Friday, February 05, 2016

KOLEKSI BERSAMA SELAMANYA

KOLEKSI EMAS 
BERSAMA SELAMANYA
27 RABIULAKHIR 1437H - 06 FEBRUARI 2016


Sekian lama sejak kisah Bersama Selamanya tamat ( ya, kisah ni TAMAT. Gua lukis sampai TAMAT! ) ada la sorang dua yang tanya;
1- koleksi Bersama Selamanya Vol. 1 ado lagi tak
2- macam mana nak dapatkan koleksi Bersama Selamanya Vol 1 dan Vol.2 
3- Bila volume tiga akan diterbitkan

Pertanyaan ni benar-benar mengganggu kepala hotak bejambul gua ( dan juga encik Azrul - bahagian Pengedaran dan Promosi MOY Publications Sdn.Bhd ) selama hampir 15 tahun! Boleh gilo pakcik!

Untuk mengelakkan kami hilang akal dan cemuih sepanjang masa, pertemuan diatur dan persefahaman dipersetujui. Alhamdulillah... akhirnya koleksi Bersama Selamanya yang diimpikan oleh peminat tegar Bersama Selamanya telah berjaya diterbitkan!



Pada semua peminat yang bertanya dan berjanggut menanti koleksi lengkap Bersama Selamanya, Bekazon.com menawarkan beberapa pakej istimewa koleksi ini untuk dimiliki mengikut bajet 2016 memasing. Semua pakej adalah ekslusif untuk peminat Bersama Selamanya memiliki.


 Gold Edition - RM449.00 + pos laju RM31.80 = RM480.80


 Silver Edition - RM249.00 + pos laju RM23.85 = RM272.85


 Pakej A - RM159.00 + pos laju RM21.20 = RM180.20


Pakej B - RM99.00 + pos laju RM11.26 = RM110.26




Terima kasih diucapkan pada yang telah membuat tempahan. Pada yang belum dan berhajat nak memiliki koleksi ini, pilihlah  pakej ikut bajet korang dan buat tempahan secara online di;

www.bekazon.com

kalo korang rasa marah, tetekan dengan tekanan hidup,
tak puas hati tak memasal atau hilang akal pasal koleksi ni, boleh tanya kat bekazon.com. Encik Azrul boleh jawap. HEH!

bersama selamanya


Sunday, January 31, 2016

MOTLEY CRUE


MOTLEY CRUE
22 RABIULAKHIR 1437H - 01 FEBRUARI 2016


the final "SHOUT AT THE DEVIL" tour

too fast for love
shout at the devil
theatre of pain
girls,girls,girls
dr.feelgood
generation swine
new tattoo
spirit of los angeles


time for change





Thursday, December 31, 2015

Wednesday, December 30, 2015

ANUGERAH KAMPUNG BOY


SELAMAT TINGGAL 2015

ANUGERAH KAMPUNG BOY 
19 RABIULAWAL 1437H - 31 DISEMBER 2015

Satu peristiwa penting dalam dunia penerbitan majalah humor dan pada kartunis tanahair telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Oktober 2015 yang lalu iaitu  Anugerah Kampung Boy. Ini adalah satu peristiwa penting dalam sejarah kartun negara. Dah nak abih tahun baru gua kelam kabut nak post kerana besar, penting serta bersejarahnya peristiwa ini.



Gua dilantik sebagai salah seorang AJK pelaksanaan program serta juri dalam pemilihan ( dan penyingkiran ) calon yang layak untuk menerima anugerah yang akan disampaikan oleh PM dalam majlis Anugerah kampung Boy 2015.

 Pada hari anugerah, gua datang awal untuk membantu apa yang patut. Selepas zohor, antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi bengkel kartun bersama kartunis oldskool, saudara Kerengge bersama pelajar dari UITM Puncak Alam dan Universiti Multi Media. Gua join sama sebagai pemerhati.

Habis bersama brader Kerengge, giliran tetamu terhormat iaitu Datuk Lat untuk bersama rakyat serta pelajar dan pensyarah dalam sesi Sepetang Bersama Datuk Lat. Gua jadi bidan terjun, jadi pengacara majlis. Tak sangka boleh bersama Datuk Lat petang ni.


