Wednesday, August 10, 2011

SUKAN KAMPUNG CSI PART 2


SUKAN KAMPUNG CSI
BAHAGIAN KEDUA DARI EMPAT BAHAGIAN
11 RAMADAN 1432 H – 11 OGOS 2011

Dalam bahagian kedua, bermula la acara tempur tegar dalam SUKAN KAMPUNG . ayuh, mari saksikan!

Selesai saja acara perasmian, bermula la secara rasmi SUKAN KAMPUNG CSI 2011. Acara dimulakan dengan raptai perarakan dari semua rumah sukan. Semua boleh buat bising, menjerit, buat kecoh, huru hara atau apa saja gimik masa perarakan. Semua tu ada markah terkumpul untuk setiap rumah yang bermula dari pendaftaran. Buat la apapun yang membuatkan hakim/AJK tesengeh. RED AURA sebagai rumah sukan pertama dalam acara raptai. RED AURA! RED AURA! RED AURA PASTI MENANG!

Diikuti oleh Rumah Biru yang diketuai oleh Tok Ngulu Kampung CSI, encik Izhar.

Rumah Ungu yang tak seragam dan huru hara. Lantak korang la!

Rumah Oren plak bising jer dengan tiupan.

Rumah Pink memang tak senonoh, masa raptaipun asyik nak posing jer ! Nyampah!

Rumah Black Pirates dengan aksi lanunnya yang tak la ganas mana.

Cekodok Pisang rumah Kuning. Setakat buat sign devil horn tu tak la ganas mana oii!

HULK SMASH! Rumah Hijau tak nak mengalah. Kecoh je lebih!

Dua orang makcik membawa bunga mangar tu adalah AJK SUKAN KAMPUNG yang jadi pemandu dalam raptai. Nak buat kecoh, nak bising, nak jerit tak jadi hal masa raptai asalkan ikut dua orang makcik tu, kalo tak kena potong markah. Kira tegas gak peraturan yang dibuat oleh penganjur. Jadi ikut saja la…

RED AURA berdiri gagah perkasa dan sedia untuk memulakan tempur tegar dalam SUKAN KAMPUNG. Misai tumbuh tiba-tiba. Lebat plak tu sampai masuk mulut!


Selesai saja acara raptai dan semua telah sedia di tempat/station masing-masing, tiba plak acara seterusnya iaitu persembahan HAKKA oleh setiap rumah sukan. RED AURA telah membuat persediaan latihan hakka seminggu yang lalu. Pada mulanya hakka tidak disyaratkan oleh penganjur, tapi RED AURA telah bersedia kerana ia adalah markah bonus yang ingin kami kumpul sebagai gimik dalam pembukan. Sehari sebelum SUKAN KAMPUNG, baru penganjur bagi tahu pasal persembahan hakka oleh setiap rumah sukan. Habih ngelupur! Tapi RED AURA tetap cool…heh!. Tak ingat rumah mana mula hakka dulu. Tengok je la hakka dari rumah Biru yang tak best mana! Buuuu….

RED AURA sebagai rumah kedua membuat persembahan hakka. Yeah! Kami memang dah bersedia dan memang nak tunjuk pada semua kehebatan hakka kami. Ada dua persembahan hakka yang kami sediakan untuk menakutkan musuh. HEH! Persembahan pertama adalah dikir barat. “Oi! Korang tak tau hakka ke?”, perli musuh-musuh yang tengok kitorang duduk bersila. Kami tahu la. Ni sebagai intro sebelum hakka sebenar! Sila tengok dan kagum ya. HEH! Sedia RED AURA! SEDIAAAAAAA!

Penah dengar lagu ‘TUPAI’ oleh Halim Yazid. Lagu dikir yang sangat popular suatu masa dulu kat Kelantan dan peminat dikir seluruh BolehLand. Dikir kami mengambil melodi lagu ‘Tupai’.

Ado sebuah rumah sukey
Memey ganah gilo
RED AURA diberi namo
Mampuih kamu semuo!
Mampuih kamu semuo!
Mampuih kamo semuo!
BANG! BANG! TRUT! TRUTT! KEDEBOMM!

Dikir provokasi yang membuatkan musuh tertekan, lemah, nanges, nakot dan mengeletar kepala lutut! Harfraginhar!

Ni dia hakka sebenar kami. Nak tengok hakka kan? Dikir tadi tu hanya helah untuk mengelirukan musuh. Ingat RED AURA lemah, tak faham dan tak tau apa hakka tu! Sedia RED AURA! Mari kita tunjukkan hakka kita yang membuatkan musuh kencing dalam kain! Harhar! Pasang kuda-kuda! Tangan disilang seperti Ultraman nak fire raksaksa buruk Gorgon.

HIAH! HIAH! HIAH!
RED AURA! RED AURA! RED AURA!
RED AURA PASTI MENANG!
Gitu gak hakka dari rumah Hijau. Uikz seksinye, terselak kain nampak peha!

Nampak ganas dengan parut sana sini tapi bila buat hakka, habih hancus ke laut lepas! Memang diorang ni main belasah ikut suka buat hakka.

Ni lagi satu, rumah Oren dengan hakkanya yang ntah apa-apa. Ada ke pada penutup hakka diorang kata “ Makan budak! Makan budak!” sambil buat tangan tenganga seperti mulut buaya. Aduu laa… Hancus!

