17 SYAABAN 1431H - 28 JULAI 2010
lawati laman web rasmi KONMAS untuk maklumat lanjut.
hhtp://www.konmas.puteranime.com
bagi tau kengkawan dan ikut korang la nak datang ke tak.
terima kasih
GUA SENTIASA DITEKAN, DIPAKSA DAN DISEKSA UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG GUA TAK SETUJU SEPERTI BLOG NI. LECEH TUL! KEBANYAKAN APA YANG GUA BUAT ADALAH UNTUK MEMENUHI TEKANAN DARI SEKELILING. GUA TAK TERPENGARUH LANGSUNG NAK BUAT TU DAN INI KERANA KEUTAMAAN GUA ADALAH PADA KERJA. TAPI INILAH YANG TERPAKSA GUA HADAPI. SABAR LA WAHAI HATI. NI DIA UNTUK SEMUA. TERIMA KASIH. GUA DAH MENGGANAS DALAM INDUSTRI KARTUN TANAHAIR KETIKA KEBANYAKAN KORANG MASIH BLUM CERAI SUSU LAGI! HAR FRAGIN' HAR!
CREATIVE MULTIMEDIA ANIMATION SHOWCASE AND WORKSHOP
Sekali lagi Kolej Komuniti Selayang menemput gua dalam program CREATIVE MULTIMEDIA ANIMATION SHOWCASE AND WORKSHOP” yang telah berlangsung pada 25 Mei 2010 yang lalu. Rasanya ni kali yang kekempat Kolej Komuniti Selayang menjemput gua dan team G3 dalam program diorang. Terima kasih atas jemputan.
Aguri, Faiz dan gua datang memenuhi jemputan pada pagi 25 Mei tu. Jemputan kali ni seperti jemputan yang lalu, buat bengkel ilustrasi.kartun. Bezanya kali ni bukan hanya dengan pelajar kolej tapi bersama dengan pelajar dari dua sekolah menengah sekitar Selayang yang dijemput khas. Baguih! Baguih dok ada! Kami sampai masa acara perasmian baru bermula. Biasa la jauh, dari Shah Alam ke Selayang. Giler jam! HEH!
Lepas perasmian semua tetamu dibawa melawat pameran hasil karya pelajar-pelajar tahun satu. Tak sangka jumpa dengan Encik Kamn Ismail yang gua kenal masa mula bekerja kat Kharisma Publications pada tahun 1994 dulu. Masa ni majalah UJANG baru diterbitkan. Encik Kamn adalah orang yang bertanggungjawab dalam penerbitan siri animasi Usop Sontorian. Sekian lama tak jumpa, hari ni jumpa balik. Encik Kamn merupakan Presiden Persatuan Animasi Malaysia ( ANIMAS ) dan Managing Director dalam syarikat Quest Animations (M) Sdn. Bhd.
Lepas gossip lebih kurang dengan encik Kamn, trus tengok karya-karya pelajar. Hancus! Apa la budak-budak ni buat. Kebanyakan tak berani , tak yakin, kaku, hilang ingatan, tak tau apa nak buat dan mungkin tak minat! Lukisan macam budak tadika! Kenapa ya diorang ni tak yakin dengan apa yang dibuat. Tak apa, masih banyak masa untuk belajar dan memperbaiki kelemahan. Teruskan melukis! Nanti kalo gua dijemput lagi, gua nak tengok karya encik dan semua pelajar betambah baik! Berusaha, insyAllah boleh berjaya!
Gua ada bawak sket buku Melukis Kartun Cara Gayour. Terima kasih pada yang membeli. Jadikan panduan dan berusaha sendiri!
Sesi bengkel gua bersama pelajar kolej dan budak sekolah pada sebelah petang. Pagi tadi bengkel persembahan Stop Motion dari TGVC Animation Sdn. Bhd. dan dialog Kepelbagaian dalam Animasi bersama panel dari Persatuan Animasi
Penyertaan pelajar dalam setiap bengkel gua adalah semestinya. Jangan malu, jangan segan, jangan mengelak. Kita melukis bersama! Ayuh pelajar kolej, mari kau ke sini. Nak tengok kau melukis! Adalah membosankan kalo hanya gua yang tunjuk terer melukis. Ini sesi bersama pelajar, jadi gua kena melukis bersama pelajar. Sini kau!
Bukan hanya wakil dari kolej tapi wakil dari dua sekolah gak gua paksa ke depan untuk melukis. Kat sini la tau macam mana teruknya pelajar kolej punya karya dengan pelajar sekolah menengah. Memang berbeza. Tapi tak apa, kita belajar. Memang macam ni la. Buruk, huduh, gigil tegetar-getar…
Sekali lagi terima kasih atas jemputan. Selamat belajar dan berjaya pada semua pelajar dan pensyarah. Ingat boleh makan roti yang dibuat oleh pelajar kulinari…. Tak ada rezeki kali ni. Uuuu...uuuu....
