IF YOU WANT BLOOD YOU’RE GOT IT!
24 RABIULAKHIR 1433H – 17 MAC 2012
IF YOU WANT BLOOD YOU’VE GOT IT adalah first live album dari band rock AC/DC yang dikeluarkan pada tahun 1978. Ini adalah salah satu live album yang paling gua minati hingga hari ni. Ia termasuk dalam 5o Greatest Live Albums Ever! Lihat saja kehebatan covernya. ARGHHH! Dengan teknologi tahun 70an, mereka mampu menghasilkan cover yang begitu real dan dahsyat! Kali petama gua tengok cover ni, gua sangkakan Mr. Angus benar-benar bedarah tecocok gitar Gibson tanduk setannya kat perut masa rakus mengoreng dan beguling kat lantai! Album yang hebat, cover yang dahsyat dan Mr. Bon Scott yang tiada duanya! Let There Be Rock!
Hey! Gua bukan nak cerita pasal album live AC/DC dalam entri ni. Gua bukan terer nak bagi preview atau review album. Ramai lagi sobat lain yang lebih hebat seperti encik Deaf_Angel, encik Berteromber atau encik Darkshahrulez! Saja bagi tajuk ada darah-darah. Ganas la kononnya. HEH! Sebenarnya gua nak cite pasal Karnival Karangkraf 2012. Dah lama nak poskan entri pasal Karnival Karangkraf 2012 yang telahpun berlangsung pada 27 Januari hingga 29 januari 2012 yang lalu. Tapi ah, lantak la! Ada banyak photo kenangan-kenangan masa karnival, tapi hanya beberapa photo saja yang gua tampal kat sini.
Dalam banyak-banyak aktiviti, acara blablablbaaaa… masa karnival hari tu, salah satunya adalah DERMA DARAH. Gua sangat teruja tergedik-gedik bila lihat poster promosi kempen ni merata kat tiang dan dinding sekitar bangunan Kumpulan Media Karangkraf walau gua tak berapa setuju dengan taglinenya. Lantak la! Niat gua, gua nak derma darah. Lama dah menyimpan niat suci murni sesuci embun di hujung rumput nak derma darah. Dari bagi pada nyamuk atau lintah, baik derma darah, manfaat pada manusia lain. HEH! Nak derma bahagian/organ lain kat badan gua, gua nak gunakan lagi. Bagi darah je la. Moga ada kebaikkan. Ni saat-saat cemas sebelum boleh derma darah. Kena sedut darah sikit untuk nak tau darah jenis apa. Lepas tu kena timbang berat berapa kilo dan ketinggian. Masa kena amik darah sket nipun dah pucat. Gedebo debo seluruh organ dalaman gua. Denyutan jantung selaju 387km sejam! Tapi persetan semua tu...
IF YOU WANT BLOOD YOU’VE GOT IT!
IF YOU WANT BLOOD YOU’VE GOT IT!
Pada korang yang tak pernah derma darah, tak payah la susah-susah nak derma darah. Biar la orang cam gua atau yang biasa menderma saja melakukannya. Tunggu la sesuatu yang sangat mendesak atau memaksa korang menderma, masa tu baru la pucat muka nak derma! Masuk ni dah lebih LIMA kali gua derma darah. Ya, tak la banyak manapun. Nanti gua derma lagi, jadi banyak la beliau. HEH! Lepas derma darah, dapat minum milo, gual-gula dan kek (HEH!) temasuk Sijil Penghargaan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Darah Negara. Boleh sertakan dalam resume mintak kerje. HEH! Kalo tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik semua bersedia nak derma darah, boleh la terus pegi ke Pusat Darah Negara kat Jalan Tun Razak pada bila-bila masa atau kat mana-mana hospital atau berlangsungnya acara kempen derma darah.
Sepanjang dua hari bertugas, gua hanya melukis kartun dan melukis karikatur berbayar dengan encik Niezam kat booth G3.
Bersama sahabat-sahabat lama yang datang ke karnival.
Ada beberapa kejadian liar masa karnival kali ni. Seperti keterujaan gua nak derma darah, satu lagi keterujaan masa karnival ni ialah nak melukis bersama kawan-kawan lama seperti kartunis Padi dan Bendi yang datang ke karnival dan singgah ke booth G3 yang berkongsi bersama majalah MASKULIN dan majalah baru terbitan Kumpulan Medua Karangkraf iaitu AUTO MASKULIN .
Sungguh seronok bila dapat melakukan aktiviti melukis dan autograph bersama sahabat lama walau panas dan penattttt!
