Sunday, December 30, 2007

KORBAN 1428 HIJRAH - 2007

KORBAN 1428 HIJRAH
20 ZULHIJJAH 1428 HIJRAH - 31 DISEMBER 2007

Ini adalah entri terakhir gua dalam tahun 2007 masehi. Patut nak masukkan minggu lepas, tapi cam biasa urusan dunia bergitu banyak dan melalaikan. ARGHHH! Dah seminggu lebih kita merayakan Idul Adha, baru gua bekesempatan nak masukkan entri ni. Seperti di mana-mana di seluruh dunia, umat Islam meraya dan menyambut Idul Adha dengan bertakbir dan menyembelih binatang korban! Tahun ni Surau Nurul Islah tempat gua buat korban gak seperti tahun-tahun yang lepas. Kali ni dikorbankan sebanyak enam ekor lembu ( sebenarnya lapan ekor tapi dihadiahkan dua ekor pada surau lain yang berhampiran... ) dan seekor UNTA. Yeah! UNTA! Pencapaian terhebat setakat ni. Tau la kat tempat korang dah lama korbankan unta pada setiap Idul Adha. Sebenarnya takpun disyaratkan dan menjadi kewajiban untuk mengada dan mengorbankan unta. Cukup dengan lembu, kerbau atau kambing. Tapi rezeki tahun ni ada ahli qariah yang sudi mengorbankan seekor unta di surau kami. Semelih unta la kitorang tahun ni. Pengalaman baru ni…

KILLING FIELDS
Cam
tahun lepas, lepas selesai solat sunat Idul Adha, gua balik untuk transform ke pakaian ‘perang’, tapi bila sampai ke surau balik dalam 9.10 pagi, lembu pertama ( lembu #6- lembu yang ada bahagian akiqah ) telahpun selamat disembelih. Agresif sungguh petugas dan tukang semelih ni! Tak nyabo-nyabo tunggu gua! Bahagian akiqah ni nak dimasak dahulu. Pasal tu la lembu akiqah #6 ni kena semelih dulu. Lembu yang lain termasuk unta semuanya adalah bahagian korban. Ni lembu kedua ditumbangkan dan diikat kaki untuk dikorbankan.


KAGUM
Inilah dia encik UNTA yang akan dikorban kelihatan tenang menunggu giliran. Beliau berasal dari Australia, bukan dari negara Arab atau Parsi. Sungguh mengagumkan bila dapat melihat encik unta yang begini besar ( ada lagi yang lebih besar… ) di depan mata. Cane rasenye naik/menunggang unta? Cane rasenye daging unta? Yang belum penah rase, mesti teruja nak rase. Korang yang penah makan daging unta mesti la kenyang lepas makan, ya tak? HEH!

PELUANG
Beliau memang cool tak ingat. Boring agaknye nunggu giliran, beliau duduk lepak sambil mengunyah chewing gum yang beliau makan sejak meninggalkan kandang beliau kat Australia sana sambil melihat lembu kedua dikorbankan.
" Nasib korang la!", tegas beliau dalam hati tengok lembu-lembu tu kena semelih. Peluang baik untuk gua menghampiri dan amik gambo dengan beliau.

NGERI
Tapi beliau tak bleh duduk diam lama rupenye. Gua dekat saje beliau trus bangun untuk posing bergambar. Ngeri gak nak dekat-dekat bila tengok beliau punyer la tinggi dan besar banget. Tak biase la katakan dengan encik unta ni. Buatnye beliau gigit rambut gua, habih jahanam!

DIE BY THE SWORD
Lembu kedua selamat dikorbankan masa gua leka begambo dengan encik unta tadi. Tak nolongpun pasal dah ramai yang duduk atas lembu ni. Full house, tak ada ruang gua nak mencelah. Selesai jer, sekali lagi gua amik peluang begambo dengan lembu korban yang sedang menghabiskan nafas dan tendangan terakhir seblum beliau meninggalkan dunia selamanya bersama dua orang AJK korban tegar Surau Nurul Islah iaitu ketua Unit Melapah, encik Lamin ( betenggung ) dan encik Sani ( berdiri ).

RAINING BLOOD
Setiap titisan darah pertama dari haiwan korban merupakan penghapus dosa! Itu adalah janji Allah. Nak percaya, percaya. Tak nak percaya sudah! Tapi sebagai orang Islam yang benar-benar beriman, kita dengar dan percaya!

WAR ENSEMBLE
Bersama dengan sorang sobat, saudara Sireh ( kartunis, pensyarah, karikaturis ) yang turut mengambil bahagian korban seekor lembu pada tahun ni. Tu lembu yang telah selamat disemelih tu la lembu korban encik Sireh. Kat belakang tu plak para petugas sedang begusti dengan lembu setrusnya untuk disemelih.

SPILL THE BLOOD
Habis posing begambo dengan Sireh, gua trus duduk kat badan lembu yang telah sedia untuk dikorbankan dan semua bertakbir semasa Setiausaha Surau Nurul Islah, encik Azman menjalankan tugas menyembelih. Daun pisang tu untuk menghalang darah terpancut/menyembur ke muka dan pakaian kitorang! Dulu masa kecik kat kampung, masa acara korban cam ni, budak-budak cam gua hanya bleh tengok dari jauh, tupun kalo dapat tengok. Nak sangat merasa duduk kat badan lembu yang sedang disemelih cam ni. Tapi bleh mimpi jer la. Kalo tak kena halau, saje jer kena hamun! ‘’ budak-budak duduk/tengok jauh-jauh sikit!” Ni gua duduk atas badan lembu korban ni kira balas dendam la. Heh!

TENDANGAN
Satu lagi impian gua masa kecik dulu ialah nak bukak tali ikatan kaki lembu yang telah disembelih. Betul, tak tipu. Ini satu pengalaman yang menarik. Tapi jangan harap la kena bagi. Kena maki hamun saje jer kerana ia memang tak sesuei dilakukan oleh budak-budak dan merbahaya! Masa ni la lembu akan menendang-nendang dengan rakusnya sebelum habis nafas. Patutpun tak diberi budak-budak melakukannya. Gua nak rasa pengalaman ni. Memang kena bukak ikatan kaki lembu yang telah disembelih supaya beliau tidak terseksa. Biar beliau bebas melepaskan tendangan-tendangan yang terakhir… tapi tak semua ikatan ni mudah untuk dibuka. Ada yang tak ada akal masa mengikat. Simpul mati! Aduuu laaa… nak pengalaman sangat, selesaikan tugas. Jangan banyak komplin. ambik kau!

IMPIAN
Giliran encik unta makin hampir. Beliau mendapat nombor yang terakhir. Sebelum beliau disembelih, gua betegas nak begambar sedekat-dekatnya dengan encik unta ni. Gua beranikan diri dan menghampiri beliau. Tengok beliau cool jer, gua trus menepuk/memegang abdoment beliau dan klik! Impian terlaksana!

READ BETWEEN THE LINES
Beliau nampak cool pada awalnye, tapi tidak begitu masa cuba menumbangkan beliau. Maklum la tak ada pengalaman cane nak menumbang dan mengorbankan unta. Memang huru hara, hara huru dibuatnye! Encik unta mengamuk hingga putus tali pengikat leher beliau! Rupa-rupannya beliau sangat hebat menendang menggunakan kedua-dua kaki belakang beliau hingga kena sedas peha Tuan Haji Idris, tukang semelih pertama masa usaha menumbangkan beliau! Tapi akhirnya keadaan kembali terkawal dan encik unta berjaya ditumbangkan…

DEATH'S HEAD
Akhirnya encik unta berjaya juga disembelih dengan selamatnya. Kalo lembu, hanya lima atau enam orang saja diperlukan masa menyembelih, tapi encik unta ni lebih dari sepuluh orang memegang, menekan dan duduk atas badan beliau! Darah yang tepancut kuar dari leher encik unta luar biasa kelajuannya. 250km sejam! Gua benar-benar terpegun buat kali pertama melalui pengalaman ni. Mungkin kerana tekanan yang melampau masa cubaan menumbangkan beliau tadi. Kerana badanya yang tinggi dan besar. Mungkin juga kerana lehernya yang panjang, kerana itu darah memancut dengan kelajuan tinggi. Mungkin para sobat dah selalu/biasa melihatnya.Gambo terakhir sebelum encik unta dilapah walaupun Ketua Unta kat belakang tu dah start melapah.

* setiap lembu korban dan unta mempunyai ketua memasing untuk memastikan setiap lembu dan unta yang telah disembelih ‘diselesaikan’ dan semua bahagian-bahagian lembu itu dihantar ketempat pembahagian.

