Tuesday, December 31, 2013

COMIC FIESTA 2013


 COMIC FIESTA 2013
27 SAFAR 1435H - 31 DISEMBER 2013

   Ini adalah entri terakhir dalam tahun 2013 iaitu pasal Comic Fiesta yang gua sertai kerana memenuhi jemputan dari saudara Faizal Mukhtar ( Presiden PEKOMIK Malaysia dan pengasas Manteraworks ) pada 21 – 22 Disember 2013 yang lalu. Dah beberapa kali gua join acara Comic Fiesta ni sebagai tetamu saja tapi kali ni buat pertama kalinya gua join bersama Manteraworks di Premium Artbooth, menjual segala bende yang boleh dijual kat Comic Fiesta ni.

  Masa kat Chalet Terapung ( dalam program Fishing Safari 2013 ), Faizal tipun gua dan bagi tau permohonan Manteraworks menyewa booth di Comic Fiesta telah Berjaya dan beliau terus mempelawa gua join. Apa yang gua nak bawa dan jual aa…? Tanya gua pada diri gua. Setelah agak sket kelam kabut menyiapkan itu ini, Alhamdulillah,  akhirnya beberapa benda bejaya gua buat untuk diperdagangkan kat Comic Fiesta.
1-       Tshirt yang gua design dan print sendiri,
2-      Buku Melukis Kartun Cara Gayour,
3-       Sticker
4-      Poster
5-      Casing vhs Manowar yang jadi bekas peralatan melukis gua. Ini tak dijual ya pasal ramai yang minat.

  Gua menghadirkan diri pada kedua-dua hari untuk menghadap, menempuh dan merasa sendiri pengalaman menjual sesuatu di Comic Fiesta. Gua join di Premium Artbooth Manteraworks bersama sobat-sobat dari geng Gelabah yang berjuang dalam penerbitan majalah kartun/komik DIY iaitu encik Napie, Bryan Adam dan Amin Landak. Mereka memperdagangkan komik-komik indie terbitan mereka sendiri. Komik asli buatan sendiri! Bukan saduran manga.

 Peminat komik dan Comic Fiesta sangat ramai. Pagi-pagi lagi mereka datang berbondong-bondong dengan gaya dan lagak pakaian cosplay kesukaan. Pengunjung/peminat bebaris panjang untuk medapatkan tiket. Ramai yang datang bukan hanya sengeh-sengeh tapi turut membeli. Jualan agak baik, Alhamdulillah. Hari pertama yang memenatkan! 
    Hari kedua booth kami dikunjungi oleh tetamu yang diundang khas oleh penganjur dari Indonesia. Waduh! Ngak disangka terima tamu penggiat komik dari seberang. Mereka adalah rombongan dari pelbagai jabatan yang datang ke Comic Fiesta dengan niat dan tujuan untuk belajar. Selain melihat, mereka ingin belajar bagaimana penganjuran Comic Fiesta yang begitu happening sekali. Bersama salah sorang wakil akademisi Dr. Iwan Gunawan dari Jakarta Institute of The Arts. Bukan main-main pencapaian akedemik bapak ni! Sangat cool dan metal!
     Selain ahli akademisi, rombongan turut disertai oleh pemenang-pemenang Pertandingan Penciptaan Karakter Lokal Indonesia 2013 dalam kategori mahasiswa. Gua dan Faizal bersama Cik Sheila Rooswitha Putri iaitu Juara 2 dalam  Pertandingan Komik Indonesia 2013 dalam kategori Golden Award Winner dengan buku Melukis Kartun cara Gayour.

  Bapak Imansyah Lubis yang paling ramah dan kecoh sekali. HEH! Seorang pensyarah di Telkom Universiti, Bandung dari Falculty Visual Communication Design yang sangat meminati komik dan majalah humor Malaysia. Bila melihat cover vhs Manowar gua, bapak Iman trusan bertanya,’ apa kamu peminat Manowar?”. Haha! Rupanya kami sama-sama metalhead! Senang sekali ketemu dengan bapak!

 Buku Melukis Kartun cara Gayour gue habis mereka borong! Terima kasih banyak-banyak semua. Moga ada manfaatnya buku gue itu.

 Mereka telah mengatur pertemuan dengan beberapa orang dari penerbitan tapi terpaksa dibatalkan kerana masalah tertentu. Hanya pertemuan dengan Prof. Madya Dr. Muliyadi saja yang berjalan seperti dirancang. Bukan saja dari perjalanan atau perancangan Comic Fiesta, mereka juga nak tahu dan bertukar pandangan dari ahli akademik Malaysia. Faizal selaku Presiden PEKOMIK turut dijemput dalam pertemuan dan beliau ajak gue join sekali. Bisa saja dong! Makan tengahari kat warung mamak dalam perjalanan ke hotel penginapan dan tempat pertemuan dengan Prof. Muliyadi. 
    Di hotel, kami diperkenalkan dengan wakil dari Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia iaitu bapak Erman Mardiansyah ( Kasubdit Pengembangan Filem, Animasi dan Komik ). Turut sama ketua/kepala Seksi Filem Animasi, kepala Seksi Animasi, Kepala Seksi Iklan Elektronik dan Kepala Seksi Akses Pembiayaan Non Bank dan wakil penyelidik. Sesi perbincangan berlangsung dengan aman, tenang dan ilmiah sekali. Seronok dapat bertemu dengan sobat-sobat dari seberang dan bertukar pandangan, idea, pendapat serta cadangan mengenai komik. Jelas ternyata akan kesungguhan mereka untuk memaju, mengembang, membangun dan menjadikan seni komik dan animasi sebagai kerjaya profesional dan sebagai satu sumber ekonomi negara. Tengok tu, gue besungguh memberi penjelasan mengenai komik dan majalah humor tempatan (di sini majalah FUYYOO! ), si Pejal enak-enakkan saja makan ais krim! Langsung ngak dipelawanya gue. Tau tau udah abih ais krim dibedal si Pejal! 

