LIFE FIGURE DRAWING
22 SYAABAN 1433H - 12 JULAI 2012
Berberapa bulan yang telah berlalu seperti angin yang berhembus, gua dapat jemputan untuk join dalam program LIFE FIGURE DRAWING bersama pelukis figure hebat tanahair iaitu saudara Amron Omar. “ WHOA! Peluang baik ni ”! Ujar gua pada diri sendiri. Buat pertama kalinya gua menyertai acara melukis cara hidup-hidup dalam program LIFE FIGURE DRAWING bersama AMRON OMAR sempena pameran solo beliau yang bertajuk PERTARUNGAN kat Balai Seni Visual Negara. Betul tak tipu. Ini pengalaman pertama gua setelah lebih 25 tahun lukis kartun. Satu pengalaman hebat. Selalu dengar orang bercerita dan tengok ( seperti Mr.Bean dalam “ Back To School “ yang tepaksa lukis figure model bogel tu… ) pasal life figure drawing. Tapi yang ni tak ada model bogel ya. Memang nak rasa dan cuba lukis model kat depan. Akhirnya ada jemputan, gua terus menyertai acara ni.
|
Poster program LIFE FIGURE DRAWING bersama AMRON OMAR dan pelukis-pelukis tersohor tahanair. | |
|
Gua memang tak pernah belajar melukis tubuh manusia secara formal. Ada guru yang mengajar. Semuanya gua buat, cari dan belajar sendiri dari buku yang gua beli sejak puluhan tahun yang lalu. Kalo dulu permohonan gua nak belajar kat ITM dalam kursus Art & Design diterima, gua pasti dah belajar benda ni. Tapi tak apa la, gua belajar sendiri. Belajar dan belatih dengan bersungguh. Kali ni gua merasai pengalaman dan angan-angan menjadi kenyataan akhirnya. Alhamdulillah. Gua sampai awal dan sedia dengan easel, kertas dan oil pastel. Ready to rumble and fragin rock n roll! |
|
Ia satu pengalaman yang menakotkan. Betul, tak tipu! Macam-macam yang mengerikan dalam kepala hotak bejambul gua. ARGHHHH! Boleh ke gua buat. Senang ke susah. Macam mana kalo tak jadi? ARGHHHHH! |
|
Belum mula lagi ia dah menakotkan. Tengok cara melukis menggunakan easelpun dah merisaukan gua, pasal sebelum ni memang gua tak pernah melukis menggunakan easel! Mau tak nakot! Pas tu kena guna pastel plak nak lukis. ARGHHHH! Lagi sekali, gua memang tak biasa dengan pastel. Aduuu… Mula lukis agak lewat pasal ramai star datang lambat! Displin teruk diorang ni. Artis sangat la kononnya! Tengok la lakaran model menggunakan pastel yang gua buat. Tak payah la kata, “WHOA, cun la bro!“. Jangan jadi munafik. Huh, kasarnya. Jangan hipokrit. Aha… ok sket bunyinya. Benda belum siap lagi tak payah la ngade- ngade kat cantik! Karut! |
|
Acara Life Figure Drawing ni diadakan secara terbuka di kawasan pentas utama kat Balai Seni Galeri Negara. Pelawat yang datang nak tengok pameran pada hari tu boleh tengok sekali macama mana pelukis melukis cara live. Semua rasa seni sangat la kononnya. HEH! Sebahagian dari pelukis pro dan amatur ( cam gua ) yang datang melukis dalam acara ni. Aha! Kenal tak pelukis hebat berbaju hitam yang melukis dengan tangan kiri tu. Cuba sobat yang bijak mengalahkan sang kancil teka siapakah beliau? |
|
Gua melukis berhampiran beliau dan terasa tak terer dan amaturnya gua bila banding dengan pelukis hebat ni. Gua banyak tengok beliau melukis dari gua yang melukis. HEH! Selama ni hanya tengok karya beliau yang dicetak. Kali ni peluang tengok live depan mata. Tak nak lepas peluang. Peserta dan pelukis dibahagikan pada tiga bahagian. Boleh join mana-mana ikut suka. Bahagian ni kebanyakan orang awam, pelajar, pensyarah temasuk pelukis pro yang mengambil bahagian melukis tiga orang model. Ikut suka la nak warna atau hanya lakar hitam putih. |
|