PIECE BY PIECE
Melapah unta yang paling seksa dan mencabar sekali! Lebih dari dua jam tak selesai gak. ARGHHH! Kulit beliau memang liat, kenyal, ketegaq tak ingat! Melapah kulit yang paling susah. Tak ramai yang tahan lama melapah kulitnya. Cepat lenguh dan penat! Gua tak melapah, tukang pegang jer. Gua tak membantu melapah kat mana-mana lembu kerana gua nak membantu dan merasa pengalaman baru melapah unta. Walau tak melapah, hanya tukang pegang, angak dan tarik kukit termasuk daging dan lemak, penat giler tak ingat! Yang paling mengujakan sekali ialah bahagian bonggol kat belakang unta tu. Nak tau sangat apa ada kat dalamnye. Ape ye? Rupe-rupenya keseluruhan bonggol itu adalah terbentuk dari 100% LEMAK padu! Rasanye lebih dari enam kilo beratnya lemak tu bila dipotong! Lemak yang merupakan stor simpanan makanan/minuman unta bila berada di
padang pasir. Subhanallah. Hebatnya ciptaan Allah! Lemak tu perlu dimasak untuk dibuat minyak unta seperti rebusan tulang lembu ni! Emmm.... yummyyummy!

DEAD SKIN MASK
Pada hari terakhir Hari Tasyrik, ada seekor lembu dan dua ekor kambing dikorbankan pada belah pagi kat Surau Nurul Islah. Lembu tu untuk Surau Al Munawarah ( lembu ganti, pasal sekor lembu untuk surau ni mati masa sampai ke surau kitorang pada malam raya hari hari tu ). Ramai la AJK Korban surau Munawarah yang datang. Kitorang turut sama membantu. Ni kepala dua ekor kambing Boer yang telah dikorbankan. Bukan untuk upacara ritual Black Metal atau pemujaan syaitan! Tapi kambing korban hari raya Idul Adha untuk dimakan.

SPIRIT IN BLACK METAL
Sorang sobat membelah kepala kambing dan ingin menjadikan tanduk ini sebagai hiasan. Lagi sekali, beliau bukan fanatik Black Metal, bukan untuk apa-apa upacara ritual atau sebarang kepercayaan karut! Tanduk yang sangat cantik.... Moga ada rezeki dan panjang umur dalam iman untuk buat korban/aqiqah pada Idul Adha tahun depan. InsyAllah.

Wednesday, December 26, 2007

KURSUS KAT GENTING

ATTITUDE
16 ZULHIJJAH 1428 HIJRAH - 26 DISEMBER 2007

Lama tak kursus. Korang mesti penah pegi kursus atau apapun nama yang dibagi kan? Guapun sama. Lama tak kursus terutama kursus kat luar pejabat. Biase kursus sehari atau setengah hari kat pejabat. Hujung tahun ni syarikat anjurkan kursus untuk semua staff ( editorial saja ) termasuk unit/department illustrasi dan kartunis. Kitorang join dengan dept Pusat Sumber, advertizing, sekreteriat dan dept fotography. Kumpulan kitorang ni merupakan kumpulan yang paling kecil/sedikit. Dua puluh empat orang saja. Kumpulan sebelum ni hampir empat puluh orang dalam setiap kumpulan! Ahh! Lantak la! Tak ramai lagi baik! Kursus ni telahpun selamat kitorang hadiri dari 07 Dis hingga 09 Dis 2007 yang lalu kat Genting View Resort, Genting Highland yang teletak di tengah perjalan naik ke puncak genting tempat orang berseronok tu! Kali pertama gua sampai ke puncak genting adalah pada tahun 1990. Itupun dibawa oleh majalah Mingguan Kanak-Kanak ( R.I.P ) pasal diorang ada aktiviti kat genting dengan ahli kelab MKK kalo tak silap. Gua ikut jer. Tupun bukan nak pegi enjoy, kira pegi betugas gak. Itu la kali pertama hingga ke hari ni gua sampai ke genting. Masa tu lebih sejuk. Gua suke tengok kabus yang lebih tebal, angin menderu kuat dan hanya nampak hujung pokok di lereng bukit…


KEMARUK
Pagi lagi dalam pukul 6.45 pagi ramai yang dah sampai dan tak sabo-sabo nak naik bas! Lama tak pegi kursus dan lama tak naik bas. Tu yang ramai hilang sabar nak naik bas. Tapi semuanya hanya palsu. Bas tu janji nak sampai awal tapi ternyata palsu semata! Beliau dengan driver beliau sama jer. Penipu! Sementar tunggu ketibaan bas yang membawa kitorang ke genting, begambo la dulu. Ni adalah kesan khas kononnye kabus kat atas bukit yang dibuat oleh brader Kartekana dengan asap rokok beliau. Nampak sangat kemaruk nak ke genting!

MARI BEGAMBO
Tetiba ternampak plak jentera berat yang digunakan untuk membuat dan meratakan jalan yang baru diturap dengan tar kat seberang jalan semasa nunggu bas. Tengok driver jentera berat tu blum datang lagi, guapun memaksa jurugambar yang memang tak professional dan tak mengikut arahan masa mengambil gambo iaitu encik Padi untuk menangkap gambo gua beraksi kat jentera berat ni. Kita tak merasa malu, segan atau apa-apa perasaan masa begambo dengan kepala keretapi, tugu, batu, logam, besi, kayu, pokok, tunggul,meriam dan segala macam benda lagi yang dipamerkan kat muzium atau di mana-mana tempat menarik yang dilawati. Tapi bagaimana kalo begambo kat jentera berat cam ni. Apa yang korang rasa atau pernahkah telintas di kepala hotak korang nak begambo kat bende ni?

LAWAK
Terutama bila begambo pada jentera berat yang tertulis jelas dan besar ayat/perkataan ini yang kita faham dalam bahasa kita merupakan satu yang biasa dibuat lawak dan melucukan. Satu ayat yang bila disebut merupakan satu penghinaan pada seseorang! Sebenarnya kita bukan saja menggunakan ayat atau perkataan ini untuk menghina dan mengelar seseorang tapi juga sebenarnya menghina satu bangsa/kaum! Hey! Apa salahnye?
Kan bangsa tu memang cam tu. Tak salah la mengelar seseorang dengan nama kaum tu? Inilah anggapan kita terhadap penggunaaan nama/ayat atau sebutan ini. Tak rasa apa-apa kerana kita dah lama hilang maruah dan moral diri bila menghina orang dengan menggunakan nama suku kaum ini. Kita mengganggap ia satu gurauan. Apa yang kita rasa plak bila nama bangsa atau kaum kita digunakan untuk tujuan menghina, mencaci, merendah-rendahkan maruah seseorang seperti kita menggunakan seenaknya nama kaum itu?


AHH, SERONOTNYE!
Bila bas datang semua rasa teruja dan seronok ya amat nak naik bas. Rasa cam nak pegi rombongan sungguh! Semua suka, semua seronok walaupun hujan sepanjang perjalanan mendaki bukit ke Genting View Resort. Kabus di mana-mana kat atas bukit ni. Rase cam kena serang jerebu dulu. Pemandangan terhad sangat! Bezanye jerebu ni tak panas… suasana nyaman dan dingin!

KEBULUR!
Inilah dia tajuk kursus kitorang! Apa bende ntah!

Sampai jer kitorang trus ke dewan kuliah! Arghhhh! Ingatkan nak rilek dulu. Tak ade rilek-rilek aa… Kitorang sampai awal. Rumah penginapan kitorang blum siap untuk kitorang masuk. Tak kisah la janji ada sarapan pagi. Kena tunggu pukul 10.15 pagi baru sarapan! ARGHHHH! Kebulur kitorang! Dah la pagi tadi sengaja tak sarapan pasal ingat sampai jer kat sini trus dapat sarapan. Rupenye kena tunggu la plak! Kena plak sejuk ya amat kat sini, lagi la derita menahan laparrrrr… Sabo jer la!

LEMAH
Lepas sarapan baru la memasing agresif luar biasa! Trus melakukan senaman atau tarian hakka dengan agresifnye! Baru encik fasilitator tau akan kerakusan kitorang. Bagi sarapan lagi, kan dah jagi agresif! Heh! Tadi tu seblum sarapan semua memeluk perut memasing lemah tak bermaya…

KUMPULAN
Kitorang dibahagikan pada tiga kumpulan ( lapan orang dalam satu kumpulan ). Assignment pertama kitorang pada pagi hari pertama kursus ni ialah menamakan kumpulan ( biasa la nikan… ), mencipta logo kumpulan, memberi slogan dan mengadakan undang-undang kumpulan yang mesti diikut, dipatuhi dan dihormati sepanjang berkursus! Termasuk dengan denda atau hukuman pada setiap ahli dan semua kumpulan!

TERUKNYE!
Pas tu setiap kumpulan dengan semua ahli akan keluar ke depan untuk memperkenalkan nama kumpulan, maksud logo, slogan, pekenalkan diri dan segala macam lagi mengenai kumpulan. Masa ni la segala pertanyaan, bantahan, kutukan akan diajukan! Selain itu setiap kumpulan dikehendaki mencipta dan mempersembahkan secara eklusif satu tarian/gerakan hakka pada fasilitator dan kengkawan! Huru hara! Ini adalah kumpulan M.ZAIN yang terdesak sangat nak cari nama dengan mengambil nama fasilitator iaitu encik Saiffuzin. Teruknye…


HANCUR!
Yang ni plak adalah kumpulan yang langsung hilang akal menggelarkan kumpulan mereka sebagai GELIMAT. Lagi la hancur! Nama tangkap muat yang dicilok terus dari translet yang salah senikata/sebutan dalam satu video clip lagu Tamil!

