Friday, September 14, 2012

PAMERAN KARTUN TULEN


PAMERAN KARTUN TULEN MALAYSIA 2012
27 SYAWAL 1433H – 14 SEPTEMBER 2012
    
Pada yang nak tengok PAMERAN KARTUN TULEN MALAYSIA, boleh la pegi ke Balai Seni Visual Negara dengan tergesa-gesa kerana pameran karya-karya asli beberapa orang kartunis oldskool tanahair masih dibuka untuk tatapan dalam pameran ini sehingga 23 SEPTEMBER 2012. Masih ada masa lagi. Beberapa karya TULEN gua sebagai kartunis Melayu dan Malaysia turut sama digantung dalam pameran ini.



Bila melihat karya-karya dalam pameran ni, ia pasti mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan. Betul, den tak tipu!

Sila klik di pautan Balai Seni Visual Negara kat bawah untuk maklumat atau
tipon terus kalo tak puas hati. 

Terima kasih.



Wednesday, August 15, 2012

EID ul-FITR 1433H


SALAM EID ul-FITR
1433 H – 2012 
 


Rasulullah S.A.W. telah bersabda,
"celakalah bagi orang yang memasuki ramadhan tapi tidak mendapat keampunan dari Allah setelah berakhirnya Ramadhan!"

Selamat menyambut dan merayakan Eid ul-Fitr pada semua sahabat. Maaf zahir dan batin gua pohon atas segala salah dan silap. Moga bahagia dan gumbira merayakan  Eid ul-Fitr  pada tahun ini bersama keluarga, saudara mara dan member2.

Selamat tinggal Ramadan al Mubarak. Moga dipanjangkan umur dan sihat, dapat betemu dengan Ramadan pada tahun hadapan dan dapat mengerjakan ibadah puasa lagi. insyAllah. Besarlah harapan moga ibadah puasa dan semua ibadah yang telah kita kerjakan sepanjang Ramadan diterima Allah dan mendapat RAHMAT, KEAMPUNAN dan PELEPASAN DARI AZAB API NERAKA seperti yang dijanjikanNya. InsyAllah.

Jaga diri

Gayour
1433h2012




Sunday, August 05, 2012

BADAR AL-KUBRA


PERANG BADAR AL-KUBRA
17 RAMADAN 1433H - 06 OGOS 2012


Pada hari JUMAAT bersamaan 17 RAMADHAN, TAHUN 2 HIJRAH selepas peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah, berlakunya PERPERANGAN BADAR AL KUBRA. Peristiwa atau peperangan ini merupakan satu perperangan yang SANGAT PENTING untuk menentukan masa depan umat Islam dan agama Islam keseluruhannya di atas muka bumi ni. Sama ada umat Islam dan agama Islam akan hidup subur bekembang atau terhapus! Semuanya BERGANTUNG pada keputusan dari perperangan ini . Gua kerut dahi mendengarnya. Tak kisah langsung selama ni pasal Perang Badar. Perang Badar? Emm...ada belajar sket masa kat sekolah dulu. Dalam perang yang dahsyat ni tentera Islam menang walaupun jumlahnye sket. Itu yang gua ingat. Ingat pasal nak lulus periksa! Kita memang tidak diberitahu lebih-lebih, tahu sikit-sikit jer pasal yang bekaitan dengan Islam.

Ini antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang perlu kita ingat, tahu dan mengambil pengajaran darinya setiap kali tibanya bulan Ramadan. Gua tau semua sobat dah tahu, pakar dan arif mengenainya. Untuk kisah yang lebih lengkap pasal perang badar Al- Kubra ni, boleh la tengok kat entri bulan September 2008 yang lalu.

Hari ini dalam bulan Ramadan 1432 tahun yang lalu, Rasulullah S.A.W. dan para pejuang Islam betempur dengan musuh-musuh Islam di Badar! 



Selamat terus berjuang dalam mengerjakan ibadah puasa. Kita sedang berada pada pertengahan Ramadan yang dijanjikan PENGAMPUNAN oleh Allah. Jadi, mintak la ampun banyak-banyak!

 * mana bulannya? ntah la. malam 15 Ramadan 1433 yang lalu keadaan cuaca, awan agak kelam. berjerebu. awan sentiasa melindungi bulan penuh pada malam tu. tu yang golap yo gamba tak ado bulan.

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADAN 1433H


Salam Ramadan
01 RAMADAN 14
33H - 21 JULAI 2012

As salam wahai sahabat semua.
 
Tahniah dan syukur kerana diberi kesempatan panjang umur oleh Allah dapat kita bertemu dengan bulan Ramadan tahun 1433H/2012 ni.
Selamat MENGERJAKAN ibadah puasa gua ucapkan. Mintak maaf atas segala salah dan silap. Lagi sekali gua ulangi, MENGERJAKAN ibadah puasa bukan menjalani ibadah puasa ya. Moga sihat dan dapat melakukan amal ibadah fardu dan ditambah sebolehnya ibadah sunat.

Sesungguhnya ibadah puasa HANYA KERANA ALLAH, bukan kerana yang lain. Bukan kerana nak berhenti merokok, bukan kerana nak kurus, bukan pasal nak gemuk, bukan kerana solat sunat tarawikh, bukan nak berjimat, bukan kerana tadarus al Quran, bukan kerana Lailatul Qadr... 
hanya kerana Allah
 
* guna semula gambo bulan 17 ramadan tahun lepas. tak sempat nak lukis yang baru pasal agak sibuk dengan urusan dunia!


Monday, July 16, 2012

PAMERAN KARTUN 2012

PAMERAN KARTUN 2012
 27 SYAABAN 1433H - 17 JULAI 2012
 
Pameran kartun pertama yang gua sertai pada tahun 2012 di Galeri Shah Alam yang bermula pada  08 Mei 2012 dan berakhir pada 22 Jun 2012 yang lalu. Hahaha! Rasakan! Tak dapat pegi tengok pameran ni. Tapi tak pegipun tak apa, bukan la best manapun. Biasa je. Kalo gua bagitahu awal dan jemput semua datang, gua tau semua tak akan datang.
Apa yang best pasal pameran yang disertai oleh 18 orang kartunis tanahair ni. Tak ada yang best, biasa je. Ramai kartunis yang terlibat dalam pameran ni tak hadir pada hari perasmian. Guapun tak faham apasal diorang tak datang. Ya la, masing-masing ada macam-macam masalah, kerja atau halangan. Pasal tu tak dapat datang. Yang best pasal adanya Datuk Lat yang datang sebagai VIP kehormat yang merasmikan Pameran Kartun 2012. Sangat seronok dapat jumpa dan dengar Datuk Lat bercerita dalam ucapannya. Antara cerita Datuk Lat adalah pasal duit. “Dulu masa kecik-kecik kat kampung bila dapat duit raya, biasanya duit tu kami bagi mak simpan. Kalo dapat dua ringgit, seringgit bagi mak simpan. Kalo seringgit, lima posen bagi kat mak simpan. Tak tau apasal. Hampir semua kawan-kawan buat cam tu. Dapat duit bagi kat mak. Tak bagi kat bapak pasal gerenti habih! HEH! Bila nak beli apa-apa baru mintak kat mak macam nak tengok wayang gambar. Satu lagi hobi saya ialah tengok wayang gambar. Lain keadaannya dengan budak-budak sekarang. Dapat duit terus belanja sendiri. Betul, saya tak tipu!” kata Datuk Lat dalam kisahnya. Ya, betul. Guapun buat cam tu dulu. Apa-apa hal mesti bagi kat mak, ingat kat mak. Cerita datuk mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan. 


