Monday, September 12, 2011

SUKAN KAMPUNG CSI PART 4

SUKAN KAMPUNG CSI
BAHAGIAN KEEMPAT DARI EMPAT BAHAGIAN
15 SYAWAL 1432H – 13 SEPT 2011

Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang mementukan apa yang kita rancang tu jadi atau tak. Itulah yang kita diajar sejak kecil. Beriman pada Qada dan Qadar. Sama cam SUKAN KAMPUNG kitorang ni. Ikut jadual , semua tamat antara 9 hingga 9.30 malam tapi berlanjutan hingga ke tengah malam kerana hujan. Walau lambat habis , semua masih gagah, handal dan semangat ganas untuk membunuh musuh! Ayuh, mari saksikan bahagain terakhir SUKAN KAMPUNG CSI 2011.

Sampai ke permainan terakhir setelah berakhirnya acara baling bom air iaitu BALING DADU RAKSAKSA! Apa hal plak ni? Permainan yang tak temasuk langsung dalam kategori SUKAN atau PERMAINAN KAMPUNG. Kalo guna dadu hanya bila main dam ular atau mencari jawapan desperado dalam ujian atau perperiksaan. Roll the dice! Macam mana permainan ni dimainkan? Demo permainan oleh AJK SUKAN KAMPUNG. Setiap rumah sukan akan berbaris dan orang kat depan akan ZASS! baling dadu…

Semua rumah akan berbaris pada satu garisan permulaan dalam permainan ni. Hanya ada satu dadu yang disediakan, jadi kena gilir-gilir baling dadu. Rumah Oren sedang mencuba nasib membaling dadu seperti Encik Sarjan Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Mari kita lihat siapa yang kenaaaa…

Macam mana permainan ni ya? Begini. Setiap rumah akan membaling dadu raksaksa, bila dadu berhenti berguling, nombor yang di atas ( satu, dua, tiga, empat, lima dan enam titik ) akan menentukan kedudukan rumah sukan tu sama ada bergerak ke hadapan atau melangkah ke belakang.

Permainan ni adalah siapa dulu sampai ke garisan penamat. Mana rumah yang membuat balingan dan dapat nombor GANJIL ( satu, tiga dan lima ) akan berundur ke belakang mengikut nombor ganjil yang diperolehi. Kalo dapat lima, kena melagkah lima langkah ke belakang. Kalo dapat nombor GENAP ( dua, empat dan enam ), akan melangkah enam langkah ke depan kalo dadu yang dibaling dapat nombor enam untuk ke garisan penamat.

Permainan yang penuh kebencian, hasad dengki, khianat dan tak suka melihat orang lain berjaya. Siap doa lagi agar balingan rumah/musuh dapat nombor lima! Permainan yang menjahanam dan merosakkan tapi sangat menyeronokkan. Inilah jenis permainan yang disukai ramai bila ia menyebabkan orang lain jahanam! Jahanam sungguh permainan ni. Rumah Biru dengan taruhan balingannya.

Gua jerit paling kuat tiap kali rumah lain membaling dadu. LIMA! LIMA! LIMAAA! Dapat la nombor LIMAAA! Tapi bila gua baling, semua kengkawan serumah temasuk gua jerit ENMAMMMMM! sedangkan musuh menjerit LIMAAAAAA! Jahat sungguh huh!

Tiga balingan, tiga-tiga ke Bering Sea, Deadliest Catch! Semua dapat nombor ganjil. ARGHHHH! Malang sungguh nasib RED AURA dalam permainan yang menjahanamkan ni. Hanya balingan keempat baru dapat nombor genap. Tupun dapat nombor dua je. Jadi la dari terus berundur ke laut dalam. Dapat la dua langkah ke depan meninggalkan The Black Pirates! HNSH! HNSHH! HNSHH! Bukak langkah besar-besar oiii!

Jangan marah aa Black Pirates. Sabar, sabar banyak-banyak. Ni hanya permainan saja. Lepas ni kita duduk makan nasik sama-sama. RED AURA jalan dulu. Tempat ni kitorang dah belasah semua udang kara dan ketam raksaksa. Cari lubuk lain plak! HEH! Ni la moral permainan DADU RAKSAKSA. Seronok tengok sahabat/musuh jahanam! Sama dalam kehidupan sebenar kita. Tak suka tengok orang berjaya. Tambah lagi sama bangsa dan agama. Cari jalan nak bagi orang jahanam!

Mana rumah yang berjaya melangkah enam langkah ke hadapan tidak bermakna akan sampai ke garisan penamat dulu kerana mungkin dalam balingan seterusnya akan dapat balingan dadu GANJIL dan terpaksa melangkah lima langkah ke belakang! BUUU… BUUUU… nasib malang yang menimpa musuh cam ni yang nak sangat ditengok! Siap gelak sampai nanges dan kutuk kaw kaw lagi! Kan jahanam tu!

Permainan DADU RAKSAKSA dimenangi oleh Rumah Biru yang berjaya dapat nombor genap manjang dalam setiap balingan. Marah, cemburu, tak puas hari, wekk! wekk! Itu perasaan biasa bila musuh berjaya. Apapun, syabas rumah Biru! Lepas ni baru kitorang makan malam walau dah lewat. Nasi kukus bungkus. Punya la lazis, gua tambah dua kali. HEH! Pasal semua lapar, penat bersukan. Memang lazis!

