Monday, August 16, 2010

AMAZING RACE

TM AMAZING RACE NS 2010

BAHAGIAN PERTAMA DARI DUA BAHAGIAN

07 RAMADHAN 1431H - 17 OGOS 2010


Kali pertama gua mendapat jemputan join Amazing Race yang hebat sangat gua dengar selama ni. Peluang baik untuk merasainya. Cakap banyak tak guna, gua terus dedahkan keputusannya sebagai spoiler! Tak payah sembunyi-sembunyi atau diakhir kalam baru nak dedahkan keputusan. HEH! Team gua dapat nombor lima belas. Yeah! Lima belas dari 28 kumpulan. Tak termasuk dalam 10 kumpulan terbaik yang dapat hadiah! Pergi jahanam dengan hadiah! Yang paling penting adalah pengalaman! TM Amazing Race 2010 Negeri Sembilan yang gua sertai telah berlangsung dari 25 hingga 27 Jun 2010 yang lalu. Ayuh! BROMMM! BROMMMM!


Sebenarnya jemputan adalah untuk team majalah LIBUR. Tapi diorang tak dapat pergi lalu bagi pada team majalah G3 sebagai wakil media. Yeahh! Tampa banyak soal dan songeh, peluang terus kitorang amik dan pergi memenuhi jemputan pada 25 Jun 2010 hingga 27 Jun 2010 yang lalu. tak sangko den dapek masuk Amazing Race kek negori den. Sesi Taklimat Pertandingan telah diadakan pada 25 Jun kek Royale Bintang Hotel Seremban. Memang patut datang ke sesi taklimat ni. Kalo tak , mampuih tak faham soalan dan melilau cari jawapan. Ngori gak bilo nengok soalan dan cabaran eh! Cam ni ghupo eh soalan dalam Amazing Race tahap propesional! Mampuih! Tapi, ahhh! Nak takot apo? Belasahhh!


Lopeh taklimat yang mengerikan, setiap kumpulan mendapat goodies berisi t-shirt, badana dan contoh soalan untuk diselesaikan. Ngeee! Ngeee! Setiap kumpulan terdiri dari empat orang dalam satu kenderaan. Tu lelaki macho yang tegap belah kiri tu ialah Pengarah Tourism Negeri Sembilan, Encik Hishamuddin bersama pengarah Telekom Malaysia Negeri Sembilan yang menyampaikan goodies pada semua perserta. Memang dah lamo den nak jumpo dengan Pengarah Tourism Negeri Semilan ni. Hari ni jumpo gak kito yo.


Malam tu kitorang tido kek Glory Beach Resort. Port Dickson. Best eh dapek tengok laut Selat Melaka. Orang seni la kononnya. Tersasa seninya bila tengok laut. Oh ombak, oh pantai, oh bayu, oh angin…. Seni sangat la konon eh! Blah la! Pagi 26 Jun, lopeh subuh kitorang trus ke Seromban balik. Acara pelepasan Amazing Race belangsung kek restoran A&W. Semua perserta bersarapan, bekumpul dan mendengar taklimat terakhir kek sini. “ Ingat, ini bukan perlumbaan. Pandu dengan cermat dan berhati-hati”, pesan encik polis dan penganjur pada semua peserta. Iyo la! Makanmakanmakannnn!


Bunting TM Amazing Race 2010 Negeri Sembilan- Culture Challenge dengan sorang peserta yang teruja tak ingat nak merasai pengalaman beramazing race!


Ni dia ahli kumpulan den. Dari kanan ialah Bella, Aan Budak Baik dan Ayunie ( penyanyi band Angelika yang diketuai oleh Aan ), tesongeh-songeh gumbira di pagi hari seblum mula beresing. Kito mesti boleh walau tak monang!


MPV NegeriFM - OGROK PIKUK turut datang sebagai sokongan dalam TM Amazing Race kali ketiga diadakan kek negeri Sembilan ni. Pernah dengar OGHOK PIKUK? Tau apo maksud eh? Denpun dah lamo tak donga ayat Oghok Pikuk ni. Harharhar! Oghok Pikuk bermaksud bising ya amat! " Ketua Kampung yang sedang baiekkk punye tido jatuh telentang dari katil lalu koma kerana tekejut dengan bunyi bising dari sekolah rendah sejauh sepuluh batu notika dari rumahnya!" Itu la lebih kurang maksud OGHOK PIKUK.


Bersama orang tak berapa kuat Tourism Negeri Sembilan, saudara Fairul yang turut sama join beramazing.


Sebelum mula, semua kenderaan peserta mesti ditampal dengan sticker penaja. Tempat tido kitorang ditaja oleh Avallion Admiral Cove Resort, Port Dickson, Telekom Malaysia dan Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Den sodang menampal stiker tourism kek pintu kereto syarikat sambil tesongeh-songeh.


Semua sedang sibuk menampal stiker kek kereto memasing.


