Thursday, August 13, 2009

IPCC

IPCC DIGITAL INTERACTIVE COMIC COMPETITION 2009

28 SYAABAN 1430 HIJRAH – 19 OGOS 2009


Gua deh dengar pasal peraduan ni sejak dimulakan pada tahun 2006. Ramai yang telah masuk mencuba nasib dan ramai yang bejaya walau ada yang menang tu tak sepatutnye menang. Itu yang gua dengar. Entah la. gua buat tak tau jer pasal peraduan ni walau ia satu peluang baik/ besar untuk menjadi lebih berjaya ( sekiranya benar-benar berusaha bersungguh! ). Tahun ni, encik Aguri ( wartawan majalah G3 ) berkata/bertanya pada gua,” Brader Gayour, apa kata kita join masuk peraduan digital komik MeDEC kali ni?”. Gua mengerut seluruh muka dan kembang lobang idung mendengarnya. “ Biar betul ni Aguri?”. “ Betul la!”. Gua memang tak pernah memikirkan perkara ni kerana banyak sangat pekara yang tak baik dilakukan oleh pemenang parduan selama ni. Mereka menjadi perosak yang jahanam! Mereka menjadi sangat tidak jujur dan bertanggungjawap! Entah la…


Bila kembali tenang, gua boleh befikir dengan baik sebelum membuat keputusan. “ Kenapa gua tak ambil peluang ni. Kenapa nak bagi atau biarkan telepas pada orang lain?”. Dah tiba masanya untuk gua meyertai peraduan ni! “Okey, Aguri! Kita jadi satu team sekarang untuk bersaing dengan yang lain demi kemajuan industri komik dan kartun tanahair!" InsyAllah, kita akan berjaya!


Ini satu pengalaman hebat. Seblum ni gua tak pernah bekerjasama dengan mana-mana penulis dalam menghasilkan satu-satu karya. Sekarang Aguri menjadi ketua pasukan dan penulis cerita. Gua plak sebagai pencipta karekter dan pelukis. Inilah budaya kerja profesional yang diamalkan sekian lama di negara barat dan Jepun. Cara kerja berpasukan begini yang akan kitorang lakukan. Pasukan profesional kitorang dikenali sebagai ILHAM STUDIO. Aguri yang pilih dan cadangkan nama ni.

Setelah bebincang mengenai karekter, guapun trus melakar karekter yang kami inginkan. Sungguh seronok mencipta karekter baru ni. Mencabar tapi seronok! Mula-mula gua tak tau apa nak dibuat. Bekerut dahi. Rasa seperti mula melukis dulu. Keliru dan tak tau apa nak dilukis. Sungguh seronok perasaan itu! Keliru!

Setelah bersetuju dan berpuas hati dengan karekter–karekter yang gua cipta, guapun trus melukis dan menyiapkan beberapa lukisan sebagai bahan utama untuk dihantar ke pihak penganjur. Kan ni peraduan, kena la buat dan hantar penyertaan. Tak tahu berapa ramai/banyak pasukan yang menyertai peraduan pada tahun ni. Tak kisah la tu, lagi ramai lagi baik.


Ini satu tugasan seperti yang biasa gua buat. MELUKIS. Yang bebeza hanyalah perasaan semasa membuatnya kerana yang ni adalah untuk peraduan. Akhirnya setelah berakhir tarikh penyertaan, keputusan diumumkan dan alhamdulillah, ILHAM STUDIO berjaya bersama 20 pasukaan lagi ke peringkat akhir untuk pembentangan ( presentation ). Dari 20 pasukan yang berjaya ke akhir, hanya SEPULUH pasukan saja yang akan dipilih untuk mendapat hadiah utama sebanyak RM20.000 setiap pasukan untuk membuat dan menyiapkan projek komik yang dibentangkan pada 30 Julai 2009 yang lalu. Pembentangan ni sangat penting untuk mendapatkan hadiah peruntukan RM20.000.


Dengan sepenuh hati gua mencipta dan melukis komik terbaru untuk masuk IPCC Competition. Gua lebih suka kalo ia tidak dinamakan peraduan. Mungkin nama yang lain. Tapi kalo tak ada nama peraduan, tak semangat plak nak buat.

Ini adalah pasukan pertama yang membuat pembentangan. Apa ya nama kumpulan ni. Sayangnya. Kenapa pembentang tu tidak berkeyakinan masa membentang dan menjawap pertanyaan juri? Seperti tidak bersedia dan tak tau apa yang perlu diterangkan untuk menyakinkan juri dan semua yang hadir.


Pasukan kedua ni gak gagal dalam pengisian pembentangannya. Aguri kata diorang ni tak datang masa briefing yang diberi oleh pihak MDeC pada semua pemenang ke peringkat akhir seminggu seblum pembentangan pada hari ni. Patut la entah apa-apa ntah! Lagi sekali sayang sungguh.


Ini dia ILHAM STUDIO dengan penuh keyakinan bejalan keluar dengan semangat dan yakin berjaya sebagai kumpulan ketiga yang membuat pembentangan!

