setelah kumpulan kitorang bersatu dengan kumpulan pertama tadi. “ Dari atas tu la mereka mengorek, mengali hingga ke bawah dan tebentuk la ruang yang luas ni. Kat sini la mereka tinggal, tidur, berehat dan makan. Mereka tidak keluar bebulan-bulan lamanya untuk melombong. Ada gak yang mati dan ditanam di dalam gua ni”, sambung Abang Ron lagi mengenai kisah Gua Kelam 2. "Alamak! Ada orang mati di tanam dalam gua ni Abang Ron?" Yeah!

Kesan-kesan kerja mengali masih jelas kelihatan temasuk beberapa peralatan yang digunakan seperti batang kayu jati ni. Ia telah berada di dalam gua ni sejak gua ni ditutup. “ Kayu-kayu ni digunakan sebagai jembatan penghubung antara tebing belah sana dengan tebing belah sini”, tegas pemandu kitorang dari pihak pengurusan Gua Kelam 2.” Tu yang putih-putih melepak seperti kapas kat kayu jati ni adalah sejenis cendawan. Ia dikenali sebagai Cendawan Bulu Arnab. Kalo sahabat semua nak tengok, rasa,pegang atau makan cendawan ni, datang sendiri ke Gua Kelam 2 ya. Gua tinjau-tinjau gak kalo ada kelawar dalam gua ni. Tak adapun.

Bersama sahabat-sahabat media begambo kat satu bentukan yang menarik kat dalam gua ni. Buatnye masa kitorang tesengeh-sengeh amik gambo ni, tetiba tanah kat kepala kitorang tu runtuh. HEH!

Satu imej yang gua suka. Gelap, hitam, jahat dan misteri. Masa ni jalan-jalan sambil ninjau-ninjau dalam lubang-lubang kalo tejumpe dengan Gorgoroth, Mayhem, Cradle Of Filth, Dimmu Borgir, Marduk, Emperor, Borknagar, Enslaved, Venom, Absu, Hecate Enthroned, Dark Throne, Burzum, Bathory, Behemoth, Hellhammer, Mercyful Fate, Immortal, Dissestion, Satyricon, Sigh, Ulver, Leviathan, Xasthur, Deathspell Omega dan band pioner black/death tersohor dari Perlis, BLACK FIRE! HEH!

Ada banyak lampu dan bebagai warna dalam gua ni sebagai penerang dan menghilangkan perasaan takut dan sebagainya. “Best gak begambo kat sinaran lampu hijau ni. Mesti cool”, tegas gua. Banyak band Black Metal masuk gua dan amik gambo. Sekarang gua dalam gua, apa lagi, amik gambo la! Ini untuk cover album Old Skool Black Metal gua nanti. HEH!

Yang ni plak untuk projek one man band, cover album Death Metal gua yang tak mungkin diterbitkan. Perasan jer la! Kalo ada obor lagi ganas ni! GRAHHH! WHOARGHHHHH!

Yang ni tak tau nak gunakan untuk album metal yang mana. Gua suka dengan bayang yang tebentuk cantik tu. Jelas kelihatan ‘raksaksa’ dalam diri gua melekat kat dinding tembok tu. Gua sukeeeee! Gua sukeeee! Encik Meor ( wartawan majalah LIBUR ) yang amikkan gambo ni. Terima kasih Meor.

Ini benar-benar satu pengalaman hebat! Gua teruja bila berpeluang merasai pengalaman ni dan bersyukur kerana selamat keluar. Dapat melihat awan biru, sinaran mentari, menghirup udara segar di Banjaran Nakawan, melihat monyet-monyet…. Alhamdulillah. Tanah tak runtuh, pintu gua tak tertutup, tak ada makhluk buruk menculik kitorang, tak jumpepun pengikut Black Metal mengadakan ritual kuno dalam gua dan tak ada gas beracun! Semua selamat. HEH! Seblum balik, amik gambo dengan semua ahli rombongan dulu. YEAHOOOO!

“ Gua ni adalah sebahagian dari bentuk muka bumi batu kapur di sepanjang Banjaran Nakawan di Taman Negara Perlis yang dianggarkan telah berusia lebih 500 juta tahun. ( 500 juta bukan 500 tahun! )Ia juga dikenali sebagai Formasi Batu Kapur”, terang Abang Ron yang turut mempromosikan Gua Wan
g Burma dan Gunung Perlis sebagai produk pelancongan bercirikan alam dan cabaran di Perlis.

