Wednesday, February 13, 2008

BENGKEL KREATIF

KOLEJ KOMUNITI SELAYANG

BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
BENGKEL KREATIF DAN KERJAYA

07 SAFAR 1429 HIJRAH - 14 FEB 2008


Susah tul gua nak masukkan entry yang ni. Tak tau apasal. Banyak sangat halangan. Ada saje hal. Entah la. Apapun gua memang nak masukkan gak walaupun lambat nak mampus! Akhirnye bejaya gak. Alhamdulillah.

Masa on the way balik dari Kuantan rasa nak selesema…Kalo selesema, memang gua tak pegi untuk program Bengkel Kreatif dan Kerjaya kat Kolej Komuniti Selayang hari ni. Tapi pagi ni bangun tak selesema la plak. Alhamdulillah... Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk melaksanakan tugasan/tanggungjawap. Cuma penat ya amat! Ya la semalam kat Kolej Komuniti Paya Besar , Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur…. Hari ni ( 15 Muharam 1429 hijrah - 24 Januari 2008, Khamis ) kena pegi ke KOLEJ KOMUNITI SELAYANG la plak. Adoiii laa penatnye. Tugas dan tanggungjawap punye pasal, gagahkan semangat, pegi gak! Ini kira sumbangan kecil gua sebagai kartunis pada negara. Hey! Don’t ask what u can do for ya country but ask what your country can do for u! HEH!


KILLING IS MY BUSINESS... AND BUSINESS IS GOOD!
Hari ni tugasan seterusnya dalam siri promosi dan Bengkel Kartun/Kreatif dan Kerjaya team G3 pada tahun 2008 ni ialah di Kolej Komuniti Selayang. Hari ni team kitorang betambah ahli pensyarah dengan penyertaan encik Niezam yang terer menggunakan digital/photoshop dan cik Intan kitorang punyer Marketing Executive. Kitorang sampai agak lewat kerana kemalangan yang berlaku kat Cheras dan Kajang tapi kitorang dari Shah Alam yang hendak ke Selayang plak yang tak pasal-pasal mengalami kesesakan. Tak logik sungguh, tapi inilah alasan skima yang tidak boleh ditidakkan oleh sesiapapun pengguna tegar jalanraya dan penghuni kotaraya!


TIME: THE BEGINNING
Sampai jer kitorang trus belasah
breakfast ala kadar yang disediakan. Memang tak lagi ni! Kena ada breakfastpower untuk menjalankan tugasan pagi ni. Boleh pengsan dibuatnye kalo tak cukup power. Kena plak gua masih bedengung kesan nak selesema semalam. Badanpun sakit-sakit dan lenguh! Jelas perbezaan antara pelajar kolej ni dengan pelajar kolej kat Paya besar semalam. Yang ni nampak lebih agresif! Budak-budak kolej kat bandar Key Ell ni memang semua
( kebanyakannya ) agresif tak ingat! Setelah membelasah berapa ulas kuih dan sebotol air mineral, gua memulakan sesi belah pagi ni. Jemputan khas yang menjadi pembantu gua ialah encik Padi yang sedang membuat demo melukis karakter superhero LELAKI BELALANG ciptaan beliau.


PEACE SELLS...
Pelajar yang mengikuti bengkel ni adalah dari kursus animasi dan Intro Design. Jadi rasanye tak ada masalah untuk diorang mencipta, mereka dan melukis karakter kartun! Assignment pertama diorang pagi ni ialah mencipta dan melukis karakter kartun sendiri. Semua nampak bersungguh dan agresif melakukannya! Tengok tu… sempat lagi posing, jeling-jeling main mata dan peaceeee! Entah la…


I THOUGHT I KNEW IT ALL I
Yang baju hitam ni semua dari kursus animasi. Nampak cam faham sangat dengan apa yang telah gua cakap dan terangkan. Melukis plak dengan semangat, yakin dan agresif! Bagus! Bagus! Nanti kita tengok apa yang korang buat. Betul ker korang faham dan tahu apa yang gua cakap atau saje-saje buat tahu!