Berakhirnya permaian DADU RAKSAKSA, maka berakhir la acara SUKAN KAMPUNG CSI. Tiba masa untuk acara bertukar-tukar hadiah plak. Seminggu sebelum berlangsungnya SUKAN KAMPUNG, setiap staff dalam CSI Dept digalakkan sangat membeli dan menghantar hadiah semurah RM3 seorang pada AJK untuk dibalut dan ditandakan nombor. Bukan apa, saja suka-suka tukar hadiah.

Selesai acara tukar- tukar dan dapat hadiah, masa untuk mengumumkan pemenang kumpulan dan individu dalam acara SUKAN KAMPUNG SCI 2011. Apa yang RED AURA dapat?
Kategori KREATIF – DAGANG TERMASYHUR telah dimenangi oleh RED AURA kerana persembahan hakka terkreatif. Dah agak dah, RED AURA mesti pukul habis dalam acara tu. YEAHOOOOOOO!

Bukan saja belasah kategori kreatif, sorang wakil RED AURA telah berjaya dalam kategori individu. Siapakah beliau tu? Siapa lagi kalo bukan ehem! GAYOUR! YEAHOOOO!

Selesai acara pengumuman dan penyampaian hadiah, RED AURA dengan berani, handal dan gagah perkasanya sebagai rumah TERKREATIF telah berbesar hati untuk membuat persembahan hakka yang hebat pada semua secara percuma. HEH! Ayuh saksikan hakka RED AURA! SEDIA RED AURAAAAAA?

Kita mungkin akan diserang oleh musuh. Tapi jangan nakot! This metal concert must goes onnn! Ready to bang your brain out!

Tengok la, baru nak buat show, musuh dah mula menyerang dengan Agent Orange tepung beracun!

Simbahan asid beracun yang merbahaya untuk pertumbuhan rambut tetap tidak melemahkan semangat gua untuk terus memimpin RED AURA membuat persembahan.

Bukan hanya gua, tapi pasukan elit Gerak Khas RED AURA yang lain turut diserang dengan ganas oleh musuh dengan gas peluntur Napalm Death!

Persembahan dikir tetap diteruskan walau musuh terus melancarkan serangan hujan acid bertubi-tubi!

RED AURA tidak akan berundur!
Ado sebuah rumah sukey
Memey ganah gilo
RED AURA diberi namo
Mampuih kamu semuo!
Mampuih kamu semuo!
Mampuih kamo semuo!
BANG! BANG! TRUT! TRUTT! KEDEBOMM!

Bangun RED AURA! Bangunnn! Kita teruskan dengan hakka yang membuatkan semua musuh tak sedar kencing dalam kain. Har fragin harr!

Oii! Pasang kuda-kuda, bukan naik kuda!

Walau kami mendapat kecederaan truk diserang musuh dengan bemacam senjata kimia merbahaya, RED AURA tetap berdiri teguh dan meneruskan persembahan hakka terbaiekkk! Habih rambut gua bepintal dengan tepung curah dengan air beracun. Terbiekkkk. Uuu…uuuu….

Majlis berakhir dengan begambo beramai-ramai. Biasa sangat perbuatan ni. Begambo ramai-ramai lepas abih majlis. Mana gua. Tak jumpapun? Memang la tak jumpa pasal gua tak join dalam gambo ni. HEH! Rambut dah jadi dreadlock cam Bob Marley, tak semangat nak begambo. Panjang umur, sihat tubuh badan jumpa lagi dalam SUKAN KAMPUNG akan datang dengan lebih banyak acara/permainan yang lebih hebat dan pengurusan yang lebih baik termasuk hadiah yang lebih banyak dan mahal-mahal. Kata-kata yang biasa kita dengar. Akan datang lebih baik, lebih besar, lebih meriah, lebih banyak permainan, lebih banyak hadiah, lebih itu, lebih ini blablablaa….. macam-macam.

Apapun, tahniah pada penganjur dan semua sahabat CSI. Acara berjaya dilaksanakan. Tak perlu mintak maaf atas kekurangan itu ini. Pasal ni acara sesama kita. Apa nak bekira sangat salah kecil itu ini. Biasak la tu.

KEPUTUSAN SUKAN KAMPUNG CSI 2011

Kategori Berpasukan

SUKAN KAMPUNG ( Keseluruhan )
JAGUH KAMPUNG – HIJAU ( Tempat 1st )
WIRA KAMPUNG – PURPLE ( Tempat 2nd )
AYAM TAMBATAN KAMPUNG – BIRU ( Tempat 3rd )

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI ( Saguhati )
KUNING, MERAH, PINK, OREN, HITAM

DAGANG TERMAYSUR ( Kreatif )
MERAH/RED AURA

Kategori Individu
Tok Batin - SHAM
Samseng Kampung Dusun – REMY
Budak Lengit – GAYOUR
Orang Kampung Harapan – MAS
Teruna Pojaan – ZOUL
Dara Pingitan – AISYAH

Tamat SUKAN KAMPUNG CSI 2011.
Terima kasih kerana sudi mengikuti kisah yang tak berapa best ni.