Tuesday, June 14, 2011

FOREST: NATURE AT YOUR...

HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA
13 REJAB 1432 H - 15 JUN 2011

Dapat jemputan di saat akhir dan memenuhi jemputan adalah suatu yang biasa terjadi pada gua. Pada hari Ahad - -05 Jun 2011 yang lalu gua memenuhi jemputan dari Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai juri pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2011 peringkat Shah Alam yang disambut pada 05 Jun setiap tahun. Tak tau plak gua dijemput untuk sambutan ni. Memang tak tau langsung. Pegi redah jer kat Taman Hutan Bukit SUK Seksyen 5, Shah Alam.

Kat mana taman tasik tempat sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia ni? Kat Seksyen 5, Shah Alam. Ya la, tau la! Tapi kat mana? Tak perasanpun ada taman tasik kat situ. Tak tau tak apa la. Guapun tak tau kat sini ada taman tasik. HEH! Gua ingat sempena acara apa la pertandingan mewarna diadakan. Rupanya sempena Sambutan Hari Alam Sekitar dengan tema FOREST: NATURE AT YOUR SERVICE. Patut la buat kat taman, kat tasik. Ada pokok-pokok, bunga…

Masa gua sampai, hujan sket. Acara mewarna baru bermula. Ada tiga ketagori. “ Haa… warna! Warna. Warna sampai habis. Gua nak jalan-jalan tengok apa yang ada kat taman ni “, ujar gua sendirian. Lalu guapun jalan sorang-sorang tesengeh-sengeh tepi tasik. Ada beberapa khemah pameran dan jualan kat tepi tasik. Tetiba gua telihat sebuah sangkar yang penuh dengan encik itik dalamnya. Ada acara melepaskan itik rupanya. Patut la ada itik. Masa ni acara kayuh basikal sedang berlangsung dan akan berakhir kat Taman Tasik ni. Datuk Bandar Shah Alam turut mengayuh. Acara melepaskan itik dibuat setelah pasukan kayuh basikal sampai dan sarapan pagi. Tu dia beberapa encik itik telah berjaya dilepaskan. Kuek! Kuek! Kuekk!

Tengok la betapa riang gumbiranya encik itik tu berenang sambil membuat bising. Tadi sebelum dilepaskan, sekorpun tak bersuara pasal diorang ingat nak kena sembelih sekor-sekor. Tu yang senyap sunyi. Tapi bila lepas jer, habih riuh rendah kat taman tasik ni dengan suara Kuek! Kuek! Kuekkk! beliau. Syok bila tengok itik-itik tu berenang. Teringat akan kehebatan Allah yang mencipta makhluk itik ni. Boleh terapung atas air, terer berenang, terer menyudu dan tak tenggelam . Hebat! Syabas encik itik. Trus berenang!

Kebanyakan itik-itik dilepaskan oleh kanak-kanak yang dijemput khas dalam acara Sambutan Hari Alam Sekitar ni. Sebelum melepaskan itik, setiap anak-anak kena baca ikrar yang berbunyi, “ SAYA BERIKRAR… korang baca la sendiri kat sijil tu. Selepas melepaskan itik setiap orang akan dapat satu sijil penyertaan melepaskan itik.

Lepas merasmikan cara melepaskan itik, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Mohd. Jaafar ( tengah baju hijau ) merasmikan plak Taman Herba dengan menanam pokok. Banyak pokok-pokok herba ditaja oleh orang persendirian dan syarikat-syarikat yang menghantar wakil untuk turut sama menanam pokok herba. Gua tak sempat nak melawat dan melihat jenis-jenis pokok herba yang ada dan yang baru ditanam kat sini. Nampak macam beranika herba. Tempat yang sesuai untuk mengenali rupa dan nama pokok herba. Mungkin dengan khasiat setiap pokok-pokok herba sekali. Korang datang sendiri la tengok. Tapi kat mana taman ni?

Pemandangan dari tepi bukit Taman Herba. Taman ni tak la besar mana. Tasiknye pun kecik. Tapi sangat indah, cantik dan menyamankan persekitarannya. Aktiviti berkhemah juga boleh dibuat kat sini. Kanak-kanak sekolah Persatuan Pencinta Alam Shah Alam sedang berkhemah kat sini sempena aktiviti cuti sekolah. Nampak itik-itik tu. Semua bekumpul kat tebing seberang tasik kerana cemuih dengan manusia yang ramai kat belah sini. Itik-itik ni dibiarkan bebas bermaharajalela selama seminggu. Lepas tu akan ditangkap semula pasal ada ular sawa dan biawak besar kat taman tasik ni. Habih jahanam itik-itik ni kalo dibiar lepak lama kat sini. Cakap pasal itik, gua teringat tajuk lagu “ Mari Menyepak Itik “ dalam kaset Pujaan Sirap Din Beramboi. Kelakar siut tajuk lagu tu. “ Mari Menyepak Itik”. Tetiba rasa ghairah nak sepak itik plak! Oi, encik itik! Sapa nak kena sepak, mari sini! Har fragin har!

Lagi satu gambaran dari bukit Taman Herba. Ada teratai dan bunganya yang lemah tak berapa cantik lagi. Tasik yang tak la besar mana. Tapi okey la untuk bersiar-siar, jogging atau lepak sengeh-sengeh. Nampak jembatan yang dibuat sebagai laluan untuk pengunjung tesengeh-sengeh tengok anak ikan bemain kat bawah jembatan tu? Selain manusia, biawak besar yang ada kat tasik nipun menggunakan jembatan tu untuk bersiar-siar dan laluan pintas untuk menyekodeng mangsa!

Tempat kesukaan ikan puyu, sepat, keli, pirana, arapaima, toman dan haruan menghendap mangsa ni juga menjadi tempat dan pemandangan yang sangat disukai oleh orang-orang seni seperti penulis novel, penulis cerpen, penulis skrip, penulis lirik lagu, puisi, sajak, pelukis alam semulajadi temasuk photograper. Tempat yang bisa memberi ketenangan dan ilham yang superb tak ingat seperti kisah percintaan teruna dara yang mendapat tentangan dari keluarga dan akhirnya membunuh diri kat tasik ni. Harharr! Atau kisah antara dua darjat atau kisah seseorang yang menyembunyikan penyakit kanser yang dihadapi. Konon tak nak menyusahkan orang dan memberi kejutan dan penyesalan pada orang lain bila dia dah mati. Jahat sungguh niat pesakit kanser ni.

