Sunday, January 20, 2013

BENGKEL KARTUN KAT UTM


BENGKEL LUKIS KARTUN DI UTM SKUDAI
09 RABIULAWAL 1434H – 21 JAN 2013

Ada beberapa kisah pada tahun lepas yang gua nak pos kat sini. Tapi malas punya pasal dan tak ada masa ( sibuk sangat la kononnya! ), tak dapat la tampal.

Gua mengakhiri aktiviti sebagai seorang kartunis pada tahun 2012 dengan memenuhi jemputan dari Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Univeriti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru dengan membuat Bengkel Melukis Kartun pada 28 November 2012 yang lalu seperti angin yang berhembus.



Lama gak tak dapat undangan buat bengkel lukis kartun. Bila pihak penganjur program dari UTM, saudara Mohd. Hizami menghubungi gua, tanya pasal bengkel kartun, gua terus ok saja. Patutnya bengkel ni dibuat lebih awal tapi tepaksa ditunda pada hujung bulan November kerana telah ditentukan olehNya walaupun boleh kata ada sebab itu ini . Tak kisah la. Gua pegi ke UTM ditemani oleh Awi, ilustrator muda. Sampai di sana hujan agak lebat. Dijemput oleh saudara Mohd Hizami dan pengarah program, saudara Mohd Bakheet kami dibawa melawat dewan seminar tempat bengkel kartun dan minum kopi o sambil begosip liar.
   
Malam tu kami makan bersama sambil sambung gossip liar dan acara bengkel esok. Terima kasih. Balik ke rumah tamu. Lama tak layan tv Singapura. Malam ni dapat la layan. Biasa je. Tak la best mana. Seawal pagi gua dan Awi dah sampai ke Bilik Seminar dan dua orang awek dah siap menanti kehadiran peserta bengkel di meja pendaftaran. Suasana pagi di UTM. Tengok pelajar lelaki dan perempuan beduyun-duyun ke kelas memasing. Sibuk tul pagi di semua pusat pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara seperti sibuknya orang pergi kerja. 

              
Setiap peserta akan dapat satu beg goodes yang ada pen, pensil, button badge dan sebuah buku sketch temasuk biodata speaker. Nampaknya pihak penganjur merancang dengan teliti dan bersungguh-sungguh dalam persiapan untuk menjayakan program tahun akhir mereka ni. Syabas!















Assalamualaikum semua. I AM GAYOUR, YOU ARE NOT! HEH! Gua rasa sangat seronok bila berada dalam program bengkel kartun cam ni. Inilah antara keseronokan menjadi seorang kartunis. Dapat bertemu dengan ramai orang dari pelbagai latarbelakang, pendidikan dan sebagainya. Lebih seronok dapat bekongsi pengalaman dengan yang ingin belajar lukis kartun. Terima kasih semua!
Semua nak lukis kartun, bukan nak dengar gua membebel. Ayuh kita lukis kartun! Pertama yang paling penting adalah mencipta karakter kartun sendiri. Tak guna kita ada lengkap semua peralatan melukis tapi tak ada atau punya karakter kartun sendiri untuk dibanggakan. Kita lukis dan cipta watak kartun kita dulu ya. Burukpun tak apa.
Ramai sangka bila menyertai bengkel kartun, mereka dah boleh lukis kartun. Maksud gua mereka dah boleh melukis kisah fantasi, superhero, lawan-lawan, awek pujaan, kisah diri yang cool sangat la kononnya atau kisah cinta tanpa perlu belajar dan faham perkara-perkara asas dan apa yang perlu dilakukan. Kebanyakan rasa tak perlu belajar atau tahu cane nak lukis/cipta karakter sendiri, mimik muka, pergerakan, pesepektif, latarbelakang temasuk idea. Apahal semua tu. Apa  nak belajar-belajar? Lukis saja la ikut kepala lutut! Gua tahu semua benda, gua dah terer!
Kebanyakkan… ya, kebanyakkan befikiran cam tu. Belagak terer lukis kartun bila hanya terer tiru bulat-bulat karakter dari komik, anime Jepun atau dari mana-mana. Kira terer la tu kononnya! Dua orang adik-beradik anak staff pentadbiran UTM yang menyertai bengkel sedang tekial-kial mencipta watak kartun sendiri yang selama ni disangka senang.
Dua orang pelajar dari Falkulti Alam Bina UTM dan peserta bengkel, gumbira dengan lakaran karakter yang dicipta. Buruk! Tapi ia asli ciptaan sendiri. Syabas!
Apakah karakter dan bagaimana nak mencipta karakter kartun sendiri. Apakah itu personaliti dan bagaimana nak berikan personaliti pada karakter. Ini adalah perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang kartunis yang baik dan bermutu. Gua berkongsi dengan semua peserta mengenai karakter dan personaliti. Cuba lukis dan berseronok seperti mamat ni.
Setelah semua selesai mencipta dan menyiapkan karakter memasing berpandukan perkara-perkara yang dibincangkan, masa untuk yang terpilih keluar dan berkongsi dengan semua mengenai karakter yang dicipta. Tak kisah la buruk atau hodoh tak ingat karakter yang dicipta. Yang penting kita kena tahu, faham dan kenal karakter yang dicipta dan boleh menerangkan pada orang ramai mengenainya sebelum menjadi kartunis megastar! Eeee… apa ni? Buruknye!
Adik kecil tak ketinggalan untuk bekongsi kisah pasal karakter yang dicipta.
 Ini adalah watak ciptaan yang dijadikan maskot untuk Skuad Bolasepak Kebangsaan ciptaan sorang peserta. Beliau menjadikan binatang sebagai karakter. “Menantang apa ni?”. Beliau jawap, “harimau”. Bagus. Yang kurang bagus adalah kegagalan beliau memberitahu bahawa itu adalah harimau bukan kucing atau landak. Gua ingat kucing. Kemahiran dalam menggambar sesuatu dengan tepat walau dalam kartun adalah sangat penting agar tidak mengelirukan pembaca dan memberitahu bahawa kita berilmu tahu apa yang dibuat! Bukan main belasah je!
Ini adalah bengkel asas melukis kartun cara tradisional. Ia adalah segala yang bekaitan dengan asas dari mengenal kertas, pen, pensil, brush, mencipta karakter dan mimik muka. Bukan bengkel lagak terer lukis kartun semuka atau komik 24 muka! Semua perkara asas ni perlu diketahui sebelum menjadi terer dan beralih cara digital. Gua berkongsi mengenai lukis kartun cara tradisional. Cara yang masih gua amalkan sekarang. Dua orang peserta terpaksa berusaha keras menyiapkan tugasan melukis/menggambar mimik muka yang diberi. Rasakan!

