Wednesday, August 10, 2011

SUKAN KAMPUNG CSI PART 2


SUKAN KAMPUNG CSI
BAHAGIAN KEDUA DARI EMPAT BAHAGIAN
11 RAMADAN 1432 H – 11 OGOS 2011

Dalam bahagian kedua, bermula la acara tempur tegar dalam SUKAN KAMPUNG . ayuh, mari saksikan!

Selesai saja acara perasmian, bermula la secara rasmi SUKAN KAMPUNG CSI 2011. Acara dimulakan dengan raptai perarakan dari semua rumah sukan. Semua boleh buat bising, menjerit, buat kecoh, huru hara atau apa saja gimik masa perarakan. Semua tu ada markah terkumpul untuk setiap rumah yang bermula dari pendaftaran. Buat la apapun yang membuatkan hakim/AJK tesengeh. RED AURA sebagai rumah sukan pertama dalam acara raptai. RED AURA! RED AURA! RED AURA PASTI MENANG!

Diikuti oleh Rumah Biru yang diketuai oleh Tok Ngulu Kampung CSI, encik Izhar.

Rumah Ungu yang tak seragam dan huru hara. Lantak korang la!

Rumah Oren plak bising jer dengan tiupan.

Rumah Pink memang tak senonoh, masa raptaipun asyik nak posing jer ! Nyampah!

Rumah Black Pirates dengan aksi lanunnya yang tak la ganas mana.

Cekodok Pisang rumah Kuning. Setakat buat sign devil horn tu tak la ganas mana oii!

HULK SMASH! Rumah Hijau tak nak mengalah. Kecoh je lebih!

Dua orang makcik membawa bunga mangar tu adalah AJK SUKAN KAMPUNG yang jadi pemandu dalam raptai. Nak buat kecoh, nak bising, nak jerit tak jadi hal masa raptai asalkan ikut dua orang makcik tu, kalo tak kena potong markah. Kira tegas gak peraturan yang dibuat oleh penganjur. Jadi ikut saja la…

RED AURA berdiri gagah perkasa dan sedia untuk memulakan tempur tegar dalam SUKAN KAMPUNG. Misai tumbuh tiba-tiba. Lebat plak tu sampai masuk mulut!


Selesai saja acara raptai dan semua telah sedia di tempat/station masing-masing, tiba plak acara seterusnya iaitu persembahan HAKKA oleh setiap rumah sukan. RED AURA telah membuat persediaan latihan hakka seminggu yang lalu. Pada mulanya hakka tidak disyaratkan oleh penganjur, tapi RED AURA telah bersedia kerana ia adalah markah bonus yang ingin kami kumpul sebagai gimik dalam pembukan. Sehari sebelum SUKAN KAMPUNG, baru penganjur bagi tahu pasal persembahan hakka oleh setiap rumah sukan. Habih ngelupur! Tapi RED AURA tetap cool…heh!. Tak ingat rumah mana mula hakka dulu. Tengok je la hakka dari rumah Biru yang tak best mana! Buuuu….

RED AURA sebagai rumah kedua membuat persembahan hakka. Yeah! Kami memang dah bersedia dan memang nak tunjuk pada semua kehebatan hakka kami. Ada dua persembahan hakka yang kami sediakan untuk menakutkan musuh. HEH! Persembahan pertama adalah dikir barat. “Oi! Korang tak tau hakka ke?”, perli musuh-musuh yang tengok kitorang duduk bersila. Kami tahu la. Ni sebagai intro sebelum hakka sebenar! Sila tengok dan kagum ya. HEH! Sedia RED AURA! SEDIAAAAAAA!

Penah dengar lagu ‘TUPAI’ oleh Halim Yazid. Lagu dikir yang sangat popular suatu masa dulu kat Kelantan dan peminat dikir seluruh BolehLand. Dikir kami mengambil melodi lagu ‘Tupai’.

Ado sebuah rumah sukey
Memey ganah gilo
RED AURA diberi namo
Mampuih kamu semuo!
Mampuih kamu semuo!
Mampuih kamo semuo!
BANG! BANG! TRUT! TRUTT! KEDEBOMM!

Dikir provokasi yang membuatkan musuh tertekan, lemah, nanges, nakot dan mengeletar kepala lutut! Harfraginhar!

Ni dia hakka sebenar kami. Nak tengok hakka kan? Dikir tadi tu hanya helah untuk mengelirukan musuh. Ingat RED AURA lemah, tak faham dan tak tau apa hakka tu! Sedia RED AURA! Mari kita tunjukkan hakka kita yang membuatkan musuh kencing dalam kain! Harhar! Pasang kuda-kuda! Tangan disilang seperti Ultraman nak fire raksaksa buruk Gorgon.

HIAH! HIAH! HIAH!
RED AURA! RED AURA! RED AURA!
RED AURA PASTI MENANG!
Gitu gak hakka dari rumah Hijau. Uikz seksinye, terselak kain nampak peha!

Nampak ganas dengan parut sana sini tapi bila buat hakka, habih hancus ke laut lepas! Memang diorang ni main belasah ikut suka buat hakka.

Ni lagi satu, rumah Oren dengan hakkanya yang ntah apa-apa. Ada ke pada penutup hakka diorang kata “ Makan budak! Makan budak!” sambil buat tangan tenganga seperti mulut buaya. Aduu laa… Hancus!

Tak tau mana diorang jumpa buluh ni, tapi ia adalah sebahagian dari persembahan hakka hancus ke laut rumah Kuning yang meniru hakka dari pasukan ragbi All Black. Nak hebat konon, boleh blah!



Setelah selasai persembahan hakka dari RED AURA, persembahan hakka dari rumah lain sangat la membosankan seperti rumah Merah Jambu ni. Korang tengok la, hakka apa cam ni!

Tak tau la apa nak jadi dengan hakka rumah Ungu ni. Korang tengok la sendiri. Satu digoyang pinggulnya ke kiri, satu pinggulnya ke kanan. Waduh! Hakka apa-apaan ni dong ah! Goyang gerudi dangdut ke hapa!

