Friday, February 06, 2015

IMARAH MASJID


 IMARAH MASJID
DOODLE DAN BENGKEL KARTUN
17 JAMADILAWAL 1436H - 07 FEBRUARI 2015


Penah dengar dan tengok lukisan DOODLE?
Tak penah? Guapun tak penah dengar masa belum penah dengar dulu. Biasa la tu.
Hari tu, bulan lepas, gua dijemput untuk melukis lukisan doodle dalam
program Imarah Masjid anjuran Karya Bestari dan majalah I terbitan Kumpulan Media Karangkraf kat Masjid Bukit Indah Ampang pada hari kedua program (10 Januari 2015) bersama beberapa orang sahabat yang pernah dan kali pertama lukis doodle cam gua. " lu penah lukis doodle ke?" Ujar gua pada Amin Landak. " Err... tak pernah. Ni kali pertama nak buat. Heee...", ujar beliau. Terbaik!

Kali pertama lukis doodle. Ingatkan atas kertas biasa, rupanya atas plywood yang dah siap dicat dan disediakan dalam perkarangan masjid. Anggaran plywood saiz 10 x 4 kaki yang perlu dilukis oleh seorang pelukis. Lukis la apapun yang ada mesej kebaikan. Plywood putih sebelum didoodlekan.

 Dari mula dapat tugasan ni gua fikir nate beghuk gilo apa doodle ni ya. Apa yang gua nak lukis? Google tengok apa doodle, macam mana rupa ilustrasi doodle. Bila dah tengok contoh yang ada, "kalo cam ni gua dah lukis stail/genre doodle lama dah rupanya!" tegas gua pada diri sendiri.  Hanya tak tahu namanya doodle. Senang saja lukis doodle ni rupanya. Pusing sana, cilok sini, tarik sana dan ulang-ulang balik lukis objek yang sama. Hahaa!

 Tanpa kita sedar, masa bengayut kat tipon dengan awek, ada plak pen dan kertas, tangan mula melakar/menconteng garisan bulat-bulat atau gambo bunga, kuda, beruk, pisau, peluru, kuih samprit, awan larat, bangunan atau apa saja, itulah doodle! Doodle gak tercipta masa kita bosan tahap beruk masa cikgu mengajar dalam kelas. Tangan mula menconteng buku latihan. Terciptalah doodle. Cam tu punya mudah, tanpa dirancang atau perlu terer melukis. Siapapun boleh mendoodle!

 Ok, gua dah dapat apa yang gua nak buat setelah tengok apa yang sahabat-sahabat lain buat. Walau dalam program Imarah Masjid dan dalam masjid plak, tak semestinya kena lukis gambo masjid. Ini satu pemahaman yang statik, skima dan tak bekembang. Sepatutnya tak cam tu! Mesti atau boleh buat ilustrasiyang lain, bukan semata masjid. Kerana lebih menarik bila mesej disampaikan dengan cara tersembunyi agar jamaah yang lemah minda boleh berfikir dan membuka minda bila melihat sesuatu gambaran tersembunyi.

Ilustrasi masjid, orang pergi solat, membaca Al-Quran dan lain-lain bukan tak boleh tapi  tidak mencabar dan membuka minda kerana semua orang tahu, masjid adalah syiar dan tempat ibadah orang Islam. Pendekatan sedikit tricky dalam karya perlu dilakukan dalam menarik minat dan mendidik generasi muda agar berfikiran kreatif atau di luar kotak katanya. Apa yang gua maksudkan, jangan la strait foward  sangat dalam menyampaikan mesej.

Semua yang ada disekeliling kita boleh diambil dan dimanfaatkan dalam berkarya dan menyampaikan mesej. Gua mengambil ikan sebagai subjek utama dalam karya doodle 10x4 pertama gua sebab ia mudah dilukis! Sebab kedua kerana rasa seni sangat la kononnya bila lukis ikan, bunga, air terjun, pokok, rama-rama, bulan, bintang, 
corak ukiran dan lain-lain. Heh!

Mari kita lihat ikan yang meliuk-liku berenang (selain dari dibakar atau digoreng), ikan juga memberi ketenangan pada jiwa kacau dan minda serabut bila melihat beliau berenang.  Kalo tak caya, cuba la beli tiga,lima ekor tiger barb atau kelisa dan duduk tengok ikan-ikan tu berenang dalam akuarium. Leka dibuatnya. Amarah! Jangan la beli ikan emas yang lemah tu. Lemah minda kita melihat beliau berenang! Lagi satu, jangan bela ikan banyak sangat, boleh serabut minda melihat senarai makanan yang perlu dibeli dan jumlah bil! ARGHHHHHH!

Ikan adalah subjek pilihan dalam lukisan doodle gua kerana ia mudah dilukis. Tak perlu bekerut dahi mengingat  rupa kubah masjid, pagar masjid, mimbar atau menara speaker. Tak perlu rasa tertekan.  Mendoodle sepatunya menyeronokkan bukan tensen! Hanya perlu lukis anatomi ikan berulang-ulang dari pandangan mata burung. Nampak bosan ulang perbuatan yang sama, sebenarnya tak kerana seronok melukis lenggokkan ikan. Seni la kononnya! 

