GUA SENTIASA DITEKAN, DIPAKSA DAN DISEKSA UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG GUA TAK SETUJU SEPERTI BLOG NI. LECEH TUL! KEBANYAKAN APA YANG GUA BUAT ADALAH UNTUK MEMENUHI TEKANAN DARI SEKELILING. GUA TAK TERPENGARUH LANGSUNG NAK BUAT TU DAN INI KERANA KEUTAMAAN GUA ADALAH PADA KERJA. TAPI INILAH YANG TERPAKSA GUA HADAPI. SABAR LA WAHAI HATI. NI DIA UNTUK SEMUA. TERIMA KASIH. GUA DAH MENGGANAS DALAM INDUSTRI KARTUN TANAHAIR KETIKA KEBANYAKAN KORANG MASIH BLUM CERAI SUSU LAGI! HAR FRAGIN' HAR!
Penah tengok rancangan game show EWAH EWAH? Mesti tak penah punyekan. Lagi teruk tak penah dengarpun rancangan ni. Rancangan apa tu. Best ker. TV berapa?Seperti biasa, ia tidak menjejaskan selera makan korang. Cam ni la, biar gua kisahkan sket pasal EWAH EWAH ni. Ngada-ngada tul la korang ni!
Sorang sahabat lama iaitu kartunis UBI menghubungi gua dan berkata,”oi, Gayour! Lu nak masuk dalam rancangan EWAH EWAH tak? EWAH EWAH? Rancangan badut apa tu mat? Rancangan game show kat TV3”, tegas encik Ubi pada gua. oh! Tak penah tengokpun… err… rasa penah tertengok sekali. Tupun tak abis. Huru hara jer rancangan tu. Memang diorang buat huru hara cam tu! “Kali ni diorang nak jemput kartunis sebagai tetamu dan peserta. Enam orang kartunis. Gua trus ingat kat lu. Lu nak tak? Macam-macam hadiah banyak tak ingat diorang sediakan pada yang menang!”. Ni dia gua kat studio rakaman EWAH EWAH nun kat Sri Damansara sana sebagai jawapan pelawaan encik Ubi.
Bersama sahabat-sahabat kartunis yang turut join dalam rakaman EWAH EWAH. Kiri sekali tu kartunis Taugeh. Tak penah dengarpun nama kartunis ni. Sapa ye? Kartunis Ubi yang sibuk call gua tu kat tengah. Ni lagi sorang, sapa ya kartunis Ubi? Lagi la tak penah dengar. Best ke kartun beliau? Yang belah kanan sekali tu adalah kartunis Tembakau? Tembakau? Kartunis mana plak ni. Kartun apa beliau buat? Eee… kalo Naruto, Detektif Conan, Doremon, Ninja Boy tu tau la aku. Kartunis Gayour kat belakang tu kenal la aku. HEH! Sahabat-sahabat lama yang pernah bersama gua kat majalah UJANG, LANUN dan G3.
Seblum mula rakaman kena make up sket dulu. Pas tu ada brefing sket oleh pihak penerbit. Kitorang diberi penerangan pasal tema rancangan dan permainan yang akan dibuat. Ada tiga permainan. Kitorang dibahagi kepada tiga kumpulan dengan dua orang dalam setiap kumpulan. Setiapa kumpulan dengan vest bewarna merah, biru dan oren. Masa brefing ni tetiba muncul gitaris band Pilgrims ( band mana plak ni? ) iaitu encik Combat. Tak kenal. Gitaris mana plak ni? Tak popularpun.Yo, bro! Apa hal plak beliau kat sini? Untuk makluman semua yang kenal pada encik Combat, beliau skang jadi producer untuk rakaman EWAH EWAH ni. Jangan tak caya! “ Tak buat album surf ( Kugiran Di Tepi pantai ) lagi ker?” tanye gua. “Kalo tak gua, siapa lagi nak buat album surf?”, ujar beliau.
Dalam setiap rancangan ada tiga kumpulan yang akan bertanding/bermain. Ubi dengan Taugeh bepasangan dalam rumah oren. Rumah merah plak adalah Tembakau? dengan Soya. ( Soya? Tak penah dengarpun nama kartunis ni ). Gua dengan A’an Budak Baik dalam rumah biru. A’an Budak baik? Macam penah dengar nama ni. Ni dalam pose yang dah tak sabar untuk mengalahkan pasukan lawan kerana team biru ni datang dan bermain untuk menang! HARHARHAR!
Lama gak menunggu rakaman nak mula. Lenguh! Semua peserta, host dan crew rakaman dah siap tapi penonton jemputan plak tak sampai-sampai lagi! ARGHHH! Tak penah jadi dalam sejarah cam ni. Host EWAH EWAH ni adalah Raja Azura dan Nabil ( sepatutnye ), tapi tempat nabil digantikan oleh Munir kerana Nabil tekucil tak abis-abis.HEH! Tak ada la. beliau ada urusan lain. Saham orang negori tu sodang mencanak naik la kato an! Joki kau la jang! Tak kisa la sapopun jadi host, janji rakaman ni berjaya! Bila nak start ni, dah hilang kawalan dah ni!
Ni dia keenam orang kartunis jemputan dan tiga rumah sukan yang akan bertanding/bermain dalam rancangan EWAH EWAH. Semua dah sedia untuk memulakan permusuhan dan bebunuhan sesama sendiri hanya untuk memang dan mendapatkan hadiah. Bemain untuk beseronok adalah kata-kata palsu semata! BUARGH! BUARGHHH! BUARGHHHH! Timeto KILLKILLKILL and then DIEDIEDIEEEE!
Pukul berapa ya penonton jemputan dari Cheras sampai? Tak ingat. Ingat rakaman dibuat awal kerana kitorang sampai awal dan mengikut masa yang diberitahu. Pukul dua petang kitorang dah sampai. Siap makan tengahari yang disediakan. Siap makeup, brefing… rasanya dalam pukul lima petang baru rakaman bemula. ARGHHH! Tak apa la. seblum mulakan permainan, setiap team kena lakonkan montaj/slogan team memasing. Kembang gak lobang idung mencari slogan. Akhirnya slogan team biru adalah KILLKILLKILL! DIEDIEDIE! Team biru sedang merancang dan memasang strategi jahat untuk menjahanamkan musuh setelah memenangi permainan pertama iaitu MEMORI! Kitorang dapat 25 markah dalam permainan pertama. Visi, misi dan nilai jahat kitorang mesti trus dilaksanakan! Tau la nasib korang nanti! No mercy. Take no prisoner, take no shit!
Oh yeah babeh! Persiapan untuk permainan yang kedua. Nampak belon-belon tu? Main belon kita petang ni. HEH! Pemainan kali ni adalah acara memijak belon tanpa belas sampai pecah bederai sebanyaknya dengan mata ditutup! Malang sungguh nasib, gua bemain dengan telus. Mata gua tutup betul-betul sampai tak nampak apa-apa, pasal tu sebijik belonpun tak bejaya gua pijak. Uuu..uuuu… partner in crime gua, A’an bejaya memecahkan sembilan bijik belon pasal beliau menipu! Dalam permainan kedua ni rumah biru kalah kerana rumah merah dan oren main tipu!
Permainan atau cabaran terakhir pada rakaman kali ni adalah acara makan-makan. Yeah, makan. Makan kuih popia goreng. Macam lazat. Tapi bagaimana popia beperisa wasabi? Pernah makan wasabi Jepun? Rasa tajam pedasnya sampai nampak Gunung Fiji. Popia beperisa wasabi adalah cabaran terakhir dan getir( pada sesetengah peserta ) kitorang . Den okey. Tak ado hal makan podeh-podeh ni. Heh! Belagak la plak. Dulu maso den poie Sabah, den dah makan cili Kudat, kan main podeh ( pedas ). Ni wasabi, apo sangat la. Buek malu jadi orang negori semilan kalo tak buleh makan sayuran dari keluargo kobih ni. Semua pucat bila mendengar penerangan dari Raja Azura pasal popia wasabi ni. Gua okey!
Enam bijik popia inti wasabi disediakan pada setiap peserta. Dalam cabaran makan-makan ni, bukan siapa yang boleh habiskan paling cepat sebagai pemenang tapi siapa yang boleh makan paling banyak dalam masa yang diberi. Semua dah pucat dan kembang lubang idung masa ni kecuali gua. Gua okey.Semua control macho.Tengok la encik Ubi tu, dah tak rupa muka beliau dah bila melihat popia wasabi. Pucat tak ingat! Partner beliau, encik Taugeh plak jelas tetekan dari riak wajah. Sian team oren ni. Jelas sangat loser! Harharhar! Nampak gua, ceria, tenang dan yakin popia tu lazat. A’an plak sama cam Ubi, pucat lesi nakotkan popia. Leceh la lu A’an! Ingat, orang kat Afrika sana tak makan tau!