Ni bahagian yang ketiga. Lebih menarik kerana pihak balai menjemput pesilat yang membuat aksi, gerakan dan sebagai model untuk dilukis. Life Figure Drawing la katakan. Pelukis boleh melukis dari bebagai sudut yang disukai. Nak duduk, mencangkung, guna easel, nak menyiarap… ikut suka la. Orang seni la katakan! Setiap model perlu bertahan keras selama hampir 15 minit. Berhenti rehat dalam lima minit dan sambung keras semula berulang-ulang sampai habis acara. |
|
Gua belum dedahkan lagi siapakah pelukis hebat tadi tu datang plak sorang lagi pelukis hebat BolehLand. Beliau melukis betul-betul kat depan gua. ARGHHHHH! Tak sangka betul dapat tengok sorang lagi pelukis hebat melukis secara live! Beliau boleh melukis sambil berdiri dan rilek saja. Lakar lebih kurang dan terus warna dengan arkilik. Penggunaan media warna adalah mengikut keselesaan pelukis yang dibawa sendiri. Pihak balai hanya menyediakan oil pastel. Ada yang guna warna air, pastel, warna pensil, arkilik dan warna minyak. pelukis hebat ni menggunakan arkilik. Macam mana, dah kenal pelukis ni. Rasa macam kenal. |
|
Macam mana dengan pelukis hebat yang ni plak. Dah boleh cam siapakah beliau? Nampak hasil karya beliau yang menggunakan warna minyak tu. Beberapa tips beliau kongsi dengan beberapa orang pelukis amatur menggunakan warna minyak. Hebat! Mengkagumkan sekali melihat kedua pelukis hebat ni melakar dan mewarna dengan media masing-masing. Rasa macam kenal. Tapi ARGHHHH! Siapa ya? |
|
Pakcik Aris Aziz yang terkenal dengan kemahiran melukis potret dengan pastel turut hadir melukis dalam acara Life Figure Drawing. Sorang lagi oldskool yang berkongsi beberapa tips dengan gua. “ Saya memang tak mahir menggunakan pastel ni. Ia membuatkan saya jadi marah, hilang kawalan, tertekan, bosan dan benci!” Itu yang gua kata pada pak Aris pasal pastel yang tak bersalah apa-apa. Ia memerlukan latihan, kesabaran dan masa untuk kenal, suka dan menguasainya. Apa bendapun macam tu. Tak boleh dapat mudah dalam sehari dua. Yes master... |
|
Encik pelukis ni menggunakan media warna air. Tak perlu risau apapun media yang kita gunakan asalkan kita tahu menggunakan dan paling penting kita seronok! |
|
Inilah The Main Man dalam acara ni iaitu saudara Amron Omar. Sangat mahir menggunakan pastel dengan stroke tersendiri. Pada peminat dan kolekter tegar beliau, sekali tengok dah tau itu karya Amron Omar walau tanpa tandatangan pada karya. Beliau memilih model lelaki sebagai objek seninya. Ada dua model kat bahagian yang gua join ni, sorang awek dan sorang lelaki. Pilih la nak lukis manapun. |
|
Pelukis hebat makin hampir menyiapkan model yang dilukis. Masih hilang akal siapakah pelukis? Harhar! |
|
Tak tau apa yang diconteng oleh encik Jaafar Taib kat depan gua ni. Nampak cam main belasah je beliau mewarna. Kenalkan, inilah kartunis, penulis, penerbit dan pelukis hebat tanahair yang sangat terkenal dengan siri burungnya iaitu encik Jaafar Taib dari pandangan belakang. Beliau melukis kat depan gua dan gua tengok beliau melukis! |
|
Tak tau apa yang gua buat dan lukis. Gua lukis saja ikut rasa dan keselesaan. Belah pagi tadi gua lukis model dalam hitam putih. Buruk! Gua rasa ia karya yang jelas menunjukkan kelemahan gua melukis menggunakan pastel dan melukis secara live dengan model di hadapan. Gua tak tampal kat sini pasal ia megaibkan! Gua memang tak mahir, pandai, terer atau tahu melukis menggunakan pastel. Itu kelemahan gua. Pada sesi petang, gua belasah lukis satu lagi. Model yang sama tapi gua buat ikut suka, keselesaan dan keseronokan gua iaitu karikatur! Ok, yang ni boleh kata, “ WHOA, cantiknya! “ HEH! |
|
