Thursday, April 07, 2011

KEMBARA KREATIF

CERAMAH KEMBARA KREATIF
14 JAMADILAWWAL 1432H - 18 APRIL 2011


Kisah bulan Mac yang lalu. Kisah gua menjadi penceramah jemputan kat Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM, Shah Alam pada 09 Mac 201, hari Rabu kat Bilik AVA 1, Aras 4, Banguanan FSSR, UITM, Shah Alam.


Jemputan terus dari Prof. Dr. Muliyadi iaitu Pensyarah Kursus Cartoon and Caricature Studies dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM pada gua melalui emel. Gua terharu bila mendapat penghormatan begini dari prof yang menjemput gua untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajarnya.

Seperti undangan dari tuan Zainal Buang Husein dalam Pemeran Solo beliau hari tu, undangan dari prof ni membuatkan gua tak boleh untuk mengelak. Tapi bila tengok tajuk yang diberi oleh prof buat gua tekedu. Kembara Kreatif Gayour: Pengalaman Dalam Industri Penerbitan Majalah Humor Tanahair. Besar sangat tajuk ni prof. Tak la menarik manapun pengalaman gua. “ Apa khabar murid-murid semua, dah mandi ke belum?”

Saya Gayour, seronok dapat jumpa kamu semua. Ada satu cerita, lebih 20 tahun yang lalu, gua pernah menghantar permohonan untuk belajar kat ITM ( dulu ITM sebelum menjadi UITM ) dalam kursus yang korang belajar sekarang, Seni Lukis dan Seni Reka. Tapi permohona gua direjet! Sejak tu gua benci UITM! Harharhar!
Dalam entri yang lepas-lepas, gua ada cerita pasal kisah permohonan ke ITM ni. Gua tak bersungguhpun nak sambung belajar. Saja ngikut-ngikut kengkawan. Kawan beli , isi dan hantar borang, guapun ikut saja la. Ngikut-ngikut la katakan. Gua dah bersedia nak jadi kartunis masa tu. Tak ingat nak belajar lagi. Nak lukis kartun! Kalo la gua belajar kat UITM dulu, gua jadi kartunis ke agaknya sekarang ni?
Boleh ke gua berada kat sini dan bercerita pengalaman lebih dua puluh tahun sebagai kartunis pada kamu semua pada petang ni sekiranya gua menjadi seorang pelajar Seni Lukis dan Seni Reka? Hanya tuhan yang tahu. Mungkin gua jadi seorang kartunis, pensyarah atau seorang photohraphy National Geography. Ini semua adalah perancangan dariNya. Gua berusaha dan melakukan apa yang telah diatur olehNya. Ada dua perasaan/rasa bila gua tak berjaya ke ITM.

Perasaan pertama, walau tak bersungguh masa menghantar permohonan dulu, hingga ke hari ini gua rasa cemburu dengan ilmu yang korang perolehi kat UITM. Betul! Cemburu dan sedikit kesal. Kenapa gua tak cuba lagi menghantar permohonan? Perasaan kedua; gua rasa seronok dan bersyukur kerana dapat menjadi seorang kartunis dan melalui kebolehan ni gua dapat menyebarkan mesej dan kebaikan melalui karya-karya gua. Kebolehan ini gua gunakan sebagai sumbangan pada agama, bangsa dan negara. Kerana itu gua bersyukur dengan bakat yang dipinjamkanNya. Apapun gua masih belajar walau lebih 25 tahun melukis kartun. Tahniah dan syabas pada anda semua yang berjaya dan dapat belajar kat UITM. Sekali lagi… gua jeles!
“Apakah cerita yang brader buat yang paling brader suka”, soalah sorang pelajar. Ada beberapa cerita. Antaranya kisah yang bertajuk “ TERPEDAYA”. Tak ingat tahun 1988 atau 1989. Korang belum lahir lagi kot! Kerana kisah ni, sorang kawan kat kampung gua berkata, “ Oi, Gayo, cerita TERPEDAYA yang ekau buek tu buek den rasa insaf!Uuuu...uuuu... ” Apa kisah TERPEDAYA ni? Ia pasal MUZIK ROCK. Kisah sentul sorang Mat Rock yang celaru, serabut, keliru dan huru hara dalam mencari arah hidup. Bisikan syaitan sentiasa mengajaknya melakukan kejahatan dan bersamanya ke neraka! Akhirnya dia menemui jalan yang benar. Tak menarik langsung kisahnya. Heh! Tapi masa tu , muzik rock/metal sedang melanda seluruh dunia. Hampir semua remaja Melayu menjadi peminat dan pengikut setia muzik rock! Jadi kisah TERPEDAYA yang gua buat ni benar-benar mengikut arus perdana krisis sosial remaja macam gua masa tu. Terbukti melalui kartun, ia berkesan walau pada seorang member kampung gua! Gua terharu dengan pengakuan telus beliau. Gua mengkritik pelakuan liar, tak betul, tak baik dan segala yang negetif peminat muzik rock dalam karya gua kerana gua adalah sorang peminat muzik rock.