HARI BELIA
26 REJAB 1431H – 09 JULAI 2010
Jemputan tekezut memang selalu gua terima seperti jemputan dari Majlis Belia
Gua memang tak bersetuju acara melukis ni dibuat kat tengah panas. Dah tu kena menyarap, belutut atau mencangkung. Memang tak selesa, lenguh, cepat penat dan panassss! Ni semua pasal kebanyakan orang menganggap melukis ni senang. Sediakan kemudahan lebih kurang jer. Patutnya pihak penganjur menyediakan meja untuk keselesaan melukis. Acara lukis lukis memang cam ni layanan yang biasa diberi. Tengok la kat mana-mana acara Pertandingan Melukis atau Mewarna. Anak-anak menyarap atas lantai! Yang ni gak sama walau anjuran kementerian dan peringkat kebangsaan. Sama jer. Bajet untuk lukis-lukis ni memang ciput!
Seblum mula melukis, gua jalan-jalan dulu tengok apa yang oleh dilukis oleh pelajar dan jemputan lain sambil tesengeh-sengeh. Panas la katakan. Tengok jer lukisan-lukisan tu dah tau dah sapa yang lukis. Kebanyakannya masih amatur. Pelajar dari IPT lagi la kenal lukisan diorang. Tema dan
Tapi jahanam mana ntah mandai-mandai warnakan bibir PM masa gua pegi kencing. Tengok la tu. Panas hati tul gua dibuatnya! Dah la memang panas! Luar dalam panas! Memang pantang pelukis kalo ada yang memandai conteng atau tambah itu ini pada lukisan tanpa kebenaran. Korang jangan buat cam ni ya.
Gambo menteri belari main kejar-kejar dengan kanak-kanak masa depan negara. Belia harapan Negara. Tema belia ni kebanyakan peserta tak buat. Lupa atau hilang ingatan tak tau la. Lukis apa kebende ntah.
Gua memang rancang nak lukis sepanjang dan seramai yang boleh kanak-kanak belari dalam cabaran lukisan terpanjang ni. Biar ia jadi rekod dalam rekod ( walau tak diktiraf ). Gua memang bersungguh tapi apakan daya, tak tahan panas. Kepala gua dah bedengung, peluh menitik macam hujan musim tengkujuh. Baju gua dah lencun. Aduu laa.. rasa nak pitam pun ada bila lam tunduk bawah panas ni. ARGHHHH! Tak puas hati tul gua dengan penganjur yang “melayan” pelukis cam ni. Kami memberikan sokongan tapi keselesaan kami tidak dihiraukan kerana … “ alaa… apa sangat la pelukis-pelukis tu”!
Gua tak tahan lagi. Dah nak pitam dah! ARGHHHH! Trus berhenti rehat. Ramai peserta lain dah berhenti dan berehat. Dah tengaharipun masa ni. Nanti la sambung balik. Rasa nak tekucil la plak. Cari tandas. Tu dia, jauh nak mampus. Kalo dah tak tahan sangat, memang tekucil dalam seluar.( masa ni la mangkuk hayun mana ntah conteng karikatur gua. jahanam sungguh! ). Dari jauh gua nampak sekumpulan manusia yang gua kenal. Yeah! Memang kenal sesangat. Tak sangka hari ni, tengahari buta kat Putra Jaya, gua jumpa dengan kawan-kawan lama yang lama gak tak jumpa. Kawan-kawan kartunis dari majalah UJANG dan
Tak sangko jumpo kawan-kawan lamo. Harharhar! Trus beganding bahu ( HEH! ) melukis bersama Manggis dan Lepat. Yang lain lukis kat tempat lain. Besepah-sepah melukis. Seronoknya. Tengok Manggis lukis motor vespa, guapun lukis motor gak. Chooper la apo laie. BROMMM! BROMMMM! Gua dah patah hati merajuk membawa diri bila tengok karikatur gua diconteng orang. Lagipun nak sambung dah tak boleh pasal ada orang lain dah sambung lukih. Tepaksa la lukis kat tempat lain bersama Manggis dan Lepat. Terhibur gak hati pasal masa lukis saling kutuk mengutuk dan hina menghina! Harharhar! Kami pernah bersama melukis kat majalah UJANG. Selamat berjaya wahai sahabat semua.
Seblum balik, begambo dulu dengan encik Saiful, sekretariat dari majlis Belia
Masa balik singgah tengok pertandingan dikir barat. Ni kumpulan terakhir rupanya. Aduu laa… baru nak tengok dah abih la plak.
Acara cabaran lukisan terpanjang ni cam mengarut plak gua rasa bila melihat kualiti lukisan dan kepatuhan peserta mengikut tema yang diberi. Kebanyakan main hentam ikut suka dan lukis ontah apo-apo ntah! Pihak penganjur dan The Malaysia Book of Records patut memastikan ketepatan tema kalo benar-benar nak mengiktiraf. 1 kilometer terlalu panjang dan pengisiannya memang jadi mengarut pasal pelukis/peserta akan hilang akal tak tau nak lukis apa lagi. Penganjur plak tak kisah nak lukis apapun asalkan siap dan mencipta rekod! Itu yang gua nampak…
Youth Gone Wild
skid row