Friday, September 09, 2016

SALAM EID UL ADHA 1437H


SALAM EID UL ADHA 1437H
08 ZULHIJJAH 1437H - 10 SEPT 2016



moga bahagia, diberkati dan dirahmati Allah

amin.
in shaa Allah

syukur selalu

gayour


Wednesday, August 31, 2016

SEHATI SEJIWA


SEHATI SEJIWA
28 DZULKA'EDAH 1437H - 31 OGOS 2016



ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 59 

syukur sentiasa atas nikmat kemerdekaan

sepakat sekata
SEHATI SEJIWA


Wednesday, August 10, 2016

RUMAH TERBUKA HARI RAYA KKM


JAMUAN HARI RAYA KKM 1437H2016
08 ZULKAEDAH 1437H - 11 OGOS 2016

30 Julai 2016 yang lalu, Kelab Kartunis Malaysia ( KKM ) telah menganjurkan Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Eid Fitr kepada ahli kelab dan juga bukan ahli kelab di Johan Setia, Jalan Kebun Klang. Tak tau la ramai yang datang atau tak. Tapi masa gua sampai, ramai gak sahabat-sahabat kartunis yang datang.


Lepas makan daging biri-biri panggang, nasi impit, lemang dan kuih talam, bergambo kenangan dengan sahabat kartunis yang masih ada masa tu. Sebelah gua, kartunis/ilustrator/karikaturis BolehLand yang hebat, saudara Yaz Malee (Geli Hati, Humor, UJANG dan pelbagai majalah humor lagi). Berkopiah dan berkaca mata coklat, encik Juragan, Presiden KKM dan tuan rumah majlis (Batu Api, Harian Metro). Kanan sekali, brader Tazidi (Presiden PEKARTUN - Gila- Gila)


                                     

Bersama sebahagian dari kartunis/karyawan lejen BolehLand yang hadir. Duduk kiri sekali, brader Kerengge (Geli Hati, Gila-Gila, Batu Api, Humor, Fantasi), Tazidi, Datuk Azman Yusof (Gila-Gila, Fantasi, potret dan ilustrasi awek Melayu yang buat darah tesembur dari hidung gua! ARGHHH!), Yaz Malee, Tuan Haji Zainal Buang Husein
 (Gila-Gila, Fantasi dan ilustrasi super bike, kereta sport dan awek yang buat hidung gua darah mengalir perlahan-lahan...), Juragan dan saudara Bob (SU KKM).

Terima kasih KKM



Thursday, August 04, 2016

BENGKEL ASAS MELUKIS KARTUN SKM ALAM MEGAH 2


BENGKEL KARTUN DAN BOOK2U
02 DZULKA'EDAH 1437H - 05 OGOS 2016

BENGKEL ASAS MELUKIS  KARTUN SMK ALAM MEGAH 2 - BAHAGIAN 2

Tak cukup sehari, kena buat bengkel selama dua hari kerana ramai murid nak join. Sekali lagi Bengkel Asas Melukis Kartun diadakan pada 20 Julai 2016 di SMK Alam Megah 2 Shah Alam.



Betul, ramai pelajar yang join bengkel lukis kartun ni. Semua suka kartun dan suka lukis kartun. Apa yang gua kongsi bersama pelajar yang sangat agresif, rakus dan semangat tak ingat melukis kartun adalah perkara ASAS pasal kartun. 




Semua perkara asas yang sangat penting untuk diketahui, difahami dan dibuat!
 Kerana hampir semua kanak-kanak,remaja atau siapa saja yang suka melukis, akan melukis ikut suka tanpa ambik kisah akan pentingnya belajar dan tahu dahulu semua perkara ASAS melukis. 


Semua rasa dah hebat, terer, tahu dan pandai melukis apa saja! Inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh 100% pelukis baru. Tak kira lukis kartun, komik, karikatur, ilustrasi, animasi, potret... semua ada peraturan dan displin yang mesti diikut. Paling asas adalah kebolehan untuk melakar. Semua kena boleh melakar. Tak kisah cantik, buruk, kemas atau ke laut! Jangan nak belagak terus melukis atau membuat sebuah komik sendiri kalau melakarpun tak boleh! 