Datuk Lat juga bercerita pada hadirin mengenai zaman awal dia melukis dahulu. Masa kat kampong dan masih sekolah. Mengingatkan pada kisah awal gua kat kampung dan masih sekolah. “ Dulu saya tak berapa pandai dalam pelajaran. Biasa la. Saya lebih suka mandi sungai, tangkap ikan, tengok wayang gambar dan lukis kartun. Masa di sekolah menengah saya dah mula lukis kartun dan  menghantar karya ke berberapa penerbitan antaranya NST. Tiap bulan saya dapat dalam RM100 ke Rm150. Satu jumlah pendapatan yang agak besar masa tu. Kebanyakan kawan-kawan sebaya saya masa tu masih meminta duit dari mak bapak mereka, tapi saya pulak bagi duit pada mak dan bapak saya tiap bulan dari hasil kartun. Macam saya cakap tadi, saya lemah dalam pelajaran. Bila keputusan perperiksaan keluar, saya gagal dan bila tunjuk keputusan pada mak bapak, diorang tak kata apa pasal saya dah ‘rasuah’ diorang siap-siap tiap bulan. Hahahahaa! Kisah yang sangat menarik.
Masa untuk melihat pameran Kartun 2012. Pameran ni tak mengkhususkan tema tertentu. Bebas ikut angin yang berhembus tanpa haluan. Asal jangan lukis kartun lucah dah. Ada macam-macam genre kartun yang dihantar dan dipamerkan. Bagus gak, pelawat dapat tengok kepelbagaian dalam menghasilkan kartun. Sapa lukis ni? Eeee... buruknye. HEH! 
Oh, siapa plak yeng bergambar dengan gua ni? Tak ingat dari sekolah mana diorang ni. Sebahagian dari pelawat pelajar sekolah yang singgah ke Galeri Shah Alam dan bersama dalam acara perasmian. Terima kasih semua.  
Ada lagi yang nak bergambo dengan gua. Guapun heran macam mana budak-budak ni kenal dan nak begambar dengan gua. Kenapa gua kata cam tu? Tengok la budak-budak ni. Rasanya diorang tak pernah tengok karya-karya awal gua seperti blablabalaa… temasuk karya gua sekarang. Tapi diorang kenal gua kartunis Gayour. Hilang akal gua mikirkannya. Ntah la. Tak apa la, apapun terima kasih semua. Moga berjaya dalam pelajaran dan hidup dunia akhirat.



Turut hadir dalam majlis perasmian ni adalah kartunis oldskool yang turut menghantar beberapa karya hitam putih dalam pameran ni iaitu Tuan Haji Zainal Buang Hussein ( dua dari kanan ) yang sentiasa ceria. Kanan sekali adalah Pengarah Galeri Shah Alam, Profesor Madya Mohd Said Abu dan Pak cik Nayan ( kiri sekali ) riang ria melihat pameran.
Tiba ke bilik pameran dua yang sebahagian besar adalah dikuasai dengan karya-karya gua! Gua hantar 42 karya dalam pameran ni. Paling banyak dan perlukan ruang yang banyak dan besar gak! Gua rasa ini la masanya untuk pelawat ( sama ada suka atau meluat  ) melihat dan menikmati karya gua. Ada tiga jenis karya yang gua hantar iaitu dalam hitam putih, cerita kartun semuka berwarna cara tradisional dan karikatur warna tradisional. Sila kagum ya datuk! Heee…
Kenapa banyak sangat karya gua? Kerana kebanyakan rakan kartunis dah beralih ke digital lukis kartun. Diorang hampir tak ada karya terbaru cara tradisional. Ada la satu dua karya zaman purba dulu. Pasal tu susah atau tak ada lagi karya tradisional diorang. Kalo nak buat pameran kartun cam ni sangat susah nak cari dan dapatkan bahan karya tradisional. Jadi usaha untuk mendidik masyarakat melalui pameran kartun tradisional menjadi terhad. Tak apa, biar la semua sahabat kartunis beralih ke digital dan tinggal gua sorang diri melukis cara tradisional dan dikutuk pasal tak nak berubah ke digitalpun tak apa. Biar la gua yang menjalankan bertanggungjawap, menjaga dan meneruskan amalan melukis cara tradisional dalam mendidik dan berkongsi dengan masyarakat terutama pelajar-pelajar sekolah. Amacam datuk, kagum? HEH!  
Datuk tanya gua. “Apasal kau buat kartun rock cam ni? “. Jawap gua, dalam cerita datuk masa perasmian tadi ( satu lagi cerita... ) datuk kata datuk hidup masa zaman kehebatan pelukis seperti Allahyarham Raja Hamzah dan lain-lain pelukis. Masa tu datuk baru mula melukis dan datuk dapat rasakan yang datuk tak mungkin dapat bersaing dengan pelukis-pelukis hebat dalam arus perdana masa tu. Apa yang datuk buat untuk terus berkarya dan hidup? Datuk melawan arus dan keluar dari kelompok itu dengan berkarya dalam media aliran Bahasa English, sedangkan semua pelukis hebat itu berkarya dalam sokaba jawi dan Bahasa Melayu. Karya datuk disiarkan dalam NST, dalam bahasa english yang pembacanya lebih ramai dan agak berpendidikan. Datuk menang kat situ dan KEDEBOOOM!
Itu gak yang saya lakukan datuk. Saya membesar pada zaman keemasan music rock mengganas di seluruh dunia. Saya tak keluar dari kelompok media utama kebanyakkan kartunis berkarya pada tahun 80an dulu. Saya bersama mereka tapi saya mengambil peluang yang tak diambil oleh kartunis lain secara serius pada fesyen, gaya dan kegilaan remaja pada muzik rock, lalu dengan kejam saya 'merampas dan menguasai ' keadaan seperti rakus dan ganasnya band W.A.S.P. HEH!  Itu yang saya lakukan. Kita sama-sama mencari peluang yang tidak ‘dilihat ’ dan dengan peluang itu kita mencari kejayaan datuk.
Muzik rock memberikan saya ilham untuk mencipta watak dan cerita pasal dunia muzik rock dalam kartun. Saya mengambil dan menggunakan peluang itu sebagai kelainan ( kononnya ) dan memenuhi kehendak peminat muzik rock melalui karya saya. Ia umpama senjata nuclear dalam berkarya dan KEDEBOMMMM! Nuclear Assault datuk! Pasal tu saya menghasilkan karya Mat Rock Cintan ni.
“Tipu la kao Gayour! Haha!  Tapi lu memang rock la Gayour! “ Semua ketawa gumbira dengar kisah gua temasuk gua sendiri. Hahahaha!
Ah, amik gambo la plak. Gambo sorang anak muda dengan orang-orang tua berlatarbelakangkan karya-karya gua. HEH! Dari kiri pakcik Nayan. Beliau bukan kartunis tapi sangat aktif dan berminat dalam bidang kartun hingga menubuhkan syarikat Cartoon Parade yang menguruskan banyak aktiviti melibatkan kartunis tanahair. Kami memanggil beliau pakcik Nayan. Beliau gak adalah saudagar menjual cermin mata purba. Boleh beli cermin mata dan barang-barang purba dari beliau tiap minggu kat Stadium Melawati, Shah Alam. Sebelah kiri beliau adalah satu-satunya orang muda ( hee… ), brader Tazidi, Datuk Lat yang sengeh sakan pasal dapat majalah G3 keluaran 100 percuma. Diikuti oleh yang dihormati Tuan Haji Zainal Buang Hussein dan salah seorang kartunis, animator dan pelukis karikatur terhebat tanahair iaitu saudara Yaz Malee. Mungkin ramai yang tak pernah tengok karya beliau. Lantak la!
Tak ingat wartawan dari sokaba mana intebiu gua pasal pameran ni. Ya, ok, orait!
 Ni la sebahagian karya-karya tradisional gua yang dipamerkan. Ada yang tanya pada gua, “ kenapa brader masih melukis cara tradisional dan tidak lukis cara digital? Gua jawap… “ Inilah kecintaan gua pada seni lukis kartun. Gua benar-benar melukis bila menggunakan tangan. Kalo gua lukis cara digital maka tidak adalah karya kartun tradisional gua yang boleh dipamerkan". Kalau encik pergi ke Balai Seni Visual Negara, Galeri Shah Alam atau mana-mana galeri lukisan, adakah encik nak tengok karya-karya digital atau tradisional? Biar la gua tak berubah, terus melukis dan bahagia dengan cara gua. Melukis kartun cara tradisional bukanlah satu jenayah berat. Sapa-sapa nak kutuk, hina, keji... silakan.


