Tuesday, April 21, 2009

DIALOG PNM

DIALOG PENULIS
26 RABIULAKHIR 1430H - 22 APRIL 2009

Bulan lepas ( 15 Rabiulawal 1430 Hijrah - 12 Mac 2009 Khamis ), gua mendapat jemputan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyertai sesi dialog Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia bersama penulis di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak. “Apa hal plak diorang jemput gua ni. Gua bukan penulis”. Tegas gua pada diri sendiri. Gua lupa, selain sebagai seorang kartunis, rupanye gua gak adalah seorang penulis! Gua dah buat buku MELUKIS
KARTUN CARA GAYOUR. Heh!

Nak tak nak gua pegi gak ke majlis ni. Orang dah jemput, kena la pegi. Nak tau gak apa yang akan dibincangkan. Ni kira pengalaman pertama gua join dalam sesi cam ni sejak begelar penulis secara rasminya. Sejak buku gua diterbitkan. Cam biasa gua sampai lewat. Macam-macam alasan boleh direka sebab lewat. Heh! Gua sampai, majlis dah mula. Tak kisah la. Janji gua sampai dan memenuhi jemputan. Begini lebih kurang pengisian dan perjalanan sesi dialog...

Ada tiga objektif utama sesi dialog antara Ketua Pengarah dengan
penulis ni diadakan.

Yang pertama –
Memberi penerangan mengenai Kepentingan Akta Penyerahan bahan Perpustakaan 1987 ( Akta 331 ) dan perana Pusat Penyerahan Terbitan Negara,perpustakaan Negara Malaysia. Pusat Penyerahan ni bertanggungjawapsepenuhnya terhadap penguatkuasaan akta tersebut dalam usaha membina Koleksi Negara iaitu koleksi bahan yang diterima bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 ( Akta 331 ).

Objektif yang kedua
Menggalakkan penulisan dan penerbitan karya tempatan melalui peruntukan Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Tempatan.

Objektif ketiga
Menjana idea dan pandangan dalam memaju dan mempelbagaikan karya terbitan di dalam industri pembukuan Negara.

Untuk makluman semua sobat, Akta Penyerahan ni mewajibkan penerbit menyerahkan bahan yang diterbitkan dalam negara kepada Perpustakaan Negara Malaysia melalui Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Bahan-bahan yang diterima itu akan dijadikan sebagai Koleksi Negara ( buku gua dah jadi Koleksi Negara rupenye ) yang dapat mencerminkan warisan interlek, kesusasteraan, kebudayaan serta ilmu dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul. Konsep penyerahan secara undang-undang telah diamalkan sejak dahulu lagi melalui Straits Settlements Book Ordinance 1886, FMS Book Enactment ( F.M.S. cap 90 ) 1916, Preservation of Books Ordinance 1950 dan Akta pemeliharaan Buku 1966. Jadi mana-mana sobat yang dah ada buku/diterbitkan, elok la hantar ke Perpustakaan Negara. Simpan sendiripun tak guna. Elok jadikan Koleksi Negara.

Objektif Akta Penyerahan

Ni gua share sket pasal Objektif Penyerahan.
Akta ni mula berkuatkuasa sejak 15 April198 zaman purba yang lalu yang bertujuan untuk:
-menyediakan bagi pemuliharaan dan pengunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia
-Mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
-Menyelenggarakan rekod-rekod statistic bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.

Yang ni plak pasal Definisi – Bahan Perpustakaan

Bahan Perpustakan meliputi bahan bercetak seperti buku, terbitan bersiri
( majalah, jurnal, buletin, surat khabar ), peta, carta, poster,
risalah dan sebagainya. Manakala bahan tidak bercetak termasuk filem sinematograf, microform, piring hitam, rakaman video dan audio, media elektronik ( perisian computer, CD-ROM ) dan media lain yang mengandungi maklumat. Ada banyak lagi maklumat pasal Akta Penyerahan Bahan ni. Tak larat nak tulis. Korang kena cari sendiri la. Tak kan nak senang jer. Heh!

Dalam sesi dialog ni gak, Ketua Pengarah turut menerangkan akan kepentingan dan kegunaan kod International Standard Book Number ( ISBN ) seperti yang ada kat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Nampak tak nombor kod ISBN kat tu? Begitu gak dengan International Standard Serial Number atau ISSN barcode yang terdiri dari lapan nombor kat belakang buku. Ni semua mempunyai peranan, tujuan dan sebab kenapa perlu ada dan dicetak pada buku yang diterbitkan. Korang kena cari lagi maklumat pasalISBN, ISSN dan juga pasal PDP. Tak lengkap yang gua bagi ni.

Selepas selesai sesi penerangan dari Ketua Pengarah mengenai Akta Penyerahan Bahan, tiba la ke sesi penerangan yang ditunggu-tunggu oleh semua penulis yang hadir iaitu pasal Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Penulis Tempatan. Untuk makluman semua sobat, setiap tahun Perpustakaan Negara mempunyai dana khas untuk membeli terus buku-buku yang dibuat oleh penulis. Pembelian terus dari penulis, bukan dari penerbit. Peruntukan dari dua hingga empat juta ringgit setahun untuk membeli terus buku-buku dari penulis. Apa yang perlu penulis lakukan adalah membuat pemohonan dengan menghantar senaskah buku untuk dinilai oleh panel penilai perpustakaan. Hantar la berapapun buku yang ada/dibuat. Sekiranya ada empat buku, hantar semua. Mungkin semuanya akan dibeli dengan nilai hampir RM25,000 setiap buku! Kayo pakcik! Perpustakaan akan membeli dengan jumlah yang besar untuk setiap buku yang diluluskan oleh panel penilai. Oi, encik Serunai Faqir! Lu kena hantar novel MANTERA HITAM lu untuk dinilai oi!

Masa sesi dialog, hampir semua penulis membangkit, memperkata dan mempersoalkan mengenai dana ni. Berebut-rebut nak tanya. Ada yang cakap
mengarut entah apa-apa. Karut la diorang ni. Guapun nak tanye, tapi tengok semua berebut-rebut dan rakus bertanye…kebanyakan semua tahap oldskool plak, tak payah la. Bagi diorang jer meluahkan perasaan. Sabo jer la. Pada semua sobat yang telah ada buku, sedang pulun buat buku atau akan buat buku sendiri di masa akan datang, sila hantar buku korang untuk dinilai ke;

Perpustakaan Negara Malaysia,

Pusat Penyerahan Terbitan Negara,
Aras 19, Menara TH Selborn,
153, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur
03 2687 4232/4233/4236/4237
faks -03 26817235

Ada rezeki, buku korang akan dibeli. Dana ni untuk semua rakyat BolehLand yang ada buku sendiri sahaja! Jangan lepaskan peluang dan bagi peluang pada penulis lain saja rembat/rebut/bolot dana ni. Bila orang lain rebut peluang, korang bising. Komplin sana sini! Blah la! Ni hak kita semua!