Kembali kepada asas melukis. Semua pelajar kena melakar, melukis dan mencipta watak kartun sendiri mengikut panduan yang kongsi dalam bengkel ini. Meniru watak yang dah popular memang mudah dan menjadi kebangaan semua pelukis baru. Kononnya hebat la melukis. Rasa bangga, kembang lobang idung bila boleh menunjuk-nunjuk watak popular yang ditiru/dilukis. Kononnya watak, stroke tu dia la yang cipta. Puihh!


Tak salah meniru watak-watak komik atau kartun yang popular sebagai latihan atau semangat untuk melukis. Tiru la, tekap la sebagai latihan melukis. 


 Dalam masa yang sama, bersungguh la juga untuk mencipta dan memiliki watak kartun atau komik ciptaan sendiri.


 Watak, gaya atau stroke yang ditiru adalah sebagai penyebab, alasan atau semangat untuk melukis dan menjadi hebat seperti mereka dengan watak ciptaan sendiri!


Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti mencipta watak kartun/komik yang beridentitikan Malaysia. Kalau bangsa Melayu, watak yang beridentitikan Melayu.


Tak kisah la watak itu kelihatan buruk tapi yang penting ia adalah watak asli yang kita cipta sendiri. Dari latihan melukis yang berterusan, watak yang buruk, lemah dan tidak menarik itu akan dapat dijadikan cantik, menarik dan komersial.


Kalo semua pelukis muda meniru gaya, stroke, bentuk muka, mata, hidung, rambut, pakaian, bangunan dari negara luar pada watak ciptaan mereka la kononnya, apakah boleh dibanggakan? Cuba bagi tahu dengan bukti, saksi serta hujah... apakah boleh dibanggakan. Ke mana maruah dan jati diri sebagai bangsa Malaysia, Melayu atau bangsa apapun?



Selamat seronok melukis. Lupakan saja kalo rasa tertekan, susah, payah, benci, meluat, marah atau tak minat. Buat la benda lain yang korang suka dan minat. Moga berjaya!



Hari ni cikgu Murni diganti oleh cikgu Ros. Heheee... Terima kasih cikgu Ros dan SMK Alam Megah 2.



Monday, July 25, 2016

BENGKEL KARTUN SKM ALAM MEGAH 2


BENGKEL KARTUN DAN BOOK2U
20 SYAWAL1437H - 25 JULAI 2016

Bulan puasa hari tu gua dijemput untuk aktiviti Bengkel Asas Lukis Kartun kat SMK 
(P) Bukit Kuda, Klang. Penat gak masa berpuasa buat bengkel kartun. Tak apa la, dah lepas dah. 

Pada 19 dan 20 Julai 2016 yang lepas, sekali lagi gua join dengan team Trak Book2U yang dijemput buat jualan buku, majalah kat SMK Alam Megah 2, Shah Alam. Gua plak dijemput untuk aktiviti Bengkel Asas Melukis Kartun bersama pelajar  Bengkel dijalankan selama dua hari kerana terlalu ramai pelajar nak join. 

Ini adalah bengkel hari pertama pada 19 Julai 2016.


Bersama pelajar perempuan yang join bengkel.

Pelajar lelaki memang terer buat bising kat manapun temasuk dalam bengkel gua ni. Becakap saja kerja diorang. Suruh diam pun diorang tak heran. Cakap terus. Aduuu.. tetekan gua dengan pelajar yang tak dengo kabo ni. ARGHHHHH!


Pengisian bengkel gua pasal ASAS kartun kerana ia sangat penting untuk diketahui, difahami dan dibuat! Jadi jangan ambik mudah perkara asas dalam segala bidang. Beri perhatian!


Ada tajaan hadiah dan ada hadiah untuk pelajar yang berusaha menyiapkan tugasan mencipta karakter yang diberi. Cikgu Murni sedang menyampaikan hadiah. Tahniah!


Semua masih lemah, keliru, hilang akal dan tergaru-garu untuk;
1- memilih karakter apa nak buat
2- macam mana nak buat karakter tu
3- karakter apa yang senang
4- macam-macam lagi...
walau beribu contoh telah ditunjukkan.


