Tuesday, May 04, 2010

BAGUIH DOK ADA!

DESIGN TALK

UITM MERBOK KEDAH NUUU BAGUIH DOK ADA!

20 JAMADIL AWAL 1431H - 05 MEI 2010


Lepas habis tugasan kat UNISEL, selang sehari kemudian gua memenuhi jemputan sebagai penceramah undangan kat UiTM Merbok, Kedah Darul Aman plak. Sama cam kat UNISEL, kat UiTM ni bersama pelajar dari fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Gua senang hati membantu dan memberi apa yang gua ada. Ilmupun tak banyak mana. Ayuh murid-murid semua!


Tahun bila gua sampai ke Pulau Pinang. 91, 92? Lemah minda punya pasal tak ingat dah. Ada sekali dulu tu, masa gua kat majalah Geli Hati mendapat jemputan ke Pesta Konvo USM Pulau Pinang. Kali pertama lalu kat atas Jembatan Pulau Pinang yang sangat femes masa tu. Kali ni peluang baiek untuk lalu kat Jembatan Pulau Pinang pasal dari KLIA gua landing kat Bayan Lepas. Dari Bayan Lepas gua dijemput oleh encik pensyarah UiTM. Nak ke Kedah kena la lalu kat Jembatan Pulau Pinang. WEEEEEE! Gua atas laut! Gua atas laut! Gambo bersama pelajar dan pensyarah selepas tamat bengkel dengan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR.



Malam tu gua dijemput ke parti makan-makan anjuran fakulti Seni Lukis dengan konsep “ Kenduri Kampung atau Zaman P.Ramlee. “Kono pakai pakaian orang kampong poie kenduri la plak! Malam ni gak gua bepeluang betemu dengan sahabat lama yang pekat sungguh loghat Kedahnya kerana beliau memang anak jati Kedah dan lama sungguh tinggal kat kampong beliau kat Merbok ni iaitu kartunis Keladi. Cemuih sungguh nuuu!

Sebahagian dari student yang hadir dan datang lambat pasal party makan-makan, tari menari dan karaoke sampai ke pagi . Ntah la budak-budak ni.


Pelajar lelaki yang tesengeh-sengeh pasal nak begambo. Kali pertama gua bersama pelajat IPT yang duduk lepak atas lantai mengikuti kelas gua. Biasa yang lain duduk atas kelrusi. Okey gak. Lagipun kat sini memang bengkel, studio, galeri Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis. Memang tempat diorang belajar dan lepak.


Seperti cawangan UiTM yang lain, pelajar kat sini datang dari merata ceruk negara temasuk dari Kepulauan Borneo. Bukan saja tempat untuk belajar tapi juga tempat yang baik untuk bekenalan, bekawan, mencari dan betemu jodoh!

Bukan hanya becakap tanpa henti, gua menjemput beberapa orang pelajar untuk menujukkan kebolehan melukis. Ni kan fakulti Seni Lukis, studentnya kalopun tak terer giler sekurangnya mesti boleh melukis. Masa ni la tahu kebolehan diorang. Apa yang diorang bleh buat. Dalam begkel gua ni ada pelajar dari tahun satu hingga tahun enam! Tahun satu, dua dan tiga melukis dengan baik. Tapi malangnya pelajar tahun enam yang sepatutnya boleh melukis dengan baik dan menjadi contoh gagal melakukannya! Benda yang dilukis bukannya susah mananpun. Tapi masih gagal! Tak faham gua.


Seblum tamat, gua dengan seronoknya memberi peluang pada semua pelajar untuk memegang, mencium, melihat dan menikmati karya-karya masterpiece yang gua buat untuk majalah G3. Ini la rupa karya100% manual sebenar yang gua hasilkan sebagai kartunis manual tegar sekian lama. Boleh kagum kalo nak atau boleh muntah hijau kalo tak suka dengan hasil manual kerana cara digital menjadi kebanggaan sekarang ni!

Semua ni memerlukan latihan dan kesungguhan melukis hari-hari tanpa rasa cemuih! Lagi satu yang penting adalah SERONOK. Berseronok la masa melukis. Jangan rasa tetekan dan cemuih!


Dengan kecanggihan teknologi IT dan penciptaan perisian komputer yang bemacam sekarang membuatkan ramai orang dan pelajar sangat teruja nak belajar, tahu dan mempraktikkannya! Ramai telah beralih pada digital dalam menghasilkan karya kerana membolehkan seseorang menghasilkan karya/lukisan dengan mudah dan lebih canggih dari manual. Akibatnya, cara tradisional atau manual makin tepinggir, dilupakan dan dianggap purba, ketinggalan dan primitif. Tak salah belajar IT kerana itu adalah antara ILMU yang sangat penting untuk dikuasai sekarang. Tapi dalam keghairahan, jangan la terus lupa, tinggal dan buang ILMU asas iaitu A,B,C, 1,2,3 dan Alif, Ba, Ta… Jangan la lupakan terus manual kalo dah terer gile menggunakan digital.