Pastikan karya/buku korang tu best cam makanan yang disediakan untuk kitorang setelah selesainya sesi dialog. Yummyummy! Jangan la ikut orang. Orang buat novel kisah cintan cintun, pegolakan rumah tangga, skandal dato itu, datin ini, korangpun ikut gak buat tema yang sama. Boring! Jangan la. Ada banyak lagi tema, bahan yang boleh dibuat. Asyik asyik cinta, cinta! Menurut pihak perpustakaan, ada banyak lagi bahan bacaan atau maklumat yang kurang dan diperlukan seperti buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Ilmiah tapi tidak la terlalu tinggi. Sederhana. Boleh diterima, difahami dan dilakukan oleh semua golongan pembaca. Boleh kira berapa buku ( buatan anak Melayu,Malaysia ) seperti gua tu kat negara kita. Kebanyakan impot! Buku/bahan cam tu yang diperlukan oleh perpustakaan dan semua rakyat BolehLand. Novel cintan cintun dah terlalu banyak. Penuh dah stor perpustakan!

Makqan time! Yeahoooo! Masa ni gua sempat menyantuni sorang penulis oldskool. Pesara guru yang telah menghasilkan beberapa novel dari pengalaman beliau. Seronok dapat besembang dengan oldskool ni. Moga pakcik sihat dan trus dapat menghasilkan novel yang bermanafaat pada generasi muda seperti gua. Beliau bercerita sket mengenai novel beliau. Hebatnye pengalaman yang telah dilalui. Moga diberkati dan dirahmati Allah. Lebih kurang cam tu la sesi perjumpaan dan dialog dengan Tuan Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Yang Berbahagia Encik Raslin Abu Bakar. Sila lawati laman web perustakaan Negara Malaysia untuk mengetahui lebih lagi mengenai akta, dana pembelian dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Susah la sket. Jangan nak senang jer. Ni dia alamatnye.

http://www.pnm.my
pptn@pnm.my

kalo nak tau pasal ISBN, ISSN dan PDP, boleh emel jer.

issn@pnm.my
isbn@pnm.my
pdp@pnm.my

Pertemuan yang menarik. Moga ada manfaat untuk semua sobat.

Sunday, April 05, 2009

MINI KARNIVAL 09

MINI KARNIVAL 2009
10 Rabiulakhir 1430H - 06 April 2009

Pada 02 Rabiulawal - 04 Rabiulawal 1430 H - 27 Feb hingga 01 Mac 2009 zaman purba yang lalu, buat pertama kalinya MINI KARNIVAL Karangkraf 2009 telah dilangsungkan dengan jayanya diperkarangan pejabat urusan Karangkraf di Shah Alam. Pesta kecil-kecilan menjual terus majalah oleh editor, wartawan, grafik, kartunis, ilustrator pada semua penyokong, peminat, pembeli, pelanggan majalah keluaran Karangkraf dan pada semua pengujung MINI KARNIVAL 2009. Pesta ni dibuat khas untuk semua penyokong setia majalah terbitan Karangkraf selama ni. TQ.

Ni dia salah satu bunting MINI KARNIVAL 2009 kitorang. Karnival ni dibuat sebagai warm up seblum Pesta Buku 2009 pada bulan April ni kat PWTC. Dalam karnival ni, semua team majalah berusaha dan berkerjasama menjayakannya. Bermula dari setting hingga menghias gerai dan segala macam lagi. Dalam setiap khemah, empat buah majalah bekongsi tempat untuk mempromosi, menjual, buat lawak dan menjalankan segala aktiviti bersama pengujung.

Pagi Jumaat hari pertama MINI KARNIVAL. Mendengar sket taklimat dari Pengarah Urusan mengenai MINI KARNIVAL. Lepas ucapan ringkas, kita semua akan menyanyi. Masa ni semua orang sedang syok menyanyi dan membuat gerakan lagu feveret kitorang warga Karangkraf iaitu lagu "Demi Matahari". Gua plak sibuk amik gambo. Ontah la jang!

"... demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya..."

Selain dari khemah jualan dan aktiviti, sebuah pentas mini juga turut disediakan. Kat pentas ni macam-macam aktiviti dijalankan. Masa petugas masih sibuk memasang dan menghias pentas, gua amik kesempatan buat pesembahan yang menimbulkan kemarahan semua orang terutama tukang hias pentas. Heh! “ cause i wanna be anarchyyyyyy!”

Ni buka MyVi gua. Kereta ni boleh jadi milik korang sekiranya menang. Yeah, menang! Kalo tak menang, cane nak dapat kereta ni. Macama mana nak menang? Susah gak. Korang kena kuar sket duit dengan melanggan mana-mana majalah kuaran Karangkraf. Mana boleh bagi kete ni cam tu jer. Lemak la! So lantak korang la nak melanggan atau tak. Kalo melanggan lagi la baik. Tapi tak semestinya korang akan menang myvi ni sekiranya melanggan. Nasib la kan.

Gua tak betugas pada hari pertama berlangsungnya MINI KARNIVAL. Hari pertama tolong hias gerai sket, pas tu sibuk amik gambo. Gua betugas pada hari ketiga ( hari ahad ) bersama encik Padi. Selain menjual majalah G3, gua gak menjual buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Ramai gak yang beli terus dari gua selain dari membeli kat gerai Alaf 21. Terima kasih. Oh, yeah! Gerai yang atas sekali tu bukan menjual produk Karangkraf ye. Diorang adalah jemputan khas dari Les Copaque Produktion yang membuat jualan cenderahati dan segala macam produk Les Copaque. Melompat-lompat anak-anak memaksa mak bapak membeli itu ini!

Tetamu undangan istimewa pada hari terakhir ni ialah encik IPIN dan UPIN. Memang huru hara keadaan bila kedua maskot karakter ni muncul. Belah pagi tadi sekali, belah petang ni kuar sekali lagi. Habih semua baik tua atau muda telompat-lompat nak begambo dengan Upin dan Ipin. Tak ketinggalan nak besalam dan peluk-peluk. Hey! Kan gua dah bagi tau hari tu. Dalam sarung tu ada orang. Syok giler la mamat dalam sarung tu dipeluk oleh awek cun! Lantak korang la. Yang penting enjoy!

Lawatan dari pertubuhan tak berdaftar yang diasas dan diketuai oleh kartunis A’an ( salah sorang kartunis majalah G3 ) iaitu Unregisted High School – UHS ke gerai kitorang. Oh, yeah! Kitorang bekongsi khemah dengan majalah Arena Bolasepak, Dara.com dan Remaja.