   Indonesia mempunyai begitu ramai sekali pelukis komik ( dan segala cabang seni lagi )  yang sangat berbakat dan kreatif dalam berkarya. Dalam perbualan dengan sorang peserta iaitu cik Jhosephine ( wakil penyelidik ) beliau berkata, Indonesia mempunyai begitu ramai sekali pelukis komik tapi sayang/malangnya karya-karya mereka tidak ada pembeli. Dalam Comic Fiesta yang dianjurkan di sana, ramai pengunjung yang datang tapi pengunjung tak mempunyai ‘kuasa’ untuk membeli komik-komik yang dipamerkan untuk dijual. Tidak seperti Comic Fiesta di Malaysia, pengunjung datang untuk membeli! Itu bezanya di sini dan di sana. Karyawan di Indonesia tak boleh hidup dengan melukis komik!”.  Kedatangan rombongan ini ke Comic Fiesta antaranya adalah dalam usaha untuk mengubah senario yang berlaku di Indonesia. Selamat berusaha pada semua. Ngak ada jalan yang mudah untuk berjaya! Moga berjaya!
Dalam Comic Fiesta ni, cosplayers dikuasai oleh watak manga dan anime dari Jepun sepenuhnya. Adalah Batman, Spiderman, Thor, Loki dan Wolverine seko gua nampak. Ini Comic Fiesta atau Manga Comic Fiesta? Ntah la. Gabungan kali pertama antara Heart of Steel dengan Manteraworks dan geng Gelabah yang sangat jangal, serba tak kena dan kontroversi! Tak apa, biar jangal, tahun depan insyAllah, gabungan ini akan menguasai Comic Fiesta 2014!

14 comments:

Rafi said...

waduh..gue pun ngak tau ada comic event kat klcc..kalau tau dah lama gue datang loh..

happy new year bro gayour!

berteromber said...

all the best for 2014 bro...

deaf-angel said...

Aku rasa ko punye pencil box paling best la dalam dunia. Hahaha.

Best wishes gayour untuk 2014.

Xeno said...

Gayour punya booth adalah booth paling METAL di Comic Fiesta 2013...hahaha

gayour said...

rafi
ya, ramai tak tahu. tak apa, tak best manapun. haha!

berteromber
terima kasih atas ucapan yang gua anggap sebagai doa. sama gak buat lu sekeluarga.

gayour said...

deaf-angel
gua tak amik kisah sangat tapi bila ramai yang terpegun bila melihat dan jadi sebab untuk mereka mula bercakap pasal pensil box metal tu. antaranya;
1- huh! gua penah tengok konset ni dulu.
2 - whoa, manowar!
3- manowar? apa bapak peminat manowar?
4- siapa yang lukis ni bro?
5- paling best, apa ni bro?( generasi mp3 yang tak penah tengok vhs tape)
haha!

terima kasih atas doa.

sicher
haha! booth paling metal pasal booth lain terlalu memuja manga!

faizalmukhtar said...

Ampuh, dong ah!

AKU NAPIE said...

ulasan yang menarik.terima kasih incik Gayour. :)

Saya said...

Ada berberapa booth lagi yang menjual Komik yang tak berasaskan manga atau fanfic. Tapi kedudukannya berselerakan. Apa kata kalau kita rancangkan supaya dalam CF14 nanti semua booth ini diletakkan dalam satu lokus/pulau. Tidak perlu satu identiti, cuma perlu dekat-dekat supaya orang senang jumpa.

gayour said...

faizalmukhtar
ya, memang ampuh dan enak sekali lu makan ais krim tanpa mempelawa gue!

aku napie
ah, blah la! tak gelabah langsung!

saya said
idea yang tak menarik langsung! masing2 punya EGO tersendiri yang tinggi lagi besar. " apa hal gua nak join diorang, siapa diorang tu, apa keuntungan yang gua dapat kalo join diorang, gua bleh survive sendiri la! blablablaaa...

apa mungkin mereka bisa bersatu?

sekiranya semua boleh membuang EGO, menghormati dan ingin bersatu demi kemajuan kartun dan komik tulen BolehLand, tibalah masa untuk membuktikan kehebatan gabungan pelukis2 Melayu pada dunia!

assamble!

Unknown said...

Bersama selamenye bile nk filemkan bro? Mamat kalid dh tanye gua

gayour said...

hazly abd jalal
hah! siapa nak tengok cerita tu kalo difilemkan? itu bukan kisah cintan cintun tangkap leleh, itu kisah KILLKILLKILLDIEDIEDIEEEEE! lagipun semua peminat bersama selamanya dah tua2 bro. harhar!

Cinta Zakirah said...

Saya berminat nak beli buku "Melukis Kartun Cara Gayour" tapi saya check kat Karangkraf stok dah takde..macam mana boleh saya dapatkan? zakirahramli@gmail.com.

Unknown said...

teruje beli karya brader Gayour di Comic Fiesta (walaupun tak diduga). Berbaloi beresak berator panjang untuk masuk.