Friday, June 28, 2013

BENGKEL PENULISAN KREATIF



BENGKEL PENULISAN KREATIF UPSI
18 SYAABAN 1434H – 28 JUN 2013

Pada 09 Mac 2013 yang telah lama berlalu. Gua mendapat undangan dalam BENGKEL PENULISAN KREATIF anjuran  Unit Kediaman Luar Kampus,  Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ). Baru sempat nak post cerita ni. Gua dijemput bersama saudara Faizal Mukhtar ( Timbalan Presiden PEKOMIK masa ni .  Sekarang dah jadi Presiden PEKOMIK ) untuk berkongsi maklumat dan menjayakan bengkel bersama bakal guru dan cikgu ni. 

Ini adalah bengkel  pendedahan awal dan asas mengenai penulisan novel.  Cikgu semua kena usaha sendiri untuk menyiapkan diri sekiranya beminat nak jadi seorang penulis novel yang hebat! Tapi tak jadi penulis novelpun tak apa. Jadi cikgupun dah cukup baik. 


Sekitar  tahun 1998/99 yang lalu gua penah sampai ke UPSI.  Ni kali kedua gua sampai ke sini.

Terima kasih banyak-banyak atas jemputan. Selamat berjaya pada semua!


Wednesday, June 05, 2013

KATA-KATA ITU...


KATA-KATA ITU...
25 REJAB 1434H - 05 JUN 2013


As salam sahabat semua
Dah sebulan lebih PRU ke 13 berlalu. Bemacam komen, pandangan , kritikan termasuk bantahan kita dengar. Biasa la tu lepas pilihanraya. Ada satu kata-kata hebat selepas PRU13  yang sangat menarik hati gua, malah lebih dari sekadar hebat atau menarik. Ia kata-kata yang sangat mengharukan sekali.
Tak kira sahabat  dari parti mana asalkan beragama ISLAM yang sebenar- sebenarnya Islam  (bukan hipokrit , berpura-pura, munafik ) maka kata-kata ini adalah suatu yang sangat besar erti, maksud dan menjadi kewajipan  dan usaha untuk menjadikannya suatu kenyataan.

"Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata yang diucapkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang benar-benar mengharu, menyentuh dan merobek hati, jiwa dan perasaan gua.