Kejutan dan kejutan gua rasai pada hari pertama berada di bumi Perlis. Mula-mula ke Taman Rimba Herba, kemudian makan anggur, pas tu makan mangga Harumanis, makan ikan keli bakar ( HEH! ) dan petang ni masuk ke dalam gua plak! HUH! Benar-benar pengalaman hebat yang tidak disangka-sangka. Ini la antara kelebihan yang ada kat negeri Perlis yang tidak ada di negeri lain.

Lepas habih melawat Gua Kelam 2, kitorang trus dibawak ke tempat makan malam. Ni kat restoran tepi laut pada masa WASTED SUNSETS tempat kitorang makan malam tu. Ah, syahdunya!

Lepas ni apa plak? Sila ikuti bahagian ke tiga kalo nak tahu. Tupun tengok la masa gua bila nak update. Kalo rajin dan ada kesempatan, cepat la. Kalo tak, bejanggut la korang nunggu. HEH! Tamat bahagian ke dua lawatan gua ke negeri Perlis Indera Kayangan.

Tuesday, June 16, 2009

TAMAN RIMBA HERBA

SAHABAT ZOOM! MALAYSIA
BAHAGIAN PERTAMA DARI EMPAT BAHAGIAN
23 JAMADILAKHIR 1430 H - 17 JUN 2009

“Sapa nak ikut rombongan SAHABAT ZOOM! MALAYSIA bersama LIBUR dan Tourism Malaysia ke Perlis? “Ujar editor majalah LIBUR, saudara Azli pada gua. Tanpa banyak songeh gua angkat tangan dan tesengeh menjawap, “ Gua nak! Gua nakkkkkk!”. Untuk kali pertama gua sampai ke salah sebuah negeri kat Semenanjung Tanah Melayu yang belum lagi gua sampai selama ni - PERLIS INDERA KAYANGAN. Tawaran ini menjadikan impian gua terlaksana akhirnya dengan mengikuti rombongan ni bemula dari 19 – 22 Jamadilawal 1430H ( 14 – 17 Mei 2008 ). Tinggal satu negeri yang gua tak pergi/sampai lagi. Tak apa, ada rezeki nanti sampai la. Program ni adalah anjuran majalah LIBUR bersama Tourism Malaysia yang turut disertai wakil dari Tourism Malaysia, beberapa pembaca LIBUR yang terpilih dan wakil media cetak dan elektronik. Tujuan utama program ni dianjurkan adalah untuk mempromosikan negeri Perlis dan produk-produk pelancongan yang ada di negeri paling utara di Semenanjung Tanah Melayu ni. Apa yang menarik kat Perlis? Gua yang kali pertama sampai nak tau sangat.

Rombongan kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 11.30 malam dengan kenderaan ekslusif bas dua tingkat Suasana Edaran yang hebat kemudahan di dalamnya untuk keselesaan penumpang di sepanjanag pejalanan. WHOA! Kali petama gua naik bas double decker ni! Ada lima canel video, boleh main video game, kerusi yang pandai mengurut tulang belakang, boleh layan radio Klasik Nasional dan entah apo ko bondo eh laie. Gua tak abis peksa dan gunakan semua kemudahan pasal leka layan movie. Lama tak naik bas la katakan. Sekali dapat naik bas, canggih plak, tak tau nak buat apa. Hujan renyai-renyai dalam perjalanan yang jauh ke utara. Hey, Perlis! Gua datang dengan kenderaan yang hebat seperti Tyranosaurus Rex mengaum membelah lebuhraya!

Perjalanan memang jauh ya amat tapi tak terasa jauh bila menaiki Tyranosaurus Rex yang hebat ni. Boleh tidur dengan lena. Pagi sebelum subuh, singgah minum kat Hentian Gurun. Rasa cam sahur plak. Kitorang tak trus dibawa ke penginapan tapi dibawa ke lokasi pertama untuk dilawati di negeri Perlis Indera Kayangan ni iaitu Rimba Herba Perlis yang teletak kat Sungai Batu pahat. Bukan Batu Pahat kat Johor aaa… akhirnya sampai gak gua ke negeri Perlis buat kali pertamanya. Alhamdulillah. Kelihatan krew rancanagan Panorama RTM 1 sedang sibuk membuat persiapan untuk rakaman lawatan kami ni.