Cheh! Tak podeh langsung popia inti wasabi tu. Ingat an podeh bona la. Selambo yo den makan. Tak ghaso podeh langsung. Apo la korang ni. Kecoh yo lobih. Gua bejaya makan tiga bijik popia wasabi tanpa masalah. Kan gua dah kata, gua okey. Yang lain hanya mampu makan dua bijik sorang. Tupun dah azab mampus gua tengok nak ngabiskan. Kita memperolehi kemenangan yang kedua A’an! HARHARHAR! Juara keseluruhan dalam rakaman EWAH EWAH kali ni adalah kumpulan BIRUUUUUU! Kitorang menang dalam permainan pertama dan ketiga. Dapat 55 markah. Pemainan pecah belon dimenangi oleh rumah merah. Korang boleh tengok kehebatan rumah biru dalam siaran EWAH EWAH kat TV3. Bila? Tak tau bila, pasal kalo bagi taupun bukannye korang nak tengokpun. Lantak la!
Hadiah hebat yang dijanjikan blum dapat lagi. Nanti bila dah dapat, gua tampal kat sini. Tapi nanti korang kata gua nunjuk-nunjuk plak. Tak jadi la kalo cam tu. Lantak la!
Siapa mereka
Kartunis Taugeh dah lebih sepuluh tahun melukis. Dulu menjadi kartunis kat majalah UJANG, APO? G3 dan banyak lagi, beliau gak adalah seorang animator.Selain tu beliau gak boleh menyanyi dengan tak berapa sedap dalam album Bersama Selamanya terbitan MOY Publications pada tahun 2001.
Kartunis Ubi sangat popular dengan siri AKU, DIA dan VOLKSYEGEN sekitar tahun 1998 dulu kat majalah UJANG. Tak taupun! Lantak korang la! Sekarang kartunis Ubi adalah seorang karyawan bebas seperti angin yang berhembus. Boleh tahu apa yang beliau buat sekarang kat website beliau www.ubikartun.com.
“KARTINI “ merupakan karya hebat Kartunis Tembakau kat majalah UJANG dan LANUN sekitar penghujung tahun sembilan puluhan dan awal dua ribu millennium. Emm…tak tau la plak! Seperti kartunis Taugeh, Tembakau juga merupakan seorang animator dan antara karyawan/animator terawal dalam penerbitan siri animasi Usop Sontorian dulu. Usop Sontorian? Eee… menakotkan! Animasi apa tu? Naruto ke?
Kartunis Soya merupakan kartunis yang tidak berapa dikenali karya-karya beliau. Hanya bekarya kat majalah GELI HATI ( tak penah dengarpun majalah ni. Majalah kesihatan ke? ). Beliau tak berapa aktif lagi melukis kartun. Sibuk dengan urusan lain.
Sapa yang tak tahu pasal majalah GELI HATI, ni gua nak bagi tau.
-GELI HATI merupakan majalah/tempat gua mula-mula bekarya hingga ke hari ini dengan usaha tegar dan doa!
-Karya PERTAMA gua disiarkan dalam majalah ni pada tahun 1985 zaman purba yang lalu. Sila ke GALERI GAYOURkalo nak tengok karya pertama gua.
-Gua betugas sebagai kartunis sepenuh masa kat majalah GELI HATI dari bulan Januari 1990 hingga bulan Disember 1992.
-Sebelum tu gua menjadi penyumbang ( kartun ) selama lima tahun kat majalah GELI HATI sebelum diambil sebagai kartunis sepenuh masa.
-Sifu gua, KUTIL YOYO merupakan seorang kartunis kat majalah GELI HATI.
Pernah masuk penjara? Tak pernah kerana tidak ada sebab untuk masuk penjara. Bagus. Tapi penjara memang dibuat dan disediakan untuk ‘orang’ masuk dan memenuhinya sebagai hukuman. Sebagai tempat pengasingan dan pemulihan. Itu la fungsi penjara yang gua tahu. Kalau tak, tak ada makna la penjara dibuat kalau tak ada orang yang layak mendudukinya. HEH!
Hari tu pada 02 Zulkaedah 1430H – 21 Okt 2009 ( Rabu ), untuk kali keduanya dalam sejarah hidup gua, gua masuk penjara beb! Jangan tak caye. Betul, gua tak tipu. Gua masuk penjara. Kali pertama dulu kat Penjara Sungai Buluh, kali ni kat Penjara Kajang plak. Kerjaya sebagai seorang kartunis membawa gua ke tempat yang tidak pernah gua fikir gua akan pergi/masuk pada suatu masa nanti. Ini yang belaku. Suatu tempat yang tidak semua orang berpeluang masuk sebagai tetamu, bukan sebagai banduan. Bersama A’an Budak Baik begaya kat depan pintu utama untuk masuk.
Dulu masuk Penjara Sungai Buluh kerana menyerahkan sumbangan majalah untuk perpustakan penjara. Dibawa melawat di sekitar kawasan penjara dan melihat banduan melakukan aktiviti kat bengkel. Tu kat penjara lelaki. Kali ni kat Penjara Kajang di Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah Penjara Wanita Kajang. Gua, Aguri dan A’an dijemput sebagai tetamu dalam acara Karnival Sukan Penghuni Penjara Wanita Kajang. Penjara ni di letakkan dalam maximum security setiap masa. Pasal tu banyak tul peraturan yang perlu dilalui dan dipatuhi seblum dibenarkan masuk. Semua gajet seperti hanpon, pemetik api, rokok, bag duit, pen, pensil, cermin mata hitam ( yeah, cermin mata hitampun tak boleh pakai/bawak! ), topi dan jeket kena tanggal dan simpan dalam loker yang disediakan untuk pelawat. Pas tu kena scan seluruh badan. Masa scan ni, encik pegawai penjara tu kata pada gua, “ eh, ni brader Gayour kan?” Yeah! I’m Gayour, you’re NOT! HEH!
Kitaorang sampai lewat. Biasak la sesat! HEH! Sampai jer acara sukan dah tamat. Semua banduan sedang menunggu ketibaan kitorang. Menjerit-jerit kesukaan bila melihat kitorang masuk. Gua betul-betul terperanjat dengan sambutan dan lebih teperanjatberuk bila melihat banduan yang ada. Hampir 95% adalah banduan REMAJA! Gua benar-benar tekedu dan tak percaya apa yang gua lihat. Kebanyakannya gadis remaja belasan tahun! Biar betul? Yeah! Itulah kebenaran, itulah kenyataan… di usia belasan tahun dah begelar banduan. Bersama pegawai-pegawai Penjara Wanita Kajang.
Selain kitorang ada dua orang penyanyi jemputan, sorang lelaki dan sorang pompuan. Seronok betul banduan menyanyi bersama diorang. Gua rasa sangat jangal sebenarnya menggunakan atau memanggil gelaran “banduan” pada mereka. Tak gamak, tak sampai hati. Pasal tu gua panggil “kawan kita” dan “kakak” pada yang lebih tua dari gua pada acara melukis kartun bersama kitorang. “Ayuh rumah unggu, bagi tepukan pada kawan kita!”dan “Bagi tepukan paling kuat pada kakak kita rumah kuning dan merah!”.
Banduan dibahagikan pada dua kumpulan. Satu belah kiri dan satu lagi kat belah kanan pentas. Kat tengah-tengah pentas adalah padang kecil untuk acara karnival sukan dijalankan. Mereka memakai baju yang berlainan warna. Merah, kuning dan unggu. Merah dan kuning dalam satu kumpulan. Bila ditanya apa beza antara warna baju yang diorang pakai? Kumpulan baju merah dan kuning, menjawap.“Jatuh hukum!”. Maknanya sedang menjalani hukuman. Yang bebaju unggu plak menjawap, “tahanan reman”. Tahanan reman ni kebanyakannya adalah pendatang asing, pelacur dan GRO. Warna baju memberitahu kedudukan mereka di dalam penjara. “ Siapa kenal kartunis Gayour?”, tanya A’an pada semua masa mempekenalkan gua. “Kenallll!” Jawap sebahagian dari baju kuning, merah dan unggu. Rupanya ada ramai peminat kartun gua dalam penjara ni. Dari pegawai penjara, pencuri hingga ke pelacur. Sekiranya bepeluang gua nak lukis karikatur banduan-banduan ni. Gua tak kisah kalau diberi tugasan melukis penjenayah!