Pada Mini Karnival ni, pengunjung yang bertuah berpeluang untuk masuk ke dalam bangunan Karangkraf dan melawat di seluruh kawasan. Diorang dibawa oleh petugas dan diberi penerangan mengenai setiap tempat yang dilawat temasuk kilang pencetakan. Boleh tengok mesin cetak yang besar bagak! Habis penat melawat dan membeli, boleh duduk lepak berehat di tikar yang disediakan di bawah pohon rhu. Boleh makan, minum sambil gossip-gosip! Heh!

Bergambo dengan pembeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR masa diorang on the way nak balik. Terima kasi sudi datang ke Mini Karnival Karangkraf dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membeli buku gua. Jangan simpan buku ni, guna dan manafaatkan beliau semaksimum yang boleh! Selamat Berjaya!

Heh! Yang ni plak bersama sorang bloger tegar! Gua kenal beliau melalui laman blog. Beliau adalah encik Serunai Faqir, seorang pemukul gendang silat, peniup serunai, novelis dan geng metal. Beliau datang untuk mempromosi, menjual dan menandatangani novel pertama beliau terbitan Alaf 21 yang berjodol MANTERA HITAM yang telah berada di pasaran untuk korang beli! Patut nak sambung sembang-sembang lagi, tapi beliau kena blah awal. Lain kali jer la ye

Ni dia novel MANTERA HITAM - sebuah novel fiksyen fantasi. Saudara Serunia Faqir ada kata kat gua “ bro kena dapatkan novel gua tu pasal gua ada mantion nama bro dalam tu!”. Beliau tulis nama gua GAYOUROCK kerana beliau adalah peminat kartun-kartun gua di zaman purba dahulu. TQ. Ayuh, semua peminat novel tanahair! Beli novel fiksyen fantasi MANTERA HITAM ni sebagai sokongan dan minat! Kata minat novel. Jangan cakap saja tapi tak buktikan! Sebenarnya sejak mula diterbitkan saudara Serunai Faqir dah paksa gua promotkan novel beliau kat blog gua. Sengaja gua lambat promotkan untuk membuatkan ia sentiasa ada promosi. Tak la hanya hebat promosi di awal penerbitan saja.

MANTERA HITAM… sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!

Hebat!

Jumpa lagi di MINI KARNIVAL akan datang dan jumpa di Pesta Buku 2009 di PWTC. Terima kasih atas sokongan semua.


Wednesday, March 11, 2009

HERE I GO AGAIN

SIRIH PULANG KE GANGGANG
16 RABIULAWAL 1430H - 13 MAC 2009

Ayat biasa yang kita dengar “ penatpun tak hilang lagi “ dah kena pindah balik! Yeah! Kitorang kena pindah lagi untuk sekian kalinye pada 29 Safar 1430H – 25 Feb 2009 ( Rabu ) yang lalu. Rasenye baru sangat pindah tempat, ni kena pindah lagi. Gua tak ingat dan ilang ingatan masuk ni kali yang keberapa gua kena pindah tempat sejak kerje balik kat karangkraf.. ARGHHHH! Ni budaya kat karangkraf untuk makluman semua. Pindah randah ni adalah perkara biasa. Jadi jangan simpan atau kumpul harta/sampah banyak-banyak. Tak la azab nak pindah.

Tempat atau department baru kitorang kembali ke tingkat satu. Kembali ke tempat awal masa gua mula bekeje kat karangkraf dulu. Kenangan lama tetap segar dalam ingatan. Seperti semalam gua kat tempat ni… ah, syahdunye! Ia seperti balik kampung. Tengok sungai, sawah, ayam, kambing, memerang, tupai, burung…. Kenangan itu masih pekat, likat, hitam dan kuat melekat kat kepala hotak!

Ni la yang gua kata tadi. Jangan simpan sampah banyak-banyak! Buang cepat-cepat mana sampah yang tak perlu. Apa sangat la nak disayang-sayangkan! Nak pindah senang. Jenjeng jer satu atau dua plastik beg dah selesai. Kena plak pindah kat tingkat satu. Kan senang. Sekali harung dah siap. Tak cam gua. Aduuuu la azabnye munggah harta pusaka dan sampah-sampah yang sangat gua cintai. Apa nak buat, gua adalah jenis suka mengumpul sampah. Ni la padahnye. Tak kisah la asalkan gua boleh menyusahkan kawan-kawan tolong angkat, pikul, jenjeng dan tolak mana yang patut. Heh!

Hari pindah ni gua sampai lewat sket
ke opis. Apa hal ntah guapun dah lupa. Member lain dah selesai punggah harta pusaka memasing. Walau seketika kat tempat baru ni, ia tetap meninggalkan kenangan teutama masa chicks dan model yang lalu lalang sengeh-sengeh walau ia sangat ‘mengganggu penumpuan’ gua untuk melukis. Tempat ni tidak ‘menyenangkan jiwa dan raga’ gua. Ia bukan tempat yang sesuai untuk department kitorang kerana ia laluan utama ke studio photo kat karangkraf ni. Orang lalu tengok dan jeling-jeling. Ada yang singgah tengok. Ia merimaskan! Maklum la orang seni, seni sangat la kononnye. Heh!

So hari ni PINDAHHHHH! Yahoo walau menyeksakan! Member lain sekali dua ulang dah selesai punggah dan siap kemas harta memasing. Boleh tidooo lagi cam A’an tu. Sama gak cam Padi dan Amang kat belakang tu. Jelesnye gua! Gua plak jenis yang suka belek buku itu dan ini masa bekemas. Tu antara penyebab lambat nak mampus siap bekemas. Antara komik yang gua kasih dan cinta.Tapi tak ada la sayang sangat. HEH!

Masa memunggah dan bekemas ni la jumpa segala macam buku, majalah dan komik. Masa ni la plak paling syok membelek. Leceh tul. Lagi sekali antara komik yang gua kasih dan cinta tapi tak la sayang sangat. Belah kanan tu ialah komik LOBO. Karekter anti hero yang sangat kuat pengaruhnye dalam kerjaya dan stroke gua. HEH! Zaman emas LOBO adalah semasa dilukis oleh encik Simon Bisley.

Ni plak adalah senjata membunuh gua untuk berkarya! Yang botol-botol tu adalah wana air yang gua gunakan untuk mewarna. Hey! Gua adalah kartunis/illustrator tegar yang masih mengamal dan berkarya secara MANUAL! Korang nak kutuk, hina, keji, maki, pelekeh blablablaaa..apapun cakap la kerana gua masih berkarya secara purba/pramitif dan tidak menggunakan teknologi digital yang korang bangga-banggakan sangat tu. Biar tinggal gua sorang kartunis yang berkarya secara manual kat Malaysiapun tak apa! Ramai pelawat yang datang bertanya " kenapa brader purba sangat masih melukis cara manual?". Gua sengeh jer. Kotak-kotak kat atas botol-botol warna tu adalah kotak dakwat hitam untuk gua melukis atau inking dengan brush atau pen celup. Dalam kotak yang serabut yang ada gunting dan straw tu plak ada peluru perang gua iaitu pen, brush dan segala macam lagi. Kotak biru tu plak ialah warna pensil. Sapa lagi yang masih gunakan senjata purba ni mewarna ye? Kalo korang nak tau, gua la orangnye.

