FORUM, UJANG DAN DOODLE
10 JAMADILAKHIR 1436H - 31 MAC 2015
Gua dapat jemputan dalam forum borak-borak anjuran PEKOMIK (Persatuan Penggiat Komik Malaysia) pada 31 Januari 2015 sebagai satu aktiviti dalam Karnival Karangkraf 2015 di Auditorium Sultan Muhammad Kumpulan Media Karangkraf.
Antara ahli panel adalah saudara Ujang, encik Wan Zu dan kanan sekali, emmm... sapa yang nama encik ni. Lupa plak. Lemah minda tul! Ingat nanti gua bagitau nama beliau. Tajuk forumpun gua dah lupa pasal lama sangat program ni belangsung. Tak kisah la tu. Moderator forum adalah Presiden PEKOMIK iaitu saudara Faizal Mukhtar ( sekarang beliau sebagai Timbalan Presiden 1 PEKOMIK setelah tewas dalam pemilihan baru sesi 2015-2016 PEKOMIK selepas berakhirnya forum ) yang kat tengah tu.
|
Tak ada apa yang penting atau hebat sangat yang diforumkan. Hanya perkara biasa dan remeh temeh dalam penerbitan kartun dan komik yang masih diperbahas, dipertikai dan ditanya. Cuma yang agak penting yang diforumkan adalah bekenaan dengan karya tulen dan jati diri kartunis dan pelukis komik Malaysia yang 'hilang' arah tujuan seperti angin yang berhembus sekarang. |
"Aduuu... poning palo den!" tegas Ujang yang menerima jemputan sebagai ahli panel forum pada saat akhir setelah program beliau membawa rombongan budak-budak tadika masuk hutan kat kenyir ditangguhkan.
|
Sengeh-sengeh begambo bersama sebahagian dari ahli PEKOMIK, peminat, penyokong, pengunjung karnival, pelukis pro dan amatur di akhir program. |
|
Selepas berakhirnya forum, makan, minum dan solat, gua lepak sembang-sembang dengan sahabat-sahabat lama yang datang ke karnival dan forum. Masa borak-borak, gua menyatakan hasrat hati gua pada Ubi, Temb? dan Oren, alangkah baiknya kita iaitu kartunis yang ramai di BolehLand mempunyai persatuan kartunis sendiri seperti PEKOMIK atau ANIMAS ( Persatuan Animasi Malaysia ). Itu hasrat hati yang gua luahkan pada sahabat pada petang tu. Sebelum ni ada PERKARTUN iaitu Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan yang tak aktif dan telah hilang bersama angin yang berhembus! Sad but true...
Persatuan Kartunis Malaysia adalah nama yang gua cadangkan untuk semua kartunis Malaysia menyertai. Ia mesti berdaya saing, agresif, membangun dan membuka peluang pada ahli menjadi usahawan yang berjaya. Selain kartunis tua, muda/baru atau amatur sebagai ahli , persatuan kartunis juga adalah untuk pelukis-pelukis karikatur seperti kartunis Padi ( yang begitu rakus dan liar sebagai pelukis karikatur sepenuh masa ) menyertainya. Ia terbuka pada kartunis dan pelukis karikatur. Kita bergabung, bersatu tenaga, ilham, idea dan bersama membangun, mendidik rakyat dan memajukan industri kartun dan karikatur BolehLand. Kita kembalikan karya-karya tulen yang menjadi identiti bangsa dan negara kita! Paling penting, persatuan ini adalah untuk bertemu, bertanya khabare dan silaturahim antara kartunis dan karikaturis tanahair.
Itu impian gua. Ia akan hanya tinggal impian kalau hanya sekadar cakap tanpa bertindak! ARGHHHHHHHH! Walau seketika dapat bertemu dengan saudara Ujang, ia cukup untuk mengingat kembali saat indah kita bersama memulakan majalah UJANG 20 tahun yang lalu bersama saudara Aie dan Nik Wafdi. Kami mencipta fenomena dalam industri majalah kartun/humor negara. AHHH! Layan blues untuk aku hidup dalam blues la plak! |
| | | | | | | | |
|
|
Kali kedua gua dapat tugasan melukis doodle sebagai ilustrasi pada bag cenderahati dalam Karnival Karangkraf 2015. Ini adalah ilustrasi doodle asal dalam hitam putih sebelum buang itu ini dan tambah itu ini. Nampak Ultraman bertmbuk dengan raksaksa Baltan? |
|
Ni plak setelah dibuang itu ini. Gua dapat arahan dan silap dengar - gua warnakan |
|
Sebenarnya nak cam ni bila dicetak atas bag. Dah jadi pink la plak. ARGHHHHHHHHHHHHHH! Setelah melukis dua doodle ( satu kat masjd ), gua masih tak boleh terima yang gua lukis ni adalah doodle. Doodle ke ni? Sampai ke sudah gua tak ingat nama beliau yang jadi panel forum dengan gua tu. Ahh.. lantak la! | |
|
* untuk makluman semua, kartunis Ujang menjadi anak Melayu pertama watak kartun ciptaannya dicetak di atas kepingan emas ( Ujang Gold Bar serise ) yang dikeluarkan oleh syarikat Nubex.my. satu penghormatan dan pencapaian hebat seorang kartunis BolehLand setelah Datuk Lat menjadi kartunis pertama menerima anugerah paling berprestej negara iaitu Merdeka Award pada tahun lepas.
8 comments:
Thank you for putting up this post Gayour.
Its so menaingful for peminat2 majalah2 humour cam aku satu masa dahulu.
Ooo and i am going to save that ramai2 drawing kat harddisk aku. Hahaa
Brader Ujang & Gayour tetap LEGEND...
deaf-angel
hanya kenangan yang tinggal dan hanya itu yang boleh diingat dan dikenang wahai sahabat.
silverian
orang masih ingat dan bertanyakan kartun aku budak minang dan bersama selamanya pada kami. ia mengujakan, tapi gua belum sampai ke tahap legend. brader Ujang dah sampai ke tahap itu.
Assalamualaikum..Bro..Gayour
sya nk beli buku mari melukis kartun cara Gayour..tp dah dh out of stock...mcm mna sya nk dptkn buku tu..
email sya :liexcoolperz@gmail.com
tel : 0134599225 (whatsapp)
Gayour dan Ujang !!!
...Adehh penat gwa baca entri lu yang panjang ni bro...Terasa sangat dah tuannya...
Assalamualaikum Gayour @ Gayourock, sampai skrg gua xleh lupe lu reject karya gua mase lu dkt Batu dulu walaupun kite pernah jumpe mase lu dengan Gelihati...hehehe..no heart feeling bro..stroke gua x kemas sgt.. Ape pong gua mmg sokong kalu lu and da geng nak wat persatuan..gua blh join gak.. ok bro sampai jumpe lg..
Xde plan nk begabung semula ngan brader ujang?
Post a Comment