Mereka sangat seronok. Jelas kelihatan pada wajah mereka. Tak tau la mereka pura-pura seronok. Itu yang gua nampak kerana mereka sentiasa senyum dan memberi sokongan pada setiap aktiviti yang dibuat. Lepas habih acara kitorang kedua penyanyi mengakhiri persembahan dengan sorang sebuah lagu dan diakhiri denganpenyampaian hadiah pada pemenang-pemenang dalam acara sukan pagi tadi. Ada macam-macam acara rupanya. Bukan hanya lari-lari, tapi ada pertunjukan fesyen ( penjara wanita la katakan ), pakaian beragam dan lain-lain. Pas tu makan tengahari. Masa makan ni la banyak pekara/pertanyaan gua tanya pada pegawai penjara yang semeja dengan kitorang. Oh, gitu rupanya!
Pasal tak boleh bawak kamera masuk, tak banyak la gambo dalam entri ni. Banyak gambo dambil oleh pegawai penjara tapi banyak yang tidak dilepaskan pada kirorang. Maximum security la katakan! Hanya gambo dengan pegawai penjara tu jer yangdibenarkan. Kita mesti mengormati peraturan penjara. Masa mula-mula masuk tadi gua tenampak pegawai penjara yang mendukung baby. “ itu la anak banduan yang melahirkan anak semasa dalam tahanan atau seblum tahanan. Anak akan bersama ibu sehingga berusia tiga tahun dalam penjara. Semua keperluan baby ditanggung oleh pihak penjara/kerajaan”, terang pegawai yang makan bersama kitorang. Begitu la nasib si anak, tak kira la si ibu melakukan kesalahan secara sengaja atau tidak. Ia membesar selama tiga tahun di dalam penjara.
Hingga ke hari ini gua masih ilang ingatan… “ Kenapa ramai sangat remaja dalam penjara ni?”. Ia benar-benar mengganggu kepala hotak gua!
Peringatan: jangan sekali-kali melakukan jenayah kerana sangat berat/buruk kesannya di sepanjang hayat dan keturunan. Didoakan moga semua akan berubah, insaf dan beriman! Yeah! Bukan senang nak berubah. Cakap senang la!
Entah la, tak tau nak tulis apa walau ada la beberapa bende nak ditulis. Apa yang telah belaku pada bulan lepas, bulan September? Kita berpuasa dalam sebahagian besar bulan September dan yeah! Hari Raya Aidil Fitri. Ada lagi satu yang telah belaku dan gua telah bejaya melupakan tarikh itu dengan jayanya hingga ke hari ini walau tak la penting mana tarikh tu. HEH! Untuk pengetahuan semua sahabat, gua dah tejebak sebagai blogger selama TIGA TAHUN pada 22 September 2009 yang lalu. Masih baru. Tak seperti sahabat lain yang dah lama. Masa tarikh ni tengah kemaruk dengan mood raya, mana nak ingat! Semenjak tejebak, ramai kengkawan entah sapa-sapa ntah yang sudi singgah, tengok dan tinggalkan komen dalam blog gua. Ada la sorang dua pengikut. Tak la seramai sahabat lain. Korang lagi hebat. Lagi ramai pengikut hardcore. Apapun terima kasih pada semua. Walau hanya betemu di alam maya, kita menjalin dan menghubungkan silaturahim sebagai seorang Islam. Mungkin akan betemu di mana-mana pada suatu masa nanti.
“Hi, I’m GAYOUR. You’re NOT!” HEH!
Selama tiga tahun ni gak, gua dijemput, dipelawa, diajak oleh ramai kenalan alam maya untuk menyertai social network seperti Friendster, You’re My Friend, Friendship, Tweeter, Twiti, FaceBook, Face Off, Faces Of Rock, Face Of Death, Face To Face, MySpace, Space 1999, Fotopages dan entah apa ke benda nama laman sosial dan pertubuhan alam maya lagi. ARGHHHH!
“ Gayour, lu ada Facebook tak?”. “Tak ada”, ujar gua sambil tesengeh-sengeh. “ Cheh! Apa la lu, purba sungguh! Ketinggalan zaman!". " Best ke Facebook tu?". " Mesti la best! Semua orang main Facebook, Friendster, MySpace skang ni. Tak main la blog!”. Ini yang biasa gua dengar sekarang ni. Nampaknye gua memang purba, ketinggalan dan tak best pasal tak ada facebook.
Sama gakmasa gua tak ada blog dulu. Ramai yang hina, “Apa la tak ada blog! Semua orang ada blogla sekarang brader Gayour!”. Gua rasa cam orang salah kerana tak ada blog….Serius, gua tak tipu!
Terima kasih pada semua yang menjemput. Gua menghargai tapi gua tak dapat nak menerima semua jemputan kerana gua tak mampu nak “melayan” semua tu buat masa ni. Facebook pun tak ada. HEH! Gua ada banyak kerja. Melayan blog ni pun dah nak semput dah! Biar la orang nak kata gua purba, primitif, dinosaur, ketinggalan…
Hey, i’m GAYOUR, you’re NOT!
Mungkin suatu masa nanti gua akan ‘menerima’ semua jemputan bila semua orang telah beralih ke benda lain yang lebih canggih!
Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "celakalah bagi orang yang memasuki ramadhan tapi tidak mendapat keampunan dari Allah setelah berakhirnya Ramadhan!"
moga kita tidak termasuk dalam golongan yang celaka ini. moga Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita. Kerahmatan, keampunan dan pelepasan dari azab api neraka yang kita harapkan dari Allah.
selamat tinggal wahai Ramadhan. moga dipanjangkan usia dalam iman dan dapat betemu kembali dengan mu di tahun hadapan. InsyAllah.
selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Aidil Fitri pada semua sahabat blogger yang dikasihi. moga sihat, selamat dan berbahagia di aidil fitri. maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap gua pada semua.
lagi satu, selain mengucapkan selamat hari raya, gua gak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua pasal bersusah payah menempah/membeli baju raya, kuih raya, langsir raya, kerusi raya, kasut raya, rambut raya, kereta raya dan segala macam lagi temasuk berasak-asak kat lebuhraya dan jalan raya nak balik kampung kerana nak meraikan aidil fitri. oh, terharunya gua!
kenapa plak?
kerana gua dilahirkan pada pagi hari raya aidil fitri. jadi kira korang susah-susah menyambut ulangtahun kelahiran gua gak la di hari raya ni. jangan marah. HEH!
Tahun 2007 yang lalu gua mendapat jemputan dari Institut Alam dan Temadun Melayu (ATMA ), Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendaftar sebagai ahli dalam Pengkalan Data Digital Seni Lukis dan Pelukis Melayu.. Tanpa memikirkan keburukannya gua trus mendaftar sebagai ahli. Sekarang gua adalah salah sorang dari ahli dalam pengkalan data ni ya. Selain gua, encik Padi gak adalah salah sorang ahli gak. Tu pun setelah gua paksa beliau masuk! Setelah menjadi ahli, pihak ATMA menjemput gua sekali lagi untuk menyertai pameran yang dinamakan “TAMPANNYA BUDI” ( The Beauty of Malay Intellect ). Gua pandang Padi dan beliau menjeling gua bila masing-masing mendapat jemputan ni. Emmm… pada kami ini adalah cabaran! Kami memang selalu cabar-mencabar dalam perkara begini. “ Alaa… lu mesti tak berani nak masuk la Padi!”
Syarat utama dalam pameran niadalah setiap lukisan mesti bepandukan pada mana-mana pantun, puisi, gurindam, perumpamaan, seloka, peribahasa, simpulan bahasa, syair, pepatah, lagu atau syair yang menceritakan pasal kehidupan, budaya, pakaian, tarian, permainan, ukiran, gubahan, binaan, ekonomi atau adat orang Melayu. Tengok jer lukisan dah tau dah, itu la salah satu dari adat orang Melayu. Ia umpama sebuah ‘bacaan’ yang divisualkan. Gua buat bepandukan dari pantun. Senang. HEH! Setelah jumpa pantun yang gua kehendaki, guapun trus melakar sehingga siap dan berjaya menyiapkan sebelum deathline hari perasmian pameran pada hari Jumaat bersamaan 30 Syaaban 1430H – 21 Ogos 2009 yang lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad ( Presiden KehormatYayasan Kepimpinan Perdana ) di Balai Seni Lukis Negara.