Takpun kisah rumah tangga yang tunggang tebalik atau kisah remaja yang kononnya mencari kebebasan dan terjebak dalam ‘dunia gelap’ dan nyesal . Tak ketinggalan dengan lepak kat tepi tasik ni dapat idea luar biasa hebat di luar kotak pemikiran manusia dengan lahirnya novel seperti “Kau Doktor Tulang Belikatku” atau “ Jururawatku Berbau Tungkik”. Har fragin har! . Tahap muntah dah dengan kisah-kisah cam ni. Tapi tempat cam ni la jadi pilihan pencinta alam dan orang seni sangat la kononnya untuk mencari ilham untuk berkarya dan tempat lepak berbincang sesama sendiri ( tak campur dengan orang lain ) sambil menghisap rokok beramai-ramai. Ya, orang seni yang kononnya pencinta tegar alam sekitar, penentang pencemaran, hisap rokok masa beborak dan mencari idea kat taman rekreasi atau jauh dalam hutan. Orang seni la katakan. Mesti la kena isap rokok. Baru seni! Dulu masa mula-mula melukis kartun, gua sangat percaya, terikut-ikut dan saja mengada-ngada mengiakan tempat-tempat cam ni boleh mendatangkan idea untuk melukis kartun! Hipokrit sungguh! Seni sangat la kononnya!

JOM TANAM POKOK. Inilah antara tujuan Sambutan Hari Alam Sekitar dibuat. Mengajak semua orang menanam pokok. Tak kira la pokok apapun. Jangan pokok ketum atau ganja dah. Tapi tupun kira menghijaukan alam sekitar gakkan? Tapi malangnya pokok ganja dilarang dan salah pada undang-undang. Jangan banyak songeh! Tanam pokok pisang atau serai lagi baik. Paling senang tanam ubi kayu. Campak je batang ubi kat mana-mana tanah, insyAllah, hidup subur! Tapi ikut korang la. Gua tak ada kuasa, kehebatan atau keajaiban untuk mengajak atau bekempen pada sobat semua untuk tanam pokok. Ikut suka korang la! Masing-masing semua dah besar. Tapi kalo semua orang kat bumi ni tanam pokok, habih jadi hutan plak. Tak moden la. Sana hutan, sini hutan. Sana beruk, sini beruk. Tepaksa buat kempen kurangkan tanam pokok atau mari menjahanamkan pokok la plak!

MARI MENGENAL POKOK
Sementara menunggu pertandingan mewarna habis, sempat gak gua merakamkan beberapa gambo dengan kamera cap itik berenang beberapa tumbuhan-tumbuhan yang ada kat taman tasik ni. Gua belasah main ambik jer ikut nafsu. Kita mulakan siri mari mengenal pokok kita dengan pokok Pinang. Ni la salah satu spesis pokok Pinang yang banyak terdapat di seluruh Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Kepulauaan Borneo. Buah pinang merupakan bahan wajib kalo nak makan sireh yang disukai di seluruh Nusantara atau boleh digunakan untuk membaling ayam yang masuk ke dapur!


Pokok tuba juga ada kat sini. Ni la pokok Tuba. Dulu masa kat kampong. Masa musim kemarau, masa ikan sedang banyak kat sungai atau tali air adalah masa yang paling sesuai dan kena tepat pada masanya untuk menangkap ikan sama ada cara *mengoca, menimba atau paling sadis menuba ikan! Ada dua jenis tuba atau racun ikan yang biasa digunakan. Satu dengan racun kimia cap tengkorak yang menghapuskan semua spesis dari atuk hingga ke cucu cicit ikan. Habis satu sungai putih dengan ikan yang mampus! Pembubuhan secara besar-besaran. Sadis sungguh! Lagi satu dengan akar pokok tuba. Getah atau bahan kimia dalam akar tuba yang ditumbuk hanya memabukkan ikan. Cara ni tidak memudaratkan, selamat dan tidak membunuh semua hidupan sungai, tasik atau kolam. Air akan menjadi natural semula. Ini la pokok tuba ya murid-murid.

*tangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangguk, tudung saji, kain pelikat, tapis plastik, parang, buluh runcing, kelambu atau paling terer dengan tangan!

Gua tak suka kat pokok ni pasal beliau tak bersama dalam menghijaukan alam sekitar. Tengok la warna beliau. Kalo pokok patutnya daun bewarna hijau tapi beliau berwarna , warna apa ya.. merah, unggu gelap? Dah la bukan nama Melayu. Recist sungguh pokok ni! Tapi tak boleh komplin kerana beliau adalah makhluk ciptaan Allah. Pasti ada sebab, tujuan dan kelebihan Allah mencipta tumbuhan ni kerana setiap sesuatu ciptaanNya tidak sia-sia.

Yang kembang rendang kat depan tu adalah pokok herba yang paling glamer, berkuasa dan mahal iaitu Tongkat Ali. Pokok yang mempunyai akar yang berkhasiat tinggi dalam perubatan herba. Menjadi tektik paling mudah, berkesan dan berjaya dalam stategi perniagaan minuman kopi 7 dalam 1 iaitu dengan memasukkan astrak Tongkat Ali sebagai bahan utama. Adanya bahan tarikan sex, pasti laku! Pasti menjadi pilihan ramai lelaki.
Yang tinggi mengalah kat belakang tu plak adalah pohon beringin. Bukan pokok atau tumbuhan herba. Sejenis pokok yang mendapat tuduhan, fitnah, hinaan dan sekian lama menderita dengan anggapan salah manusia terhadap beliau yang dianggap menakotkan kerana jadi sarang atau tempat lepak sang Pontianak dan segala mambang kuning, mambang tanah. Yang encik Pontianak ni pun satu, banyak lagi pokok lain boleh lepak. Pokok getah ke, pokok pinang ke, pokok pisang ke, sagu ke. Hingga ke hari ini beliau terus dilihat sebagai pokok misteri, seram dan menakotkan. Kesian…

Daun-daun pokok ni sangat bermanfaat masa main pondok-pondok. Bahan mentah untuk atap, dinding dan alas/lantai. Melambak pokok ni kat kampong. Ambik saja tanpa kebenaran. Kalo mintak, banyak plak soal dan songeh! Ini la pokok Rumbia ya murid-murid sekelian. Antara kelebihan lain pokok Rumbia ni, lidinya boleh dibuat sebagai pelibas belakang anak-anak yang degil tak dengar kata. Ambil segengam dan libas kat belakang anak yang degil sangat tu! Pastikan anak encik dan puan tak bebaju masa menjatuhkan hukuman melibas. Baru jelas kesannya. Syabas! Belah kiri tu pokok Rumbia dan belah kanan plak pokok Sagu. Jangan tak kenal plak. Spesis ni hidup subur kat Taman Herba.