Baru korang ada akal susah atau senang mencipta watak. Tak apa, ini adalah pengenalan. Terus berusaha melukis untuk lebih faham dan lebih baik melukis.


Semua lukis buruk! Hahahahaaa... Termasuk yang dapat hadiah gak lukis buruk. Tapi walau lukis buruk, beliau dapat hadiah kerana agak kreatif dan berusaha lebih sedikit dari kawan-kawan yang lain.


Jangan malu, gusar, kecewa, takut atau fikir yang bukan-bukan bila lukis buruk. Hey! Semua orang lukis buruk, tak yakin dan salah masa mula melukis. Jadi tak salah lukis buruk atau melakukan kesilapan! Bila dah tahu kelemahan, berusahalah untuk membaiki dan jadi lebih baik. In shaa Allah. Terima kasih cikgu Murni.


Encik Uneh, seorang pengiat dan pengamal tegar teknik Warna Pensil turut hadir mengadakan bengkel warna pensil bersama pelajar sebelum sesi gua. Beliau datang bersama team mobilebookcafe yang merupakan kedai buku bergerak  pertama di Malaysia!

Kepala encik Uneh yang sebenar. Hahaa...


Gua memang pernah menggunakan warna pensil untuk mewarna. Tapi  taklah hardcore seperti encik Uneh. Gua lebih suka dan selesa menggunakan warna air. Respek pada encik Uneh yang terus istiqomah dengan warna pensil dan berkongsi ilmu teknik warna pensil dengan pelajar-pelajar di seluruh BolehLand. Hebat!. Gua jeles!

Teruskan usaha bro!

Kepala encik Uneh yang tak betul. Harharhar!

Tamat hari pertama


Tuesday, July 05, 2016

SALAM EID UL FITR 1437H

SALAM EID UL FITR 
01 SYAWAL 1437H- 06 JULAI 2016




As salam
Hari Raya Eid ul Fitr adalah hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Ia adalah anugerah dan syariat dari Allah. Eid ul Fitr adalah salah satu dari hari kebesaran yang disambut dan  diraikan dalam Islam.  Hari untuk makan-makan, minum-minum dan bergembira. Hari raya bukan hari untuk berduka lara, bersedih hati atau nanges-nanges.

Dengar lagu raya tangkap leleh, tak dapat balik kampung nanges, dengar takbir keluar air idung! Leceh tul la. Lemah!

Jelas telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. – hari raya adalah hari kebesaran, hari kemenangan, hari kekuatan ummah dan hari untuk umat Islam seluruh dunia bergembira meraikannya. Bukan bersedih!

Jadi bergembiralah mengikut batas yang ditetapkan syariat.

“Taqabbalallahu Minna  wa Minkum” 
– ucapan Rasulullah S.A.W. kepada sahabat di hari raya.
“Moga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu”

Pandu cermat
Kenderaan selamat!

Senyum sentiasa

telus, ikhlas dan berjiwa murni

gayour

syawal 1437H



Sunday, June 26, 2016

SPEAKNOEVIL


SPEAK NO EVIL
22 RAMADAN 1437H - 27 JUN 2016


kerana pulut
santan binasa

kerana mulut
badan binasa!

cukup!

semua tahu
'bahaya 
dan jahatnya'
mulut/lidah.

jagalah...

selamat 
mencari dan
 berusaha 
mendapatkan 
Lailatul Qadr.

moga semua
menemui
1000 bulan!


in shaa Allah



Saturday, June 18, 2016

HEARNOEVIL

HEAR NO EVIL
14 RAMADAN 1437H - 19 JUN 2016

HEAR NO EVIL
Jangan dengar suatu berita atau cerita yang tak jelas dan ada unsur-unsur jahat serta fitnah. Lebih teruk kita percaya dan menyebarkannya semasa kita sedang berpuasa.
Contoh cerita jahat yang boleh jadi fitnah;

“Kartunis Petai, Padi, Manggis, Lepat, Ubi dan Bendi memasak mee segera dengan telur mata kerbau pada waktu tengahari dalam bulan Ramadan”.