*Untuk makluman, pameran TAMPANNYA BUDI ni berakar umbi dalam projek penyelidikan yang besar berjudul “Budaya Visual Melayu” yang telah dilaksanakan semenjak 2006 oleh pihak ATMA UKM, Bangi. Salah satu syarat masa majlis perasmian pameran ni adalah mesti bepakain pejabat. “ Apa hal plak ni?” tegas gua pada diri gua bila dapat kad jemputan. Bukankan ini pameran mengenai orang Melayu. Kenapa tidak dialu-alukan semua peserta dan tetamu memakai pakaian tradisional Melayu? Gua tak peduli dengan peraturan itu, gua datang dengan pakaian baju Melayu! Selamat datang ke dewan pameran TAMPANNYA BUDI.
*Di bawah projek besar tersebut terselitnya projek Pengkalan Data Digital Seni Lukis dan Pelukis Melayu yang bertujuan untuk menyediakan satu senarai selengkap mungkin nama-nama pelukis danbiodata pelukis sekali temasuk juga karya-karya utama pelukis dengan kupasan dari sudut sejarah dan estetika. Ni dia gua tesengeh-sengeh dengan karya masterpiece gua. Satu-satunya karya berukuran besar begini yang gua buat. Seratus peratus menggunakan cat air. Azab gak membuatnya tapi sangat seronok!
*Projek Budaya Visual Melayu ni merupakan projek printis kerana belum pernah lagi usaha begini dilakukan sebelum ni. Biasak la, seni lukis ni biasa/selalu diabaikan oleh sesiapa saja temasuk pemerintah kerana sibuk memberi penekanan/perhatian belebihanpada kajian tekstual cetak mengenai Alam Melayu melalui bentuk buku, hikayat, akhbar dan lain-lain. Pasal tu la kefahaman mengenai “teks” secara automatic dikaitkan dengan bahan cetak. Pelawat petama yang sudi berhenti dan melihat karya gua. Oh, terharunya! Uuu…uuuu..
Ni la karya gua kat pameran ni. Bertemakan pantun seni silat. Tak payah sakit otak pikir nak buat apa. Sebut je silat, itu la seni bela diri orang Melayu dan rumpun Nusantara. Bila melihat persembahan/permaian silat di majlis kawen terutamanya. Bila dua pendekar tua masuk gelanggang/depan pengantin, sorang akan kata ,"jangan rapat! jangan rapat!". Sorang lagi plak akan berkata, " hiyahh! rapat! rapattt!". Bila nak lawannya kalo dua-dua cakap cam tu sampai ke sudah? HEH!
*Kalo nak dikira, setiap karya seni visual juga merupakan “teks” yang boleh dibaca, ditafsir dan dikupas oleh sesiapa saja sama ada pakar atau tidak melalui pandangan memasing. Takkan nak kutuk, hina, kritik atau mencacipun tak tau? Kan orang kita sangat terer dalam bab kutuk mengutuk ni. Sekali tengok dah nampak kesalahan. Punya la hebat! Kefahaman untuk mengutuk ni dah cukup baik walaupun ia perbuatan yang tak baik. HEH! Dewan pameran TAMPANNYA BUDI ni besar dan luas. Masa ni memasing sedang menunggu Tun Mahathir yang sedang melawat/melihat pameran sampai ke bahagiankarya memasing. Pasal tu bahagian tempat karya gua dipamerkan ni tak berapa ramai pelawat lagi.
*Satu persoalan. “Apakah para pelukis boleh membaca, mentafsir dan mengupas sesebuah pantun, gurindam,perumpamaan atau syair dan menterjemahkannya ke atas kertas atau kanvas dalam bentuk imej visual dengan menggunakan pelbahai medium seperti arkilik atau cat air?" Sekiranya boleh, apakah penjelmaan visual itu dapat diterima sebagai satu “bacaan” mengenai pantun sebagai sebahagain dari Sastera Melayu Tradisional?” Macam-macam pendapat akan disuarakan mengenai perkara ni sekiranya seni visual diterima sebagai salah satu bahan sastera Melayu kerana kita mempunyai bejuta pengkritik dan pengutuk tegar! HEH! Sebagai seorang kartunis dan ilustrator, menjelmakan sesebuah cerpen, artikalke bentuk ilustrasi kartun/visual adalah sebahagian dari tugasan. Ini memang kerja gua. Konsep lukisan dalam pameran ni memang tidak menjadi masalah! Pengunjung mula memenuhi ruang pameran ni kerana Tun dah makin dekat.
*Pameran TAMPANNAY BUDI ni tercetus dari persoalan tersebut. Besar la harapan agar setiap karya yang dihasilkan oleh pelukis Melayu dalam pameran inimenjadi “teks” yang terhasil dari “bacaan” para pengkarya terhadap himpunan sastera Lisan Melayu Tradisional. Tapi kalo orang tak faham, tetap tak faham gak seperti gua yang tak memahami karya abstrak. Sakit hati gua melihatnya! Tak tau apasal. Apa yang orang tahu, faham dan tahu nak buat adalah…. kutuk, kritik dan hina! Masa tesengeh-sengeh menunggu, gua ditegur oleh sorang mamat. Gua toleh, hey, brader Imuda rupanya! Beliau datang sebagai sokongan walau tidak menyumbangkan karya dalam pameran ni. Begambo bersama denganpeminat beliau.
Ini merupakan pemeran bersejarah kerana buat julung-julung kali kegiatan dan pameran seperti ini diadakan semenjak merdeka! Patut ker gua merasa bangga dan kembang lobang idung tak memasal kerana karya gua merupakan salah satu dalam pameran bersejarah ini? HNS! HNSH!HNSHH! Lama dah gua mengidam nak karya gua dipamerkan kat Balai Seni Lukis Negara. Ya la asyik tengok karya orang jer. Nak gak merasa pengalaman tesengeh-sengeh bila karya dipamerkan di tempat yang tak semua orang bepeluang dapat peluang ni.Sykur alhamdulillah, akhirnya bejaya gak walau hanya satu karya. Dapat menyertai sudah cukup baik, nak jadi sejarah ke hapa ke itu soal lain. Sedang tesengeh-sengeh, sekali lagi sorang brader menyapa gua. What the… gua toleh, dan tu dia encik Osman Tikus yang menyapa gua rupanya. Siapa Osman Tikus? Begambo bersama encik Pyan Habib dan isteri. Dah gemuk berisi Osman Tikus. HEH! Ramai karyawan hebat tanahair datang sebagai sokongan dalam pameran TAMPANNYA BUDI ni
**Sastera Klasik Melayu terbahagi kepada dua, iaitu, prosa dan puisi. Persamaan kedua-duanya adalah menggunakana bahasa yang indah-indah, halus dan tertib. Apabila dibaca ianya menjadi merdu dan berirama dan menjadi lebih lunak bila dinyanyikan. Dari sini la kepintaran, kebijaksanaan, kekuatan dan KETAMPANAN BUDINYA terserah. Prosa dan puisi pada awalnya adalah dalam bentuk lisan. Kemudian dirakam menjadi tulisanJawi dan mula tesebar ke seluruh Alam Melayu. Kedua prosa dan puisi ini mempunyai kualiti bahasa yang tinggi dan indah, samada bebentuk lisan atau tulisan. Keindahan bahasa ini senantiasa dikekalkan dan menjadikannya suatu warisan budaya berintelek tinggi yang sangat dihargai dan dimegahkan oleh bangsa Melayu. Pelawat kedua yang sudi melihat karya gua. Uuu…uuuuu…
**Puisi Klasik Melayu mengandungi pelbagai bentuk. Antara yang kita kenal dan paling popular ialah pantun, syair, gurindam, dan seloka. Semuanya mempunyai personality tersendiri yang dapat dikenalpasti melalui penggunaan bahasa. Khususnya dalam pemilihan dan penyusunan kata-kata sehingga terhasilnya puisi atau pantun yang indah. Tu di dia mai dah! Tun Mahathir sampai ke karya gua digantung. Sedang menerangkan sket mengenai lukisan dan pantun yang gua pilih. “Pantun pasai orang besilat Tun” tegas gua pada beliau.