Ni kali pertama gua lukis doodle dan gua tak tahu displin doodle yang sebenarnya. Pada gua ( sekiranya betul apa yang gua lukis ni menepati genre doodle ) melukis doodle tak mencabar langsung! Bukan nak belagak sombong. Ia terlalu mudah dari pengalaman gua lebih 28 tahun 'benar-benar' melukis. Doodle seperti main-main. hanya seronok-seronok atau menunjuk-nunjuk saja. Ia lebih pada  gedik-gedik atau mengada-ngada. Kerana pada gua doodle tak perlukan seseorang tu belajar dan tahu anatomi dan lain-lain dengan betul. Lukis saja ikut rasa, gerak hati atau apa yang nak diconteng dalam sketch book. Bebas berkarya la kononnya!

Semua mencari cinta sejati dan bahagia dalam hidup. Itulah yang kita mahu dan usahakan. Inilah yang ingin gua sampaikan melalui karya doodle ni. Tak la berapa tricky tapi memberi ilham/pilihan pada semua bagaimana mencari tema/subjek dalam berkarya dan berdakwah. Jangan hanya melihat atau nampak satu arah/cara saja. Kalo nak berdakwah saja mesti masjid, mesti kubah masjid.  Kena tukar pemikiran ni. Gunakan pelbagai cara dan pendekatan yang kreatif dan menarik.

Semua ikan berenang dari semua hala menuju ke cinta sebenar. Tafsirkan lah sendiri wahai sahabat yang lemah minda dan tak la berapa bijak. Harharhar!


Gua dah kata, ini adalah doodle pertama gua ( kalo betul la yang gua lukis ni doodle ) dan gua sedia untuk ditegur bahawa yang gua buat ni bukan doodle. Salah, tak betul, buruk, huduh,  tak tepat. Doodle bukan macam ni. Blablablaaa....

Tapi fikir balik, apa peduli betul atau salah? Gua akan abaikan semua teguran, kritikan temasuk kalo ada pujian. Harharhar!

Karya doodle gua. Berapa ekor ikan meliuk-liuk dalam ilustrasi ni agaknya? Kira sendiri la kalo nak tahu. Harharhar! Guapun hilang akal dan haluan masa kira jumlah ikan dalam ilustrasi yang gua buat ni. Bila dah siap, gua rasa apa yang gua lukis ni bukan doodle. Doodle ke cam ni? Ntah la. Pada yang pakar, doodle ke cam ni?

Karya encik Amin Landak. Cara penyampaian yang agak menarik tapi beliau hilang akal di tengah jalan untuk mengabiskan karya!

Doodle saudar Am, seorang kartunis dari LHDN yang lebih agresif dari Tuyuk dalam menghasilkan karya! Doodle encik Tuyuk tertinggal la plak nak share kat sini. AHHH! Tak kisah la. Lagipun doodle beliau tak la cantik mana. Harharhar!

Gua lupa nama sahabat yang lukis doodle ni. ARGHHHH! 

Karya encik Wukong. Beliau terpaksa melihat rujukan dari google (handphone) untuk melukis masjid yang pelbagai rupa. Kan menyusahkan. Apapun beliau berusaha!

Bersama barisan pelukis/kartunis doodle yang berjaya menyiapkan karya memasing yang berukuran 10x4 kaki dalam masjid. 

Doodle encik Tuyuk nun paling jauh sayup mata memandang! Korang pelukis doodle tegar la kononnya penah lukis sebesar yang kami buat?

Bukan saja mendoodle, gua gak dijemput untuk mengendalikan Bengkel Asas Melukis Kartun bersama anak-anak kariah Masjid Bukit Indah pada 11 Januari 2015

Bersama sebahagian dari anak-anak murid perserta bengkel Asas Melukis Kartun pada hari ke ketiga program Imarah Masjid. Semua perserta dapat sebuah buku Melukis Kartun Cara Gayour sebagai rujukan dan hadiah dari Masjid Bukit Indah. Terima kasih atas jemputan dan berseronok la mendoodle!



6 comments:

deaf-angel said...

Cantik2 lukisan semuanye...
Noodle tahu la, doodle ni baru tahu lepas baca ni. ..

D'arsil said...

oh camtu ke doodle tu, baru tahu. lepas ni nak buat lah hahaha

Rafi said...

Baru tau apa itu doodle..yg saja2 conteng berulang2 tu rupanya..apa pun kesemua lukisan di atas tu mmg menarik..

gayour said...

deaf-angel
noodle, dodol... tu semua makanan dan boleh dimakan tanpa was-was sekiranya halal. haha!

d'arsil
ya, boleh cuba try lukis doodle gambo pelbagai jenis gitar. enjoy!

rafi
boleh la encik mendoodle lepas ni kalo boring masa meeting

Yob Aidil said...

Wow! kan best kalo tiap2 mesjid buat ektiviti camni.. kan mesjid tu pon umpamanya dewan masharakat..

er.. lame menyepi.. ingatkan membawa diri huhuhu

FIRDAUS HUSAIN / TUYUK said...

harharhar..meme x cantik pom