Lepas solat sunat Aidil Adha, trus balik makan, makan... ( kan sunat makan lepas solat sunat Aidil Ahda ) tu la pasal gua lambat sket ke surau untuk program korban ni. Sampai2, seko lembu dan selamat disembelih. Ni lembu kedua yang bakal disembelih. Ada tujuh ekor lembu, lembu ni gua telibat sebagai sorang petugas yang betanggung jawap dalam segala proses pengorbanan lembu ni. Dari menumbang, dudud/memijak perut lembu masa disembelih, lapah kulit, kuarkan isi perut dan dibawa ke tempat melapah. Encik Lan ( betopi merah ) adalah ketua gembala lembu ni. Lembu2 korban tahun ni kebanyakannya masih muda remaja. Nampak tu kat belakang beberapa ekor lembu cuba menenangkan hati dengan makan rumput dengan berselera sekali. Makanan terakhir sebelum beliau plak jadi makanan!
Selepas selamat dikorbankan ( sori la sekiranye visual ni menyebabkan korang merasa ngeri dan mencekik batang leher korang! ) Kelihatan kat belakang team lembu ketiga sedang besiap2 untuk mengorbankan lembu ketiga yang telah menyerah kalah siap2.
Ada banyak lagi gambar2 penuh darah tesembur yang gua amik. Saja tak kuarkankan. Takut korang mengigau plak! Ni gambo gua dengan ketua lembu dua tadi encik Lan yang bejaya gua pengaruhi untuk buat aksi liar ni.
Sapa penah tengok cover album " STAY HUNGRY " band TWISTED SISTER yang mengganas pada awal tahun 80an dulu? Tak penah, tak penah dengarpun nama band tu? Nasib korang la. Ni aksi liar gua untuk versi baru dari cover album tu. Ni la kesempatan yang ada untuk buat aksi rakus cam ni dengan tulang lembu original. HEH! Sori Mr. Dee Snider! STAY HUNGRY DESTROYER!
Dulu masa mula2 buat program korban ni, kitorang AJK dan petugas Ibadah Korban menggunakan kapak untuk mengapak tulang! Punye la azab dan seksenye. Ada yang demam2 pas tu! Tapi skang ni lebih mudah. Kitorang tak lagi menggunakan kapak, tapi menggunakan mesin kayu yang disalah gunakan untuk memotong tulang! Baru canggih dan mengikuti perkembangan IT, kemajuan sain dan teknologi angkasa lepas!
Tahun ni gua amik tugas sebagai tukang potong tulang dengan encik Faizul ( baju merah ) dan encik Kasim ( baju hijau ). PRENNNG! PRENGGG! Berasap2 mesin tu bile kena potong bahagian kepala lutut/kaki lembu yang keras nak mampus!
Encik Azman ( Setiausaha Surau Nurul Islah ) kiri sekali datang menjenguk dan bertanya kaba kitorang yang tak berhenti2 memotong tulang. Cane nak berhenti, tulang tujuh ekor lembu nak dipotong. Mesin ada satu. Mesyuarat AJK nanti nak usulkan tambah lagi satu mesin. Baru sepat siap. Apa2 pun semua bejalan dengan baik dan lancar. Ramai penduduk Islam Putra Heights yang datang beratur mengambil daging tengahari tu. Dapat makan sup tulang/daging korban segar yang manis dan makan nasi briani darat lepas solat Zohor yang dimasak oleh chef khas yang diimpot dari utara nuuu! Tahniah pada semua AJK dan Petugas Ibadah Korban 1427H/2006 Surau Nurul Islah. Ada rezeki taun depan kita buat lagi. YEAHH!


4 comments:
Hallllo! bRO !! adeh td petang ntaH komen yg mana ntAH sy komen .. Dtg blk dH xdPT jumPA .. HampeH .. nak tanya ae .. dlu sy de bli b.selamanya vol2 .. Tp mlng knA rembAT wargHHHhH!! .. Jadi soklan nya bro,lu ada stock lg x xkesaH vol 1 @ 2 .. Yg vol 3 dH kuAR ke? Haha dH lama xbeli komik .. xtaU perkembangan dH .. Tp bro pny artwork mmg manteP!! Huh .. hiduP gayouR !!
dra
nanti gua cuba carikan mana yang ada. tq
huhu,berkorban aper saje..lah gayuour..hebat ar lu..kemsalam dekat semua meber yek
airis
yeah! berkorban apa saja demi agama, bangsa, negara, diri, keluarga, kerjaya...
Post a Comment