Ah! Patutnya gua tak tampal photo ni tapi… ntah la. Bersama Faizal Mukhtar, presiden dan pengasas pertubuhan Manteraworks. Seorang penulis dan seniman yang begitu tegar minatnya terhadap komik, Superman, makan, filem, superhero, makan, animasi, makan dan M.Nasir termasuk Rob Liefeld. Harharhar!
Bersama karya karikatur metal guitarist yang dipamerkan. Kartunis hari ni memerlukan kelebihan yang lain selain dari hanya boleh melukis kartun, ilustrasi dan cerita kartun iaitu kebolehan melukis karikatur dengan baik. Dengan baik dan berkualiti. Maksud gua bukan hanya main belasah lukis. Kena belajar dan praktis. Jangan ikut/tengok kartunis lain boleh buat, guapun buat la! Kartunis mesti bertanggungjawap terhadap karyanya dan mendidik melaluinya. Maksud mendidik, karya yang baik dan berkuliti. Dari situ siapa yang nak lukis kartun atau karikatur kena belajar dulu dan berusaha menghasilkan karikatur yang baik dan berkualiti! Barulah meningkat kualiti kartun, ilustrasi, animasi atau karikatur negara kerana kartunisnya berilmu.
Gua dipaksa melakukan aksi air guitar ni oleh wartawan dan pelawat untuk amik gambo. Jeng! Jenggg! Are you ready to bang your brain out there? Pameran telahpun berakhir. Tak ada la menarik manapun. Biasa je. Pasal tu gua tak hebahkan awal. Gua tau ramai yang tak akan datang. Apa, kalo bagi tau awal nak pegi tengok pameran ni. Iye ke? Macam tu la, kalo tak bagi tau, nak pegi tapi kalo bagi tahu atau jemput, mesti tak dapat pegi. HEH! Ok la, kalo nak tengok pameran kartun gak, sila ke Balai Seni Visual Negara sekarang. Bermula dari 20 Mei 2012 hingga 27 Julai 2012 ni berlangsung Pameran Kartun Tulen Malaysia. Gua ada hantar beberapa karya dalam pameran ni. Kenapa dinamakan Kartun Tulen Malaysia? Kerana ia adalah karya asli kartunis Malaysia yang bercirikan identiti Melayu/Malaysia yang dilukis cara tradisional. Tidak ada pengaruh dari luar, Jepun terutamanya. Amacam, nak pergi? Gua dah kata, mesti tak akan pergi punya. HEH!



Wednesday, July 11, 2012

LIFE FIGURE DRAWING

LIFE FIGURE DRAWING
22 SYAABAN 1433H - 12 JULAI 2012

Berberapa bulan yang  telah berlalu seperti angin yang berhembus, gua dapat jemputan untuk join dalam program LIFE FIGURE DRAWING bersama pelukis figure hebat tanahair iaitu saudara Amron Omar. “ WHOA! Peluang baik ni ”! Ujar gua pada diri sendiri. Buat pertama kalinya gua menyertai acara melukis cara hidup-hidup dalam program LIFE FIGURE DRAWING bersama AMRON OMAR sempena pameran solo beliau yang bertajuk PERTARUNGAN kat Balai Seni Visual Negara. Betul tak tipu. Ini pengalaman pertama gua setelah lebih 25 tahun lukis kartun. Satu pengalaman hebat. Selalu dengar orang bercerita dan tengok ( seperti Mr.Bean dalam “ Back To School “ yang tepaksa lukis figure model bogel tu… ) pasal life figure drawing. Tapi yang ni tak ada model bogel ya. Memang nak rasa dan cuba lukis model kat depan.  Akhirnya ada jemputan, gua terus menyertai acara ni.




Poster program LIFE FIGURE DRAWING bersama AMRON OMAR dan pelukis-pelukis tersohor tahanair.    

