Tuesday, January 21, 2014

FISHING SAFARI 3

 
FISHING SAFARI
BAHAGIAN 3
19 RABIULAWWAL 1435H – 21 JANUARI 2014

Hari ke tiga Fishing Safari 2013 dan pagi terakhir kat atas Gunung Jerai. Pagi lepas Subuh adalah masa paling romantik dan baik untuk menikmati angin dan suasana pagi sambil melihat sinaran matahari pagi dari atas gunung. 

 Sengeh-sengeh depan The Regency setelah sarapan pagi. Team kami seramai lima orang bangun awal dan keluar sarapan paling awal. Suasana pagi yang nyaman di atas gunung.
Gumbira di atas gunung setelah kenyang sarapan pagi!

 “Oi, apa kita nak buat ni oi. Takkan nak sengeh-sengeh saja, apa kat kita pegi jungle tracking?” cadang sorang ahli majlis tertinggi. “ Kita pegi tengok Lubuk Naga, Batu Kapal, Telaga Tok  Sheikh, Padang Tok Sheikh, beruk, kera, monyet dan segala benda yang boleh kita tengok sambil menyusah dan memenatkan diri. Nasib baik kita boleh jumpa dengan gorila gunung atau King Kong! ”, tegas Mohseng sambil sengayut atas batu.  Ada yang setuju, ada yang menentang keras usul itu. Tapi akhirnya semua setuju untuk menyahut cabaran dengan mengikut laluan paling mencabar untuk ke destinasi tersebut! Kaki gua masih sakit tapi tak nak lepaskan peluang untuk melihat, merasa dan menikmati pemandangan hutan Gunung Jerai dan tempat-tempat yang dikatakan menarik. Tempat pertama berada di belakang The Regency iaitu mercutanda Tangga Kenari 1000 Tahun. Dah semak samun batu tanda ni pasal tak dibersihkan.
Laluan turun ke Lubuk Naga. Masih boleh sengeh-sengeh walau sakit kaki. Keadaan di sepanjang laluan  yang baru dibuat ni sangat la menyedihkan – sampah sar.ap besepah sana sini. Manguk hayun mana ntah buang segala benda ikut suka.Tukang buat tangga/laluan ni pun sama perangai hudoh. Ikut suka je tinggalkan beg simen, plastik, straw, botol kicap, tin dan botol minuman, kotak rokok, kasut getah, tayar dan segala macam lagi. Patut la penunggu, jin  atau puaka kat gunung ni tensen dan ‘sorokkan’ orang yang datang ke sini. Perangai manusia lebih huduh dari muka puaka! Ia satu pemandangan yang sangat menyedih dan mengaibkan di atas Gunung Jerai!

Jalan yang dibina memang memudahkan tapi kalo sakit kaki tetap menyakitkan. ARGHHHH! Rasa nak balik, tapi tak tau bila berpeluang untuk sampai ke sini lagi. Orang kata, “lupakan kesakitan, teruskan usaha!”. Karut! Mana bole lupa kalo dah sakit bedenyut-denyut! Gua bawak bersama semua kesakitan. ARGHHHH! Tetiba Ijai kata sakit perut, nak balik qada hajat. Ah, blah la lu Jal. Macam budak-budak! Kami teruskan perjalanan tanpa Ijal. Sambil jalan-jalan, gua amik gambo pokok-pokok dan tetiba terambik gambo makhluk ganas ni. Gua terkezut! Ah sudah!  Makhluk ganas mana plak tu? Eeee… nakotnye. Abih la gua kena gigit! Bila makhluk tu makin hampir, rupa-rupanya si Ijal. Cis!  ‘Koi tak jadi balik. Tahan je la”, ujar Ijal tesengeh-sengeh dengan muka bekerut bepeluh-peluh menahan sesuatu. Harharhar!
 
