WORLD DRUMS FESTIVAL
PUKULLAH GENDANG KULIT KEREBAU...
11 SYABAN 1429H - 13 OGOS 2008
BANG A DRUM!
Pukulan drum/gendang adalah satu alat muzik yang menarik minat gua. Album band thrash Kreator yang bertajuk RENEWAL adalah antara album yang paling gua enjoy sekali pukulan drumnya! Belasahan drum yang hebat. Banging tak ingat dan bedarah lubang telinga dan hidung setiap kali mendengar belasahan drumnya! OUCH! Kali ni bepeluang untuk menyaksikan skill kehebatan jaguh-jaguh yang mewakili negara memasing bersaksi. Jangan lepaskan peluang untuk banging! YEAHOOO!
Antara tetamu yang hadir. Ini semua adalah puak-puak pemain drum gak. Kitorang staff karangkraf tengok bediri dari luar kemah. Tak kisah la janji bleh tengok dan banging!
Pesembahan kedua dari negara tomoi tom yam gong
Mula nampak peserta tua-tua cam Saddiq Sigaraga Saudagar Barang-barang Purba, gua tak jangkakan suatu persembahan yang hebat atau menarik dari negara Mesir ni. Tambah bila tengok diorang tesengeh-sengeh tiun alat muzik masing-masing kata atas pentas mini yang disediakan. Semua tua-tua plak tu. Ada yang dah tahap atuk! Tengok plak pengurus diorang yang kalut dan cerewet tak ingat. Entah la. Tapi bila atuk-atuk ni mula main, tu dia baru tebeliak bijik mata hitamku melihatnya. Hebat sungguh pakcik dan atuk Arab ni rupanya.
Pesembahan betambah hebat bila sang penari lelaki berskirt seberat dua puluh kilo mempersembahkan tarian pusing-pusing beliau! Yeah! DUA PULUH KILO! Guapun tak pecaya tapi percaya la. Beliau menari bepusing ligat sambil membuka lapisan skirt dan membentuk bebagai aksi! Jangan heran kerana beliau adalah penari professional dan kerana itu la skirt yang berat tu selamba jer beliau pekotak katikkan ikut suke hati beliau. UFO! UFO! Yeah! Beliau mampu menjadikan skirt tu seperti piring terbang dalam satu aksi. Hebat! Memang hebat. Bukan saja ada skirt bepusing-pusing dengan kelajuan 350km tapi juga ada drum solo! Superb! Tu la, tak baik pesangka tak baik pada orang. Hebat giler rupenye. Heee…. Kumpulan atuk-atuk dan pakcik-pakcik dari negara Mesir ni menggelarkan diri mereka sebagai Nubians Drum Group. Pesembahan paling happening sekali!
Sebagai penutup pesembahan dalam sesi warm up WORLD DRUMS FESTIVAL pada pagi ni, kumpulan Enggar & Dekase dari
Mereka turut menyampaikan persembahan medley irama atau gerak tari dan muzik tradisi Indonesia, Melayu dan entah apa ke namanya lagi.
Biasa kalo tengok acara keagamaan kat
Dah habih acara, dah penat membelasah gendang… apa lagi yang ditunggu. Makan time laaa…
Korea Selatan turut serta dalam acara warm up ni. Tapi kumpulan mereka tak buat persembahan. Seperti kami staff Karangkraf, jadi penonton jer. Mereka datang dengan penari-penari genit yang bepakaian tradisi mereka. Cantik sungguh. Jangan lepaskan peluang untuk begambo dengan salah sorang dari mereka. Tadi sebelum persembahan bermula, semua peserta dibawa melawat ke seluruh ceruk Karangkraf. Masa singgah kat dept kitorang, awek-awek Korea ni nampak sangat teruja melihat hasil karya manual gua. Baru korang tau aa... Heh!Heh! Tak tau la sama ada awek-awek
Tak puas hati begambo dengan sorang awek
Selain dari negara-negara yang membuat persembahan kat Karangkraf pagi ni, negara
Layan belasahan drum dari album RENEWAL masih trus mengalirkan darah pada lubang telinga dan hidung gua! OUCH!
METAL DRUMS FESTIVAL!