Pantun. Gua memilih pantun kehebatan pendekar Melayu di gelanggang dan menghadapi musuh dan menjelmakannya dalam lukisan. Itu karya yang gua hasilkan dalam pameran ni. Pantun memang dekat sangat dengan kita orang Melayu.
Kalau anda memakan limau
Jangan memakan di dalam dangau
Padi memang benafsu harimau
Hari-hari beliau mau
HEH!
**Pantun pada awalnya adalah bebentuk lisan. Tak diketahui siapa pencipta dan bila dicipta. Pantun bukan pantun jika tidak dilafazkan untuk menyampaikan sesuatu, seperti emosi, kiasan, pesanan dan pengajaran. Pantun sentiasa hidup kerana rangkap-rangkap pantun adalah direka dengan spontan apabila ianya dicipta oleh masyarakat Melayu ketika dalam majlis berbalas pantun, meminang, dua pendekar mula nak betikam dan sebagainya. Temasuk gak pantun ingatan supaya surat dibalas seperti:
Pecah kaca pecah gelas
Kalo tak nak pecah kepala harap balas!
Besama Tun Mahathir sebagai kenangan.
Tak tau nak buat apa setelah Tun blah untuk melihat karya orang lain plak. Amik gambo la apa lagi! Kualiti gambo dalam entri ni sangat hancus kerana mintak tolong orang yang tak punya sedikit kemahiran dan "hati" nak amik gambo. Kenapa kebanyakan orang tidak merasakan perlu bersungguh dan betul-betul masa mengambil gambar? Gegar sana, gegar sini. Tu blum jari masuk dalam frame gambo. Aduuu.... Semua main tekan jer tanpa melihat kesesuaian latarbelakang, pose, cahaya, keutamaan dan bahagian yang perlu dimasukkan atau tidak. Gua bukan la sorang juru photo profesional, tapi gua akan berhati-hati , betenang dan memastikan gambar itu "cantik" setelah dirakam. Bukan main belasah jer! Susah mintak tolong orang ni! Tapi bersyukur la dari tak ada langsung!
**Seperti pantun, Syair juga mempunyai keindahan dari segi bahasa, perlambangan dan pengisian dalam penciptaannya. Syair tebentuk berdasarkan binaan susunan kata-kata dan kepengarangan. Ini adalah perbezaan antara syair dengan pantun. Pantun boleh dikarang atau diucapkan oleh sesiapa, pada bila-bila masa dan di mana saja. Tidak dengan syair. Ia ada pengarangnya, ada jalan cerita, ada mesej yang hendak disampaikan dan ada unsur akal budi yang jelas. Dari segi bentuk dan binaan kata-kata indah, syair tidak mempunyai dua baris pembayang maksud dan dua baris maksud seperti pantun. Syair mengandungi rangkap empat baris, atau lebih yang bebunyi sama setiap hujung baris. Dalam pantun, setiap rangkap empat barisnya boleh berdiri dengan sendiri, tetapi dalam setiap rangkap syair hanyalah sebahagian daripada puluhan atau ratusan rangkap yang membentuk sesebuah syair.Sila hayati Syair Siti Zubaidah Perang Cina ni sebagai contoh;
Seratus butir dulang bertatah
Berisi kuih yang indah-indah
Bermacam-macam halwa juadah
Sekelian ini lengkaplah sudah
Dihadirkan peraduan semuanya emas
Serta bantal bertapak emas
Tempat air bertampuk antelas
Sirih disisi di dalam gelas
Salah satu karya yang dipamerkan. Ni hasil karya sahabat Pyan Habib yang bertajuk “ Seloka Pak Kaduk”.
**Persamaan antara Gurindam dengan pantun dan syair adalah dari susunan kata-kata indah yang berirama. Bezanya, gurindam mempunyai rangkap dua baris, atau dua kerat. Sedangkan pantun dan syair mempunyai rangkap empat baris. Pada setiap hjung rangkap pertama dan kedua gurindam mempunyai irama dan hujung yang sama seperti syair. Biasanya pada kerat pertama mengemukakan persoalan dan jawapan pada rangkap kedua.
Mari lihat contoh GurindamDua Belas ciptaan Raja Ali Haji.
Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta
Apabila banyak belebih-lebihan suka
Itulah tanda hampir duka
Tujuan gurindam dicipta adalah jelas, iaitu, untuk mengajar dari segi agama dan akhlak
Gua mencari-cari mana karya encik Padi. Beliau kata beliau telah menghantar karya untuk pameran ni. Tapi rupanya palsu semata. Eeeee… tensennya gua dengan beliau! Rupanya beliau tak buatpun lukisan untuk pameran ni! Dah la tak hantar karya, datang lambat plak tu. Balai Seni Lukis dah nak tutup dah baru beliau sampai. EEEEE….apapun beliau tepegun kagum tak pecaya bila melihat karya gua ni. HEH!
**Seloka, dari segi bentuk boleh dianggap sebagai puisi klasik yang mempunyai ‘gaya bebas’ kerana jumlah barisnya tidak ditentukan. Ikut suka pengarang la! Sesetengah pihak menganggap seloka sebagai ‘puisi bebas’ yang biasa digunakan untuk bergurau sambil memberi nasihat, ingatan atau memang bertujuan untuk bergurau semata-mata. Dari segi bentuk kata-kata, setiap barisan dalam seloka adalah ayat lengkap. Keunikan seloka terletak dalam cara setiap ayat lengkap seloka itu dibina dan disusun untuk mengekalkan ciri puitis sekali gus menyimpulkan mesej dengan ringkas, padat dan mengesankan. Seloka Pak Kaduk di bawah sebagai contoh;
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ramai jemputan dan pelawat yang datang pada hari perasmian ni temasuk pelajar-pelajar dari UITM, Shah Alam dari kursus Art and Design ni. Biasak la diorang datang untuk melihat karya-karya yang dipamerkan, mencari idea, mendapat idea dan temasuk mencilok idea untuk projek-projek diorang untuk lulus.
Banyak lagi fakta dan maklumat menarik pasal pantun, syair, gurindam blablablaaa… ni. Cari la sendiri ya. Tak larat nak tulis kat sini. Ini la sebahagian dari kehebatan ciptaan orang Melayu yang masih ada dan boleh dibanggakan. Keindahan, ketinggian dan kehalusan bahasanya yang mempersonakan Itupun kalo nak rasa bangga sebagai orang Melayu. Kalo tak, tak payah la susah-susah mencari, mengkaji, memahami, menjaga, mengembang dan menyayanginya. Apa hal plak nak bepantun-pantun. Ni zaman moden la! Generasi sekarang menjadikan pantun senagai bahan lawak saja dengan bahasa yang huru hara. Contoh seperti pantun dua kerat ni;
pen merah pen biru
i luv you
Selamat datang ke pameran TAMPANNYA BUDI diBalai Seni Lukis Negara pada semua sahabat yang sudi. Pameran telah bermula dari 12 Ogos hingga 04 Oktober 2009 di Galeri 3A & 3B. Sebanyak 163 buah karya dari 127 pelukis dipamerkan dalam pameran ni. Semua karya bertemakan pantun, gurindam, syair, peribahasa, seloka dan sebagainya yang mengambarkan bangsa/orang Melayu. Ada masa lagi kalo nak pegi tengok. Selain pameran TAMPANNYA BUDI, ada beberapa pameran lain yang belangsung di Balai Seni Lukis Negara. Pada siapa yang nak tengok karya gua, sila la datang. Tapi kalo tak tengokpun tak apa. Tak la hebat mana. Cuma sebagai orang Melayu yang dianugerahkan sedikit kelebihan boleh melukis, ini sedikit sumbangan gua untuk kemajuan seni lukis bangsa Melayu. Teserah la, kalo nak pegi, pegi. Kalo tak nak pegi, sudah. Ada banyak lagi benda lain nak dibuatkan? Ni peluang baik untuk mengkritik, kutuk, hina, caci,keji, jijik, muntah darah, pelekeh, pertikai… HEH!