Tanggapan pertama bila dapat berita ni mesti ingat/kata kartunis tu tak puasa. Teruk tul! Berita ni boleh jadi betul kartunis tu memang tak puasa, makan mee segera tiga bungkus sorang di siang hari. Atau boleh jadi rekaan dan fitnah semata untuk menjatuhkan maruah mereka. Boleh jadi mereka diinaya dengan penyebaran cerita fitnah lagi sensasi ni! Sebaiknya kena siasat dengan adil dan teliti untuk kebenaran. Bertanya pada sumber yang sohih.

Setelah disiasat. Kebenaran telah ditemui. Kartunis Petai selaku ketua kumpulan menjelaskan dengan tegas, yakin, konfiden dan penuh tawaduk;

“Kami difitnah! Kami hanya belajar teknik terbaru dan resepi rahsia pusaka nenek moyang cara memasak mee segera untuk kami masak sebagai menu waktu berbuka puasa nanti. Padi yang mengajar kami. Beliau terer bab masak-masak ni. Takkan belajo masakpun salah? Come on la. Kami puasa tau! “ ujar Petai sambil mengesat air mata kesedihan lalu membenamkan muka beliau di dada kartunis Ubi yang lantas mengusap-usap rambut beliau sambil tersengeh-sengeh.

Kartunis Manggis menambah, “ Orang yang meniago kat bazar ramadan lagi pulok. Pagi lagi dah masok. Tork pulok orang kato tak poso”. Bendi, Lepat, Padi lantas menangis tersedu sedan sambil berpelukan sesama sendiri dan berkata, “ Hidup YB Mangkis! Buko puasa hari ni YB Mangkis belanjo. Yeahoooo!”

Jadi, berhati-hatilah. Fitnah di sekeliling kita. Jagalah pendengaran dari segala yang kotor, jahat, jijik, hina dan fitnah! Selamat terus gagah perkasa mengerjakan ibadah puasa.

Rasulullah S.A.W. membahagikan ramadan itu kepada tiga fasa. Kita telah melepasi sepuluh yang pertama ramadan iaitu fasa Rahmat. Moga kita mendapat kasih sayang dari Allah. Sekarang kita berada di pertengahan ramadan, iaitu fasa Keampunan Daripada Allah. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meminta keampunan dariNya atas segala salah, silap serta maksiat yang telah kita lakukan selama ini agar diampun dan dibersihkan segala dosa. In shaa Allah. Amin

Tuesday, June 14, 2016

SEENOEVIL


SEE NO EVIL
09 RAMADAN 1437H - 14 JUN 2016



kita sedang
mengerjakan
ibadah puasa,
jaga pandangan
mata.
gadis-gadis
genit
berpakaian
seperti tidak
berpakaian
di mana-mana.
ia antara
cabaran
terhebat!

arghhhhhhhh!



Sunday, June 05, 2016

RAMADAN 1437H-2016


RAMADAN 1437H-2016


senyum dan syukur sentiasa dengan nikmat umur, 
kesihatan, rezeki, iman dan ramadan kurniaanNya


telus, ikhlas dan berjiwa murni

gayour
01 ramadah 1437h

Friday, April 29, 2016

PESTA SELAMANYA 2016


PESTA BUKU ANTARABANGSA 2016
21 REJAB 1437H - 29 APRIL 2016


- Pukul berapa gua ada kat booth bekazon?
Ntah la. guapun tak tahu. tapi in shaa Allah, gua ada.
Booth bekazon kat mana, bangunan mana, booth nombor berapa?
Korang cari la sendiri. Asyik nak senang je. Gua pun tak tau. Heh!

Pada hari ahad, pukul 3 petang akan berlangsung acara pelancaran rasmi
koleksi Bersama Selamanya.

Ikut korang la. Nak datang, datang. tak nak datang sudah!