Aguri memulakan pembentangan dengan mempekenalkan ahli ILHAM STUDIO dan trus ke plot cerita dan yang berkaitan seringkas dan sepadat yang mungkin. Masa sepuluh minit beb! Masa ni gak la pihak juri akan bertanyakan itu ini dan perlu dijawap.

Aguri masih becerita mengenai apa yang kami buat dalam komik ciptaan kitorang. Lupa plak nak bagi tau pasal peraduan ni. Untuk makluman semua, tujuan paling utama peraduan ini dibuat oleh Multimedia Development Corporation ( MDeC ) ialah untuk mempopular/mempekenal/membawa karya-karya yang dihasilkan oleh karyawan Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan bajet yang disediakan pada setiap kategori. Dengan bajet tu la setiap kumpulan/karya mesti menyiapkan komik, animasi dan games dalam masa yang diberi oleh pihak MDeC.

Tiba giliran gua menambah pada bahagian karekter, pakaian, tempat dan masa kejadian. Termasuk nilai-nilai keMelayuan dan nusantara yang dimasukkan dalam komik ciptaan kitorang ni. Nilai-nilai Melayu, Malaysia, dan nusantara adalah keutamaan dalam peraduan ni. Juri asyik bertanyakan perkara ni.


Sambung lagi pasal peraduan ni. Antara lain, peraduan ni memberi peluang pada semua dan siapa saja untuk menyertainya pada setiap tahun. Peluang pada semua untuk mencipta, menghasil dan menerbitkan karya sendiri dengan bajet, sokongan dan bantuan yang disediakan oleh pihak MDeC. Tahun ni adalah kali yang keempat peraduan/pertandingan ni diadakan. Ada empat ketagori. Masuk la mana-mana yang korang nak. Pada yang kata "alaa.. guapun boleh buat!", dan selalu komen, kutuk, hina, keji, pelekeh dan kata yang bukan-bukan pada kartun, komik, animasi dan ape kebende lagi yang dihasilkan oleh karyawan BolehLand dan rasa beliau la yang best, terer dan tahu semua benda, ni la tempat untuk menguji ketereran korang. Tempat untuk menghasilkan karya buatan BolehLand yang boleh besaing dengan mangga dan barat! Jangan hanya tahu mengata kat belakang, buktikan melalui karya-karya hebat korang dalam pertandingan ni. Baru tahu korang kat mana, apa yang korang tahu, apa yang korang boleh buat. Banyak mana ILMU yang korang ada/tahu. Ini adalah peluang untuk berjaya ( dengan usaha tegar! ) dan memiliki peruntukan sebanyak RM20,000!

Lagi satu karekter utama yang gua cipta untuk komik kitorang ni. Ini adalah hero utama. Sangat seronok menciptanya. Sedikit cabaran untuk memasukkan nilai nusantara pada tiga karekter utama. Tak nak la terlalu kuat keMelayuannya kerana ini adalah untuk pasaran antarabangsa. Mencari dan memasukkan identiti Melayu itu yang mencabar. Tapi tak apa, semua dapat diatasi. Nilai-nilai atau identiti Melayu atau Malaysia merupakan keutamaan paling penting dalam penghasilan komik ini. Kalo nak senang, buat jer cerita zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan tanjak, baju Melayu, silat dan bersenjatakan keris. Tak ada keraguan pada pihak juri untuk mempertikaikannya. Itu terlalu mudah. Kami nak buat komik untuk pasaran antarabangsa! Fikirkan suatu yang kreatif tanpa meninggalkan nilai atau identiti Malaysia.


Setelah berakhirnya pembentangan ILHAM STUDIO, tiba plak giliran rakan sepejabat dan sedepartment ilustrasi kitorang iaitu encik Niezam yang turut bersaing dengan ILHAM STUDIO dalam peraduan ni dengan nama kumpulannya NAGASATRIA. Beliau dibantu oleh encik Faiz ( pewarna digital dept ilustrasi ). Pembentangan yang sungguh bergaya. Cuma juri yang mengarut entah apa-apa ntah!


Satu lagi kumpulan yang sama satu department dengan ILHAM STUDIO dan NAGASATRIA iaitu kumpulan LION HEART yang turut terpilih ke peringkat akhir membuat pembentangan seterusnya. Encik Faiz selaku ketua kumpulan kuar sorang-sorang membuat pembentangan dengan dibantu oleh encik Niezam. Tak tau yang mana antara kami akan berjaya. Mungkin semua atau dua atau satu saja yang berjaya.


Setelah LION HEART selesai membuat pembentangan, majlis berehat sebentar untuk pekena kopi O dan kuih muih yang disediakan. Makan dulu! Pas tu acara diteruskan dengan pembentangan dari kumpulan yang ke lima. Apa ntah nama kumpulan ni.


Pembentangan 20 pasukan ni bemula dari pagi hingga ke petang. Kira seharian la kat Dewan Cindai 111, Cyber View Resort kat Cyber Jaya ni. Selain dari pembentangan ketagori komik, ketagori animasi gak turut membuat pembentangan dalam peraduan ni di tempat yang sama tapi di dewan yang lain. Gua tak dapat menunggu hingga habis. Ada urusan lain. Aguri yang tunggu hingga habis dan pengumuman pemenang.