Selain syok menuba ikan, dulu… suatu masa dulu main pondok-pondok, masak-masak dan kawen-kawen antara permainan kegemaran gua pasal boleh main dengan budak pompuan. HEH! Masa main pondok-pondok mesti ada gerai jualan. Ala.. jual ikan ( dari daun rambai, rambutan, limau bla-bla blaa… ). Kalo nak beli mesti ada duit. Ni la tumbuhan yang jadi duit. Pokok Duit-Duit. Satu yang menarik pasal bahan mainan masa kecik dulu adalah ia tidak bertoksid dan merbahaya. Ia mesra alam dan kembali pada alam akhirnya bila dah jemu dengan mainan tu. Tidak seperti bahan alatan mainan sekarang ni yang kebanyakannya dibuat dari plastik dan pastinya mengandungi bahan-bahan merbahaya. Ni la harga yang mesti dibayar untuk kemodenan. Syabas! Lepas main pondok-pondok, main kerate plak! Bahagianya hidup masa tu.

Beliau kelihatan sama saling tak tumpah, kembar siam, bagai pinang dibelah dua atau pelanduk dua serupa dengan pokok Tongkat Ali, jangan tertipu. Sebenarnya bukan. Ni adalah spesis yang boleh menyamar jadi tumbuhan lain sekiranya beliau berada dalam keadaan tertekan. Pokok licik dan jahat ni sangat dibenci dan ditakuti oleh semua pokok kerana kebolehan beliau tu. Banyak pokok telah beliau inaya dan fitnah. Beliau buat onar dengan pokok lain tapi bila kantoi dengan Pencegah Maksiat yang sentiasa meronda kat taman tasik ni, beliau lari dan masa ni la beliau akan menyamar jadi pokok lain. Selamat beliau dari ditangkap, pokok lain yang kena! Syabas! Ni bukan rupa beliau yang sebenar. Saja menyamar jadi pokok Tongkat Ali pasal nak amik gambar. HEH!

Pokok Pinang Sebatang ni tak kurang hebatnya bebanding dengan pokok Rumbia atau Sagu. Bak kata pepatah, “ tak ada tali, akarpun beguna”. Kalo pokok Rumbia atau Sagu tak ada atau jauh di tebing sungai, maka boleh la diganti dengan pokok Pinang Sebatang ni kalo nak buat bumbung pondok masa main pondok-pondok. Batang beliaupun sesuai dijadikan senjata untuk melibas belakang anak-anak yang degil dan malas nak mampuih nak solat atau mengaji! Tumbuhan herba yang hebat!

Pokok paku pakis ni dipercayai hidup dari zaman Tyranosaurus Rex merajai dunia dinosaur lagi. Pokok yang menjadi sayur kegemaran T-Rex masa musim panas. Tua dah pokok ni. Bejuta tahun umur beliau. Tapi masih segah, kacak dan hidup hingga ke hari ni. Dinosaurpun dah lama pupus tapi beliau masih kekal membiak beranak pinak. Hebat! Siapa nak belajar ilmu kuat, tahan, petua atau amalan pemakanan sihat untuk panjang umur bejuta tahun, boleh la menuntut kat beliau kat taman herba ni.

Tepat sebelas pagi, acara mewarnapun tamat dan bermula la tugas gua memilih, mereject tanpa belas dan mencari pemenang untuk tiga kategori. Tugas ni gua buat sorang-sorang. Walau berulang kali gua halau, tapi ibu bapa dan pengunjung tetap degil datang tesengeh-sengeh tengok gua membuat pemilihan dan berbisik sesama sendiri, “ Uikz! Cantiknye!” Apa la diorang ni. Mentang-mentang la tengok lukisan anak sendiri, trus puji dan kata cantik! Cantikk! Siapa yang jadi juri? Kalo terer sangat, jadi la juri dan pilih lukisan anak sendiri sebagai pemenang utama. Sibuk je! Apa sangat la cantiknya warna lukisan anak-anak tadika, tahun satu hingga tahun enam. Semua tahu hasil kerja anak-anak ni
.

Walau hanya hasil tadika dan sekolah rendah, kekejaman dan layanan gua tetap sama – tanpa belas! Tanpa belas pada yang buruk, huduh, main-main, warna ikut suka! Tak ada masa nak sengeh-sengeh, bepura-pura kata, uikz, cantiknya! Buruk tetap buruk!
Habis memilih trus mengikuti perasmian majlis dan penyampaian hadiah pada pemenang peraduan mewarna sempena Sambutan Hari Alam Sekitar 2011. Syabas pada pemenang dan rasakan pada yang kalah. Har fragin har!
Gua rasa taman tasik ni tak perlu didedahkan sangat. Biarlah beliau tenang tak diserebu ramai orang. Kalo ramai yang tahu, ramai yang datang, cepat la rosak tempat ni. Habih rumput-rumput mati lunyai kena henyak! Tapi kalo tak dipromotkan jadi sarang ular sawa plak. Ntah la. Cari la sendiri taman kecil ni ya. Boleh la tengok tumbuhan yang ada kat sini. Kalo dah jumpa, jangan dedahkan pada musuh. Habih jahanam tempat ni kalo musuh tau!

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, gua tetap tak mendesak atau memaksa sobat semua untuk susah-susah dan mengotorkan tangan menggali lobang, menanam, tabur baja dan menyiram. Lantak la! Biar la orang lain atau bandaraya yang buat. Hari Alam Sekitar bukan hanya pasal tanam pokok untuk kesegaran udara dan menghijaukan alam sekitar tapi juga untuk kebersihan. Lagi sekali, biar la kontraktor bandaraya yang kutip sampah. Korang buang je la sampah atau puntung rokok ikut suka. Cam tu la lebih kurang kisah gua kat sambutan Hari Alam Sekitar 2011. Tak bestkan?

FOREST: NATURE AT YOUR SERVICE
So… I burn everything I got!

har fragin har!

Tuesday, May 24, 2011

TANAM POKOK

BANTULAH BUMI BERNAFAS
20 JAMADILAKHIR 1432 H - 24 MEI 2011

Hari tu pada 27 April 2011 yang lalu, kami pekerja Karangkraf bepesta dalam acara menanam pokok beramai-ramai kat pekarangan bangunan baru. Acara julung kali ni adalah anjuran Karangkraf PEDULI ALAM, salah satu biro kebajikan kat Karangkraf. Program ni dinamakan Program Tanam Pokok Karangkraf Indah “ Bantulah Bumi Bernafas “.