Masa rehat tapi bukan rehat buat gua kerana memberi penerangan dan bekongsi maklumat mengenai teknik lukisan tradisional pada pelajar/peserta masa menyaksikan pameran kartun tradisional gua di luar bilik seminar.

 Tidak ada cara mudah, cepat atau shortcut untuk jadi mahir, hebat dan terer dalam apa bidangpun temasuk bidang seni lukis. Rajin-rajin buat latihan, mencari rujukan, cuba, tiru ( untuk latihan bukan tiru tapi ngaku itu dia yang cipta/punya! ) dan faham apa yang dibuat.
Sesi belah petang pula adalah untuk melukis ilustrasi. Apa itu ilustrasi dan perbezaannya dengan kartun? Peserta menikmati tayangan slide beberapa ilustrasi kartun dan fine art yang dihasilkan secara digital oleh pakar-pakar ilustrasi dari Department Ilustrasi Kumpulan Media Karangkraf.
 Harap semua dapat gambaran jelas dan faham nengenai ilustrasi dalam majalah, buku atau sokaba. Peserta turut didedahkan dengan segala jenis ilustrasi dan kesesuaian mengikut konsep sesuatu  majalah. Majalah humor macam ni, majalah hiburan cam ni, sokaba cam ni. Bukan main lukis ikut suka. Peserta juga didedahkan macam mana proses sesebuah ilustrasi dihasilkan dan yeahhhh! mari kita sama-sama lukis ilustrasi bepandukan artikel/cerita yang diberi.
Satu lagi yang dikongsi dalam bengkel ni adalah melukis karikatur. Kali pertama gua mengadakan sesi melukis karikatur dalam bengkel kartun. Beberapa karikatur rockstar yang dipamerkan membuatkan peserta memberontak nak belajar sikit cara lukis karikatur. Ok! Ok! Semua boleh lukis karikatur. Begini caranya. Memburuk-burukkan orang adalah perbuatan keji yang dilarang agama tapi melukis karikatur adalah peluang untuk memburuk-burukkan orang tanpa menyakiti hati orang itu. HEH! Sorang peserta tesengeh gumbira dengan karikatur beliau yang dilukis oleh kawan sebelah beliau. Beliau pulak lukis karikatur kawan beliau tu. Enjoy!
 Kat mana-mana kita boleh jumpa pelukis karikatur membuka meja dan melukis karikatur sekarang. Ia tidak lagi suatu yang pelik. Yang pelik dah janggalnya adalah bila seseorang yang entah sapa-sapa dengan berani mendakwa beliau adalah seorang karikaturis. Padahal beliau bukan seorang yang layak digelar karikaturist! Apakah latarbelakang dan pengalaman beliau dalam bidang lukisan. Adakah beliau benar-benar mahir dan tahu melukis figure manusia dengan baik. Adakah beliau layak dan mampu menghasilkan karikatur yang berkualiti? Inilah dilema yang dihadapi karikaturis profesional dengan kehadiran ‘lalat-lalat pengacau’ yang ‘mengganggu’ perniagaan karikaturis sebenar. Mamat ni benar-benar seronok dengan karikatur beliau
Yeah! Gua tau gua tak ada hak nak halang sesiapa nak melukis dan berniaga. Yang gua tak setuju adalah dengan langau-langau amatur yang tak tau apa-apa pasal lukisan dan karikatur tapi memasuki kerjaya/pernigaan ini. Tanpa ilmu, pengalaman dan kelayakan mereka menjadikan kerjaya sebagai seorang karikaturis boleh dibuat oleh sesiapa saja. Ia benar-benar menjengkelkan sekali! Ia mengganggu pasaran dengan harga yang tak menentu dan kualiti karikatur. Gua yang dah lebih 20 tahun melukis nipun masih belajar dan ada masanya rasa segan, malu dan tak yakin nak lukis karikatur cara live kerana bimbang tak dapat memenuhi kehendak pelanggan. Pada yang nak menceburi bidang karikatur, nasihat gua, belajar dan jadilah seorang yang berilmu pasal lukisan dan karikatur. Jadilah seorang yang bertanggungjawap dan boleh mendidik masyarakat melalui karya yang dihasilkan. Selamat belajar.