Saudara Saupi dari POTO Travel & Tours ( kiri sekali ) yang membawa rombongan kitorang ke negeri Perlis mempekenalkan Abang Ron ( yang tesengeh dua dari kanan tu ) sebagai pemandu pelancong kitorang selama tiga hari kitorang berada di negeri Perlis ni. “ Siapa pakcik ni. Apa lebihnye beliau?” ujar gua pada diri sendiri. Dua dari kiri adalah encik Lobo, Pegawai Pelancongan dari Tourism Malaysia Perlis yang turut mengiringi rombongan kitorang.

Seblum dibawa melawat, sempat begambo dulu. Heh, biasak la! Mana tau kalo sesat, peta ni sebagai ikhtiar hidup. Itupun kalo memori kuat. Kalo lemah, kawan dengan ungka tangan putih la nampaknye. Takpun sesat sampai ke negeri Tony Jaa. Tak pasal-pasal kena tomoi!

Abang Ron mula menjalankan tugas beliau dengan mempekenalkan tumbuhan herba yang sangat popular iaitu Tongkat Ali. Beliau memberi penerangan mengenai ciri, sifat dan keistimewaan Tongkat Ali. Ada banyak maklumat mengenai kehebatan Tongkat Ali yang tidak diketahui dan masih dalam penyelidikan didedahkan oleh Abang Ron. Begitu juga dengan tumbuhan herba yang lain. Sebagai hardcore herba, kita patut tahu sket itu ini. Baru bekesan herba yang ditelan! Gua mula teruja dengan ilmu Abang Ron. “ Huh! Hebat pakcik ni!”.

Kebanyakan kita ( lelaki terutamanya ) hanya tahu Tongkat Ali adalah herba untuk kehebatan tenaga batin. Menurut Abang Ron, dari kajian dan penyelidikan, beliau tidak jumpa akan keistimewaan itu pada Tongkat Ali. Tak tau dari mana datangnye ‘kelebihan’ tu, Tongkat Ali trus glamer tak ingat sebagai kandungan pelaris minuman kopi penguat tenaga batin untuk lelaki! Cara mudah untuk melariskan kopi 6 dalam 1, campurkan saja akar Tongkat Ali, ginseng dan Misai Kucing… KABOOOM! kopi pasti laku! Abang Ron begitu merendah diri memberi penerangan. Tua-tua berisi. Macam padi pulut! HEH!

Dari mula masuk, gua nampak macam-macam tumbuhan herba yang tak penah dilihat dan diketahui namanya sebelum ni. Pelik-pelik. Yang lawakpun ada seperti tumbuhan herba Lebai Samat ni! Harhar! WHOA! Gua teruja melihatnya. Syabas Pak Lebai! Syabas! Nama Pak Lebai Samat diabadikan sebagai nama salah satu herba hebat penambah tenaga batin tanahair! Siapakah Lebai Samat ni. Beliau berasal dari mana. Adakah beliau yang menjumpai dan menamakan tumbuhan ni sendiri dengan nama beliau? Hebat!

Kat Rimba Herba ni korang boleh jumpa segala macam tumbuhan herba selain dari halia, serai, kunyit, lengkuas, peria, pegaga, terung dan lain-lain yang biasa kita jumpa. Semuanya boleh dipegang, dirasa dan dibau sekiranya berhajat. Tapi sebaiknya tanye dulu petugas taman sebelum memegang apatah lagi kalo nak memakan. Inilah antara kelebihan dan kehebatan Rimba Herba yang tak ada di tempat lain selain dari sekeliling atau belakang rumah mak bapak kita kat kampung. Korang penah tengok dan dengar ker nama tumbuhan herba Susu Nabi? Ni dia tumbuhan herba Susu Nabi dan kegunaannya dalam perubatan tradisional. Kenapa dinamakan begini? Sila buat kajian sket dan bagi tau kat gua aaa… tq.

