COMIC FIESTA
2013
27 SAFAR
1435H - 31 DISEMBER 2013
|
Ini adalah entri terakhir dalam tahun 2013 iaitu
pasal Comic Fiesta yang gua sertai kerana memenuhi jemputan dari saudara Faizal
Mukhtar ( Presiden PEKOMIK Malaysia dan pengasas Manteraworks ) pada 21 – 22
Disember 2013 yang lalu. Dah beberapa kali gua join acara Comic Fiesta ni
sebagai tetamu saja tapi kali ni buat pertama kalinya gua join bersama
Manteraworks di Premium Artbooth, menjual segala bende yang boleh dijual kat
Comic Fiesta ni.
|
|
Masa kat Chalet Terapung ( dalam program Fishing
Safari 2013 ), Faizal tipun gua dan bagi tau permohonan Manteraworks menyewa
booth di Comic Fiesta telah Berjaya dan beliau terus mempelawa gua join. Apa
yang gua nak bawa dan jual aa…? Tanya gua pada diri gua. Setelah agak sket kelam
kabut menyiapkan itu ini, Alhamdulillah,
akhirnya beberapa benda bejaya gua buat untuk diperdagangkan kat Comic
Fiesta.
1-
Tshirt
yang gua design dan print sendiri,
2-
Buku Melukis Kartun Cara Gayour,
3-
Sticker
4-
Poster
5-
Casing vhs Manowar yang jadi bekas peralatan
melukis gua. Ini tak dijual ya pasal ramai yang minat.
Gua
menghadirkan diri pada kedua-dua hari untuk menghadap, menempuh dan merasa
sendiri pengalaman menjual sesuatu di Comic Fiesta. Gua join di Premium
Artbooth Manteraworks bersama sobat-sobat dari geng Gelabah yang berjuang dalam
penerbitan majalah kartun/komik DIY iaitu encik Napie, Bryan Adam dan Amin
Landak. Mereka memperdagangkan komik-komik indie terbitan mereka sendiri. Komik
asli buatan sendiri! Bukan saduran manga.
Peminat
komik dan Comic Fiesta sangat ramai. Pagi-pagi lagi mereka datang
berbondong-bondong dengan gaya dan lagak pakaian cosplay kesukaan.
Pengunjung/peminat bebaris panjang untuk medapatkan tiket. Ramai yang datang
bukan hanya sengeh-sengeh tapi turut membeli. Jualan agak baik, Alhamdulillah.
Hari pertama yang memenatkan!
|
|
Hari
kedua booth kami dikunjungi oleh tetamu yang diundang khas oleh penganjur dari
Indonesia. Waduh! Ngak disangka terima tamu penggiat komik dari seberang.
Mereka adalah rombongan dari pelbagai jabatan yang datang ke Comic Fiesta
dengan niat dan tujuan untuk belajar. Selain melihat, mereka ingin belajar
bagaimana penganjuran Comic Fiesta yang begitu happening sekali. Bersama salah
sorang wakil akademisi Dr. Iwan Gunawan dari Jakarta Institute of The Arts.
Bukan main-main pencapaian akedemik bapak ni! Sangat cool dan metal!
|
|
Selain
ahli akademisi, rombongan turut disertai oleh pemenang-pemenang Pertandingan
Penciptaan Karakter Lokal Indonesia 2013 dalam kategori mahasiswa. Gua dan Faizal
bersama Cik Sheila Rooswitha Putri iaitu Juara 2 dalam Pertandingan Komik Indonesia 2013 dalam
kategori Golden Award Winner dengan buku Melukis Kartun cara Gayour.
|
|
Bapak
Imansyah Lubis yang paling ramah dan kecoh sekali. HEH! Seorang pensyarah di
Telkom Universiti, Bandung dari Falculty Visual Communication Design yang
sangat meminati komik dan majalah humor Malaysia. Bila melihat cover vhs
Manowar gua, bapak Iman trusan bertanya,’
apa kamu peminat Manowar?”. Haha! Rupanya kami sama-sama metalhead! Senang sekali ketemu dengan
bapak!
|
|
Buku
Melukis Kartun cara Gayour gue habis mereka borong! Terima kasih banyak-banyak
semua. Moga ada manfaatnya buku gue itu.
|
|
Mereka
telah mengatur pertemuan dengan beberapa orang dari penerbitan tapi terpaksa
dibatalkan kerana masalah tertentu. Hanya pertemuan dengan Prof. Madya Dr.
Muliyadi saja yang berjalan seperti dirancang. Bukan saja dari perjalanan atau
perancangan Comic Fiesta, mereka juga nak tahu dan bertukar pandangan dari ahli
akademik Malaysia. Faizal selaku Presiden PEKOMIK turut dijemput dalam
pertemuan dan beliau ajak gue join sekali. Bisa saja dong! Makan tengahari kat
warung mamak dalam perjalanan ke hotel penginapan dan tempat pertemuan dengan
Prof. Muliyadi.
|
|
Di
hotel, kami diperkenalkan dengan wakil dari Kementerian Pariwisata dan Ekonomi
Kreatif Indonesia iaitu bapak Erman Mardiansyah ( Kasubdit Pengembangan Filem,
Animasi dan Komik ). Turut sama ketua/kepala Seksi Filem Animasi, kepala Seksi
Animasi, Kepala Seksi Iklan Elektronik dan Kepala Seksi Akses Pembiayaan Non
Bank dan wakil penyelidik. Sesi perbincangan berlangsung dengan aman, tenang
dan ilmiah sekali. Seronok dapat bertemu dengan sobat-sobat dari seberang dan bertukar
pandangan, idea, pendapat serta cadangan mengenai komik. Jelas ternyata akan
kesungguhan mereka untuk memaju, mengembang, membangun dan menjadikan seni
komik dan animasi sebagai kerjaya profesional dan sebagai satu sumber ekonomi negara.