Ya, bumipun nak benafas gak. Tambah lagi keadaan sekarang ni, betambah sesak nafas bumi nak bernafas dengan bemacam pencemaran!

VIP jemputan, duta dan perasmi program adalah FEWEEET! Rock star yang tak asing lagi iaitu Amy Search yang datang bersama keluarga beliau. Sempat gak Amy menyampaikan sepuluh buah lagu nonstop pada pagi tu seblum merasmikan program. Gile ganas persembahan beliau! Darah menyembur, kepala tecabut, isi perut teburai! Sungguh menggerunkan. Harharhar!

Program ni dibuat kira nak bantu bumi senang benafas, persekitaran yang indah, bersih dapat udara yang segar bugar. Encik Nasir ( Timbalan Pengerusi Karangkraf ) menyampaikan t-shirt program tanam pokok pada Amy dan keluarga.

Setelah selesainya acara perasmian oleh Amy Search yang tak berapa petah berbicara, kitorang trus bekeliaran ke tempat nak tanam pokok yang telah disediakan. Setiap majalah dan department dapat sebatang pokok untuk ditanam. Ada dua jenis pokok yang dipilih untuk ditanam iaitu pokok Bunga Raya dan Mengkudu Siam.

Setiap pokok dah ditandakan. Tak la melilau cari, mana pokok aku, mana pokok aku? Gua sekarang dalam department Ilustrasi. Bergaya dengan label ilustrasi. Orang sibuk tanam pokok, gua sibuk posing.

Tu dia… barisan editor dan staff memasing dah tak nyempat-nyempat. Blum lagi dapat arahan untuk menanam, trus berebut-rebut tanam pokok!

Sama gak kat belah ni. Berebut-rebut tanam pokok cam pertandingan plak. Tanam jangan tak tanam!

Ni bukan pokok Mengkudu Siam unit ilustrasi tapi pokok majalah humor G3.

Apa lagi nak buat setelah berjaya menanam pokok selain sengeh-sengeh amik gambo kenangan ramai-ramai.

Ni la Pokok Mengkudu Siam kepunyaan department Ilustrasi telah selamat ditanam. Bukan dikebumikan. Moga beliau sihat dan membesar dengan baik. Besarlah wahai pokok Mengkudu dan berbaktilah pada bumi yang mengharapkan udara dan persekitaran yang segar, nyaman dan indah.

Setiap pengarah, pengurus kanan dan pekerja tua cam brader Kartekana yang telah bersama Karangkraf sejak mula ditubuhkan mendapat sebatang pokok untuk ditanam dengan nama memasing kat pokok. Kelihatan beliau sedang berlakon membaca doa selamat pada pokok Mengkudu Kana beliau.

Encik Nasir bersama Amy Search dengan pokok Bunga Raya.

Ni plak pokok Bunga Raya Amy Search yang blum ditanam.

Setelah menunggu lebih dari 25 tahun, akhirnya Amy Search berjaya gak bergambar dengan gua. FEWEEEET!

Tak cukup sekali begambar, Amy mintak gambar beliau dirakam bersama gua sebanyak dua kali. Tu dia Amy Search tesengeh kegirangan tak ingat masa begambar dengan gua. " Dengan gambo ni boleh la gua eksyen dengan geng Search yang lain. Oi! Tengok ni, gambo gua dengan Gayour oi. Jangan tak caye wa cakap lu!" HEH!

Program tanam pokok berlangsung dengan lancar dan berakhir dengan cepat. Semua pokok selamat ditanam. Tak tau siapa punya, Nampak saja gua trus teruja nak begambar dengan beliau. Inilah little monster, Hummer H3 yang sangat gua minati! Teruja sungguh gua dengan kenderaan hebat ni. Gitu la lebih kurang acara tanam pokok yang telah berlangsung dengan jayanya di pekarangan laman Kompleks Media Karangkraf. Moga usaha kecil ni memberi manfaat yang kecil juga pada alam, haiwan dan manusia. Ya la, tak banyak tanam pokok, tak banyak la manfaatnye. HEH! Apapun, moga bumi dan penghuninya akan terus mendapat udara yang segar. Moga kehijauan dan keindahan alam akan terus dapat dinikmati dengan usaha yang kecil ni. Sekiranya korang berpeluang melawat ke Karangkraf, boleh la tengok pokok Bunga Raya Amy Search dan pokok-pokok yang lain.

Bagaimana dengan sobat semua. Penah tanam pokok? Gua tak beminat nak kempen atau ajak sobat semua ikut apa yang kami kat Karangkraf buat. Semua dah besar, ada kepala dan ada otak dalamnya. Lebih hebat ada akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah. Ikut suka korang la nak tanam pokok atau tak kerana ada banyak lagi cara lain nak selamatkan bumi. Tak semestinya kena tanam pokok. Biarkan la pihak bandaraya atau orang lain yang tanam. Apa hal plak nak kena tanam pokokkan? Biar la apa nak jadi kat bumi ni, yang penting enjoy! Nanti bila udara dan beracun, dah sesak nafas dan tak enjoy lagi baru la kelam kabut tanam pokok! Masa tu baru la jadi pencinta alam atau bumi tegar.

SYABAS!


“ Termination....Expiration...Cancellation...Human Race
Expectation...Liberation...Population...Lay to Waste
See Our Mother
Put to Death
See Our Mother Die “

Blackend
Metallica

Monday, May 16, 2011

KANSER


KARNIVAL KESEDARAN KANSER

13 JAMADILAKHIR 1432H - 17 MEI 2011

Pernah dengar pasal penyakit KANSER? Mesti pernah punya la kan. Bulan Februari 2011 yang lalu, gua dapat jemputan dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia dalam Karnival Kesedaran Kanser pada 24 Februari 2011 yang berlangsung kat Dewan Besar UPM. Akhirnya gua dapat masuk universiti lagi. Heh!

Dah lama kisah ni. Guapun dah ilang ingatan apa nak tulis. Tapi kali ni kisah pasal penyakit la plak. Pasal kanser. Karnival ni dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM yang bertujuan untuk memberi kesedaran pada semua orang pasal penyakit kanser. Nak meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pasal bahaya kanser dan langkah pencegahan. Selama ni kita dengar TIADA UBAT UNTUK PENYAKIT KANSER. Siapa yang memberi amaran ni dan kita terus menerima dan mempercayainya sepenuh hati, jiwa dan raga. Adakah saintis dari timur, barat, utara, selatan atau saintis dari dunia Islam? Betul ke tiada ubat penawar untuk penyakit kanser?