" Kenapa anugerah ni dinamakan Anugerah Kampung Boy bukan Anugerah Kartunis atau nama lain datuk?" Datuk Lat menjawap dengan tegas, " Tujuan utama adalah untuk memberitahu atau mengingatkan kita pada asal usul kita. Jangan kita lupa asal usul kita walau kita lahir dan membesar di bandar. Tapi nenek moyang atau mak bapak kita lahir, tinggal dan membesar di kampung, di pinggir hutan, lereng bukit, kaki gunung, tepi muara sungai, tepi laut... merekalah asal usul kita. Kerana itu anugerah ini dinamakan Anugerah Kampung Boy."

Banyak yang dikongsi dan didedahkan oleh datuk dalam sesi pada petang ni. Sangat menghiburkan!


Selepas Maghrib, majlis bermula. Ramai sekali sahabat-sahabat kartunis tua, muda, oldskool, pro serta amatur datang sebagai sokongan temasuk tetamu jemputan dari kalangan menteri, ahli koprat serta rakyat marhein sekelian.


 Datuk Lat sebagai The Main Man memberi ucapan. Datuk Lat telah menyumbang dan menghiburkan seluruh rakyat BolehLand serta sebahagian dunia selama 50 Tahun! Jangan tak tahu. Sempena ulangtahun 50 Tahun sumbangan Datuk Lat dalam industri kartun tanahair, Anugerah Kampung Boy diadakan dengan usaha keras Presiden Kelab Kartunis Malaysia ( KKM ) iaitu saudara/kartunis Juragan serta ahli-ahli KKM yang kuat, handal serta gagah perkasa ( termasuk gua, HEH! ).


Lapan anugerah dan lapan orang kartunis telah dipilih untuk menerima anugerah dalam kategori masing-masing. Pada awal pebincangan, 15 anugerah telah dicadangkan dan dipersetujui. Penerima anugerahpun telah diputuskan. Tapi bila diusulkan pada Datuk Lat, beliau telah mencadangkan untuk memberi lapan anugerah saja pada tahun pertama. Kami akur setelah diberikan sebab kenapa hanya lapan, bukan 15. Dalam anugerah pertama kali ini, semua juri telah bersetuju untuk memberi keutamaan kepada kartunis-kartunis oldskool menerimanya atas jasa serta sumbangan mereka pada pekembangan seni kartun negara. Ada yang mempertikai kenapa tak ramai yang muda dan lebih terbuka pencalonan serta penerima/kategori anugerah... Inilah sebabnya untuk kali pertama. 


 Anugerah Kartunis Lagenda telah diaugerahkan kepada Tuan Haji Zainal Buang Hussein yang sangat gua hormati. Wak Punk, super bike, kereta sport serta awek yang dilukis ZBH membuat lobang hidung gua berdarah beb! ARGHHHHH! Selepas ini tidak ada lagi Anugerah Kartunis Lagenda tapi anugerah akan dinamakan Anugerah Kartunis Lagenda Zainal Buang Hussein sebagai penghormatan serta pengiktirafan kepada beliau. Kerana itu penerima Anugerah Kampung Boy 2015 diberi kepada kartunis-kartunis oldkool yang dah tahap legend seperti Tuan Haji ZBH.


Saudara Mishar yang menjadi orang paling penting dalam penerbitan dan perjalanan awal majalah Gila-Gila diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Khas Juri. 'Asmaradana' dalam Gila-Gila adalah karya beliau paling superb! Sebuah karya Kartun Melayu tulen! Saudara Mishar, dua dari kiri.


 Jungle Jokes, Kalau... adalah karya terhebat sepanjang zaman saudara Jaafar Taib yang sangat popular dan diminati oleh seluruh rakyat yang mengikuti majalah Gila-Gila dari awal tahun 80an. Kini beliau adalah Living Legend atau National Treasure yang selayaknya dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Utama dalam Anugerah Kampung Boy 2015. Jaafar Taib sedang berjalan naik masa gambo ni dirakamkan. Heh!


Lain-lain penerima anugerah adalah;

. Saadon Ishak atau kartunis Don yang sangat diminati menerusi kisah zaman kanak-kanak yang menghiburkan iaitu Dan Din Don serta Pendekar Mato Tige menerima Anugerah Watak Kartunis Animasi menerusi siri animasi Dan Den Don.
. Saudara Raggie Lee menerima Anugerah  Kartunis Editorial
. Anugerah Kartunis Malaysianan yang buat pertama kali diada dan diberi kepada saudara Abdul Fatah Ngah yang sangat kuat mempromosi negeri Terengganu melalui kisah Lagak A. Mahmud.
. Anugerah Kartunis Terbaik dianugerahkan kepada kartunis wanita yang sangat kuat, gigih serta bersemangat dalam berkarya hingga ke hari ini iaitu Puan Sabariah Jais atau kartunis Cabai.
. Kartunis Lambok mewakili kartunis generasi separuh lama dan baru yang menerima Anugerah Kartunis Muda Berbakat


Bersama Kartunis Imuda serta Bor ( kanan sekali ) yang datang memberi sokongan walau tak tercalon. Gua caya lu bro!