Lebih kurang pukul 7.50 pagi acara pelepasan TM Amazing Race 2010 dilakukan. Masa pelepasan ni la TULIP diserahkan. Soalan telah diberi masa sesi taklimat ringkas pagi ni. TULIP adalah nama yang diberi pada kertas panduan arah jalan, lampu isyarat, tempat membelok, nama tempat dan jarak antara sesuatu tempat. Sangat penting benda ni kalo tak nak sesat, hilang arah atau hilang akal! BROMM!BROMMM! Task pertama, semua peserta trus menuju ke tempat pertama untuk mencari jawapan. Tengok la tu, hampir semua kuar dari kenderaan memasing melilau cari jawapan. Kitorang tak kuarpun, tengok dari dalam keretapun dah jumpo jawapan eh. Terer la kato an! HEH!.


Masa dalam perjalanan ke tempat mencari jawapan kita dah boleh bebincang dan mencari jawapan seblum sampai ke tempat yang diarahkan. Perancangan dan pembahagian tugas sangat penting. Bella sebagai driver transporter, gua sebagai navigator ( mulo-mulo sekali dah menyesatkan. HEH!! ), Ayu sebagai tukang baca soalan, tukang tengok kamus dan menulis jawapan. Aan tukang sengeh jer. Tak la kelam kabut dan oghok pikuk begaduh dalam kereta. Taklimat yang diberi semalam sangat membantu dalam menyelesaikan masalah. Tapi kitorang konpius dan ilang akal lepas abis task yang pertama . Hilang arah nak ke mano hingga tetinggal dua task dalam perjalanan ke Muzium Adat kek Kuala Kelawang. ARGHHHH! Rugi, tak dapek markah! Kitorang trus ke Muzium Adat untuk task seterusnya iaitu minum jus nenas!


Kitorang diarahkan membuat dua kumpulan. Aan dan Ayu masuk ke Muzium Adat untuk mencari jawapan bekaitan Adat Pepatih. Gua dan Bella kena cari dan beli sebijik buah nenas. Melilau gak kitorang carik kat pekan Kuala Kelawang yang sepelaung jer besarnya. Yang gua jumpa ialah topi koboi. Murah plak tu. Trus beli dan pakai! Jumpa nenas kat pasar setelah betanya kat mana pasar. Beli dan mintak akak tu tolong kupaskan dan bawak semula ke Muzium Adat untuk diblend dan diminum. Ni dia jus noneh yang dah siap sedio untuk diminam hingga habih licin. Dua orang diperlukan untuk mengabih an jus noneh ni. Gua dan Bella kono minam. Aduuu… nampak lazis tapi azab gak nak mengabih an eh. URPPPP! Bau noneh napeh den.


“Muzium Adat merupakan sebuah muzium yang mengkhususkan aspek kehidupan adat masyarakat Malaysia, bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat".

Penubuhan Muzium Adat adalah cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Muzium Adat di Kuala Klawang Jelebu ini terletak kira-kira 30 km dari bandar Seremban.Satu segmen khas tentang Adat Perpatih turut dipaparkan kepada umum disamping artifak-artifak adat yang lain”.

TM Amazing Race 2010 Negeri Sembilan membawa gua ke Muzium Adat buat kali pertama. Sebagai anak jati Negeri Sembilan, gua patut sangat tahu mengenai Adat Pepatih yang disalah anggap oleh ramai mengenai pelaksanaan dan ketidakadilan. Gua bertanggungjawab untuk menjawab dan menerangkan bagaimana sistem Adat Pepatih dijalankan dan keadilannya. Apakan daya, masih banyak yang gua tak tau. Hanya masuk untuk minum jus nenas dan tesengeh-sengeh begambo kat luar tanpa sempat masuk ke dalam muzium. ARGHHHH!

Satu soalan - Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu ….

Dari Muzium Adat kek Kuala Klawang, ikut TULIP kitorang trus masuk ke daerah Jempol untuk ke Home Stay Kampung Lonek. Eh, ni dah dokek bona dengan kampong den ni. Alahaiii… ni kampong kawan den, Bidin K.Y. Sampai kek Lonek dah tongahari. Trus ke task yang telah disediakan. Ado tigo task yang kitorang kono buek. Mulo-mulo kono menari. Yeah! Tu dia. Kono menari Tarian Indang ikut gerakan budak-budak tu. Sian budak-budak tu menari nonstop pasal peserta mula sampai dan menanti giliran.


Lepas menari kena main tolak rim tayar beskal dengan kayu secara bengkang bengkok la plak. Humang hai payah eh! Dulu maso kocik-kocik bondo ni la yang den main. Sonang yo rim beskal tu den tolak. Sekarang ni kan main payah! Sori, tak sompek nak amik gambo tolak rim tayar beskal pasal semua besorak bagi sokongan! Abih tolak rim, kono ngayam ketupek daun kepalo. Du markah untuk satu ketupat yang berjaya dianyam. Dulu nak kato an terer tak la, tapi boleh la ngayam ketupek daun kelapo ni. Tapi hari tu payah nak mampuih! Satupun tak jadi! ARGHHH!