Selesai saja semua rumah mempersembahkan hakka memasing, tiba la masanya untuk acara pertama SUKAN KAMPUNG setelah sekian lama menanti! Semua dah tak sabar untuk memulakan permainan. Hingga ke saat permainan pertama bermula, kami tak tahu apakah jenis permainan yang telah disediakan oleh penganjur. Semua tertanya-tanya dan hilang akal sesama sendiri mengagak apakah jenis sukan/permainan kampung yang akan kami main. Hebat sungguh penganjur menyimpan rahsia!

Kereta yang kami hias adalah bahan utama yang digunakan dalam acara pertama SUKAN KAMPUNG iaitu acara REMPUH, REBUT, PASANG dan PECUT! Ingatkan kereta tu hanya sebagai hiasan. Rupanya ada kegunaan dalam permainan. Setiap wakil rumah perlu mendapatkan empat buah tayar dan dua nombor pendaftaran untuk dipasang pada kereta dan ZOMMM! Permainan ni dibuat dalam dua bahagian. Dalam bahagian pertama, dimainkan oleh empat rumah sukan iaitu Hijau, Merah Jambu, Oren dan Kuning sedang memecut!

Setiap wakil merebut bahagian kereta iaitu empat tayar dan nombor pendaftaran depan belakang yang sama untuk melengkapkan sebuah kereta. Jangan bagi peluang dan kesian kat musuh. Bunuh! Cekik! Tikam!

Bila dah siap pasang semua, trus bedezup ke garisan penamat!

Empat rumah sukan dengan dua wakil setiap rumah akan berebut, tolak menolak dan bunuh membunuh mendapatkan bahagian-bahagian yang ditetapkan. Giliran rumah Hitam, Biru, Ungu dan RED AURA plak berbunuhan dalam bahagian kedua. BANZAIIIII!

Pastikan semua dapat empat tayar dan nombor pendaftaran yang sama. Tak nak depan lain belakang lain, kena cari sampai dapat. Bila dah dapat, trus lari ke rumah memasing untuk pasang pada kereta.

Bila keempat tayar dan nombor pendaftaran dah dipasang pada kereta ( pegang jer ) , semua ahli setiap rumah mesti berada dalam kereta dan VROMMMM! Pecut ke garisan penamat tanpa belas! Telan asap hitam la lu oii!

RED AURA memecut laju dan garang meninggalkan musuh, rumah Hitam dan Ungu untuk menduduki tempat kedua dalam acara rebut, pasang dan pecut ni! Rumah Biru yang menang tapi malang menimpa RED AURA bila kemenangan kami dibatalkan kerana nombor pendaftaran kat belakang kereta pasang terbalik. ARGHHHHHHHH!

Walau kecewa dalam acara pertama, RED AURA tidak menyerah kalah! Perjuangan mesti diteruskan. Ikuti bahagian ketiga SUKAN KAMPUNG CSI 2011 dan perjuangan setiap rumah dalam setiap permainan yang lebih mencabar dan merbahaya!

Tamat bahagian kedua SUKAN KAMPUNG CSI 2011.

selamat terus mengerjakan ibadah puasa dengan penuh gaya dan gagah berani wahai sahabat semua! Kita baru melepasi fasa RAHMAT pada 10 awal ramadan. Hari ni kita memasuki fasa kedua iaitu fasa PENGAMPUNAN pula. Moga diRAHMATI dan mendapat PENGAMPUNAN dariNya. selamat beramal ibadah.



Sunday, July 31, 2011



RAMADAN 1432 HIJRAH
01 RAMADAN 1432H – 01 OGOS 2011

Syukur Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia olehNya dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh berkat dan dinanti-nanti. Moga terus dipanjangkan usia untuk mengerjakan ibadah puasa penuh pada tahun ini.
Moga terus diberi rahmat dan kesihatan yang baik olehNya untuk kita pulun mengerjakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan besarlah harapan
semua ibadah diterimaNya.



Pada semua sahabat dan umat Islam di seluruh dunia, selamat menyambut, merai dan MENGERJAKAN ibadah puasa gua ucapkan. Ya, MENGERJAKAN bukan MENJALANI ibadah puasa seperti yang biasa diucapkan oleh hampir semua orang. Cool la kononnya cakap cam tu! Seperti ibadah solat, kita diperintah bangun dan mendirikan solat. Ia adalah perbuatan. Sama seperti ibadah haji. Ia adalah ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal untuk mengerja dan menyempurnakan setiap rukun. Selamat mengerjakan ibadah haji, bukan selamat menjalani ibadah haji! Sama seperti ibadah puasa, bukan menjalani ibadah puasa tapi MENGERJAKAN ibadah puasa kerana banyak ibadah fardu dan sunat yang perlu dilakukan! Penat. Kalo nak menjalani puasa, sila jalan-jalan kat Bazar Ramadan ya!

Sekian sedikit tazkirah pendek Ramadhan dari gua yang serba kekurangan ilmu. Lagi satu… selamat menjaga mata, telinga dan lidah dari perkara maksiat.

Lagi satu yang terakhir… jangan berpuasa kerana nak diet, nak kurus, nak gemuk, nak berhenti merokok atau apa saja niat atau tujuan lain. Niat berpuasa sesunggunya hanya kerana Allah.

gayour
01 ramadan 1432

Monday, July 25, 2011

SUKAN KAMPUNG CSI


SUKAN KAMPUNG CSI

BAHAGIAN PERTAMA DARI EMPAT BAHAGIAN
24 SYAABAN 1432 HIJRAH – 26 JULAI 2011

Pertama kali sejak ditubuhkan, Department CREATIVE STUDIO AND INOVATION ( CSI ) kat Kumpulan Karangkraf telah menganjurkan SUKAN KAMPUNG yang melibatkan semua unit yang berada di bawah CSI iaitu Grafik, Photo dan Ilustrasi pada 15 Julai 2011 yang lalu. Saja-saja aktiviti liar ni diadakan untuk berseronok, menghiburkan hati dan mengeratkan silaturahim antara pekerja di bawah CSI. Hari tu masa Staff Dinner dalam acara Gala Show, team CSI telah memenangi tempat ke dua. Dapat la hadiah wang tunai sket. Bincang punya bincang semua setuju untuk membuat aktiviti sukan dari buat acara makan-makan dengan duit hadiah tu.