Gua dah ilang akal dan arah tujuan cam no nak nyusun semua ni. ARGHHHH! Hari tu masa pindah, gua dah banyak buang sampah-sampah yang tak diperlukan. Cam no buleh jadi banyak balik ni? ARGHHHHHH! Member member lain semua dah siap bekemas. A’an masih kroih! kroih! dengan lenanye. Aduuu la! Gua masih ilang akal nak buek cam no laie ni. ARGHHH!

Tengok la encik Padi tu. Beliau dah besenang lenang layan mp3 dangdut sambil menunjukkan buah pisang penyek yang beliau sorokkan hari tu. Maklum la barang tak banyak untuk dipunggah. Satu round dah settle semua. Masa pindah ni baru jumpe buah pisang la, gula-gula la… Dah jahanam baru ofer kat sapa yang beminat nak makan. You kejam Padi. Kejammm! Sama gak dengan encik Amang kat belakang tu. Dah siap bekemas dan sedang donlod lagu klasik tahun 60an.

Tak cukup tempat atas meja, gua sumbat bawah meja. Aduuuu… angkat barang ke tingkat satu dah la penat, menyusun harta bende ni lagi menyakitkan kepala hotak dan memenatkan! Gua masih tetanye-tanye “ cam no harta gua boleh jadi banyak balik ni”? Rasa dah buang banyak masa pindah hari tu. Entah la. Jangan banyak songeh, kemas cepat!

Untuk menghibur hati, gua amik gambo majalah dan komik yang gua ada sebelum menyusunnye dalam laci. Ni semua antara rujukan gua masa melukis. Gua masih dan tetap belajar walau telah lebih 25 tahun melukis. Gua tak anggap gua dah hebat. Gua masih belajar. GROO merupakan komik dan karekter kartun yang gua suka. Dulu gua ikuti dan beli komik GROO tiap bulan secara tegar. Ia dicipta oleh encik Sergio Aragones yang gua temui pada tahun 1998/99 yang lalu kat satu seminar komik. Tak penah dengar komik ni? Tak apa. Ia tidak menjejaskan apa-apapun. GROO sungguh menghiburkan!

Death Dealer – watak yang dicipta oleh pelukis hebat Frank Frazetta yang “dipinjam” oleh Glen Danzig ( penerbit dan penulis ) yang menjadikannya watak utama dalam komik Death Dealer ni. Ceritanye tak la bagus mana tapi painting/lukisannye yang hebat. Simon Bisley, Liam Sharp… phew! Ini antara bahan rujukan gua dan gua mengambil manfaat darinya. Tapi apa sangat la komik ni. Walaupun tahap rare. Tak perlu la lebih-lebihkan sangat. Sebelah kanan tu plak komik boy scout forever special edition yang covernye dilukis oleh superstar komik dunia, encik Alex Ross dan dibuat dengan teknik hologram. Apa sangat la. CRAP!

Hah! Dalam sakit otak menyusun harta pusaka gua ni, terjumpa la plak dengan harta paling rare ni. Ni baru rare! Komik tempur tegar buatan anak Melayu awal tahun 80an dulu terbitan Mediaseni dan Golden Books. Selain Mediaseni, komik gak diterbitkan oleh penerbitan Berjaya Enterprise dan P. Maju. Selain kisah kehebatan pahlawan Melayu, percintaan dan misteri, kisah seram hantu setan juga menjadi tema pilihan ramai pelukis komik masa tu. Jelas banyak sekali kelemahan itu ini dalam penghasilan komik-komik ni. Tapi ini la yang gua banggakan. Walau buruk, ia ada jati diri Melayu yang sangat pekat dan tegar. Ini la jati diri kita! Gua tak malu menyimpan,memiliki dan merujuk komik-komik ‘buruk’ ni. Ia kebanggan gua. Terima kasih pada semua pelukis komik old skool tanahair. Tanpa korang, gua tak jadi seperti hari ni ( dengan usaha dan ketentuan Allah ).

Ni plak komik adalah komik terakhir yang gua beli. Tahun 2006/07 kot. Komik bersiri sebulan sekali karya encik Alex Ross ( bersama Doug Braithwaite ) yang mewarna secara manual ( 0.5% air brush untuk efek ) keseluruhan dari cover dan kandungannya. Diulangi… MANUAL! Pada korang yang memuja dan mengagungkan warna digital tak perlu la susah-susah cari dan beli komik ni. Warna manual beb! Old skool. Purba, primitif, ketinggalan. Tak menarik cam digital. Apa sangat la. Jangan la kagum sangat dengan komik ni.


Ni lagi satu yang menyebabkan kerja gua tetangguh dan menjadi ralit . Novel grafik AKU DAN SESUATU karya saudara Aie. Setakat ni gua ada empat dari lima bahagian. Tak tau bila nombor lima akan siap dan diterbitkan. Kalo lambat sangat nak siap, gua jumpe Aie kat mana-mana nanti, gua pasti akan sungkit dan tumbuk perut beliau sebagai wakil dari korang ( peminat dan pengikut siri ni ) . HEH! Khabar tebaru, karya AKU DAN SESUATU ni sedang dipropose untuk difilemkan. Selepas karya Dato Lat ke Layar Perak, nantikan plak karya Aie ni sekiranya ada rezeki di Layar Perak.

Hah! Antara majalah metal sebagai rujukan untuk menghasilkan karya atau lukisan pemain gitar yang hebat! Bukan main belasah ikut kepala otak. Ramai yang rasa mudah/senang je nak lukis gitar, aksi pemain gitar, amplifier atau drum. Itulah kesilapan. Gua mencari, membeli dan mengumpul majalah-majalah metal yang mahal nak mampus ni semata nak menghasilkan karya yang bermutu sejak 28 tahun yang lalu. Macam-macam majalah metal yang gua beli ikut kemampuan. Ada yang dah pupus, mahal nak mampus, susah nak nak cari dan ada majalah metal baru yang tak kurang hebat info dan photonye. Dari majalah ni la gua tahu sikit-sikit pasal band itu dan ini. Ada yang tanye gua “ cam no brader lukis orang main gitar tu nampak real!”. Majalah-majalah ni la yang menjadi 'guru' rujukan gua. Ia hanya rujukan untuk memudahkan kerja. Gua akan ubah ikut selera dan keselesaan. Tapi bila dah lama melukis, tak perlu merujuk sangat buku/majalah.. Dah tak jadi masalah nak lukis kartun banging sambil belasah gitar flying V. Majalah-majalah ni sangat membantu gua.