Gua memang tak pernah belajar melukis tubuh manusia secara formal. Ada guru yang mengajar. Semuanya gua buat, cari dan belajar sendiri dari buku yang gua beli sejak puluhan tahun yang lalu. Kalo dulu permohonan gua nak belajar kat ITM dalam kursus Art & Design diterima, gua pasti dah belajar benda ni. Tapi tak apa la, gua belajar sendiri. Belajar dan belatih dengan bersungguh. Kali ni gua merasai pengalaman dan angan-angan menjadi kenyataan akhirnya. Alhamdulillah. Gua sampai awal dan sedia dengan easel, kertas dan oil pastel. Ready to rumble and fragin rock n roll!
Ia satu pengalaman yang menakotkan. Betul, tak tipu! Macam-macam yang mengerikan dalam kepala hotak bejambul gua. ARGHHHH! Boleh ke gua buat. Senang ke susah. Macam mana kalo tak jadi? ARGHHHHH!
Belum mula lagi ia dah menakotkan. Tengok cara melukis menggunakan easelpun dah merisaukan gua, pasal sebelum ni memang gua tak pernah melukis menggunakan easel! Mau tak nakot! Pas tu kena guna pastel plak nak lukis. ARGHHHH! Lagi sekali, gua memang tak biasa dengan pastel. Aduuu… Mula lukis agak lewat pasal ramai star datang lambat! Displin teruk diorang ni. Artis sangat la kononnya! Tengok la lakaran model menggunakan pastel yang gua buat. Tak payah la kata, “WHOA, cun la bro!“. Jangan jadi munafik. Huh, kasarnya. Jangan hipokrit. Aha… ok sket bunyinya. Benda belum siap lagi tak payah la ngade- ngade kat cantik! Karut! 
Acara Life Figure Drawing ni diadakan secara terbuka di kawasan pentas utama kat Balai Seni Galeri Negara. Pelawat yang datang nak tengok pameran pada hari tu boleh tengok sekali macama mana pelukis melukis cara live. Semua rasa seni sangat la kononnya. HEH! Sebahagian dari pelukis pro dan amatur ( cam gua ) yang datang melukis dalam acara ni. Aha! Kenal tak pelukis hebat berbaju hitam yang melukis dengan tangan kiri tu. Cuba sobat yang bijak mengalahkan sang kancil teka siapakah beliau?
Gua melukis berhampiran beliau dan terasa tak terer dan amaturnya gua bila banding dengan pelukis hebat ni. Gua banyak tengok beliau melukis dari gua yang melukis. HEH! Selama ni hanya tengok karya beliau yang dicetak. Kali ni peluang tengok live depan mata. Tak nak lepas peluang. Peserta dan pelukis dibahagikan pada tiga bahagian. Boleh join mana-mana ikut suka. Bahagian ni kebanyakan orang awam, pelajar, pensyarah temasuk pelukis pro yang mengambil bahagian melukis tiga orang model. Ikut suka la nak warna atau hanya lakar hitam putih.
Ni bahagian yang ketiga. Lebih menarik kerana pihak balai menjemput pesilat yang membuat aksi, gerakan dan sebagai model untuk dilukis. Life Figure Drawing la katakan. Pelukis boleh melukis dari bebagai sudut yang disukai. Nak duduk, mencangkung, guna easel, nak menyiarap… ikut suka la. Orang seni la katakan! Setiap model perlu bertahan keras selama hampir 15 minit. Berhenti rehat dalam lima minit dan sambung keras semula berulang-ulang sampai habis acara.   
Gua belum dedahkan lagi siapakah pelukis hebat tadi tu datang plak sorang lagi pelukis hebat BolehLand. Beliau melukis betul-betul kat depan gua. ARGHHHHH! Tak sangka betul dapat tengok sorang lagi pelukis hebat melukis secara live! Beliau boleh melukis sambil berdiri dan rilek saja. Lakar lebih kurang dan terus warna dengan arkilik. Penggunaan media warna adalah mengikut keselesaan pelukis yang dibawa sendiri. Pihak balai hanya menyediakan oil pastel. Ada yang guna warna air, pastel, warna pensil, arkilik dan warna minyak. pelukis hebat ni menggunakan arkilik. Macam mana, dah kenal pelukis ni. Rasa macam kenal.
Macam mana dengan pelukis hebat yang ni plak. Dah boleh cam siapakah beliau? Nampak hasil karya beliau yang menggunakan warna minyak tu. Beberapa tips beliau kongsi dengan beberapa orang pelukis amatur menggunakan warna minyak. Hebat! Mengkagumkan sekali melihat kedua pelukis hebat ni melakar dan mewarna dengan media masing-masing. Rasa macam kenal. Tapi ARGHHHH! Siapa ya? 
Pakcik Aris Aziz yang terkenal dengan kemahiran melukis potret dengan pastel turut hadir melukis dalam acara Life Figure Drawing. Sorang lagi oldskool yang berkongsi beberapa tips dengan gua. “ Saya memang tak mahir menggunakan pastel ni. Ia membuatkan saya jadi marah, hilang kawalan, tertekan, bosan dan benci!” Itu yang gua kata pada pak Aris pasal pastel yang tak bersalah apa-apa. Ia memerlukan latihan, kesabaran dan masa untuk kenal, suka dan menguasainya. Apa bendapun macam tu. Tak boleh dapat mudah dalam sehari dua. Yes master...
Encik pelukis ni menggunakan media warna air. Tak perlu risau apapun media yang kita gunakan asalkan kita tahu menggunakan dan paling penting kita seronok!
Inilah The Main Man dalam acara ni iaitu saudara Amron Omar. Sangat mahir menggunakan pastel dengan stroke tersendiri. Pada peminat dan kolekter tegar beliau, sekali tengok dah tau itu karya Amron Omar walau tanpa tandatangan pada karya. Beliau memilih model lelaki sebagai objek seninya. Ada dua model kat bahagian yang gua join ni, sorang awek dan sorang lelaki. Pilih la nak lukis manapun. 
Pelukis hebat makin hampir menyiapkan model yang dilukis. Masih hilang akal siapakah pelukis? Harhar! 
Tak tau apa yang diconteng oleh encik Jaafar Taib kat depan gua ni. Nampak cam main belasah je beliau mewarna. Kenalkan, inilah kartunis, penulis, penerbit dan pelukis hebat tanahair yang sangat terkenal dengan siri burungnya iaitu encik Jaafar Taib dari pandangan belakang. Beliau melukis kat depan gua dan gua tengok beliau melukis!
Tak tau apa yang gua buat dan lukis. Gua lukis saja ikut rasa dan keselesaan. Belah pagi tadi gua lukis model dalam hitam putih. Buruk! Gua rasa ia karya yang jelas menunjukkan kelemahan gua melukis menggunakan pastel dan melukis secara live dengan model di hadapan. Gua tak tampal kat sini pasal ia megaibkan! Gua memang tak mahir, pandai, terer atau tahu melukis menggunakan pastel. Itu kelemahan gua. Pada sesi petang, gua belasah lukis satu lagi. Model yang sama tapi gua buat ikut suka, keselesaan dan keseronokan gua iaitu karikatur! Ok, yang ni boleh kata, “ WHOA, cantiknya! “ HEH! 
Genre dan stroke yang berbeza antara gua dengan encik Jaafar Taib. Walau bebeza, kelebihan adalah pada encik Jaafar Taib. Beliau sangat mahir melukis kartun dan karikatur termasuk potret. Gua hanya mahir melukis kartun dan masih belajar melukis karikatur. Lukis potret memang gua tak mahir. Itu kelebihan encik Jaafar Taib yang gua tak boleh lawan.
Hasil karya pelukis hebat. Walau tak habis siap tapi tetap hebat dan mempersonakan ramai pelukis dan pengunjung melihatnya. Ok la… encik-encik, tuan-tuan, puan-puan dan cik adik manis semua, inilah hasil karya Pelukis Di Raja Selangor iaitu saudara Azman Yusoff yang membuat ramai bedarah hidung melihat ilustrasi cover dan poster kat majalah Fantasi atau cover novel. Nampak karya hitam putih kat belakang tu? Cam tu la lebih kurang lukisan model secara live yang gua lukis. Yang tu kira cantik gak, gua punya memalukan!  
Ni plak hasil kerja saudara Amron dengan pastelnya. Gua singgah tengok beliau lukis dan sempat sembang-sembang sikit. “ Jelas perubahan yang ketara pada gaya lukisan tuan dari tahun 80, 90 hingga sekarang. Yang terbaru ni nampak jelas pergerakan atau aksi pesilat yang tuan tulis. Ia seperti benar-benar bergerak atas kanvas ”, ujar gua pada beliau. “ Saya mencari apa kekurangan pada lukisan saya dan akhirnya saya menemui kesempurnaan yang saya cari iaitu melalui urat-urat saraf pada tubuh kita. Bila saya melukis dan memasukkan garisan-garisan urat pada watak pesilat, nah! pesilat atas kanvas itu seperti hidup!” Hebat!
Program Life Figure Drawing ni adalah sempena dengan pameran solo pertama saudara Amron yang bertajuk PERTARUNGAN yang berlangsung dari 15 Feb 2012 hingga 27 Ogos 2012. Ada masa lagi kalo nak pegi tengok kat Balai Seni Visual Negara di Galeri 3A dan 3B. Lebih 150 buah karya terpilih dari siri PERTARUNGAN terdapat dalam pameran ni yang diatur mengikut kronologi masa. Kalo nak tengok karya awal Amron yang burukpun boleh . HEH! Betul, buruk. Jangan anggap semua bermula dengan cantik, hebat dan terus terer. Semua lukis buruk pada awal-awal dulu sebelum menjadi hebat. Banyak dugaan, cabaran, halangan yang perlu ditempuh. Bersama One of The Great Yoda Master, saudara Amron Omar.
Karya-karya saudara Amron yang dipamerkan adalah dipinjam dari pemilik persendirian kebanyakannya. Karya beliau habis dibeli peminat tegar dan pengumpul bahan seni lukis. Beliau tak dapat menyimpan walau satu karya sendiri. Habih diborong orang! Hebat! Antara karya yang dipamerkan adalah terdiri dari media cat minyak atas kanvas, atas kertas dan board serta 608 keping karya lakaran atas tisu yang dibeli semuanya oleh Balai Seni Visual Negara.
Hasil kerja saudara Amron yang dipamerkan terbahagi pada dua bahagian iaitu Bahagian Catan ( paintings ) di Galeri 3B dan karya atas kertas ( Works on Paper ) di galeri A. *Ini adalah salah satu hasil karya agung saudara Amron yang dihasilkan pada awal tahun 80an dulu. Stroke yang bersih.
*Satu lagi karya agung beliau.
*Tengok plak perbezaan stroke yang sangat jelas pada karya tahun 2000 ni . Nampak kedua pesilat tu seperti hidup dan sedang begasak! Ini yang gua cerita tadi. Perubahan besar yang hebat pada stroke beliau!
*Nah! Amik kao hasil karya awal saudara Amron yang gua kata buruk tadi. Amacam, burukkan? Gua kata tak percaya. Tengok sendiri. HEH! 
*Lakaran atas tisu murah kat gerai makan masa encik Amron lepak minum kopi. Walau atas tisu murah, jangan tak terkezut… pihak balai beli antara Rm500 ke RM1000 sehelai tisu yang dilakar. Kalo dah hebat, lukis atas apapun jadi duit.