Banner SUKAN KAMPUNG yang cantik ni gua buat sorang-sorang. Lukis sendiri ni, bukan digital print. Penat gua buat. Sakit pinggang. ARGHHHH! Cantikkan? Boleh kagum. Jangan malu-malu. HEH!

Ni di KETUA rumah Merah atau dikenali sebagai RED AURA. Perancang utama yang sangat angesif, tanpa belas terhadap musuh dan sedia untuk beperang!

Gua antara peserta yang paling awal sampai untuk mendaftar. Tapi geng Red Aura yang lain sampai lambat plak. Leceh tul la diorang ni! Semua rumah sukan kena daftar dulu sebagai pengesahan kehadiran, mengumpulkan mata dan untuk mendapatkan goodies yang disediakan penganjur. Copek! Copek! Copekkk oiii!

Sebanyak lapan buah rumah sukan bertanding dalam SUKAN KAMPUNG GROUP CSI 2011 ni. Setiap rumah sukan mempunyai ahli dari ketiga-tiga unit dalam CSI iaitu Grafik, Foto dan Ilustarsi. Lapan rumah sukan tu adalah rumah MERAH ( RED AURA ), BIRU, HIJAU, KUNING, UNGGU, MERAH JAMBU, HITAM dan OREN. Rumah Biru sedang mendaftar.

SUKAN KAMPUNG ni dibuat kat kawasan parking depan bangunan baru Kumpulan Media Karangkraf bermula dari 5.40 petang hingga 2 minutes to midnight. Antara syarat yang perlu dibuat dan dipatuhi oleh setiap rumah sukan adalah menghias kereta volksvagon yang disediakan penganjur, memakai pakaian seragam rumah memasing ikut suka dan apa-apa gimmick atau hiasan. Semua tu ada markah. Jadi seminggu sebelum sukan, semua dah sibuk merancang dan membuat persiapan. RED AURA paling agresif dan awal membuat persiapan! Rumah Hijau membuat pendaftaran.

Black Pirate sedang mendaftaran. Ada gak rumah sukan hitam. Dulu masa sekolah mana ada rumah sukan hitam, merah jambu dan oren. Dalam sukan kitorang ni semua warna tu ada. Eh! Siapakkah jejaka bermisai lebat tu? Macam kenal. Kenapa beliau interframe dengan geng Black Pirate? Ontah la, denpun tak tau.

Konsep SUKAN KAMPUNG diperkenalkan adalah untuk kitorang merasai dan mengenang kembali aktiviti sukan dan permainan masa kecik-kecik kat kampong dulu. Walau tak semua permainan menepati semua permainan sukan kampung. Ada permainan yang moden sket. Penganjur ubah suai ikut keadaan dan keselamatan. Tapi tak kisah la asalkan seronok. Lagi satu syarat utama yang mesti dipatuhi oleh semua peserta adalah peserta lelaki mesti pakai kain pelikat dan aweks kenai pakai kain batik di sepanjang aktiviti. Kain pelikat dan batik mesti melekat kat badan. Tak kira dalam apa keadaan. Ikat, gantung, lilit, pakai ikut suka. Merah Jambu sedang mendaftar.

Pasal tu semua ada/pakai kain pelikat dan kain batik. SUKAN KAMPUNG ni tak la cam sukan tahunan sekolah yang kena lari 100 meter atau 4 x 100 meter berganti-ganti. Muntah hijau la kalo cam tu. Mana larat nak lari laju-laju lagi. HEH! Hampir semua permainan dilakukan secara berkumpulan. Setiap rumah sukan terdiri dari 9 ke 10 orang. Semua rasa untuk melakukan aktiviti. Kurang penat dan seronok!
Ni rumah mana plak ni? Oh, Rumah Oren rupanye!


Rumah Hijau dengan kain langsir mengheret pasir, daun mempelas selit kat kepala dan mascot HULK!

Lanun Hitam dengan bendera tengkorak, parut merata tempat lat muka yang tak menakotkan langsung sedia untuk bersaing!

Ni la kereta yang gua kata tadi. Kereta kertas yang perlu dihias ikut keativiti rumah memasing. Rumah Biru bergaya dengan kereta hiasan mereka Blue Dragon.

Rumah Ungu dengan kereta cap kepala badak air yang dibuat last minute pada pagi sebelum berlangsungnya SUKAN KAMPUNG. Tag line dioarang adalah “ APAPUN TAK BOLEH ”. Ntah la…

Mentang-mentang Rumah Hitam, keretapun ditampal kertas hitam.

Rumah Kuning dengan gambar buah pisang kat kereta berhias mereka. Dengan tag line yang tak best ,” CEKODOK PISANG – KASI HANGIT BRO! “. Apa punya tag line. Lemah dan tak semangat langsung!

SORENTO KASI NGAP SEMUA! Tag line pada kereta berhias rumah Oren. Buah oren memang menyelerakan untuk dingap. Kena plak musim panas atau jus oren ais untuk berbuka puasa! ARGHHH!

Apa punya tagline tak tau la dengan Rumah Merah Jambu ni. Ada ke “ TAK TAHAN “ tag line diorang. Tak tau la apa masalah diorang. Mungkin siapkan last minute cam rumah Ungu dan Oren. Belasah je apapun tag line! Ni la jadinya.

Semua rumah sukan sedia untuk acara perasmian oleh puan Farah iaitu Pengarah Kreatif Kumpulan dan Ketua Dept CSI.

Semua dah tak sabar dan semangat untuk memulakan SUKAN KAMPUNG CSI 2011.