Susun punye susun. Jumpe lagi komik-komik lama seperti komik Children of Fire yang dicipta, dilukis dan diwarna secara MANUAL oleh pelukis hebat Richard Corben pada tahun 80an dulu. Tak penah dengar, tak penah tengok dan tak heran langsung pasal Richard Corben ni kan? Tak apa. Untuk makluman, beliau bersama Frank Frazetta merupakan pengaruh kuat encik Simon Bisley. Sapa pulak Simon Bisley ni. Hebat sangat ke beliau. Apa karya dan sumbangan beliau pada industri komik dunia? Tak apa, ia tidak menjejaskan apa-apakan?

Warna dan stroke Richard Corben dengan Frank Frazetta bebeza sangat. Persamaannya, kedua-duanya adalah pelukis MANUAL dan betemakan fantasi! Superb! Gua penah cuba meniru warna yang digunakan oleh Corben dalam painting komik dan ilustrasi yang gua buat. Hancus! Dapat ikut sikit jer. Susah tul nak tiru. ARGHHH! Painting cover komik kompilasi LOBO Greatest Hits tu dilukis oleh encik Simon Bisley. Komik MARVELS tu plak dilukis manual sepenuhnye oleh encik Alex Ross dengan teknik warna air. Ia merupakan karya awal Mr Alex sebelum menjadi superstar hebat nombor satu komik dunia dengan karya agung Kingdom Come beliau!

Ramai yang kata sukan gusti dan majalahnye sekali adalah karut! Ramai yang mempelekehkan sukan yang sangat menghiburkan ni. Walau karut, ia sangat penting pada gua sebagai seorang kartunis dan illustrator. Bahan rujukan mesti cukup! Gua menyimpan segala macam majalah temasuk majalah WWE, Smack Down dan RAW sebagai rujukan. Bila dapat tugasan melukis ahli gusti atau segala yang bekaitan dengan sukan gusti, majalah ni la penyelesaiannya. Walau sukan ni tipu tapi kecederaannya adalah benar kerana gusti merupakan salah satu sukan ekstreme yang sangat popular di seluruh dunia skang ni. Ia sangat menghiburkan. Sama seperti sukan bolasepak. Orang menjadi giler dan ilang akal menontonnye. Kenapa perlu membayar tiket dan sanggup berasak-asak ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak? Boleh mencarut dan maki hamun ikut suke? Tidak. Kerana manusia mencari hiburan dan keseronokan. Gusti adalah hiburan dan bolasepak juga adalah hiburan. “ The Rabid Wolverine FOR REAL!”

Metal Maniacs Presents - History Of Metal 25 Years! Edisi collectors edition ni dah tahap rare dah ni. Diterbitkan pada tahun 1993. Masa kemas-kemas ni la jumpe macam-macam majalah. Gua beli majalah ni sebagai rujukan untuk membuat satu cerita pasal muzik dalam majalah UJANG kuaran No. DUA bulan Februari 1994 yang lalu. Apa ya tajuk cerita metal gua tu? Yeah! MUSICMANIA tajuknye. Disiarkan sebanyak tiga keluaran. Ni la majalah rujukan utama selain dari Metal Hammer, Metal Edge, Metal Force, Faces Rocks, Metallix, Kerrang!, Metal Maniacs, Rolling Stone, Metal Attack Special – THRASH, Hit Parader dan ontah apo kobondo majalah metal laie. Jangan ingat gua buat cerita tu main belasah ikut kepala lutut dan tidak melakukan kajian dan bahan rujukan yang cukup. Google atau Wikipedia blum ada lagi masa tu. Kena la beli majalah yang mahal nak mampus! Gitu gak dengan majalah Metal Attack THRASH special tu. SLAYER RULES! Gua beli untuk cerita, berita, ulasan album thrash/death/grind, photo, live dan sebagai rujukan di sepanjang masa. Gua suka melukis dengan bahan rujukan yang banyak. Seronok meja besepah-sepah. Pasal tu ‘harta’ dan ‘sampah’ gua tersangat la banyaknye. Terasa seni sangat la kononnye. Heh!

Ni gambo rare pada tahun 1994 yang lalu masa proses melukis cerita MUSICMANIA. Nampak tak majalah History of METAL-25 YEARS tu? Cam ni la cara gua bekerja. Bahan rujukan mesti cukup/banyak dan besepah! Lukis kartun bukan semudah yang disangka. Belasah lukis ikut kepala lutut! Kena ada bahan rujukan yang cukup dan mesti membuat kajian untuk menjadi seorang kartunis yang baik, bertanggungjawap dan berilmu. Kerana kartunis bertanggungjawab melukis dan menyampaikan bahan atau fakta yang betul dan tepat pada pembaca dalam karya-karya yang dihasilkan.

Alamak! Siapakah jejaka kacak ni? HEH! Ni la gua pada tahun 1994 dulu masa mula-mula betugas sebagai kartunis sepenuh masa kat majalah UJANG. Korang kat mana masa ni. Sekolah kat mana. Dalam darjah/tingkatan berapa? HEH! Untuk makluman, ni kira peringkat awal gua melukis menggunakan brush. Sangat mencabar. Tehegeh-hegeh lukis guna brush masa ni. Tapi gua tak berhenti. Trus menggunakan brush hingga ke hari ni. Cerita MUSICMANIA ni gua lukis gunakan brush sepenuhnya. Sakit jari, lenguh bahu tapi seronok! Lagi sekali,nampak tak bahan rujukan tu? Begini cara melukis ya. Selain punya bakat dan kebolehan hebat melukis, bahan rujukan perlu ada dan cukup. Terima kasih.

Korang penah nampak, jumpa atau tengok ( baca ) majalah old skool ni? Tak penah. Ni la kali petama tengok. Harhar! Satu lagi majalah old skool, WEEKEND kuaran 15 June 1985 zaman purba dulu yang masih gua simpan dan tejumpa balik masa pindah ni. Majalah hiburan mampu beli ( $1.20 senaskah ) untuk remaja nakal cam gua mendapatkan info dan poster artis pop dan rock masa tu. Ada cerita dan gambo Duran Duran, Modern Talking ( aww! ), Bananarama, WHAM!, Cyndi Lauper, Michael Jackson, Madonna, Culture Club, Eurythmics, Prince, Thompson Twins, The Police, Sheena Eston, Breakdance dan band-band rock/metal - Motley Crue, Twisted Sister, Ozzy, Van Halen, Ratt, Deep Purple, Night Ranger, Saxon, Scorpions, WASP, Kiss dan segala macam lagi. Yang paling best ada poster Brooke Shields dan Phoebe Cates! HEH! Majalah mampu beli ni la yang banyak bejasa pada gua masa melukis. Ia menjadi bahan rujukan utama.