Beberapa minggu setelah berakhirnya Anugerah Kampung Boy dengan jayanya, satu majlis makan malam meraikan Pemenang Anugerah Kampung Boy 2015 telah diadakan  di Cafe PICC Putrajaya. Majlis makan malam ni gak telah berlangsung dengan lebih berjaya lagi. Hahaaha...!

 Presiden KMM telah membelanja kami makan steamboat. Walau ada pemenang serta sahabat-sahabat lain tak dapat hadir, ia tidak membuatkan kami hilang selera makan pada malam tu.


Saudara Juragan ( Presiden KKM ) yang hanya nampak kepala sedang menyampaikan ucapan yang membuatkan hadirin marah dan hilang selera. Nasib baik beliau berucap setelah kami makan. Heh!


Setiap pemenang Anugerah Kampung Boy yang hadir pada malam ni diberi peluang untuk berucap dan berkata apa saja pasal anugerah serta harapan. Masa malam Anugerah Kampung Boy bersama PM hari tu mereka tak diberi peluang untuk berucap. Jadi malam ni boleh kata apa saja.


Ada beberapa perkara besar yang dibincangkan diakhir pertemuan. Antaranya Yayasan Kartunis Malaysia. Itu saja yang boleh gua kabokan. Tahniah pada semua pemenang. Moga dengan adanya anugerah ini akan membuatkan semua kartunis tanahair betambah gigih dan bersemangat untuk menghasilkan karya Malaysia@Melayu Tulen! In shaa Allah, ada rezeki, tahun hadapan atau tahun seterusnya, KKM akan mengadakan lagi anugerah untuk menghargai, mengangkat serta menaikkan kembali martabat kartunis serta industri kartun tanahair. Harap akan ada penambahan kategori serta penerima. 

Pada kartunis tua atau muda, semua berpeluang untuk mendapat penganugerahan serta pengiktirafan berprsetij ini. Berusahalah menghasilkan karya tulen kerana ketulenan serta keaslian karya adalah kreteria terpenting dalam pemilihan!

Berjayalah kartunis dan komik tulen tanahair di tahun 2016 dan seterusnya!

In shaa Allah





Monday, December 28, 2015

DOODLE 2015


SELAMAT TINGGAL 2015

DOODLE 2015
17 RABIULAWAL 1437H - 29 DISEMBER 2015

Tahun 2015, gua mula melukis DOODLE secara tidak dirancang dan yeah... boleh kata terpaksa!
Sejak kali pertama melukis doodle pada awal Januari dalam program imarah masjid kat Ampang, gua terus melukis doodle dalam beberapa program sepanjang tahun 2015. Gua tak bepeluang mendoodle kat kertas saiz A4 tapi terus mendoodle kat medium berskala agak besar sejak kali pertama.

Ada beberapa program gua dijemput untuk mendoodle bersama sahabat-sahabat. Antaranya kat Karnival Uniti Kolej Tanjung Agas, Port Dickson dari 03 April hingga 05 April 2015 yang lalu.





Ada satu lagi program mendoodle kat masjid Al-Khairiyah, Batu Caves, Gombak pada 18 April 2015, tapi sayangnya photo ilustrasi doodle tu hilang ke mana ntah. Guapun malas nak cari, jadi tak dapat la nak share kat sini. Doodle gua kat masjid Al-Khairiyah berkonsepkan ( konsep konon ) binatang yang disebut dalam Al-Quran. Babi, monyet/kera, ikan paus, burung, labah-labah, lembu, kambing, lalat, lebah, nyamuk, ular, jengking, semut, rama-rama dan segala jenis binatang yang ada dalam Al-Quran. 

Ada satu lagi program mendoodle bersama Tourism Malaysia Selangor kat Kuala Selangor tapi dibatalkan kerana masalah jerebu pada awal bulan Oktober dulu.