Yang kedua adalah kisah “Siapa Yang Harus Dipersalahkan” yang gua hasilkan pada tahun 1991 dalam majalah GELI HATI. Ini merupakan siri drama berat pertama yang gua buat. Ilham yang tercetus setelah mendengar lagu “ Who’s To Blame” dari band thrash Sacred Reich. Krisis keluarga yang berlaku dalam masyarakat. Kisah yang sentul, jemu, mual dan tak menarik langsung untuk dibincangkan. Tapi tema ni menarik perhatian gua untuk dibuat kerana gua belum pernah lagi membuat karya pasal keluarga sejak jadi kartunis. Ramai yang suka kisah ni. Tapi apa yang lebih bermakna adalah respon yang gua dapat dari peminat. Ada yang mengadu, “ kisah ni seperti kisah saya, seperti kisah kawan saya, saya insaf, cerita betul ke ni, saya nanges bila tengok ending nasib Bidin, kenapa famili dia cam tu? Blablablaa…” Dah 20 tahun kisah ni beb! Kisah tragis dalam sebuah keluarga yang tak pernah korang tengok apa lagi baca! Tak apa. Tak la menarik manapun. Layan je la drama swasta kisah haru biru dalam keluarga besar dan kaya yang penuh dengan hasad dengki, iri, cemburu, sakit hati, busuk hati, dendam, tamak, rakus, curang, ilmu hitam, hilang kasih sayang, terbiar, mengejar keduniaan, tak bertanggungjawap blablablaa... yang ditayangkan kat tv. Gua dah buat kisah begini 20 tahun yang lalu.
Seterusnya kisah kegilaan berjuta rakyat BoehLand iaitu kisah Bersama Selamanya. HEH! Hingga ke hari ini masih ramai yang bertanyakan pasal kisah ni. Pasal Amar, pasal Lin, pasal adik-adik kembarnya, pasal itu, pasal ini. Kisah bersiri paling panjang pernah gua hasilkan sebagai seorang kartunis. Terima kasih pada semua yang pernah meminati kisah yang asyik gaduhhhhh je ni. HEH! Together we are strong!

Ada lagi satu yang gua suka iaitu kisah drama mini bersiri “AMIR” yang diterbitkan dalam majalah GELI HATI pada tahun 1992. Kisah krisis budaya dan pemikiran antara yang tua dengan yang muda. Tema yang tak menarik langsung! Dah boleh agak kesudahannya cam siri drama kat tv. Terakhir adalah kisah MAK yang gua buat dalam keluaran khas milinium majalah UJANG tahun 2000. Seperti AMIR, kisah MAK tak la menarik mana. Kisah biasa perhubungan antara mak dengan anaknya. Tu saja. Kalo nak baca kisah MAK, korang pergi klik kat GALERI GAYOUR. Itu la antara karya-karya yang gua suka.