 Selesai melukis ilustrasi dan karikatur, tiba masa untuk melukis ilustrasi dalam pertandingan menguji keperihatinan peserta. Cerita dari ruangan SMS majalah G3 dijadikan bahan utama peserta untuk menggambar mengikut apa yang telah dikongsi dan difahami. Ayuh! Masa untuk memilih pemenang. Aduuu… apa la yang diorang lukis ni! Gua tensen tapi Awi boleh sengeh-sengeh plak! Lagi la tensen! ARGHHHHHHH!
 Tamat bengkel, semua lukisan gua diangkut ke tingkat bawah untuk pameran. Selain bengkel kartun, aktiviti Pasar Karat turut dijalankan dari pagi sampai petang kat bawah ni. Pasar untuk pelajar menjual segala macam benda – kayu api, kapak, tali, baldi, cerek, selipar, kain ela, bubu buluh, simen, penyodok simen, tiub beskal, baja taik ayam, cengkerik, kuali, akar tongkat Ali, pokok tongkat Ali, teh misai kucing, kacip Fatimah,madu lebah… HEH! Kat sini acara penutup dan penyampaian hadiah akan belangsung.
Assoc Prof. Dr. Mahmud Mohd Jusan, Ketua Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina ( kanan ) menyampaikan hadiah pada pemenang melukis ilustrasi. Ni pemenang kedua. Belah kiri sekali adalah Pengarah Program, saudara Mohd Bakheet tukang pegang dan hulur hadiah.
Prof. Dr. Mahmud rupanya pernah jadi kartunis di awal tahun 80an dulu tapi ‘besara’ awal. Beliau masih mengikuti pekembangan majalah humor tempatan dan rasa sangat seronok bila gua hadiahkan karikatur beliau yang gua lukis. Tak la hebat mana tapi cukup untuk buat prof tesengeh-sengeh! Terima kasih atas jemputan dan layanan baik semua pada kami. Pada semua peserta, rajin-rajinlah praktis untuk mahir dan jadi terer, terima kasih pada pengarah projek, encik Mohd Bakheet, Mohd Hizami dan semua Ajk Program. Selamat belajar dan berjaya!

10 comments:

deaf-angel said...

gayour tv percuma malaysia lagi gerek dari tv per spore.

Anyway, ramai woo orang datang join ko buat bengkel ek.

Adi Herman said...

Bro gayour, meh le dtg ke Sarawak buat bengkel melukis kartun! Plzzzz

gayour said...

deaf-angel
gua ingatkan tv belah sana best,rupanya tak best.
semua peserta yang ramai tu penganjur yang cari dan kumpul.

adi herman
InsyAllah, kalo ada jemputan sampai la gua. last gua sampai sarawak taun bila ya... 2009/2010

Skudal said...

steady bang... ni kalau buat kat sekolah lagi havoc ni

gayour said...

faizal abd fathi
memang havoc tapi budak2 skolah tak boleh duduk lama... diorang cepat bosan dan YAWNNN!

Skudal said...

hehe.. sebab bukan aaron aziz..heheh

Q said...

owh akhirnya update gak! hehehehe
bilo la dapek join bengkel nie...
selalu gi bengkel keto yo..

Mohammad Mubashar said...

Abang Gayour,
Gua nak kontek abang untuk something. Abang bole kasik details tak? Email kat saya pun boleh: support@craftora.com

Nak bincang sesuatu yang bes! :D

Shah

frankrx2 said...

salam bro... Ingat lagi gua tak? (Gua yg upload "Lobo" dulu) =) FrankRX2.... sorry lah lama tak masuk blog bro pasal PC weng, semua link hilang ... =(

Qist said...

Assalamu'alaikum Saudara...

Berminat sangat nak jemput saudara untuk adakan bengkel melukis kat tempat belajar saya..
macam mana nak hubungi dan berbincang lanjut ya... kalau ada kesudian reply... terima kasih..