Terutama Rumah Merah yang panas membara dan cukup mengiggilkan tempurung lutut musuh dengan jeritan dan penampilan yang cukup menggerunkan!

Tengok gimmick yang kitorang buat dalam majlis perasmian ni, siap dengan obor lagi. Tak cukup dengan obor, semua yang lelaki dah tumbuh misai! Kononnya pakai pisai tu nampak ganas dan cam orang kampong la. HEH! Tak kisah la, yang penting ia menakot dan mengerikan musuh!

Kami RED AURA sedia untuk lawan teng teng, galah panjang atau baling selipar dengan siapa saja! BUARGHHHH! Tengok api ni! Sila nakot aa!

Palulan kompang sebagai tanda bermulanya acara perasmian SUKAN KAMPUNG CSI 2011. Nampun SUKAN KAMPUNG, mesti la ada kompang.

Ya, tu dia … puan Farah, anak kepada CEO/ Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf menaiki basikal pinjam makcik jual kuih kat bangunan baru ni menuju ke tempat perasmian. Jangan tak tau, Farah adalah ahli rumah RED AURA.

Walau terhuyung hayang dan jelas cemas di wajah Farah masa mengayuh beskal, tapi beliau mengagahi juga untuk sampai ke tempat perasmian. Syabas Farah! Syabas!

Tu dia gimmick perasmian oleh Farah dengan membaca surat perasmian…
“ cakap banyak tak guna, saya merasmikan SUKAN KAMPUNG GROUP CSI 2011”.


Tamat bahagian pertama

Nak tau kisah seterusnya dalam acara SUKAN KAMPUNG CSI?
Sket triller… ada raptai dan hakka…

Jumpa di bahagian kedua SUKAN KAMPUNG CSI kalo gua rajin, larat nak menaip dan ada kelapangan di beriNya.

Monday, June 20, 2011

QAYYUM

QAYYUM DALAM KENANGAN
18 REJAB 1432 h – 20 JUN 2011

Malam tadi sekitar 10 malam ( 17 Rejab 1432H – 19 Jun 2011 – Ahad ), gua dapat panggilan dari Amang ( mantan wartawan/penulis majalah G3 . sekarang wartawan kat majalah baru terbitan Karangkraf- UMPAN yang akan berada di pasaran pada bulan Julai 2011 ) dengan satu berita kematian. “ Qayyum dah meninggal dunia baru tadi ni”.
Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.

Allahyarham Qayyum ( mencangkung, kiri depan sekali baju hijau ) masa sesi bergambar kat Taman Mini Malaysia, Melaka untuk keluaran bumper raya majalah UJANG. Rasanya tahun 1998/1999. Allahyarham dalam pose mengikat rambut dreadlocknya.

Allahyarham dalam pose rambut gerbangnya kat depan tangga batu rumah Melaka bersama semua kartunis majalah UJANG dan krew sesi bergambar dan aktiviti kat Taman Mini Malaysia. Tengok tu ada Padi, Keladi, Kobis Bunga, Sireh, Petai, Manggis, Bendi, Nik, Aie, Ah Tuck, Jering... eh, Gayourpun ada!



Gua terdiamdan terus membaca surah AlFatihah dan menghadiahkan pada Allahyarham Rashdan atau nama penanya Qayyum.

Terus kenangan masa bersama beliau bermain diingatan.
Masa mula-mula penerbitan majalah UJANG, Allahyarham antara penulis baru yang sangat agresif menghantar karya terus pada Ujang sendiri. Kerana kelawakan idea dan gaya penulisannya, Ujang trus mengoffer Allahyarham bekerja sepenuh masa sebagai penulis kat majalah UJANG. Masa tu kat Plaza Pengkalan, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Gua tak ingat, rasanya tahun 1995 Allahyarham jadi warga tetap majalah UJANG. Dari situ gua mula kenal Allahyarham, anak jati kelahiran Kampung Batu Talam, Raub, Pahang Darul Makmur. Hoh! Ngawok orang Pahang rupenye.

Mula kenal Allahyarham gua dah rasa pelik. “Lawak mamat ni tapi kenapa rasa pelik bila begosip dengan beliau? Bukan tak selesa tapi rasa pelik. Mungkin gaya/cara percakapan Allahyarham. Lagi pelik bila tiap petang Jumaat, Allahyarham selalu tergesa-gesa balik dan masuk lewat pada hari Isnin. Hampir tiap minggu cam tu. Pelik gua. Lalu guapun bertanya pada Allahyarham. “Awok ni kelam kabut blah hari Jumaat dan masuk lewat setiap Isnin, apo hal?”. Sambil tersengeh-sengeh Allahyarham menjawap. “ Koi balik Raub, main takraw dan bolasepak. Pagi koi main takraw, petang koi main bola sampai malam. . Heh! Heh!”. Patut la. Allahyarham memang gile bersukan. Sanggup balik ke Raub tiap-tiap minggu hanya semata nak main takraw dan bolasepak.. Allahyarham pernah berkata, “ Kalo koi tak kerja kat majalah UJANG, hari-hari dari pagi sampai malam koi sanggup main takraw dan bola!”.

Lagi satu, Allahyarham adalah peminat tegar Allahyarham P.Ramlee.. Semua filem lakunan P.Ramlee , Allahyarham ada. Bukan tu saja, hampir semua dialog dalam filem P.Ramlee, Allahyarham hafal. Tak hairan banyak tulisan Allahyarham dalam majalah UJANG berkaitan dengan filem-filem Tan Sri P.Ramlee.. Seronok baca. Dulu gua selalu kirim kat Allahyarham belikan video kaset (VCR) filem Tan Sri P.Ramlee kat Chow Kit ( VCD baru dipekenalkan ). Allahyarham suka jalan-jalan kat Chow Kit, Pertama Complek, Pasar Seni hingga ke Jalan Petaling.

