Wednesday, October 12, 2016

JENAMA X


PELANCARAN BUKU JENAMA X
11 MUHARRAM 1438H - 12 OKTOBER 2016

Alhamdullilah, akhirnya setelah sekian lama merancang, akhirnya buku Jenama X telah selamat dilancarkan dengan rasminya pada 07 Muharram 1438H bersamaan 08 Oktober 2016 yang lalu di perkarangan MPH Nu Sentral, Kuala Lumpur. 

Antara VIP yang hadir termasuk paling VVIP iaitu peminat dan penyokong kartun dan komik tanahair di hari pelancaran.

Tetamu kehormat yang merasmikan pelancaran buku Jenama X iaitu Yang Berbahagia Datuk Lat sedang memberikan sepatah dua kata. Terima kasih datuk yang dikasihi serta dihormati kerana sudi mencemar duli melancarkan buku Jenama X.

Gimik pelancaran yang ringkas dan mudah. Semudah Datuk Lat menerima cenderamata JX dari kartunis Ubi.

Juga yang dikasihi, Profesor Kartun dan Komik tanahair yang turut hadir memberi sokongan iaitu Yang Berbahagia Profesor Muliyadi yang diundang khas sebagai penulis prakata dalam buku Jenama X. Terima kasih daun keladi prof! 

Alhamdulillah, buku Jenama X selamat dilancarkan oleh Datuk Lat.

Setelah pelancaran, sesi bertanya apa yang patut pasal JX. Brader Imuda turut hadir memberi sokongan. Terima kasih bro. Sedikit perkongsian kisah pengalaman dari brader Imuda masa beliau mula melukis di penghujung tahun 70an dahulu dan soalan kepada JX. " Kenapa pilih nama Jenama X. Apa maksud sebenar yang tersembunyi?"

Brader Mie ( kartunis dari majalah Batu Api tahun 80an ) turut hadir dan memberi kata-kata semangat pada team JX. terima kasih bro.

Tak sangka, ramai kartunis otai yang datang memberi sokongan dalam  majlis pelancaran JX petang ni. Ni sorang lagi pakcik kartunis otai yang datang, kartunis Kerengge dijemput untuk memberi sedikit ucapan. Terima kasih bro.

Presiden Kelab Kartunis Malaysia ( KKM ) yang baru pulang dari menunaikan ibadah haji turut hadir. Tuan Haji Juragan dengan tegas dan berani memberikan tazkirah pendek dan padat beliau. Terima kasih Tuan Haji.

Semua menyilang tangan memberi tanda sign X!

Sepatutnya sepuluh orang, tapi kartunis Aie dan Bawang tak dapat hadir.

Terimalah dari kami, buku Jenama X. Sebuah karya tulen yang sekian lama ditunggu oleh peminat kartun dan komik tanahair. Jangan hanya kata gua minat lu bro. Buktikan dengan membeli Jenama X!

Pengalaman ramai-ramai menandatangan majalah UJANG yang pernah kami lakukan puluhan tahun dahulu kini berulang kembali. Petang ini kami rasai semula, bersebelah-belah dan belaga siku menandatangan dan melukis. Satu pengalaman hebat!

Siapa lukis lambat, lembab akan dihina. Masa terbaik untuk kami menghina sesama sendiri. Hahhahaa...

Memang penat dan lenguh tangan. Setiap pembeli JX pada petang ni sanggup beratur panjang untuk mendapatkan tandatangan dan sedikit contengan dari lapan ahli JX. ARGHHHHHH! Nik Wafdi tu ( kanan sekali ) sedang boring tunggu buku JX sampai ke pada dia. Nak buat cam no, semua lembab melukis. Maklumlah semua dah lanjut usia. Hahaaa...

Tak ketinggalan nak begambo. Terima kasih bro!

Masa ni hanya tinggal Sireh, Ubi, gua dan Nik Wafdi saja yang masih kuat, gagah dan handal menandatangan dan melukis buku JX yang dibeli peminat. Pakcik-pacik yang lain semua dah tak larat.  Tak boleh harap!

Buku JX kini boleh dibeli kat semua cawangan MPH di seluruh negara. Boleh gak order online kat jenamax.com

Seorang peminat memberi gua setiker yang beliau buat sendiri. Ilustrasi Mat tepet dan Mail yang diambil dalam majalah BEKAZON#04. Terima kasih. Rajin betul beliau potong ikut line ilustrasi tu. Sila beli majalah BEKAZON terbaru. Pandai-pandai la cari!

Bersama sahabat-sahabat yang makin tua. JX menyatu dan menemukan kami setelah sekian lama terpisah. Suatu yang diimpikan iaitu ingin berkerjasama semula dalam satu majalah tapi ia seperti tak mungkin. Kuasa dan keketntuanNya siapa boleh nafikan. Dengan perancangan dan usaha, akhirnya JX berjaya diterbitkan oleh DiamdiamUbi Studio. Terima ksih banyak-banyak kepada encik Ubi yang berusaha..

Nik Wafdi, gua, Sukun, Sireh dan Bijan.
Nama Jenama X adalah dari idea dan cadangan encik Bijan. Semua diberi peluang mencadangkan nama untuk majalah yang akan diterbitkan. macam-macam nama kami cadangkan dan diundi. Telah ditakdirkan, nama Jenama X dipilih dan jadi nama buku yang menerbitkan karya terbaru kami

JENAMA X

Terima kasih pada semua sahabat JX. Terima kasih pada DiamdiamUbi Studio. Terima kasih kepada Datuk Lat dan Prof. Muliyadi.
Terima kasih pada semua peminat, penyokong dan pembeli buku JENAMA X.

moga semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah

GAYOUR,
BAWANG
 NIK
UBI
TEMBAKAU
SIREH
LENGKUAS
SUKUN
 BIJAN
 AIE


moga kita boleh bekerjasama lagi. In shaa Allah