Monday, December 21, 2009

INOREKA 2009

INOREKA 2009

PERTANDINGAN INOVASI, REKACIPTA & KEMAHIRAN


Suatu yang tidak diduga selalu belaku pada gua. Maksud gua jemputan yang tidak diduga dan tedesak! Hari tu gua dapat panggilan handpon dari Pengarah Kolej Komuniti Cawangan Pagoh, menjemput gua sebagai hakim dalam Pertandingan InoReka Peringkat Kebangsaan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi kat Dataran Pahlawan, Melaka bagi menggantikan hakim jemputan yang menarik diri kerana perut asyik tekucil je di saat akhir! Tengok gua punyer jadual, okey boleh memenuhi jemputan dan memberi sumbangan.


Gua memenuhi jemputan bersama encik Aguri ( wartawan dan penulis majalah G3 ) ke Melaka Bandaraya Bersejarah yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai sebuah bandar warisan dunia! Hujan lebat yang amat dalam perjalanan pada 12 Nov 2009 yang lalu. Rahmat dari Allah. Sampai ke Bandar Melaka dah nak Maghrib. Trus ke rumah tumpangan yang disediakan khas untuk semua hakim pertandingan InoReka 2009. Alhamdulillah, selamat sampai. Malam tu ada sket penerangan oleh pihak pengurusan/AJK program pada semua pensyarah, hakim dan AJK. Pas tu encik Ahmad ( Pengarah KK Pagoh) belanja kitorang makan ikan pari gulai asam pedas, kepah masak cili dan kerang bakar. Alhamdulillah

Hari saringan Pertandingan InoReka bermula pada 13 Nov 2009. Pagi ni kitorang pergi melawat ke Kolej Komuniti Bukit Beruang untuk melihat saringan ketagori Rekaan Fesyen. Masa sampai, peserta sedang rehat. Bleh la jalan-jalan dalam bilik jahitan belangsungnya saringan ni. Begambo dengan para hakim jemputan khas.


Ilustrasi hasil karya pelajar-pelajar kursus Fesyen kat Kolej Komuniti Bukit Beruang ni.


Lagi ilustrasi fesyen rekaan pelajar. Kemahiran melukis figure manusia sangat penting untuk menghasilkan rekaa fesyen yang hebat! Ramai yang tak amik kisah pasal kemahiran melukis anatomi ni. Bila belajar fesyen baru tahu kena lukis gambar tubuh badan manusia rupanya.


Tu dia peserta menyambung tugasan ‘ Draping ‘ dalam peringkat saringan setelah berehat. Hanya lapan orang peserta saja yang masuk dalam pertandingan ni. Ramai peserta lelaki. Hebat!


Dulu masa sekolah dan masa peperiksaan , signboard ni yang biasa kita jumpa

“ JANGAN BISING, PERPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN”.


Kolej Komuniti Pagoh yang diurus, dijaga dan diketuai oleh encik Ahmad hanya ada satu kursus sahaja buat masa sekarang sejak dibuka pada bulan Jun 2009 ( betul ya encik Mat) iaitu kursus Fesyen. Dalam pertandingan InoReka 2009 kali yang kedua ni ( kali pertama InoReka pada tahun 2007 kat Perak… kat mana ya? Lupa plak nama kolej tu ), Kolej Komuniti Pagoh tidak menghantar peserta/wakil dalam pertandingan ketagori fesyen kerana masih baru dan belum bersedia. Walau tak join, encik Ahmad membawa semua pelajarnya datang untuk melihat saringan dan mendapat pengalaman. Lukis kartun untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti Pagoh. “ Ingat, belajar lukis figure betul-betul ya”, tegas gua dengan tak berapa tegas.


Apa lagi kalo tak begambo setelah semua dapat lukisan kartun dan bersedia untuk pulang ke Pagoh. Belajar betul-betul ya adik-adik semua. Jadi la seorang pereka fesyen yang beriman. Dunia Islam sangat memerlukan fesyen yang sesuai untuk pakaian orang Islam!