I THOUGHT I KNEW IT ALL II
Bila gua tanye '' semua faham, semua tahuuu...?'' Semua sengeh, mengangguk tanda tahu dan faham. Bagus la kalo cam tu. Encik Padipun bekeliaran melihat dan ketawa dalam hati melihat lukisan/karekter yang dilukis oleh budak-budak ni. Teruk la lu Padi gelakkan diorang sorang-sorang. Ajak la gua sekali oii!
Kan manis kalo kita gelak dalam hati sama-sama. Heeee….


SLEEPWALKER
Semalam gua kroihkroihkroih masa kelas A’an, hari ni beliau balas dendam kroihkroihkroih! plak masa kelas gua. Apa ni A’an? Cover la sket. Gua semalam buat-buat berimaginasi, tak cam lu . Terang-terang di khlayak ramai. Teruk sangat ni A’an. Ni la akibatnya kalo tak balik rumah dan tak tido malam tadi. Orang semua trus balik berehat/tidur kat rumah dari Kuantan, lu plak merayau mana ntah! Nah! Ni la akibatnye. Gua dan Padi gelakkan peserta mencipta/melukis karakter kartun dalam hati dan perut, Niezam dan Intan plak gelakkan A’an. Emm… elok sangat la tu!


SWEATING BULLETS
Masa untuk mengutuk dan menghina karakter-karakter kartun yang diorang reka/buat/cipta/lukis tadi. Nampak cam terer, terutama budak-budak dari kursus animasi. Gua tak undangpun encik Padi sebagai pelakun undangan dalam segment gua ni, tapi beliau menceroboh ke atas pentas dan merampas microphone! Rakus sungguh encik Padi ni dengan microphone dan bila berhadapan dengan awek. Walaupun bepeluh-peluh dan kembang lubang idung, beliau tetap nak layan awek ni gak. Tengok la senyuman penuh makna beliau tu, dah la rampas kuasa… patutnye komen pasal karakter kartun yang awek tu cipta tapi kesempatan ini beliau gunakan untuk bekenalan sambil memberi alamat email beliau pada awek ni! EEEE....


IN MY DARKNEST HOUR I
Beliau trus rakus menguasai microphone setiap kali pelajar pompuan yang dipanggil ke depan. Tengok tu, nampak cam serius berkata sesuatu pasal karakter kartun yang awek ni cipta, tapi sebenarnya seperti awek yang tadi gak, beliau memberikan alamat email beliau dan buat lawak sarkas membuatkan awek ni suke tegedik tak ingat. Aduuu la... Malang sungguh nasib gua kali ni. Habih jahanam segment gua beliau jahanamkan! Sudah la Padi! Sudah laaaa! Bagi la balik microphone tu Padi. Uuuu...uuuu


IN MY DARKNEST HOUR II
Bila pelajar lelaki yang dipanggil baru la beliau serahkan microphone pada gua untuk melayan. Lu memang la Padi! Ingatkan beliau okey tapi rupenye seorang jejaka yang malu tak ingat! Lebih pemalu dari dua pelajar pompuan tadi tu. Ada ke patut beliau lari nyorok kat belakang gua. Beliau bukan berdiri kat sebelah kiri gua tu. Kat belakang tu. Terpaksa la gua menghulurkan microphone dari celah ketiak gua setiap kali untuk mendapatkan jawapan dari beliau. Aduuuu… dah la dapat yang lelaki, cam ni plak perangai beliau! Sabo jer la…uuuu….uuuu… Ni semua lu punyer pasal la ni Padi! Uuuuu... uuuu....


IN MY DARKNEST HOUR III
Akhirnye dapat gak sorang pelajar pompuan. Ingatkan okey… tapi…entah la. Kalo yang lelaki tadi nyuruk kat belakang gua bila ditanya pasal karekter kartun ciptaannya. Awek ni plak malu tak sanggup menghadap member-member sendiri. Jadi beliau membelakangkan diorang semua masa menjawap setiap pertanyaan dari gua bekenaan karakter yang dicipta sambil menutup muka dan mulut. Eee.. malu! Malu! Malu ya amat! Aduuu laa…. Macam-macam hal diorang ni! Memang kena banyak besabar urut dada melayan diorang ni.