Tengok tu, gue besungguh memberi penjelasan mengenai komik dan majalah humor
tempatan (di sini majalah FUYYOO! ), si Pejal enak-enakkan saja makan ais krim!
Langsung ngak dipelawanya gue. Tau tau udah abih ais krim dibedal si Pejal!
|
|
Indonesia mempunyai begitu ramai sekali pelukis
komik ( dan segala cabang seni lagi )
yang sangat berbakat dan kreatif dalam berkarya. Dalam perbualan dengan
sorang peserta iaitu cik Jhosephine ( wakil penyelidik ) beliau berkata,
Indonesia mempunyai begitu ramai sekali pelukis komik tapi sayang/malangnya
karya-karya mereka tidak ada pembeli. Dalam Comic Fiesta yang dianjurkan di
sana, ramai pengunjung yang datang tapi pengunjung tak mempunyai ‘kuasa’ untuk
membeli komik-komik yang dipamerkan untuk dijual. Tidak seperti Comic Fiesta di
Malaysia, pengunjung datang untuk membeli! Itu bezanya di sini dan di sana.
Karyawan di Indonesia tak boleh hidup dengan melukis komik!”. Kedatangan rombongan ini ke Comic Fiesta antaranya adalah dalam usaha untuk mengubah senario yang berlaku di Indonesia. Selamat berusaha pada semua. Ngak ada jalan
yang mudah untuk berjaya! Moga berjaya!
Dalam
Comic Fiesta ni, cosplayers dikuasai oleh watak manga dan anime dari Jepun
sepenuhnya. Adalah Batman, Spiderman, Thor, Loki dan Wolverine seko gua nampak. Ini Comic Fiesta atau Manga Comic Fiesta? Ntah la. Gabungan kali
pertama antara Heart of Steel dengan Manteraworks dan geng Gelabah yang sangat
jangal, serba tak kena dan kontroversi! Tak apa, biar jangal, tahun depan
insyAllah, gabungan ini akan menguasai Comic Fiesta 2014!
|
14 comments:
waduh..gue pun ngak tau ada comic event kat klcc..kalau tau dah lama gue datang loh..
happy new year bro gayour!
all the best for 2014 bro...
Aku rasa ko punye pencil box paling best la dalam dunia. Hahaha.
Best wishes gayour untuk 2014.
Gayour punya booth adalah booth paling METAL di Comic Fiesta 2013...hahaha
rafi
ya, ramai tak tahu. tak apa, tak best manapun. haha!
berteromber
terima kasih atas ucapan yang gua anggap sebagai doa. sama gak buat lu sekeluarga.
deaf-angel
gua tak amik kisah sangat tapi bila ramai yang terpegun bila melihat dan jadi sebab untuk mereka mula bercakap pasal pensil box metal tu. antaranya;
1- huh! gua penah tengok konset ni dulu.
2 - whoa, manowar!
3- manowar? apa bapak peminat manowar?
4- siapa yang lukis ni bro?
5- paling best, apa ni bro?( generasi mp3 yang tak penah tengok vhs tape)
haha!
terima kasih atas doa.
sicher
haha! booth paling metal pasal booth lain terlalu memuja manga!
Ampuh, dong ah!
ulasan yang menarik.terima kasih incik Gayour. :)
Ada berberapa booth lagi yang menjual Komik yang tak berasaskan manga atau fanfic. Tapi kedudukannya berselerakan. Apa kata kalau kita rancangkan supaya dalam CF14 nanti semua booth ini diletakkan dalam satu lokus/pulau. Tidak perlu satu identiti, cuma perlu dekat-dekat supaya orang senang jumpa.
faizalmukhtar
ya, memang ampuh dan enak sekali lu makan ais krim tanpa mempelawa gue!
aku napie
ah, blah la! tak gelabah langsung!
saya said
idea yang tak menarik langsung! masing2 punya EGO tersendiri yang tinggi lagi besar. " apa hal gua nak join diorang, siapa diorang tu, apa keuntungan yang gua dapat kalo join diorang, gua bleh survive sendiri la! blablablaaa...
apa mungkin mereka bisa bersatu?
sekiranya semua boleh membuang EGO, menghormati dan ingin bersatu demi kemajuan kartun dan komik tulen BolehLand, tibalah masa untuk membuktikan kehebatan gabungan pelukis2 Melayu pada dunia!
assamble!
Bersama selamenye bile nk filemkan bro? Mamat kalid dh tanye gua
hazly abd jalal
hah! siapa nak tengok cerita tu kalo difilemkan? itu bukan kisah cintan cintun tangkap leleh, itu kisah KILLKILLKILLDIEDIEDIEEEEE! lagipun semua peminat bersama selamanya dah tua2 bro. harhar!
Saya berminat nak beli buku "Melukis Kartun Cara Gayour" tapi saya check kat Karangkraf stok dah takde..macam mana boleh saya dapatkan? zakirahramli@gmail.com.
teruje beli karya brader Gayour di Comic Fiesta (walaupun tak diduga). Berbaloi beresak berator panjang untuk masuk.
Post a Comment