Kenangan lama masa bersama kawan-kawan berbaris panjang melukis dan autograph untuk peminat kartun tanahair sangat seronok dikenang. Masa ni la nak tengok apa yang kawan lukis dan tulis kat buku autograph atau majalah. Bila dah abis acara, boleh la kutuk, keji dan hina perbuatan beliau yang tulis " i luv u " kat budak tadika atau " kirim salam kat kakak ya". Hina sungguh perbuatan beliau yang keji dan terkutuk tu. HEH! Seronoknya masa tu.
Aktiviti cam ni masih gua lakukan walau tak semeriah dulu. Selalunya hanya bedua atau gua sorang saja yang melakukannya. Masa begitu cepat berlalu dan keadaanpun telah banyak berubah. Oh kenangan…
Derma darah dan bersama kartunis Padi dan Bendi adalah dua perkara yang menarik pada karnival hari tu. Ada dua lagi yang menarik iaitu dapat bertemu dengan beberapa orang peminat kartun gua dari tahun 80an ( zaman majalah Geli Hati ). Memang peminat oldskool! Beliau datang sengeh-sengeh dan tegur,” Ni brader Gayour kan? Gua peminat karya brader sejak dari zaman Battle Of The Bands lagi!". Battle Of The Bands? Kompom oldskool. HEH! Tu isteri dan anak gua, ujar beliau mempekenalkan keluarganya pada gua. “Abalong! Kakak... mari salam pakcik Gayour ni! “. Oh tuhan! Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan bila betemu dengan peminat oldskool ni. Apa yang boleh gua kata, ia sangat menyeronokkan! Melalui kartun, kami ada ikatan perhubungan yang telus ikhlas dan berjiwa murni walau hanya hari ni baru bertemu. Ketelusan jelas di wajah dan kepuasan. Terima kasih bro kerana pernah meminati karya-karya gua. Moga sihat, selamat, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.
Yang terakhir… sorang peminat remaja ( agak remaja ) datang awal dan terus berjumpa gua. “Saya adalah pembeli setia majalah G3 dan meminati karya brader iaitu siri APA YANG AKU CARI. Kenapa siri tu tamat macam tu je? Saya tak puas hati. Saya datang dari Puchong ke karnival ni dengan tujuan utama nak jumpa dan tanya brader soalan ni. Kenapa?”. Ada lagi satu yang menarik perhatian gua pada hari terakhir. Gua lalu kat booth PASKAU*Tentera Udara Diraja Malaysia nak gi amik bubur lambok. Masa tu semua encik askar baru habis bekemas dan sedang lepak. “ YO! Brader Gayour kan?” . Tegur sorang dari mereka. Ya, saya dan terus bersalaman dengan semua. Tak sangka mereka kenal gua dan pernah membaca, meminati dan kenal beberapa watak kartun gua. Selamat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara soldiers!
*PASKAU – sila google sendiri ya apa kebende PASKAU ni.
Itulah empat kejadian hebat, liar, ganas dan dahsyat yang berlaku pada gua di sepanjang karnival. Yang lain-lain tu tak ada la best mana. Orang ramai datang sengeh-sengeh tengok majalah. Ada persembahan sarkis kereta mewah dan motor kuasa besar yang paling gua meluat. Semua hanya nak menunjuk-nunjuk terutama yang pompuan yang tegedik-dedik bawak motor dan bagi tau bahawa orang pompuanpun boleh buat apa orang lelaki boleh buat! Nasib baik ada standee PASKAL* yang dibawak oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang digunakan untuk amik gambo. Boleh la menghiburkan hati dengan menyodok muka amik gambo. Hebatnya standee ni, sodokkan je muka pasti akan tersengeh tanpa disuruh! * PASKAL – google sendiri la ya.
*PASKAU – sila google sendiri ya apa kebende PASKAU ni.
Itulah empat kejadian hebat, liar, ganas dan dahsyat yang berlaku pada gua di sepanjang karnival. Yang lain-lain tu tak ada la best mana. Orang ramai datang sengeh-sengeh tengok majalah. Ada persembahan sarkis kereta mewah dan motor kuasa besar yang paling gua meluat. Semua hanya nak menunjuk-nunjuk terutama yang pompuan yang tegedik-dedik bawak motor dan bagi tau bahawa orang pompuanpun boleh buat apa orang lelaki boleh buat! Nasib baik ada standee PASKAL* yang dibawak oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang digunakan untuk amik gambo. Boleh la menghiburkan hati dengan menyodok muka amik gambo. Hebatnya standee ni, sodokkan je muka pasti akan tersengeh tanpa disuruh! * PASKAL – google sendiri la ya.