MASTERS OF HEAVY METAL. Satu lagi buku yang menjadi rujukan utama masa melukis/membuat cerita MUSICMANIA. Gua beli majalah/buku ni pada tahun 1990. Mahal nak mampus! Tak apa, kerana ia sangat beguna dan membantu gua menjadi lebih mahir melukis kartun/ilustrasi gitar atau aksi bemain gitar! Buku koleksi khas pasal generasi awal gitaris hebat dunia dari The Pioneer of Heavy Metal Jimi Hendrix, Mountain's Leslie West, Jimi Hendrix, Ritchie Blackmore, Tony Iommi, Ted Nugent, Jimi Page, Michael Schenker hingga ke gitar hero generasi baru Randy Rhodes dan Eddie Van Halen.
The master guitar players, their instruments, their playing techniques, their spirit and power!

Tejumpe plak yang ni! Dulu sapa yang ada koleksi BERSAMA SELAMANYA VOL 1 dan VOL 2 ni atau masih ada lagi dalam simpanan? Terima kasih pada yang penah membeli sama ada vol satu atau dua. Itu kenangan indah kita pernah Bersama Selamanya walau di mana berada. Hingga ke hari ini masih ramai yang betanye pada gua koleksi Bersama Selamanya vol. SATU. Sori, tak ada lagi. Yang ada hanya kenangan dan untuk simpanan peribadi. Ni la antara majalah/koleksi yang gua sanggup tampal kat sini untuk tatapan semua. Ada banyak lagi harta pusaka dan buku/komik/majalah yang gua jumpe masa kemas-kemas yang tak nak gua tampal kat sini. Sori la. Biar la menjadi rahsia. HEH! Apapun kita tetap Bersama Selamanya. Tetap indah dalam kenangan. Terima kasih.

Masa keletihan tak ingat bekemas dan leka membelek majalah-majalah, ada la plak awek student dari UITM Shah Alam yang datang melawat. Alahaiii… dari penat trus besemangat! Heh! Gua tak perlu mintak maaf kerana keadaan tempat gua yang masih huru hara. Datang masa orang pindah apahal? Walau huru hara besepah sepah, diorang tetap tegedik-gedik nak begambo dengan gua. Sila, sila… tak ada hal punyer. Masa ni gua sangat penat. Tak larat dah. Rasa dah lebih pukul empat petang, tapi masih tak habih bekemas. ARGHHH! Member lain dah bangun dari tido, dah lunch, dah berapa lagu/album diorang donlod, dah siap kerje. Cam ni la nasib gua setiap kali pindah tempat. Paling lambat habih punggah harta dari tempat lama dan paling lambat abih bekemas kat tempat baru. Maklum la ‘harta’ banyak. Kayo la kato an! HEH!

Tempat baru ni benar-benar mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan. Ia seperti muzik rock. Walau DUA PULUH TAHUN telah berlalu tetap segar dalam ingatan. Selamat bersemangat menjalankan tanggungjawab di tempat baru pada gua dan pada semua sobat department ilustrasi dan majalah G3. Tak lupa pada semua sobat yang dikasihi. Selamat bejaya didunia dan akhirat.

adoii... ponek eh!

Monday, March 09, 2009

PEMIMPIN ABADI

PEMIMPIN ABADI
12 RABIULAWAL 1430H - 09 MAC 2009

lahirnya pemimpin abadi yang membawa sinar, harapan dan rahmat ke seluruh alam semesta! selamat menyambut dan meraikan keputeraan junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W. seorang pemimpin yang diCINTAI, diPERCAYAI, yang MEMBIMBING, yang BERKEPERIBADIAN dan PEMIMPIN YANG ABADI pada semua sobat yang dikasihi. kerana sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu mempunyai budi pekerti dan akhlak yang agung!

selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.

Wednesday, March 04, 2009

DIA DAH POPULAR!

UPIN DAN UPIN
08 Rabiulawal 1430H - 05 Mac 2009

Hari tu beberapa hari selepas filem GENG mula ditayangkan, team promosi Les’ Copaque singgah melawat ke pejabat urusan kitorang ( karangkaf ) pada 22 Safar 1430H – 18 Feb 2004 ( rabu ) bulan lepas dengan mascot UPIN dan IPIN. Ni kira siri jelajah diorang ke syarikat penerbitan untuk promo filem GENG. Selamat datang ke Karangkraf encik Upin Dan Ipin. Ada banyak gambo tapi tak senonoh. Hanya gambo ni yang sanggup gua tampal untuk semua. Enjoy!

Ketibaan maskot Upin dan Ipin disambut dengan tepuk sorat dan jeritan dari semua team editorial. Apa hal semua orang menjerit-jerit? Gilo ko apo! Terutama awek-awek. Maklum la tempat kitorang tesorok sket. Tak nampak sapa yang masuk dari pintu receptionist. Tengok-tengok, ramai dah kerumun kedua maskot ni tesengeh-sengeh amik gambo. Patut la semua hesteria. Semua nak begambo dengan ikon animasi baru yang sangat popular skang ni. Watak yang memberi POW! dan KABOMM! pada industri animasi ( 3D khasnye ) tanahair. Ini adalah salah satu cara promosi yang sangat bekesan dan mengujakan terutama kanak-kanak yang akan memaksa mak bapak diorang membeli itu dan ini produk Les' Copaque. Promosi/strategi tahap old skool tapi masih KEBABOMMM! Setelah sekian lama menunggu giliran, akhirnye team kitorang ( ilustrasi/G3 ) dapat gak begambo dengan maskot karakter UPIN dan IPIN kat studio amik gambo dept foto. Cam ni rasenye begambo dengan sarung yang ada orang kat dalamnye. HEH!

Tepikir gak, apasal ramai yang hesteria dengan maskot ni. Ia hanya sarung. Dalamnye ada orang yang kepanasan dan rimas tak ingat. Ia tak mampu buat apa-apa kalo tak ada orang memakainya. Orang jadi hilang akal kerana ia umpama impian jadi kenyataan. Fantasi jadi realiti. Bukan saja orang tua yang lebih-lebih hesteria tapi kanak-kanak gak hilang akal. Ia adalah karakter animasi dari alam fantasi yang dijelmakan depan mata." WHOAAAA! Tengok tu Upin dan Ipin! " Tu yang ramai hesteria, tak malu memeluk ( mamat dalam sarung ni syok la kalo awek cun yang peluk ), tesengeh-sengeh dan berebut untuk begambo walau semua tahu ia adalah sarung. Ada orang dalamnye. Orang tu adalah manusia seperti kita yang perlu makan, minum, tido dan kepanasan! Kenapa orang suka? Kerana ini adalah salah satu cara untuk berseronok, sengeh-sengeh dan berhibur cam ‘budak’ ni. Heh!


gud luck adik ipin dan upin!

Monday, February 09, 2009

YA BETUL! BETUL! BETULLL!