“Bagaimana plak dengan pengalaman pahit. Boleh cerita sket pengalaman tu pada kami?” Gua terdiam, terkedu dan buat-buat sedih dengan soalan tu. Nak mengelak menjawap sebenarnya. HEH! Gua tak suka soalan ni. Pengalaman pahit! ARGHHHH! Apa yang nak diceritakan pasal benda yang pahit? Pasal tu gua terkedu bila tengok tajuk ceramahan yang diberi oleh prof. … PENGALAMAN DALAM INDUSTRI… Mesti ada yang tanya pasal benda ni. Yeah! Tak semuanya manis. Pasti ada yang pahit dan kelat seperti tergigit bijik langsat! Pernah tegigit bijik langsat? YEARGHHH! PTUIHH! Ada satu yang pahit boleh gua kongsi. Dulu masa gua kat majalah GELI HATI dan majalah UJANG, ia merupakan masa yang sangat seronok menjadi seorang kartunis, melukis kartun dan mewarna secara manual. Masa tu semua mewarna secara manual ( photoshop blum ada lagi ). Kami berseronok dengan mencabar, memuji, menghina, mengutuk, mengagumi, bersaing, mengeji, mempelekeh dan sebagainya yang yang tak baik sesama sendiri dalam mewarna. Kami berebut kertas Canson ( sejenis water color paper yang digunakan untuk lukisan kartun berwarna manual ) dan menyorokkan warna Dr.Ph. Martin’s, terutamanya Deffodil Yellow. Ia begitu menyeronokkan dan kini jadi begitu pahit pada gua kerana hampir semua sahabat-sahabat yang begitu hebat mewarna telah hilang, berhenti dan meninggalkan terus kebolehan mewarna manual atau beralih ke digital. Mereka berubah mengikut keadaan. Tinggal gua sorang sebagai kartunis dan pewarna manual tegar dalam majalah humor kat BolehLand sekarang. Ia suatu kerugian, kehilangan dan suatu yang pahit! Kemajuan, kemodenan yang tidak boleh disalahkan telah merampas semuanya…. Err… boleh kira pengalaman pahit ke tu?

Sorang pelajar membawa dan dengan teketar-ketar menunjukkan karya komiknya pada gua yang berhati lembut tapi kejam, zalim dan tidak berhati perut sebenarnya terhadap bakat-bakat baru. MUAHMUAHMUAGHARGH! HARGHHHH! Cis! Apa yang lu buat ni? Ni salah, tu salah! Ni apa ni. Kenapa tangan belah kiri lebih panjang dari belah kanan. Tangan ungka ke? Kenapa pokok kelapa macam rumput? Kenapa! Kenapaaaaa? Kenapa banyak sangat kesalahan ni? ARGHHHHHHHH! Teruskan buat lakaran, latihan dan gunakan rujukan bila nak lukis pokok kelapa atau pokok pisang. Zaman maklumat di hujung jari yang dibangga-banggakan sangat ni tak ada sebab lukis pokok pisang jadi pokok keladi! Semuanya ada dalam komputer. Berusah la untuk menjadi seorang pelukis, kartunis atau apa saja! Tiada jalan mudah untuk berjaya. Antara kata-kata motivasi yang temuntah bila didengar. Buku-buku kat atas adalah buku kajian ilmiah mengenai kartun tulisan Prof. Dr. Muliyadi yang dihadiahkan pada gua. Terima kasih prof. YEAHOOOO!