Genre dan stroke yang berbeza antara gua dengan encik Jaafar Taib. Walau bebeza, kelebihan adalah pada encik Jaafar Taib. Beliau sangat mahir melukis kartun dan karikatur termasuk potret. Gua hanya mahir melukis kartun dan masih belajar melukis karikatur. Lukis potret memang gua tak mahir. Itu kelebihan encik Jaafar Taib yang gua tak boleh lawan. |
|
Hasil karya pelukis hebat. Walau tak habis siap tapi tetap hebat dan mempersonakan ramai pelukis dan pengunjung melihatnya. Ok la… encik-encik, tuan-tuan, puan-puan dan cik adik manis semua, inilah hasil karya Pelukis Di Raja Selangor iaitu saudara Azman Yusoff yang membuat ramai bedarah hidung melihat ilustrasi cover dan poster kat majalah Fantasi atau cover novel. Nampak karya hitam putih kat belakang tu? Cam tu la lebih kurang lukisan model secara live yang gua lukis. Yang tu kira cantik gak, gua punya memalukan! |
|
Ni plak hasil kerja saudara Amron dengan pastelnya. Gua singgah tengok beliau lukis dan sempat sembang-sembang sikit. “ Jelas perubahan yang ketara pada gaya lukisan tuan dari tahun 80, 90 hingga sekarang. Yang terbaru ni nampak jelas pergerakan atau aksi pesilat yang tuan tulis. Ia seperti benar-benar bergerak atas kanvas ”, ujar gua pada beliau. “ Saya mencari apa kekurangan pada lukisan saya dan akhirnya saya menemui kesempurnaan yang saya cari iaitu melalui urat-urat saraf pada tubuh kita. Bila saya melukis dan memasukkan garisan-garisan urat pada watak pesilat, nah! pesilat atas kanvas itu seperti hidup!” Hebat! |
|
Program Life Figure Drawing ni adalah sempena dengan pameran solo pertama saudara Amron yang bertajuk PERTARUNGAN yang berlangsung dari 15 Feb 2012 hingga 27 Ogos 2012. Ada masa lagi kalo nak pegi tengok kat Balai Seni Visual Negara di Galeri 3A dan 3B. Lebih 150 buah karya terpilih dari siri PERTARUNGAN terdapat dalam pameran ni yang diatur mengikut kronologi masa. Kalo nak tengok karya awal Amron yang burukpun boleh . HEH! Betul, buruk. Jangan anggap semua bermula dengan cantik, hebat dan terus terer. Semua lukis buruk pada awal-awal dulu sebelum menjadi hebat. Banyak dugaan, cabaran, halangan yang perlu ditempuh. Bersama One of The Great Yoda Master, saudara Amron Omar. |
|
Karya-karya saudara Amron yang dipamerkan adalah dipinjam dari pemilik persendirian kebanyakannya. Karya beliau habis dibeli peminat tegar dan pengumpul bahan seni lukis. Beliau tak dapat menyimpan walau satu karya sendiri. Habih diborong orang! Hebat! Antara karya yang dipamerkan adalah terdiri dari media cat minyak atas kanvas, atas kertas dan board serta 608 keping karya lakaran atas tisu yang dibeli semuanya oleh Balai Seni Visual Negara. |
|
Hasil kerja saudara Amron yang dipamerkan terbahagi pada dua bahagian iaitu Bahagian Catan ( paintings ) di Galeri 3B dan karya atas kertas ( Works on Paper ) di galeri A. *Ini adalah salah satu hasil karya agung saudara Amron yang dihasilkan pada awal tahun 80an dulu. Stroke yang bersih. |
|
*Satu lagi karya agung beliau. |
|
*Tengok plak perbezaan stroke yang sangat jelas pada karya tahun 2000 ni . Nampak kedua pesilat tu seperti hidup dan sedang begasak! Ini yang gua cerita tadi. Perubahan besar yang hebat pada stroke beliau! |
|
*Nah! Amik kao hasil karya awal saudara Amron yang gua kata buruk tadi. Amacam, burukkan? Gua kata tak percaya. Tengok sendiri. HEH! |
|
*Lakaran atas tisu murah kat gerai makan masa encik Amron lepak minum kopi. Walau atas tisu murah, jangan tak terkezut… pihak balai beli antara Rm500 ke RM1000 sehelai tisu yang dilakar. Kalo dah hebat, lukis atas apapun jadi duit. |
*Photo pada hari perasmian pameran PERTARUNGAN.