NO MERCY, PLEASE!
Ni lah dia kumpulan yang benar-benar mendominasi! Kumpulan yang dikenali sebagai STONE COLD! Tak ada belas, tak ada kesian terhadap musuh! Belasah!

KONDEM
Tindakan proaktif pertama yang gua ambik masa mempekenalkan nama kumpulan adalah mengkondem kumpulan yang lain! Har fragin har! Apa punyer nama daa korang pilih. Tak semangat langsung!

SENYAP SUNYI
Kali pertama solat Jumaat kat Genting Hiland ni. Masjid yang diberi nama Masjid Arwana. Kali pertama juga gua solat kat masjid yang tidak memasang kipas sepanjang masa khutbah dan berlangsungnye solat. Sejuk, nyaman dan dingin kat sini. Kali pertama gak gua merasa begitu senyap sunyi masa solat. Tak ada derauan kipas atau aircond. Tak kedengaran bunyi injin motor, kereta atau suara kanak-kanak menjerit-jerit atau bercakap… Begitu juga kicauan burung atau cengkerik. Semuanye sunyi sebening-beningnye kat atas bukit ni. Hanya kedengaran suara imam membaca surah. Sungguh jelas. Korang boleh cube try test singgah solat sekiranye bercuti atau jalan-jalan ke genting ni… Pengalaman hebat! Ni gua bergambo di depan masjid bersama dua orang kartunis/illustrator yang dah melepasi tahap otai. Dah masuk tahap dinosaur dah ni! Heh! Belah kiri adalah brader Kartekana yang memberi peluang menyiarkan kartun pertama gua pada tahun 1985 dahulu! Belah kanan plak adalah brader Tuan Haji YO. Gua lama tinggal serumah dengan beliau dan banyak belajar dari beliau. Terima kasih daun keladi banyak-banyak wahai tuan-tuan yang budiman… moga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Masjid Arwana Genting Highland.

L.O.S.E.R.
Aktiviti belah petang pada hari pertama setelah abis teori kat dalam kelas berlaku kat kolam. YAHOOOOO! Pagi tadi hingga ke tengahari, hujan rintik-rintik. Petang ni baru berhenti. Pasal tu la fesilitator buat aktiviti luar kat kolam plak! Persaingan pertama kami adalah mengisi air dalam batang paip yang telah dilubangkan untuk mengeluarkan bola ping pong dalam batang paip tu! Nampak senang tapi bila buat… penat nak mampuih! Arghhhh! Team work dari semua ahli diperlukan sangat-sangat untuk mengelakkan air yang dimasukkan keluar dengan menutup setiap lubang untuk mengeluarkan bola ping-pong tu. Akhirnye pasukan yang mendominasi iaitu STONE COLD berjaya memalu dan memusnahkan impian kedua kumpulan yang lain. You losers better learn! MUARGH!MUARGH!MUARGHHHH!

ARMED AND READY!
Aktiviti dalam air seterusnye ditruskan dengan hanya dua kumpulan. Kitorang terpaksa join dengan musuh untuk menjayakan aktiviti ni. Walau keadaan cuaca sejuk dan dingin tapi air kolam ni sungguh selesa dan menyegarkan tubuh badan kerana airnye panas-panas suam. Tu yang best berendam dan sedia untuk melakukan apapun aktiviti lasak dalam air! YEAHOOOO!

HULA HUP
Persaingan kali ni adalah bepegang tangan tak boleh putus dan memasukkan gelung hula hup tu ke dalam badan setiap ahli kumpulan hingga habis dan patah balik. Sapa sampai dulu la yang menang. Wisel blum bunyi gua dah start. Punyer la agresif! HEH! Leceh la nak bagi tau sapa yang menang!

SANGKUT
Ni la penyebab utama kenapa pasukan gua ni kalah teruk. Sangkut dengan teruk dan lama tak lepas-lepas pada brader tuan haji YO. Kaki tak bleh angkat la, krem la, perut sangkut la…. Aduuu la… uuuu…uuuu… Sabo jer la!

Ada dua lagi aktiviti kat kolam ni iaitu menyelam cari syiling yang ditabur ke dalam kolam. Setiap kumpulan diberi beberapa baris ayat dan perlu melengkap/membuat ayat itu dengan duit syiling yang telah ditulis huruf padanye. Yang ni best pasal berlakunye petempuran hebat masa menyelam. Boleh tarik seluar, belasah, asak, pijak, tenyeh, gigit, cekik, tumbuk perut masa menyelam cari syiling! Har fragin har! I luv it! Tak ada pemenang dalam aktiviti ni pasal ada yang sorokkan coin. Pukat hanyut sungguh!

Aktiviti air terakhir yang paling mencabar dan menghilangkan sabar adalah melibatkan bola golf sebanyak 21 biji pada setiap kumpulan, empat buah cawan polystren, empat utas tali refia dan empat batang paip pvc sepanjang dua kaki. Mula-mula encik Zian membaling semua bola golf ke dalam kolam, kena selam ambik, pas tu kena buat rakit dengan bende-bende tu tadi untuk meletak dan mengapungkan semua bola golf tu selama kiraan 10. Tak ada akal punye aktiviti! Mandi lagi baiek!

RESAH!
Dinner
pada malam pertama selepas Maghrib untuk menyambung kelas pada sesi malam sehingga pukul 10.00 malam. Lepas supper kitorang balik ke rumah memasing. Setiap rumah diduduki antara
lima ke enam orang. Rumah yang tersangat la selesa dan besar! Malam pertama kat Genting View Resort yang sejuk tegedik-gedik, tapi gua resah gelisah susah nak tidooo! ARGHHH!

AGRESIF!
Hari kedua dan banyak aktiviti mencabar minda yang lemah untuk menyelesaikannya selain dari teori yang tidak membosankan! Selalu ngantuk yawn! yawn! kalo mengikuti kursus cam ni. Tapi syarahan en. Zain menghilangkan ngantuk walau tak lawak! Salah satu trick yang diberi/dibuat oleh en.Zain pada kitorang sebelum pegi minum sesi kedua pukul 10.15 pagi ialah mengikat kedua tangan kitorang bersilang pada pasangan dan pegi minum dalam keadaan cam ni hingga masuk ke kelas balik! Memang tak selesa dan ramai yang berusaha untuk membuka/melepaskan diri tanpa memutuskan tali. Haji Yo yang rakus buka terus pasnal rimas masa nak minum dan makan kuih pau banyak-banyak!
Ini adalah assignment seterusnya yang tak mencabar langsung! HEH! Lihat kumpulan yang jelas terserlah keagresifannye ni membuat dan menyiapkan assignment yang diberi tanpa bertangguh, tegaru kepala atau susah membuat keputusan! Semua dilakukan dengan pantas dan betul!

LEMAH!
Aktiviti setrusnya membuatkan kitorang bepisah dengan kumpulan asal dan membentuk kumpulan baru mengikut teori dan arahan yang diberi. Lihat kumpulan yang sungguh lemah minda dan tak agresif ni! Kiri sekali ialah encik Niezam ( illustrator/kartunis majalah g3 ), yang nampak tangan kiri tu tak perasan plak siapa. Lantak la! Kelihatan kartunis Jamb sedang menconteng arang di muka siapa ntah. Kat sebelah kiri beliau ialah encik Lan ( baju merah-grafik majalah g3 ) hanya tersengeh jer yang beliau tau. Brader Kartekana plak mengenggam tangan tu pasal nak tahan diri dari terlelap dan kanan sekali ialah encik kartunis Padi yang hanya merindui bilakah tibanya masa nak makan tengahari! Tengokpun tak semangat! Entah la...

KEPALA OTAK BEBEZA
Lagi satu kumpulan yang jelas tak memberi cabaran langsung. Lemah selemah-lemahnye! Harfraginhar! Tengok la si Bella ( kiri sekali ) yang hanya mengikut apa orang kata, si Akmal yang sentiasa hilang keyakinan diri, encik Megat yang confius dan merasa masih kat opis ( baju merah ) dengan pendapat encik Amang ( kanan sekali ) yang mengarut entah apa-apa dan tak setuju dengan pendapat beliau sendiri. Lantak korang la! Emmm… cane gua nak share dengan korang mengenai perjalanan aktiviti ni ye. Apa yang boleh gua kata ialah ia mengenai dua orang yang bebeza cara dan pemikiran. Sorang jenis yang mengikut jadual dalam melakukan kerja/aktiviti seharian. Semua dicatat dalam diari. Sorang lagi plak main redah tapi tak telepas melakukan semua aktiviti walau tak mengikut masa dan turutan! Ada faham wahai murid-murid semua? Lantak la kalo tak faham seperti kumpulan ni! HARHARHAR!