Yang ni satu lagi tumbuhan herba yang pernah menjadi kontroversi dan boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara! Apa lagi kalo bukan Pokok Ketum! Bekunjung ke sini, gua dapat melihat, memegang daunnya, mencium dan mengenali Pokok Ketum. Ini adalah anak Pokok Ketum. Pokoknye besar lagi. Abang Ron menerangkan kegunaan sebenar Daun Ketum. Ia digunakan orang tua dulu-dulu seperti minuman teh dengan merendam sehelai daun ketum yang telah dikeringkan kat bawah lipatan kain baju atau di bawah buku. Ia adalah tonik herba kuat untuk menghilangkan penat, lenguh-lenguh badan dan untuk kuat bekerja. Bukan untuk khayal atau mabuk seperti yang disalahgunakan pada hari ini! Kalo nak tengok Pokok Ketum yang agak besar, sila datang ke Rimba Herba dan betanya pada petugas yang mana Pokok Ketum pasal penanda pokok ni telah ditanggalkan untuk mengelakkan daun-daunnya dirembat oleh penagih-penagihnye!

Pokok Juang Pasir. Herba untuk tenaga batin! Pokok herba ni mungkin jarang didengar dan mungkin tak penah dengarpun selama ni akan kehebatannya pasal Tongkat Ali lebih dominant. Kesian pokok ni ya. Nama dah hebat dah!

Tongkat Ali lagi. Tengok kegunaannya… Melancarkan Perjalanan Darah. Tidak seperti pokok Juang Pasir yang terang-terang dinyatakan kegunaannya sebagai penguat tenaga batin. Akar Tongkat Ali yang digunakan dalam minuman kopi 6 dalam 1 tu adalah untuk melancarkan pejalanan darah. Bila perjalanan darah okey, badan kita sihat, semua sistem akan berfungsi dengan baik! Itu la kehebatan sebenar akar Tongkat Ali! Tak setuju? Lantak korang la!

Lupa nak bagi tau pasal Taman Rimba Herba ni. Dari penerangan ringkas masa mula-mula tadi, Taman Rimba Herba ni telah dibuka sejak tahun 1998 dan ditubuhkan atas usaha Pejabat Perhutanan Negeri Perlis di atas tanah seluas 12 hektar. Sekarang ni Taman Rimba Herba mempunyai lebih 765 spesis tumbuhan herba yang bertujuan untuk perubatan tradisional dan sebagai tempat untuk orang ramai kunjungi. Taman ini adalah tempat yang paling sesuai untuk mempelajari, mengenali dan memahami akan kegunaan dan nilai sebenar tumbuhan-tumbuhan herba yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Dengan adanya taman ni, tumbuhan herba Ubi Jaga yang juga diketahui kehebatannya untuk tenaga batin terpelihara di sini! Seperti Tongkat Ali, Ubi Jaga gak menjadi salah satu bahan pelaris penting dalam kopi 6 dalam 1.

Selain itu, antara lain tujuan taman ini ditubuhkan adalah untuk menjaga dan memelihara tumbuhan herba negara! Satu usaha yang sangat baik. Kat sini sapa yang nak tengok dan kenal tumbuhan herba Kacip Fatimah, Cekor, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan segala macam lagi temasuk tanaman yang biasa tedapat disekeliling rumah kita seperti Bunga Raya, Bunga Taik Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Ubi Kayu, Kesom, Pinang, Pisang, Pandan dan Keladi boleh didapati kat sini. Seperti pokok Pandan Bukit ni yang diketahui kehebatannya untuk meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan tenaga batin beb! HEH! Semua tumbuhan ni ditanam, dijaga dan dipamerkan kat taman ni untuk dinikmati bersama.

Salah satu bentuk laluan yang disediakan kat taman ni. Gua pun trus main teng teng! HEH! Selain tumbuhan herba, banyak gak tumbuhan dan pokok hutan yang besar-besar kat sini. Taman Rimba Herba ni betul-betul besempadan dengan negeri Tony Jaa. Ada gak tumbuhan herba kat sini yang diambil/ekspot dari negeri Tony Jaa dan Myanmar temasuk dengan beruk, monyet yang banyak besengayut memerhatikan kitorang sambil mencari sarapan pagi. Kitorang sampai seawal 7.45 pagi kat Taman Rimba Herba ni. Masa beruk dan monyek cari makan. Sori la encik monyet.

Nervilia Discolor atau Sehelai Setahun Baldu, ini la nama yang diberi pada tumbuhan herba ni. Haha! Guapun gelak den tesengeh kali petama melihat dan mengehatui nama beliau. Kalo tanam tumbuhan ni, azab la menunggu beliau mengeluarkan daun. Setahun hanya kuar sehelai jer daun! Betul tak tipu. Itu yang dibagi tau Abang Ron. Pasal tu nama beliau Sehelai Setahun Baldu. Daunnye cam baldu. Betambah tesengeh bila melihat kehebatan beliau. Tak nak mengalah gak rupanya. Nampak tumbuhan yang lemah tapi tu dia…Menambah Tenaga Kaum Lelaki! Jangan tak caye. HEH! Hebat!

