Friday, July 09, 2010

JUMPO KAWAN LAMO

HARI BELIA

26 REJAB 1431H – 09 JULAI 2010


Jemputan tekezut memang selalu gua terima seperti jemputan dari Majlis Belia Malaysia dalam program Karnival Belia yang telah berlangsung pada 15 Mei 2010 yang lalu. Dua hari seblum belangsungnya program, gua mendapat fax jemputan untuk acara Melukis 1 Malaysia Terpanjang (1 Kilometer ) sempena hari dan minggu Belia Negara 2010 kat Putra Jaya. Tema sambutan Hari Belia pada tahun ni adalah “ Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara “. Nak poie ko tak, nak poie ko tak?



Sebagai seorang kartunis dan tanggungjawab, ini sedikit sumbangan dalam menjayakan sambutan Hari Belia 2010. Dengan gagah berani dan semangat gua pergi ke Putra Jaya pagi tu untuk melukis. Sampai jer dah panas tak ingat. Aduuuu laa… azab la melukis kalo cam ni. Apasal la tak buat kat tempat redup atau bawah kemah. Tak cukup bajet nak sewa kemah? Selain kartunis dan pelukis profesional, jemputan lain yang turut sama menjayakan acara Melukis 1 Malaysia Terpanjang ni adalah pelajar dari IPTA, IPTS dan belia seluruh negara

Gua memang tak bersetuju acara melukis ni dibuat kat tengah panas. Dah tu kena menyarap, belutut atau mencangkung. Memang tak selesa, lenguh, cepat penat dan panassss! Ni semua pasal kebanyakan orang menganggap melukis ni senang. Sediakan kemudahan lebih kurang jer. Patutnya pihak penganjur menyediakan meja untuk keselesaan melukis. Acara lukis lukis memang cam ni layanan yang biasa diberi. Tengok la kat mana-mana acara Pertandingan Melukis atau Mewarna. Anak-anak menyarap atas lantai! Yang ni gak sama walau anjuran kementerian dan peringkat kebangsaan. Sama jer. Bajet untuk lukis-lukis ni memang ciput!



Seblum mula melukis, gua jalan-jalan dulu tengok apa yang oleh dilukis oleh pelajar dan jemputan lain sambil tesengeh-sengeh. Panas la katakan. Tengok jer lukisan-lukisan tu dah tau dah sapa yang lukis. Kebanyakannya masih amatur. Pelajar dari IPT lagi la kenal lukisan diorang. Tema dan gaya lukisan hampir sama jer. Ntah la! Dah tengok apa yang telah dilukis, guapun mula melukis tanpa menyengseng lengan baju pasal panas. Gua tak nampak yang lukis karikatur ( mungkin ada yang lukis karikatur, pasal ada bahagian kain yang telah siap dan digulung ). Gua tengok-tengok sekeliling dah nampak bunting besar gambo PM, TPM dan Menteri Belia dan Sukan. Trus lukis karikatur diorang sambil belari! Tengok lukisan-lukisan yang lain tak ada aksi. Lemah jer. Gua buat la aksi sket!


Tapi jahanam mana ntah mandai-mandai warnakan bibir PM masa gua pegi kencing. Tengok la tu. Panas hati tul gua dibuatnya! Dah la memang panas! Luar dalam panas! Memang pantang pelukis kalo ada yang memandai conteng atau tambah itu ini pada lukisan tanpa kebenaran. Korang jangan buat cam ni ya.


Gambo menteri belari main kejar-kejar dengan kanak-kanak masa depan negara. Belia harapan Negara. Tema belia ni kebanyakan peserta tak buat. Lupa atau hilang ingatan tak tau la. Lukis apa kebende ntah. Ada ke lukis bunga raya, bendera. Aduu laa… tu karya pelajar IPT yang gua tengok. Masa dapat jemputan guapun tegaru rambut dan kepala gak. Apa ya gua nak lukis? Persiapan dan mungkin rujukan perlu dibuat untuk menyertai acara cam ni. Bukan main hentam jer! Baru nampak kita tahu dan faham apa yang nak dibuat dan matlamat tercapai walau bukan pelukis yang terer. Kalo ini danggap satu sumbangan, jadikan ia sumbangan yang benar-benar memenuhi kehendak. Pasal tak ada bayaran? Pasal tu la buat ikut suka. Lagipun kena paksa. Lagi la hentam saja la labu!


Gua memang rancang nak lukis sepanjang dan seramai yang boleh kanak-kanak belari dalam cabaran lukisan terpanjang ni. Biar ia jadi rekod dalam rekod ( walau tak diktiraf ). Gua memang bersungguh tapi apakan daya, tak tahan panas. Kepala gua dah bedengung, peluh menitik macam hujan musim tengkujuh. Baju gua dah lencun. Aduu laa.. rasa nak pitam pun ada bila lam tunduk bawah panas ni. ARGHHHH! Tak puas hati tul gua dengan penganjur yang “melayan” pelukis cam ni. Kami memberikan sokongan tapi keselesaan kami tidak dihiraukan kerana … “ alaa… apa sangat la pelukis-pelukis tu”!