Uuuu…uuu… malu! Maluu!


ANARCHY IN...
Keadaan bertukar menjadi betambah agresif dan hampir tak terkawal bila goodies yang kitorang bawak mula diedarkan pada semua pelajar! Huru hara dalam dewan! Tengok la wajah memasing. Semua suke tambahan lagi bila ambik gambo. Masa ni masuk ke sesi kedua pada belah petang lepas lunch. Cite sket pasal lunch... humang hai! Sodap eh lak gulai masak lomak ayam cili padi maso makan tongahari tadi. Padi cam biasa tambah tiga kali! Tak sempat nak ambik gambo gulai ayam tu. Hee... Masa ni dah sampai ke bahagian terakhir iaitu dari cikgu A’an. Oooo… yeah! Sebelum sesi A'an adalah sesi cikgu Padi dan cikgu Niezam. Diorang beganding bahu menyampaikan maklumat mengenai digital dan penggunaan photoshop untuk melukis, mewarna dan melakukan tugasan . Masa sesi diorang bedua ni gua tak join kerana gua ' hilang ' ke mana ntah! HEH!


RUST IN PEACE
Cam ni la sesi A'an. Diorang bukan sakit kepala, pening atau sedang tidooooo! Diorang sedang berimaginasi. Ni semua A’an punya cara, kaedah dan entah ape ke bende lagi ntah. Nasib baik gua tak mengantuk. Kalo tak, gua mesti berimaginasi sambil tidoooooo. HEH!

INSOMNIA
Kesian plak gua tengok aksi diorang berimaginasi ni. Tak ada akal sungguh method yang A'an buat/guna ni. Nasib korang la....Masa ni sapa yang tak bleh/susah nak tido bleh la tido. Biasa la kan... kalo masa belajar dalam kelas/dewan kuliah atau kat surau/masjid mengaji atau dengar ceramah mesti mengantuk giler tak ingat! Lagu bahasa Jepun sedang berkumandang masa ni. Guapun ikut nyanyi dalam hati walau tak faham sepatah haram!


HIGH SPEED DIRT
Lepas penat menyampai dan mendapat maklumat, untuk enjoy dan kembali ceria… kitrorang lawan game win, lose or draw! Yeahoooo! Kat Kolej Komuniti Paya Besar, kita buat tiga kumpulan, kat sini kita buat empat kumpulan pasal ada empat orang kartunis yang mengetuai setiap kumpulan. Masa ni semua havoc tak ingat! Kelihatan encik Padi sedang melukis dengan kelajuan maksimum objek yang perlu diteka oleh ahli kumpulan beliau. Apa lu lukis tu Padi? Ade ker selipar cam tu? Memang jahanam kualiti lukisan masa ni. Maklum la lukis laju pasal nak menang! Walaupun kumpulan gua kalah tapi tak la seteruk kumpulan A’an! Cheh! Apa la kumpulan lu A’an!

CHOSEN ONE
Acara penyampaian cenderamata dan begambo cukup ada punyer. Setiap kolej atau acara begini yang gua pegi mesti dapat goodies cam ni. Macam-macam bende yang diorang masukan dalam beg kertas ni sebagai hadiah/cenderahati. Guapun tak tau nak simpan kat mana. Mana yang bleh makan tu, okey la... tapi benda-benda yang tak bleh makan ni nak letak/simpan kat mana ek? Apapun gua tetap menghargai apapun yang diberi. Gua tak pernah menolak. Terima kasih banyak-banyak. Dalam beg kertas ni diorang bagi ( antaranya ) borang pendaftaran dan jadual kursus jangka pendek yang ditawarkan kat Kolej Komuniti Selayang ni. Best gak! Emmm.... kursus apa yang gua nak abik ni ye?