Sapa nak tau ni la Pokok Bemban. Kegunaan atau manfaatnya pada kita sebagai penyembuh sakit telinga. Bila ditanya pada Abang Ron bahagian manakah yang paling berkhasiat/baik dan perlu diambil untuk dibuat ubat. Akarnye ke, batangnye ke, daunnye ke…? Semua bahagian pada tumbuhan herba boleh dimanfaatkan sebagai ubat. Inipun memerlukan ilmu untuk mendapatkan hasil yang baik, bekesan dan yang dikehendaki. Tak bleh main belasah ikut kepala lutut jer!

Penah tengok pokok nenas ni? Nenas apa la pelik sangat ni? Telindung la plak nama beliau. Nenas Batu kot. Ni gak salah satu tumbuhan herba yang terdapat kat Taman Rimba Herba. Semua yang ada kat sini ada manfaatnya dalam penyediaan ubat tradisional.

Apa ke nama tumbuhan herba ni. Lupa la plak. Yang pasti bukan untuk tenaga batin. Gua teruja tengok bunganye yang mencelah cantik. Tu yang berebut amik gambo dengan member/ kenalan sahabat media yang lain.

Ni satu lagi tumbuhan herba yang mempunyai nama yang pelik. Cam tak ada nama lain, Tenggong Anjing. Tapi kegunaannya untuk tenaga batin beb! Apasal la bagi nama pelik-pelik. Dah tu nama anjing plak. Gua tengok betul-betul bentuk, rupa dan sifat tumbuhan ni, tak adapun rupa anjing betinggong. Entah la. Mungkin masa orang yang mula-mula jumpa tumbuhan ni dulu, anjing baiekkk dok betinggong kat tumbuhan ni agaknye. Tak nak sakit otak mikirkan apa nama nak dibagi, bagi la nama Anjing Betinggong. Ini la keunikan nama herba-herba negara kita.

Sifat Parang Patah ada persamaaan sket dengan Pandan Bukit dan Anjing Tenggong Kegunaan/kehebatannnyapun sama, tenaga batin! Harhar! Yang tadi Anjing Betinggong, yang ni plak Parang Patah. Apa cerita disebalik nama tumbuhan ni agaknye ya. Takkan masa nak memotong daun tumbuhan ni parang boleh patah! Mungkin betul parang boleh patang kerana kehebatannya sebagai penguat tenaga batin! Harharhar!

Jalan punyer jalan kat Taman Rimba Herba ni, gua tenampak juntaian akar-akar dari pokok-pokok yang tedapat di kiri kanan laluan. Apa lagi, kehebatan masa sengayut ala tarzan masa mandi sungai kat kampung dulu perlu digunakan semula. Ini peluang baik untuk mengulangi zaman kehebatan dulu. Gua memberikan kamera pada kawan dan trus sengayut dan menikmati buaiannya sambil dirakamkan. Melakukan sesuatu yang orang lain nak buat tapi mereka tak mampu nak buat seperti sengayut AOOOO….OOOO… ala tarzen Malaya ni adalah kegemaran gua! Yeahoooo… bestnye! Harharhar! Sila lakukan aksi ni tanpa mempedulikan risikonye. Janji enjoy! YEAHOOOOO!

Cis! Jangan sekali-kali kita derhaka pada kedua ibubapa kita apatah lagi pada mertua kita! Dosa besar! Kerana ada menantu yang derhaka pada mertua, kena sumpah jadi tumbuhan ni. Maka tumbuhan ni dinamakan Derhaka Mertua. Agaknye la. HEH! Kan gua da kata tadi, ada macam-macam nama tumbuhan herba yang pelik-pelik kat Taman Rimba Herba ni. Selain dapat maklumat, ia gak menghiburkan. Harharhar! Lebih menarik bila melihat kehebatannya. Bukan untuk tenaga batin aaa… tapi untuk perancang keluarga. Elok tanam dalam pasu kat rumah!