Ijai kata, lagi tinggi dari aras laut, keadaan hutan atau pokok makin bebeza. Pokok-pokok jadi kemetot macam pokok bonsai. Gua dapat tengok perubahan tu kat sini. Satu kawasan lapang dalam perjalanan. Gua suka kat tempat ni, pemandangan lebih jauh sebelum masuk semula ke laluan yang penuih sendat dengan pokok hutan. Nampak puncak Gunung Jerai nun jauh sayup tu? Masih handal walau sakit kaki. ARGHHH!
Masa dalam perjalanan, kami terserempak dengan empat orang pemuda entah dari mana dan dengan rela hati depa jadi penunjuk arah ke Lubuk Naga. Eee… ni yang suspen ni. Ntah sapa-sapa mamat tu.  Ntah-ntah jin penunggu gunung menyamar jadi manusia. Habih la kami kena sorok! Makan cacing dan ulat la kami. Uuu… uuu…
Setelah azab melangkah dan menahan sakit, akhirnya berjaya gak sampai ke Lubuk Naga. WHOA! Air terjun kecil yang benar-benar jauh tersorok dalam hutan atas Gunung Jerai.
Ketinggian air terjun antara 100-250 meter. Gile tinggi! Gua tipu. Harharhar! Nak tau lebih tepat, ukur sendiri ya. Gua agak antara 10 ke 15 meter tinggi saja. Kalo terjun dari atas ke bawah, boleh koma atau patah riuk satu badan pasal kolam air kat bawah tak dalam. Perbuatan yang benar-benar menyusahkan orang nak mengusung/mengangkat bawak naik saja! Jangan buat sekiranya korang sampai ke sini. Sengeh-sengeh amik gambo atau mandi dah la. Jangan la tujuk terer buat yang bukan-bukan apa lagi yang karut marut kat sini!
Tak tahu kenapa dinamakan Lubuk Naga. Mungkin suatu masa dahulu tempat ni adalah sarang naga dan tempat naga beteluri beranak pinak. Ntah la. Tapi kawasan ayaq tejun ni kecik saja, ayaqnya  pun tak dalam. Mana muat untuk naga yang besar gedabak cam Smaug nak berendam. Mungkin naga kecik kemetot cam puak Hobbit yang tinggal kat sini agaknye. HEH! 
Budak-budak kat belakang gua tu la yang kami jumpa dan bawak kami ke sini. Masa kami jumpa, depa baru mai dari Lubuk Naga ni. Terima kasih nuu... tunjuk jalan kami ke sini. Baguih dok ada!
Ayaq kat Lubuk naga ni tak dalam mana. Rasanya hanya paras dada itik berenang saja. HEH! Tengok la batu-batu kat dasar lubuk yang kelihatan seperti ketulan emas. Kalo la emas betul, memang patutpun naga yang menjaganya! Sapa yang berani datang nak amik emas, hangus jadi arang kena sembur api la nampaknya!
Tempat yang cantik dan menarik. Jauh dan sunyi dari manusia. Tapi tak sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Kawasannya curam dan berbatu-batu. Tak ada kawasan nak bentang tikar atau pasang khemah! Pada gua Lubuk Naga ni sesuai sangat pada pengamal ilmu batin, pengamal perubatan batin atau perguruan silat untuk bertapa meningkatkan ilmu. Tak ketinggalan pada pengamal ilmu hitam/sihir. Nampak lubang gua tu? Rasanya ia pernah jadi tempat bertapa pengamal ilmu silat atau ilmu lain dalam usaha untuk meningkatkan ilmu kebatinaan.
Mengejutkan sekali  bila terdapat kesan amalan ritual yang dilakukan manusia kat sini. Pelbagai bunga, limau dan kain berwarna betaburan. Tak tahu ritual apa yang dilakukan. Mungkin amalan syirik! Hish! Tak baik menuduh. Mungkin mereka hanya mandi bunga saja. Sekiranya mandi bunga atau berlimau untuk wangikan badan memang tak ada hal. Tapi kenapa perlu buat jauh atas gunung, dalam hutan dan kat tempat yang menimbulkan fitnah begini? Kenapa, kenapaaaaa? Kan boleh buat kat bilik air rumah sendiri kalo hanya nak mandi bunga tolak bala. Tak payah susah-susah panjat gunung. Maknanya mesti ada tujuan, niat tertentu. Pemandangan ni benar-benar tidak menyenangkan hati. Antara sebab tak sesuai bawak anak isteri bekelah kat sini!