Selain tu Allahyarham gak banyak menyimpan barang-barang purba seperti komik ( terbitan sekitar tahun 70an hingga 80an termasuk majalah hiburan , filem dan URTV awal 80an ). Gile purba! Teringat kenangan masa kecik beli dan baca komik-komik tahap purba tu. Semua barang-barang purba tu adalah koleksi pakcik Allahyarham. Patut la purba. Gua selalu paksa, ugut dan desak Allahyarham bawak komik dan majalah-majalah purba tu ke ofis setiap kali Allahyarham balik main takraw kat Raub! Hingga ke hari ni, gua masih simpan lagi komik dan majalah hiburan purba yang belubang-lubang dan hampir reput tu. Itu adah tanda kenangan dari Allahyarham pada gua. Terharunya….

Kami terus bersama dalam majalah UJANG hingga tahun 2001.2001 hingga 2004 gua buat majalah ERA@MOY dan Blues Selamanya. Rasanya hampir 9 tahun gua kenal, bersama, bergurau, kutuk, ketawa dan pening bersama sebelum gua meninggalkan MOY Publications.

Ada yang kata, rambut Allahyarham cam rambut gua. Ada plak yang kata rambut gua cam rambut Allahyarham. Rasanya tak sama langsung! Allahyarham dengan personaliti dan gaya rambutnya yang tersediri. Allahyarham sangat meminati barangan/pakaian sukan seperti jersey dan kasut. Rasanya hampir tak pernah gua nampak Allahyarham pakai baju selain jersey ke pejabat. Minat sungguh Allahyarham pada sukan.

Ramai yang salah anggap terhadap tugasan/jawatan Allahyarham kat majalah UJANG. Ramai yang menganggap Allahyarham seorang kartunis. Bukan! Allahyarham bukan kartunis tapi adalah EDITOR dan PENULIS KREATIF. Memang Allahyarham boleh melukis tapi tugasan utama dan bakat sebenar Allahyarham adalah sebagai penulis humor. Itu kesilapan yang banyak kat google pasal Allahyarham.

Lagi satu komen pasal umur Allahyarham yang meninggal pada usia muda, 41 tahun. Ramai yang kata, “iskh! muda lagi ya…” seolah mempertikaikan ajal yang telah ditentukan Allah. Seolah Allah dah buat silap! Apa tak pernah dengar bayi yang baru lahir terus meninggal dunia atau baru berusia setahun meninggal dunia atau remaja berusia 16 tahun mati kerana merempit? Sesungguhnya Allah TIDAK pernah dan TIDAK akan membuat silap. Dia lebih tahu mana yang lebih baik untuk makhluk ciptaanNya. Sepatutnya jadi peringatan pada kita. Mati tidak mengenal usia! Teremo plak!


Allahyarham bersama majalah UJANG melebihi isu ke 400 yang baru diraikan. Satu pencapaian hebat sebagai seorang penulis humor hebat tanahair.

Kali terakhir gua jumpa/terserempak dengan Allahyarham adalah pada bulan puasa tahun 2010 kat tengah jalan berhampiran pejabat MOY Publications. Hanya sempat lambai tangan sambil tersengeh-sengeh dari kereta memasing. Tak dapat nak bersalam.

Itu la lebih kurang kenangan bersama Allahyarham. Gua halalkan segala hutang, makan minum, percakapan dan perbuatan Allahyarham pada gua. Gua maafkan segala salah dan silap Allahyarham pada gua.

Pada semua sahabat kartunis kat majalah UJANG dan APO? dan rakan sekerja kat MOY Publications yang sekian lama mengenali Allahyarham, bersabarlah dengan kehilangan seorang sahabat kita yang baik. Tentu tak boleh nak melupakan kenangan bersama Allahyarham. Mesti terbayang kelibat Allahyarham di mejanya menghadap komputer menulis cerita. Keriangannya sambil tersengeh-sengeh, lawak jenakanya dan perangai misterinya yang kejap ada dan banyak tak ada kat studio. Semua tinggal kenangan indah. Sebagai sahabat, kita lupa dan maafkan segala salah dan silap Alllahyarham. Halalkan semua makan minum dan doakan kebahagiaan untuknya. Gitu gak pada seluruh keluarga , isteri dan anak Allahyarham. Bersabarlah dengan dugaan ini.

Terima kasih atas segala kenangan dan persahabatan wahai saudara Rashdan @ Qayyum.
Lagi satu, gua suka lukis karikatur Allahyarham.

Moga diberkati dan dirahmati Allah dan bersama orang-orang yang soleh.


Karikatur Allahyarham yang gua lukis sebagai cover Varia Lawak dalam majalah UJANG ( bilangan 114 – 01 April 1999 ), 12 tahun yang lalu. PEPALEH WEH! Kata Allahyarham masa gua tanya pasal loghat orang kampungnya yang popular kat Raub sana.

Qayyum dalam ingatan dan doa
Sebak menulis kisah ni.

Tuesday, June 14, 2011

FOREST: NATURE AT YOUR...

HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA
13 REJAB 1432 H - 15 JUN 2011

Dapat jemputan di saat akhir dan memenuhi jemputan adalah suatu yang biasa terjadi pada gua. Pada hari Ahad - -05 Jun 2011 yang lalu gua memenuhi jemputan dari Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai juri pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2011 peringkat Shah Alam yang disambut pada 05 Jun setiap tahun. Tak tau plak gua dijemput untuk sambutan ni. Memang tak tau langsung. Pegi redah jer kat Taman Hutan Bukit SUK Seksyen 5, Shah Alam.