*Photo pada hari perasmian pameran PERTARUNGAN. 

Program Life Figure Drawing yang menarik. Pengalaman pertama gua menyertai dan rasa melukis menggunakan model. Seronok gak terutama bila dapat bersama dan tengok Yoda Master melukis. Tak banyak yang gua belajar dari program ni kerana ia bukan kelas mengajar. Semua lukis ikut kemampuan dan kemahiran yang ada. Buat sendiri! Program ni berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 April 2012 yang lalu. 

Gua datang pada 29 April. Pada hari pertama program, ramai pelajar dari kolej dan orang awam yang datang melukis bersama dan diadakan sesi soal jawap , kritikan dan tips dari encik Amron pada beberapa karya yang dilukis oleh peserta. Bagus. Tapi sayangnya tiada sesi kritikan dan tips ini pada hari kedua. Sesi itu yang gua tunggu dan harapkan untuk bertanya dan mendapat jawapan dan tips. Ia agak mengecewakan kerana sesi cam tu la yang paling penting kerana ramai yang datang bukan ahli, mahir atau pakar dalam life drawing. Itu yang diharapkan peserta pasal pada hari kedua ni ramai pelukis profesional yang datang. Peluang untuk mendapat sedikit ilmu. 


Pada gua, program ni tidak perlu mensyaratkan peserta mesti menyiapkan karya memasing. Buat mana yang boleh tapi yang lebih penting adalah sesi kritikan, panduan dan tips dari pro dalam kemahiran masing-masing. Encik Amron pakar dalam media arkilik dan pastel, beliau patut berkongsi teknik mengenainya kerana ini adalah program bersama beliau. Saudara Jaafar Taib dan Azman Yusoff juga sangat mahir menggunakan cat minyak dan arkilik termasuk warna air. Mereka patut ada slot untuk berkongsi sesuatu dengan peserta seperti gua. Gitu gak dengan pakcik Aris dengan kemahiran media pastelnya. Sayangnya sesi ini tak ada. Semua leka dan syok melukis model masing-masing tanpa ada pengisian atau perkongsian ilmu! Harap pihak balai yang menganjurkan program yang jarang-jarang diadakan ni menyusun, mengatur dan memastikan pengisian ilmu seperti itu berlaku! 