Tak semua kolej komuniti mempunyai bangunan atau kampus sendiri. Kolej Komuniti Bukit Beruang ni antaranya. Ia beroperasi di bangunan kedai yang diubahsuai. Kurang la kemudahan itu dan ini. Tapi tak apa asal boleh belajar dengan selesa.


Petang tu kitorang ke Kolej Komuniti Jasin plak. Hah! Yang ni memang ada bangunan sendiri. Besar dan cantik pemandangannya. Ada beberapa kursus kat sini antaranya Grafik Pengiklanan. Boleh antar proposal untuk buat bengkel kat kolej ni. Pertandingan akhir rekaan bangunan akan diadakan kat sini.


Dalam perjalanan balik, encik Mat kata, “ Penah pegi ke Makan Tun Teja?”. “ Penah tengok gambo je cik Mat”, ujar gua pada beliau. Kat pintu gerbang untuk ke Makam Tun Teja. Siapakah Tun Teja, apa hebatnya Tun Teja, apa sumbangan dan jasanya pada bumi Melaka? Dalam filem Hang Tuan lakonan Tan Sri p.Ramlee, Tun Teja ada dikisahkan sket. Cari la kisah Tun Teja ni sendiri ya.


Bersama encik Ahmad, Pengarah Kolej Komuniti Pagoh kat Makam Tun Teja yang teletak kat tengah sawah. Nampak sawah kat belakang tu? Banyak burung bangau lepak cari ikan.


Gua dan Aguri dijemput sebagai hakim bagi ketagori Pembuatan Model Kursus MultiMedia Kreatif ( Karektor & Prop Animasi ) dalam Pertandingan InoReka 2009 yang belangsung kat Dataran Pahlawan pada hari Sabtu ( 14 Nov 2009 ). Hanya lima buah kolej yang menghantar wakil dalam pertandingan ni. Sepatutnya enam, tapi Kolej Komuniti Langkawi tidak menghantar hingga belangsungnya pertandingan. Ni peserta/pelajar dari Kolej Komuniti Segamat sedang menjalankan tugasan diorang.


Ni dia soalan dalam pertandingan InoReka ketagori Pembuatan Model.

Peserta dikehendaki menghasilkan sebuah model robot. Asas rekaan perlu dibina dengan kepingan mountingboard / softboard / boxboard atau yang seumpamanya. Penggunaan bahan sokongan atau aksesori adalah dibenarkan.

Setiap peserta yang tediri dari dua orang perlu membuat sebuah robot dengan ketinggian 220mm (maksimum) selama lapan jam bemula dari pukul 9.15 pagi hingga 5.15 petang.


Setiap kriteria yang telah ditetapkan iaitu IDEA ( Lakaran dan Pekembangan Idea ), PEMBUATAN MODEL ( Olahan Media/Sumber, Kreativiti, Inovasi, Kepelbagaian fungsi dan Gerakan. Gadget dan Aksesori ) dan PERSEMBAHAN mempunyai makrah yang berlainan. Semua ni hakim kena perhatikan dalam penilaian dan markah. Kitorang disediakan meja untuk lepak dan menjual barangan ( buku Melukis Kartun Cara Gayour dan beberapa barangan lagi ) kat khemah pameran Kolej Komuniti Bukit Beruang yang bersebelahan dengan khemah pertandingan Pembuatan Model. Sebelah jer. Khemah ni dihias oleh pelajar-pelajar dari Kursus Landskap . Pasal tu ada bunga-bunga. Hee…


Pagi ni hujan turun dengan lebatnya kat Bandar Melaka dan di Dataran Pahlawan tempat berlangsungnya Pertandingan akhir InoReka 2009. Walau hujan, pertandingan tetap diteruskan. Sorang pensyarah ( dari kolej belah Kuala Selangor, Hulu Selangor … ) datang dan berkata. “ Lama dah saya minat karya-karya brader Gayour. Hari ni baru jumpa!”. Terima kasih kerana meminati karya-karya gua dan terima kasih kerana membeli buku gua.