Tidak ada apa yang perlu dirisaukan Aguri. Gua seronok menyertai peraduan ni. Suara hati gua kuat sekali menyatakan, ILHAM STUDIO akan menang! Kawan-kawan kita juga akan menang. Malam tu, Aguri menghubungi gua dan berkata, “ brader Gayour, ILHAM STUDIO berjaya! NAGASATRIA juga berjaya. Tapi LION HEART gagal ke akhir!". Syukur Alhamdulillah. Bermula la cabaran untuk berjaya, mencipta temadun baru dan menguasai dunia! BERUSAHA!


Korang bleh ke pautan ni untuk mengetahui sembilan lagi pasukan yang berjaya dalam IPPC DIGITAL INTERACTIVE COMIC COMPETITION 2009.

Kalo nak tengok lakaran karekter dan papan cerita komik yang ILHAM STUDIO buat, sila ke GALERI GAYOUR.

Thursday, July 16, 2009

NIMBA IKAN!

SAHABAT ZOOM! MALAYSIA
BAHAGIAN KEEMPAT DARI EMPAT BAHAGIAN
20 SYAABAN 1430H - 11 OGOS 2009

Kemana pulak setelah melawat Taman Rimba Herba, Ladang Anggur, Ladang Mangga Harumanis dan Gua Kelam 2? Entah la… guapun hilang ingatan pasal lama sangat dah gua pergi ke negeri Perlis ni. ARGHHHH! Ke mana ya gua pergi? Ni la akibatnye pasal lama tak update blog. Ntah la. Yeahh! Ingat dah. Untuk aktiviti seterusnya…. Enjoy!

Habih jer kat Muzium Kota Kayang yang menyimpan beribu cerita, kisah dan barang-barang sejarah peninggalan istana dan penduduk ribuan tahun yang lalu, kitorang trus dibawak oleh Tyranosaurus Rex ke Homestay Kampung Paya Guring, Pauh untuk memenuhi aktiviti yang telah disusun. Kali pertama gua menyertai program ke homestay ni. Gua teruja sekali nak rasa pengalamanya. Ketibaan di sambut dengan paluan kompang oleh penduduk Kampung Paya Guring. Wah!

Selalu sangat dah gua dengar pasal homestay yang telah menjadi salah satu produk pelancongan yang tak pernah difikir selama ni. Apa yang best sangat? Ni peluang untuk gua mengetahui, merasai dan mengalami berada di homestay. Sampai jer, kitorang dijamu dengan minuman yang menyegarkan tekak yang kehausan dan kuih lepat pisng/tepung yang sungguh enak dimakan bila lapar! Satu sesi bekenalan yang ringkas diadakan oleh ketua projek homsetay dan penduduk kampong yang terlibat. Masa ni Pengarah Tourism Malaysia Perlis ( dua dari kiri tu ) turut hadir menyertai rombongan kitorang.

Sedikit penerangan mengenai projek homestay oleh Ketua Projek kepada semua media yang hadir kat kampung Paya Guring ni sebelum kitorang dibahagi-bahagikan kepada keluarga angkat memasing. Setiap keluarga akan menerima empat hingga ke lima orang anak angkat untuk dibawa pulang ke rumah memasing. Ini la konsep homestay. Kita akan bekenalan dan tinggal di rumah keluarga angkat selama berada di homestay. Bukan setakat tinggal, tapi akan melakukan aktiviti harian di kampong bersama. Inilah encik Yem, bapa/kelurga angkat gua dengan anak lelaki sulung di rumahnya. Bersama gua, tiga anggota rombongan iaitu Abang Ron, Lobo dan Alia ( wartawan LIBUR, belah kiri tu ) menjadi anak angkat encik Yem. Ni sedang lepak-lepak tunggu makan tengahari.

Menu makanan tengahari kitorang kat rumah kelurga angkat memang kampung sungguh! Ikan pekasam, keli goreng, kerabu bacang, rebung rebus, ulaman/herba, dan sambal belacan dengan nasi putih! PERGH! Makan plak kat dapur. Buka pintu dapur, bleh tengok pokok-pokok buah-buahan dan ayam menjenguk ke dalam. Dulu masa kat kampung, gua pernah merasai pengalaman ni. Ia seperti berulang semula kat Paya Guring. Habih makan pekena plak mangga dari kebun bapak angkat. Syukur Alhamdulillah.

Untuk aktiviti kedua dan seterusnya setelah aktiviti makan pada petang ni ialah menganyam daun kelapa untuk membungkus buah nangka atau cempedak kat dewan terbuka homestay kampong Paya Guring. Ni la rupa daun kepala yang akan digunakan untuk dianyam. Mungkin pada sesetengah orang ni bukan aktiviti yang bestpun. Tak ada ke aktiviti lain selain ngayam daun kelapa? Pada gua bukan daun kelapa tu yang jadi masalah tapi ILMU yang diperolehi walau hanya menganyam daun kelapa sebagai sarung buah nangka!