MAQAN TIME!
Emmm… yummy yummy uh! Set makanan tengahari gua. Jelas terserlah keseimbangan piramid makanan gua nikan. Heh! Kat sini kitorang maqan ENAM KALI sehari! Rezeki dari Allah walau berlaku peningkatan mendadak pada abdoment memasing dalam masa tiga hari! Mula-mula baca doa makan dan didahului dengan buah-buahan…jangan rakus trus makan nasi Padi!

MARAH NI!
Kalo projek buat sampan masa kat kolam semalam tu mencabar, projek/assignment petang hari kedua ni rupenye lebih mencabar! Setiap kumpulan mendapat tander memasing untuk membuat bahagian-bahagian tertentu dalam pembinaan sebuah Gas Rig kat tengah laut yang bergelora ganas! Semua bahagian yang telah siap dari kumpulan yang lain tu nanti akan dicantumkan dengan bahagian basement yang kumpulan gua kena buat ni. Ini adalah bahagian utama yang paling penting dalam pembinaan sesebuah Gas Rig! Tapi kesilapan Project Manager yang tak ada akal dalam mengagihkan kerja/tander menyebabkan kitorang dapat semua bahagian yang paling mencabar! Kumpulan yang lain dapat tander buat tangga, menara pemancar , tempat pendaratan helikopter dan segala yang senang tak ingat. Memang tak ada akal punyer Project Manager! Ceritapun tak guna kerana ia boleh menimbulkan marah. ARGHHHHH!

AHH... NYAMANNYE!
Aktiviti belah petang kat padang la plak. Hari ni elok panas sepanjang hari dan tak hujan. Elok sangat la beriadah kat padang menikmati udara kawasan perbukitan yang segar dan nyaman.. Aktiviti ni gak terbahagi pada dua kumpulan. Apa yang kitorang kena buat ialah menurunkan batang paip pvc tu ke tanah bersama-sama tanpa berkata-kata, mengangkat dua batang jari yang menampung pvc tu dan mengepit pvc. Cube korang test try buat kalo nak tau cane rasenye! Ceritapun tak guna!

APASAL?
Orang suruh turunnnn la bukan naik! Arghhh! Tetekannye gua cam ni! TURUN la oi! T.U.R.U.NNNNNN! Tengok, semua menjulang pvc tu temasuk gua sekali. Leceh tul. Bukan tak faham atau tak dengar arahan tapi ini la yang belaku. Semua mengangkat batang pvc ke atas! Apasal bleh jadi cam ni? ARGHHH! Tensen tul dibuatnye!

TENSEN TUL!
TURUNNNNNNNN! Uuuu… uuuu… tolong la semua tangan tu TURUNNNN! ARGHHHH! Tangan turun, badanpun kena ikut turun sama. Baru semua boleh turun! Aduuu la... seksanye nak menurunkan benda ni!

FIGHT WATER WITH WATER!
SONE COLD bersedia untuk aktiviti setrusnya setelah gagal dalam permainan yang pertama iaitu PERANG BELON AIR. Permainan ini mensyaratkan setiap pasukan membawa logo kumpulan memasing untuk dirampas oleh musuh dan mempertahankan logo dari dirampas dengan menggunakan peluru belon air! Setiap musuh yang kena peluru belon air dikira mampus! Kitorang perang besar dengan kumpulan GELIMAT. Akibatnye kedua pasukan kehabisan peluru. Kumpulan M.ZAIN yang hanya bertahan dan masih punyer banyak peluru simpanan dikira menang! Tak pueh hati tul! Kali ni mesti menang! Sori... tak ada gambo masa berlakunye perang yang cukup brutal giler tu pasal encik tukang ambik gambo terpaksa menyembunyikan diri atas pokok kerana peluru air tidak bermata!


TUMPUAN
Jangan nakot pada makhluk ni. Beliau tak makan orang! Bermeditasi untuk mendapat ketenangan la kononnye sebelum mencari gembala yang memanggil
‘ kambing-kambingnye ‘ masuk ke kandang. Ini adalah permainan gembala kambing yang cacat tak boleh berjalan dan bisu. Beliau hanya boleh mengeluarkan/membuat bunyi-bunyian dengan apa yang ada di badan untuk memanggil kambing-kambingm beliau yang ditutup mata! Gua sedang menumpukan perhatian pada deria dengar untuk mendengar dan merekod rentak tepukan. Senang la nak cari di mana encik gembala gua berada nanti!

BERTUKAR!
Patutnye lebih mudah setelah melakukan meditasi dan mengingati rentak tepukan encik gembala gua, tapi rupenye laluan tak begitu mudah. Banyak duri, ranjau, paku, kaca, lubang, gaung, batu tajam dan lautan api menungu di sepanjang laluan. Mana ‘ kambing-kambing ‘ yang telah berjaya masuk ke dalam kandang tuannye datang mengganggu pendengaran gua dengan buat bising menepuk tangan. Mangkuk ayun pukat hanyut sungguh! Penumpuan gua tergaggu… gua hilang arah dan tiba-tiba gua betukar menjadi seekor kambing jantan liar yang ganas! Cuaca juga tiba-tiba berubah menjadi merah umpama langit senja tebakar merah! Gua lantas mengamuk dengan menanduk, flying kick, smackdown, menendang, tumbuk perut, stunner, pedigree, DDT, swanton bomb, power bomb, spear, kerate tengkuk, cubit, gigit, angkle lock, cekik, suplex, super kick semua yang ada tanpa belas kesian… astagfirullahalazim…

HUDUH SUNGGUH!
Malam terakhir kitorang dinner lauk daging kambing! YEAHOOOO! Lazatnye! Lepas kuliah dalam kelas, kitorang mengikuti aktiviti luar yang terakhir pada belah malam iaitu ''BERJALAN MALAM " dengan mata ditutup. Alaa... korang mesti penah/tau aktiviti ni kan. Kitorangpun buat gak. Tak tau apasal setiap kursus ada aktiviti cam ni... Macam-macam gaya dan perangai gua tengok masa diorang melakukan aktiviti ni pasal gua jadi marshall mengawasi diorang. Dengan cara/gaya bejalan, melangkah, merangkak, membongkok, meraba bla bla blaa... buruk tul! Harfraginhar! Akhirnye gua bejaya gak dapat sijil penyertaan dan tamat kursus dengan jayanye. Alhamdulillah. Moga semua ilmu, maklumat baik yang diperolehi dapat dibuat/dilaksanakan dalam menjalankan tugas dan kehidupan. Gitu gak dengan korang yang penah mengikuti apa-apa kursus ( atau apapun nama yang diberi ), moga setiap ilmu yang diperolehi memberi kebaikan dan manafaat pada semua.

SELAMAT TINGGAL
Apa lagi yang patut dibuat masa tunggu bas nak balik selain dari membuat pelakuan begini semasa begambo di hadapan Genting View Resort!

Sunday, December 16, 2007

KEMULIAAN ZULHIJJAH

ALHAMDULILLAH, ZULHIJJAH DATANG LAGI…
BESARKAN APA YANG DIBESARKAN OLEH ALLAH

KEMULIAAN ZULHIJJAH
07 ZULHIJJAH 1428 HIJRAH - 17 DISEMBER 2007


Ingin dikongsi maklumat yang baru diperolehi ini dengan semua sahabat. Moga ada kebaikan dan manafaat. Mungkin ada yang dah lama tahu, cuma gua sorang jer rupenye yang jahil.

Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi Tetamu Allah, tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan masa-masa yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang.

Sesungguhnya pada kejadian Allah terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan olehNya. Di antaranya ialah Ka’abah, Hajar Aswad, Zam-zam, bulan Ramadhan, hari Jumaat, SEPULUH TERAWAL ZULHIJJAH, Makkah, Madinah, Baitul Maqdis, Para Nabi, Rasul dan sebagainya. Kesemua perkara tersebut merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firmanNya yang bermaksud;

“Demikianlah ( ajaran Allah ) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka ( dialah orang yang bertaqwa ) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang Mukmin“

Dalam bulan Zulhijjah terdapat masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, ‘Idul Adha dan Hari Tasyriq.
Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan Fajar ‘Idul Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah. Allah tidak bersumpah dengan sesuatu kerana melainkan kerana KEMULIAAN dan KEPENTINGAN perkara tersebut, sebagaimana firmanNya yang bermaksud;

“Demi waktu fajar ‘Idul Adha dan malam sepuluh Zulhijjah ( yang mempunyai kelebihan di sisi Allah ).“

Allah telah menganugerahkan pada sepuluh malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain. Banyak hadith yang menerangkan mengenai kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan. Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;

“ Tidak ada hari-hari, yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat R.A. bertanya. “ Wahai Rasulullah S.A.W., dan tidak juga berjihad fi sabilillah ( lebih afdhal daripada beramal pada hari-hari ini? ) “ Rasulullah S.A.W bersabda, “ Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid.”