Tengok la lantai yang basah kuyup tu. Hujan la katakan. Bila hujan tak ramai la orang/pengunjung yang datang bela pagi ni. Ramai bekumpul di sekitar pentas dan kat kedai tingkat bawah. Gua suka lepak kat khemah yang dihias cantik dengan bunga-bunga dan pokok-pokok ni. Rasa ngantuk. YAWNN!


Masa ni Aguri mencabar peserat-peserta Pembuatan Model dengan mereka model robotnye sendiri. “ Aku nak cabar dan tunjuk kat diorang macam mana nak buat robot dalam masa yang sekejab saja!” Lantak kat lu la Aguri. Tapi sampai ke sudah robot Aguri tak siap kerana tak cukup bahan. Alasan!


Ada sepuluh bidang yang dipertandingkan dalam Pertandingan InoReka 2009 ni. Antaranya adalah Hotel dan Katering. Best tul yang ni. Gua suka. Bukan saja suka makan tapi suka tengok cara pelajar/peserta menghias rekaan mereka Yummy!Yummmy! Rasanya bidang ni yang paling banyak sekali membawa barang-barang dapur dorang. Dapur gas, tong gas, ketuhar, peti ais, oven dan segala macam lagi untuk menyediakan masakan diorang.


Dalam ketagori Bakeri ni ada bebagai ketagori yang dipertandingkan. Ketagori Asian Cuisine Hot Cooking, Western Hot Cooking dan Mocktil. Lepas hakim habis membuat penilaian, semua makanan yang dipertandingan akan diperaihkan pada semau pengunjung untuk merasa. Sempat gak gua merasa makanan yang entah apa ke namanya. Tak sedap plak tu. Walau tak sedap, habih gak kena belasah. HEH!


Yang ni plak ketagori automotif. Semua enjin ini adalah untuk peserta akhir melakukan tugasan yang ditetapkan dalam pertandingan. Ni semua enjin Hak Kerajaan ya.


Pameran untuk kursus Elektrikal. Siapa yang minat pasal elektrik ni elok sangat la amik kursus ni. Setiap khemah mempersembahkan demo dalam setiap kursus yang dipamerkan pada pengunjung. Boleh tengok cane diorang memasang atau membuat itu ini. Menarik.


Ikan Pekasam hasil produk dari Kolej Komuniti Gerik. Ingat dah. Pertandingan InoReka pertama dulu dibuat kat Kolej Komuniti Gerik ni la.


Demo mengukir buah-buahan dan sayur-sayuran turut dibuat. Ni dalam ketagori Fruits and Vegetables Carving yang turut dipertandingkan. Rasa cam nak cuba try tapi tak dipelawa. Heh!


Peserta Pembuatan Model dalam peringkat akhir menyiapkan rekaan mereka. Bukan saja robot tapi digalakkan juga membuat prop. Buat la apa proppun. Tu bawah belah kiri tu adalah prop yang disiapkan oleh peserta dari kolej ni ( kolej mana ya, lupa lak! )


Sementara menantikan tamatnya Peertandingan Pembuatan Model, sempat jalan-jalan amik gambo, rasa makanan, melawat khemah pameran kolej yang menyertai InoReka, sengeh-sengeh bertanya khabar, betukar bisnes kad dan begambo dengan pelajar dan pensyarah dari Kolej komuniti Bukit Beruang ni.


Pertandingan yang gua dan Aguri jadi hakim ni yang paling akhir sekali habis. Masuk Maghrib baru habis. Semua peserta membuat pembentangan mengenai model yang telah dibuat. Macam-macam. Satu kelemahan ketara pada semua adalah tidak bekeyakinan masa membuat pembentangan. Mereka tidak bersedia dan gagal menyakinkan hakim dengan jawapan yang mereka reka. Boleh ke kata “ tak apa la tu?” Ia satu masalah besar yang mesti diatasi oleh pelajar dan pensyarah. Bersama pelajar, pensyarah ( Kolej Komuniti Segamat ) dan robot rekaan yang boleh transform dari robot menjadi jet pejuang! Rekaan hebat tapi tak asli.


