Wednesday, October 24, 2012

EID ul-ADHA 1433H

Selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Eid ul-Adha 
gua ucapkan pada semua sahabat.
Moga bebahagia, sihat dan tak sakit gigi untuk makan daging
 korban/akiqah dan belasah sup tulang.
Moga segala amal ibadah yang dilakukan diberkati dan diterimaNya.


 

Sunday, October 14, 2012

MANCING UDANG


 MANCING UDANG
29 ZULKAEDAH 1433H – 15 OKTOBER 2012

Penah mancing udang galah yang ada sang bedal? Pernah? Huh, hebat! Hari tu pada 28 Jun 2012 yang lalu, gua bersama team majalah UMPAN ( majalah pancing terbitan Kumpulan Media Karangkraf ) dijemput oleh toke kplam datang mancing kat kolam udang beliau. Lama dah gua mengidam nak mancing udang ni. Dapat peluang, tak tolak!
 Kami seramai lima orang betolak dari pejabat sekitar 9.00 pagi. Janji Melayu pukul 8.30 pagi. Cantekkk… perjalanan tak la jauh mana. Kena plak ikut hiway. Lagi la cepat sampai. Tak sempat gua nak tido. Kat mana ek kolam pancing udang tu? Nah, tengok la papan tanda yang dipacak oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan yang tak datang menjenguk lagi lepas siap pacak papan tanda ni. HEH!
Iyo, den mancing udang galah kek negori den, Kolam Udang Galah dan Ikan Air Tawar Solok Paku, Kampung Gedang, Terachi, Kuala Pilah, Negori Semilan Darul Khusus. Memang jalan den kalo balik kampung. Memang lalu kek sini. Kolam ni boto-boto topi jalan. Sampai yo, tuan kolam encik  Muhammad Zaien terus belanjo kitorang makan nasi lomak kek pejabat pengurusan kolam beliau. Makan punya pasal, semuo tak nolak!

    

Tujuan jemputan team UMPAN adalah untuk promosi dalam majalah UMPAN. Biasa la cam ni. Jemputan dari pengusaha kolam, kelong dan lain-lain yang bekaitan dengan mancing-mancing menjemput editor, wartawan dan jurugambar datang mancing ke tempat mereka dan siarkan cerita, gambar dan promosi dalam majalah.  Ada beberapa kolam kat sini yang tebagi pada dua. Kolam udang galah dan kolam ikan air tawar. Yang ni kolam ikan air tawar. Pagi lagi, tak berapa ramai pemancing. 
Gambo pemancing yang ditampal sebagai kenangan-kenangan dan carta harga untuk pancingan udang dan ikan air tawar kat Kolam Pancing Belauk Solok paku ni. “ Dulu ado buek petandingan jack pot, tapi ado yang betumbuk. Sampai jadi kes polis. Leceh la, terus stop tak buek laie dah. Sekarang, sapo datang mancing, banyak mano dio dapek ikan, hangkut la bawak balik!”, ujar encik Zin pasal aktiviti yang pernah dibuat kat kolam beliau
 
 
Ni plak maklumat pasal pelepasan ikan dan udang ke dalam kolam. Tarikh pelepasan ni sangat penting pada pemancing yang selalu datang ke sini. Tiap kali nak masukkan ikan, encik Zin akan SMS pada pelanggan setianya yang datang dari merata tempat. Bukan hanya dari penduduk sekitar tapi dari jauh gak..” Baru la seronok diorang mancing bilo tau ikan atau udang baru dilopeh an. Kalo tak muko masing-masing cam bangka* hanyut bilo tak dapek ikan!”, ujar encik Zin. 

