JURI PERTANDINGAN BAKAT SENI
KARTUN MERDEKA 2010
BALAI SENI LUKIS NEGARA
Hari tu, 27 Ramadhan 1431H – 06 Sept 2010 ( Isnin ), beberapa hari seblum Eid Ul-Fitri, berlangsungnya acara pemilihan pemenang dalam PERTANDINGAN BAKAT SENI KARTUN MERDEKA kat Balai Seni Lukis Negara. Gua adalah salah sorang juri yang dilantik oleh BSLN bersama dengan saudara Selium ( GEMPAK star ) dan Prof. Muliyadi ( satu-satunya anak Melayu yang ada PhD kartun kat BolehLand ) temasuk dua orang juri wakil dari BSLN. Breffing dari Puan Rohana ( Ketua Pengelola Pertandingan ) sebelum mula melihat dan memilih pemenang.
Jangan ingat encik jaga tak beminat nak jadi juri kalo diberi peluang. Tengok tu, belum habih petugas BSLN menyusun lukisan-lukisan yang diterima dalam pertandingan, brader jaga dah mula mengkritik. Hebat! Ni sebahagian dari karya-karya dalam Kategori 1
( 18 tahun ke bawah ) yang dipertandingkan.
Buat pertama kali pertandingan seumpama ini dibuat/diadakan khas untuk semua peminat kartun tanahair. Selama ni dalam acara sambutan hari/bulan kemerdekaan, biasa dibuat pertandingan mewarna atau melukis poster. Boring! Kerana itu pertandingan ni dibuat. Lukis kartun! Semua boleh masuk dalam kategori yang ditetapkan. Gua terlibat secara langsung dalam perbincangan awal dengan pihak BSLN pasal pertandingan ni dan sangat teruja bila dijemput sebagai AJK Komuniti. Gua menyokong penuh pertandingan ni kerana gua sorang kartunis. Ini bidang gua. Mesti la sokong! Biasa kita dengan orang kata , “bukan kerana gua sorang tukang tampal tayar gua sokong persatuan Tampal Tayar ni ditubuhkan”. Penipu! Terus terang je.
Sebanyak 255 penyertaan telah diterima dalam pertandingan ni. 178 penyertaan dalam Kategori 2 ( 18 tahun ke atas ) dan sebanyak 77 penyertaan dalam Kategori 1. Tak ramai masuk dalam Kategori 1. Apasal adik-adik tak masuk?
Kategori 2 paling banyak penyertaan. Bagus! Tapi kalo nak kira tak la banyak mana.
Sangat mencabar nak mencari pemenang dalam Kategori 1 ni. Hampir semua lukis mengarut ontah apo-apo ntah! Ikut sedap memasing. Aduuu la! Ini cabaran yang perlu diselesaikan kerana tajuk pertandingan yang diberi terlalu berat untuk kategori remaja kanak-kanak sekolah memahami. Kebanyakan melukis cerita kartun yang panjang menjela dalam satu muka! Masih tak faham pasal strip cartoons yang dikehendaki. Pasal tu la karya-karya diorang tak ikut tajuk. Patutnya tajuk pertandingan mesti mudah difahami untuk menarik minat kanak-kanak menyertai selain hadiah yang ditawarkan. Ini kelemahan.
Nampaknya masyarakat mesti dididik dan didedahkan dengan genre yang ada dalam kartun. Gua sangat menyokong usaha BSLN mengadakan pertandingan yang memberi peluang pada peserta memilih genre kartun yang nak dibuat. Apakan genre tu?
Bila masyarakat telah didedahkan dan faham dengan genre dalam kartun, barulah kartun bekembang dan diterima dalam masyarakat. Senang la nak anjurkan apa-apa pertandingan dalam apapun genre. Pertandingan ni adalah permulaan. Memang banyak kelemahan terutama pada pemilihan tajuk. Bukan saja menyukarkan Kategori 1, dalam Kategori 2 pun ramai yang huru hara! Nampak sangat peserta kurang faham, ambik mudah dan belasah lukis ikut nafsu. Masuk je, mana tau boleh menang! Patutnya buat la sket kajian pasal genre dan tengok contoh kartun dalam media cetak tempatan. Kalo tak menangpun, sekuranynya dah tau apa itu strip dan editorial cartoons. Tahun depan dengan tajuk yang lebih menarik dan mudah dibuat untuk penyertaan lebih ramai. InsyAllah.
Ramai yang tak faham dengan genre dan tak ikut tajuk. Nampak sangat masyarakat belum bersedia untuk pertandingan seperti ini. Kebanyakan hanya nak lukis kartun dan kartun hanya lawak, lucu, kelakar dan tak ada apa sumbangan pada agama, bangsa dan negara. Hanya lawak bodoh semata! Pertandingan ni adalah usaha BSLN untuk mendidik masyarakat pasal kartun. Kalo tak buat, lagi la tak tau pasal kartun dan genre kartun. Hanya kartun, tapi sangat mencabar untuk juri memilih dan membuat keputusan.