Yang ni plak dari mana ya? Lemah minda tul gua ni. ARGHHH! Peserta ni membuat robot yang melebihi ketinggian yang ditetapkan. Sorang pensyarah ( dari mana ya? ) datang mengkomplin pekara ni pada gua. Gua sengeh jer. Komplin saja diorang ni. HEH! Sepatutnya semua peserta tahu, faham dan mengikut setiap syarat yang telah ditetapkan. Ikut saja la. Leceh nak menjawap aduan, komplin cam ni. Ntah la. Tengok robot ciptaan peserta ni, siap dengan perisai dan tangan keris lagi. Hebat!


Peserta ni memang hancus dalam pembentangan. Keyakinan hilang bersama angin yang berhembus kat Dataran Pahlawan ni. Apapun robot ciptaan mereka hebat! Apa yang hebat? Idea mereka hebat. Asli dan berpotensi besar. Ini yang kita nak. Syabas!


Yang ni tidak mencipta robot tipikal biasa. Mereka mencipta robot dari haiwan iaitu dari ikan jerung. Robot ikan jerung yang tejadi kerana tekena radiasi nuklear. Mengarut sungguh idea budak-budak ni. Ada ke seekor ikan jerung yang tekena radiasi boleh betukar jadi robot? Ini yang kedua peserta ni buat. Apapun mereka begitu bersungguh dalam menyediakan prop. Siap amik rumput dan tanah. Idea menggunakan binatang/haiwan tu dah bagus dah tapi hasilnya yang kurang memuaskan. Truskan usaha!


Ni dia semua robot ciptaan peserta akhir Pertandingan Pembuatan Model InoReka 2009 setelah dinilai dan dihakimi. Walau ada kelemahan itu ini, itu tidak bermakna semuanya tak bagus. Semua berusaha dengan semangat dan gigih dalam menghasilkannya. Sepatutnya ia menjadi hebat! Tapi tu la, banyak pekara yang perlu dipelajari dan diambil kira seperti pembahagian tugasan pengurusan masa dan keutamaan. Semua peserta mengambil masa terlalu lama membuat prop. Habis masa kat situ. Keutamaan adalah pada penciptaan robot, bukan prop. Tapi itu la yang berlaku. Memang banyak yang perlu dipelajari. Berusahalah!


Hari penutup Pertandingan InoReka 2009 belangsung pada petang Ahad, 15 Nov 2009. Gua tak tau dengan pengalaman yang gua ada dah kira layak dan cukup untuk jadi hakim dalam pertandingan Pembuatan Model InoReka ni. Moga apa yang gua buat dan putuskan adalah betul. Gua manusia biasa yang ada kelemahan. Ini sedikit sumbangan gua. Moga ada manfaat dan kebaikan.

Terima kasih atas jemputan terutama pada encik Ahmad yang baik hati belanja makan siang malam. Banyak tul makan bila bersama encik Mat kerana beliau tau saja kat mana tempat makan yang best kat Melaka ni. “ Nak makan Nasi Padang kat jalan situ ada satu kedai best. Jom la kalo nak makan. Kalo nak makan Nasi Kandar kat sini ada satu restoran best. Kalo nak makan asam pedas kat sana best?”. Terima kasih tuan.

Antara bidang/kursus yang dipertandingkan kat InoReka 2009

1- Automotif

2- Fesyen

3- Cerita Pendek

4- Pembuatan Model

5- Hotel dan Katering

6- Elektrikal

7- Laman Web

8- Interektif E-Modul

9- Kecantikan

10- Bakeri

Tahniah pada semua yang bejaya dalam pertandingan InoReka 2009. Selamat belajar dan berjaya pada semua pelajar Kolej Komuniti seluruh negara.