Kat bawah ni plak gua mendoodle kat Universiti Malaysia  Perlis ( UniMAP) dalam sambutan Fiesta UniMAP 2015, Feskon kali ke 10. Perjalanan yang sangat jauh. ARGHHHH!


Tahun bila ya... 2009, 2011... gua penah sampai ke Perlis dalam program anjuran Tourism Malaysia. Ni kali kedua gua sampai ke Perlis. Gua suka tengok bukit-bukit kat sawah bendang yang banyak kat Perlis dan sepanjang banjaran Nakawan yang cantik dengan hutan tebal menghijau ( seni la kononnya. Heh! )

 Gua penah masuk dalam Gua kelam yang terkenal tu ( satu pengalaman hebat ), Taman Herba, ladang buah anggur dan Muzium Kota Kayang. 

Untuk doodle kali ni, gua menjadikan keindahan alam dan produk paling popular Perlis iaitu buah mangga Harum Manis sebagai subjek utama. 

 Gua gak dijemput untuk mengendalikan bengkel Asas Melukis Kartun. Bersama sebahagian dari peserta bengkel kartun di UniMAP. Tak salah belajar dan tahu sikit-sikit pasal kartun kerana tak semestinya akan jadi seorang kartunis.

 Tak lengkap sampai ke Perlis kalo tak pergi ke Padang Besar. Gua tak percaya dengan kata-kata tu walau bila saing ajak ke Padang Besar, gua dulu yang angkat tangan. Leceh tul! Penat jalan-jalan tengok itu, tengok ini.  Beli tak banyak mana. Penat lebih! Adoiii laa..

Kali pertama dulu, meriah dengan tebu kat Chuping ni. Tapi sekarang tak ada lagi tebu ditanam kat sini. Khabarnya akan diusahakan dengan projek pembangunan yang lain. Ladang tebu Chuping yang pernah melalui zaman kegemilangannya kini hanya tinggal kenangan.

Satu pertanyaan;
kenapa Raja Perlis tidak menggunakan gelaran 'Sultan' tapi menggunakan gelaran 'Raja'?


Sunday, December 27, 2015

EDDIE THE VIKING

EDDIE THE VIKING
16 RABIULAWAL 1437H - 28 DISEMBER 2015

as salam
lama tak update. bukan tak ada benda nak post, ada banyak alasan. dalam banyak-banyak alasan, MALAS penyebab utama dan di kedudukan teratas. HEH! entry ni berjaya dipost setelah gua 'begasak teruk' dengan si malas dan gua menang! YEEEHAAA!
ni kira entry terakhir tahun ni- ilustrasi Eddie The Viking.

kalo gua bejaya kalahkan malas gua lagi, in shaa Allah, gua akan post satu dua benda lagi sebagai penutup di penghujung tahun 2015.

salam sejahtera sahabat semua

enjoy!

Wednesday, October 14, 2015

SALAM 1437 HIJRAH

TAHUN BARU 1437 HIJRAH
01 MUHARRAM 1437H - 14 OKT 2015

tetinggal nak cakap satu...


umur makin betambah bro!
heh!

gayour
1437H2015

Wednesday, September 30, 2015

JEREBU!


JEREBU 2015
17 ZULHIJJAH 2015H - 01 OKT 2015

jerebu di tanah air
tumpah darah ku tercinta


uhuk!
uhukk!
uhukkk!

Wednesday, September 23, 2015

SALAM EID UL_ADHA 1436H/2015


SALAM EID UL-ADHA
1436H2015


as salam
selamat menyambut dan meraikan Hari raya Eid Ul-Adha diucapkan pada sahabat semua. moga sihat, gumbira dan bahagia meraikan bersama keluarga, saudara,sahabat dan semua orang kampung.

selamat bertakbir, bertahmid, berzikir serta berdoa sebanyaknya.
selamat menikmati sup dan daging korban dengan rakus!

senyum sentiasa

gayour
10zulhijjah1436H


Saturday, August 22, 2015

MAJALAH UJANG DALAM KENANGAN


MAJALAH UJANG DALAM KENANGAN
HARUM SUBUR DI HATI
08 ZULKAEDAH 1436H - 23 OGOS 2015


Siapa sangka, akhirnya majalah UJANG DAN APO? terbitan MOY Publication ditamatkan penerbitannya pada 06 Ogos 2015 yang lalu. Semua rakyat BolehLand dah tahu mengenai penamatan penerbitan majalah UJANG kerana populariti majalah UJANG yang sangat diminati oleh peminat humor tanahair pada pertengahan tahun 90an dulu hingga sekarang. Berita ini yang gua ketahui dari sorang sahabat kartunis dari majalah UJANG sangat memeranjatkan sekali. Gua terkedu, kelu seribu bahasa dan sangat sedih kerana gua bersama saudara Ujang , Aie dan Nik Wafdi adalah pelopor majalah UJANG dari keluaran pertama pada tahun 1994.