Kat mana taman tasik tempat sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia ni? Kat Seksyen 5, Shah Alam. Ya la, tau la! Tapi kat mana? Tak perasanpun ada taman tasik kat situ. Tak tau tak apa la. Guapun tak tau kat sini ada taman tasik. HEH! Gua ingat sempena acara apa la pertandingan mewarna diadakan. Rupanya sempena Sambutan Hari Alam Sekitar dengan tema FOREST: NATURE AT YOUR SERVICE. Patut la buat kat taman, kat tasik. Ada pokok-pokok, bunga…

Masa gua sampai, hujan sket. Acara mewarna baru bermula. Ada tiga ketagori. “ Haa… warna! Warna. Warna sampai habis. Gua nak jalan-jalan tengok apa yang ada kat taman ni “, ujar gua sendirian. Lalu guapun jalan sorang-sorang tesengeh-sengeh tepi tasik. Ada beberapa khemah pameran dan jualan kat tepi tasik. Tetiba gua telihat sebuah sangkar yang penuh dengan encik itik dalamnya. Ada acara melepaskan itik rupanya. Patut la ada itik. Masa ni acara kayuh basikal sedang berlangsung dan akan berakhir kat Taman Tasik ni. Datuk Bandar Shah Alam turut mengayuh. Acara melepaskan itik dibuat setelah pasukan kayuh basikal sampai dan sarapan pagi. Tu dia beberapa encik itik telah berjaya dilepaskan. Kuek! Kuek! Kuekk!

Tengok la betapa riang gumbiranya encik itik tu berenang sambil membuat bising. Tadi sebelum dilepaskan, sekorpun tak bersuara pasal diorang ingat nak kena sembelih sekor-sekor. Tu yang senyap sunyi. Tapi bila lepas jer, habih riuh rendah kat taman tasik ni dengan suara Kuek! Kuek! Kuekkk! beliau. Syok bila tengok itik-itik tu berenang. Teringat akan kehebatan Allah yang mencipta makhluk itik ni. Boleh terapung atas air, terer berenang, terer menyudu dan tak tenggelam . Hebat! Syabas encik itik. Trus berenang!

Kebanyakan itik-itik dilepaskan oleh kanak-kanak yang dijemput khas dalam acara Sambutan Hari Alam Sekitar ni. Sebelum melepaskan itik, setiap anak-anak kena baca ikrar yang berbunyi, “ SAYA BERIKRAR… korang baca la sendiri kat sijil tu. Selepas melepaskan itik setiap orang akan dapat satu sijil penyertaan melepaskan itik.

Lepas merasmikan cara melepaskan itik, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Mohd. Jaafar ( tengah baju hijau ) merasmikan plak Taman Herba dengan menanam pokok. Banyak pokok-pokok herba ditaja oleh orang persendirian dan syarikat-syarikat yang menghantar wakil untuk turut sama menanam pokok herba. Gua tak sempat nak melawat dan melihat jenis-jenis pokok herba yang ada dan yang baru ditanam kat sini. Nampak macam beranika herba. Tempat yang sesuai untuk mengenali rupa dan nama pokok herba. Mungkin dengan khasiat setiap pokok-pokok herba sekali. Korang datang sendiri la tengok. Tapi kat mana taman ni?

Pemandangan dari tepi bukit Taman Herba. Taman ni tak la besar mana. Tasiknye pun kecik. Tapi sangat indah, cantik dan menyamankan persekitarannya. Aktiviti berkhemah juga boleh dibuat kat sini. Kanak-kanak sekolah Persatuan Pencinta Alam Shah Alam sedang berkhemah kat sini sempena aktiviti cuti sekolah. Nampak itik-itik tu. Semua bekumpul kat tebing seberang tasik kerana cemuih dengan manusia yang ramai kat belah sini. Itik-itik ni dibiarkan bebas bermaharajalela selama seminggu. Lepas tu akan ditangkap semula pasal ada ular sawa dan biawak besar kat taman tasik ni. Habih jahanam itik-itik ni kalo dibiar lepak lama kat sini. Cakap pasal itik, gua teringat tajuk lagu “ Mari Menyepak Itik “ dalam kaset Pujaan Sirap Din Beramboi. Kelakar siut tajuk lagu tu. “ Mari Menyepak Itik”. Tetiba rasa ghairah nak sepak itik plak! Oi, encik itik! Sapa nak kena sepak, mari sini! Har fragin har!

Lagi satu gambaran dari bukit Taman Herba. Ada teratai dan bunganya yang lemah tak berapa cantik lagi. Tasik yang tak la besar mana. Tapi okey la untuk bersiar-siar, jogging atau lepak sengeh-sengeh. Nampak jembatan yang dibuat sebagai laluan untuk pengunjung tesengeh-sengeh tengok anak ikan bemain kat bawah jembatan tu? Selain manusia, biawak besar yang ada kat tasik nipun menggunakan jembatan tu untuk bersiar-siar dan laluan pintas untuk menyekodeng mangsa!

Tempat kesukaan ikan puyu, sepat, keli, pirana, arapaima, toman dan haruan menghendap mangsa ni juga menjadi tempat dan pemandangan yang sangat disukai oleh orang-orang seni seperti penulis novel, penulis cerpen, penulis skrip, penulis lirik lagu, puisi, sajak, pelukis alam semulajadi temasuk photograper. Tempat yang bisa memberi ketenangan dan ilham yang superb tak ingat seperti kisah percintaan teruna dara yang mendapat tentangan dari keluarga dan akhirnya membunuh diri kat tasik ni. Harharr! Atau kisah antara dua darjat atau kisah seseorang yang menyembunyikan penyakit kanser yang dihadapi. Konon tak nak menyusahkan orang dan memberi kejutan dan penyesalan pada orang lain bila dia dah mati. Jahat sungguh niat pesakit kanser ni.

Takpun kisah rumah tangga yang tunggang tebalik atau kisah remaja yang kononnya mencari kebebasan dan terjebak dalam ‘dunia gelap’ dan nyesal . Tak ketinggalan dengan lepak kat tepi tasik ni dapat idea luar biasa hebat di luar kotak pemikiran manusia dengan lahirnya novel seperti “Kau Doktor Tulang Belikatku” atau “ Jururawatku Berbau Tungkik”. Har fragin har! . Tahap muntah dah dengan kisah-kisah cam ni. Tapi tempat cam ni la jadi pilihan pencinta alam dan orang seni sangat la kononnya untuk mencari ilham untuk berkarya dan tempat lepak berbincang sesama sendiri ( tak campur dengan orang lain ) sambil menghisap rokok beramai-ramai. Ya, orang seni yang kononnya pencinta tegar alam sekitar, penentang pencemaran, hisap rokok masa beborak dan mencari idea kat taman rekreasi atau jauh dalam hutan. Orang seni la katakan. Mesti la kena isap rokok. Baru seni! Dulu masa mula-mula melukis kartun, gua sangat percaya, terikut-ikut dan saja mengada-ngada mengiakan tempat-tempat cam ni boleh mendatangkan idea untuk melukis kartun! Hipokrit sungguh! Seni sangat la kononnya!