Ni dia rupa/cara daun kelapa dipotong untuk dibuat sarung buah nangka. Gua dah tak sabar nak menganyam dah masa ni!

Bapak angkat gua turut sama memberi tunjuk ajar cane nak menyusun daun dan menganyam pada mulanya. Pas tu tetiba beliau hilang ingatan cane nak buat. Tepaksa la gua yang baru belajar ni tunjuk beliau. Aduhh.. hancus! Karut sungguh! Memang karut. Sengaja gua reka cerita mengarut ni. Mana ada bapak angkat gua hilang ingatan. Harharhar! Masa ni semua anak-anak angkat bersama keluarga angkat memasing berada kat dewan dan bersama menganyam daun kelapa. Bising dan kecoh tak ingat masa ni!

Taraaaa! Nia dia anyaman daun kelapa gua yang dah siap! Jangan tak caye. Walau dibantu oleh bapak angkat, gua bejaya membuatnye sampai siap. Abang Ron dan Lobo tak join dalam aktiviti ni pasal bila-bila masa diorang boleh buat pasal diorang tinggal kat Perlis. Apa nak heran! Alia plak menganyam dengan mak angkat. Tak tau la jadi atau tak anyaman Alia. Nasib lu la Alia.

Sebagai bukti anyaman gua bejaya dan bleh pakai, sebijik buah cempedak digantung sebagai tempat test power. Yeah! Bejaya dan memang bleh digunakan sebagai pembalut buah nangka atau cempedak! Kalo nak jual cam anyaman ketupatpun bleh ni. Sapa nak beli? HEH! Kitorang dimaklumkan dengan membalut buah nangka/cempedak yang masih kecil dengan daun kelapa ni akan membuatkan buah membesar dengan lebih besar dan berada dalam keadaan baik. Tak dimakan ulat atau kelawar. Ini la ILMU yang gua maksudkan. Walau remeh tapi ia tetap ILMU yang mesti dihormati.

PANORAMA RTM turut membuat rakaman akitivi menganyam daun kelapa pembungkus buah nangka/cempedak ni.

Selain menganyam pembalut nangka, menganyam ketupat palas turut diadakan. Sapa nak anyam daun kelapa boleh, nak anyam daun palaspun boleh. Apa ada hal. Nipun dah boleh dijual kalo nak jual. HEH!

Jangan tak tau dan tak kenal. Ini la pisau getah! Aktiviti setrusnya kat kebun getah. Kitorang menorah getah petang ni. Biasa menorah belah pagi tapi kitorang belasah belah petang. HEH!

Masa kat kampung dulu gua memang tak tau noreh getah walau selalu ikut bapak gua ke kebun. Gua tak dibenarkan menoreh kerana gua ditugaskan menebas semak samun kat kebun. Pas tu tugasan gua adalah mengutip getah sekerap. Itu yang gua buat kat kebun getah. Memang gua tak tau noreh. Ni la peluang gua menoreh pokok getah tua yang hampir tak ada getah lagi. Tak kisah la, janji gua rasa gak noreh. Susah gak nak control mata pisau tu rupanya. Kalo telebih tekan, luka teruk pokok getah tu. Teringat masa gua nebas kebun getah dulu, gua jumpa banyak sekali pokok periuk kera. Cantik. Leka gua tengok pokok periuk kera tu. Pencinta alam sangat la kononnya belek satu-satu. Teropong apa yang ada dalamnya. Tapi pas tu tak ada lagi rasa belas. Tugasan gua mesti dijalankan. Cantik ke, cute ke… jahanamkan semua! Nyemak jer! Harfraginhar!

Ni satu lagi aktiviti yang biasa gua buat masa kat kampong dulu. Mengelek atau mesin getah keping. Haha! Seronok masa pijak-pijak getah tu walau pas tu habih gatal-gatal. ARGHHHH! Bukan senang nak cari rezeki halal.

Gua tak ingat dan hilang ingatan bila kali terakhir gua bekubang cari ikan. Gua betul-betul tak ingat. Satu lagi aktiviti kat homestay Kampung Paya Guring yang mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan selain mandi sungai iaitu aktiviti menimba ikan kat sawah. Ini adalah aktiviti yang SANGAT gua suka. Rasa nak nangis kerana tak sangka gua dapat merasai semual aktiviti bemain lumpur ni. Uuuu..uuuuuuu… “ Sapa nak cuba nimba?” Tanpa menyesal, gua trus merampas tali tin tu dan mula menimba. Dulu masa menimba tak guna tali cam ni. Tapi ni peluang untuk gua rasa. Jangan lepaskan peluang. Penat tapi hebat!

“Sapa nak masuk dulu cari ikan?” Ceh! Apa punye soalan! Memang gua nak masuk bemain lumpur cari ikan! Masuk jer gua trus tangkap ikan laga. HEH! Jangan gelak. Ikan laga yang gua nampak dulu, gua tangkap la.