Ramai yang tanya,’ kenapa brader Gayour, Aie dan Nik tak guna nama buah, sayur atau ulam-ulaman seperti kartunis UJANG yang lain?”. Kami tak guna kerana kami adalah pelopor. Encik Ujang menyatakan yang dia akan menamakan kartunis-kartunis baru yang akan menyertai majalah UJANG selepas kami dengan nama-nama buah,sayur serta ulam itu sebagai trademark kartunis majalah UJANG. Sebut saja nama Sukun, Duku, Petai atau Bawang… semua peminat majalah UJANG dan majalah humor yang lain tahu, itu kartunis majalah UJANG.

Pada tahun 1991/92, masa gua bertugas di majalah Geli Hati ( terbitan Kumpulan Media Karangkraf ), kartunis Bawang pernah menghantar karya beliau ke Geli Hati dengan menggunakan nama KAYU. Kahkahkah! Gua gelakkan beliau masa beliau mempekenalkan diri sebagai kartunis KAYU melalui talifon. Pasti beliau kecik hati. Ahhh! Lantak la! Bawang antara kartunis terawal menggunakan nama pena yang pelik sebelum terbitnya majalah UJANG. 

Kini semua tinggal kenangan. Apa nak dikata. Guapun tak nak kata lebih-lebih kerana ia sangat menyedihkan. Banyak kenangan pahit, manis, masam, payau, kelat, tragik, sedih serta mengharukan selama 10 tahun ( 1994 - 2004 ) gua bersama majalah UJANG  Ia jadi satu kenangan terindah dalam hidup dan kerjaya gua sebagai kartunis yang akan gua ceritakan pada anak dan cucu. 

Cover keluaran pertama majalah UJANG – Januari 1994 dengan tagline MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA yang bakal menjadi fenomena dan kegilaan peminat majalah humor tanahair. Majalah UJANG muncul dengan idea-idea baru yang gila, sewel dan hebat! Kandungan yang luar biasa dan di luar kepala hotak fikiran, menguja dan yang paling penting ia MENGHIBURKAN! Inilah rahsia kejayaan majalah UJANG selain dari kemunculan kartunis-kartunis baru yang sangat bersemangat dan berbakat. Ramai peminat yang masih bersekolah lagi masa keluaran pertama ini diterbitkan.
Luahan hati dan perasaan kartunis- kartunis kat belakang ( back cover ) majalah UJANG keluaran pertama. Ujang datang pada kami dengan kertas yang telah dia lukis dan conteng.Terus beliau berkata,"sila conteng ikut suka korang kat sini!" Hahaha! Sungguh seronok masa ni.
Cover keluaran nombor tiga, EDISI SUPER GURIH. Apa maksud GURIH. Siapa tahu?  MUSIC MANIA PART 2 dalam keluaran ni. Pioneer of Heavy Metal, Speed Metal, Doom Metal, White Metal, Funk, Reggae dan Blues
Music Mania Part Three of Three dengan kisah muzik Grunge, Hardcore, Rap, Death Metal, Grindcore, Glam Metal dan Thrash Metal! dalam keluaran no 4  ini sebelum bermulanya siri Bersama Selamanya dalam keluaran no.5.

Ini adalah ilustrasi cover pertama majalah UJANG keluaran no 6 yang gua lukis  bersama Ujang. Watak Slash dan Black dihina oleh Din Beramboi! Sayangnya nama gua tak dikredit. ARGHHHHH! Siri Bersama Selamanya Bahagian Dua dalam keluaran ni.

Masa kat majalah UJANG, gua tak banyak  melukis cover. Boleh kira berapa kali saja kerana banyaknya tugasan. Keluaran no 79 ni sekali lagi gua berpeluang untuk melukis cover. Gua mencadangkan kelainan la kononnya pada konsep cover isu ni. Tu yang jadi hitam putih. HEH!  Amar dan Joe sedang KILLKILLKILL! DIEDIEDIEE! dalam Siri Bersama Selamanya keluaran ini.