Terima kasih atas jemputan. Selamat Berjaya pada semua. Siapa sangka, gua lagi la tak sangka. Tambah lagi bila permohonan gua nak belajar kat UITM 20 tahun yang lalu direjet! Apa yang tak sangka? Tak sangka bila gua dijemput jadi penceramah pada pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka pada petang ni. Gua tak pernah mengimpikan perkara ni akan terjadi. Mana la layak kalo nak dibanding dengan Prof Dr. Muliyadi. Memang tak layak. Ini benar-benar menyentuh perasaan. Apa yang gua ada hanya pengalaman dan itu yang gua cerita dan kongsi pada petang ni. Tak ada la menarik dan hebat manapun pengalaman gua sebagai seorang kartunis. Orang lain lagi hebat dan mengerunkan pengalamnnya. Apa yang gua buat selama ni adalah sedikit sumbangan melalui kartun. Jika ada kebaikan, itulah yang gua harapkan. Terima kasih pada yang pernah meminati karya-karya gua. Rupanya gua kena tunggu 24 tahun untuk masuk dan menjadi penceramah kat UITM. Hebatnya perancangan Allah. Terima kasih pada prof yang sangat dihormati atas ilmu-ilmunya. Kat atas adalah tulisan prof mengenai diri gua dalam ruangan DUNIA KARTUN dan karya yang pernah gua hasilkan dalam majalah GILA-GILA pada tahun 1993 dulu. Artikal ni telah disiarkan dalam majalah GILA-GILA bilangan 721 bulan Mac 2011 yang lalu. Tak payah la cari keluaran ni.

akhirnya gua berjaya gak masuk universiti. HEH!


Thursday, March 31, 2011

PAMERAN SOLO ZBH

PAMERAN SOLO ZBH
24 RABIULAKHIR 1432H – 30 MAC 2011

Lagi satu kisah tahap fosil. Kisah Pameran Solo Zainal Buang Husein kat Galeri Shah Alam. Kisah ni telah berlaku pada hari yang sama masa gua pindah dari bangunan lama ke bangunan baru iaitu pada petang hari Khamis, 17 Februari 2011 yang lalu. Patut kisah ni gua tampal lepas balik dari pameran tapi.. ARGHHHH! Penat ya amat tebengkalai hingga hari ni. Alasan. HEH! Begini kisahnya…


Ni adalah pameran solo kartunis serba boleh iaitu Tuan Haji Zainal Buang Husein atau ZBH. Tak kenal beliau? Baru dengar nama beliau? Ia tidak merugikan korang. Bil tetap kena bayar setiap bulan. Kartunis old skool kelahiran Jawa yang sangat popular dalam majalah humor GILA-GILA dari awal penerbitan hingga awal tahun 90an. Bersama kartunis Jaafar Taib dan Azman Yusoff yang merupakan tonggak penerbitan GILA-GILA yang melahirkan ramai kartunis hebat tanahair seperti Don, Kerengge, Tazidi, Long, Allahyarham Rejabhad…

Pameran ni dirasmikan pada hari pindah dulu. Alahai! Cane nak buek ni? Walau kelam kabut dan penat, gua berjaya menghadirkan diri walau lewat sket. Masa sampai, sidang akhbar sedang dijalankan. Ramai sahabat dan kartunis old skool hadir. Tu dia pencipta kisah Pendekar Mato Tige, Dan Din Don kat GILA –GILA yang sangat popular iaitu kartunis DON. Salah seorang kartunis yang mempunyai stroke brush dan pen celup yang sangat cantik. Jeles tul gua tengok stroke beliau! Tak lepas peluang bila dapat peluang untuk begambo dengan kartunis old skool ni. Eee.. seronoknya dapat bergambar dengan salah sorang idola! Selain hebat dengan hasil kartunnya, encik DON gak sangat terer dan hebat melukis karikatur. Tak kenal beliau, tak penah tengok kartun beliau? Ia bukan satu kerugian.

Bersama kartunis Ambo ( tengah ), mantan kartunis kat GILA-GILA yang sangat terkenal dengan siri Mega Mogie Gila-Gilanya. Sekarang ni kartunis Ambo tak lagi melukis kartun tapi menjalankan perniagaan melukis karikatur sepenuh masa seperti kartunis DON. Kalo berkunjung ke Melaka, singgah la ke Dataran Pahlawan, beliau ada studio/kedai melukis karikatur kat sana. Belah kanan tu plak ialah kartunis Yaz Malee. Seorang kartunis, animator, ilustrator, painter dan karikaturis yang gua suka. Syok tul tengok karikatur yang beliau lukis.

