Sunday, December 15, 2013

FISHING SAFARI 2


FISHING SAFARI
13 SAFAR 1435H – 16 DISEMBER 2013
BAHAGIAN 2

Penat betul bila naik bot dan basah ditimpa hujan. Gua nak menikmati pemandangan sepanjang jalan ke Chalet Terapung di Sungai Merbok dari Tasik Pedu. Tapi apakan daya, mata tak berupaya menahan godaan ngantok. Kena plak hujan rintik-rintik sepanjang perjalanan, apa lagi, KROIH! KROIHH! Maghrib baru sampai je ke Kuala Sungai Merbok tempat kami bermalam pada malam pertama siri Fishing Safari ni.  Kami tido kat chalet terapung tepi sungai/muara. Pengalaman hebat! Makan malam kami kat chalet ni adalah ikan bakar yang telah siap dibakar. Tak bestnye, ingatkan nak bako sendiri. Apapun, Alhamdulillah la. Malam ni, Faizal Mukhtar ( presiden PEKOMIK ) tipon gua pasal nak jemput gua join team dia kat Comic Fest 2013 bulan Disember nanti kat KL Convention. Kena lukis komik baru la plak untuk Comic Fest ni.
Gua tak dapat banyak maklumat pasal tempat ni untuk dikongsi. Kerana masa kami tak lama kat sini. Memang untuk tido saja. Selepas Subuh gua terus keluar di beranda untuk menikmati pemandangan pagi di muara sungai. Tak berapa indah pemandangan kerana awan berarak hitam. Tanda-tanda hujan akan turun lagi hari ni. Sayang tak dapat menikmati pemandangan hutan bakau dan apa yang ada kat sini. Hutan bakau, antara hutan paling cantik dan exotic di dunia. Penuh dengan flora dan fauna. Gambo ni dirakam pada pagi esoknya, bukan masa sampai.


 Bersama encik Ijai ( editor UMPAN – gua adalah ilustrator dalam majalah ni. Pasal tu Ijai bawak gua join untuk merasai, menghayati dan mengalami sendiri. Baru ada feel melukis. HEH! ) sengeh-sengeh begambo depan laluan ke chalet.
Sila datang ke sini sendiri atau ramai-ramai untuk amik gambo, tido atau saja sengeh-sengeh.
Sebahagian dari chalet terapung yang ada kat sini.
Sebahagian dari ahli program Fishing Safari merakam gambo kenangan di tepi Chalet Terapung Sungai Merbok sebelum blah ke destinasi seterusnya iaitu Kuala Dulang. Terima kasih banyak-banyak pada pihak pengurusan chalet.
Hujan rintik-rintik sepanjang perjalanan ke Yan@Kuala Dulang. Rombongan kami lalu ikut jalan kampung tepi tali ayaq, sawah kiri kanan. Rakaman gambo Gunung Jerai dari bendang yang masih menghijau.
Selepas minum pagi kat warung tepi jeti Kuala Dulang, adrenalin mula mencanak untuk menduga ikan tenggiri dan GT ( HEH! ). Semua dah sedia dengan set pancing ( tajaan Aji King ) masing-masing. Hari ni kita mancing ke laut dalam program Fishing Safari. YEAHHHH!
Selamat datang ke  Kuala Dulang. Nasib la dapat tenggiri atau tak!
Jeti bot nelayan Kuala Dulang, Yan Kedah Darul Aman. Semua bot parking kat sini, bot nelayan ke laut tangkap ikan dan bot yang disewa orang untuk mancing atau mencandat sotong bila musimnya.
Ini adalah pengalaman pertama gua pegi mancing tengah laut naik bot. Semua dah tak sabo untuk ke laut! Ada tiga buah bot membawa rombongan kami . Dua bot pergi mancin, satu bot lagi untuk round ke pulau dan pegi mandi laut. Baguih dok ada!


