Monday, February 10, 2014

DOA


DOAKU UNTUKMU
10 RABIULAKHIR 1435H - 11 FEB 2014


Gambo kenangan gua bersama saudara Azizul Raheem Awaluddin ( Pengarah Tourism Malaysia di  Stockholm Sweden ) yang menggemparkan negara dengan kes mahkamah beliau di Sweden. Ini adalah masa kami riang ria, gelak ketawa dan sengeh-sengeh di tengah bandaraya Copenhagen, Denmark masa program Quality Travel Fair 2011 yang lalu.
Apa yang kita tahu, keputusan mahkamah  negara Viking, Sweden mendapati mereka suami isteri bersalah kerana 'memukul' anak mereka.

Ini masa kami riang ria, gelak ketawa. HARHARHARRR...! Tapi sekarang, saudara Azizul dan isteri sedang dilanda duka lara dengan dugaan hebat yang menimpa.  Sebagai sahabat dan saudara seagama, gua merasa sangat sedih dan simpati.  Apa yang boleh dibuat? Gua  hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan buat mereka. Moga Allah memberi kekuatan, ketabahan, kesabaran dan betambah keimanan pada saudara Azizul, isteri dan anak-anak dalam menerima dan menghadapi dugaan. Apapun keputusan, moga tabah dan sabar menghadapi.

Ikut suka hati sahabat la nak rasa simpati , mendoakan mereka atau buat tak kisah.




Thursday, February 06, 2014

KARNIVAL KARANGKRAF 2014


KARNIVAL KARANGKRAF 2014



As salam sobat semua.
Pada yang tinggal dekat-dekat, berkelapangan dan ada duit, dijemput datang ke Karnival Karangkraf 2014 kalo nak beli buku, majalah novel atau saja datang sengeh-sengeh ( kalo tak cukup bajet ). Yang jauh-jauh tu tak payah la susah-susah. Klik kat poster untuk maklumat atau ke website karangkraf.  Buang tenaga menaip benda yang sama. Karnival berlangsung kat pejabat urusan Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam. Google sendiri untuk alamat dan peta.

Kalo datang, tak perlu sengeh-sengeh pasal cuaca panas akan membuatkan semua orang tesengeh dengan sendirinya! HEH!

Jemputan yang membosankan...
Jemputlah datang. Bawa semua orang kampung.

Jemputan paling jujur,telus, hebat, handal, ikhlas, bertanggungjawap 
dan berjiwa murni...
" Nak datang, datang. Tak nak datang sudah!"