Kelihatan pelajar-pelajar suka tesengeh-sengeh membelek buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR yang gua bawak sket ke UiTM ni. Saja bawak pasal kalo gua tak bawak akan ada yang komplin, “ Apasal brader tak bawak, lama dah gua carik. Nak beli!”. Gua tak nak dengar kompli tak puas hati cam ni. Nah! Gua bawak! Sapa nak beli, terima kasih. Sapa tak nak beli….


Habih program, biasak la kena lukis itu ini untuk pelajar dan fakulti sebagai kenangan. Terima kasih semua. Gua hanya pelukis manual. Tak hebat cam semua yang hebat menggunakan perisian photoshop. Belajar dan kuasailah ILMU apappun asalakan ia baik dan bermanfaat.


IIustrasi manual untuk Fakulti Seni Reka & Seni Lukis.

Hi!I’M GAYOUR, YOU’RE NOT!


Bersama pensyarah yang menjemput gua dan pensyarah Fakulti Seni Lukis kat depan Studio, Galeri dan Bengkel Seni Reka Perindustrian setelah berakhirnya bengkel. Ingatkan gua ikut masa yang ditetapkan, rupanya telajak gak. Cam kat UNISEL, gua cakap non stop. Patut la lenguh kepala lutut. Tak apa, gua seronok memberi ILMU sedikit yang gua ada. Moga ada kebaikan dan kiranya boleh dikira atau dianggap sumbangan, ini la sket sumbangan.


Lepas makan, bersalaman dan mengucapkan terima kasih, tiba masa untuk berpisah. Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga pada semua yang sudi membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Sekali lagi gua lalu atas Jembatan Pulau Pinang untuk ke Bayan Lepas. WEEEE….



16 comments:

Jenonymous said...
This comment has been removed by the author.
Jenonymous said...

Aisey x tau brader nak lalu Bayan Lepas. Kalu x boleh tunggu sambut nak salam + autograph kat airport. Babai...

mazru said...

Salam..

Memang bz la aok yak bang gayour..tiap2 minggu ade program..kalo program memancing puyu tu tak le kagum sgt,ni program menjadi penceramah jemputan!! argghhh lu mmg hebat!

salute. =)

berteromber said...

Jb bila nak sampai ni?...

gayour said...

mhagnoth
guapun tak tau apasal kena ikut bayan lepas nak ke sungai petani.

mazru majid
mancing puyu? aduh makk! lama dah tak mancing puyu. bila la agaknya boleh rasa tarikan ikan puyu lagi? ARGHHH!

berteromber
tunggu orang jb jemput. heh!

deaf-angel said...

gayour aku berkenan betul ko draw rock2 tu smua..

ada satu tu cam Gene Simmon la haha

frankrx2 said...

Baguih dok ada!! =D
Bro! kalau bro buat sessi "mari belajaq melukih bersama Gayour"kat sini ok dak?

gayour said...

deaf-angel
yeah! kalo tejelir lidah sampai ke pusat siapa lagi kalo bukan mr. gene simmon. selain tu ada mr. jimi hendrix, mr. rudlof schenker, andreas kisser, mr. zakk wylde, mr. kerry king and mr dave murray, also on lead gitar!

frankrx2
emelkan jemputan pada gua. tengok masa/tarikh sesuai atau tak. boleh adjust, kita adjust!

gayour@karangkraf.com.my

Dr. Bentara said...

masuk UTP bro!

gayour said...

abang ben
uikz! lama dah teliur nak ke UTP sejak tengok design dan interior bangunan UTP kat blog encik ben.

Ki To said...

Best2!

gayour said...

kitosia
hanya sedikit sumbangan.

Cromirama Elcy said...

salam.. bro gayour... bila nak serbu seremban?

guabawang said...

dah la tu pakcik..dunia semua tu.

gayour said...

lin kreshk
bilo-bilo maso kalau ado jemputan!

guabawang
jangan lupa dan tinggalkan bahagian kita kat dunia sebagai bekalan di akhirat wahai atuk bawang.

amaran dan ingatan pada atuk yang lebih tua dari gua!

Firdaus Zin said...

Salam bro gayour,

Gua nk request ni. Bole gua dptkn siri bersama selamanya full version tak? siap kaset and softcopy sekali. dh puas gua cari nih.

harga boleh runding nnti. asalkn lu bole penuhi request gua ni.

ni email gua : mfirdaus.mzin@simedarby.com