Wednesday, April 28, 2010

DIGITAL ILLUSTRATION

UNISEL

DIGITAL ILLUSTRATION IN PUBLICATION

14 JAMADIL AWAL 1431H - 29 APRIL 2010


Masa gua pulun lukis karikatur kat Mini Karnival Karangkraf penghujung Januari hari tu,, rupanya sorang darinya adalah pensyarah dari UNISEL. Beliau sengeh dan bertanya, “Boleh ke kalo kami jemput u bagi talk dengan student?” . Gitu la kisahnya. Sebelum ni ada la dua tiga kali lalu depan Universiti Industri Selangor atau lebih dikenali sebagai UNISEL kat Seksyen 7 Shah Alam. Tak tepikir plak akan masuk apa lagi dijemput sebagai pensyarah. Itu yang telah berlaku pada 18 Mac 2010 yang lalu. Gua dijemput bersama beberapa orang kawan sebagai pensyarah kepada pelajar dan pensyarah UNISEL dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Seminar “Digital Illustration in Publication – The Process And Creative Strategy “ dibuat sebagai pendedahan pada pelajar mengenai industri penerbitan dan yang bekaitan. Gua sebagai kartunis dan ilustrator manual tegar sekian lama sangat berbesar hati dijemput untuk bekongsi dan betukar pengalaman dengan semua. Terima kasih.


Bukan saja dijemput tapi bepeluang betemu, besalam, bekenalan dan besembang dengan dua orang pelukis hebat tanahair ( yang tidak dikenali, dipeduli dan diendahkan oleh kebanyakan rakyat BolehLand kerana sibuk amik tau ,kenal, cinta dan minat pada karyawan luar! ) iaitu Tuan Profesor Madya Haji Hashim Hassan yang merupakan antara pelukis kontemporari tersohor tanahair yang menggambarkan bentuk dan ikonografi Melayu. Hasil karya Prof Madya Haji Hashim meletakkan dirinya sebagai seorang pelukis Melayu yang sejati! Tabik hormat kat oldskool ni! Sebelah kiri yang tesengeh tu ialah Y.Bhg Mulia Prof Dato’ Raja Zahabuddin Raja Yaacob, Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UNISEL.


Yang Mulia Dato’ dan Prof. Madya dah lama dalam industri seni lukis tanahair dan telah menyertai bepuluh pameran dalam dan luar negara. Hebat dan banyak pengalaman kedua oldskool ni. Yang Mulia Dato’ tekenal dengan karya-karya fotonya yang mengambil apa saja objek sebagai bahan seninya.


Yang Mulia Dato’ memulakan ucapan alau-aluan. Ringkas dan penuh harapan pada pelajar yang datang agar mengambil manfaat dari bengkel ni. Oh, yeah! Kali ni gua datang memenuhi jemputan ke UNISEL bersama Niezam, Aguri dan Faiz. Masing-masing mempunyai kepakaran untuk dikongsi bersama pelajar. Seblum acara bemula, gua and the gang dah dapat cenderahati dan sedikit token! Terima kasih dato'.


Buat pertama kali gua rasa agak kurang “selesa” sket semasa mengendalikan bengkel. Biasanya hanya pensyarah jer yang tinggal bersama pelajar. Tapi kali ni Yang Mulia Dato’ dan Prof Madya turut sama dalam Lecture Theatre 1 dari mula hingga abis majlis. Gile suit! Dekan dan Prof Madya kat depan gua tu. ARGHHHH! Ikut ilmu, pengalaman, kelayakan, mana layak gua nak becerita pada mereka. Kecik jer gua rasa diri gua. Tapi itu la pengalaman hebat. Sedikit ilmu yang gua ada, gua kongsi bersama pelajar dan kedua oldskool. Gua rasa sangat dihormati oleh kedua tokoh hebat ni. Mereka meletakkan diri sebagai pelajar. Mereka ketawa, merasa bosan, suka dan bangun bertanya. Tapi dengan adanya mereka dalam majlis membuatkan pelajar jadi tak agresif, kaku, segan dan hilang keyakinan. Bila gua tanya, “ sapa ada pertanyaan?”, semua hanya tesengeh-sengeh. Pensyarah dan Dekan yang bangun bertanya. Itu saja kurangnya walau gua sangat menghargai masa yang diberi oleh Yang Mulia Dato’ dan Prof yang sudi bersama gua dan kawan-kawan dalam majlis ni.

Dalam malu-malu, rupanya gua belasah sorang-sorang masa yang diberi! ARGHHH! Syok plak bersyarah depan Dekan! HEH! Akibatnya, masa untuk Niezam membentangkan hujahnya tinggal sket jer. Masa untuk Aguri langsung tak ada! Sori la geng. Gua tak ingat, lupa, hilang ingatan dan lemah minda. Ingatkan gua sorang yang kena cakap. Rupanya ada kawan-kawan lain. Tu yang cakap non stop. HEH!

Terima kasih atas jemputan dan layanan baik pada kami. Selamat berjaya pada semua!


respect pada oldskool!



10 comments:

ajie said...

abg gayour,itu 2 orang yg terhormat adalah bekas sifoo pada wa semasa studi di ITM, S.Alam dulu...bertuah no...hang dpt jumpa depa...nampak sihat2 depa tu...
teringat dulu masa belajo, waktu lunch, Th hj hashim akan panggil kawan utk suruh tapaukan nasi..sbb beliau tak larat nak turun naik cafe..hehe...time tu yg best dpt duit kocek..hehe thanx tn hj..

jgn x caya, tn hj hashim tu, memori beliau kuat...masih ingat lagi nama2 pelajar2 yg beribu2 tu...hehe...dasat..


Tuan Profesor Madya Haji Hashim Hassan, Y.Bhg Mulia Prof Dato’ Raja Zahabuddin Raja Yaacob...Jasamu ku kenang...

sorila abg gayo, gua mencelah citer pasal 2 org terhormat tu...jgn mare..

gayour said...

ajie
betuah la lu dapat beguru dari kedua oldskool hebat tu. gua jeles!

deaf-angel said...

gayour lain kali pakai la tie huhu

Portdy said...

dah memang gitu le student kita, malu pada ilmu hehehe sama lah dengan gua pun

Jenonymous said...

Tahniah brader gayour. Semakin rancak...

gayour said...

deaf_angel
alamak! kena pakai tie ker?

portdy
selalu sesat pasal malu nak betanya.

mhagnoth
apa sangat la. orang lain lagi hebat!

mr.kordes said...

eh..apsal ade loudness tu...hahaha..

frankrx2 said...

harharhar!
Gua suspect....eh silap... gua respect lu bro!
Tak heran la kalau esok-esok bro dijemput untuk bagi lecture kat luar negara pulak!
Congrats!!

mazru said...

salam..

koi pun respek kat oldskool,lebih2 lg yg baik hati macam yg diceritekan tu,membuatkan kite rs lebih hormat pada mereka dan ingin menteladani sikap mrk satu hari nanti..

gayour said...

pakcik kordi
loudness di mana2. tapi rasanya budak tu tak minat loudness. pakai je apa yang ada.

frankrx2
dapat bekhidmat dalam negarapun dah kira orait dah!

mazru majid
kalo panjang umur dan merasa usia tua, kita nak anak2 muda hormat, kasih dan belas ehsan pada kita. itu yang gua buat pada warga emas. menghormati, mengasihi dan mengasihani.