Tak kisah la dapat seko atau dua ratus ekor ikan tenggiri, yang penting adalah pengalaman. Masa sesi penerangan kat Homestay Kampung Pantai Jamai, tuan Pengarah Tourism Kedah tanya,” siapa tak penah mancin di laut?’. Gua angkat tangan. Beliau Tanya lagi, “ siapa rasa dia akan mabuk laut?”, Dengan pantas gua angkat tangan! HEH! Ya, gua tak penah ke laut, jadi kemungkinan besar untuk mabuk laut memang tersangatlah tinggi. Lepas sarapan tadi, staff tourism mengedarkan ubat tahan muntah/mabuk pada semua. Gua telan dua bijik! Reputasi kena jaga beb. Jangan mabuk! HEH! Sengeh-sengeh masa tekong mula start injin.
Hanya enam orang saja dalam bot yang gua naiki temasuk tekong. Bila dah naik bot baru gua tahu kenapa tak boleh lebih dari enam orang dalam satu bot. Satu untuk keselesaan begerak dan dua, keselesaan masa memancin. Tak la besilang tali. Kalo ramai sangat bot boleh tenggelam! Hahaha! Kehebatan tekong mengawal bot dengan kaki. Kuang hajak!
Kehebatan Gunung Jerai dari laut! SubhanaAllah, maha hebat Allah yang mencipta semua ni. Pemandangan Gunung Jerai yang mengasyikkan.
Dua buah bot lagi yang membawa sahabat-sahabat  lain menuju ke distinasi memasing berlatarbelakangkan Gunung Jerai. Selamat mancin dan mandi. Moga selamat!
    Dalam perjalanan ke lubuk ikan, kami melalui pulau ni. Tahu apa nama pulau ni? Tekong bagi tau, itulah Pulau Bunting. Pulau Bunting? Ya, pasal pulau ni nampak cam perempuan mengandung sedang baring. Pasai tu depa namakan Pulau Bunting. Jangan ingat pompuan je bunting, pulaupun buleh bunting. HEH! Kalo kat Langkawi plak ada Tasik Dayang Bunting.  
Yang  tiga serangkai ni plak namanya Pulau Bidan ( kiri sekali ), Pulau Telur ( tengah ) dan Pulau Songsang ( penduduk tempatan panggil Pulau Songsong). Kkat Pulau Songsong tu la depa pi mandi pasal pulau tu ada pantai.
Sampai ke lokasi mancin kami. Jauh gak ke tengah laut. Tapi tak la jauh sangat.