Gua dijemput bersama rakan ilustrator, saudara Niezam untuk melukis karikatur berbayar pengunjung yang datang atau sengeh-sengeh ambik gambo kat senarai nama jenis kanser seperti kat atas. HEH!

Ada macam-macam jenis kanser sebenarnya tapi hanya SEMBILAN jenis kanser yang dikenal pasti merbahaya dan membawa maut. Korang tengok la sendiri kalo nak tahu sembilan jenis kanser tu.

Dulu hanya tahu Kanser Payu Dara untuk orang pompuan tapi sekarang dah ada kanser untuk orang lelaki plak iaitu Testicular Cancer. Ramai lelaki yang kena kanser ni sekarang. Jadi elok la sobat lelaki berhati-hati, jaga apa yang patut untuk “kebahagian” hidup! Yang terbaru adalah pasal suntikan pencegahan Kanser Servik yang perlu diambil oleh remaja perempuan berumur 13 tahun. Kanser Servik adalah kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim. Kanser ketiga yang kerap dikesan dikalangan wanita selepas kanser Payu Dara dan Kanser Kolorektal. Sebagai lelaki, suami dan ayah, kita mesti ambil tahu pasal benda-benda cam ni dan tindakan.

Selain Testicular Cancer, satu lagi kanser yang biasa dihidapi oleh ramai orang lelaki adalah Prostate Cancer. Apa kebende kanser prostat ni? Tu korang kena cari sendiri. Ada la kerja sket. Takkan nak senang je. HEH! Dah tau nanti boleh la share.

Kanser Lidah. " Apa yang kamu lakukan dengan lidahmu sampai dapat Kanser Lidah ni?". HEH! Dulu gua selalu tengok orang tua-tua ( perempuan ) makan sireh yang dikatakan penyebab Kanser Lidah kerana campuran kapur dalam sireh. Tapi gua tengok uwan gua ( Negori Semilan panggil nenek, uwan ) dan geng-geng pemakan sireh beliau tak adapun kena Kanser Lidah. Selambe je makan sireh sambil bergosip hari-hari. Tapi sekarang ni ramai plak orang lelaki yang kena Kanser Lidah. Macam mana boleh jadi cam ni ya?

Yang terakhir sempat gua rakam adalah Colorectal Cancer. Kanser Usus. Ramai yang menderita kerana kanser ni pasal makan ikut nafsu. Tak ada pantang, belasah semua! Nah, ambik kao Kanser Usus! Sama gak dengan Kanser Paru-Paru yang terjadi kerana rokok. Ah! Bosannya bila cerita pasal rokok. Mesti suruh berhenti isap rokok. Cuba la tukar, isap la rokok, jangan berhenti kerana penghisap dan pembeli rokok merupakan penyumbang cukai paling besar pada kerajaan! Lantak la nak kena kanser ke, tak ada ubat ke, semput ke, apa ke… yang penting gua menyumbang pada pembangunan negara dengan membeli rokok! Hebat dan syabas!

TIDAK ADA UBAT UNTUK PENYAKIT KANSER… ini tujuan sebenar yang gua nak nyatakan dalam entry ni. Lama dah gua dengar dan percaya dengan amaran ni. Hingga suatu hari gua tersedar bila mendengar satu tazkirah bahawa gua dah buat kesalahan besar kerana percaya dengan amaran ni. Amaran yang jelas telah MENOLAK hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)


Percaya dengan amaran itu bermakna menolak kebenaran hadis! Sedangkan hadis jelas memberitahu bahawa setiap penyakit ada penawarnya temasuk penyakit AIDS. Maknanya ada penawar, cuma kita manusia belum jumpa dengan penawar seperti yang dinyatakan Rasulullah S.A.W. kerana kesilapan, kejahilan, kesesatan, kedegilan, kesombongan, maksiat dan kederhakaan kita pada Allah.

Gua bertaubat tidak percaya pada kata-kata amaran tu lagi!

Untuk maklumat lanjut, nak tau atau sesaje nak tanya pasal penyakit kanser ni, encik-encik, cik-cik dan puan-puan semua boleh la pegi ke website Majlis Kanser Nasional. Semua maklumat pasal kanser ada kat sini.
http://www.makna.org.my/



Wednesday, May 11, 2011

KASIHNYA IBU

PAMERAN SENI KASIHNYA IBU
06 JAMADILAKHIR 1432H – 10 MEI 2011

Lama tak pegi ke Balai Seni Lukis Negara. Tahun ni gua tak pegi lagi. Peluang nak pegi datang bila dapat jemputan dari Balai untuk Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2011. Masa untuk memenuhi jemputan dan pergi ke Balai Seni Lukis Negara pada 10 Mei 2011 beberapa hari yang lalu.

SENTIASA ADA UNTUKMU IBU dan PAMERAN SENI KASIHNYA IBU. Cam tu la tajuk program. Gua sampai lambat dengan alasan kereta syarikat yang gua na bawak “hilang” ke mana. Melilau gua cari. Arghhh!

Sampai jer, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang memberikan ucapan beliau. Jemputan penuh dan ramai gak yang melilau sambil kata dalam hati , “ bila nak abih cakap ni?”

Lepas je beliau habih cakap-cakap dan pelancaran majlis, ada plak acara penyampaian hadiah pada pemenang Pertandingan Fotografi Kasihnya Ibu. Oh! Ada Pertandingan Fotografi rupanya. Patut la gua nampak ada gambo beruk kat pamplet yang gua dapat masa mendaftar! Salah sorang pemenang adalah yang mengirim gambo mak beruk dan anak beliau! Biar betul? Lepas makan nasi briani yang tak berapa best gulai kambingnya ( syukur la… ) trus ke tingkat tiga melihat pameran Kasihnya IBU. Apa yang ada ya…?

Ni antara karya seni kat dewan pameran utama tingkat tiga. Gua melihat dan cuba menikmati, merasai dan tetiba jadi bekerut dahi! Apa ni? Apa benda yang dipamerkan? ARGHHHHHHH! Oh, ya… tadi masa majlis perasmian dan penyampaian hadiah, ramai orang. Penuh! Masa makanpun ramai. Tapi masa gua melihat pameran, boleh kira berapa orang dalam dewan ni. Mana orang ramai-ramai tadi pergi. Tak kan datang nak makan je? Atau diorang dah tengok pameran ni. Anggap la diorang dah tengok pameran. Tak baik sangka buruk.