Ulama’ mendalilkan hadith ini bagi menunjukkkan kepada galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh. Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar R.A. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“ Berpuasa sehari dalam bulan ini ( hari yang sembilan ) menyamai puasa seribu hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari! “

Daripada Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;

“ Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari terawal dari bulan Zulihjjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam Lailatul Qadar.”

Bahkan disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badanya iaitu dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban. Hal ini berdasarkan hadith Ummu Salamah, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;

“ Apabila masuk hari yang kesepuluh Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, makan jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun.”

Di dalam satu riwayat;

“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu ingin berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya.”

* ini adalah hadith larangan memotong kuku dan rambut yang baru gua ketahui pada sepuluh Zulhijjah. ingatkan larangan ini hanya pada jamaah haji jer. mungkin sahabat semua telah lama mengetahui dan mengamalkannya.

Ini menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu maka Dia menerimanya.

Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadith ini, kita digalakan melakukan amal yang disukai dan diredhai Allah pada hari-hari tersebut, seklipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan. Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula merasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihiNya.

HARI ARAFAH

Hari Arafah ialah hari para Jemaah Haji mengerjakan wuquf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji. Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencucurkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hambaNya yang berdoa dan meminta keampunan kepadaNya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“ Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada Hari Arafah.”

Kerana itu kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan doa dan istigfar memohon keampunan dari Allah atas segala dosa yang kita lakukan selama ini.

Salah satu sebaik-baik doa dan ucapan Rasulullah S.A.W. dan para nabi sebelum baginda pada Hari Arafah ialah;

“ Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan pujian. Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. “

Selain itu kita juga disunatkan berpuasa pada Hari Arafah kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;

“Puasa pada Hari Asyura akan mengkafarahlan dosa setahun ( sebelumnya ). Manakala pada Hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang.”


Sebagaimana yang disebut di dalam hadith bahawa Rasulullah S.A.W. berdoa pada petang Hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah mengqabulkan doakan , Baginda S.A.W. tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburkan ke atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda S.A.W. dimaqbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

‘IDUL ADHA

Solat hari raya merupakan khususiat umat ini seperti solat istisqa’ ( minta hujan ) dan kusuf ( gerhana matahari ). Di antara dua solat hari raya, solat ‘Idul Adha adalah lebih afdal daripada solat ‘Idul Fitri kerana terdapat nas dari al Quran yang menyebut mengenainya sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

“Oleh itu, kerjakanlah solat ( ‘Idul Ahda ) kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban ( sebagai bersyukur ).”

Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada ‘Idul Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbankan harta iaitu melakukan korban.
Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkan bagi orang yang berkemampuan.
Rasulullah S.A.W. sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban sebagaiman sabdanya yang bermaksud;

“Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir/datang ke tempat solat kami!”

Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya/keluarganya pada titik pertama darah sembelihan korbannya. Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya akan dibangkitkan pada Hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

'Idul Adha adalah “Idul Akbar ( RAYA TERBESAR ) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari yang sebelumnya iaitu Hari Arafah. Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada Hari Arafah sepertimana yang telah disebut dalam hadith. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokkannya adalah hari raya baginya dan sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.

Para sobat yang dikasihi semua, memandangkan betapa besar dan mulianya hari-hari yang terdapat dalam bulan Zulhijjah ini, maka seharusnya kita membesar dan memuliakannya dengan merebut peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dengan melakukan pelbagai amalan soleh seperti mana yang telah dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut adalah lebih afdhal daripada berjihad pada jalan Allah. Adalah tidak sepatutnya sebagai seorang muslim yang berakal dan menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup, menyambut hari yang penuh dengan kemuliaan ini dengan perkara-perkara maksiat, keduniaan atau ambil tak kisah! " Ah, raya haji.. apa sangat la! " Itu la dalam kebanyakan kepala hotak kita sekarang ini.

'Idul Adha mempunyai kelebihan, kebesaran dan kemuliaan yang jelas antaranya;

  • Kita boleh bertakbir sepuasnya bermula pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah ( hari Tasyrik ). Siapa yang tak puas bertakbir pada hari raya ‘Idul Fitri yang lalu, inilah masanya nak betakbir sepuas-puasnya!
  • Terdapatnya nas dalam al Quran yang menyebut akan ibadah solat sunat ‘Idul Adha. Sedangkan solat sunat ‘Idul Fitri tidak tedapat nas dalam al Quran, hanya dari hadith/amalan Rasululah S.A.W.
  • Adanya Hari Tasyriq

Selamat merebut peluang melakukan sebanyaknya amal soleh di dalam bulan Zulhijjah. Selamat melakukan ibadah korban dan selamat merayakan Hari Raya ‘Idul Adha pada semua. Moga kitatergolong di kalangan hambaNya yang dikurniakan maghrifah dan rahmah. Beruntunglah pada sahabat yang telah mengetahui akan hadith, kemuliaan, kelebihan dan kemuliaan sepuluh Zulhijjah dan beramal dengannya. Tak lupa, selamat makan daging kambing lagi pada semua hardrcore daging kambing! HEH!

Petikan dari Risalah Yayasan Sofa Negeri Sembilan oleh Tuan Guru Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki ( Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan )

BADAR AL KUBRA

KELEBIHAN PAHLAWAN BADAR

( part 4 of 4 )
07 ZULHIJJAH 1428 HIJRAH - 17 DISEMBER 2007

Dah masuk bulan Zulhijjah baru la gua berkesempatan nak masukkan kisah terakhir dalam siri Perang Badar. Maaf bebanyak pada sobat-sobat yang mengikuti kisah penting ini. Leceh tul! Kisah Perang Badar telahpun tamat dalam siri yang ke 3. Dalam siri yang ke 4 ini adalah bekenaan dengan KELEBIHAN PAHLAWAN BADAR yang patut kita ketahui akan kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W. Sseungguhnya beruntunglah semua sahabat dan pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar Al Kubra ini.

Saidina Anas R.A. telah berkata;

“ Harithah telah terkorban dalam Peperangan Badar ketika dia sedang meningkat remaja ( dia syahid akibat dipanah ketika sedang minum air di medan Badar ). Lalu bondanya menemui Rasulullah S.A.W. dan bertanya pada Baginda S.A.W., “ Wahai Rasulullah! Tuan mengetahui kedudukan Harithah di sisiku. Sekiranya anakku berada di dalam syurga, akan akan bersabar dan menerima kenyataan ini. Tetapi sekiranya anakku berada di tempat sebaliknya ( neraka ), tunjukkanlah padaku apa yang harus aku lakukan! “ Rasulullah S.A.W. pun bersabda, “ Malangnya kamu! Adakah syurga itu hanya satu? Syurga itu banyak, dan anakmu itu berada di dalam syurga Firdaus!”

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;

“ Tidak akan masuk neraka orang yang pernah menyertai Peperangan Badar dan Hudaibiyyah! “

Abu Hurairah R.A. menyatakan bahawa Baginda Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;

“ Sesungguhnya Allah melihat orang yang menyertai Perang Badar, lalu Dia berfirman; “ Lakukanlah apa sahaja yang kamu kehendaki kerana Aku akan mengampunkan dosa kamu!”

Dari Abu Hurairah R.A. , Rasulullah S.A.W. telah bersabda;

“ Sesungguhnya aku benar-benar berharap agar orang yang pernah menyertai Peperangan Badar tidak memasuki neraka dengan izin Allah!”

Imam Al Bukhari turut menyebut mengenai kehadiran tentera malaikat dalam Peperangan Badar dengan memetik sebuah hadith yang bermaksud;

“ Jibril Alaihisalam menemui Nabi Muhammad S.A.W. lalu bertanya, “ Apakah jenis tentera yang menyertai kelompok tentera Badar ini?” Baginda S.A.W. menjawab, “ Dari sebaik-baik kaum Muslimin, atau perkataan yang seumpamanya!” Lalu Jibril Alaihisalam berkata, “ Begitu juga tentera malaikat yang menyertai peperangan ini!”

Inilah peristiwa penting dan besar dalam sejarah Islam yang perlu sangat la kita ingat sebagai titik tolak pekembangan Islam di seluruh dunia hingga ke hari ini setiap kali menjelang Ramadhan. Bukan hanya peristiwa besar turunnya Al Quran dan Lailatur Qadr yang perlu kita ingat dan cari tapi PERISTIWA BADAR ini juga perlu diingati wahai semua sahabat yang dikasihi. Jadi pada setiap 17 Ramadhan, selain dari peristiwa Nuzul Quran, Peperangan Badar Al Kubra berlaku pada hari ini!

