BENGKEL KARTUN DAN BOOK2U
02 DZULKA'EDAH 1437H - 05 OGOS 2016
BENGKEL ASAS MELUKIS KARTUN SMK ALAM MEGAH 2 - BAHAGIAN 2
Tak cukup sehari, kena buat bengkel selama dua hari kerana ramai murid nak join. Sekali lagi Bengkel Asas Melukis Kartun diadakan pada 20 Julai 2016 di SMK Alam Megah 2 Shah Alam.
Betul, ramai pelajar yang join bengkel lukis kartun ni. Semua suka kartun dan suka lukis kartun. Apa yang gua kongsi bersama pelajar yang sangat agresif, rakus dan semangat tak ingat melukis kartun adalah perkara ASAS pasal kartun.
Semua perkara asas yang sangat penting untuk diketahui, difahami dan dibuat!
Kerana hampir semua kanak-kanak,remaja atau siapa saja yang suka melukis, akan melukis ikut suka tanpa ambik kisah akan pentingnya belajar dan tahu dahulu semua perkara ASAS melukis.
Semua rasa dah hebat, terer, tahu dan pandai melukis apa saja! Inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh 100% pelukis baru. Tak kira lukis kartun, komik, karikatur, ilustrasi, animasi, potret... semua ada peraturan dan displin yang mesti diikut. Paling asas adalah kebolehan untuk melakar. Semua kena boleh melakar. Tak kisah cantik, buruk, kemas atau ke laut! Jangan nak belagak terus melukis atau membuat sebuah komik sendiri kalau melakarpun tak boleh!
Kembali kepada asas melukis. Semua pelajar kena melakar, melukis dan mencipta watak kartun sendiri mengikut panduan yang kongsi dalam bengkel ini. Meniru watak yang dah popular memang mudah dan menjadi kebangaan semua pelukis baru. Kononnya hebat la melukis. Rasa bangga, kembang lobang idung bila boleh menunjuk-nunjuk watak popular yang ditiru/dilukis. Kononnya watak, stroke tu dia la yang cipta. Puihh!
Tak salah meniru watak-watak komik atau kartun yang popular sebagai latihan atau semangat untuk melukis. Tiru la, tekap la sebagai latihan melukis.
Dalam masa yang sama, bersungguh la juga untuk mencipta dan memiliki watak kartun atau komik ciptaan sendiri.
Watak, gaya atau stroke yang ditiru adalah sebagai penyebab, alasan atau semangat untuk melukis dan menjadi hebat seperti mereka dengan watak ciptaan sendiri!
Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti mencipta watak kartun/komik yang beridentitikan Malaysia. Kalau bangsa Melayu, watak yang beridentitikan Melayu.
Tak kisah la watak itu kelihatan buruk tapi yang penting ia adalah watak asli yang kita cipta sendiri. Dari latihan melukis yang berterusan, watak yang buruk, lemah dan tidak menarik itu akan dapat dijadikan cantik, menarik dan komersial.
Kalo semua pelukis muda meniru gaya, stroke, bentuk muka, mata, hidung, rambut, pakaian, bangunan dari negara luar pada watak ciptaan mereka la kononnya, apakah boleh dibanggakan? Cuba bagi tahu dengan bukti, saksi serta hujah... apakah boleh dibanggakan. Ke mana maruah dan jati diri sebagai bangsa Malaysia, Melayu atau bangsa apapun?
Selamat seronok melukis. Lupakan saja kalo rasa tertekan, susah, payah, benci, meluat, marah atau tak minat. Buat la benda lain yang korang suka dan minat. Moga berjaya!
Hari ni cikgu Murni diganti oleh cikgu Ros. Heheee... Terima kasih cikgu Ros dan SMK Alam Megah 2.
1 comment:
cikgu murni memang terbaek la bro.. sama macam che'gu murni dlm cerita nasib labu labi arahan p.ramlee tu.. huhuhuh
btw.. yngwie malmsteen in the house bro gayour (beliau ni kaki solo punya orang).. jom terjah ke blog yusrina sekaram..
Post a Comment