Apapun akhirnya gua berjaya melukis tubuh badan manusia secara langsung. Kalo tak tahu asas melukis tubuh badan manusia memang tak boleh lukis model kat depan.
Terima kasih encik Amron Omar. Terus la bertarung! Terima kasih Balai Seni Visual Negara. Gua terus belajar melukis…


 

Wednesday, June 20, 2012

ANDA, PM DAN KARTUN

ANDA, PM DAN KARTUN
01 SYAABAN 1432H – 21 JUN 2012 

Jemputan pada semua sahabat yang bekelapangan untuk datang ke majlis ANDA, PM dan KARTUN.   

Bila : 23 Jun hingga 24 Jun 2012 ( Sabtu dan Ahad ) 
Kat mana : Pintu masuk utama Central Market, Kuala Lumpur. 
Pukul berapa :  10 pagi hingga 10 malam pada hari Sabtu dan 10 pagi hingga 7 malam pada hari Ahad.




Program ini merupakan himpunan terbesar antara KARTUNIS, ANIMATOR dan PELUKIS KOMIK tanahair buat pertama kali bersama Perdana Menteri Malaysia. Peluang untuk korang betemu dengan kartunis , animator atau pelukis komik oldskool yang diminati. Kalo nak datang la.
 
Banyak aktiviti telah dirancang. Paling utama dalam program ini adalah penyampaian ANUGERAH KHAS pada 11 orang karyawan yang banyak berjasa dan menyumbang  pada kemajuan dan pekembangan industri kartun dan animasi negara dari segi pendidikan, ekomomi, perpaduan, sosial dan agama. Siapakah 11 orang tokoh hebat yang akan menerima anugerah khas yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia buat pertama kalinya pada 4.00 petang, 24 Jun 2012 hari Ahad nanti? Gua dah tau. HEH!
Lagi satu aktiviti adalah FORUM KARTUN . Sila tengok, belek dan klik kat poster untuk maklumat. 
 
Pada semua ( pro dan amatur ) kartunis, animator dan pelukis komik tanahair dijemput datang pada 23 Jun dan 24 Jun 2012 ni. Begitu juga pada semua peminat kartun dan rakyat BolehLand dijemput datang dengan ucapan  yang telus, jujur, ikhlas dan berjiwa murni …

Sila datang kalo nak datang dan jangan datang kalo tak nak datang!
 
Dah masuk 01 SYAABAN 1432H hari ni. Sebulan lagi RAMADAN. Panjang umur dan sihat tubuh badan dapat la kita mengerjakan ibadah puasa. InsyAllah.

Thursday, June 14, 2012

PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN

 PERTANDINGAN LUKIS KARTUN
25 REJAB 1433H - 15 JUN 2012

Sejak kecik sampai sekarang ( tua dah …. ) gua selalu dengar orang kata 
“ alaaa… lukis kartun senang! “. Satu pertandingan lukis kartun dibuat untuk semua rakyat Malaysia menyertai dan tunjuk terer, tunjuk lagak ngeri dan membuktikan kata-kata “ alaa… lukis kartun senang! “. Pertandingan ni diadakan sempena hari ANDA,PM & KARTUN pada 23 Jun dan 24 Jun 2012 di Central Market. Ayuh siapa yang rasa beliau terer gile lukis kartun tanpa perlu belajar, ini masa untuk buktikan kata-kata “ alaa… lukis kartun senang! “. Cepat! Masa tak lama kalo nak tunjuk terer!

Lagi satu yang biasa sangat gua dengar, “ adik gua, anak buah gua, kakak gua, abang gua, nenek gua, atuk gua, bapak gua, awek gua, kawan gua, abang angkat gua, kakak angkat gua, adik angkat gua, makcik gua, pakcik gua blablablaaa… terer gile lukih kartun! “. Apa lagi, provoke la diorang masuk pertandingan ni. Nasib baik nanti diorang boleh kata “ saya menang moto! “. Pada sobat-sobat blogers semua, minta sebarkan perkara ni. Tapi kalo degil, enggan dan tak nak tolongpun tak kisah! HEH!

 Digalakkan penyertaan dihantar secara on-line. 



Thursday, May 24, 2012

SANTAI BERSAMA DATUK LAT

SANTAI PETANG LAT DAN KARTUNIS MALAYSIA
04 REJAB 1433H -  25 MEI 2012

Dah bebulan dan bekulat kisah ni. Baru sempat nak post. ARGHHHH. Lantak la! Hari tu, masa tu terciptalah satu sejarah dan kenangan-kenangan dalam hidup sebahagian kartunis tanahair dengan satu pertemuan  tanpa apa-apa muslihat, agenda gelap atau konspirasi jahat. Hanya satu pertemuan yang telus, ikhlas dan murni yang dianjur oleh kartunis hebat tanahair yang dikasihi lagi dihormati – Datuk Lat. Tak kenal kartunis Lat? Ia bukan satu jenayah berat yang menyebabkan korang dikenakan ISA.
Suatu masa  dahulu, berapa tahun yang lalu, Datuk Lat pernah menyatakan pada gua akan hasratnya untuk bertemu dengan seberapa ramai kawan-kawan kartunis yang ada. Pertemuan antara kartunis lama dan yang baru. Itu hasrat datuk dan alhamdulillah, pada 11 Mac 2012 impian datuk lat menjadi kenyataan dengan satu majlis yang dinamakan SANTAI PETANG LAT DAN KARTUNIS MALAYSIA di Royale Bintang Damansara.

Ramai gak sahabat-sahabat kartunis lama dan baru yang datang. Ada yang tak ada kene mengenapun datang gak. Satu yang diluar jangkaan.  Datuk Lat memulakan majlis dengan ucapan alua-aluan yang ringkas dan menceriakan semua. Datuk memang hebat, bijak dan menghiburkan bila bercakap. “ Terima kasih atas kehadiran semua”.

"Saya sebenarnya nak ajak kawan-kawan datang ke rumah saya kat Ipoh, tapi mungkin tak ramai akan dapat datang. saya gak becadang nak buat pertemuan ni kat rumah saya kat Subang Jaya tapi rumah tu sekarang anak saya yang duduk. Saya dah tak ada power lagi kat situ!" ujar Datul Lat dengan HUHAHUHAHAHA! dari semua hadirin. " Kira ok la dapat tempat ni, boleh kita bejumpa", tambah Datuk Lat.

Kemudian ada sikit slide show pasal pelukis dan kartunis tanahair yang telah tiada. Yang tinggal hanya karya dan jasa dalam pekembangan seni komik dan seni kartun BolehLand. Kerana karya-karya mereka  lahirlah ramai pelukis kaomik dan kartun yang ada pada hari ini. Satu  muka dari  komik hebat ciptaan Raja Hamzah yang digelar juga sebagai Raja Komik Tanah Melayu! Tak payahlah susah-susah cari komik ni .