Petikan dari Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Thursday, December 13, 2007

MONSOON CUP

MONSOON CUP 2007
04 ZULHIJJAH 1428 HIJRAH- 14 DISEMBER 2007

Sori la lama tak masukkan entri yang baru. Sibuk sangat dengan urusan dunia yang meleka dan sering kali melalaikan. Dunia kena cari, akhirat juga jangan dilupa! Tapi kekadang leka sangat dengan urusan dunia! Arghhh! Lagipun cabaran mengira kambing untuk menguji sama ada korang LEMAH MINDA atau tak masih terbuka untuk korang cube. HEH! Hari tu pada 29 November hingga 02 Disember gua dapat jemputan dari Akhbar Sinar Harian Terengganu sempena pesta Monsoon Cup 2007 kat Pulau Duyung Kuala Terengganu bersama dengan Amang dan Jamb. Kali pertama mendapat jemputan sejak Monsoon Cup ni dianjurkan. Ni merupakan kali kedua gua singgah ( untuk promosi ) kat Kuala Terengganu. Kali pertama pada tahun 1991 masa Pesta Buku Terengganu kat Stadium Negeri. Berapa tahun dah aaa...? Masa ni gua sebagai kartunis kat majalah GELI HATI. ( R.I.P ). Kali ni gua datang lagi sebagai seorang kartunis seperti belasan tahun yang lalu. Bezanye kali ni untuk majalah g3. Gua masih melukis wahai peminat, pencinta dan penyokong industri kartun tanahair di Kuala Nganu. Gua datang lagi. Kalo ke Kelantan ikut jalan jauh lalu Nganu ( pasal gedik nak tengok laut dan menikmati angin laut ) tak singgahpung kat Kuale Nganu ni.


ADUHAI, SYOKNYE!
Lama tak drive kete manual ( terakhir masa pegi pesta buku Kelantan 2005 dulu… ), kali ni gua tepaksa drive lama dan jauh sket. Patutnye Padi pegi sekali tapi tak jadi last minit. Kalo beliau pegi biasenye beliau la yang paling rakus memandu tanpa bagi chance orang lain drive! Cuaca tak menentu masa dalam perjalanan kat highway. Kejab ujan punye la lebat pas tu panas balik. Tapi bila masuk jer ke Nganu dan Amang plak yang drive ujan turun sepanjang jalan
( kejap lebat, kejap tak lebat ) hingga sampai ke Kuala Nganu! Gua yang dalam kepenatan dan kengantukanpung apa lagi… kroihkroihkroihhh… sepanjang jalan. Nikmatnye idup! Heee… Nasib mung la Amang! Sampai ke Kuala Nganu dalam pukul 8.00 malam. Trus ke Dataran Shah Bandar tempat pameran/jualan dan segala macam lagi aktiviti sempena Monsoon Cup dibuat. Saje nak tengok-tengok. Angin Laut China Selatan betiup dengan rakusnye. Aduhh la syoknye! Lihat gambo sebagai bukti.


MENGERBANG!
Masa kitorang sampai hujan mula turun tapi tak la lebat kat Dataran Shah Bandar ni. Tapi angin betiup kencang. Tepi pantai/laut la katakan. Kena plak musim monsoon skang ni. Memang la kuat angin betiup. Pasal tu pesta Monsoon Cup ni dibuat pada masa/musim hujan laut begelora ni. Nak bagi kapal layar peserta Monsoon Cup belayar dengan laju! Singgah menjengok ke booth Sinar Harian dan berkenalan dengan saing-saing dari Sinar Harian Nganu. Cantik sungguh banner yang dibuat dan lihat la rambutku yang rakus ditiup badai timur! Untuk gambo seterusnye hampir tak ada keadaan rambut gua berada dalam keadaan yang tenang. Semua huru hara mengerbang ditiup badai!


JANGANG TAK CAYE!
Sarapan pada pagi pertama kat Kuala Nganu. Apa lagi kalo tak Nasi Dagang! Memang berangan nak makang nasi dagang tapi apakan daya nasi lain yang gua makang! Untuk makluman sobat semua, antara makanan lain ( breakfast ) yang popular kat Nganu skang ni ialah NASI MINYAK! Jangan buat-buat teperanjat atau tak percaye. Guapung tak pecaye tapi ini la kenyataannye. Kat sini nasi minyak bukan hanya bleh dimakan/dirase masa majlis kawen-kawen tapi juga untuk sarapan pagi! Apa lagi, guapung oder la nasi minyak sebagai sarapan pagi pertama gua kat Kuale Nganu ni. Nak gak rase. Gua tukar lauknye dengan daging bakar. Patutnye lauk ayam. Beras yang digunakan sebagai nasi minyak ni tak sama dengan beras nasi putih. Dua kali ganda lebih besar! Lantak la, janji lazak!


MENDUNG
Pagi ni ( Jumaat ) kat Nganu ni cuti. Keadaan cuaca mendung cam nak hujan. Angin tetap bertiup kencang. Tu yang best walau sejuk sket! Pagi ni blum mula betugas kat booth Sinar. Aktiviti kat Nganu ni biasanye mula meriah pada sebelah petang selepas Jumaat. Orang tak keluar belah pagi pasal nak menyelesaikan solat Jumaat dulu. Belah petang baru ramai orang datang hingga ke malam. Kitorang lepak kat tepi laut tengok perlumbaan kapal layar dari jauh. Tak berapa jelas. Perhatikan rambut gua yang ditiup angin tu. Best tul!


BIARKAN
Ni gambo gua kat bawah
stage yang ada kat Dataran Shah Bandar ni. Malam tadi ada konset. Masa tu kitorang dah lepak kat hotel. Tak selera nak tengok konset hapa ntah. Kat stage ni la segala macam aktivit seni ( alaa… apa lagi kalo tak nyanyi-nyanyi ) diadakan sepanjang pesta Monsoon Cup ni pada sebelah malam. Gua cuma nak ambik gambo. Lihat rambut ku… Heh! Nak ikat sebenarnye rambut gua tu tapi rasa tak best. Lebih baik lepaskan. Biarkan beliau bebas ke kiri ke kanan atas menegak ikut suke dibelai oleh angin Laut China Selatan. Sungguh seronok rasenye bila rambut gua yang ditiup bayu membelai wajah gua. Masuk ke dalam mulut dan mencucuk lubang idung dan mata! Heee..

MASJID TERAPUNG
Aktiviti santai pantai timur pada pagi yang mendung ni ditruskan. Boring kat dataran Shah Bandar, kitorang ronda ke Masjid Terapung. Dekat jer. Lama dah hajat hati gua nak ke sini dan begambo. Masa ni awal lagi. Blum masuk waktu solat Jumaat. Masjidpun kosong. Masa yang sesuai untuk begambo tanpa mengganggu jemaah. Selamat datang ke masjid Tengku Tengah Zaharah.


HANYUT
Memang best suasana kat sini. Masjid atas air laut. Angin sentiasa bertiup nyaman. Bukan la terapung sebenarnye. Cuma dibina di atas laut. Kalo benar terapung, ia umpama sampan terapung ( tak tenggelam ) di mana-mana mengikut tiupan angin yang berhembus. Mungkin bleh hanyut ke laut lepas! Pagi ni terapung kat tepi, tengahari kat tengah, petang kat muara, malam kat mana ntah dibawa angin/ombak sekiranye tak diikat. Itu baru maksud terapung dalam istilah yang kita faham! Tapi kalo dibuat begitu…memang masalah besar pada muadzin, siak dan iman termasuk la jamaah nak bersolat. Masjid kena ikat cam sampan supaya tak terapung merata-rata. Kuat la alasan jamaah yang kaki ponteng solat nak bersolat kat masjid terapung ni. “ masjid hilang ke mana ntah!” Masjid ini hanya digelar/dipanggil/dikenali sebagai Masjid Terapung.


IKANG
Selain dari kenyamanan angin yang memberi ketenangan dan kesegaran ( bleh gak mendatangkan ngantuk yang telampau! ) kedudukan masjid kat tengah laut ni gak bleh membuatkan jamaah leka melihat anak-anak ikang yang berenang bermain-main kat bawah masjid seperti yang dilakukan oleh Amang…


EEEE... EEKAN TODAK!
… dan juga Jamb yang betegas dan sanggup betumbuk mengatakan bahawa ikan todak yang dilihat berenang kat bawah masjid ni la yang melanggar/menyerang dan menyucuk perut orang Singapura dalam kisah Singapura Dilanggar Todak yang popular itu. Lantak korang la. Nak begaduhpung begaduh la tapi bukan kat masjid. Tolong hormat sket aa…


MAKANG! MAKANGGG!
Kalo pegi nganu tak makang kapok memang tak lengkap sesi lawatan. Ni singgah beli kapok rebus ( gorengpung ada ) untuk dihadam ke dalam abdoment kitorang plak. Ni Amang punya nafsu la ni! Sebenarnya makang nasi minyak pagi tadi masih kenyang lagi tapi nafsu serakah punyer pasal, beli gak kapok untuk dimakang! Rakus sungguh nafsu bila kuar promosi cam ni. Lepas makang, mesti nak makang lagi! Jangan pikirkan untuk orang lain, pikirkan abdonent sendri dulu. Nanti masa balik baru belikan untuk orang lain. Ha.. tunggu apo lagi tu… Makang! Makang!