Maso yang ditunggu dah tibo lopeh abih buek ketigo-tigo task. Makannnnnnn time! Lauk yang disediakan tak la gempak mana tapi cukup menyelerakan kitorang yang penat kebulur. Kepayo masak lomak, ayam rendang campur kacang panjang, jelatah, kari daging dan ayam masak merah. Humang haii! Den dapek kepayo dengan ayam rendang dah cukup menyelerakan. Makan beselo kek tongah sawah. Pergh! Memang selero.

Kepayo – buah betik

Beselo – duduk bersila


Tuuu… nampak bangunan tu? Kek situ la kitorang menari, main rim beskal, ngayam ketupek dan makan kepayo masak kuning tadi. Kat situ la acara sambutan dibuat pada tetamu yang datang ke Home Stay Kampung Lonek. Padi tak berapa cantik pasal penyakit dan serangan serangga. Banyak puyu, keli dan haruan dalam lopak air tu.


Tempat ni dinamakan Taman Rekreasi Kampung Lonek. Tempak orang kampung dan budak-budak lepak. Ada kolam ikan air tawar, pokok buah-buahan.Tempat yang cantik kalo padi cantik menghijau. Sila la ke Home Stay Kampung Lonek ( dan Home Stay lain di seluruh Negeri Sembilan ) kalo nak rasa lauk kepayo masal lomak kuning. Tak la best mano masakan ni tapi best la!


Poie mano pulak lopeh ni? Apo task, cabaran, dugaan, halangan yang akan kitorang tempuhi dalam TM Amazing Race Negeri Sembilan 2010 seterusnya?


tamat bahagian pertama dari dua bahagian



16 comments:

eddie dewanaga said...

racing with the devil on a spanish highway....!!!

deaf-angel said...

wah terror team ko eh, tak yah keluar keta dah tahu jawapan haha..

mula2 tadi aku tengok, aku ingat amazing race bulan pose ni hehe

berteromber said...

kepayo?...lama tak dengar...org kampung gua dulu pun panggil buah betik kepaya...lu N9 jadi o...kira sama la tu...haha..

gayour said...

eddie dewanaga
nama je race tapi bawak kereta tehegeh2!

deaf_angel
kalo dah jumpa jawapan dari dalam kereta tak perlu kuar utk amik jawapan. tips utk lu kalo join race atau treasure hunter. heh!

berteromber
sebenarnya orang N9 cakap omputeh. kepayo tu dlm loghat negori dari bahasa ingelis 'papaya'. haha!

matakucing said...

heh..amazing sungguh abg gayour leh anyam ketupat..salam ramadhan

gayour said...

matakucing
amazing apa, satu ketupatpun tak jadi!arghhh!

Anonymous said...

weyh..blog ko x best ar..
mcm batu!!!x syok lngsung...
hak3..gurau ja..jgn mara..
hohohoho..

Q said...

la....tughun nogoghi semilan x bagitau...oghok pikuk lak tu...

gayour said...

anonymous
tq sudi singgah ke blog tahap batu ni. heh!

Q
den tak ingat langsung. lupo. ilang ingatan! tapi kalo bagi taupun kau bukan buleh datang. baik tak payah bagi tau. heh!

Q said...

hahahhahahha.... mati akaa den...tapi oghok pikuk program tahunan grand tu...

SUXX said...

Jumpa blog brader Gayour.hahakak.

Rindu Amar tibe2.haha

Anonymous said...

abang Gayour..saya nak sangat beli jilid bersama selamanya vol 1 & 2..tp puas cari kat kedai..x jumpa..cmne ek..abg gayour ad stok lebih x..sy nk beli..email saya..bawgates@gmail.com..beli online pun ok

gayour said...

Q
mati aka tak apo, jangan mati tanpa iman.

suxx
terima kasih kerana pernah meminati 'bersama selamanya dan amar'.

anonymous
koleksi bersama selamanya vol 1 dan 2 memang tak ada lagi dijual. ia menjadi sejarah. gua hanya ada untuk simpanan peribadi.

sad but true

babazahra' said...

hebat lu pernah masuk muzium adat tu, gua lalu lalang 400 darab 18 kali pun belum pernah nompuh. kono tiket ko nak masuk?

guabawang said...

ntah la atuk ni..lantak la nak lomba gookart ke nak merempit ke ikut rasa best atuk la.

gayour said...

babazahra
ekau memang cam tu. kalo bondo ado dopan mato memang tak heran! buek tak tau yooo...! masuk free untuk semua rakyat jelobu dan BolehLand

guabawang
ontah la pakcik. dah tuo2 baru meraso bawak gokat. tak best langsung! tak payah la pakcik ngabih an duit nak bawak gokat. eksiden nanti menyusahkan orang yo!