DAH TIGA TAHUN!
03 ZULKAEDAH 1430H - 22 OKT 2009
Entah la, tak tau nak tulis apa walau ada la beberapa bende nak ditulis. Apa yang telah belaku pada bulan lepas, bulan September? Kita berpuasa dalam sebahagian besar bulan September dan yeah! Hari Raya Aidil Fitri.
“Hi, I’m GAYOUR. You’re NOT!” HEH!
Selama tiga tahun ni gak, gua dijemput, dipelawa, diajak oleh ramai kenalan alam maya untuk menyertai social network seperti Friendster, You’re My Friend, Friendship, Tweeter, Twiti, FaceBook, Face Off, Faces Of Rock, Face Of Death, Face To Face, MySpace, Space 1999, Fotopages dan entah apa ke benda nama laman sosial dan pertubuhan alam maya lagi. ARGHHHH!
“ Gayour, lu ada Facebook tak?”. “Tak ada”, ujar gua sambil tesengeh-sengeh. “ Cheh! Apa la lu, purba sungguh! Ketinggalan zaman!". " Best ke Facebook tu?". " Mesti la best! Semua orang main Facebook, Friendster, MySpace skang ni. Tak main la blog!”. Ini yang biasa gua dengar sekarang ni. Nampaknye gua memang purba, ketinggalan dan tak best pasal tak ada facebook.
Sama gak masa gua tak ada blog dulu. Ramai yang hina, “Apa la tak ada blog! Semua orang ada blog la sekarang brader Gayour!”. Gua rasa cam orang salah kerana tak ada blog….Serius, gua tak tipu!
Terima kasih pada semua yang menjemput. Gua menghargai tapi gua tak dapat nak menerima semua jemputan kerana gua tak mampu nak “melayan” semua tu buat masa ni. Facebook pun tak ada. HEH! Gua ada banyak kerja. Melayan blog ni pun dah nak semput dah! Biar la orang nak kata gua purba, primitif, dinosaur, ketinggalan…
Hey, i’m GAYOUR, you’re NOT!
Mungkin suatu masa nanti gua akan ‘menerima’ semua jemputan bila semua orang telah beralih ke benda lain yang lebih canggih!
Tiga tahun telah berlalu…
senyum sentiasa dan terima kasih.