Ramai sahabat petang ni! Seronok tul dapat jumpa kawan-kawan lama. Pasal tu la gua sengeh jer. Hee… Bersama karunis Tazidi ( juga presiden PERKARTUN-kiri sekali berkemeja putih ), kartunis Roslim ( berbaju hitam. mantan kartunis GILA-GILA dengan siri Zack Kapcai-nya ) dan kartunis Aloy ( tiga dari kanan. masih melukis kat GILA-GILA dan menjalankan perniagaan melukis karikatur ).

This is THE MAN! Ni la Tuan Haji Zainal Buang Husein yang dihormati. Tua dah. HEH! Dulu. Dulu… masa zaman purba dulu, masa gua masih hingusan dan menjadi pembeli dan peminat majalah GILA-GILA, ZBH adalah antara kartunis yang nak sangat gua jumpa ( selain DON dan Kerengge ) kerana begitu cemburu dengan hasil karya beliau yang sangat ditil, bersungguh, kemas dan berkualiti. Awek-awek seksi yang beliau lukis benar-benar menaikkan semangat nak melukis. Tambah lagi kalo beliau lukis awek seksi tecongek kat kereta spot atau super bike! ARGHH! Memang mengujakan! Kali pertama berjumpa ZBH seperti dah lama mengenali beliau. ZBH begitu mudah mesra. Beliau melawak, melayan dan membuatkan semua merasa selesa bila besama dengannya. Bila dapat jemputan trus dari ZBH pasal perasmian pameran solo beliau ni, tak boleh tidak walau pada hari pindah. Ini satu penghormatan pada gua yang membesar bersama karya-karya beliau. Tahniah atas pameran solo ni Tuan Haji Wak Punk!

Tetamu undangan khas dan perasmi pameran adalah Datuk Lat yang dihormati. Cam ZBH, Datuk Lat kelihatan makin berumur dan tua. Lama tak jumpa datuk, pasal tu la gua rasakan perubahan ni. Walau nampak tua tapi datuk masih gagah perkasa memandu dari Ipoh ke Shah Alam untuk memenuhi jemputan kawan lama beliau dan merasmikan pemeran ni. Hebat! Hubungan yang tidak putus antara generasi terawal kartunis BolehLand yang berlaku di depan mata gua! Ini benar-benar mengharukan hati gua. Mereka masih saling berhubung dan menghormati. Respek! Masa makan gua tanye kat Datuk Lat, “ tahun ni datuk tak buat kalender aa.. tunggu gak datuk hantar satu pada saya cam tahun lepas”. Datuk jawap,” tiap-tiap tahun buat, bosan la! Tahun ni tak nak buat!”. Uuuu…uuuuu…

Puas begambar dan membelasah jamuan yang disediakan ( pindah memang penat dan lapar! Selera tul gua makan petang ni. HEH! ). Makan sambil gosip dengan sahabat-sahabat memang seronok. Tetiba gua nampak beliau yang baru sampai. Ya, beliau yang membawa perubahan, impak dan KEDABOOMMM! dalam industri kartun BolehLand pada tahun 80an dulu hingga tahun 90an! Kisah beliau menjadi misteri dan kontroversi pada industri dan peminat kartun BolehLand hingga ke hari ni. Haha! Siapakah beliau yang memakai jaket askar ni wahai murid-murid?

Tak sangka jumpa beliau petang ni. Ni la hikmahnya acara petang ni. Dapat jumpa orang yang tak disangka akan datang. Ni dia diperkenalkan, kartunis Ujang. Tak apa kalo korang tak kenal. Ia tak menjejaskan apa-apa. Kali pertama gua jumpa kartunis Ujang pada zaman kegemilangan dan kemahsyuran beliau dalam industri kartun BolehLand pada tahun 1988. Lebih 20 tahun yang lalu! Pernah bersama beliau sekejap dalam majalah GILA-GILA pada tahun 1993 sebelum kami benar-benar bersama memberi kepuasan maksima pada peminat kartun BolehLand pada tahun 1994 dengan penerbitan majalah Lawak Antara Bangsa UJANG.