Sengeh-sengeh dengan kerapu sekolah rendah dan kerapu budak tadika! Bukan gua yang dapat kerapu ni. Saja belagak begambo. Masa dalam perjalanan tadi gua dah mula ngantuk ya amat! Tak tau apasal. Tak boleh tahan. Gua baring kat tempat tekong kawal bot. Kena alunan ombak… terus lena diulit mimpi. Tak dapat mancing sangat pasal ngantok. ARGHHH!
Pengalaman mancing di laut memang bebeza dengan mancing kat sungai. Bila tak dapat ikan memang boring ya amat! Kena plak cuaca yang paneh. Lagi la tetekan! Trip mancin kali pertama gua ke laut memang tak ada rezeki. Tak apa, yang penting pengalaman.
Bot kami paling terakhir baik ke jeti setelah penat dan bosan mencuba. Bukan team kami je tak boleh ikan, team lagi satupun sama rupanya. Tak dapat ikan yang kasar-kasar. Memang tak ada rezeki walau gua rasa sket kecewa. Nak gak rasa tarikan tenggiri, GT 10 kilo atau kertang 30 kilo! HEH! angan-angan kan main lagi. Hee..
Penat ke laut lebih penat dari penat masa kat Tasik Pedu semalam rupanya. ARGHHH! Itulah yang dirasa dan dihadap oleh nelayan tiap-tiap hari dalam mencari rezeki. Lebih teruk dan mencabar lagi sekiranya ribut. Respek pada nelayan yang berani dan handal ke laut! Terima kasih Kuala Dulang, walau tak dapat GT 10 kilo. Distinasi kami seterusnya adalah Gunung Jerai. Ya, Gunung Jerai yang gua nampak bediri dengan megahnya dari laut tadi. Guapun tak sangka akan ke Gunung Jerai. Jarak dari bawah ke puncak Gunung Jerai antara 12 - 13 kilometer tinggi. Tak perlu susah payah nak panjat, merendah hutan atau begayut kat tebing untuk ke puncak gunung. Naik saja basikal, motor atau kereta untuk ke puncak Gunung Jerai. Senang. Kami akan berehat dan bermalam di The Regency  Jerai Hill Resort malam ni. Kenapa Jerai Hill? Patutnya Jerai Mountain. Ntah la. Walau penat ke laut, buat-buat happy tesengeh-sengeh  amik gambo dengan pokok bunga apa ke nama beliau ni kat ataih Gunung Jerai.
Sekiranya cuaca cerah, pemandangan  lebih syahdu, indah dan mempersonakan dari puncak Gunung Jerai ni. Boleh nampak seluruh Kedah sampai ke Langkawi hingga ke Gunung Everest! HEH! Sayangnya cuaca mendung masa kami. Pemandangan tak berapa jauh. Sekali lagi sengeh-sengeh bersama Ijai dan Mohseng ( kanan ) masa mula sampai  ke The Regency Gunung Jerai.
Suasana petang yang tenang, aman, damai dan dingin atas gunung masa kami sampai. Lepas welcome drink dan amik kunci, terus ke rumah masing-masing. Tu, rumah  yang paling kiri sekali tu la rumah gua dengan Ijai kat The Regency ni. Yang ramai-ramai tu ntah budak-budak mana ntah. Sibuk je depan rumah tangga orang!
Sebahagian dari pemandangan kat sini. Antara kemudahan yang disediakan, ada kolam renang, taman permainan, taman bunga, tempat lepak dan lain-lain. 
Adalah satu kerugian sekiranya berada di Gunung Jerai kalo tidak melihat, menikmati dan merakamkan gambo matahari senja.
Gua tak berupaya nak pergi melihat apa lagi nak menikmati keindahan matahari senja pasai sakit kaki. ARGHHHH!
Semua gambo waktu Wasted Sunset ni adalah ehsan encik Ijai. Beliau yang amik semua gambo ni. HUH! Biase-biase je Ijai amik gambo. Tak la cantik mana tapi sebenarnya... eeee... cantiknye!
Cuaca sangat cepat berubah kat atas gunung ni. Kejab saja dah gelap dan mula rasa sejuk tegedik-gedik.
Dari warna kuning keemasan, cahaya matahari bertukar keputih-putihan dan langit biru kelihatan bila matahari makin tenggelam.
Pertukaran waktu antara siang ke malam. Waktu Maghrib, masa untuk hantu setan  menerpa keluar untuk menggoda, menghasut dan membisikkan kejahatan pada manusia.
 Masa kecik dulu, bila waktu senja , mak mesti menjerit suruh masuk ke rumah. Mak marah kalo masih bermain waktu senja. “Nanti kena sorok hantu!”,  kata mak menakot-nakotkan kami. Patutpun, waktu senja adalah waktu hantu setan mula berkeliaran menjalankan tugas durjana mereka.
Malam lepas solat jama' Maghrib dan Isya ( peluang meringkaskan solat tak boleh disia-siakan, apa lagi peluang atas gunung ), kami makan malam steamboat bersama YB Senator Dato’ Maznah Mazlan iaitu Timbalan Menteri Tourism Malaysia. Semua dah lapo, semua tak sabo…
Sungguh enak makan steamboat, tom yam atau sup yang panas-panas dalam cuaca yang tegedik-gedik ni. Sedang kami makan dan menambah segala bahan dalam rebusan steamboat, YB  bercerita pengalaman beliau menyertai pertandingan Langkawi International Fishing Tournament 2013 yang sedang berlangsung.
Kemudian sedikit penerangan dari pengurusan resort mengenai resort, kemudahan dan apa yang ada kat atas Gunung Jerai pada pelawat atau pelancong. Sedikit  info pengenalan Gunung Jerai.
Tak ketinggalan pasal sejarah dan latarbelakang Gunung Jerai. Boleh baca kat sini. Masa ni gua dah rasa mengantuk sangat. Maklum la jadi nelayan pi ke laut siang tadi. Gua dah tak tau apa yang beliau cakap. Kepala hotak ingat nak tido je!  Lepas makan, sejuk plak… apo laie, tangkap lentok la!
Photo suasana malam dari Gunung Jerai yang dapat gua rakam dalam keadaan terhuyung hayang ngantok ya amat masa perjalanan balik. Hancur!

Selamat malam. Apa aktiviti liar kami di Gunung Jerai? Ikuti bahagian ke tiga Fishing Safari. Tapi kalo tak nak tau pun tak kisah!

TAMAT BAHAGIAN KE DUA FISHING SAFARI
 

6 comments:

Adi Herman said...

Makan steamboat kat atas gunung jerai = the best in the world!

deaf-angel said...

Gayour, interesting post as usual.

Kagum aku...

gayour said...

adi herman
ya, memang terbaiek. kena plak ataih gunung yang sejuk

deaf-angel
hairan gua dengan lu. apa nak kagum? biaso yo.

moh seng said...

Ada mamat..dato maznah bercerita bagai nak rak...layan zzzzzz.. Hihii.. Lotih mancing kek laot..

gayour said...

moh seng
haha! ngantuk gilo bang!

leparian said...

ha2..ha22..haaaa