Ini benar-benar seperti masa gua kanak-kanak kat kampung dulu, tiap hujung minggu cari ikan. Kena plak musim kemarau, hampir hari-hari nimba ikan dengan kengkawan kat sawah atau mana-mana ada lopak air. Seronok tul! Seronok kerana menangkap ikan menggunakan ketangkasan tangan! Walau membawa tangguk atau alatan menangkap ikan yang lain, guna tanggan lebih puas. Boleh raba, rasa dan kalo nasib malang kena sengat oleh sang keli! Tu yang nak rasa sangat tu. Kena plak anak ikan keli. PERGHH! Meleleh air mato den! Ceritapun tak guna. Tu dia tangkapan setrusnya, Sepat Benua atau Sepat Siam!

Penah kena sengat ikan keli? Masih ingat cane bisa ikan keli merayap masuk dari ibu jari naik ke lengan hingga ke bahu? Masih ingat bagaimana rasa denyutan luka sengatan dan panasnya darah yang mengalir? Itu semua kenangan yang tak mungkin dilupakan masa menimba cari ikan. Kita diajar bagaimana untuk memberi/membuat rawatan awal kecemasan bila disengat keli. Kita menjadi budak kampong yang bepengetahuan, berani dan yakin dalam tindakan. Kita saling bantu membantu kengkawan yang kemalangan semasa bersama melakukan aktiviti menimba ini. Balik dari menimba, singgah mandi sungai.membasuh segala lumpur yang melekat di seluruh tubuh. Ikan dibagi sama rata. Mana yang lebih kurang tu kira halal je la. Ia sangat seronok bila dikenang. Rasa nak nangis lagi sekali. Uuuu…uuuuuuu… Walau dah bepuluh tahun meninggalkan aktiviti nimba ni, gua masih boleh menangkap ikan keli tanpa disengat!

Tengok ni! Tengok ni! Jangan tak caya! Ikan keli beb! HEH! Dalam kolam/tali air kat sawah ni ada macam-macam ikan air tawar. Ada puyu. Tapi tak sorangpun yang dapat tangkap ikan puyu. Ada sepat, ada ikan laga, lampam, haruan dan entah apa ke nama ikan lagi. Lupa gua. Gua dapat tangkap sekor ikan keli! Yeahoooo! Rasa ikan keli merayap-rayap kat kaki dan tangan memang syok. Masa nak tangkap paling mengujakan. Pala otak asyik ingat, “ buatnye kena sengat…”. Dulu memang gua biasa kena sengat keli. Sakit ya amat! Tapi teruja punya pasal, berusaha gak nak tangkap. Tu yang syok!

Tak dapat nak teruskan bemain lumpur tangkap ikan pasal hujan plak masa sedang syok tu. Kalo ikutkan hujan lagi best. Tapi pasal ada aktiviti lain plak, tepaksa la gua tinggalkan ikan-ikan yang masih banyak blum ditangkap tu. Sayangne nak tinggalkan lopak lumpur dan ikan-ikan tu. Tak tau bila lagi gua dapat menikmati pengalaman hebat ni. Mungkin di suatu hari nanti di suatu tempat yang lain. Hanya Allah yang tahu. Bapak angkat bawak balik naik motor ke rumah dalam hujan untuk gua mandi bersihkan badan dan tukar pakaian yang habih belumpur seblum menyertai aktiviti ‘kawen olok-olok’ yang dilakonkan oleh dua orang peserta rombongan. Tu dia pengantin baru olok-olok kita.

Majlis diserikan oleh pesembahan pencak silat oleh pesilat kanak-kanak dengan iringan muzik gendang silat!

Pesilat dewasa turut mempersembahkan langkah dan pencak yang lebih tangkas dan lincah. Ini merupakan salah satu aktiviti dalam program homestay kat kampong Paya Guring. Bukan kat sini saja, kat homestay tempat lainpun kawen olok-olok memang selalu dibuat. Terutama pada pelancong/pelajar dari luar negara. Sapa sangka aktiviti menimba ikan dan adat perkawenan orang Melayu menjadi pengisian dalam produk pelancongan homestay yang diminati. Sapa penah terfikir perkara ni?


Sebahagian dari anggota rombongan Sahabat ZOOM! Begambar kenangan dengan pasangan pengantin baru sebelum mengakhiri program atau lawatana kitorang kat homestay Kampung Paya Guring ni. Mengah rasanya dengan aktiviti yang beterusan. HNSH! HNSHHH! Apapun aktiviti nimba ikan tadi paling gua suka.

Sebelum balik, kitorang dihidangkan dengan ketupat, rendang, wajik, pulut, bahulu dan beberapa lagi makanan yang dimasak beramai-ramai oleh penduduk yang telibat dalam program homestay kampung Paya Guring ni. Dah penat buat itu ini, memang selera makan. Masa makan-makan ni, gua sempat melukis karikatur beberapa orang kanak-kanak temasuk anak bongsu keluarga angkat gua. Lewat petang program kitorang berakhir setelah acara betukar-tukar hadiah dengan keluarga angkat memasing. Ini dia keluarga angkat gua bersama anak-anak angkatnye. HEH! Terima kasih atas layanan dan kebaikan semua pada kitorang. Moga keluarga angkat dan semua penduduk Paya Guring terus berjaya, diberkati dan dirahmati Allah. Terima kasih atas pengalaman hebat ni!