* sebahagian artikel dicilok dari tulisan Prof. Madya Salmah Abu Mansor
Felo Penyelidik Kanan
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
( prof ni yang jemput gua join ATMA dan pameran . tq prof! )
** baiekkk punye cilok dari tulisan Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Pengarah Pengasas
Institut Kajian Etnik (KITA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jika diberi kelapangan masa, gua akan dedahkan THE MAKING OF karya gua untuk pameran ni kat GALERI GAYOUR. Tak tau la bila. Ntah la…
OFFICIAL ANNOUNCEMENT OF MSC MALAYSIA IPCC 2009 WINNERS
( INTELLECTUAL PROPERTY CREATORS CHALLENGE )
10 RAMADHAN 1430 HIJRAH - 31 OGOS 2009
Tahun ni pihak penganjur pertandingan komik interaktif,MDeC membuat sedikit kelainandan pembaharuan dalam meraikan pemenang-pemenang. Satu majlis rasmi pengumuman dan penyerahan mock up checque padasepuluh pemenangdalam pertandingan IPCC DIGITAL INTERACTIVE COMIC 2009 telah diadakanpada 17 Ogos 2009 ( Isnin ) yang lalu kat Taming Sari 3, The Royale Chulan Kuala Lumpur. Semua pemenang dalam ketagori memasing dijemput hadir untuk menerima sendiri mock up checque dari CEO of MDeC, Ybhg datuk Badlisham Ghazali. Hari tu masa pembentangan kira pengumuman pemenang dan penyerahan mock up checque yang tak rasmi.
Gua dan Aguri sebagai ILHAM STUDIO hadir bersama team NAGASATRIA iaitu encik Niezam dan isteri kat sebelah beliau tu sedang menunggu apa yang patut untuk dimakan!
Yang Berbahagia Datuk Badlisham sedang berucap. Biasak la majlis cam ni kan, mesti ada ucap-ucapan. Besarlah harapan Datuk pada semua pemenang/karyawan agar menggunakan peluang yang adauntuk memajukan industri komik, animasi dan permainan digital. Ni la masa untuk memasarkan produk tempatan ke luar negara. Kita mampu bersaing! Hari tu masa pengumuman pemenang dan penyerahan cek, gua tak ada. Bagus gak diorang buat majlis ni, ada la bukti gua sebagi salah seorang pemenang. HEH!
Datuk tak membebel panjang. Ucapan yang pendek dan padat! HEH! Biasa kita dengar kata-kata cam tu kan – pendek dan padat! Trus ke acara penyerahan cek pada semua pemenang. Apa lagi, bila tiba giliran ILHAM STUDIO, tesengeh-sengeh la gua menerimanya. RM 20,000 beb! Syukur Alhamdulillah.
Sementara nunggu masa makan tengahari, jalan-jalan tengok sekitar The Royale Chulan yang baru dibuka ni. Cantik konsep binaan dan hiasan dalamannya. Guapun apa lagi, trus begambo sambil layan Blues Untuk Aku Hidup Dalam Blues Ke?
Tak payah la gua tampal menu lunch kitorang ya. Memang lazat! Tak penah gua rasa masakan/makanan selazat ni! Tipu! Nanti makan kat tempat lain gua akan kata benda yang sama gak. “Uikzzzz! Lazatnye. Bedarah idung!" Tak penah gua makan makanan selazat ni!”. Uuuu…uuu… Lepas makan semua set yang dihidangkan dari appertizer, Kerabu Ketam Avocado & Satay Makanan Laut hingga ke dessert, ‘Crème Brulee’ Berperisa Pandan, baru majlis makan-makan ditamatkan pasal tak larat dah nak makan! Syukur Alhamdulillah!
Pas tu sebagai bukti, ni dia mock up cek yang ILHAM STUDIO dapat!
Bersama Aguri. Kami team ILHAM STUDIO akan berusaha untuk memastikan projek kami berjaya dan tidak mengecewakan pihak penganjur yang bersungguh menganjurkan pertandingan ini! Walau hanya dapat mock up cheque ( duit sebenar blum dapat lagi ), ini dah cukup membakar semangat sampai rentung untuk menyahut cabaran dan menyiapkan projek! Ini peluang baik untuk pergi lebih jauh. Dengan izin Allah, tiada yang mustahil. Yang penting usaha tegar dan trus berusaha!
SARAWAK REGATTA DAN CUTI-CUTI MALAYSIA ZOOM! MALAYSIA FAIR 2009
BAHAGIAN SATU DARI SEJUTA BAHAGIAN!
04 RAMADHAN 1430 HIJRAH - 25 OGOS 2009
Gua mendapat jemputan khas dari Tourism Malaysia untuk join diorang ke Kuching, Sarawak sempena Pesta SARAWAK REGATTA dan promosi CUTI-CUTI MALAYSIA ZOOM! MALAYSIA TRAVEL FAIR 2009 pada 31 Julai dan 01 hingga 05 Ogos 2009 yang lalu. Biar betul ni? Yeah! Memang betul bila gua chekidaut dengan Tourism Malaysia. Ayuh kita jom ke Kuching, Sawarak untuk bersama menyertai program di sana.
Kali pertama gua sampai ke Kuching Sarawak disambut dengan cuaca panas ya amat! Aduuu… panasnye. Sabo jer la. Panas ni sama cam kat semenanjung pada bulan April, Mei, dan Jun yang lalu. Kat mana –mana panas bebahang! Tak kira siang malam, pagi petang. Panas! Tak bleh komplin, ini semua rahmat dan nikmat dariNya. Gua tetap bejeket dan tesengeh-senget begambo kat airpot sebagai tanda tidak protes akan cuaca panas sementara menunggu tour guide kitorang menyelesaikan urusan kat dalam airport. HEH! Rombongan kali ni tak ramai. Hanya Karangkraf yang memenuhi jemputan media Tourism Malaysia ke Sarawak. Gua dan Apai dari dept ilustarsi, Bad dari dept photo dan editor LIBUR, encik Azli. Dua orang dari Tourism Malaysia iaitu cik Ednie dan saudara Man ( photographer ) yang mengiringi kitorang dari KLIA ke Kuching. Media yang lain tak dapat join sama. Pasal lama sangat kot program kali ni. Enam hari. Hey! Sarawak, gua datang!
Dalam perjalanan ke rumah tumpangan cap kucing kat Waterfront, tour guide kitorang Kak Lin tak berhenti becakap, becerita itu ini pasal Sarawak. Baru jumpa dan bekenalan, kak Lin begitu mesra melayan kitorang seperti seorang ibu melayan anak-anaknye. Yang menarik cerita pasal asal-usul nama bandar Kuching. Nanti gua kisahkan. Temasuk nama Sarawak, kisah Rajah, kaum etnik yang sangat banyak kat Sarawak dan tak ketingalan pasal makanan. Yummy! Yummmy! Nak makan itu, nak makan ini! Singgah jab ke booth Tourism Malaysia turunkan majalah-majalah G3 dna LIBUR yang dibawak dari semenanjung.Ada tiga program kat Kuching ni. Satu kat khemah besar CUTI-CUTI MALAYSIA ZOOM! TRAVEL FAIR. Satu lagi kat tepi sungai Sarawak atau Waterfront untuk acara tahunan Sarawak Regatta dan melawat tempat-tempat terpilih yang menarik sekitar bandar Kuching untuk media. Masuk jer ke rumah tumpangan cap kucing, gua trus menyelak langsir dan…. NAH! Tu dia Sungai Sarawak yang selalu sangat gua dengar kisah kehebatannya! Ini la nadi utama Kuching dan Sarawak!
Kejap gua tengok sana, kejap gua tengok belah sini plak. Tak puas tengok dan tak tau mana satu nak tengok dulu. Tengahari buta ni kelihatan beberapa kapal lumpa sedang belatih. Eh! Bukan kapal lumba yang belatih tapi ahli pasukan yang belatih! Kat sungai ni la pelumbaan Regatta akan dilangsungkan. Hebat sungai ni. Tak nampakpun sang bedal yang selalu diperkatakan tu! Mana beliau?
Sedang tunggu lif nak ke bilik, tenampak kat skrin TV, ESQ Training untuk permulaan sedang belangsung kat satu dewan di rumah tumpangan ni. Boleh singgah recharge balik ni kengawan! Lepas makan tengahari kita pegi! Pas makan tengahari, Bad, Azli dan gua trus ke dewan belangsungnya kursus ESQ Training. Saja singgah bila ada peluang cam ni. Walau pesertanya tak seramai seperti di semenanjung, ia tetap hebat! Bila lampu dimaklapkan dan trainer berkata, “rundukkan wajahmu dan pejamkan matamu”, guapun buat la… emmm… terus lena ! Maklum la lepas makan. Dewan tu plak sejuk. Leceh tul. Nak recharge apa cam ni. Tak baik mencemarkan majlis. Baik blah. Terima kasih. Selamat berkursus dan merasai pengalaman hebat pada semua! Balik ke bilik dan kendian trus ke booth yang disediakan oleh Tourism Malaysia untuk kitorang.