Gua rasa benar-benar seronok petang ni walau penat! Betul… penat! Kita biasa dengar kata-kata begini, “ hilang penat bila…”. Tipu! Mana boleh hilang penat. Penat akan hilang selepas kita dapat berehat atau tidur. Gua penat tapi seronok! Kartunis Ujang jelas makin berumur. Tengok la janggut beliau tu, dah beruban dah! Dah tuo dah kau Jang!HEH!

Dulu… yeah! Dulu lagi sekali. Rasanya hampir 16 tahun peristiwa tu dah berlalu. Ceh! Dulu masa kami baru bermula dan majalah UJANG KEDABOMMM! kat BolehLand, kami keluar dalam siri promosi. Antara tempat promosi kami adalah kat Galeri Shah Alam ni. Kami pernah bersama kat sini dengan ramai sekali kartunis-kartunis baru yang diperkenalkan pada umum. Ramai sekali peminat yang datang masa tu. Gah betul rasanya. Kembang segala lubang! Harhar! Hari ni gua bersama kartunis Ujang kat Galeri Shah Alam… seronoknya.

Masih terbayang apa yang berlaku 16 tahun yang lalu. Antaranya kami ( Ujang, Aie dan gua ) mengadakan acara Pantun bersama peminat ( masa tu album Pujaan Sirap – Din Beramboi yang menjadi kegilaan korang tu baru diterbitkan. HEH! ). Kecoh tul masa tu. Semua nak berpantun! Malam plak ada unplugged. Semua nak nyanyi. Semua masih jelas dalam ingatan! Pasal tu gua sangat seronok tesengeh-sengeh tak habih-habih!

Masa tengok pameran plak. Apa hal pegi jemputan pameran kalo tak tengok pameran! Antara karya ZBH yang dipamerkan. Ada yang baru dan ada yang dah tahap fosil. Beberapa karya terawal beliau turut dipamerkan. Buruk sungguh lukisan beliau! HarHar!

ZBH bukan saja terer lukis kartun tapi terer gak lukis ayam, semut, burung, pokok dan segala menatang lagi. Sekiranya pameran ni masih berlangsung dan korang nak pegi, jangan harapkan banyaknya lukisan-lukisan kartun beliau yang boleh korang lihat. Hanya beberapa saja kartun seperti Wak Punk yang dipamerkan. Yang lain kebanyakan adalah painting ayam, ikan, bunga, air terjun, hutan…

Tak percaya? Tengok la lukisan yang dipemerkan ni. Painting itik seranti lagi. Haha! Biasa la cam ni. Dah lama lukis kartun, tiba masa nak buat yang lain plak. Ni la yang terjadi pada ZBH. Ni la antara hasil karya terkini beliau.

Sebelum balik, gua nampak beliau dan hati berkata, “ tu macam… betul ke?”. Yeah! Betul la. Gua menghampiri, sengeh dan salam. Sorang lagi kartunis, ilutrator dan pelukis potret hebat BolehLand dari GILA-GILA iaitu saudara Azman Yusoff. Sangat berbesar hati dapat jumpa dan bergambar dengan Pelukis Potret Di Raja Selangor ni. Lebih kembang lobang idung gua bila beliau berkata, “ Gayour kan?” YEOWW! MEOWW! Tiap kali tengok ilustrasi beliau kat majalah FANTASI( RIP ) dan cover novel terbitan Creative Enterprise memang membuatkan limpa, jantung, paru-paru, usus, pusat, ginjal, hati gua jadi tak keruan! Cantiknya. Sangat mengujakan hasil karya beliau. Terima kasih.
Pameran solo Zainal Buang Husein ni dah melepasi tarikh luputnya. Tak payah la tanya lagi. Saja gua tampal lambat pasal kalo gua tampal masa pameran sedang berlangsung, gua yakin korang TAK AKAN datang. Lupakan saja.