Wednesday, April 27, 2016

PRE ORDER JENAMA X

JENAMA X
20 REJAB 1437H - 28 APRIL 2016

PRE ORDER JENAMA X
tempahan untuk buku JENAMA X telah dibuka. sila pilih pakej 
yang ditawarkan ikut suka dan bajet korang






sila ke 
jenamax.com
untuk tempahan


terima kasih



Monday, April 18, 2016

JENAMA X
11 REJAB 1437H - 19 APRIL 2016


kartun tulen
komik tulen
malaysia


akan datang
julai 2016

in shaa Allah 



Sunday, April 03, 2016

SOFT COVER

KOLEKSI SOFT COVER
BERSAMA SELAMANYA
25 JAMADIL AKHIR 1437H - 04 APRIL 2016
\

koleksi Bersama Selamanya Edition D dalam SOFT COVER telah sedia untuk dimiliki. sila buat tempahan di www.bekazon.com pada yang berminat dengan harga promosi mampu milik.


kalo rasa cemuih, leceh, ghaplah, marah atau geram nak order melalui bekazon.com. boleh tipun terus encik Azrul yang menguruskan tempahan dan penghantaran - 
013 3775 490

terima kasih

Friday, February 05, 2016

KOLEKSI BERSAMA SELAMANYA

KOLEKSI EMAS 
BERSAMA SELAMANYA
27 RABIULAKHIR 1437H - 06 FEBRUARI 2016


Sekian lama sejak kisah Bersama Selamanya tamat ( ya, kisah ni TAMAT. Gua lukis sampai TAMAT! ) ada la sorang dua yang tanya;
1- koleksi Bersama Selamanya Vol. 1 ado lagi tak
2- macam mana nak dapatkan koleksi Bersama Selamanya Vol 1 dan Vol.2 
3- Bila volume tiga akan diterbitkan

Pertanyaan ni benar-benar mengganggu kepala hotak bejambul gua ( dan juga encik Azrul - bahagian Pengedaran dan Promosi MOY Publications Sdn.Bhd ) selama hampir 15 tahun! Boleh gilo pakcik!

Untuk mengelakkan kami hilang akal dan cemuih sepanjang masa, pertemuan diatur dan persefahaman dipersetujui. Alhamdulillah... akhirnya koleksi Bersama Selamanya yang diimpikan oleh peminat tegar Bersama Selamanya telah berjaya diterbitkan!



Pada semua peminat yang bertanya dan berjanggut menanti koleksi lengkap Bersama Selamanya, Bekazon.com menawarkan beberapa pakej istimewa koleksi ini untuk dimiliki mengikut bajet 2016 memasing. Semua pakej adalah ekslusif untuk peminat Bersama Selamanya memiliki.


 Gold Edition - RM449.00 + pos laju RM31.80 = RM480.80


 Silver Edition - RM249.00 + pos laju RM23.85 = RM272.85


 Pakej A - RM159.00 + pos laju RM21.20 = RM180.20


Pakej B - RM99.00 + pos laju RM11.26 = RM110.26




Terima kasih diucapkan pada yang telah membuat tempahan. Pada yang belum dan berhajat nak memiliki koleksi ini, pilihlah  pakej ikut bajet korang dan buat tempahan secara online di;

www.bekazon.com

kalo korang rasa marah, tetekan dengan tekanan hidup,
tak puas hati tak memasal atau hilang akal pasal koleksi ni, boleh tanya kat bekazon.com. Encik Azrul boleh jawap. HEH!

bersama selamanya


Sunday, January 31, 2016

MOTLEY CRUE


MOTLEY CRUE
22 RABIULAKHIR 1437H - 01 FEBRUARI 2016


the final "SHOUT AT THE DEVIL" tour

too fast for love
shout at the devil
theatre of pain
girls,girls,girls
dr.feelgood
generation swine
new tattoo
spirit of los angeles


time for change





Thursday, December 31, 2015

Wednesday, December 30, 2015

ANUGERAH KAMPUNG BOY


SELAMAT TINGGAL 2015

ANUGERAH KAMPUNG BOY 
19 RABIULAWAL 1437H - 31 DISEMBER 2015

Satu peristiwa penting dalam dunia penerbitan majalah humor dan pada kartunis tanahair telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Oktober 2015 yang lalu iaitu  Anugerah Kampung Boy. Ini adalah satu peristiwa penting dalam sejarah kartun negara. Dah nak abih tahun baru gua kelam kabut nak post kerana besar, penting serta bersejarahnya peristiwa ini.



