Thursday, October 23, 2014

TAHUN BARU HIJRAH


SELAMAT TAHUN BARU 1436 HIJRAH
01 MUHARRAM 1436H - 25 OKTOBER 2014




as salam
selamat menyambut  dan meraikan tahun baru 1436 hijrah pada semua sahabat.
mari kita berusaha sedayanya 'berhijrah' dari tak baik kepada baik. dari baik pada lebih baik, lebih beriman dan bertaqwa... insya Allah.

telus, ikhlas dan berjiwa murni

gayour
1436H2014


Thursday, October 16, 2014

WOLVERINE DALAM KENANGAN


WOLVERINE - DEATH!
21 ZULHIJJAH 1435H - 16 OKTOBER 2014


Entri kali ni gua bagi tribute pada Wolverine sempena dengan kematian beliau dalam industri komik terbitan Marvel Comics. DC Comic telah melakukan lebih awal dengan kematian Superman lebih 20 tahun yang lalu.
Gua tau ramai sahabat yang minat gile dengan WOLVERINE, watak  paling popular dalam team X-MEN terbitan Marvel Comics. Beliau mempunyai tulang yang disambung dengan besi paling kuat iaitu Adamantium yang merupakan senjata cakar  beliau. Cakar adamantium tu boleh potong segala benda dengan mudah temasuk kek pisang, kek lapis atau agar-agar! Beliau gak ada healing factor, deria bau yang power gile dan semangat juang yang hebat bila betumbuk.  Apapun, gua tak minat beliau!


Walau dimatikan, Marvel Comics pasti akan menghidupkan beliau kembali nanti. Tunggu je la. Jangan jadi zombi sudah!

Itu saja. harap korang tak puas hati! Harharhar!



Friday, October 03, 2014

SALAM EID UL ADHA


SALAM EID UL ADHA
08 ZULHIJJAH 1435H - 03 OKT 2014




selamat menyambut dan meraikan HARI RAYA HAJI, ada yang kata HARI RAYA KORBAN, ada gak sebut HARI RAYA EID UL ADHA pada semua sahabat.
apapun panggilannya, ia adalah antara peristiwa besar dalam kalendar Islam yang  kita sambut dan raikan dengan rasa gembira dan syukur. 

jangan rakus sangat mengunyah sup tulang atau daging korban.
kalo tecekik tulang kepala lutut lembu, sendiri mau ingat beb!

ikhlas, telus dan berjiwa murni

gayour