Lagi satu tumbuhan penguat tenaga batin yang dikenali sebagai Payung Fatimah. Kalo Kacip Fatimah untuk orang pompuan, tumbuhan ni untuk orang lelaki kot! Entah la. Yang penting kegunaan tumbuhan ni untuk tenaga batin! Gua memang sengaja amik gambo tumbuhan-tumbuhan khusus untuk tenaga batin ni. Bukan apa, nak kongsi maklumat dengan semua bahawa negara kita mempunyai banyak tumbuhan herba untuk segala jenis penyakit. Bukan hanya ada tumbuhan herba untuk tenaga batin kat Taman Rimba Herba ni tapi ada lebih 765 tumbuhan herba kat sini dengan bemacam kebaikan dan manfaat. Ini hanya sebahagian kecik yang sempat gua amik. Datang tengok sendiri kalo nak tau!

Sampai di penghujung laluan kat Taman Rimba Herba ni disediakan sebuah Teratak Rawatan Rendaman Minyak Herba untuk dicuba. Biasa rendam dalam air, yang ni dalam minyak. Mesti lain/lebih kesan kebaikannya. Nak gak merendam kaki yang lenguh bejalan, tapi dah tak cukup masa. ARGHHH!

Tak perasan tumbuhan kat tepi tangga tu adalah tumbuhan herba untuk tenaga batin! Abang Ron bagi tau gua lepas amik gambo. “ Tengok pokok tu Gayour! “ kata Abang Ron sambil menunjuk ke arah tumbuhan ni. Haiii… banyaknye herba tenaga batin kat sini rupenye. Tengok nama beliau… Teruna Semalam. Harhar! Tu dia nama! Sifat daunnye seperti tumbuhan hiasan jenis menumpang. Ada yang panggil Sarang Burung dan Sarang Pontianak. Yang ni Teruna Semalam kalo nak tau. HEH!

Destinasi pertama kat negeri Perlis Indera Kayangan yang menarik. Menarik pasal dapat maklumat ilmu pengetahuan pasal herba. Dapat tengok, pegang, bau dan rasa. Yeah, ada sejenis herba yang Abang Ron bagi kitorang rasa/makan mentah yang rasanya pahit ya amat! Lebih pahit dari akar Tongkat Ali atau bijik buah langsat. EEEEE… Tuihtuihtuihhh!
Seblum betolak pegi ke tempat lawatan setrusnya, kitorang dihidangkan dengan minuman air Misai Kucing yang meyegarkan kepala hotak! Lepas minum, gua diinterview untuk rancangan Panorama mengenai Taman Rimba Herba ni. Team Panorama yang menyertai rombongan ni menjalankan rakaman disepanjang lawatan kitorang kat sini. Masa lepak menghirup keenakan air Misai Kucing, gua besembang secara ilmiah ( HEH! ) dengan Abang Ron mengenai herba.

“ Bagaimankah caranya untuk kita menyukat atau mengambil banyaknya air rebusan akar herba ( segala jenis ) yang kita buat sendiri agar tidak telebih atau terkurang. Begitu gak dengan kekerapannya. Berapa kali sehari perlu diambil/minum. Sekiranya kita tersalah/telebih sukat dan ambil, ia pastinya tidak mendatangkan kebaikan atau memberi manfaat. Bagimana ya Abang Ron?”.

Abang Ron tesenyum dan berkata, “ itula kelemahan di bahagian penyelidikan kita. Banyak kerja yang perlu dilakukan mengenai perkara ni untuk menggalakan orang menyukai produk bersumberkan herba dan ia benar-benar memberi manfaat pada kita. Bukan saja sukatan yang betul dan tepat itu sangat penting, tapi kajian dan penyelidikan yang lebih lagi perlu dilakukan untuk mengenal pasti kegunaan sebenar tumbuhan herba sebagai makanan kesihatan atau sebagai ubat".
Gua terus menghormati keperibadian dan kehebatan ilmu Abang Ron.


Pengalaman hebat dan menarik kat Taman Rimba Herba. Kalo orang tanye,“ apa yang menarik kat Perlis?”. Pergi la melawat ke Taman Rimba Herba. Korang akan dapat ilmu dan maklumat berguna sebagai penguna tegar herba.

Tamat bahagian pertama lawatan gua kat Taman Rimba Herba. InsyAllah, gua akan cerita plak distinasi seterusnya yang tak kurang menarik kat negeri Perlis Indera Kayangan di kesempatan yang lain.