TIME : THE END
Setelah selesai autograph, besembang-sembang dan ambik gambo, kitorang begambo plak dengan pensyarah dan sebahagain dari pelajar yang tinggal setelah tamatnya acara. Terima kasih semua. Moga trus dapat mengikuti pengajian di sini dengan baik dan berjaya dengan luar biasa hebat! Moga ada manafaat dan kebaikan dari apa yang kitorang sampai, beri dan kongsi bersama tadi. Sebelum balik kitorang dihidangkan dengan roti yang dimasak/buat oleh pelajar kursus bakeri kat kolej ni. Emmm…


RECIPE OF HATE
Roti yang dimaksudkan. Yummy! Yummy! Tak habis makan,diorang bungkuskan sebagai bekalan dalam perjalanan pulang. Terima kasih.


YOUTHANASIA
Hari Isnin hari tu ( 04 Safar 1429 Hijrah - 11 Feb 2008 ) kitorang menerima lawatan dari pensyarah dan sebahagian dari pelajar Kolej Komuniti Selayang yang mengikuti Bengkel Kreatif hari tu. Selain singgah ke dept kitorang, diorang dibawa melawat ke seluruh ceruk kat bangunan/pejabat Karangkraf ni. Moga ada kebaikan dari lawatan ini. Moga berjaya pada semua. Terima kasih.

30 comments:

isyam143 said...

Bagus betul kau.Dapat jadi cikgu yang tidak bertauliah(takde ijazah).Apa-apa pun aku harap anak-anak kau kat rumah sihat dan sejahtera dan semoga mereka mengikut jejak ayah mereka yang bagi diriku merupakan seorang lagenda seni kartun tanah air

gayour said...

terima kasih.
gua ingin/suka/sedia berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada dengan siapa yang berminat walau tanpa ijazah.

gua blum layak digelar legenda kartun tanahair...

TAPA said...

Kau ni yang selalu menerima jemputan untuk buat bengkel ada hadapi peristiwa2 klakar ke sedih atau apa-apa tanpa dugaan kau tak macam ada orang datang berebut-berebut cam kambing nak salam tangan kau tu?

gayour said...

isyam
ada yang sabar menunggu dan ada yang tak sabar-sabar nak begambo, ambik signature dan bersalam ( bukan tak berdisplin... pasal ada yang ada kelas/kuliah dan macam2 hal lagi ). apa yang pasti.... ia MEMENATKAN walau seronok dapat bertemu dan
bersembang2 dengan mereka. arghhhh!

Jorji said...

mula2 gua ingat takda gambar makanan...

scroll lagi ke bawah..ader jugakkkk!!!

arghh!

gayour said...

j or ji
jangan la tensen encik... dah rezeki Allah bagi... aduuuu.... sedapnye roti! harharhar!

N a d i a said...

cantek kasut?...;-)

gayour said...

nadia
eh! iye ke cantek? terima kasih. hehe...

faizalmukhtar said...

eh...tu mcm baju JOM! gua ajer??! &*%&*$*!!!

gayour said...

faizalmukhtar
har fragin har!

carvedijan said...

Bro Gayour....apa yang membuatkan post anda yang kali ni cukup menarik?.....


SUDAH TENTUNYA TAJUK2 LAGU BAND KE"SOKA"AN KU....MEGADETH!!!!

gayour said...

carvedijan
sebenarnya gua nak gunakan nombor, tapi tak banyak... hanya ada 99 ways to die, hangar 18, 1000 times goodbye, 502 dan five magics.

" through the darkest hour
grace did not shine on me
it feels so cold, very cold
no one cares for me...."

in my darkest hour

Nunn said...

sibuk brader dari kuantan terus selayang...ilmu tu brader mana nak cari...pepepon selamat hendaknya segala urusan

gayour said...

nunn
terima kasih atas ucap selamat encik pada gua.

"ilmu akan bekembang, hidup dan bertambah bila disampai dan diamalkan"

moga encik nuun sentiasa sihat, selamat, bebahagia, betambah rezeki, betambah ilmu, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

the indie story said...

Salam Bro GAYOUR,

Dengan izin Tuan Punya Blog.

Kepada para pengunjung Blog yang ingin melihat foto-foto hakmilik peribadi "KEMPEN DIHARI PENAMAAN CALON BAGI PARLIMEN TITIWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN, KL." boleh masuk ke blog saya tanpa sekatan.