*Bangka – sekumpulan kayu, sampah yang hanyut dibawa air sungai dan bekumpul. 
Masa untuk mancing setelah belasah duo pinggan nasi lomak! Ijai ( editor majalah UMPAN, kanan ) plak sibuk mengintebiu encik Zin ( kiri ) pasal kolam dan segala macam lagi untuk disumbat dalam majalah UMPAN akan datang.   
Team UMPAN menyiapkan pancing memasing untuk menggempur udang galah yang ada dalam kolam. Kanan sekali sedang menggigit tangsi ialah encik Nazzim ( pereka grafik majalah UMPAN ). Yang tengah plak ialah encik Amang ( bekas penulis kreatif/humor majalah G3, sekarang adalah wartawan majalah UMPAN ) dan kiri sekali sorang lagi wartawan majalah UMPAN iaitu encik Paez. Gua tak ada joran untuk pancing udang, encik Amang sebagai pemancing tegar yang ada banyak joran sedia meminjamkan pada gua. Tu beliau sedang siapkan joran untuk gua la tu. Hee..    
Kolam belah kiri tu adalah kolam udang untuk semua pelanggan temasuk team kami mancing. Kolam belah kanan tu plak adalah kolam simpanan stok udang. Tak dibenarkan pancing kat kolam tu.    
Cam kat kolam ikan air tawar tadi, tak ramai datang mancing udang pagi-pagi ni. Hanya pakcik ni sorang saja masa kami sampai. “ Pak cik tu pelanggan setio. Tiap-tiap hari dio datang mancing udang kek sini. Kek situ la port beliau ”, tegas encik Zin. 
 
 
CIS! Nazzim orang petamo dapek udang sebosa jari hantu! Jeles den! 
Hah! Tibo giliran den plak dapek jenggo! Jangan tak pecayo. Ni la jenggo petamo yang den dapek seumur hidup. Dulu maso kocik-kocik mancing kek kampong tak ponah dapek. Cam no nak dapek, kek sungai kampong den tak ado udang galah pasal tak ado boyo! Terharu hati den bilo dapek mancing anak udang galah ni. Syukur… uuu...uuuuu...
Naik muntah gua tengok aksi pemancing gigit batang kail tiap kali begambo dengan ikan toman atau kelah. Apasal diorang buat cam tu aa..? Tak boleh ke pegang atau kepit celah ketiak atau kangkang, bukan gigit batang kail tu. Ontah la jang. Guapun apa lagi, cuba la try buat aksi mengigit batang kail sambil memegang tali tangsi yang tesangkut udang. Tak la best manopun. Rasa cam orang gilo yo gigit batang pancing. Apapun hajat hati nak gigit batang kail sambil belagak dengan udang berjaya gak dirakamkan. HEH! Jangan jeles ya. 
 
   
Ahh! Ijai boleh sangkut dua ekor sekali plak! Jelesnya gua. Eeee…
Lagi sekali gua gigit batang joran tanda seronok tak ingat bila dapat udang! Harharhar! Adalah menjadi disiplin pada semua pemancing tegar untuk menjaga semua peralatan pancing agar sentiasa dalam keadaan sihat.. eh! sihat plak. Hehee… dalam keadaan baik temasuk batang joran. Kalo boleh tak boleh calar, tak boleh bekarat atau bengkok. Tapi bila dapat ikan dan begambo, apasal gigit batang pancing plak? Kata sayang kat barangan pancing. Nampaknya perbuatan mengigit joran adalah semata nak belagak!    
Penah kena gigit… eh, gigit plak! Gua buat lawak plak. Harap menghiburkan. HEH! Penah kena sepit oleh si jenggo. Apa rasanya. Lazisss? Ya, kena sepit anak jenggopun dah menjerit, apa lagi kalo kena sepit oleh bapak jenggo. Kena plak kena sepit kat celah ketiak atau lobang idung. Huuuu…uuuu… pemancing jenggo mesti rasa kesakitan kena sepit!  
Menjelang tengahati ke petang, pemancing tegar udang galah mula datang ke kolam ni nak pancing si sepit biru. Pakcik tadi tu masih setia melayan henjutan lembut si jenggo.
 Sekali laie iklan Kolam Pancing Belauk Solok Paku.
 Ni adalah barisan pemancing jenggo oldskool yang datang selepas zohor. Bising sungguh diorang ni mancing. Horuk pikuk!
 Salah satu kolam utama tempat pembiakan dan bekalan ikan tilapia sedang diberi makan oleh pekerja kolam. Feed them more!
 