Kami meninggalkan Lubuk Naga untuk ke Batu Kapal pula. Satu lagi tempat misteri kat atas Gunung Jerai ni. Untuk ke sana, kami terpaksa mendaki semula. ARGHHHH! Masa turunpun dah azab, ni plak mendaki. Lagi la seksa. ARGHHHHHHHHHHH! Nampak anak panah tu, kiri ke Batu Kapal, kanan ke Lubuk Naga. Gua rasa nak tegolek pengsan dah masa ni… begegar kepala lutut!
Inilah sebongkah batu yang dinamakan Batu Kapal kerana bentuknya seperti sebuah kapal yang ditebalikkan. Gua tak percaya dan sukar nak percaya. Kononnya ini adalah bahagian hadapan bawah kapal. Garisan-garisan itu dikatakan bukan buatan manusia, ia adalah dari sebuah kapal sebenar. Percaya, sebuah kapal  di atas gunung? Pasti ada jawapan mengenai perkara ini. Senang kata, telah berlaku satu banjir besar pada zaman dahulu. Mungkin banjir besar zaman Nabi Allah Nuh A.S. hingga sebuah kapal tedampar kat sini. Huh! Banjir besar hingga hampir menenggelamkan sebuah gunung! Wallahuallam.
Apapun, gua dah sampai ke sini. Naik atas bawah kapal yang tebalik dan begambo. Lagi sekali aktiviti syirik berlaku di atas batu yang tak berkuasa apa-apa ni. Nampak taburan bunga dan limau kat pangkal pokok belah kanan tu? Sama cam kat Lubuk Naga. Kalo kat Lubuk Naga mereka mandi limau atau bunga tapi kat sini nak mandi apa plak? Mungkin bukan amalan syirik, tapi untuk apa benda-benda tu dibuat kat atas batu ni. Untuk pemujaan, bernazar, untuk menambah power ilmu silat, perubatan, mencari jodoh, nak jumpa Tuan Puteri Gunung Jerai, cari harta karun  atau saja nak bagi wangi kawasan ni. Gua tak tahu. Zaman moden bukan penghalang untuk manusia terus melakukan perbuatan syirik, khurafat  dan sihir. Amalan bersekongkol dengan iblis, syaitan dan jin masih berlaku di mana-mana dengan rakusnya!
Nampak besi pemegang  belah kiri celah pokok  tu? Itu adalah pemegang tangga untuk naik ke Batu Kapal. Itu bukan alat ritual ya. Kat bawah  Batu Kapal ni ada sekeping batu yang dinamakan Batu Ikan, betul-betul di sebelah laluan untuk keluar atau masuk ke Batu Kapal. Nampaknya Batu Ikan tak ada power seperti Lubuk Naga dan Batu Kapal pasal tak ada kesan pemujaan dan taburan bunga melur, tanjung, orkid, rose dan limau purut apa lagi tanda-tanda orang mandi bunga atau limau berhampiran batu ni. Hanya digunakan untuk amik gambo saja. Nampak tong dan timbunan sampah kat belakang gua tu? Sampah merata-rata!
Selamat kao wahai batu kerana tak ada manusia yang menyembah kao! Kenapa Batu Ikan? Tengok la rupa muka ikan pada batu tu. Nampak macam belut, bukan ikan. Ntah la.
Perjalanan pulang tak la menyeksakan. Laluan lebih mudah. Kami melalui bekas kubu penjajah Inggeris kat sini. Dah rosak/runtuh sikit sana sini tapi masih kebal.
Ladang ternakan semak samun, sayur dan buah-buahan Syarikat Agaricles Biotech Sdn. Bhd yang kelihatan tak terurus. Tak selera nak masuk untuk melihat-lihat.
Destinasi terakhir  yang kami larat nak singgah adalah Telaga Tok Sheikh pasal berada di tepi laluan ke The Regency.  Singgah untuk basuh muka dengan airnya yang sejuk dingin menyegarkan. Budak-budak muda yang jadi teman dan penunjuk jalan kami rupanya berkhemah kat sini. Diorang mai dari Penang.  
Siapakah Tuan Sheikh? Sila google sendiri untuk maklumat lebih. Kalo datang ke sini boleh la dapat sket info kat batu ni.
 Apa yang menarik kat Telaga Tok Sheikh ni? Hampir tak ada apa yang luar biasa. Biasa saja. Cuma sebuah telaga yang digali/dibina oleh seorang tokoh di atas gunung untuk mandi, berwuduk, minuman, basuh kain baju, minuman ternakan dan lain-lain. Kawasan ni telah dibangunkan untuk kemudahan pengunjung. Ada bilik persalinan. Selain boleh mandi ayaq telaga, boleh gak mandi kat jeram/sungai yang betul-betul kat bawah telaga Tok Sheikh.