Hari yang penat tapi petang yang sangat menyeronokkan! Tengok ramai makin tua, guapun sama…

Don't be afraid of getting old
Life's still full of joy
And the beauty of the past
Is rejoicing your mind.

Live’s like a river
scorpions

Thursday, March 24, 2011

KARNIVAL KARANGKRAF 2011

KARNIVAL 2011

20 RABIULAKHIR 1432H - 24 MAC 2011

Dah basi dah cerita ni tapi gua gagahkan gak diri menaip dan tampal kat sini. Kira mengupdate blog la ni. HEH! Tak ada yang menarik sangat masa carnival hari tu. Biase je. Macam carnival yang penah korang pegi. Sengeh-sengeh tengok itu ini. Tu je. Tengok la apa yang ada masa Festival Karangkraf yang telah berlangsung pada 31 Jan - 02 Feb 2011 yang lalu.


Ni la rupa gerai bersama LIBUR, YEZZ! Dan G3. Setiap gerai/khemah dikongsi bersama tiga buah majalah. Hias dan buat la segala aktiviti kat situ. Ikut korang la la nak buat apapun masa jual dan promo majalah memasing!


Karnival kali ketiga ni buat pertama kalinya dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato ‘ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Sampai jer beliau terus melawat gerai pameran. Tak duduk bawah kemah untuk acara perasmian. Beliau buat ikut suka beliau. Buat orang ngelupur! Lantak. Sampai kat gerai G3, gua mempromosi majalah G3 pada beliau. Tengok ni Dato’ Seri! Tengok majalah kartun ni!


Tu dia beliau sedang membelek majalh G3 setelah percaya dengan auta baiekkkk gua. HEH! Tak ado la. Mano ado den tipu! Ni semua hasil buatan kartunis BolehLand ni Dato’ Seri. Jangan tak percaya plak. Tu kat belah kanan tu ialah encik Meor, editor majalah pelancongan LIBUR .


Kendian Dato Hishamuddin ( CEO dan Pengarah Penerbitan Kumpulan Media Karangkraf ) join sama nak dengar apa yang kami bualkan dalam loghat Negori Semilan. Daro’ Seri tanyo den,”tak nak buek animasi ko?”. Tu keno tanyo big boss kek sebolah ni Dato’ Seri, ujar gua. “Kementerian ado peruntukan kalo nak buek animasi", tegas beliau lagi. mungkin suatu hari nanti Karangkraf akan menerbitkan animasi ” Monyet dan Kura-Kura” nya sendiri.


Gua betugas pada hari kedua carnival. Pagi ni tak berapa ramai lagi pengunjung. Tapi masih ada yang membeli majalah G3. Siapa yang beli akan dapat dua buah note book dan lukisan kartun gua engan ucapan SENYUM SENTIASA. Terima kasih. Sila jalan-jalan sambil sengeh-sengeh kat gerai lain plak ya.


Apa yang menarik kat karnival kali ni. Tak ada! Semuanya biasa jer hingga gua ternampak pertunjukan sarkis aksi bermain dengan ular sawa. Emmm… yang ni Nampak menarik. Gua memang teruja dengan menatang predator ni. Sejak dulu lagi gua suka! Tambah lagi bila tengok gambo Alice Cooper dengan ular sawa pinjam bernama Kachina ( kendian Slash dan Gary Holt pun ada ular sawa memasing ). Tanpa belengah gua trus tanya kat brader Pertahana Awam yang tunjuk lagak dengan ular sawa yang diusung ke hulu hilir.”Yo, bro! Boleh gua pikul anak ular sawa ni?”