PARKING TIME
Untuk makluman semua, ni la rupe tempat belangsungnye pelumbaan kapal layar dalam pesta Monsoon Cup tu. Gua ingatkan diorang lumba kat laut lepas. Rupenya kat kawasan ni jer. Kawasan yang telah ditambak, ada penghadang ombak besar. Masa ni nelayan pesisir pantai tak ke laut pasal ombak kuat, angin betiup kuat dan hujan ribut bleh turun/melanda pada bila-bila masa. Bahaya! Masa ni nelayang tak turun ke laut. Mereka melakukan kerja yang lain di darat. Nampak bot diorang yang baiekkk punyer parking tu.

ENJOY
Ni screen besar yang disediakan untuk pengunjung melihat perlumbaan kapal layar dengan lebih jelas dan dekat. Bleh gak tengok dari tepi tembok kat belakang tu, tapi jauh la. Tak jelas. Tengok jer dari screen besar ni. Tapi ramai yang buat tak heran denag screen besar ni. Diorang lebih enjoy tengok trus dari tebing/tembok kat dataran Shah Bandar ni. Rambut gua tak mengerbang pasal gua ikat dan sket telindung kat screen. Seharian dari pagi hingga ke malam cuaca mendung dan berangin kuat. Best tul! Belah petang lepas Jumaat, baru ramai warga Kuala Nganu dan kawasan yang berhampiran datang ke pesta Monsoon Cup kat dataran Shah Bandar ni.


PASAR PANTAI
Petang tu pas habis betugas kitorang singgah kat pantai Batu Buruk. Kat sini setiap minggu lepas solat Jumaat hingga ke Maghrib ada pasar petang di sepanjang pantai. Teruja gak nak pegi bila kali petama dengar sobat kat Nganu ni bagi tau pasal pasar ni. Petang ni kitorang pegi. Memang betul. Panjang betulllll pasar petang ni! Ni jalan masuk ke bahagian bundle.


TAK LARAT
Sayup mata memandang akan kepanjangan pasar petang ni. Bahagian belah kiri kat atas pasir pantai tu ialah peniaga yang menjual pakaian bundle. Mak datuk panjangnye! Segala macam pakaian bundle ada. Larat tak larat membeleknye jer! Kat belah hujungggg sekali plak menjual makanan. Kitorang tak habis ronda kat bahagian bundle, patah balik ke kereta. Tak sampaipung ke bahagian makanan. Tak larat nak jalang! Naik kereta ke bahagian makanan.

EEE... NAKOTNYE!
Salah satu kedai bundle yang kitorang sempat singgah. Masa ni banyak yang dah mula bungkus pakaian dan khemah. Kitorang sampai ni dah nak Maghrib sangat dah. Pasar ni sampai Maghrib jer. Banyak tshirt tak senonoh, lucah, karut marut, hantu setan puaka dan segala macam lagi kat sini. Yang ni nampak cool… walau tak beli, amik gambopung jadi la. Nakot siut gambo puaka tu! Nak pakai lagi la nakot! Banyak tshirt nakot cam ni… Semua bundle imported!


TUNGAU MENGGANAS!
Hari ketiga kat Nganu. Pagi ni cuaca cerah. Matahari bersinar cerah. Angin Laut China Selatan tetap tegar bertiup kencang! Acara sukan rakyat diadakan pagi ni. Tengok tu diorang main congkak dengan guli. Dulu masa kecik-kecik kat kampung, gua main congkak kat bawah rumah dengan kengkawan. Korek lubang kat tanah dan main dengan biji getah. Pas tu habih sorang-sorang kena gigit tungau. Azab sungguh! Harharhar! Gua terfikir... kenapa permainan rakyat ni tidak disiarkan secara langsung ke seluruh dunia? Kenapa pihak penganjur tidak mengambil kesempatan untuk membuatkan permainan ini ditonton oleh seluruh masyarakat dunia dengan berlangsungnye Monsoon Cup ni? Kenapa hanya perlumbaan kapal layar saja disiarkan. Kenapa tidak sekali permainan rakyat. Masa rehat perlumbaan kan boleh mencelah sebagai aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat setempat sempena fiesta Monsoon Cup. Yeah! Yeah! Banyak sangat songeh itu dan ini plak nanti kalo nak siarkan secara langsung ke seluruh dunia. Ini hanya dari kepala otak gua jer. Gua hanya terfikir bila terbaca/ternampak tagline kat poster dan banner Monsoon Cup, '' membawa TERENGGANU ke mata DUNIA... '' Hey! Tahun depan adalah Tahun Melawat Terengganu. Mungkin hanya untuk orang tempatan bukan untuk orang luar! Entah laa...

*tungau adalah sejenis serangga/kumbang kecil ciptaan Allah yang tinggal berumah tangga dengan bahagianye dalam pasir dan penyedut darah yang rakus! Siapa yang duduk atas pasir/tanah tanpa memakai underware memang mangsa sempurna sang tungau! Pasti tegaru-garu kat bahagian tu! Itu la kehebatan encik tungau walaupun kecil tapi bleh mendatangkan resah gelisah, keluh kesah dan ketidakselesaan yang berpanjangan pada mangsanye!


LOCUT TIN
Ni lagi satu antara sukan rakyat yang diadakan hari tu. Main baling tin. Pas baling susun balik jadi bentuk piramid. Karut sungguh! Sebenarnya setiap acara ni dipertandingkan antara setiap daerah yang ada kat Nganu ni. Setiap daerah cam Kerajaan Langit Besut, Setiu, Kemamang, Marang dan lain-lain menghantar wakil main congkak, baling tin dan banyak lagi acara sukan rakyat. Kalo ingat balik memang ini satu permainan tahap mengong tak ingat. Leceh tul! Dah baling bagi runtuh jahanam, pasukan yang bagi runtuh tadi tu bereput-rebut susun balik! Pasukan lawan akan cuba menggagalkan usaha menyusun balik tin dengan membaling bola ( gua dulu guna selipar ) ke arah musuh. Yeah! Peraturan permainan ni pasti korang lebih tau kan…Tapi ini la antara permainan yang paling diminati masa gua kecik-kecik kat kampung dulu. Tapi tak la gunakan tin besar bagak cam ni. Kitorang gunakan tin susu dan locut ( baling ) dengan selipar! Main ramai-ramai campur lelaki dengan pompuan. Tu yang best sangat tu! Begaduh pasal bende ni memang biasa tejadi. Heheee.. Tengok keadaan bendera yang tegak tepacak ditiup angin tu. Cam tu la keadaan beliau setiap masa. Tak rehat langsung! Nasib kao la bendera.


BAHAGIA
Masa rehat tengahari hari ketiga ni kitorang belayar membelah Laut China Selatan ke Seberang Takir. Heee… rasa nak naik bot gak. Ni bot penampang yang disediakan untuk kemudahan penduduk kampong nelayan kat Seberang Takir ke Kuala Nganu dan sebaliknye temasuk kitorang yang berhajat rasa naik bot ke seberang. Penuh bot tengahari ni dengan orang dari Seberang Takir ingin pulang ke rumah memasing dengan sayur dan bahan keperluan yang lain… kehidupan yang hanya bleh gua tengok kat sini dan kawasan-kawasan yang menjadikan air sebagai jalan penghubung dan bot/sampan/feri sebagai pengangkutan utama. Inilah cara kehidupan mereka dan mereka bahagia dengan cara begini…


CANGGIH
Yang ni hanya boleh dilihat dan dialami bila naik bot ke Seberang Takir dan ke Kuala Nganu. Kecanggihan teknologi bot yang diubahsuai menjadikan tekanan minyak ditarik menggunakan tali oleh pilot bot untuk mengerakkan bot! Penumpang tak komplin, merasa selesa dan pemandu botpung selesa dengan ciptaan ni.Bot bejalan dengan lancar dan selamat sampai ke tujuan. Den sonyum yo melihat kecanggihan teknologi bot penampang kat sini. Rase nak gelak kuat-kuat. Heee... Apo den nak kato?


GLAMER
Naik bot ke Seberang Takir bleh tengok bot pelumbaan Monsoon Cup sedekat ini kerana tempat/padang atau trek pelumbaan ni dibuat kat laluan harian bot penambang dari Seberang Takir/ Kuala Nganu. Sekiranye pemandu bot penambang yang gua naik ni nak popular di seluruh dunia, beliau boleh cilok masuk ke trek pelumbaan dan melanggar atau dilanggar oleh bot pelumba. Masuk stesyen tv Al Jazeera pakcik driver tu dan mungkin gua sekali sebagai mangsa yang diselamatkan! Heh!

KENAPE EK?
Alhamdulillah, selamat sampai ke Seberang Takir. Nasib baik la pakcik driver tu tak giler glamer. Kalo tak jenuh la menjawap soalan wartawan Sinar Harian atau Al Jazeera. Heh! Sebuah perkampungan nelayan yang tak ada apa-apa yang menarik untuk dirakamkan. Alangkah bagusnye kalo kat jeti ni dibuat kawasan perniagaan yang menjual segala macam makanan laut ( kering dan basah ), merchandising, tempat makang, benteng ikan bakar dan segala macam lagi. Mengapa kebanyakan perkampungan mejoriti nelayan Melayu jadi cam ni?