Gua dilantik sebagai salah seorang AJK pelaksanaan program serta juri dalam pemilihan ( dan penyingkiran ) calon yang layak untuk menerima anugerah yang akan disampaikan oleh PM dalam majlis Anugerah kampung Boy 2015.

 Pada hari anugerah, gua datang awal untuk membantu apa yang patut. Selepas zohor, antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi bengkel kartun bersama kartunis oldskool, saudara Kerengge bersama pelajar dari UITM Puncak Alam dan Universiti Multi Media. Gua join sama sebagai pemerhati.

Habis bersama brader Kerengge, giliran tetamu terhormat iaitu Datuk Lat untuk bersama rakyat serta pelajar dan pensyarah dalam sesi Sepetang Bersama Datuk Lat. Gua jadi bidan terjun, jadi pengacara majlis. Tak sangka boleh bersama Datuk Lat petang ni.


" Kenapa anugerah ni dinamakan Anugerah Kampung Boy bukan Anugerah Kartunis atau nama lain datuk?" Datuk Lat menjawap dengan tegas, " Tujuan utama adalah untuk memberitahu atau mengingatkan kita pada asal usul kita. Jangan kita lupa asal usul kita walau kita lahir dan membesar di bandar. Tapi nenek moyang atau mak bapak kita lahir, tinggal dan membesar di kampung, di pinggir hutan, lereng bukit, kaki gunung, tepi muara sungai, tepi laut... merekalah asal usul kita. Kerana itu anugerah ini dinamakan Anugerah Kampung Boy."

Banyak yang dikongsi dan didedahkan oleh datuk dalam sesi pada petang ni. Sangat menghiburkan!


Selepas Maghrib, majlis bermula. Ramai sekali sahabat-sahabat kartunis tua, muda, oldskool, pro serta amatur datang sebagai sokongan temasuk tetamu jemputan dari kalangan menteri, ahli koprat serta rakyat marhein sekelian.


 Datuk Lat sebagai The Main Man memberi ucapan. Datuk Lat telah menyumbang dan menghiburkan seluruh rakyat BolehLand serta sebahagian dunia selama 50 Tahun! Jangan tak tahu. Sempena ulangtahun 50 Tahun sumbangan Datuk Lat dalam industri kartun tanahair, Anugerah Kampung Boy diadakan dengan usaha keras Presiden Kelab Kartunis Malaysia ( KKM ) iaitu saudara/kartunis Juragan serta ahli-ahli KKM yang kuat, handal serta gagah perkasa ( termasuk gua, HEH! ).


Lapan anugerah dan lapan orang kartunis telah dipilih untuk menerima anugerah dalam kategori masing-masing. Pada awal pebincangan, 15 anugerah telah dicadangkan dan dipersetujui. Penerima anugerahpun telah diputuskan. Tapi bila diusulkan pada Datuk Lat, beliau telah mencadangkan untuk memberi lapan anugerah saja pada tahun pertama. Kami akur setelah diberikan sebab kenapa hanya lapan, bukan 15. Dalam anugerah pertama kali ini, semua juri telah bersetuju untuk memberi keutamaan kepada kartunis-kartunis oldskool menerimanya atas jasa serta sumbangan mereka pada pekembangan seni kartun negara. Ada yang mempertikai kenapa tak ramai yang muda dan lebih terbuka pencalonan serta penerima/kategori anugerah... Inilah sebabnya untuk kali pertama. 


 Anugerah Kartunis Lagenda telah diaugerahkan kepada Tuan Haji Zainal Buang Hussein yang sangat gua hormati. Wak Punk, super bike, kereta sport serta awek yang dilukis ZBH membuat lobang hidung gua berdarah beb! ARGHHHHH! Selepas ini tidak ada lagi Anugerah Kartunis Lagenda tapi anugerah akan dinamakan Anugerah Kartunis Lagenda Zainal Buang Hussein sebagai penghormatan serta pengiktirafan kepada beliau. Kerana itu penerima Anugerah Kampung Boy 2015 diberi kepada kartunis-kartunis oldkool yang dah tahap legend seperti Tuan Haji ZBH.