 Apa yang menarik pasal gambo ni? Nampak warna biru pada hutan nun jauh kat belakang. Macam mana hutan atau pokok-pokok berdaun hijau tu boleh tukar warna biru bila dilihat dari jauh? Itu yang menarik. Dulu gua keliru gak bila tengok lukisan gunung atau hutan dari jauh berwarna biru. Gua protes. Mana boleh buat cam tu hingga la gua melihat dan merasainya sendiri. Seni sangat la kononnya. Cantik dan indahnya alam ciptaan Allah untuk kita tengok, hayati, nikmati dan renungi akan kehebatan dan kebesaran Allah yang menjadikannya dalam bebagai rupa dan warna.  Subhanallah.  
Tengahari masa rihat, encik Zin bawak kitorang makan tengahari kat depan kolam ikan dan udangnya yang lain. Rupanya enik Zin ada beberapa lagi kolam udang yang dipajak dari tanah orang kampung. Tengahari tu kitorang makan ikan tilapia merah masak lomak cili api cecah cili kicap dan tilapia goreng garing sambil menikmati lagu-lagu dari Nasional Klasik. Perghhh! Terasa kat kampungnye. Menjelang Mahgrib baru la kitorang berhenti dan berangkat pulang dengan hasil pancingan hampir satu kilo sorang. Gua tak dapat la sampai sekilo. Campur-campur dengan udang Amang dan Paeh, tu yang boleh sekilo. HEH!  Terimo kasih encik Zin. Pada yang beminat nak mancing udang galah atau ikan air tawar yang berhampiran dengan Jeram Ulu Bendul, Negeri Sembilan, boleh la cuba try mancing kat sini. Sebelum datang, sebaiknya tipun dulu encik Zin. Tanya bila udang atau ikan baru dimasukkan ke dalam kolam. InsyAllah, bila datang mancing, ado la hasil dibawak balik sebagai lauk.
 
 
Korang boleh baca cerita dan berita pasal mancing udang kek Kolam Solok Paku ni dengan membeli majalah UMPAN Volume 6, keluaran November – Disember 2012. Selain cerita mancing udang, ado macam-macam cerita pasal mancing-mancing dalam majalah ni.  Nak beli, beli… tak nak beli sudah!Perbincangan misteri – kenapa bila ada banyak udang galah kat sesuatu sungai, muara, kuala,  mesti ada sang bedal sekali? Misteri yang betul-betul misteri.  Kenapa ya? Terori gua antaranya;

1-    Encik udang menjadikan encik buaya sebagai tempat beliau dapatkan makanan free iaitu sisa-sisa makanan encik buaya kerana udang makan apa saja temasuk bangkai.
2-    Mempergunakan encik buaya sebagai pelindung atau bodyguard tak bebayo dari buruan rakus manusia.
3-    Encik buaya menjadikan udang sebagai makanan ringan di waktu petang, pasal tu mana ada udang, kat situ la beliau berada. Kira itu la bayaran sebagai bodyguard .
4-    Sebenarnya buaya dan udang adalah adik beradik kembar.
5-    Di mana ada encik buaya, bukan saja ada encik udang tapi ada gak ikan keli, tilapia, kalui, arapaima, patin, lampam, sebarau, puyu, kura-kura dan macam-macam lagi hidupan air tawar.
6- Atau sebab misteri yang lain. Ntah la.

Lagi satu persoalan pasal Tangkap dan Lepas
Adakah pemancing tegar yang kononnya mengamalkan tebiat Tangkap dan Lepas turut mengamalkannya Tangkap dan Lepas  pada encik udang seberat sekilo seekor yang dipancing? Gua tak penah tengok atau baca kat mana-mana majalah pancing tanahair yang menyiarkan cerita pasal amalan Tangkap dan Lepas pada udang galah. Yang ada kebanyakannya adalah kisah pemancing yang tesengeh-sengeh amik gambo dengan jenggo seberat hampir sekilo atau teserempak dengan sang bedal si body guard masa mancing udang. Tak adapun gambo atau cerita udang tu dilepaskan semula seperti gambo orang melepaskan semula ikan toman atau kelisa. Encik udang yang dipancing selalunya berakhir jadi udang goreng, bakar atau gulai tempoyak.
Kenapa amalan Tangkap dan Lepas tidak dibuat pada udang galah. Adakah amalan tu hanya pada ikan saja! Nampak sangat pilih kasih!

TANGKAP, BUNUH DAN MAKAN!