Gua tak tahan lagi. Dah nak pitam dah! ARGHHHH! Trus berhenti rehat. Ramai peserta lain dah berhenti dan berehat. Dah tengaharipun masa ni. Nanti la sambung balik. Rasa nak tekucil la plak. Cari tandas. Tu dia, jauh nak mampus. Kalo dah tak tahan sangat, memang tekucil dalam seluar.( masa ni la mangkuk hayun mana ntah conteng karikatur gua. jahanam sungguh! ). Dari jauh gua nampak sekumpulan manusia yang gua kenal. Yeah! Memang kenal sesangat. Tak sangka hari ni, tengahari buta kat Putra Jaya, gua jumpa dengan kawan-kawan lama yang lama gak tak jumpa. Kawan-kawan kartunis dari majalah UJANG dan APO? yang baru sampai untuk turut sama melukis. Harharhar! Apa khabar semua? Kiri sekali ialah Cactus, Lambok, Bacang, Rambai, Main Man, Lengkuas,Manggis dan Lepat.


Tak sangko jumpo kawan-kawan lamo. Harharhar! Trus beganding bahu ( HEH! ) melukis bersama Manggis dan Lepat. Yang lain lukis kat tempat lain. Besepah-sepah melukis. Seronoknya. Tengok Manggis lukis motor vespa, guapun lukis motor gak. Chooper la apo laie. BROMMM! BROMMMM! Gua dah patah hati merajuk membawa diri bila tengok karikatur gua diconteng orang. Lagipun nak sambung dah tak boleh pasal ada orang lain dah sambung lukih. Tepaksa la lukis kat tempat lain bersama Manggis dan Lepat. Terhibur gak hati pasal masa lukis saling kutuk mengutuk dan hina menghina! Harharhar! Kami pernah bersama melukis kat majalah UJANG. Selamat berjaya wahai sahabat semua.



Seblum balik, begambo dulu dengan encik Saiful, sekretariat dari majlis Belia Malaysia yang banyak membantu. Gua rasa beliau tak telibat dalam perancangan awal tempat dan cara pelaksanaan acara melukis ni. Kalo beliau yang mencadangkan begini, memang gua komplin trus pada beliau. Jangan layan dan buat kami cam ni sekiranya nak buat lagi pada tahun depan. Berikan keselesaan pada kami. Terima kasih atas jemputan.


Masa balik singgah tengok pertandingan dikir barat. Ni kumpulan terakhir rupanya. Aduu laa… baru nak tengok dah abih la plak.

Acara cabaran lukisan terpanjang ni cam mengarut plak gua rasa bila melihat kualiti lukisan dan kepatuhan peserta mengikut tema yang diberi. Kebanyakan main hentam ikut suka dan lukis ontah apo-apo ntah! Pihak penganjur dan The Malaysia Book of Records patut memastikan ketepatan tema kalo benar-benar nak mengiktiraf. 1 kilometer terlalu panjang dan pengisiannya memang jadi mengarut pasal pelukis/peserta akan hilang akal tak tau nak lukis apa lagi. Penganjur plak tak kisah nak lukis apapun asalkan siap dan mencipta rekod! Itu yang gua nampak…



"... They call us problem child
We spend our lives on trial
We walk an endless mile
We are the youth gone wild
We stand and we won't fall
We're the one and one for all
The writing's on the wall
We are the youth gone wild
We are the youth gone wild?"


Youth Gone Wild

skid row



11 comments:

mazru said...

Salam.

Tahniah pokcik oi...sukenye la kalo koi dapat turut serta bersama2 korang..aih apekan daye..

Nerzhul said...

cunn ah.

speedrider said...

nampak pelik pulak bila tetiba aja bibir kaler merah. hahaha

Ki To said...

Tak paham soalan la tuh..Apa lah diorang ni..Sepatutnya melukis la tepat dengan tema..Ni mesti kes tak penah masuk pertandingan melukis masa sekolah menengah nih.

gayour said...

mazru majid
pakc cik ni belia lagi ke? heh! tahun depan kalo panjang umur buleh join.

nerzhul
cun tapi panas bedengung!

gayour said...

speedrider
ntah budak mana yang gatal nyonteng! tensen tul gua!

kitosia
bukan tak faham, tapi degil!

deaf-angel said...

as usual, great post gayour

betul jugak ko cakap, kalo peraduan melukis ke hapa ke, selalu kat lantai je, sampai tertonggeng2 semua..

gayour patut ko ngan kawan2 pelukis humour ko tu smua naik stage buat persembahan dikir barat jugak

gayour said...

deaf_angel
semua geng kartunis tu blah dulu. dah la sampai lambat, balik cepat!

Ki To said...

Haha,Degil...Apa buleh buat..Keja buat tak bape ikhlas.Depa buat asal kain yang panjang tu habis di isikan dengan lukisan merapu diorang.Tak tepat ngan tajuk tak pe.Apa lah diorang nih..

hidrogen said...

memangla hangin satu badan kalau ada anak orang yang pndai2 modified lukisan kita tapi bila tengok betul2 color bibir PM tu..memang serupala.

gayour said...

kitosia
ramai yang hanya belagak terer melukis. tu la jadinya!

hidrogen
perbuatan yang mendatangkan kemarahan! HULK SMASH! BUARGHHH!