Iklan koleksi Bersama Selamanya Vol. 1 yang tak berapa laku kat back cover keluaran no.79. Masa ni korang tak nak beli, sekarang baru la tanya, "ada lagi tak, mana nak cari?" HEH! Tak sangka diva penyanyi dangdut masa tu iaitu Mas Idayu tersalah beli koleksi ni. Harharhar! Mr. Steven Spielberg, Bawang dan Mr. Dave Mustaine turut membeli! WOW! Gua terharu…. Robek Hati ku!

Cover terakhir majalah APO? Sehingga keluaran 398, hampir ke 400!
Cover dan keluaran terakhir majalah UJANG nombor 505 yang diterbitkan. Setelah 20 tahun 7 bulan 6 hari, akhirnya majalah UJANG ditamatkan penerbitannya bersama ‘pesaing dalaman’ iaitu majalah APO? yang diterbitkan beberapa tahun setelah majalah UJANG.

 Gua mencari masa untuk pergi menziarah dan melawat sahabat-sahabat kartunis kat MOY setelah menerima berita penutupan majalah UJANG dan APO? sebagai sokongan pada sahabat-sahabat lama yang pernah bersama dahulu.

Beberapa hari setelah berita penutupan operasi dan penerbitan majalah UJANG dan APO?, gua datang sendirian ke pejabat MOY untuk menziarah. Bersama kartunis Lepat, Manggis dan Pengarah penerbitan terakhir APO?, saudara Pandan.

Bersama kartunis Lalang yang badannya keras cam tiang elektrik masa gua peluk dia. HEH! Dah beruban satu kepala pak cik Lalang ni. Manggis, Lepat, Lalang dan Bawang ( dah balik masa gua sampai ) adalah antara kartunis lama dan tua dalam majalah UJANG.

Sebelum balik, sempat lepak minum-minum bersama sahabat lama dan baru kenal dari majalah UJANG dan APO? Yang tersengeh-sengeh paling kiri tu adalah kartunis Lambok yang karyanya sangat diminati dan popular dalam majalah APO?

Yang depan sekali tukang selfie ni adalah kartunis Cendol juga dari APO?. Moga semuanya tabah dan sabar dengan dugaan yang berlaku.
Kejayaan majalah UJANG menjadi satu fenomena dan menyebabkan kerjaya sebagai seorang kartunis begitu popular dan diminati ramai remaja dan belia pada pertengahan tahun 90an dulu. Ramai bakat-bakat baru muncul dan bersaing untuk menjadi kartunis di majalah UJANG atau di majalah humor yang lain. 

Ramai sekali kartunis –kartunis baru muncul dengan pelbagai stroke, cerita dan karakter. Ramai yang berjaya dan menjadi kartunis yang terkenal di BolehLand sepanjang 20 tahun penerbitan majalah UJANG dan APO?
Tak ketinggalan ramai gak yang losers kerana gua rejet tanpa belas karya-karya tong sampah yang mereka hantar ke majalah UJANG. Harharhar!
Harap mereka semua berjaya dengan kerjaya lain setelah gagal menjadi kartunis. Heh!

Besarnya sumbangan majalah UJANG, kartunis dan penerbit, Kharisma Publication hingga ke MOY Publications Sdn.Bnd pada dunia kartun tempatan. Dunia kartun tanahair jadi sangat meriah sepanjang  tahun 90an dahulu seperti meriahnya dunia kartun pada tahun 80an yang dikuasai oleh majalah Gila-Gila.

Terima kasih pada semua karyawan dan penerbit yang pernah menjadi sebuah kuasa besar dan terhebat dalam sejarah penerbitan majalah humor tanahair. Gitu gak terima kasih banyak-banyak pada semua peminat humor tanahair yang menjadi penyokong dan peminat tegar majalah UJANG semenjak diterbitkan.

Besarlah harapan gua moga nanti akan terbit majalah humor baru yang berkonsepkan kartun tulen Malaysia seperti majalah Gila-Gila, Geli Hati, Batu Api, Gelagat atau UJANG yang akan mengembalikan semula kegemilangan majalah humor tanahair. In shaa Allah.

Penutupan majalah UJANG tidak bermakna berkuburnya majalah humor tanahair dan terputusnya perhubungan serta silaturahim antara kartunis dengan peminat. Kita akan tetap BERSAMA SELAMANYA.

TERUSLAH MENYOKONG KARTUN, KOMIK DAN ANIMASI TEMPATAN!

UJANG - 1994 – 2015
sad but true