Sunday, December 28, 2014

REKA2014



REKA2014
07 RABIULAWAL 1436H – 29 DISEMBER 2014


Balik saja dari Persidangan Seni Siberlogi Antarabangsa kat Universiti Malaysia Kelantan yang gua sertai pada bulan Jun yang lalu, gua terus dapat emel jemputan dari Dr.Jasni dari Fakulti Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang menjemput gua sebagai workshop presenter dalam Persidangan Antarabangsa Kreatif Media, Rekabentuk & Teknologi (REKA2014) yang telah berlangsung dari 25,26 dan 27 November 2014 yang lalu.





-       Lima bulan sebelum REKA berlangsung, gua dah dibooking sebagai presenter. Tajuk yang diberi tak sesuai dengan gua. Gua kata pada Dr. Jasni,” saya tak pakar dalam bidang itu, boleh tukar pada tajuk yang lain?”. Tak ada masalah kata Dr. Jasni. Gua cadangkan tajuk ‘KARTUN DAN KOMIK TULEN MALAYSIA’. Pagi tu masa nak sarapan kat hotel penginapan, gua disapa,”err… brader Gayour ke ni?” Yeah! Balas gua. Pagi ni bertemu dengan sorang presenter REKA2014 yang dijemput oleh penganjur iaitu saudara Hazmi dari MIMOS. WE ROCK!




Selama beberapa bulan sebelum sampai ke REKA, gua tak berapa bersungguh menyiapkan bahan pembentangan  gua. Kumpul bahan sikit-sikit. Enjoy life. HEH! Seminggu sebelum REKA baru gua mula pasal gua rasa senang saja. Lagipun bahan-bahan dah banyak gua kumpul. Rupanya ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! banyaknya benda kena buat sampai bermalam-malam gua tidur hampir pukul 3 pagi menyiapkannya! Habih sakit/lenguh tangan gua mengedit itu ini. Gilo pakcik! Giloooooo! Lain kali kena buat lebih awal. Tak la kelam kabut dan penat gilo!
-      Masa yang diperuntukkan pada gua selama SATU JAM sahaja. Mula 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Dengan bahan yang gua ada, gua rasa cukup la satu jam. Tapi rupanya gua lajak hampir DUA JAM SETENGAH hingga waktu makan tengahari. Dari jauh Dr. Jasni bagi isyarat suruh berhenti pada gua sambil menangis. Hahaha! Patut ada sesi soal dan jawab tapi dah gua henjut sampai lajak masuk waktu makan, mana ada masa. Semua dah lapo! ARGHHHH!


-          Rasa tak puas pasal banyak lagi yang perlu gua sampaikan pada peserta, pelajar dan semua akan pentingnya untuk mempertahankan KETULENAN seni kartun dan komik kita dengan serangan maha dahsyat dari luar dan kecelaruan generasi muda memilih  identiti dalam berkarya. Apapun, gua dah berusaha sedayanya dalam pembentangan mengenai keutamaan dan keperluan menjaga, menerus dan mempertahankan  nilai-nilai KETULENAN kartun dan komik tanahair. 


-          Siapa yang bertanya,’ apa sumbangan gua pada seni kartun dan komik tanahair?’. Pembentangan gua yang bertajuk KARTUN DAN KOMIK TULEN MALAYSIA dalam REKA2014 adalah antara sumbangan yang gua berikan iaitu mengenai kesedaran dan  tanggungjawab semua  karyawan untuk berkarya dengan nilai-nilai keaslian/ketulenan karya Melayu/Malaysia tanpa dipengaruhi oleh gaya dari luar.
 




-          Mesti ramai yang sangka Dr. Jasni adalah seorang awek cunkan. Hahaha! Guapun pada mulanya beranggapan begitu. Ya la, nama Jasni, nama awek tu. Ni la Dr. Jasni, Pengerusi Persidangan REKA2014 yang berusaha gigih dalam menjayakan REKA2014 ni. Syabas doktor! Gua caya lu! Satu usaha pihak USM yang patut sangat dipuji. Oh, sebut pasal USM. Kali pertama  gua sampai ke USM pada tahun 1992. Masa tu gua masih bersama majalah Geli Hati. Jemputan dalam pesta Konvokesyen  USM masa tu. Kali pertama gak gua lalu kat jembatan Pulau Pinang yang sangat gah dan dibanggakan masa tu. Gua dan team singgah berhenti tengah jembatan dan posing amik gambo. Mana ntah gambo tu. Itu semua dah lebih 20 tahun yang lalu. REKA2014, membawa gua kembali ke Pulau Pinang walau tak sempat nak jalan-jalan ke mana. Lain kali je la kalo ada rezeki cheq mai lagi. Insya Allah.




     Gua adalah presenter kedua pada pagi hari pertama REKA selepas Assoc. Prof. Hasnol Jamal Saidon dalam pembentangan beliau bertajuk Electronic Arts. Kebanyakan presenter  adalah hebat, berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing. Rasa sangat seronok dapat mengikuti sebahagaian dari pembentangan mereka. Antaranya pembentangan dari encik Hussin Khan bertajuk Visual Effect-VFX. Pakar kesan khas CGI terhebat tanahair yang tidak diketahuai umum. Beliau antara insan yang terlibat dalam pengasilan kesan khas dalam filem ‘Life Of Pi’ yang dibuat sepenuhnya di Malaysia. Filem arahan Ang Lee ini telah memenangi empat award temasuk Best Director dalam 85th Academy Awards pada tahun 2012. Kat kredit di akhir filem, nama Hussin Khan tercatat sekali.  Ia menjadi kebanggan encik Hussin Khan dalam kerjayanya.
Encik Hussin Khan berdiri dua dari kanan. Tanpa diketahui umum, banyak kesan khas filem Hollywood dibuat di Malaysia oleh anak tempatan seperti encik Hussin. Kita dah ada kepakaran tahap antarabangsa! Masa gambo ini dirakam, saudara Hazmi ( MIMOS ) sedang menyampaikan pembentangannya yang bertajuk UX Interface. Gua dapat ikuti sedikit.


    Dari USM ke airport dan ke Subang, gua balik sekali dengan encik Hussin. Dari USM kami bersembang panjang hingga ke cafĂ© kat airport dan dalam plane. Macam-macam perkara kami borakkan. Pasal kerjaya masing-masing hingga pasal muzik. Hah! Encik Hussin adalah peminat tegar Sweet Charity, Blues Gang dan Cromok. Oldkool metalhead. Encik Hussin mendedahkan bahawa beliau pernah ada band metal sendiri sekitar tahun 90an dulu. Tapi kecewa dalam muzik, beliau jual gitar elektrik beliau. Hahaha! Hingga hari ini belia masih layan Cromok ketika memandu sambil hangguk kepala! Haha!
 



Terima kasih pada Dr. Jasni ( bukan awek aa… ) USM dan semua ajk REKA2014 atas usaha, kesungguhan dan semangat tinggi dalam kejayaan penganjuran REKA2014. Terima kasih atas jemputan. Gitu gak pada semua kenalan/sahabat presenter. Insya Allah, jumpa lagi. Hidup suburlah kembali KARTUN DAN KOMIK TULEN TANAHAIR!