Tuesday, April 21, 2015

ComicXcel


ComicXcel dan Wacom CINTIQ
03 REJAB 1436 - 22 APRIL 2015

Kali pertama gua cuba melukis menggunakan tablet jenama Wacom model Cintiq yang canggih mangih masa memenuhi jemputan dari myNEF ( New Entrepreneurs Foundation ) kat bandar Damansara Perdana dalam majlis Demo Day ComicXcel pada 27 Februari 2015 yang lalu.

Gua pergi bersama Presiden dan Naib Presiden PEKOMIK ke program ni. Setelah berakhirnya pembentangan projek komik dari 10 orang pelajar terbaik ( terbaik? ) tibalah masanya untuk makan biri-biri panggang dengan rakusnya setelah membaca bismillah. Yeahhh! Biri-biri bukan kambing!

Memang ada banyakkkkkkkkkkkkk... yang gua nak kritik, hina, keji dan komen pasal hasil kerja pelajar yang membentangkan projek komik mereka. Tapi gua mungkin akan jadi agresif dan emosi yang boleh menjahanamkan moral dan semangat pelajar atau lebih teruk boleh menyebabkan rusuhan! Harharhar! Jadi adalah lebih baik gua berdiam dan batalkan niat. Mungkin lebih mendatangkan dosa dan fitnah dari
kebaikkan. Makan biri-biri panggang lagi baik. Nyumnyumm...

Masa selesai basuh tangan setelah membelasah beketul tulang rusuk biri-biri panggang ( makan dengan tangan la baru ada feel...), gua terpandang pada tablet Wacom Cintiq yang terbiar kat sebelah receptionist laluan keluar dari bangunan myNEF. Gua menghampiri beliau dan bertutur dalam hati, " Eh! Ni tablet Cintiq ni!Err... boleh guna cuba try ke?" Tanya gua pada staff myNEF kat situ. " Ya, sila. Ni memang untuk digunakan oleh sesiapa yang nak mencuba". 

Apa lagi, keterujaan gua terhadap Cintiq melupakan biri-biri panggang dan dua sahabat yang masih membelasah  makanan kat luar. 

 Kali pertama gua melihat Editor in Chef Marvel Comics, encik Joe Quesada menggunakan tablet Cintiq melukis Spiderman dalam saluran DisneyXD cukup membuat gua berdarah hidung.ARGHHHHH!

 Hari ini, kat myNEF, gua melukis menggunakan tablet Cintiq buat pertama kali. Tablet Cintiq memang berbeza dari Tablet Intuos 5 Touch yang gua gunakan sekarang. Best eh lak haiii! Lagi bagus kalo ada guru yang mengajar dan menunjukkan cara yang betul menggunakan Cintiq pasal benda ni memang kena berguru! Latihan berterusan adalah diperlukan untuk cepat, cekap dan mahir mengendalikan untuk hasil karya digital yang hebat! 

Sedikit info pasal program ComicXcel

“Comic Accelerator” atau ComicXcel adalah sebuah program khas selama 3 bulan untuk individu atau syarikat tempatan yang mahu memulakan perniagaan dalam industri kandungan kreatif. Program ComicXcel yang telahbermula dari bulan Disember 2014 kini berusaha untuk memaksimumkan hasil kerja kreatif para peserta. 

Semua peserta dikehendaki menyiapkan sebuah komik (18 mukasurat) yang lengkap dengan jalan cerita tetapi mengikut kreativiti masing-masing. Di bawah program ini, peserta telah menjalani kursus dimana mereka diberikan 
pendedahan dalam pengurusan bakat dan IP (hakcipta) mereka.


Dalam usaha myNEF bagi menjayakan program ini, inilah masanya para peserta  bukan sahaja membuahkan hasilkreativiti melalui komik tetapi untuk ketahap yang lebih tinggi seperti animasi, permainan, komik digital,siri cereka adiwira / filem, perlesenan watak dan cenderamata. 

Kenapa  hampir semua 10 pelajar memilih tema, kisah dan watak yang menyusahkan seperti kisah sejarah zaman purba yang memerlukan kajian, fakta dan ketepatan. Kan susah tu. Mula-mula berkarya kenapa tak buat kisah yang mudah, seronok,
menghiburkan dan horey horey?

Buat la cerita lastik burung, mancing ikan puyu, bekelah kat air terjun, main bola dan lain-lain aktiviti yang pernah dilakukan dan menyeronokkan. Mungkin pada mereka kisah-kisah cam tu tak mencabar, biasa dan lekeh. Nak la buat kisah yang hebat dan mencabar sket. Baru la bleh show off dan mencabar diri la kononnya buat kisah-kisah yang menyusahkan. Pasal tu banyak salah itu ini...

Pada semua pelajar, belajar dan berusahalah meningkatkan mutu lukisan dalam semua perkara. Ya, lukisan dulu, kendian cerita. Itu saja, cakap banyak, banyak plak dapat dosa. Moga berjaya pada semua dan moga gua gak berjaya memiliki tablet
Cintiq suatu masa nanti. HEH!