Masih blum jumpa yang menarik perhatian. Tak apa, jalan-jalan lagi ke seluruh ruang pameran untuk melihat dan menikmati karya-karya Kasihnya IBU. Tapi malangnya tak jumpa karya yang memberikan gua “nikmat”. Tengok karya ni dengan frame tingkap rumah kampung yang boleh dibuka dan ditutup. Nampak hebat. Seni sangat la kononnya! Macam la idea paling hebat, terbaru dan belum pernah dibuat oleh sesiapa seblum ni! Karya ni bertajuk Melenggang Perut. Satu amalan khurafat yang jelas haram sebagai orang Islam! Kononnya pebuatan ni menunjukkan kasihnya seorang ibu pada anak yang masih dikandung. Jahanam sungguh! Tapi seni punya pasal, khurafat ke, haram ke, bidaah ke… lukis saja.

Bila tengok karya khurafat ni buat gua ingin memberi sedikit ceramah agama dan nasihat pada semua. Begini nasihat gua. Jangan hanya kerana seni sangat la kononnya kita menghasilkan karya seni yang jelas adalah perbuatan khurafat atau syirik selain untuk tujuan mendidik. Jadi la seorang pengkarya yang bertanggungjawap. Banyak lagi perkara, benda, tema, objek blablablaa… lain yang boleh dilukis. Sekian.

Ni plak adalah foto yang berjaya dalam Pertandingan Fotografi Kasihnya IBU. Pertandingan yang terbuka pada wanita sahaja untuk menyertai. Hari IBU la katakan. Gua bukannya pakar dalam bidang fotografi, tapi komen gua… penyertaan tak la menarik mana.


Penyertaan banyak syok sendiri dan pakai hentam janji masuk! Ni la hasilnya. Karya yang hampeh,hancus dan tidak berkualiti. Lebih teruk, kebanyakan tak mencapai tujuan. Ni la foto mak beruk dan anak beliau yang gua kata tadi. Salah satu pemenang saguhati. Jangan tak caya! Gua tak percaya! Pertama kali melihat foto ni sebaris dengan foto ibu dan anak-anak manusia membuat gua terfikir… setaraf ke monyet/beruk dengan manusia? Dari perbualan dengan staf Balai Seni, beliau berkata, “ pihak panel hakim kata monyet tu hanya perlambangan kasih sayang. Menatangpun kasih pada anak-anak beliau”. Itu alasan pihak hakim. Patutnya buat la syarat atau kategori. Kategori manusia dan binatang kalo nak kasih sayang sangat. Ntah la, gua bukan pakar.

Tiga pemenang utama Pertandingan Fotografi Kasihnya IBU 2011. Kiri sekali pemenang tempat kedua. Tengah tu pemenang pertama. Biasa sangat kita tengok foto cam ni. Gambaran kasih sayang paling mudah. Anak peluk mak, mak peluk anak. Siapa kasih siapa sebenarnya. Dua-dua kasih? Tapi tajuk pertandingan adalah KASIHNYA IBU. Patutnya jelas menggambarkan perbuatan kasihnya seorang ibu. Ntah la… komen lebih-lebih macam terer! Foto paling kanan adalah pemenang tempat ketiga. Lagi satu gambaran kasih atau hubungan antara anak dan ibu paling popular – menyusu.

Dinding yang mempamerkan sebahagian foto-foto dalam Pertandingan Fotografi Kasihnya IBU 2011 yang sedang berlangsung kat Balai Seni Lukis Negara sekarang. Sila la datang ke Balai Seni Lukis Negara kalo nak tengok karya-karya seni lukis dan foto sempena sambutan hari Ibu. Macam-macam foto yang tak la menarik mana dipamerkan seperti mak dukung anak sambil sengeh-sengeh. Gua kecewa dengan hasil penyertaan dalam pertandingan fotografi ni. Paling sadis dan menyedihkan, ada penyertaan yang hilang akal dan berniat jahat! Ya, jahat! Kenapa kirim foto ibu tua dalam keadaan yang mengaibkan? Keadaan bekemban dan lebih jahat yang mendedahkan aurat. Tak ada langsung rasa hormat, malu atau menjaga maruah/kehormatan mak sendiri atau foto mak orang lain yang dirakam kat mana-mana ikut suka. Pertandingan punya pasal, hadiah punya pasal… lantak la! Mak sendirpun sanggup dipamerkan biar dalam keadaan yang mengaibkan. Laknat dan jahanam sungguh perbuatan anak begini yang berkata , “ gua sayang mak gua!”. Oh, gua bukan pakar nak komen lebih-lebih dalam fotografi.

Ni plak adalah karya-karya yang terdapat dalam dewan pameran dua. Lagi sekali gua kecewa. Masih tak jumpa karya yang memberi ‘kenikmatan’ pada gua. Mana karya yang kuat dan teserlah aura keibuan? Kebanyakan adalah karya pelukis amatur yang tergesa-gesa, kurang persediaan dan kajian. Sakit hati tul. Lukis figurepun tak betul, perspektifpun salah, itu tak betul, ini salah, kenapa nampak cam cacat? Kenapa, kenapaaaa…? Kenapa jadi cam ni? ARGHHHH!

Gua bukan la bagus mana nak komen, komplin orang lebih-lebih. Tapi itulah yang gua nampak dalam pameran Seni Kasihnya IBU 2011. Gua kecewa dengan hasil yang dipamerkan sebagai penyataan, perlambangan atau apa saja alasan dalam menyatakan kasih dan sayang pada seorang IBU, kononnya. Ntah la. Yeah! Yeah! Semua orang punya pandangan dan pendapat sendiri. Jadi tak perlu terpengaruh dengan komen gua yang menyebabkan korang tak jadi nak pegi ke pameran Kasihnya IBU yang sedang berlangsung kat Balai Seni Lukis Negara sekarang. Pergi, tengok dan nilai sendiri. Baru boleh kutuk, hina atau puji. Kalo korang pegi, bukan saja boleh tengok pameran ni, ada lagi pameran lain yang korang boleh tengok. Tapi gua tau korang tak akan pergi. HEH!