Gua dijemput oleh Tourism Malaysia ke Sarawak untuk menambah aktiviti kat booth pameran ZOOM! Travel Fair iaitu melukis karikatur dan mempromosikan majalah atau produk yang gua ada. Boring asyik aktiviti yang sama. Pelawat/pengunjung datang dan sengeh-sengeh melawat booth agensi pelancongan dan Homestay. Pas tu blah kalo tak bekenan. Tourism nak pengunjung berada lama kat khemah tourism dan boleh mengambil peluang untuk gua karikaturkan dengan sedikit bayaran. Kerana itu gua dijemput ke Kuching ni. Melukis karikatur dan membuat promosi produk Kumpulan Karangkraf.
Suasana dalam khemah tourism. Ramai pengunjung yang masuk ke khemah berhawa dingin ni kerana kat luar panas sangat. Tak bleh tahan. Bila ramai yang masuk, dah tak sejuk la plak! Ada banyak booth pameran produk pelancongan yang menyertai Travel Fair kali ni. Bukan saja dari Sarawak tapi dari Sabah dan semenanjung juga dijemput oleh Tourism Malaysia. Beberapa produk homestay sekitar Kuching gak turut join. Homestay dah jadi satu produk pelancongan yang popular sama ada kat semenenjung atau kat Kepulauan Borneo. Teringat kat Homestay Paya Guring kat Perlis. Apa lagi kalo tak nimba ikan! HEH! Hari pertama di Sarawak. Gua tesengeh melihat kehebatan sungaiSarawak.
Ni gua kat booth tempat buat/lukis karikatur. Ramai sedang beratur yntuk dikarikaturkan. Brader tu sibuk bertanyakan pasal buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Beliau nak beli satu. Terima kasih bro! Malam ni ( hari pertama ) belangsungnya acara perasmian CUTI-CUTI MALAYSIA ZOOM! TRAVEL FAIR 2009 kat stage dalam khemah tourism ni oleh Menteri Pembangunan Urbanisasi dan Pelancongan Sarawak Y.B. Datuk Michael Manyin Anak Jawongbersama Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik dan Singapura Tourism Malaysia Encik Musa Yusof.
Masa diorang berucap dan persembahan tarian kebudayaan etnik Sarawak, gua belasah lukis karikatur Datuk Michael dan encik Musa dan bagi sebagai cenderamata masa diorang melawat ke booth pameran. Belah kiri sekali tu adalah YB Datuk Michael Manyin, merima karikatur dari saudara Apai ( editor G3 ) dan encik Musa tesengeh-sengeh menerima karikatur beliau dari gua. Habih jer acara perasmian, sidang akhbar diadakan kat sebuah restoran di Waterfront. Pas tu makan la apa lagi. Uh! Uh! Ada umai, midin, manok pasuh dan rendang kambing! Lazatnye umai! Uuuu…uuuu… Kat Waterfront makin sesak dengan orang ramai. Macam-macam aktiviti ada. Nak jalanpun susah terutama kat tempat orang jual Gambir Sarawak. HEH! Tak larat nak join sama. Penat. Selamat malam Bumi Kenyalang! Besok nak makan umai lagi la. Tak puas!
Pagi hari kedua di Bumi Kenyalang walau tak seko burung enggangpun yang gua nampak. Mana ada burung tu kat tengah bandar ni! Oh, ya tak ye gak! Gua kat tengah Bandar Kuching skang ni. Apa da! Suasana tenang di sungai Sarawak. Masa ni sekitar 8.30 pagi. Syok tengok sungai Sarawak dan bot-bot penumpang yang sibuk mengangkut pelanggan dari kampong seberang ke bandar. Mana sang bedal? Tak nampakpun berenang-renang…
Tu nampak tupejabat tuan rumah, Tourism Malaysia Sarawak yang betul-betul kat tepi sungai Sarawak. Tourism Malaysia Sarawak la yang mengurus dan mengaturkan program kat khemah booth tourism dengan kerjasama Tourism Malaysia. Sila singgah ke pejabat atau website Tourism Malaysia Sarawak sekiranya nak tahu semua pasal produk pelancongan yang ada kat Sarawak. Tak larat nak cerita pasal Sarawak ni besar ya amat. Negeri terbesar dalam Malaysia. Nak tau berapa besar negeri Sarawak? Tolak atau keluarkan Negeri Sembilan. Gabungan antara negeri-negeri lain dalam Semenenajung Malaysia tu la besarnya negeri Sarawak!
Beberapa buah bot hiasan parking kat tepi sungai. Ada sebuah bot yang menggunakan kepala itik sebagai hiasan. HEH! Kenapa tak gunakan kepala sang bedal sebagai hiasan? Mesti gempak punyer! Mungkin ada pantang larang. Ontah la...
Hari ni gua sorang-sorang betugas kat booth. Kengkawan lain ada program yang telah diatur bersama Kak Lin, agen pelancongan kitorang. Pagi lagi diorang dah blah untuk program memasak . Yeah! Diorang pegi masak makanan tradisi beberapa etnik Sarawak seperti Manok Pansuh, Umai, Midin dan Sup Ginseng Ayam Air Kelapa Muda kat Sarakraf Pavilion. Eee… jelesnye gua! Seblum masak diorang shooping dulu kat Pasar Minggu Satok beli bahan-bahan untuk masak. Lagi sekali EEEE…. Nak la pegi tengok ulat lundi ( sagu ) kat Pasar Satok! Nak belajar masak/buat Umai! Uuu..uuuu… Tinggal la gua sorang-sorang kat Bandar Kuching ni. Isk! Iskhh! Uuu..uuuu… Pagi ni gua sarapan sorang-sorang kat rumah tumpangan cap kucing. Apa nak makan ya? Tenampak sorang brader ceduk kuah dalam mangkuk ayunnye. Guapun tanye, “ Yo, bro! apa kejadahnye tu?”. Ishh! Takkan la gua tanye cam tu. “ Apa tu brader?”. “ Ini la laksa Sarawak”. Laksa Sarawak? Emmm… patut cube try ni. Bismillahirohmanirohim… nak ngap jer. Uikz! Sekali meehun keras daa. Ruprnye kena celur dulu meehun tu. Uuu..uuuu… ni la nasib bila sorang-sorang. Kali pertama plak kat Sarawak. Nak tanye Kak Lin, kacau plak. Ah, lantak la. Keraspun keras la. Telan jer. Jangan banyak songeh!
Masa on the way by kaki ke booth tourism menyusuri tepian sungai Sarawak, orang punye la ramainye. Nak jalannpun tak bleh. Tepaksa ikut jalan jauh sket. Rupenye acara perasmian Sarawak Regatta 2009 akan dilakukan pagi ni oleh Ketua Menteri Sarawak. Masa ni Ketua Menteri baru sampai ke Waterfront. Patut la bebondong-bondong orang. Rumah tumpangan kitorang ke booth tourism tak la jauh mana. Jalan kaki jer melalui waterfront tu. Kalo jalan laju-laju, cepat la sampai, tapi kalo jalan pelahan lahan sambil singgah tengok orang jual Gambir Sarawak, petang nanti blum tentu sampai!
Sampai jer dah ramai orang/pelawat ke booth pameran. Gua duduk jer kat booth, dah ramai yang beratur untuk dikarikaturkan. Seorang warga emas menjadi pelanggan pertama. Raut wajahnye jelas beliau bukan orang Melayu Sarawak. Gua tau beliau bukan orang Melayu pasal beliau bagi tau beliau etnik Iban. HEH! Seronok melukis karikaturnya yang dah seperti karikatur. Senang.Terima kasih pakcik. Terima kasih dalam bahasa Iban apa ye? Tak sempat nak tanya kat pak cik tu.
Bukan saja buat karikatur, Tourism Malaysia minta gua melakukan aktiviti kat pentas gak. Ada sebuah pentas disediakan dan macam-macam aktiviti dilakukan kat situ. Tengahari ni gua mengendalikan acara Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti Malaysia Zoom! Travel Fair Sarawak 2009 bersama deejay tetap kat stage iaitu saudara Hamzani. Assalamualaikum! Apa khabar orang Sarawak? Kali pertama di Sarawak dan mengucapkan salam pada orang Sarawak. Saya kartunis Gayour. Seronok betemu semua. Terima kasih kerana sudi bersama saya dan saudara Hamzani pada tengahari ni. Sapa nak HADIAHHHHHH? Semua menjerit-jerit nak. Terutama orang dewasa. HEH! Untuk semua sobat. Sila jawap soalan kuiz yang senang nak mampus ni ya.