22 comments:
gayour dengan perempuan cantik...sampai tak bleh nak beza... nampak cam satu geng jer
...hik..hik..
saracocohoney
nampak cam sama tapi tak serupa. bukan ke hanya sorang jer jejaka kacak dengan gadis cantik kat situ? heh!
ingatkan tetamu kehormat dia,
en.rahman sarbani,
en.azmi hashim,
en.ventor reil,
en. paul bostaph,
en.dave lombardo,
en.nico mcbrain,
en.lars ulrich..
hehehe, renewal mmg membunuh bro,
sebab tu ada gambar mentadak mentadu kat cover album tu, dia yg korek telinga kita sampai geli2 katak...
eddie dewanaga
ooo patut la ada mentadak mentadu. rupanya untuk korek dan tampal luka kat lobang telinga!
walau ia sebuah album experimental yang kuat pengaruh muzik industrial dan mengecewakan ramai peminat 'tua' kreator, belasahan drum en. ventor telah mengurangkan darah dalam badan gua. ARGHHH!
kombinasi aweqs dan maqans!
chaiss. nampaknye gua tersingkir lagi. chaisss!!!
faizalmukhtar
yeah! awekz comel dari korea dan sate ayam/lembu. what a combo!
nasib lu la boy scout!
Bro' nampak kacak sungguh. Itu baju raya ke? He he he!
brader... usul tue den dah kotongahkan.... jadi untuk urusan lanjut buleh la tepon office den dan berhubung ngan pn. norhayati ismail.... apo x berkompang skali itu ari...
blackpurple
wak adalah orang kedua kata gua kacak ( orang petama adalah gua sendiri ) heh!
_g
ekau memang best! sesuai jadi calon ADUN atau mentori bosa negorhi semilan. kompang! kompang! timo kasih banyak2 yo la!
mano nombo tipun puan norhayati tu? cam no den nak tipun. ekau den tumbuk porut kang jang.
email an kek den nombo tipun beliau yo
gayour@karangkraf.com.my
apo lak montoghi bosar...
kalau buleh den nak jadi setiousho agung PBB....
dah den dah email dah pakai email pro07_ppans.... caghik la... kok x jumpo bagitau jangan sonyap yo...
_g
humang haii! lobih-lobih la plak kau yo jang. mentoghi bosa tak nak. tapi buek apo jadi setiausoho PBB, jadi presiden trus la!
dah! dah dapek dah email dan nombo tipun tu. timo kasih banyak-banyak.
gendang melayu yang diiringi tiupan serunai sewaktu persembahan silat sungguh sedap didengar. itulah gabungan seni persembahan gendang melayu yang tidak dapat ditiru oleh orang asing.
denanz
itulah peranan dan kehebatan bunyi-bunyian. rasa nak besilat sekali!
Ruginya gua takda kat sana ...ishhh nampak dah iklan tu tapi tak sempatlah bro nak pergi .... besalah org kerja sendiri mcm ni ler ...
Serunai Faqir
Lu pegi tgk la plak band gendang gua tuhh ... hehehe
gemala kasturi
tak apa. lain kali boleh pegi tengok. boleh head banging puas-puas. heh!
bro,
kat page gua ada 2 eko naga tgh mengamuk...
jgn lupa bro, raya nanti,
rumah orang lain bukak tv cerita p.ramlee, rumah kita kasik gegar 2 naga tu...
kuat lagi tak leher tu..??
eddie dewanaga
kali petama gua banging tak ingat membuatkan leher gua rasa nak tecabut bila bangun pagi esoknya. azab ya amat! tapi itu bukan alasan untuk berhenti dari trus menghangguk kepala degan kelajuan melebihi had laju kat hiway!.
headbanging merupakan satu senaman yang baik untuk menguatkan otot leher/tengkuk!
harharahar!
3:07 AM
bro,
memember ujang yg lain tak buat blog ker?
Salam.
perghhh!kaler oren lagiii...
:P
semut si jurulatih
yang gua tahu hanya encik bawang saja yang ada blog. yang lain mungkin tak berminat dengan benda2 cam ni. malas nak layan!
s.yanaz
gua suka buah oren kerana vitamin C nya. gua bukan penyokong si oren belanda!
bro gayour, lain kali pegang gayung sekali. baru macam silat gayung betol2! harharhar
rahimin idris
gayung digunakan untuk mandi tapi boleh jadi senjata pembunuh kalo tedesak! jangan main-main dengan encik gayung aaa...
Post a Comment