Sumbangan Allahyarham Rejabhad atau Pak Jab sangat besar dalam membentuk dan mendidik ramai bakat-bakat baru dalam bidang kartun tanahair. Ruangan Bakat Baru yang dikendalikan Allahyarham dalam majalah Gila-Gila telah melahirkan ramai kartunis-kartunis baru. Allahyarham sangat pemurah, baik dan sedia melayan siapa saja yang minat nak belajar lukis kartun. Jasa dan kebaikkan Pak Jab tidak akan dilupa. Terima kasih Pak Jab!

Siapa TAK pernah tengok/baca komik WAK DOJER karya Hussain Saad ni? Jangan takut, ia bukan satu jenayah perang!

Ucapan kedua adalah dari Profesor Madya Dr. Muliyadi Mahamood. Satu-satunya anak Melayu yang ada Ph.d dalam Cartoon Studies. Ucapan yang sangat mengujakan dari orang yang berilmu seperti prof!

Barisan depan dari kiri; Datuk Lat, Prof. Madya Dr. Muliyadi, kartunis A.Z, Don, Reggie Lee dan Tazidi bersama sebahagian dari kartunis, pelukis komik dan animator yang hadir.

Pertemuan ni memang tidak ada agenda jahat yang tersembunyi! Hanya pertemuan kawan-kawan lama dan baru. Itu saja. Ia jadi masalah pada abang Nayan yang diamanahkan oleh Datuk Lat untuk pelaksanaan majlis yang terpaksa menjawap pertanyaan dari jemputan pasal tujuan pertemuan.  Kesian abang Nayan yang dah sedia tak berambut! Masa untuk rehat dan minum petang!

Majlis disambung setelah makan roti jala dengan ucapan dari Presiden PEKARTUN – Persatuan Kartunis Malaysia, brader Tazidi. Penah tengok kartun Tazidi kat majalah Gila-Gila pada zaman Parameswara dulu?

Atuk sapa plak ni. Siapa tahu, siapa kenal atuk siapa ni? Inilah pencipta dan pelukis watak BUJAL dan SALINA, yang dihormati pakcik RIZALMAN. Santai Bersama Lat memberi gua peluang buat kali pertama bertemu dengan pakcik Rosman yang mempersonakan gua jutaan kanak-kanak di BolehLand dengan watak BUJAL dan SALINAnya. Nampak serius tapi bila bercakap, boleh tahan lawak pakcik ni. Beliau mendedahkan cane beliau boleh dapat nama Rizalman. Rupanya tu bukan nama sebenar beliau. Begini kisahnya;  Dulu keadaan agak susah. Jadi sayapun buat la kerja gelap iaitu lukis kat majalah luar. Nak tambah pendapatan. Saya lukis kat majalah lain walau masa tu saya sedang bekerja dengan satu syarikat penerbitan. Sekali boss dapat tau. Kantoi siot! Beliau marah-marah pasal saya lukis kat tempat lain. Emmm… sayapun cari akal…
Kerja-kerja underground memang menjadikan siapa saja kreatif dan panjang akal. Aha! Akhirnya dapat la satu akal paling hebat dalam dunia untuk meneruskan kerja gelap underground saya iaitu dengan hanya menukar nama. Ya, saya tukar nama saya dari Mohd Razali Othman kepada RIZALMAN. Bila tukar nama, boss saya tak tau yang lukisan/ilustrasi kat majalah pesaing dia tu adalah kerja saya. MUAHAHAHAA! Mudahnya beliau ditipu. Macam Clark Kent yang tipu satu Daily Planet dengan hanya pakai cermin mata dan buka cermin mata bila jadi Superman!  Lemah minda sungguh! Gitulah nama tu kekal hingga ke hari ini. Hahahaa!

Giliran kartunis otai Reggie Lee pula bercerita pasal diri, kerjaya dan apa yang dibuat sekarang.  Siapa ya, tak kenalpun! Beliau adalah kartunis bangsa Cina yang terawal berkarya dan bersaing dengan kartunis bangsa Melayu di majalah Gila-Gila dalam pekembangan kartun tanahair pada tahun 80an dulu. Beliau punya gaya, stroke dan identiti sendiri yang tidak dipengaruhi dari mana-mana.

Ah, sudah! Atuk sapa  pulak ni? Ramainya atuk-atuk yang datang ke majlis ni. HEH! Guapun tak kenal tapi kenal dan tahu nama setelah dipekenalkan. Inilah Tuan Haji Sulaiman Awang, seorang pelukis/ilustrator yang pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka.  Pakcik ni gak pernah mengendalikan rancangan Mari Membaca Al Quran di TV 1. Tak kenal maka tak cinta. Benar sungguh kata-kata tu. Gua tak kenal atuk ni tapi sungguh seronok,  terhibur dan WHOA! bila mendengar kisahnya. Lawak rupanya atuk ni. Antara kisahnya, setelah bersara, beliau hilang arah dan akal… lalu amik keputusan nak jadi bomoh! Hahaha! Betul! Beliau sanggup merantau ke Borneo nak menuntut ilmu kebomohan. Tapi bila gurunya suruh pegi betapa kat hutan, beliau dah kecut perut. “ Tinggal kat rumah sorang-sorangpun dah takut, ni kan plak nak betapa sorang-sorang kat hutan, lagi la nakot!”. HARHARHAR! Satu dewan pecah gelak dengar kisahnya.

Lagi satu kisah yang buat semua berkata WHOAA! bila atuk ni bagi tahu akan hasratnya nak jadi seorang yang terkenal kat Malaysia. “Aku nak jadi glamer!” . Tapi beliau rasa agak mustahil nak jadi terkenal. Jadi apa akal, apa jalan….. there’s NO road and NO jalan! Dead end! Tapi akhirnya beliau bejaya gak jadi “glamer” walau bukan seperti pelakon atau penyanyi. Beliau mendedahkan rahsia tulisan khat  jawi yang terdapat pada semua duit kertas negara kita sekarang. “ Tulisan khat jawi pada duit itu adalah tulisan tangan saya!” . WHOAAA! “ Saya glamer gak akhirnya walau tak dikenali”, ujar atuk ni puas hati sambil tersengeh-sengeh. Ayuh! Sila tengok tulisan khat jawi kat not kertas korang. Bila tengok, inilah atuk yang menulisnya. Itulah jasa dan sumbangan besar atuk ni pada BolehLand.