Pertembungan diantara BA yg diwakili PAS dan BN diwakili pelh UMNO. Pelbagai aksi foto menarik boleh dilihat diblog ini. Dan pihak kami akan terus 'upload' foto-foto disekitar kempen pilihanraya ke 12, 2008 dari masa ke semasa. Insha'allah.

Bagi Parlimen Titiwangsa, PAS mecalonkan tokoh muslimat yang dikenali ramai iaitu Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali 51. Manakala BN, pula diwakili oleh Dato' Aziz Jamaludin Mohd Tahir 54. Tempat Pencalonan Sekolah MenengaH Aminudin Baki.

Pada hari penamaan calon semalam suasana agak meriah, dan tiada ketegangan berlaku.

Wassalam.

http://theindiestory.blogspot.com

ijoi said...

Salam
Bang bengkel yg seterusnya dimana dan bila, boleh x saya menjoinkan diri ini.saya ni pun suka gak melukis katun ni kalau sudi tengoklah katun saya dan berikan sikit kutukan yg membina
sekian trimas
http://www.komikartun.cjb.net/

atau

http://ijoikatun.blogspot.com/search/label/Tentang%20Ijoi

gayour said...

moderator
yeah! gua dah singgah tengok. terima kasih kerana sudi kongsi gambo2 tu.

ijoi
yeah!yeah! gua pasti akan singgah tengok karya2 encik ijoi dan pastinya tak akan lepaskan peluang untuk menghina apa yang patut. heh!

:: Wiween :: said...

chayok bro gayour! berkongsi ilmu amalan mulia.;)

gayour said...

wiween
seperti encik sorang cikgu... apokah ilmu yang dibori/disampai an pado murid2 cikgu mengurangkan ilmu yang cikgu ado?
selamat mengaja' cikgu!

THECORESYSTEM said...

Caya-lah encik Gayour...keep up menajamkan pensel...hehehe...
bagi email,nak interview sikit...hehee

gayour said...

azreen_hc77
nak interview la plak. ni pasal tesis/assignment sekolah atau interview pasal ape ni?
tak kisah la, boleh... no problemo

gayour@karangkraf.com.my

ijoi said...

Terima kasih tak terhingga bang, kerana sudi melawat dan mengkomen blog saya
err.. boleh ke kalau saya emelkan katun saya secara pribadi utk dptkan pdgn dan kutukan .
jemputlah lagi ye bertandang ke blog saya jika ada kelapangan
Semoga terus maju jaya dan diluaskan rezeki dlm bidang yg dicintai ini.

Maju kartun untuk negara

blackpurple @ jowopinter said...

Dalam banyak-banyak gambar itu, gambar pisang goreng itu juga yang comel.

Hehehe!

gayour said...

moderetor
yeah! kena dengar, kena tau.. kena AMBIK TAU!

ijoi
kalo dapat peluang mengutuk tanpa belas memang gua tak lepas peluang punyer. heh!

blackpurple
yeah! hari hujan...kena plak dengan kopi o... perghh!

Anonymous said...

megadeth....
in my darkest hour...
yeah,so dark...

gayour said...

anonymous
saat-saat 'gelap hitam legam' pasti datang dan pergi dalam hidup kita... bersabarlah wahai hati...

TAPA said...

gua ada satu idea kat lu. citer - citer cintan semuanya lu lupakan dan terus dengan lawak-lawak yang lebih kejam macam kene tikam tapi hidup lagi ala macam kartun dedulu.

the indie story said...

Dengan Izin Tuan Punya Blog:

LIPUTAN TERKINI : Foto-Foto KEMPEN BARISAN NASIONAL CALON PARLIMEN TITIWANGSA - Dato' Aziz Jamaluddin (DEWAN DATO' KERAMAT : 3 Mac, 8.30pm - 9pm)

FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA:

http://theindiestory.blogspot.com/

Wassalam.

Sukatikaulah said...

Bravo gayour.Toghuihkan perjuangan.

gayour said...

isyam
ooo... yang KILLKILLKILLDIEDIEDIEEE! tu ye?

moderator
dah tengok dah. tq

sukatikaula
iyo la! iyo la! den tongah menoghuih an (meneruskan)
pejuangan la ni jang oi!