KEMBARA SENI BALAI SENI VISUAL NEGARA
14 RABIUL AKHIR 1434H – 25 FEB 2013
Masa sekolah rendah dan menengah kat kampung dulu, gua ada ramai kawan-kawan dari felda atau tanah rancangan. Dapat kenal kawan-kawan ni dengan perwatakan agak lasak, kasar dan agresif temasuk trademark mereka, kasut penuh selut tanah merah! Bukan menghina tapi itulah keadaan felda di awal tahun 80an dulu. Jalan masih tanah merah. Gua gak penah rasa jalan kampung tanah merah sebelum ditar. Dari kawan-kawan felda ni la gua dapat rasa makan buah kelapa sawit sira gula yang diorang bawak sebagai bekal makan. Habih kuning mulut dan gigi! HEH!

Petang
ni hari terakhir ado macam-macam acara. Mewarna, sukan rakyat,
masak-masak, buek kek, penyampaian hadiah, pesembahan gendang, silat dan
acara penutup. Habih orang felda datang beduyun-duyun. Hari ni dengan
ketentuanNya, gua betemu semula dengan Saad, sorang sahabat yang sekian
lama terpisah kek Felda Kopih. Beliau bukan orang Felda Kopih, beliau
dari Kampung Temeris, sebelah Felda Kopih. Dulu samo satu sekolah dari
darjah satu sampai darjah 6B kek Sekolah Kebangsaan Jempol. Masuk
sekolah Menengah Datuk Mansor, kami tak samo kelas. Saad masuk aliran
teknik, den plak masuk pertanian.
Saad masih kat Kampung Temeris besama isteri dan anak-anak dari dulu sampai sekarang. “Komik robot ekau dulu ado laie tak?”, Saad tanyo den. “Mano ado laie. Hilang. Tak tau sapo ghembat!”. Saad masih ingat komik robot dan lawan-lawan yang gua buat masa sekolah dulu. Guapun dah ilang ingatan pasal komik tu. Maso tu gua banyak lukis komik dalam buku latihan dan bagi kawan-kawan tengok dan baca - free! Alangkah seronoknya kalo komik-komik tu masih ada. Moga Saad dan keluarga sihat, bahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Gitu gak pada semua sahabat-sahabat sekolah dari felda dulu. Betemu dengan Saad mengingatkan pada kenangan lama walau 30 tahun telah berlalu.

Selain jumpo Saad, gua gak jumpa sorang sahabat bloger, encik Q pegawai dari Agensi Antidadah Kebangsaan Kuala Pilah, Nismilan yang datang sebagai wakil AADK yang nak kawen tak lamo laie. Harharhar!
Terima kasih pada encik Shamsul dan Balai Seni Visual Negara atas jemputan. Gua suka dengan program dekat dan menghampiri rakyat/orang ramai cam ni. Boleh jumpa ramai orang tua dan muda. Petang ni ramai warga emas, peneroka generasi pertama yang membuka, mengusaha dan memajukan tanah rancangan datang. Generasi yang begitu banyak bekorban dan merasa segala pahit, kelat, azab, seksa dan seronoknya menjadi peneroka. Kedut di wajah mereka menceritakan segala kepayahan yang telah dilalui. Tak ketinggalan peminat kartun oldskool yang datang menemui dan begambar kenangan-kenangan dengan gua. Ramai rupanya peminat oldskool kek Kopih ni. Sorang peminat datang dengan emaknya dan menunjukkan sekeping gambar lukisan watak Slash yang beliau lukis dan warna untuk gua tandatangan. "Melukih yo kojo eh dio ni!" Ujar omak beliau. Seronoknya dapat jumpa peminat begini. Moga aktiviti/program anjuran BSVN ni akan terus diperkasakan pengisiannya dan memberi banyak maklumat, kefahaman dan manfaat pada ramai rakyat mengenai seni. Terimo kasih semua.

13 comments:
apo kono eh jang? melukih ajo kojo eh hahaha
adi herman
ontah la jang. poning den dengan kau ni!
wahaha...
ingat x nak ceghito turun kopih ari tu...
tudia..."otai" turun kampung.. budak sekolah sekarang untung dapat jumpa kartunis....
"Blues felda blues...."
gua pun anak felda...heheh..
Q
pasal jumpo ekau kek kopih la den nak ceghito kek sini jang oi!
faizal abd fathi
felda kepis ni dekat dengan kampung gua. boleh balik kampung sekali maso program ni. pasal mudah sangat jumpa kartunis buat budak2 kata,"ado den kisah?"
berteromber
ah, tetiba plak lu ngaku anak felda. apo hal beb? HEH!
aaa... tak kira dari pontian ke, segamat ke, mentakap ke, alor star tak kira asalkan kerja felda sudah la bebbbb!
ramli sarip alive
owh itu isik eh...
hahaha
Waw 30 tahun
Q
jangan tunggu lamo lamo
nanti lamo lamo
beliau diamik orang!
deaf_angel
yeah! 30 tahun telah berlalu...
uhuk! memang x nagguh lamo do
doreh x doreh la..
tapi biarla doreh tu beradap
x do main lunggah do..
hahahaha
bro gayour, nak datang bila merempit ke pantai timur ni haa? aku tengok cam dah berkurangan artis serta kartunis yang datang ke sini. meh lah meh lah meh le hohohohoho
salam en gayour.
en gayour terima tak tempahan untuk lukis karakter / watak?
contoh :
http://www.motivasibelajar.com/cerita/memperkenalkan-maskot-smartstudy.html
karakter / watak ni akan digunakan dalam satu kempen syarikat saya.
kalau terima, saya sungguh-sungguh berminat utk gunakan khidmat en gayour :)
mohon respon ya.
terima kasih!
--shah
mohd isyamuddin
iyo! iyooo! gua memang nak pegi ke pantai timur. lamo tak pegi belah sana. sekiranya ada apa-apa program/bengkel kartun/karikatur, boleh jemput gua.
emel - gayouriot@gmail.com
shah
waalaikumusalam
terima kasih atas pertanyaan. ya, saya sedia untuk menerima tempahan mencipta karakter atau maskot.
harap tuan boleh menghubungi saya melalui emel untuk perbincangan lebih lanjut - gayouriot@gmail.com
Post a Comment