Inilah Telaga Tok Sheikh yang dikatakan mempunyai 'kelebihan'. Ntah la.
Dulu masa zaman muda belia, encik Mohsin penah sampai ke sini. Menurut beliau dulu kawasan telaga ni tak macam ni. Telaga Tok Sheikh sebenar tak ditutup dengan tile cam ni. Lagi pelik bila ada paip memancut air ke dalam telaga. Telaga apa macam ni. Telaga, perigi, sungai, jeram biasanya terjadi dari sumbar air bawah tanah. Yang ni pelik sket, air mai dari atas! Maknanya air dalam telaga ni BUKAN air sebenar Telaga Tok Sheikh. Ia bukan air asli telaga Tok Sheikh!
Pada yang datang melancong ke Gunung Jerai, boleh la datang  ke telaga Tok Sheikh untuk basuh muka, basuh kaki, mandi atau amik wuduk untuk bersolat atau sengeh-sengeh amik gambo kat sini. Jangan ada niat yang lain. Nak benazar, pemujaan atau apa-apa aktiviti syirik. Ini hanya air gunung  biasa yang tidak ada apa-apa kuasa penyembuhan atau kesaktian. Kita boleh amik manfaat darinya untuk basuh kain baju, mandi, basuh motor atau sebagai minuman. Air paling terbaik kat atas bumi adalah air Zam Zam.
Sorang dari pemuda penunjuk jalan kami  berkata, “ hebat ayaq perigi ni, encik mintak apa saja akan dapat!”. Astaqfirullahalazim. Apa la yang beliau mengarut sampai kata lagu tu. Percakapan yang jelas syirik pada Allah. Kata-kata yang mencetuskan rasa curiga. Apa tujuan mereka datang bermalam kat telaga Tok Sheikh ni. Nak kata depa pengakap yang camping kat sini, bukan. Nak kata dari persatuan Kadet Muda sekolahpun bukan. Siapakah depa ni. Adalah dari perguruan silat, pencinta alam, pencari akar Tongkat Ali, madu lebah, petai, damar, pengamal perubatan atau untuk meningkatkan ilmu batin? Harap depa tak buat perkara-perkara khurafat dan syirik.
Adakah tujuan depa bermalam kat atas gunung untuk melakukan  ritual kat Telaga Tok Sheikh ( atau di mana-mana kawasan yang dianggap keramat ) hingga percaya dan taksub begitu sekali dengan air telaga yang kononnya boleh mengabulkan apa saja pemintaan/hajat. Sedangkan air telaga itu  tak ada apa-apa kelebihan.  Jengjengjengggg! Jangan-jangan bunga, limau dan segala macam lagi yang kami jumpa kat Lubuk Naga dan Batu Kapal adalah perbuatan… astaqfirullahhalazim. Tak baik memfitnah.
Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai kembali ke resort setelah penat berjalan. Sempat sengeh-sengeh kat signboard arah mana nak dituju. Ke telaga Tok Sheikh atau tandas awam. Ini adalah kawasan parking untuk kereta dan bas pelancong yang datang ke Gunung Jerai.  Jangan risau mana nak parking kalo pandu kereta sendiri ke sini. Banyak kemudahan disediakan untuk kemudahan dan keselesaan pelancong.
Kami sampai ke The Regency sekitar 10.30 pagi dan singgah minum kat cafĂ©. Memang  penat dan dahaga giler. Apasal tak minum air telaga Tok Sheikh? Tak nak amik risiko sakit perut atau cirit. Pasal tu tak minum. Ramai kawan-kawan masih  sarapan pagi dan sibuk tanya kami dari mana? Kami dari jungle tracking. Hampir separuh puncak Gunung Jerai kami dah tinggalkan tapak kaki. Harhar! Panorama dari Gunung Jerai.
Pemandangan pagi hari dari Gunung Jerai. Cuaca agak baik hari ni.
Beberapa gambo yang sempat gua rakam dalam perjalanan pulang ke bilik. Sekiranya datang ke The Regency Gunung Jerai, ini adalah hot spot untuk melihat pemandangan indah dan amik gambo.
Sedikit maklumat mengenai Gunung Jerai boleh diperolehi dari mercu tanda ni.