Menjadi tanggungjawab Balai Seni Lukis Negara membuat/menganjurkan pertandingan Bakat Seni Kartun kerana fungsinya sebagai sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal bekaitan seni tanahair. Penumpuan, perhatian, usaha dan promosi sejak dahulu lebih kepada seni lukis yang lain. Sebut saja seni lukis genre apa, hampir semua disokong penuh oleh BSLN. Setiap hari, minggu dan bulan ada saja pameran kat BSLN. Tapi kartun tak mendapat layanan begitu. Ia dipinggir dan terpinggir…
Bila gua dihubungi dan dijemput dalam perbincangan awal pertandingan ni, gua rasa sangat teruja dan terharu kerana terlibat dalam acara bersejarah dalam industri kartun tanahair ni. Akhirnya kartun “dilihat” juga oleh BSLN walau sebelum ni ada beberapa acara yang melibatkan Dato’ Lat dibuat kat BSLN. Gua menyokong penuh usaha BSLN. Harap ia menjadi acara tahunan yang lebih menarik penganjurannya. Peluang untuk semua melukis kartun dan menghiburkan 1 Malaysia!
Akhirnya setelah lengguh membongkok, mencagkung, mencekak pinggang, menggaru kepala, bepeluh ketiak dan lengguh kepala lutut, pemenang-pemenang yang dicari dalam Kategori 1 bejaya dicari. Sebenarnya susah gak nak tentukan mana nombor satu, dua dan tiga kerana tiada pilihan yang lain. Tak sia-sia ada Tuan Profesor yang menyelesaikan masalah dengan pandangan, kepakaran dan ilmu beliau yang hebat! Ramai yang menghantar karya tapi ramai tu jugak la yang gagal! Apapun terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan Bakat Seni Kartun Merdeka 2010. Yang ni plak adalah karya-karya dalam Kategori 2. Ramai yang bebakat dan ramai gak yang mengarut!
Ini antara karya yang mencuit dan kreatif dalam banyak-banyak penyertaan. Bagus. Pelukis ni berusaha lebih dalam menghasilkan karyanya. Tapi kelebihan beliau tidak mempengaruhi juri kerana juri adalah profesional. Antara syarat yang diperhati dalam pemilihan pemenang adalah;
1- menepati tajuk walau lukisan buruk.
2- menepati genre yang dipilih
3- ringkas
4- ada unsur humor
Ni adalah antara karya-karya dalam Kategori 2 yang berjaya ke final. Semua juri mencangkung sambil bebincang memilih pemenang utama yang akan memenangi hadiah utama sebanyak RM3000.00. Kartunis profesionalpun tak dibayar sebanyak ni untuk satu muka A4 hitam putih atau warna. Tapi pelukis amatur bepeluang mendapat hadiah sebanyak ni untuk karya bersaiz A4! Jeles tul gua! Ramai kat luar
Alhamdulillah, akhirnya tugasan kami berjaya dilaksanakan. Huh, lengguh gak! Tiga pemenang utama dan 10 pemenang saguhati untuk kedua kategori berjaya dicari. Tahniah pada semua pemenang dan terima kasih pada semua peserta. Gua terharu dengan sambutan walau masih kecil/sikit penyertaan. Tak apa la. Yang penting penganjuran pertama pertandingan ni berjaya. Sekurangnya dah ada 255 orang rakyat BolehLand tahu pasal pertandingan Bakat Seni Kartun dan 255 orang tahu pasal genre STRIP CARTOONS dan EDITORIAL CARTOONS walau salah melukisnya. Itu dah cukup baik dalam pekembangan kartun tanahair. Sembang-sembang lepas selesai tanpa air kopi dan karipap pasal masih berpuasa. Semua sengeh-sengeh walau penat.
Dalam muzik ada bebagai genre. Ada blues, jazz, rock n roll, reggea, heavy metal, punk, pop, new wave, thrash metal, death metal, black metal, power metal, speed metal, hardcore, grindcore, metalcore, symphonic metal dan bemacam lagi yang korang lebih arif, pakar, terer dan hebat dari gua. Sama gak dalam kartun.
Begini untuk memahami genre yang gua maksudkan.
“ Labu dan Labi sedang jalan-jalan sambil mengutuk sesama sendiri dengan gembiranya. Tetiba Labi tepijak kulit pisang yang dibuang oleh Citah dan GEDEBUAK! Labi jatuh tegolek tesembam dalam longkang. Melihat Labi jatuh, Labu ketawa bedekah kah kah! sampai teguling-guling.”
Biasa tengok adegan/lawak beginikan?
Lawak tu digelar BLACK COMEDY/BLACK HUMOR. Kesakitan orang lain menjadi bahan ketawa. Kerana itu dinamakan BLACK COMEDY/BLACK HUMOR! Mesti korangpun penah gelakkan member yang jatuh, terhantuk blahblahblah.... bagus! bagus! HEH!
Siri animasi The Road Runner, Tom and Jerry, Bugs Bunny, Popeye dan banyak lagi adalah dalam genre black comedy/humor yang sangat diminati di seluruh dunia. Ni antara genre popular dalam kartun dan komik.
Jumpa lagi dalam Pertandingan Bakat Seni Kartun tahun depan. Harap lebih ramai rakyat BolehLand yang rasa terer lukis kartun akan menyertai. Terima kasih pada Balai Seni Lukis Negara kerana menganjurkan pertandingan ini.