Program Life Figure Drawing yang menarik. Pengalaman pertama gua menyertai dan rasa melukis menggunakan model. Seronok gak terutama bila dapat bersama dan tengok Yoda Master melukis. Tak banyak yang gua belajar dari program ni kerana ia bukan kelas mengajar. Semua lukis ikut kemampuan dan kemahiran yang ada. Buat sendiri! Program ni berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 April 2012 yang lalu.
Gua datang pada 29 April. Pada hari pertama program,
ramai pelajar dari kolej dan orang awam yang datang melukis bersama dan
diadakan sesi soal jawap , kritikan dan tips dari encik Amron pada
beberapa karya yang dilukis oleh peserta. Bagus. Tapi sayangnya tiada
sesi kritikan dan tips ini pada hari kedua. Sesi itu yang gua tunggu dan
harapkan untuk bertanya dan mendapat jawapan dan tips. Ia agak
mengecewakan kerana sesi cam tu la yang paling penting kerana ramai yang
datang bukan ahli, mahir atau pakar dalam life drawing. Itu yang
diharapkan peserta pasal pada hari kedua ni ramai pelukis profesional
yang datang. Peluang untuk mendapat sedikit ilmu.
Pada gua, program ni tidak perlu mensyaratkan peserta mesti menyiapkan karya memasing. Buat mana yang boleh tapi yang lebih penting adalah sesi kritikan, panduan dan tips dari pro dalam kemahiran masing-masing. Encik Amron pakar dalam media arkilik dan pastel, beliau patut berkongsi teknik mengenainya kerana ini adalah program bersama beliau. Saudara Jaafar Taib dan Azman Yusoff juga sangat mahir menggunakan cat minyak dan arkilik termasuk warna air. Mereka patut ada slot untuk berkongsi sesuatu dengan peserta seperti gua. Gitu gak dengan pakcik Aris dengan kemahiran media pastelnya. Sayangnya sesi ini tak ada. Semua leka dan syok melukis model masing-masing tanpa ada pengisian atau perkongsian ilmu! Harap pihak balai yang menganjurkan program yang jarang-jarang diadakan ni menyusun, mengatur dan memastikan pengisian ilmu seperti itu berlaku!
Apapun akhirnya gua berjaya melukis tubuh badan
manusia secara langsung. Kalo tak tahu asas melukis tubuh badan manusia
memang tak boleh lukis model kat depan.
Terima kasih encik Amron Omar. Terus la bertarung! Terima kasih Balai Seni Visual Negara. Gua terus belajar melukis…
7 comments:
gayour aku paling suka foto yang ada lukisan ko tu ngan lukisan Jaafar Taib.
Dua2 pun cantik pada aku.
deaf-angel
aww! lu ni... buat gua malu je. heh!
Wah,seronoknya sifu..Tapi malangnya kalau saya pi,tak buleh nak melukis..Tak reti lukis secara live...Heheee..
Kawan ada cakap kat cheq,pasal menda ni.diorang kata best..Akhirnya dapat gak tengok live kat blog sifu..Huhuhu
Tunjuk la drawing u yg guna pastel tu..plisss...!-hampala
ki to
seronok kalo memang dah ada asas lukis figure. kalo tak ada, buat sakit hati dan buang masa je!
motor hang tu dah amik ko?
anonymous hampala konon
oh tidak! i tak akan terpengaruh dengan pujuk rayu u! i tak akan dedahkan...
i nak ajak u gi sama dalam program ni dulu, tapi i tau u mesti tak dapat pegi punya. blah la. fed up i!
Moto ambo dah siap proses,cuma blom sampai je lagi..Hehehe...Nanti sampai Sifu leh naik laaa.Hehehe..Eh bukan sifu dah naik ker moto tu cuba-cuba..hehehe
ki to
oh, ya.. gua dah cuba try bawak motor tu. fully auto. siap ada gear reverse lagi tu!
Post a Comment