Anda berada di paras ketinggian 986 meter dari aras laut. Maknanya suatu masa dulu telah berlaku satu banjir paling hebat dalam sejarah peradapan manusia  hingga mencecah sedalam/setinggi 986 meter dan menyebabkan sebuah kapal tersadai di puncak Gunung Jerai dan menjadi Batu Kapal. Karut? Benar?
Setelah mandi dan siap-siap, kami sengeh-sengeh begambo kenang-kenangan di mercu tanda The Regency sebelum meninggalkan Gunung Jerai  untuk ke destinasi kami yang terakhir dalam program Fishing Safari 2013. Terima kasih pengurusan The Regency dan Gunung Jerai yang penuh dengan keindahan dan kisah-kisah misterinya. Ada kelapangan ( masa dan duit ) sila panjat Gunung Jerai dengan kenderaan dan nikmati keindahan pemandangan yang mempersonakan hampir seluruh negeri Kedah dari puncak Gunung Jerai. Percutian tanah tinggi yang hebat di Gunung Jerai. Baguih dok ada!
Selamat tinggal Gunung Jerai. Kami terus menuju ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan, saing bagi tau, itulah terusan Wan Mat Saman yang hebat dan terkenal itu. Seorang enginer Melayu yang  berwawasan dan berjasa besar pada rakyat dan negeri Kedah seluruhnya dengan binaan terusannya. Inilah rupa Terusan Wan mat Saman sekarang. Hampir sepanjang terusan dengan aktiviti mancin ikan penduduk sekitar. Tua, muda semua mancin.
Kami singgah makan tengahari kat Restoran Nasi Kandaq Haji Ramli. Ada sobat penah makan kat sini?
Sebahagian lauk makan tengahari kami. Belum sampai semua  lagi ni. Gua suka peria goreng tu. Ah, Mohseng! Sibuk je interprame!
Habih makan, cik Hazwani selaku ketua rombongan dari Tourism Malaysia Kedah habaq nak bawak kami pusin pusin bandar sat. Yeahooo! Singgah kat Masjid  Zahir kat tengah bandar Aloq Staq. Bila dah sampai ke masjid, kena la solat. Jangan hanya tengok atau sengeh-sengeh amik gambo. Lagi teruk rasa tak selesa tengok masjid. Masa tunggu giliran mengambil wuduk, gua ditegur sesorang. Suspen gak.  “ Ni brader Gayour kan?”, tanya beliau bersama isteri dan anak-anak. Rupanya beliau adalah sorang peminat kisah Bersama Selamanya. Ya, gua Gayour. Gembira bertemu tuan dalam Masjid Zahir yang indah ini. Kami bersalaman dan bergambo kenang-kenangan. Kisah Bersama Selamanya menjadi ikatan kasih sayang dan ingatan antara gua dan peminat selamanya. Terima kasih.
Salah satu masjid yang mempunyai  seni binaan yang hebat dan cantik pernah gua lihat. Nampak gah dan besar dari pandangan luar, tapi bila masuk, ruang solatnya tak luas mana. Sobat penah singgah solat kat sini? Sengeh-sengeh begambo dengan Ijal depan masjid.
Sedikit maklumat pasal Masjis Zahir ada kat mercu tanda ni. Baru gua perasan, mercu tanda maklumat Gunung Jerai, Telaga Tok Sheikh dan Masjid Zahir rupanya sama saja bahan binaan dan rekabentuknya. Semua diselaraskan. Bagiuh dok ada.
Bas rombongan kami dan Masjid Zahir di belakang. Masjid yang cantik, hebat dan gah sekali  bila dipandang.
Kami teruskan perjalanan untuk ke destinasi terakhir iaitu Terminal Penumpang Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Singgah beli ubat kat farmasi. Sakitttt....
Semua gumbira bila bejaya masuk dalam feri dan betambah gumbira bila driver hidupkan injin untuk memulakan pelayaran.
Destinasi terakhir dalam program Fishing Safari 2013 anjuran Tourism Malaysia Kedah adalah Langkawi Pulau Lagenda. Alhamdulillah, selamat dalam pelayaran dan Selamat Datang Ke Langkawi! Apakah aktiviti liar kami kat Langkawi?



Tamat bahagian tiga dari empat bahagian