Lama dah gua pendam hati dan oerasaan nak pegang, pikul, peluk dan begusti dengan encik ular sawa ni. Impian jadi kenyataan kat karnival kali ni. YEAHOOOO! Yang ni baru rasa “kehebatan” encik ular sawa. Rasa kekuatan otot-ototnya bila membelit dan menjrut. ARGHH! Yang tadi tu adik ular ni. Tak rasa apa sangat belitannya. Yang ni jangan buat pasal. Beliau adalah menatang predator yang dahsyat mengerunkan! Anak badak air senang-senang jer beliau belit dan telan. Ni kan plak keting kali kita! Hebat. Gua teruja !


Dulu gua penah berangan nak bela ular sawa atau anakonda. Betul! Ada satu kisah…. Dulu, suatu pagi yang tenang masa gua On The Road ( motorhead ) ke opis ( kat masajalh UJANG masa tu ), tetiba ada sebuah kereta berhenti tak memasal kat depan gua. “apo hal plak keto ni?”. Gua cilok dan nampak sorang amoi yang bawak keta tu sedang pucat lesi. “Apohal?”, ujar gua lagi. rupanya beliau mengeletar kenakotan pasal Nampak sekor anak ular sawa sedang berusaha dengan gigihya melintas Jalan Tun Razak. Tiada keraguan memang anak ular sawa pasal gua kenal sangat dengan corak batik kat badan beliau! “Amik bela best ni”, tegas gua pada diri sendiri. Tapi gua teruskan perjalanan pasal daj jem teruk masa tu. Sampai kat opis gua jadi resah gelisah dan kesal tak susah. “Apasal gua tak berhenti, turun dan amik anak ular tu tadi? Kalo bela kan cool. Boleh teman gua masa lukis kartun. Kalo pegi promosi boleh bawak sekali. Mesti cool!” ARGHHHHHHH!

Mungkin ular tu dah besar sekarang atau dah mati kene lenyek! Ntah la. Apapun syukur gua tak mengambil dan bela ular tu dulu keran Islam melarang penganutnya membela menatang ular, buaya, tenggiling, bewok, kura-kura… Bela saja ayam, itik kambing, lembu, kerbau…

Walau tak boleh bela, gua mengagumi kehebatan makhluk ciptaan Allah ni. Gua suka dan respek pada beliau sebagai salah satu menatang predator yang hebat kat muka bumi!


Ingatkan ular sawa raksaksa putih yang tegolek kat tengah laluan. Rupanya kereta limo terpanjang kat BolehLand yang menjadi tarikankat carnival ni. Berapa meter panjangnya limo ni. Ntah la, gua tak ukur. Limo ni dibawa khas oleh Sinar Harian yang mengadakan satu peraduan yang memberi peluang pada pemenang untuk belagak menaiki limo dan round satu Kelumpo seperti rock star!. Siapa yang menang agaknya.


Hari ketiga dan terakhir, hujan sepanjang hari dari pagi sampai ke petang. Walau hujan, masih ramai pengujung yang datang bersama keluarga, member dan awek. Kebal tul diorang ni. Dah tau hujan, tegedik datang gak. Apa yang best tak tau la. Tapi kami memang menjemput dan mengharapkan kedatangan bejuta pengunjung ke karnival kami. Terima kasih banyak-banyak la kerana sudi datang walau hujan, basah kuyup dan habih duit beli produk Karangkraf. Terima kasih atas sokongan!


Pemandangan hebat lepas berakhirnya Monster of Rock Karnival Karangkraf 2011. Pemandangan yang sangat gua suka lepas habih sesuatu karnival, pesta, keraian, kenduri blablablaa… Untuk makluman, pada tahun ni karnival Karangkraf akan dibuat di luar Lembah Klang plak. Gua dengar mula-mula kat Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Kendian kat Plaza Angsana, Johor Bahru plak. Tunggu je la kat tempat korang. Tarikh sebenar terpaksa dirahsiakan pasal tak tau lagi HEH!

Terima kasih. Jumpa kat Kedah nuu… baguih dok ada!