Saudara Mishar yang menjadi orang paling penting dalam penerbitan dan perjalanan awal majalah Gila-Gila diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Khas Juri. 'Asmaradana' dalam Gila-Gila adalah karya beliau paling superb! Sebuah karya Kartun Melayu tulen! Saudara Mishar, dua dari kiri.


 Jungle Jokes, Kalau... adalah karya terhebat sepanjang zaman saudara Jaafar Taib yang sangat popular dan diminati oleh seluruh rakyat yang mengikuti majalah Gila-Gila dari awal tahun 80an. Kini beliau adalah Living Legend atau National Treasure yang selayaknya dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Utama dalam Anugerah Kampung Boy 2015. Jaafar Taib sedang berjalan naik masa gambo ni dirakamkan. Heh!


Lain-lain penerima anugerah adalah;

. Saadon Ishak atau kartunis Don yang sangat diminati menerusi kisah zaman kanak-kanak yang menghiburkan iaitu Dan Din Don serta Pendekar Mato Tige menerima Anugerah Watak Kartunis Animasi menerusi siri animasi Dan Den Don.
. Saudara Raggie Lee menerima Anugerah  Kartunis Editorial
. Anugerah Kartunis Malaysianan yang buat pertama kali diada dan diberi kepada saudara Abdul Fatah Ngah yang sangat kuat mempromosi negeri Terengganu melalui kisah Lagak A. Mahmud.
. Anugerah Kartunis Terbaik dianugerahkan kepada kartunis wanita yang sangat kuat, gigih serta bersemangat dalam berkarya hingga ke hari ini iaitu Puan Sabariah Jais atau kartunis Cabai.
. Kartunis Lambok mewakili kartunis generasi separuh lama dan baru yang menerima Anugerah Kartunis Muda Berbakat


Bersama Kartunis Imuda serta Bor ( kanan sekali ) yang datang memberi sokongan walau tak tercalon. Gua caya lu bro!


Beberapa minggu setelah berakhirnya Anugerah Kampung Boy dengan jayanya, satu majlis makan malam meraikan Pemenang Anugerah Kampung Boy 2015 telah diadakan  di Cafe PICC Putrajaya. Majlis makan malam ni gak telah berlangsung dengan lebih berjaya lagi. Hahaaha...!

 Presiden KMM telah membelanja kami makan steamboat. Walau ada pemenang serta sahabat-sahabat lain tak dapat hadir, ia tidak membuatkan kami hilang selera makan pada malam tu.


Saudara Juragan ( Presiden KKM ) yang hanya nampak kepala sedang menyampaikan ucapan yang membuatkan hadirin marah dan hilang selera. Nasib baik beliau berucap setelah kami makan. Heh!


Setiap pemenang Anugerah Kampung Boy yang hadir pada malam ni diberi peluang untuk berucap dan berkata apa saja pasal anugerah serta harapan. Masa malam Anugerah Kampung Boy bersama PM hari tu mereka tak diberi peluang untuk berucap. Jadi malam ni boleh kata apa saja.


Ada beberapa perkara besar yang dibincangkan diakhir pertemuan. Antaranya Yayasan Kartunis Malaysia. Itu saja yang boleh gua kabokan. Tahniah pada semua pemenang. Moga dengan adanya anugerah ini akan membuatkan semua kartunis tanahair betambah gigih dan bersemangat untuk menghasilkan karya Malaysia@Melayu Tulen! In shaa Allah, ada rezeki, tahun hadapan atau tahun seterusnya, KKM akan mengadakan lagi anugerah untuk menghargai, mengangkat serta menaikkan kembali martabat kartunis serta industri kartun tanahair. Harap akan ada penambahan kategori serta penerima. 

Pada kartunis tua atau muda, semua berpeluang untuk mendapat penganugerahan serta pengiktirafan berprsetij ini. Berusahalah menghasilkan karya tulen kerana ketulenan serta keaslian karya adalah kreteria terpenting dalam pemilihan!

Berjayalah kartunis dan komik tulen tanahair di tahun 2016 dan seterusnya!

In shaa Allah