Sila ke GALERI GAYOUR kalo nak tengok dan baca kisah MAK yang gua lukis. Peluang untuk korang kutuk, keji, hina dan komplin karya gua. Sila ke website Balai Seni Lukis Negara untuk maklumat lebih-lebih
www.artgallery.gov.my



Mother’s Day

Nuclear Assault

Thursday, April 07, 2011

KEMBARA KREATIF

CERAMAH KEMBARA KREATIF
14 JAMADILAWWAL 1432H - 18 APRIL 2011


Kisah bulan Mac yang lalu. Kisah gua menjadi penceramah jemputan kat Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM, Shah Alam pada 09 Mac 201, hari Rabu kat Bilik AVA 1, Aras 4, Banguanan FSSR, UITM, Shah Alam.


Jemputan terus dari Prof. Dr. Muliyadi iaitu Pensyarah Kursus Cartoon and Caricature Studies dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM pada gua melalui emel. Gua terharu bila mendapat penghormatan begini dari prof yang menjemput gua untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajarnya.

Seperti undangan dari tuan Zainal Buang Husein dalam Pemeran Solo beliau hari tu, undangan dari prof ni membuatkan gua tak boleh untuk mengelak. Tapi bila tengok tajuk yang diberi oleh prof buat gua tekedu. Kembara Kreatif Gayour: Pengalaman Dalam Industri Penerbitan Majalah Humor Tanahair. Besar sangat tajuk ni prof. Tak la menarik manapun pengalaman gua. “ Apa khabar murid-murid semua, dah mandi ke belum?”

Saya Gayour, seronok dapat jumpa kamu semua. Ada satu cerita, lebih 20 tahun yang lalu, gua pernah menghantar permohonan untuk belajar kat ITM ( dulu ITM sebelum menjadi UITM ) dalam kursus yang korang belajar sekarang, Seni Lukis dan Seni Reka. Tapi permohona gua direjet! Sejak tu gua benci UITM! Harharhar!
Dalam entri yang lepas-lepas, gua ada cerita pasal kisah permohonan ke ITM ni. Gua tak bersungguhpun nak sambung belajar. Saja ngikut-ngikut kengkawan. Kawan beli , isi dan hantar borang, guapun ikut saja la. Ngikut-ngikut la katakan. Gua dah bersedia nak jadi kartunis masa tu. Tak ingat nak belajar lagi. Nak lukis kartun! Kalo la gua belajar kat UITM dulu, gua jadi kartunis ke agaknya sekarang ni?
Boleh ke gua berada kat sini dan bercerita pengalaman lebih dua puluh tahun sebagai kartunis pada kamu semua pada petang ni sekiranya gua menjadi seorang pelajar Seni Lukis dan Seni Reka? Hanya tuhan yang tahu. Mungkin gua jadi seorang kartunis, pensyarah atau seorang photohraphy National Geography. Ini semua adalah perancangan dariNya. Gua berusaha dan melakukan apa yang telah diatur olehNya. Ada dua perasaan/rasa bila gua tak berjaya ke ITM.

Perasaan pertama, walau tak bersungguh masa menghantar permohonan dulu, hingga ke hari ini gua rasa cemburu dengan ilmu yang korang perolehi kat UITM. Betul! Cemburu dan sedikit kesal. Kenapa gua tak cuba lagi menghantar permohonan? Perasaan kedua; gua rasa seronok dan bersyukur kerana dapat menjadi seorang kartunis dan melalui kebolehan ni gua dapat menyebarkan mesej dan kebaikan melalui karya-karya gua. Kebolehan ini gua gunakan sebagai sumbangan pada agama, bangsa dan negara. Kerana itu gua bersyukur dengan bakat yang dipinjamkanNya. Apapun gua masih belajar walau lebih 25 tahun melukis kartun. Tahniah dan syabas pada anda semua yang berjaya dan dapat belajar kat UITM. Sekali lagi… gua jeles!
“Apakah cerita yang brader buat yang paling brader suka”, soalah sorang pelajar. Ada beberapa cerita. Antaranya kisah yang bertajuk “ TERPEDAYA”. Tak ingat tahun 1988 atau 1989. Korang belum lahir lagi kot! Kerana kisah ni, sorang kawan kat kampung gua berkata, “ Oi, Gayo, cerita TERPEDAYA yang ekau buek tu buek den rasa insaf!Uuuu...uuuu... ” Apa kisah TERPEDAYA ni? Ia pasal MUZIK ROCK. Kisah sentul sorang Mat Rock yang celaru, serabut, keliru dan huru hara dalam mencari arah hidup. Bisikan syaitan sentiasa mengajaknya melakukan kejahatan dan bersamanya ke neraka! Akhirnya dia menemui jalan yang benar. Tak menarik langsung kisahnya. Heh! Tapi masa tu , muzik rock/metal sedang melanda seluruh dunia. Hampir semua remaja Melayu menjadi peminat dan pengikut setia muzik rock! Jadi kisah TERPEDAYA yang gua buat ni benar-benar mengikut arus perdana krisis sosial remaja macam gua masa tu. Terbukti melalui kartun, ia berkesan walau pada seorang member kampung gua! Gua terharu dengan pengakuan telus beliau. Gua mengkritik pelakuan liar, tak betul, tak baik dan segala yang negetif peminat muzik rock dalam karya gua kerana gua adalah sorang peminat muzik rock.

Yang kedua adalah kisah “Siapa Yang Harus Dipersalahkan” yang gua hasilkan pada tahun 1991 dalam majalah GELI HATI. Ini merupakan siri drama berat pertama yang gua buat. Ilham yang tercetus setelah mendengar lagu “ Who’s To Blame” dari band thrash Sacred Reich. Krisis keluarga yang berlaku dalam masyarakat. Kisah yang sentul, jemu, mual dan tak menarik langsung untuk dibincangkan. Tapi tema ni menarik perhatian gua untuk dibuat kerana gua belum pernah lagi membuat karya pasal keluarga sejak jadi kartunis. Ramai yang suka kisah ni. Tapi apa yang lebih bermakna adalah respon yang gua dapat dari peminat. Ada yang mengadu, “ kisah ni seperti kisah saya, seperti kisah kawan saya, saya insaf, cerita betul ke ni, saya nanges bila tengok ending nasib Bidin, kenapa famili dia cam tu? Blablablaa…” Dah 20 tahun kisah ni beb! Kisah tragis dalam sebuah keluarga yang tak pernah korang tengok apa lagi baca! Tak apa. Tak la menarik manapun. Layan je la drama swasta kisah haru biru dalam keluarga besar dan kaya yang penuh dengan hasad dengki, iri, cemburu, sakit hati, busuk hati, dendam, tamak, rakus, curang, ilmu hitam, hilang kasih sayang, terbiar, mengejar keduniaan, tak bertanggungjawap blablablaa... yang ditayangkan kat tv. Gua dah buat kisah begini 20 tahun yang lalu.
Seterusnya kisah kegilaan berjuta rakyat BoehLand iaitu kisah Bersama Selamanya. HEH! Hingga ke hari ini masih ramai yang bertanyakan pasal kisah ni. Pasal Amar, pasal Lin, pasal adik-adik kembarnya, pasal itu, pasal ini. Kisah bersiri paling panjang pernah gua hasilkan sebagai seorang kartunis. Terima kasih pada semua yang pernah meminati kisah yang asyik gaduhhhhh je ni. HEH! Together we are strong!