JOM TANAM POKOK. Inilah antara tujuan Sambutan Hari Alam Sekitar dibuat. Mengajak semua orang menanam pokok. Tak kira la pokok apapun. Jangan pokok ketum atau ganja dah. Tapi tupun kira menghijaukan alam sekitar gakkan? Tapi malangnya pokok ganja dilarang dan salah pada undang-undang. Jangan banyak songeh! Tanam pokok pisang atau serai lagi baik. Paling senang tanam ubi kayu. Campak je batang ubi kat mana-mana tanah, insyAllah, hidup subur! Tapi ikut korang la. Gua tak ada kuasa, kehebatan atau keajaiban untuk mengajak atau bekempen pada sobat semua untuk tanam pokok. Ikut suka korang la! Masing-masing semua dah besar. Tapi kalo semua orang kat bumi ni tanam pokok, habih jadi hutan plak. Tak moden la. Sana hutan, sini hutan. Sana beruk, sini beruk. Tepaksa buat kempen kurangkan tanam pokok atau mari menjahanamkan pokok la plak!

MARI MENGENAL POKOK
Sementara menunggu pertandingan mewarna habis, sempat gak gua merakamkan beberapa gambo dengan kamera cap itik berenang beberapa tumbuhan-tumbuhan yang ada kat taman tasik ni. Gua belasah main ambik jer ikut nafsu. Kita mulakan siri mari mengenal pokok kita dengan pokok Pinang. Ni la salah satu spesis pokok Pinang yang banyak terdapat di seluruh Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Kepulauaan Borneo. Buah pinang merupakan bahan wajib kalo nak makan sireh yang disukai di seluruh Nusantara atau boleh digunakan untuk membaling ayam yang masuk ke dapur!


Pokok tuba juga ada kat sini. Ni la pokok Tuba. Dulu masa kat kampong. Masa musim kemarau, masa ikan sedang banyak kat sungai atau tali air adalah masa yang paling sesuai dan kena tepat pada masanya untuk menangkap ikan sama ada cara *mengoca, menimba atau paling sadis menuba ikan! Ada dua jenis tuba atau racun ikan yang biasa digunakan. Satu dengan racun kimia cap tengkorak yang menghapuskan semua spesis dari atuk hingga ke cucu cicit ikan. Habis satu sungai putih dengan ikan yang mampus! Pembubuhan secara besar-besaran. Sadis sungguh! Lagi satu dengan akar pokok tuba. Getah atau bahan kimia dalam akar tuba yang ditumbuk hanya memabukkan ikan. Cara ni tidak memudaratkan, selamat dan tidak membunuh semua hidupan sungai, tasik atau kolam. Air akan menjadi natural semula. Ini la pokok tuba ya murid-murid.

*tangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangguk, tudung saji, kain pelikat, tapis plastik, parang, buluh runcing, kelambu atau paling terer dengan tangan!

Gua tak suka kat pokok ni pasal beliau tak bersama dalam menghijaukan alam sekitar. Tengok la warna beliau. Kalo pokok patutnya daun bewarna hijau tapi beliau berwarna , warna apa ya.. merah, unggu gelap? Dah la bukan nama Melayu. Recist sungguh pokok ni! Tapi tak boleh komplin kerana beliau adalah makhluk ciptaan Allah. Pasti ada sebab, tujuan dan kelebihan Allah mencipta tumbuhan ni kerana setiap sesuatu ciptaanNya tidak sia-sia.

Yang kembang rendang kat depan tu adalah pokok herba yang paling glamer, berkuasa dan mahal iaitu Tongkat Ali. Pokok yang mempunyai akar yang berkhasiat tinggi dalam perubatan herba. Menjadi tektik paling mudah, berkesan dan berjaya dalam stategi perniagaan minuman kopi 7 dalam 1 iaitu dengan memasukkan astrak Tongkat Ali sebagai bahan utama. Adanya bahan tarikan sex, pasti laku! Pasti menjadi pilihan ramai lelaki.
Yang tinggi mengalah kat belakang tu plak adalah pohon beringin. Bukan pokok atau tumbuhan herba. Sejenis pokok yang mendapat tuduhan, fitnah, hinaan dan sekian lama menderita dengan anggapan salah manusia terhadap beliau yang dianggap menakotkan kerana jadi sarang atau tempat lepak sang Pontianak dan segala mambang kuning, mambang tanah. Yang encik Pontianak ni pun satu, banyak lagi pokok lain boleh lepak. Pokok getah ke, pokok pinang ke, pokok pisang ke, sagu ke. Hingga ke hari ini beliau terus dilihat sebagai pokok misteri, seram dan menakotkan. Kesian…

Daun-daun pokok ni sangat bermanfaat masa main pondok-pondok. Bahan mentah untuk atap, dinding dan alas/lantai. Melambak pokok ni kat kampong. Ambik saja tanpa kebenaran. Kalo mintak, banyak plak soal dan songeh! Ini la pokok Rumbia ya murid-murid sekelian. Antara kelebihan lain pokok Rumbia ni, lidinya boleh dibuat sebagai pelibas belakang anak-anak yang degil tak dengar kata. Ambil segengam dan libas kat belakang anak yang degil sangat tu! Pastikan anak encik dan puan tak bebaju masa menjatuhkan hukuman melibas. Baru jelas kesannya. Syabas! Belah kiri tu pokok Rumbia dan belah kanan plak pokok Sagu. Jangan tak kenal plak. Spesis ni hidup subur kat Taman Herba.