Untuk makluman semua, homestay kampong Paya Guring terketak kira-kira 35 minit perjalanan dari Bandar Kangar. Betul-betul tepi jalan besar. Kampong ini mempunyai 22 buah keluarga yang terlibat dalam program homestay dan sedia menerima kunjungan tetamu pada bila-bila masa. Kampong ini dikelilingi banyak pokok-pokok buah-buahan dan kawasan pertanian yang pasti menyeronokkan bila tiba musim buah. Masa kitorang kat sini hanya ada buah kelapa yang bebuah sepanjang tahun, buah betik, nangka yang blum masak dan mangga pauh yang separuh masak, sepauh blum. Buah durian plak masih blum masak. Tak kena time. Tak apa, ia tetap menyeronokkan.


Malam tu lepas balik dari homestay dan lepas dinner, keluarga angkat gua datang melawat kat rumah tumpangan dengan dua kotak besar buah manga yang dipetik petang tadi dari kebun beliau. WHOA! Banyaknye. Sembang-sembang dengan keluarga angkat hingga tengah malam. Terima kasih. Malam terakhir kat negeri Perlis. Esoknya lepas sarapan pagi, trus check out dari rumah tumpangan dan trus ke distinasi terakhir kirorang kat negeri Perlis iaitu ladang Tebu Chuping. Seperti biasa, Abang Ron memberi penerangan serba ringkas mengenai ladang tebu ni. Abang Ron penah keje kat ladang ni masa zaman purba dulu. Patut la terer pasal ladang tebu ni.

Blum musim menuai lagi masa kitorang kat sini. Ada anak-anak tebu yang masih baru ditanam. Saujana mata memandang kehijauan ladang terhampar hijau seluas 22,000 hektar ni. PHEW! Ia berakhir sebagai sempadan dengan negeri Tony Jaa. Luas tul. Ini satu lagi produk pelancongan yang menarik kat Perlis. Ladang tebu Chuping yang membekalkan tebu dan betukar menjadi gula untuk kita rakyat BolehLand menikmati teh O ais dengan nikmatnye.

Bersama wartawan akhbar Sinar Harian, encik Nurul Riduan yang meminjam rambut gua untuk begambar. Ingatkan beliau seorang awek, rupenya jantan! Ah, lantak la!

Satu laluan untuk trektor, lori dan beskal kat ladang ni. Musim menuai tebu-tebu ni untuk dibuat gula adalah pada bulan Disember dan Jun. Dua kali setahun. Semua warna hijau ni akan bertukar menjadi kekuningan atau keperangan. Tu nak kena tuai la tu. Masa ni la kalo nak tengok macam mana tebu dituai. Kameraman kata, “okey semua lompat!”

Tapi encik kameraman tak puas hati dengan lompatan kitorang yang tak bersungguh. “ Oii! Lompat sekali lagi. Bersungguh sket aa... Lagi tinggi sampai ke awan lagi baik! ” tegas encik kameraman. Menurut Abang Ron, pemandangan kat ladang ni sangat indah pada masa-masa tertentu. Pada orang yang suka amik gambo, ada tiga waktu/masa untuk mengambil gambo yang cantik kat ladang ni. Pertama selepas hujan. Kedua pada waktu petang dan ketiga… gua lupa la plak! ARGHHH! Korang cari la sendiri. Okey, lompat!

Distinasi terakhir kitorang ialah kat Padang BesaQ. Apa lagi kalo tak beli itu dan ini sebagai buah tangan. Terima kasih negeri Perlis dan segala keindahan yang ada di dalamnya. Semua adalah ciptaan tuhan yang tiada tandingannya untuk kita nikmati, hayati, mengambil manfaat, bersyukur dan berfikir akan segala ciptaanNya. Sila bekunjung ke negeri Perlis untuk merasai sendiri pengalaman yang telah gua lalui.

Terima kasih pada Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Perlis, LIBUR, POTO Travel & Tours, Abang Ron dan semua rakan media yang menjayakan program Sahabat ZOOM! ke Perlis ni.

Sapa yang nak rasa pengalaman menimba ikan kat Homestay Kampung Paya Guring, boleh hubungi; 019 548 8519

Pada kengkawan yang nak melawat Perlis dan perlukan tour guide yang benar-benar berpengetahuan luas pasal negeri perlis dan bepengalaman, gua sangat mencadangkan korang hubungi Abang Ron. Pasti teruja! Gitu gak pada yang nak rasa aktiviti adventure seperti merangkak masuk gua atau kayuh beskal sampai tejelir lidah masuk ke Thailand, boleh hubungi Ronn’s Adventures melalui; 04 977 7578 atau 019 445 6578


Tuesday, July 14, 2009

KOTA ISTANA KAYANG

SAHABAT ZOOM! MALAYSIA
BAHAGIAN KETIGA DARI EMPAT BAHAGIAN
21 REJAB 1430H – 14 JULAI 2009

Ke mana tujuan di hari kedua kat negeri Perlis ni? Hah! Hari ni kitorang dibawak melawat ke Muzium Kota Kayang. Pernah dengar muzium ni? Muzium penah dengar tapi Muzium Kota Kayang ni la kali petama dengar. Sama cam gua! Harhar! Kita serupa. Memang kebanyakan kita tak selera nak melawat muzium ni. Apa ada kat muzium… keris, lembing, nyiru, gobek sireh, pinggan mangkuk zaman purba yang tak rupa pinggan, manik, pakaian, tikar mengkuang dan entah apa bende lagi yang dah cemuih kita tengok. Pasal tu tak minat nak pegi ke muzium kecuali ada pameran hantu setan gondol! Penuh sesak muzium! Pelik tul minat orang kita ni ya. Entah la.

