BAHAGIAN KEDUA DARI DUA BAHAGIAN
14 RAMADHAN 1431 H - 24 OGOS 2010
Dari Homestay Lonek kitorang melalui *Teratak Pendita Zaaba ke daerah Kuala Pilah untuk ke Tampin yang menyediakan beberapa task yang perlu diselesaikan. Humang hai, payah tul soalan eh! Semua peserta terpaksa parking dan kuar beramai-ramai mencari jawapan tongah-tongah paneh! Task kat badar Tampin ni mencabar tul. Ilang akal dibuek eh! Ah, lantak la. Belasah jer la! Tak boleh lamo-lamo kat sini. Bye-bye Tampin.
Kitorang trus ke pokan Johol. Pernah makan **Apam Johol? Apam yang dibungkus dengan daun err.. daun apo yo? Lupo lak daun apo. Kek pokan Air Mawang, Johol ni kitorang kono berhenti kat kodai makan KT Caseeim Enterprise untuk melakukan dua task yang disediakan. Masa kitorang sampai, kek kodai ni dah ponoh dengan peserta yang sedang melakukan tugasan dan menunggu giliran. Petamo duo orang dari kumpulan kono makan dua bijik Apam Johol. Kendian duo orang iaitu gua dengan Aan kono neba ( menebar ) roti canai.
* Muzium peringatan Pendita Zaaba. Sejarah, sumbangan dan semua barang-barang peribadi beliau dipamerkan kat sini. Singgah la ke Teratak Zaaba kalo nak tau lebih. Eh! Korang kenal ke siapa Pendita Zaaba ni?
**ingat dah. Apam Daun Rambai
Tayangan video dari laptop cara-cara menebar roti canai turut disediakan sebagai rujukan sebelum mula menebar. Emm.. mm.. biaso makan roti canai, biaso tengok orang neba roti canai. Nampak sonang. Ni peluang untuk mencubo, sonang ko susah. Mulo-mulo basuh tangan. Amik tepung yang dah siap diuli. Amik minyak, pek!pek! tokan- tokan tepung tu bagi beliau kombang sket. Peh tu bleh la neba. Yeahh!
Teba jangan tak teba. Task yang menarik pasal kono buek serentak ramai-ramai. Hahaha! Best gak.
Yeah! Tu dia roti canai yang gua teba dan sedia untuk dimasak. Ontah la jang! Seronok, menarik. Yang tak menariknya bila dah jauh meninggalkan pokan Johol baru den soda ado sesuatu yang tak kono dengan jari manis den. Cincin den dah ilang! ARGHHH! Ingat balik, gua tanggalkan cincin maso basuh tangan lopeh neba roti canai tadi. Ya la, tangan habih beminyak. Tanggalkan cincin, lap dengan tisu. Pas tu trus buang tisu yang ada cincin dalamnya. Uuu…uuuu…
Dengan gundah gulana kami truskan perjalanan untuk task seterusnya iaitu melastik! Aktiviti kegemaran semua budak-budak kampung temasuk gua! Semua pernah main lastikkan ( gua maksudkan budak-budak kampung ). Ni masa untuk menguji semula kehebatan melastik untuk mendapatkan sebanyaknya markah.
Scream, aim, FIRE!
Task seterusnya menanti kek Port Dickson iaitu kek
1- Kolam Rabak Bontot. Kolam yang diisi buaya tembaga sebesar peha orang dewasa. Setiap pemain diminta berenang, menyelam atau ikut suka la untuk menyeberangi kolam. Kalo tak nak Rabak Bontot, berenang la selaju yang boleh. Baru extreme!
2-
3- Laluan Patah Rusuk. Pemain akan masuk dalam tempayan besar dan akan diletakkan disatu lorong laluan. Beberapa ekor badak Afrika akan disergah melalui lorong itu dan akan menanduk tempayan dan akan melambungkan pemain yang tesengeh kat dalammya. Baru extreme!
4- Saja Cari Pasal. Buat la apapun perbuatan provokasi yang membuatkan pemain ditampar oleh bapak beruang! Ouch! Baru extreme.
5- Gusti King Kong. Pemain akan begusti dengan silverback gorila jantan yang sakit gigi. Rasai hikmat Tumbukan Peretak Rangka silverback! Ni baru extreme.
6- Lubuk Rangka. Beribu ikan Pirana dari Sungai Amazon akan mengigit sampai ke tulang peserta yang tehegeh-hegeh menyeberangi Lubuk Rangka. Baru extreme!
7- Hilang Mata. Perang lastik antara peserta. Batu kena mata, pop! Hilang mata tiada ganti! Ni baru
8- Kau Tak Akan Aku Lepaskan! Pemain diminta mencuri makanan anjing Pit Bull jantan yang dah seminggu tak makan. Bersedialah untuk digigit. Extreme?
9- Patah Pinggang. Pemain dicabar memancing dan menaikkan bapak pari sungai selebar
10- Banyak lagi…
Ni bukan extreme. Ni nak membunuh namanya! Bukankah kebanyakan sukan/aktiviti extreme sangat bahaya dan mendatangkan maut. Nak komplin apa, nikan
Ni la akibatnya kalo perkataan extreme digunakan ikut suka. Semua jadi extreme la kononnya. Takat main go-kart dan paintball dah kita extreme. Kalo sukan go-kart, namakan saja Go-Kart. Kalo Paintball, namakan saja Paint Ball Zone. Satu pertanyaan, kenapa lepas main go-kart dan buka helmet kebanyakan orang akan tesengeh-sengeh?