LES' COPAQUE
14 SAFAR 1430H - 10FEB 2009

Tahun lepas masa kat program Visual Communication Kolej Komuniti kat Kepala Batas, Pulau Pinang, hanya sempat amik gambo dengan geng Les’ Copaque. Tak sempat nak sembang-sembang dan join dalam sesi diorang bersama pelajar dalam program tu. Tak apa, tak kisah pasal department kitorang ( ilustrasi ) dijemput untuk melawat ke Studio LES’ COPAQUE yang begitu gah dan popular dengan siri animasi UPIN dan IPIN nya yang telah menawan hati dan mempersonakan jutaan rakyat BolehLand dengan hanya tayangan selama LIMA MINIT pada bulan Ramadhan yang lalu! Biasa pelawat budak sekolah dan segala macam persatuan, pertubuhan yang datang melawat kitorang, kali ni kitorang plak membuat rombongan pegi melawat. Yeahoooo!

Tu tengok betul-betul. Gua amik gambo betul-betul kat bawah signboard studio Les’ Copaque seblum masuk ke pejabat/studio diorang. An Animation Company LES’ COPAQUE Productions Sdn.Bhd – MSC Malaysia Status Company.

Masuk jer gua trus melilau tak tau nak amik gambo kat mana dulu. Sana ker, sini ker. Amik gambo kat standee GENG ni dulu la dengan Tuan Haji Brader YO.

Sesi penerangan oleh saudara Mohd Zarin ( lead render artist ) mengenai segala yang bekaitan dengan Les’ Copaque dan menjawap pertanyaan yang tak ada akal dari kitorang. Harharhar! Rasakan. Cam tu la rasanye bila ditanya oleh pelawat yang datang melawat ke department kitorang. Tanyo ontah apo-apo ntah! Diorang datang tanpa buat sedikit penyelidikan mengenai syarikat atau apa yang diterbitkan olah Karangkraf. Ada yang tanye cam ni,“ ni karangkraf yang buat kraf tangan tu ke?” Cam tu la lebih kurang pemahaman ramai pelawat mengenai penerbitan Karangkraf. Ontah la jang! Masa ni gak kitorang dipesembahkan dengan tayangan siri-siri animasi Ipin dan Upin, iklan koprat Upin dan Ipin, projek khas khidmat sosial temasuk preview filem GENG. Gua teruja menyaksikannya!. Nak tanye sket brader… “ apo makna Les’ Copaque. Kenapa Les’Copaque?”

Les’ Copaque adalah dalam slang/bahasa Perancis. Lebih global bunyinya. Kerana itu dipilih/digunakan Les’ Copaque. Kalo dalam bahasa broken kita ia berbunyi LAST KOPEK. Last kopek yang kita faham bermaksud PELUANG TERAKHIR dalam permainan atau PERCUBAAN TERAKHIR. Seperti kalo gagal mengkerate tulang keting lembu tu, habih la kena pijak-pijak!. Mereka menggunakan Les’ Copaque sebagai peluang terahir dalam penerbitan animasi dan KABOMMM! tercipta la sejarah! Lepas ni kalo korang pegi melawat atau jumpe diorang kat mana-mana, tak payah la tanye "apa makna les' copaque!". Gua dah bagi tau kat sini! Tanye la yang lain plak. Leceh!

Masa sesi panas soal jawap, tetiba muncul encik yang pemegang watak suara UPIN dan IPIN. Sapa ya nama adik ni? Lemah minda tul. Ni la dia orangnye yang suaranye digunakan untuk KEDUA-DUA watak Ipin dan Upin. Yeah! DUA-DUA watak tu menggunakan suara orang yang sama. Jangan tak caya dan buat-buat tekezut plak! Dari segi teknikal, ada kelainan sedikit sebenarnya pada tonenasi suara kedua watak tu. Gua tangkap dan paksa beliau amik gambo!

Antara hadiah, anugerah, piala, pingat, model karakter, pinggan, mangkuk, cawan yang menghiasi ruang reception diorang untuk ditengok, dibelek dan diamik gambo oleh pelawat.

Bukti pencapaian hebat diorang selama ini dalam penerbitan animasi tanahair. Boleh la tengok semua bende ni kalo korang bepeluang datang ke sini.

Setelah begaduh dan tak puas hati dengan jawapan, sesi soal jawap terpaksa ditamatkan untuk mengelakkan pergaduhan lebih besar. Masa untuk melawat ke setiap bahagian/department dalam proses menyiapkan sesebuah siri animasi. Tempat petama ialah studio rakaman untuk rakaman suara pelakon dan membuat kesan khas. Kat sini la semua pasal rakaman dibuat. Peralatan yang paling minimum digunakan dalam proses rakaman. Ni dia komputer dan mixer yang digunakan. Untuk efek, diorang gunakan software after effect, buat efek sendiri atau masuk hutan untuk merakamkan bunyi beruk, monyet, babi, cengkerik, bunyi burung hantu, bunyi perut kena tumbuk, bunyi itik kena sepak, suara kaldai, ombak menghempas batu, bunyi air hujan kat zink, angin ribut, kocakan ikan puyu dan lain-lain mengikut keperluan. Best gak dept n!

Setelah boring kat studio rakaman, kitorang dibawak ke studio animator buat kerje diorang. Ada beberapa bahagian/tugasan tertentu kat sini. Bukan semua belasah buat semua bende. Ada bahagian masing-masing dalam proses menyiapkan sesebuah animasi. Mula-mula kitorang dibawa ke bahagian tukang buat storyboard ( papan cerita ) dan penerangan mengenainya. Ini adalah bahagian paling penting dalam proses awal membuat animasi selain skrip dan lakaran konsep. Papan cerita adalah perancangan awal dan panduan untuk proses setrusnya. Baru perjalanan cerita cantik dan menarik. Tak la huru hara cam filem kita skang ni. Kebanyakan pengarah filem kita tak pentingkan atau buat storyboard langsung dalam proses pembikinan filem diorang. Main belasah ikut kepala lutut. Tu yang huru hara filem diorang!

Yang ni plak adalah bahagian wire frame modeler yang mencipta, membentuk dan mengemaskan sesuatu karakter. Tak kira karakter manusia, binatang, hantu setan, robot, alien atau apapun. Setiap bahagian seperti rambut, warna rambut, warna kulit, bentuk muka, bentuk badan dan semua yang bekaitan, diorang ni la yang buat. Tengok tu, encik ni sedang eksyen tunjuk kebolehan beliau membentuk karakter dengan teknik wire frame modeler.