Ni la dia rupa binaan bangunan Muzium Kota Kayang untuk makuman semua. Pada asalnya dulu tapak bangunan ini merupakan tapak kota istana tempat bersemanyam keluarga diRaja Kedah-Perlis sejak dari tahun 1651 zaman purba dahulu. Kota Istana tu dah lama runtuh dan pupus. Tempat ni menjadi pusat pemerintahan Sultan Kedah yang ke-15 iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah.

Kenapa plak Sultan Kedah, bukan Raja Perlis yang bersemanyam di Istana Kota ni dulu? Itu korang kena buka buku sejarah kalo nak tahu. Cari, baca dan korang akan tahu kenapa. HEH! Tak kan nak senang jer. Susah la sket! Lagi satu kenapa Perlis menggunakan gelaran ‘raja’ tidak ‘sultan’. Kenapa ye? Ayuh, cari! Cariii! Ni gua belagak kat pintu masuk ke muzium sebagai bukti gua penah sampai ke sini.

Muzium Kota Kayang ni terletak di tempat yang sangat strategi iaitu di lekuk/ bawah/ /pinggir dataran bukit dan berhampiran dengan sebuah sungai yang menjadi jalan pengangkutan utama selain jalan darat pada zaman dahulu. Sila lihat balik bangunan Muzium Kota Kayang dan bukit-bukit yang mengelilinginya. Kedatangan kitorang disambut oleh beberapa petugas/kurator muzium dan trus memberi penerangan mengenai muzium dan yang bekaitan. Menarik.

Masa untuk melawat, melihat apa yang ada dan dipamerkan. Muzium Kota Kayang. menyimpan dan mempunyai banyak bahan arkeologi kehidupan penduduk zaman gua batu ( Hoabihian ) hingga ke zaman Neolitik lebih 3000 tahun yang lalu yang ditemui tertanam di bawah runtuhan Kota Istana dan di tempat yang lain di negeri Perlis. Ni salah satu darinya. Replika batu nisan bangsa/kaum pendatang dari kepulauan Sumatera ke Tanah Melayu. Apa ya nama kaum ni. Lupa la plak! Aceh, Bugis…ARGHHHH! Kurator tu ada bagi tahu, tapi dah jenis lemah minda ni la jadinya. Mereka datang membawa batu nisan identiti bangsa mereka ke Tanah Melayu! Bila meninggal dunia, batu nisan ini la yang digunakan sebagai tanda di kubur mereka dan orang akan tahu siapa dan bangsa keturunan si mati.

Senjata dan peralatan memasak yang dipamerkan. Senjata Tak Pi tu jelas menunjukkan adanya perhubungan atau pendatang dari Siam dan Indo China yang telah sampai ke Tanah melayu dan Perlis khususnya. Yang satu tu merupakan ekzos motor yang ditemui tertanam bersama bahan-bahan lain sejak zaman Neolitik. Biar betul! Ekzos motor telah dicipta 3000 tahun yang lalu? Ini penemuah luarbiasa hebat! Zaman dulu dah ada mat rempit rupanya. Ini dipercayai ekzos motor mat rempit yang tecabut masa merempit dan telanggar keting kiri Tyrannosauus Rex terakhir yang sedang melintas tanpa melihat kiri kanan! Harfraginhar! Bukan la. Yang macam ekzos kapcai tu adalah senjata meriam. Tak percaya? Lantak korang la! Kalo kurator tu tipu, kurator tu yang tipu!

Tepak sirih dan beberapa peralatan yang dijaga dengan baik. Semua ni dah tahap dinosaur dah ni. Rare!

Replika mata wang yang turut menjadi bahan pameran. Ini menunjukkan urusan perdagangan telah bekembang pesat kat negeri Perlis pada zaman dahulu sama ada dengan pedagang dari Siam, Indo-China, China, Timur Tengah atau bakal penjajah dari Eropah. Ufti turut dibayar menggunakan matawang ini.

Replika Bunga Emas yang merupakan hadiah atau ufti utama untuk dihantar ke negeri Gajah Putih sebagai perlindungan. Bentuk sebenar Bunga Emas tak la besar cam ni . Bunga-bunga ros tu mengarut saja. Mana ada cam tu!