Habih bawak go-kart yang extreme sangat la kononnya, trus ke Muzium Tentera kat Lukut, Port Dickson. Yang ni baru extreme. Askar, ada tembak-tembak! KILLKILLKILL! DIEDIEDIEE! HEH! Kali pertama masuk ke Muzium Tentera kerana soalan dalam TM Amazing Race yang memaksa kitorang datang ke sini. Kalo tak, tak tau bila la boleh sampai ke sini. Ikutkan masa yang diberi, team kitorang dah over deathline dah. ARGHHH! Ni semua pasal lama sangat nunggu giliran nak main go-kart tadi.
Monumen yang mencatatkan nama-nama askar Melayu Di Raja yang telah terkorban dalam usaha mempertahankan negara. Banyaknya nama, tak sempat nak baca semua. Kalo korang datang mandi laut atau bekelah kat Port Dickson, singgah la melawat ke Muzium Tentera. Banyak maklumat pasal sejarah askar/tentera negara kita kat sini. Kena la ambik tau pasal sejarah negara sket. Tak
Satu soalan - Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu atau singkatannya MPAJA juga dikenali sebagai…. Siapa tau?
Tujuan terakhir kitorang untuk task terakhir ialah kat Avallion Cove Resort. Serahkan semua borang jawapan temasuk kiub yang diberi untuk diselesaikan. Kiub diberi pada semua kumpulan untuk diselesaikan sepanjang perjalanan. Ini aktiviti dalam kenderaan temasuk puzzle Cord Breaking yang perlu diselesaikan. Puzzle kitorang dapat selesaikan tapi gagal membentuk kiub. Lemah minda tul team gua temasuk gua! ARGHHHH! Ingatkan dah abih dah, tu yang belagak amik gambo. Yeahhhh, TAMAT!
Rupanya tak abih lagi.
Semua peserta sedang besungguh mengorek pasir untuk mencari kongkong emas. Mana emas ni? Mana emas ni? Den dah ponek dah ni oii! Nampak sonang yo task ni, tapi ponek nak mampuih. Kono beralih korek sano, beralih korek sini. Aduuu…la!
Setelah peluh menitik dan ponek mengorek sano sini. Akhirnya Bella menjerit, “Yeahooo! Ambo buleh emes weh!” Yeahoo! Seronok punya pasal, tak ingat nak amik gambo jongkong emas tu. Selesai tugasan mencari emas, trus belari ke tempat penamat sebenar. Aduu.. la. Ponek eh kono belari la plak! Semua peserta diraikan kat pentas yang disediakan untuk penyerahan medal.
Kali pertama menyertai Amazing Race dan kami berjaya melaluinya. I’M SURVIVOR! YEAHHHHH!
Malam tu semua peserta diraikan dalam majlis makan malam dan penyampaian hadiah Survivors Night. Keputusan gua dah bagi tau awal-awal tadi. Jangan buek-buek tak tau plak! Tema Survivors Night ni adalah Pirates Of Carribean. Mana yang sempat shooping beli costume lanun atau siap bawak tu bleh la begaya jadi lanun! Gua hanya pakai topi koboi jer. Begambo dengan Pengarah Tourism Negeri Sembilan yang jadi Ketua Lanun malam ni. Hebat sungguh costume lanun beliau!
*LANUN adalah penyangak laut yang zalim, kejam, hilang akal dan ditakuti. Tapi sekarang fesyen lanun dah jadi fesyen dan tema yang diminati dalam sesuatu sambutan. Kenapa ya? Kenapa watak/fesyen penyangak ni boleh diterima, disenangi dan orang begitu bersungguh dalam membuat persiapan untuk meraikannya? Apa kita dah tak boleh membezakan mana yang baik dan buruk. Alaa… apa salahnya. Bukannya nak jadi lanun. Saja suka-suka. Takkan tak boleh? Kita menafi dan melupakan kejahatan lanun yang merompak, menyamun, membunuh, merogol, hanya kerana ingin berseronok!
Cantik dan moden sungguh reka bentuk dan hiasan perabut dalam bilik kat Avallion ni. Lain dari rumah tumpangan yang pernah gua tiduri. Tapi gua tak bekenan dengan kedudukan lifnya. Mengelirukan! Tempat yang cantik.
Silo la ke Port Dickson kalo nak bekelah dan mandi laut. HEH!
APO NAK DIKATO
blues gang
Poie pokan naik basikal
Tongah hari, tongah paneh
Kalau buleh nak jadi cikgu skolah
Kek Kolo Pilah
Sawah lebar kobau banyak
Air pigi sojuk sekali
Sunyi sopi tak ado oghang
Kalo boleh nak bising-bising
Macam pokan Tampin
Tanak nasi bogheh kampung
Masak lomak cili api
Mesin padi tak do laie
Gamai oghang dah kojo kilang
Kek pokan Seromban
Batu ompek Toluk Komang
Tompek oghang mandi mando
Hari minggu ponoh sosak
Air laut betambah masin
Kek pokan Pok Deksen
*lagu pelancongan tak rasmi negori semilan. heh!
5 comments:
terus bergema lagu dari kumpulan Survivor - Eye of a Tiger hehehehe
portdy
yeah! tu lagu wajib dalam event cam ni. rasa kuat cam rimau!
hehe..cadangan lu permainan extreme tu mmg tepat la brader.. bak kata morbid angel - extreme game for extreme people heheh
matakucing
kreator plak kata
EXTREME AGGRESSIONS!
Extreme aggressions
Seeing you suffer bring pleasure to me
Extreme aggressions
My aggressions became to extreme to be
Kept under control
Kipidap blogging dlm loghat nogori! Unik n rare!
(hilang identiti rockers buat seketika hehehe)
Post a Comment