Tak tau mana diorang jumpa buluh ni, tapi ia adalah sebahagian dari persembahan hakka hancus ke laut rumah Kuning yang meniru hakka dari pasukan ragbi All Black. Nak hebat konon, boleh blah!



Setelah selasai persembahan hakka dari RED AURA, persembahan hakka dari rumah lain sangat la membosankan seperti rumah Merah Jambu ni. Korang tengok la, hakka apa cam ni!

Tak tau la apa nak jadi dengan hakka rumah Ungu ni. Korang tengok la sendiri. Satu digoyang pinggulnya ke kiri, satu pinggulnya ke kanan. Waduh! Hakka apa-apaan ni dong ah! Goyang gerudi dangdut ke hapa!

Selesai saja semua rumah mempersembahkan hakka memasing, tiba la masanya untuk acara pertama SUKAN KAMPUNG setelah sekian lama menanti! Semua dah tak sabar untuk memulakan permainan. Hingga ke saat permainan pertama bermula, kami tak tahu apakah jenis permainan yang telah disediakan oleh penganjur. Semua tertanya-tanya dan hilang akal sesama sendiri mengagak apakah jenis sukan/permainan kampung yang akan kami main. Hebat sungguh penganjur menyimpan rahsia!

Kereta yang kami hias adalah bahan utama yang digunakan dalam acara pertama SUKAN KAMPUNG iaitu acara REMPUH, REBUT, PASANG dan PECUT! Ingatkan kereta tu hanya sebagai hiasan. Rupanya ada kegunaan dalam permainan. Setiap wakil rumah perlu mendapatkan empat buah tayar dan dua nombor pendaftaran untuk dipasang pada kereta dan ZOMMM! Permainan ni dibuat dalam dua bahagian. Dalam bahagian pertama, dimainkan oleh empat rumah sukan iaitu Hijau, Merah Jambu, Oren dan Kuning sedang memecut!

Setiap wakil merebut bahagian kereta iaitu empat tayar dan nombor pendaftaran depan belakang yang sama untuk melengkapkan sebuah kereta. Jangan bagi peluang dan kesian kat musuh. Bunuh! Cekik! Tikam!

Bila dah siap pasang semua, trus bedezup ke garisan penamat!

Empat rumah sukan dengan dua wakil setiap rumah akan berebut, tolak menolak dan bunuh membunuh mendapatkan bahagian-bahagian yang ditetapkan. Giliran rumah Hitam, Biru, Ungu dan RED AURA plak berbunuhan dalam bahagian kedua. BANZAIIIII!

Pastikan semua dapat empat tayar dan nombor pendaftaran yang sama. Tak nak depan lain belakang lain, kena cari sampai dapat. Bila dah dapat, trus lari ke rumah memasing untuk pasang pada kereta.

Bila keempat tayar dan nombor pendaftaran dah dipasang pada kereta ( pegang jer ) , semua ahli setiap rumah mesti berada dalam kereta dan VROMMMM! Pecut ke garisan penamat tanpa belas! Telan asap hitam la lu oii!

RED AURA memecut laju dan garang meninggalkan musuh, rumah Hitam dan Ungu untuk menduduki tempat kedua dalam acara rebut, pasang dan pecut ni! Rumah Biru yang menang tapi malang menimpa RED AURA bila kemenangan kami dibatalkan kerana nombor pendaftaran kat belakang kereta pasang terbalik. ARGHHHHHHHH!

Walau kecewa dalam acara pertama, RED AURA tidak menyerah kalah! Perjuangan mesti diteruskan. Ikuti bahagian ketiga SUKAN KAMPUNG CSI 2011 dan perjuangan setiap rumah dalam setiap permainan yang lebih mencabar dan merbahaya!

Tamat bahagian kedua SUKAN KAMPUNG CSI 2011.

selamat terus mengerjakan ibadah puasa dengan penuh gaya dan gagah berani wahai sahabat semua! Kita baru melepasi fasa RAHMAT pada 10 awal ramadan. Hari ni kita memasuki fasa kedua iaitu fasa PENGAMPUNAN pula. Moga diRAHMATI dan mendapat PENGAMPUNAN dariNya. selamat beramal ibadah.



7 comments:

Dr. Bentara said...

misai tebal tu macam kena je dengan muka. Tak nak buat betul2 ke heheh..

berteromber said...

yearghhh...support gayour yang bermisai...baru la lemmy motorhead...heheh...

gayour said...

dr.ben
gile tebal. masuk idung dan mulut. nak minum susah, nak makan susah!

berteromber
lemmy huh?

Don't sweat it, get it back to you,
Overkill, Overkill

deaf-angel said...

kelakar betul la report ko Gayour.. aku senyum sampai sakit perut.
Best betul foto2 ko tampal.

Hidup Red Aura!

AUR said...

Bro...part lain rumah merah dah ok..tapi part misai...Lemaih nengok!!!..hahaha...

gayour said...

deaf_angel
ada banyak lagi gambo sebenarnya, tapi tak larat nak edit dan tampal.

AUR
misai tebal
ular sawa!

JAIRO said...

selamat puasa bro..... tu misai ke lipan???