Dan banyak lagi soalan tahap tadika cam ni untuk dijawap dan dapat hadiah yang disediakan oleh Tourism Malaysia. Sapa nak jawap dan hadiah kena naik ke pentas. Gua tukang bagi soalan dan encik Hamzani merayau kat bawah pentas sebagai tukang pilih dan tarik orang yang nak jawap ke pentas.Aa.. uu..aaa.. saya tau cikgu. Jawapannye E cikgu! Harharahar! Lawak la awek ni!
Soalan setrusnye;
1-Apakah gunung yang tertinggi di Malaysia
2-Apakah nama sungai yeng terpanjang di Malaysia?
Sorang awek penari kebudayaan dari Kalimantan yang dijemput khas oleh pihak tourism untuk membuat pesembahan pada majlis perasmian malam tadi hingga ke hari ini mengangkat tangan untuk menjawap. Ayok! Sila naik ke pentas ya. Apa jawabannye dong ah? Sambil tesengeh-sengeh beliau menjawap.
Setelah habis tugasan gua kat pentas memberi soalan kuiz dan menghabiskan hadiah-hadiah yang disediakan oleh Tourism Malaysia, gua kembali ke booth. Ramai yang nunggu untuk dikarikaturkan. Selain melukis karikatur, gua ada bawak sket buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR untuk orang Sarawak. Nak bawak banyak-banyak tak larat. Berat! Brader ni membelikan buku gua untuk anaknye. Terima kasih bro!
Masa rehat. Tak tau nak pegi mana bila tinggal sorang-sorang ni. Panas kat luar. Tapi orang masih ramai behimpit himpit kat semua tempat terutama kat tepi sungai. Nak tengok pemandangan kat bandar Kuching la tengahari buta ni. Bangunan putih cam istana Robin Hood tu dulu adalah bangunan penjara. Penjara? Yeah! Penjara bawah tanah. Tak dapat tengok lumba perahu kat tepi sungai, sebuah skrin besar disediakan untuk mengikuti pelumbaan dari skrin ni. Tapi kena bejemur la kalo nak tengok.
SELAMAT DATANG KE SARAWAK.Ucapan alu-aluan ni melambak-lambak kat seluruh Bandar Kuching sebagai menghargai dan meraikan kedatangan pelancong atau pelawat dari ceruk dunia manapun yangbermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Selamat Datang ke Sarawak. Yeah! Ini kali pertama gua sampai ke Sarawak. Kat bawah tu adalah khemah-khemat pameran dan jualan segala macam ukiran, jahitan Sarawak ni.tekstil, pintalan, kuih muih/makanan, anyaman, Gambir Sarawak dan entah apa ke bende lagi dari beberapa etnik utama kat Sarawak ni.
Tengahari buta ni pelumbaan perahu regatta masih belangsung. Walau panas, orang tak meninggalkan tebing sungai untuk menyaksikannya. Nak gak tengok tapi gua tak nak tolak menolak. Tak apa la. Tu nampak tak kapal lumba nun jauh kat hujung sana tu. Tak nampak? Menurut amalan patik, siapa tak nampak….. HEH!
Bangunan apa ni? Untuk makluman semua sobat. Ini la mercu tanda baru kebanggan warga Sarawak, bandaraya Kuching dan penyeri baru di tepian sungai Sarawak iaitu banguna Dewan Undangan Negeri yang baru dirasmikan masa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 27 hingga 29 Julai yang lalu kat bandaraya Kuching ini. Bumbungnya berkongsepkan topi etnik Bidayuh. Ketua menteri Sarawak kan dari etnik Bidyuh. Berapa harganya? RM300 juta.
Gua truskan acara jalan-jalan secara solo kat Bandar Kuching ni nak tengok-tengok. Ni dari celah jalan. Nampak tak bumbung bangunan DUN tu? Ada bangunan baru dan lama. Sama cam kat semenanjung. Tak larat nak jalan kauh-jauh. Panas! Ingat nak menjelajah secara solo ke Jalan India. Satu-satunya tempat orang India dan India Muslim berniaga dan boleh ditemui kat Sarawak ni. Orang India sangat rare kat sini. Payah nak jumpa. Lagi satu nak ke Masjid India kat Jalan India tu. Ada satu lagi masjid kat Jalan Gambir. Yeah! Jalan Gambir. Nak pegi ke sana plak gua tak tau jalan short cut. Lagi satu nak singgah makan kat mana-mana gerai. Laksa Sarawak ke, mee kolok ke. Umai, yeah! Umai! Umaiiii! Tapi tak ada kawan nak bawak atau orang yang tau kat mana yang best. Ontah la jang! Lupakan la saja hajat di hati!
Oh! Yeah! Seblum tu gua nak cite pasal asal usul nama Kuching. Nak tau tak? Tunggu sambungan akan datang. HEH!
Begini kisahnye menurut kak Lin, pemandu pelancong kitorang.
Pada masa dahulu terdapat banyak pokok Mata Kucing yang tumbuh kat bukitdibelakang hotel Hilton. Kerana banyaknya pokok Mata Kucing tu la nama bandar Kuching diperolehi dari sebutan orang Cina yang ramai masa tu. Haiya! Buah Mata Kocheng maa… Ada sebuah anak sungai yang dinamakan Sungai Kuching kat bawah bukit tu yang telah ditutup/ditambak pada tahun 1929 yang kini menjadi salah satu jalan utama di tengah Bandar Kuching. Ia bersebelahan dengan Kuil Tua Pek Kong. Jalan tu dulunya adalah sebuah anak sungai yang mengalir masuk ke sungai Sarawak. Gua dah lalu kat jalan tu.
Kisah kedua
Ada sebuah pelabuahan yang sibuk di muara sungai Sarawak pada masa dulu dengan urusan jual beli ikan. Tempat nelayan belabuh dan menjual hasil tangkapan. Bila dah banyak ikan kat pelabuhan tu, maka banyak la kucing menyibuk mencuri ikan. Kerana banyaknya kucing mengalahkan banyaknye ikan, maka pelabuhan itu dikenali sebagai kuching dan menjadi terkenal dengan nama KUCHING.
Ada satu lagi kisah tapi tak begitu popular. Tak payah cite la. Kalo korang ada kawan-kawan dari Sarawak, korang soal siasat la sendiri. Tapi kalo buat tak taupun tak apa. HEH!
Gua tak tau mana nak makan tengahari ni. Mesti kengkawan kat Sarakraf Pavilion makan best-best! Umai! Umaiii! Uuu…uuuu…
RAMADHAN TIBA LAGI 01 RAMADHAN 1430 HIJRAH - 22 OGOS 2009
Pada semua, gua mengucapkan tahniah dan selamat MENGERJAKAN IBADAH PUASA. Yeah! MENGERJAKAN bukan MENJALANI.
Kenapa?
Kerana ucapan SELAMAT MENJALANI itu la ramai yang salah jalan masa berpuasa. Pasal tu la ramai yang singgahsana sini semasa menjalani ibadah puasa. Bila bejalan-jalan nampak la macam-macam yang tak sepatutnya ditengok atau tertengok. Jalan-jalan la katakan.
Dalam ibadah haji, ia dikatakan sebagai MENGERJAKAN ibadah haji kerana banyaknye kerja/perbuatan fizikal masa mengerjakannya. Solat pula dikatakan MENDIRIKAN solat kerana kita bediri atau kekal di tempat solat tu hingga habis. Tak merayau ke mana-mana.
Kenapa plak bahagian puasa kita mengucapkan selamat MENJALANI ibadah puasa? Padahal kita sedang MENGERJAKAN ibadah puasa. Bila bekerja, tentu la sibuk dengan pekerjaan kita dan tak peduli dengan perkara-perkara yang lain. Tumpuan sepenuhnya pada pekerjaan!
Pada semua sahabat yang dikasihi, gua minta maaf atas segala salah dan silap. Gua memaafkan semua kesalahan semua pada gua. Tahniah dan syukur kerana dipanjangkan usia dapat bertemu dengan Ramadan tahun ini.
bulan mengembang penuh, 15 ramadhan 1429 tahun lepas
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK dan SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA.
dan selamat berseronok mengerjakan ibadah puasa tahun ni!