Ni la dia bahagian dan orang yang digelar animator 3D ( 3 dimensi ) yang bertanggungjawap dalam proses “ mengerakkan “ karakter berpandukan papan cerita dan rakaman lakonan dan asas rendering. Apa ke bende rendering tu? Susah gua nak terangkan pasal kalo gua terangkan nampak cam terer plak, pada hal gua sangat naïf pasal animasi ni. So kalo korang melawat atau jumpe geng Les’ Copaque ni boleh la tanye soalan betaraf tinggi ni. Proses rendering ni diorang tak buat kat studio diorang kerana kebanyakan babak dalam GENG tak mampu dirender menggunakan computer biasa. Proses render ni hampir 70% dibuat kat render farm di MIMOS (The Malaysian Institute of Microelectronic Systems ) dibawah Malaysian KnowledgeGRID yang menjalankan proses pembangunan dan kaji selidik ( R&D ) Grid Computing.

Proses rendering memerlukan komputer/server yang berkuasa super power giler! So… jangan ingat buat animasi ni mudah, senang, kacang. Silap besar. Kalo kat Pixar Animation yang buat Bugs Life, Cars, Monster Inc, Finding Nemo, Incredible, Wall E dan segala macam lagi filem animasi yang membuatkan korang menangis dan bedarah idung, server diorang dah tahap gedabak mega superpower!

Bila dinamakan animasi, mesti ada pergerakan dan suara ( bunyi-bunyian). Ni la lebih dan menariknye animasi. Ada suara, ada pergerakan, ada kesan khas dan ada lagu. Kitorang dibawak betemu dengan encik Mohamed Azfaren ( composer ) yang bertanggungjawap mencipta lagu/muzik tema dan background muzik untuk animasi Upin & Ipin dan juga untuk filen GENG.

Seperti kat studio rakaman tadi, beliau hanya menggunakan sebuah keyboard dan computer untuk melakukannya! Hebat! Tengok tu. Ringkas jer peralatan yang digunakan. Jangan konpius antara keyboard komputer dengan keyboard untuk buat lagu. Kitorang gak dipertonton/diperdengarkan dengan soundtrack untuk filem GENG. Beliau gak menerangkan serba sket pasal proses muzik dan lagu-lagu ni. Terima kasih.

Habih dah semua department kitorang lawat. Penat dah bediri lama-lama. Biasa la kalo melawat. Rasakan! Terima kasih semua. Habih melawat, kitorang dibawak ke tempat lawatan terakhir iaitu ke kedai cenderahati Les’ Copaque. Pada korang yang datang melawat, jangan lupa singgah ke kedai cenderahati ni. Tak belipun tak apa. Sengeh sebgehpun dah kira okey dah. Takpun amik gambo.

Apa yang ada kat sini? Walau tak ada macam-macam cam kat pasaraya, kat sini ada tshirt Upin & Ipin, beg gambo Upin & Ipin, button badge karakter siri Upin & Ipin, mug nak minum kopi Tongkat Ali, poster dan poskad. Pada yang tak puas hati tengok animasi Upin & Ipin kat tv selama lima minit pada bulan Ramadhan dulu boleh dapatkan DVD atau VCD lengkap siri Upin & Ipin sebagai koleksi. VCD ada, DVDpun ada. Tak payah la tanye, “ DVD tak ada ker? “. Korang tengok la sampai jahanam player korang!

Seblum menamatkan sesi lawatan, kitorang diminta melukis sebagai tanpa ingatan penah datang ke sini.

Ni gua posing kat depan/bawah/tepi jalan bangunan pejabat/studio Les’ Copaque. Nampak mascot katak kuning kat atas tempurung tu? Kenapa katak, apa simboliknye? Soalan ni korang boleh tanye sendiri kalo tak tau nak tanye apa walau gua nak bagi tau kenapa. Ia dari peribahasa “ seperti katak di bawah tempurung ”. Tapi katak kuning tu kat atas/luar tempurung. Ready to rock the world babeh! Tak faham? Lantak korang la!

Sesi lawatan berakhir betul-betul time makqan tengahari. Cantekkkk! Pada pelawat dan siapa yang datang, boleh menjamu selera kat Restoran GENG ‘S CORNER kat sebelah studio Les’ Copaque. Tengok la encik Padi tu. Kalo pasal makqan, beliau memang pantas, cekap dan tidak membuang masa.

“ Ya Allah ya tuhan kami, berkatilah rezeki yang kau berikan pada kami dan jauhilah kami dari azab api neraka. Amin”. Makqan timeeee! Nampak boy pelayan ber t shirt putih yang berdiri cekak pinggang tu? Beliau bukan boy pelayan ya. Untuk makluman semua, beliau adalah tukang kuar duit/ penerbit/pengarah urusan Les’Copaque Productions Sdn.Bhd., Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi. Seorang usahawan bumiputra yang zero pasal animasi tapi berani dan yakin dengan pelaburannya! Tahniah tuan haji. Moga trus berjaya didoakan bersama Les’ Copaque sebagai salah satu syarikat animasi bumiputra betahap global!

Beberapa hari lagi film animasi 100% 3D, GENG buatan anak tempatan bumiputra, terbitan Les’Copaqur Productions Sdn. Bhd akan ditayangkan pada semua rakyat BolehLand. Ikut korang la nak pegi tengok atau tak. Pada peminat filem animasi tempatan, ini peluang baik untuk menikmatinya dan sebagai sokongan pada industri animasi tanahair. Pada pengkritik dan pembenci filem/animasi tempatan, ini peluang untuk mencari salah, kelemahan, kekurangan, keburukan, kesilapan, mengondem dan mengkritik filem animasi 3D tempatan. Kutuk, hina dan maki la asalkan korang beli tiket dan menontonnya! Memang semua yang kita buat tak betul. Kena plak filem animasi. Tanggapan sentiasa tak betul dan beniat jahat! Ada saja salah itu ini. Skrip lemah, plot cerita hancur, pemilihan pelakon/suara tak tepat blablablaa.... Kalo filem animasi dari barat semua baik, semua betul, hebat, menarik, fantastic dan berdarah lobang idung!

Yeah! Kat luar sana ada ramai yang terer giler tak ingat pasal teknik animasi 2D, 3D dan segala D lagi. Banyak syarikat animasi yang lebih hebat, superpower dan lebih mega hebat dari Pixar Animation. Heran… kenapa diorang tak buat filem animasi 3D sendiri? Tak ada yang berani sponser pasal kos mencanak ke langit, tak cukup tukang buat, malas nak buat atau lebih suka tengok orang buat, pas tu kutuk ikut sedap mulut!

Gitu la lebih kurang sesi lawatan sambil bejalan kitorang pada 22 Zulkaedah 1429 H – 20 November 2008, cuti sekolah penggal ketiga zaman dinosaur merajai dunia yang lalu. Terima kasih Les’ Copaque.

Gua tak percaya suara adik ni digunakan untuk karakter Upin dan Upin. Gua paksa beliau untuk membuktikannye dengan mencekik sampai biru muka, kendian lepaskan dan cekik semula sampai biru muka, lepaskan dan akhir sekali tumbuk perut beliau, baru la terbukti dengan rakaman video ni. Layannnn….