Selain syok menuba ikan, dulu… suatu masa dulu main pondok-pondok, masak-masak dan kawen-kawen antara permainan kegemaran gua pasal boleh main dengan budak pompuan. HEH! Masa main pondok-pondok mesti ada gerai jualan. Ala.. jual ikan ( dari daun rambai, rambutan, limau bla-bla blaa… ). Kalo nak beli mesti ada duit. Ni la tumbuhan yang jadi duit. Pokok Duit-Duit. Satu yang menarik pasal bahan mainan masa kecik dulu adalah ia tidak bertoksid dan merbahaya. Ia mesra alam dan kembali pada alam akhirnya bila dah jemu dengan mainan tu. Tidak seperti bahan alatan mainan sekarang ni yang kebanyakannya dibuat dari plastik dan pastinya mengandungi bahan-bahan merbahaya. Ni la harga yang mesti dibayar untuk kemodenan. Syabas! Lepas main pondok-pondok, main kerate plak! Bahagianya hidup masa tu.

Beliau kelihatan sama saling tak tumpah, kembar siam, bagai pinang dibelah dua atau pelanduk dua serupa dengan pokok Tongkat Ali, jangan tertipu. Sebenarnya bukan. Ni adalah spesis yang boleh menyamar jadi tumbuhan lain sekiranya beliau berada dalam keadaan tertekan. Pokok licik dan jahat ni sangat dibenci dan ditakuti oleh semua pokok kerana kebolehan beliau tu. Banyak pokok telah beliau inaya dan fitnah. Beliau buat onar dengan pokok lain tapi bila kantoi dengan Pencegah Maksiat yang sentiasa meronda kat taman tasik ni, beliau lari dan masa ni la beliau akan menyamar jadi pokok lain. Selamat beliau dari ditangkap, pokok lain yang kena! Syabas! Ni bukan rupa beliau yang sebenar. Saja menyamar jadi pokok Tongkat Ali pasal nak amik gambar. HEH!

Pokok Pinang Sebatang ni tak kurang hebatnya bebanding dengan pokok Rumbia atau Sagu. Bak kata pepatah, “ tak ada tali, akarpun beguna”. Kalo pokok Rumbia atau Sagu tak ada atau jauh di tebing sungai, maka boleh la diganti dengan pokok Pinang Sebatang ni kalo nak buat bumbung pondok masa main pondok-pondok. Batang beliaupun sesuai dijadikan senjata untuk melibas belakang anak-anak yang degil dan malas nak mampuih nak solat atau mengaji! Tumbuhan herba yang hebat!

Pokok paku pakis ni dipercayai hidup dari zaman Tyranosaurus Rex merajai dunia dinosaur lagi. Pokok yang menjadi sayur kegemaran T-Rex masa musim panas. Tua dah pokok ni. Bejuta tahun umur beliau. Tapi masih segah, kacak dan hidup hingga ke hari ni. Dinosaurpun dah lama pupus tapi beliau masih kekal membiak beranak pinak. Hebat! Siapa nak belajar ilmu kuat, tahan, petua atau amalan pemakanan sihat untuk panjang umur bejuta tahun, boleh la menuntut kat beliau kat taman herba ni.

Tepat sebelas pagi, acara mewarnapun tamat dan bermula la tugas gua memilih, mereject tanpa belas dan mencari pemenang untuk tiga kategori. Tugas ni gua buat sorang-sorang. Walau berulang kali gua halau, tapi ibu bapa dan pengunjung tetap degil datang tesengeh-sengeh tengok gua membuat pemilihan dan berbisik sesama sendiri, “ Uikz! Cantiknye!” Apa la diorang ni. Mentang-mentang la tengok lukisan anak sendiri, trus puji dan kata cantik! Cantikk! Siapa yang jadi juri? Kalo terer sangat, jadi la juri dan pilih lukisan anak sendiri sebagai pemenang utama. Sibuk je! Apa sangat la cantiknya warna lukisan anak-anak tadika, tahun satu hingga tahun enam. Semua tahu hasil kerja anak-anak ni
.

Walau hanya hasil tadika dan sekolah rendah, kekejaman dan layanan gua tetap sama – tanpa belas! Tanpa belas pada yang buruk, huduh, main-main, warna ikut suka! Tak ada masa nak sengeh-sengeh, bepura-pura kata, uikz, cantiknya! Buruk tetap buruk!
Habis memilih trus mengikuti perasmian majlis dan penyampaian hadiah pada pemenang peraduan mewarna sempena Sambutan Hari Alam Sekitar 2011. Syabas pada pemenang dan rasakan pada yang kalah. Har fragin har!
Gua rasa taman tasik ni tak perlu didedahkan sangat. Biarlah beliau tenang tak diserebu ramai orang. Kalo ramai yang tahu, ramai yang datang, cepat la rosak tempat ni. Habih rumput-rumput mati lunyai kena henyak! Tapi kalo tak dipromotkan jadi sarang ular sawa plak. Ntah la. Cari la sendiri taman kecil ni ya. Boleh la tengok tumbuhan yang ada kat sini. Kalo dah jumpa, jangan dedahkan pada musuh. Habih jahanam tempat ni kalo musuh tau!

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, gua tetap tak mendesak atau memaksa sobat semua untuk susah-susah dan mengotorkan tangan menggali lobang, menanam, tabur baja dan menyiram. Lantak la! Biar la orang lain atau bandaraya yang buat. Hari Alam Sekitar bukan hanya pasal tanam pokok untuk kesegaran udara dan menghijaukan alam sekitar tapi juga untuk kebersihan. Lagi sekali, biar la kontraktor bandaraya yang kutip sampah. Korang buang je la sampah atau puntung rokok ikut suka. Cam tu la lebih kurang kisah gua kat sambutan Hari Alam Sekitar 2011. Tak bestkan?

FOREST: NATURE AT YOUR SERVICE
So… I burn everything I got!

har fragin har!