Ada lagi satu yang gua suka iaitu kisah drama mini bersiri “AMIR” yang diterbitkan dalam majalah GELI HATI pada tahun 1992. Kisah krisis budaya dan pemikiran antara yang tua dengan yang muda. Tema yang tak menarik langsung! Dah boleh agak kesudahannya cam siri drama kat tv. Terakhir adalah kisah MAK yang gua buat dalam keluaran khas milinium majalah UJANG tahun 2000. Seperti AMIR, kisah MAK tak la menarik mana. Kisah biasa perhubungan antara mak dengan anaknya. Tu saja. Kalo nak baca kisah MAK, korang pergi klik kat GALERI GAYOUR. Itu la antara karya-karya yang gua suka.

“Bagaimana plak dengan pengalaman pahit. Boleh cerita sket pengalaman tu pada kami?” Gua terdiam, terkedu dan buat-buat sedih dengan soalan tu. Nak mengelak menjawap sebenarnya. HEH! Gua tak suka soalan ni. Pengalaman pahit! ARGHHHH! Apa yang nak diceritakan pasal benda yang pahit? Pasal tu gua terkedu bila tengok tajuk ceramahan yang diberi oleh prof. … PENGALAMAN DALAM INDUSTRI… Mesti ada yang tanya pasal benda ni. Yeah! Tak semuanya manis. Pasti ada yang pahit dan kelat seperti tergigit bijik langsat! Pernah tegigit bijik langsat? YEARGHHH! PTUIHH! Ada satu yang pahit boleh gua kongsi. Dulu masa gua kat majalah GELI HATI dan majalah UJANG, ia merupakan masa yang sangat seronok menjadi seorang kartunis, melukis kartun dan mewarna secara manual. Masa tu semua mewarna secara manual ( photoshop blum ada lagi ). Kami berseronok dengan mencabar, memuji, menghina, mengutuk, mengagumi, bersaing, mengeji, mempelekeh dan sebagainya yang yang tak baik sesama sendiri dalam mewarna. Kami berebut kertas Canson ( sejenis water color paper yang digunakan untuk lukisan kartun berwarna manual ) dan menyorokkan warna Dr.Ph. Martin’s, terutamanya Deffodil Yellow. Ia begitu menyeronokkan dan kini jadi begitu pahit pada gua kerana hampir semua sahabat-sahabat yang begitu hebat mewarna telah hilang, berhenti dan meninggalkan terus kebolehan mewarna manual atau beralih ke digital. Mereka berubah mengikut keadaan. Tinggal gua sorang sebagai kartunis dan pewarna manual tegar dalam majalah humor kat BolehLand sekarang. Ia suatu kerugian, kehilangan dan suatu yang pahit! Kemajuan, kemodenan yang tidak boleh disalahkan telah merampas semuanya…. Err… boleh kira pengalaman pahit ke tu?

Sorang pelajar membawa dan dengan teketar-ketar menunjukkan karya komiknya pada gua yang berhati lembut tapi kejam, zalim dan tidak berhati perut sebenarnya terhadap bakat-bakat baru. MUAHMUAHMUAGHARGH! HARGHHHH! Cis! Apa yang lu buat ni? Ni salah, tu salah! Ni apa ni. Kenapa tangan belah kiri lebih panjang dari belah kanan. Tangan ungka ke? Kenapa pokok kelapa macam rumput? Kenapa! Kenapaaaaa? Kenapa banyak sangat kesalahan ni? ARGHHHHHHHH! Teruskan buat lakaran, latihan dan gunakan rujukan bila nak lukis pokok kelapa atau pokok pisang. Zaman maklumat di hujung jari yang dibangga-banggakan sangat ni tak ada sebab lukis pokok pisang jadi pokok keladi! Semuanya ada dalam komputer. Berusah la untuk menjadi seorang pelukis, kartunis atau apa saja! Tiada jalan mudah untuk berjaya. Antara kata-kata motivasi yang temuntah bila didengar. Buku-buku kat atas adalah buku kajian ilmiah mengenai kartun tulisan Prof. Dr. Muliyadi yang dihadiahkan pada gua. Terima kasih prof. YEAHOOOO!

Terima kasih atas jemputan. Selamat Berjaya pada semua. Siapa sangka, gua lagi la tak sangka. Tambah lagi bila permohonan gua nak belajar kat UITM 20 tahun yang lalu direjet! Apa yang tak sangka? Tak sangka bila gua dijemput jadi penceramah pada pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka pada petang ni. Gua tak pernah mengimpikan perkara ni akan terjadi. Mana la layak kalo nak dibanding dengan Prof Dr. Muliyadi. Memang tak layak. Ini benar-benar menyentuh perasaan. Apa yang gua ada hanya pengalaman dan itu yang gua cerita dan kongsi pada petang ni. Tak ada la menarik dan hebat manapun pengalaman gua sebagai seorang kartunis. Orang lain lagi hebat dan mengerunkan pengalamnnya. Apa yang gua buat selama ni adalah sedikit sumbangan melalui kartun. Jika ada kebaikan, itulah yang gua harapkan. Terima kasih pada yang pernah meminati karya-karya gua. Rupanya gua kena tunggu 24 tahun untuk masuk dan menjadi penceramah kat UITM. Hebatnya perancangan Allah. Terima kasih pada prof yang sangat dihormati atas ilmu-ilmunya. Kat atas adalah tulisan prof mengenai diri gua dalam ruangan DUNIA KARTUN dan karya yang pernah gua hasilkan dalam majalah GILA-GILA pada tahun 1993 dulu. Artikal ni telah disiarkan dalam majalah GILA-GILA bilangan 721 bulan Mac 2011 yang lalu. Tak payah la cari keluaran ni.

akhirnya gua berjaya gak masuk universiti. HEH!