Pedang samurai, topi perang dan beberapa lagi peralatan tentera Jepaun yang pernah menceroboh negeri Perlis turut dipamerkan. Bukan saja bahan-bahan sejarah dari zaman Neolitik dipamerkan tapi bahan-bahan sejarah dari zaman pra-Merdeka dan Jepun turut dipamerkan di Muzium Kota Kayang ni. Mungkin pasal ni la orang tak beminat nak datang ke muzium. Ada topi, pedang, mesin taip, seluar, selipar Jepun, terompah, tempayan… tak menarik minat!

Seblum keluar dan menamatkan lawatan, tulis buku pelawat dulu sebagai bukti sekali lagi gua pernah sampai, masuk dan melawat Muzium kota Kayang ni.

Setelah selesai melawat muzium, kami trus dibawa ke belakang muzium di mana terletaknya makam Al-Marhum Kayang 1, Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah ( 1661-1687 ). Al-Fatihah untuk baginda. Sejarah mengenai baginda tercatat di sini. Selain makam terdapat sebuah perigi yang dipercayai menjadi kegunaan keluarga di raja yang tinggal di Istana Kota ini dahulu. Abang Ron bagi tau, perigi itu tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau yang panjang.

Seblum meninggalkan Muzium Kota Kayang, satu kejutan untuk kitorang dari kurator. Beliau bagi tahu ada sebuah gua kat tepi bukit. Sapa beminat nak tengok dan masuk adalah dibenarkan. Wah! Tak bleh lepas peluang ni. Gua dah mula teruja dengan gua. Semalam kan masuk ke Gua Kelam 2. Hari ni dapat masuk gua lagi. Kat pintu masuk ke gua. tak ada keretapi yang membawa masuk ke dalam gua aa… jalan kaki!

Guanya tak besar dan tinggi. Kena membongkok kat bahagian-bahagian tertentu kalo nak masuk lebih dalam. Tak la besar dan dalam mana gua ni. Lebih kurang 40-50 meter panjang. Lebih kurang la. Belah kanan gua tu adalah jalan masuk ke dalam gua. sengeh-sengeh amik gambo dulu.

“Apa tujuan gua ni”, tanya gua pada kurator yang turut masuk menemani kitorang. “ Dipercayai tujuan utama adalah sebagai laluan pada pengawal-pengawal Istana Kota untuk naik ke pos kawalan kat atas bukit. Kat atas setiap bukit yang mengelilingi Istana Kota ni telah didirikan pos kawalan unit pemanah dan sebagai tempat meninjau/memerhatikan musuh”, sambung kurato lagi. Selain itu ia juga mungkin digunakan sebagai tempat menyimpan senjata atau bahan-bahan lain. Atau sebagai laluan untuk lari dan bersembunyi dari musuh. Gua memang misteri!

Ni merupakan jalan/laluan di penghujung gua yang trus membawa ke atas bukit atau ke pos kawalan. Rasa nak panjat sampai ke atas. Tapi buatnye jatuh tegolek…. Tak payah la. Belagak amik gambo jer la. HEH!

Bukit kat belah kiri muzium tu la terletaknya gua yang kitorang masuk tadi. Bukit tu tak la tinggi mana tapi kalo jatuh boleh patah riuk atau hilang ingatan trus! Memang strategi untuk pertahanan.

Kawasan ni gak dikenali sebagai Kawasan Kayangan kerana kedudukannya yang strategi dari segi perhubungan, pertahanan dan persekitarannya yang menarik. Perkatan ‘kayang’ dipercayai diambil dari ucapan baginda sultan yang sering menyebut ‘kota’ yang dibina seperti kayangan. Maknanya hebat betul binaan Kota Istana hingga ia menjadi inspirasi ‘kehidupan kayangan’ pada zaman dahulu. Sejarah negeri Perlis tercatat di sini. Kalo nak tahu sila la bekunjung ke Muzium Kota Kayang.
Begambar kenangan di depan muzium bersama Abang Ron yang banyak dan bersungguh tul memberi penerangan mengenai sejarah negeri Perlis pada kitorang.

“ Dulu negeri Perlis merupakan negeri yang berada di dalam negeri Kedah. Kerana itu sultan Kedah yang menduduki Istana Kota Kayang dan menjalankan pentakbiran negeri bersama menteri-menteri baginda di Istana Kota Kayang. Kisah pembentukan negeri Perlis sangat menarik dan panjang untuk dikisahkan di sini. Apapun setelah berjaya ‘keluar’ dari Kedah, raja Perlis yang pertama tidak menggunakan gelaran ‘sultan’ kerana menghormati Sultan Kedah. Kira Kedah itu abang dan Perlis itu adik. Adik kena respek kat abang la. Kerana itu baginda menggunakan gelaran ‘raja’ hingga ke keturunan raja perlis hari ini”. Terang Abang Ron mengapa Raja Perlis tidak menggunkan gelaran sultan. Ooo... cam tu kisahnye.

Tamat lawatan ke Muzium Kota Kayang dan bahagian ketiga. Lepas ni pergi ke mana plak? Pastinya lebih menarik. Tunggu di bahagian terakhir. Guapun tak sabar nak dedahkan kat mana kitorang pegi lepas ni.