AGRESIF
Jamb yang memang sentiasa kelaparan terpandang brader menjual sate ikan ni. Bagus gak kalo kite rase.
Cam yang gua cakap, tak ada yang menarik. Tak ada aktiviti agresif tengahari bute kat sini. Hanya brader yang menjual sate ikan ni jer yang kelihatan agak agresif mengipas satenye menarik perhatian dan tekak kitorang. Sate ikang pung sate ikang la! Janji makang!

UBAT KUAT!
Kat sebelah brader penjual sate ni ada kedai untuk minum-minum. Tak nampak ada menjual nasi belauk/campur atau nasi dagang kat gerai koboi ni. Mungkin belah pagi atau petang. Kitorang sampai ni tengahari. Patutnye tengahari ni la ada nasi belauk. Kat belakang kedai ( kalo dari jeti nampak bahagian ni dulu ) ada perusahaan kapok lekor diusahakan oleh beberapa orang makcik. Kitorang oder minuman " tea o beng satu!'' Tetiba gua tenampak satu botol kaca. Apo bondo eh ni? “ Itu la makjun!” ujar Amang dengan tegasnye! Makjun? Ya makjun… ubat kuat. Ubat power! Heh! Dijual seperti gula-gula. “ Cuba la try test,” tegas Amang lagi! Emmm… guapun bekira-kira gak. Nak makang ker tak. Amang dan Jamb selamber jer makang. Ah! Makang jer la! Kalo korang nak rase, sila la hubungi tuan pengusaha makjun ni melalui nombor tipon yang tertara tu ya. Jangang malu-malu. Hee… Apa salahnye tolong bangsa kita bagi promosi percuma. Apa sangat la kang?


APA KHABAR?
Makjun
power mula mendatangkan kesan… Petang tu gua rasa begitu agresif melayan pengunjung/peminat! Heh! Hari terakhir kat sini gua betemu dengan ramai peminat oldskool. Mereka dah tak baca majalah kartun lagi. Dulu masa belajar/masa kat u, majalah kartun merupakan bahan wajib sebagai pelepas tekanan masa belajar! Sekarang semua dah berkerjaya tetap dan berumah tangga. Semua meninggalkan majalah kartun dan hanya melihat pekembangan dari jauh sejauh jauhnye… Tak apalah. Begitulah putaran hidup. Kami hanya bersalam, memberi senyuman dan bertanya khabar. Terima kasih kerana pernah menyokong industri kartun tanahair dan meminati karya-karya gua. Moga semua sihat, berjaya, berbahagia, diberkati dan dirahmati Allah. Amin.

Bersama sobat-sobat dari akhbar Sinar Harian Terengganu yang bertugas sepanjang pesta Monsoon Cup. Terima kasih. Jumpe lagi weh!


BERTIUP LA BAYU!
Begambo dulu seblum balik di hari terakhir. Tiupan angin ini tidak akan gua lupakan. Kesyahduannya seperti di pantai Tok Bali Kelantan dulu benar-benar menghasyikkan! Akan dikenang dan diingat!
Bertiuplah bayu, puaskan hatiku!


DISEMBUNYIKAN
Batu Bersurat yang dijumpai di Terengganu merupakan satu bahan sejarah penting negara yang membuktikan mengenai pekembangan/pendudukan agama Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dan telah menjadi agama anutan utama penduduk Melayu pada masa itu. Sejak dari dulu ( tak tau bila… ) nenek moyang kita merupakan penganut setia agama Islam dan kita lahir sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam. Tapi hari ni senang-senang jer orang Islam menukar kepercayaan dan agama! Walaupun banyak amalan dan kepercayaan karut marut dan khurafat yang menjadi amalan dan kepercayaan nenek moyang kita dulu. Tapi sekarang, segala amalan karut marut, syirik dan khurafat itu hampir berjaya dibuang dan ditinggalkan sepenuhnye hasil usaha gigih guru-guru agama kita dalam menyedarkan masyarakat. Jangan la kita yang dah tahu mengenai kesesatan sesuatu perbuatan atau amalan itu menghidup atau meneruskan lagi. Jangan buat leceh! Seperti batu bersurat, kita tahu mengenai perkara ini melalui pelajaran sejarah kat sekolah. Itu saja maklumat yang disampaikan. Batu Bersurat di Terengganu. Tak boleh lebih-lebih kerana itulah yang dikehendaki oleh penjajah dan pemerintah. Biar semua jahil dan tak tau mengenai sejarah yang sebenar terutama mengenai agama Islam. Tahu lebih kurang dah la. Tak payah lebih-lebih pasal agama Islam ni. Banyak fakta penting disembunyi, diubah, dibuang dan dihapuskan. Bukti penemuan batu bersurat ini jelas menunjukkan akan kehebatan dan sistem pemerintahan yang beteraskan hukum Islam pada masa dahulu di negeri Terengganu Darul Iman.


DIHILANGKAN
Begitu juga dengan sejarah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa tersohor dan juga sebagai pusat pekembangan Islam di seluruh rantau Asia Tenggara pada suatu masa dulu sebelum ditakluki oleh Portugis yang menjalankan hukum Islam sepenuhnya dalam pemerintahan. Tapi sayang sejuta kali sayang, gua tak jumpa sebarang fakta mengenai pelaksanaan hukum hudud dalam buku sejarah yang gua belajar kat sekolah. Adakah hukum itu tidak dilaksanakan atau fakta itu ‘dihilangkan’ hanya kerana ia menjunjung perintah Allah dan Rasulullah S.A.W.? Gua hanya diajar, diberitahu dengan lengkap mengenai sejarah pembukaan Melaka oleh seorang raja yang lari dari Majapahit, mengenai kehebatan Hang Tuah Lima Bersaudara, kebijaksanaan bendahara Tun Perak yang tiada tandingnya dan fakta lengkap mengenai kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka! What the frag!


KENANGAN
Setelah sekian lama tak singgah, kali pertama melihat replika Batu Bersurat ni gua dah tegedik nak begambo. Dulu ( 1991 ) kat bulatan ni ada diletakkan seekor replika penyu yang lemah tak bermaya. Petang ( nak senja dah sebenarnye ) hari ketiga masa habih betugas on the way balik ke hotel, gua paksa Amang berhenti dan ugut Jamb amik gambo gua kat replika batu Bersurat ni sebagai kenangan. Korang kalo pegi ke Kuala Nganu, patut sangat berhenti dan ambik gambo dengan replika Batu bersurat ni. Kalo dengan tugu, patung, meriam, ukiran, pokok dan segala macam benda lagi korang tegedik dan teliur nak begambo, takkan dengan replika batu Bersurat ni rasa segan, malu. Ini adalah sejarah penting dan patut sangat la kita tahu dan sampaikan pada anak-anak kita agar mereka mencintai Islam. Ambik gambo diorang kat sini! Batu Bersurat yang menceritakan mengenai kegemilangan agama dan pelaksanaan hukum Islam di Tanah Melayu!


SATAR
Selain makang kapok dan nasi dagang, satu lagi makanan yang mesti gua cari dan makang ialah satar dan otak-otak. On the way back home, sampai kat Kemamang, kitorang singgah lepak makang satar dan otak-otak. Emmm… yummy yummy my yummy yummy uhh! Jumpe mung di nung lagi weh!


KENANGAN DI KUALA TERENGGANU -1991


Tahun 1991 kali pertama gua sampai ke Kuala Nganu. Tak ada yang menarik sangat selain dari banyaknye gerai-gerai tepi jalang yang menjual nasi dagang
( murah ya amat! ) dan replika sang penyu di tengah-tengah bulatan ni. Gambo oldskood ni dirakam masa gua on the way ke Stadium Negeri. Hotel penginapan tak jauh dengan stadium negeri tempat pesta buku. Saja jalang kaki pasal nak amik gambo dengan encik penyu kat bulatan ni yang skang telah berubah dan ditukar dengan replika Batu Bersurat. Elok la… gua tengok penyu tu lemahhhh jer. Harharhar! Semuanye tinggal kenangan…


Lagi satu pengalaman menarik masa kat Nganu tahun 1991 dulu selain dari limpahan nasi dagang dan makanan laut yang murah giler ( yeah! murah tul masa ni kalo makan ketang, udang besar lengan, sotong, ikang siakap/kerapu tige rase… giler! ) ialah gua berpeluang naik beca! Masa gua pegi baru-baru ni
( Monsoon Cup ), payah sangat nak tengok/nampak beca. Dulu melambak beca di sekitar Bandar. Amang kata kat Pasar Payang ada la beca. Gambo ni dirakam masa gua nak ke stadium negeri. Heee… best gak! Seperti bulatan penyu… ini juga hanya tinggal kenangan… Ada banyak lagi gambo oldskool, tapi leceh la nak cari. enjoy!