Sorang lagi kartunis oldskool yang sangat terkenal di zaman kegemilangan, keemasan dan kehebatan kartun tanahair. Inilah kartunis Tuan Haji Zainal Buang Hussein –ZBH  yang sangat periang dan suka ketawa. Tuan Haji berusaha dan melapangkan masa untuk bersama dalam majlis yang julung-julung kali diadakan.  Seorang kartunis yang punya pelbagai kebolehan. Bukan saja terer lukis kartun tapi juga boleh tulis novel, lukis potret, karikatur,  abstrak ( paling senang lukis ) dan juga seorang ilustrator.  Tuan Haji ZBH agak emosi dalam ucapannya bila bercerita mengenai zaman awal dan sahabat-sahabat  yang banyak membantunya. Kisah yang mengharukan. Dari kesusahan, beliau berusaha hingga berjaya. Kisah yang sangat meninggalkan kesan terutama pada generasi baru. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya!
Encik Hassan Mutalib, bapak animasi Malaysia turut hadir dan berkongsi cerita dengan semua. Hebat! Siapa tak penah tengok animasi pendek Hikayat Sang Kancil dengan kisah Sang Kancil dan Monyet, Sang Kancil dan Buaya dan beberapa lagi. Itulah antara produk animasi terawal buatan Malaysia dan encik Hassan ni la orang kuat disebalik animasi tu. Sumbangan dan jasa yang besar! Teringat lagi dialog “ Aku nak itu! Aku nak itu! “  kata sang monyet yang degil dan keras kepala pada sang kancil dalam animasi Sang Kancil dan Monyet..

Kartunis DON ( baju kuning ) yang mempersonakan jutaan rakyat BolehLand dengan kisah kenakalan tiga sahabat iaitu DAN, DIN, DON dan kehebatan pencak silat Melayu dalam Pendekar Mata Tige turut berkongsi kisah dengan semua. Melihat karya-karya encik DON membakar semangat gua nak jadi kartunis pada zaman dinosaur dulu. Kena plak dengan stroke brush dan pen celup beliau yang sangat cantik. Perghh.com sungguh! Sekarang beliau sangat aktif dengan karikatur dan animasi. Karya-karyanya  jadi penyebab ramai budak-budak hingusan seperti gua nak jadi kartunis!

Antara yang mengujakan dalam majlis ni adalah saudara Azman Yusof yang sangat memeranjatkan dalam ucapannya. Sungguh tak sangka beliau sangat sporting dan dengan rela hati berkongsi kisah yang sangat menarik iaitu kisah bagaimana beliau mendapat tugasan sebagai Pelukis  Di Raja Selangor. Kisah yang tidak pernah didedahkan pada umum selama ni.  Oh, ya, Siapa Azman Yusof ni? Ramai yang kenal dan lagi ramaiiiiiiiii tak penah dengar nama beliau.  Pada yang tak tahu, beliau adalah seorang kartunis dan ilustrator kat majalah Gila-Gila pada suatu zaman dahulu. Lebih hebat, beliau adalah seorang pelukis potret yang sangat luar biasa hebat dan sekarang adalah Pelukis Di Raja Selangor. Masa sembang-sembang dengan beliau dalam program Life Figure Drawing bersama Amron Omar kat Balai Seni Visual Negara, beliau kata, “ orang tak penah fikir bila aku dah siap lukis apa-apa potret sultan atau kerabat, macam mana aku nak mintak payment dari sultan’.  Haha! Lagi sorang karyawan hebat yang menyebabkan ramai hingusan-hingusan melopong dan memeleh air liur bila melihat hasil karya beliau dan jadi penyebab nak jadi pelukis potret seperti saudara Azman Yusof.

Cam yang gua kata, tiada konspirasi gelap, hitam atau jahat dalam pertemuan ni. Hanya pertemuan semata-mata. Pertemuan antara penggiat seni kartun, komik, animasi, karikatur dan pelukis  potret tua, petengahan umur dan muda tanahair. Selain bersalam-salaman, bertanya khabar dan sengeh-sengeh, majlis ni memberi peluang pada semua yang hadir untuk mempekenalkan diri, kerjaya dan apa-apa yang ingin diberi tahu.  Itu saja. Bangun, pegang mikrofon dan cakap. Macam Padi, beliau kutuk gua! Uuuu…uuuu… gua dendam dengan lu Padi! Oh, ya, majlis ni gak peluang untuk begambo dengan Yoda Yoda kartun dan komik tanahair! Tak sangka gua yang paling muda dalam gambo ni. HARHARHAR!

Young apprentice with Yoda Master. Antara barisan Yoda Master yang banyak menyumbang dalam pekembangan seni lukis, seni kartun, komik, potret dan seni khat jawi tanahair. Terima kasih tuan-tuan yang dikasihi semua.

Tak ketinggalan begambo dengan sahabat-sahabat yang pernah berkarya dan bertugas bersama seperti Nik Wafdi ( kanan ) yang terkenal dengan karya Ali & Davidson, Murahguru Tandoori Payat dan Padi ( kiri ) yang kutuk gua tadi!

Lagi sahabat yang datang meraikan majlis anjuran Datuk Lat iaitu kartunis dan juga seorang pensyarah di MMU iaitu Sireh ( kiri ) yang baru keluar dengan koleksi Life Journey Vol 1 nya. Cekidaut! Yang tengah plak ialah presiden PeKOMIK ( Persatuan Penggiat dan Pelukis Komik Malaysia ) iaitu saudara Azhar Abdullah, seorang pensyarah ( UITM ) dan pelukis kaomik yang sangat aktif. Beliau juga adalah orang gagah dan handal yang bertanggungjawap dalam penerbitan majalah Urban Comics
 ( RIP ) dan telah menerbitkan dua buah komik iaitu Liga Pendekar dan Pendekar Melayu Terakhir yang bergitu kuat jati diri Melayu dalam komiknya. Cekidaut komik-komik beliau.

Gambar kenangan-kenangan khas bersama pencipta watak BUJAL dan SALINA, yang dihormati pakcik Rizalman. Terima kasih atas cerita dan kisah Bujal yang sangat banyak pengajaran. Terasa mudanya gua. HEH!

Tak ketinggalan bersama yang berusaha lagi dihormati, Datuk Lat yang menghiburkan seluruh rakyat BolehLand dengan karya-karya hebat yang sungguh mempersonakan! Terima kasih datuk! Melihat atau membaca karya Datuk Lat seperti melihat kehidupan dan  budaya rakyat Malaysia seluruhnya. Hebat! Ya, jelas sekali antara yang tua dan yang muda. HEH!

Masa sesi pegang mikrofon dan cerita pasal diri dan kerjaya, kebanyakan sahabat lama yang melukis kartun telah beralih ke bidang animasi. Semua telah beralih ke digital meninggalkan gua sorang yang masih tegar mengamalkan cara tradisional dalam berkarya. Tak apa la. Moga semua berbahagia dan berjaya dalam kerjaya memasing. Akhir sekali begambar ramai sampai tak muat frame kamera! Sungguh seronok dapat bejumpa, bersalam, bercakap terus dan mengenali yang lama dan yang baru. Terima kasih semua. Moga sihat, selamat dan betambah iman.

CARTOONIST UNITE!