Tuesday, March 18, 2008

MAULIDUR RASUL

MAULIDUR RASUL
1429 HIJRAH/2008
11 RABIULAWAL 1429 HIJRAH - 19 MAC 2008

Pada semua sobat yang dikasihi, gua mengucapkan selamat menyambut, merai dan bersalawat banyak-banyak atas sambutan memperingati ulangtahun KEPUTRAAN junjungan besar yang dikasihi NABI MUHAMMAD S.A.W. Satu acara sambutan yang tidak pernah dibuat pada sesiapa manusia/makhluk di dunia ini setelah kematiannya melainkan pada insan yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Kita merai dan memperingati hari keputraan baginda Rasulullah S.A.W. walau setelah kewafatan baginda sebagai tanda kasih, sayang, cinta, rindu dan ingatan pada baginda selain mengamalkan sunah-sunah baginda dalam kehidupan kita.

Selamat menyabut MAULIDUR RASUL wahai sobat semua! Selamat bersalawat banyak-banyak ke atas baginda. Moga betambah kecintaan kita pada Rasulullah S.A.W.


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
( Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

9 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Semoga kita sama-sama dapat terus menghayati ajaran dan sunah baginda. Insya-Allah.

:)

gayour said...

blackpurple
begitulah hendaknya wahai sobat.
salawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W..

Anonymous said...

Bro

19 rabiulawal ker 12 Rabiulawal?
lajunya ko langkah huhu.Takpe la semangat mau ada..TAKBIR!!

Apa pun Selamat Menyambut Hari Keputeraan Baginda Muhammad S.a.w.

Semoga tak lekang lidah kita berselawat keatas baginda.Amin...

DeeN said...

Salam Sobat,
Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Semoga kita semua sentiasa mengingati dan berselawat ke atas baginda Rasulullah saw.

Tak join perarakan Maulidur Rasul ker?

the indie story said...

Satu hadis yang sangat indah untuk dibaca masuk terus kedalam jiwa.
Ubat hati.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat Ustaz Gayour dan rakan taulan.

Jika kita sayangkan Nabi saw, ikutlah nasihat Nabi saw.

the indie story said...

KU LI PALU GENDANG PERANG!

Gedang perang telah dipukul bertalu-talu. Gegak gempita Tanah Malaya. Muncung-muncung meriam sedang dihalakan ke Mahligai Putra Jaya. Serunai ditiup sayup-sayup bunyinya. Bala tentera telah berada diperbatasan terakhir…

Inilah saki-baki bala tentera yang masih setia kepada Anak Raja berjiwa rakyat. Percubaan terakhir untuk menakluk hieraki kepimpinan UMNO. Setelah dimalu dan diaibkan semenjak sekian lama; Tengku Razaleigh Hamzah bangkit menuntut kembali takhta singahsana UMNO yang dirampas darinya semenjak diakhir tahun 70an lagi.

Bapa Ekonomi Orang Melayu masuk kembali kegelanggang sebagai seorang Panglima Melayu berpantang undur sebelum ajal. Semenjak kembali semula kepada UMNO pada tahun 1996, Ku Li dilayan saling tak tumpah sebagai Ashkar Gurkha. Segala jasa dan budi beliau kepada ekonomi orang melayu dan pembangunan Malaysia tidak pernah langsung disebut oleh media massa. Legasi beliau terhakis sedikit demi sedikit setelah mengalami ‘kekalahan bermaruah’ hanya 43 undi di Perhimpuan Agung UMNO pada tahun 1987 kepada rakan sekapal Dr. Mahathir Mohammad.

PETRONAS yang menjadi salah satu syarikat petroleum gergasi didunia pada hari ini siapa yang menubuhkannya? Bank Bumi Putra Malaysia Berhad yang banyak menyokong usahawan-usahawan melayu yang baru mula hendak belajar berniaga, siapa yang menubuhkannya? Bangunan UMNO dan PWTC hasil usaha siapa? Anda tidak tahu bukan. Maka rajin-rajinlah mengkaji sejarah. Malah banyak lagi jasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak cukup untuk disebutkan disini.

( Sila baca artikel selebihnya di:
http://theindiestory.blogspot.com/ )

gayour said...

gandum
benda-benda cam ni kena laju! heh!
terima kasih.

nur@ddeen
alhamdulillah, semalam berarak dan bersalawat beramai-ramai kat surau tempat gua. terima kasih.

moderator
cakap memang senang tapi nak buat/amalkan sunnah Rasulullah S.A.W. yang paling mudah/ringanpun susah nak mampus! macam-macam alasan...payah la, segan la, malu la, leceh punye kerja, rasa hina, rasa tak moden, rasa ketinggalan, apa hal plak, apa sunnah sunah?, orang tak buat la.... macam-macam lagi la bila nak buat sunnah Rasulullah S.A.W. ni...
moga kita tidak begitu.

'' kalau kita tak dapat/mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semua...''

terima kasih

Anonymous said...

takde plak surau tempat lu buat makan-makan bro? wa celebrate Maulid Rasul dengan memasak syurbah kambing. hah? Kambing? Kira Kambing? Kambing Kira Kita? Apa? Mari Mengira Kambing Kita Kira?

gayour said...

babazahra
HAH! EKAU MASAK DAGING KAMBING JANG?
den nak sket! den nak sket la oiiiii!
den blum abih laie ngiro kambing tu la jang. saba yo la banyak-banyak nunggu keputusan pilihanrayo tu. heh!